kaisiong.weebly.com · web viewmaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan...

16
1.0 PENGENALAN Laut merupakan kawasan yang paling besar yang mengandungi air yang masin dan dibatasi oleh benua atau kepulauan yang besar. Lautan boleh dibahagikan kepada beberapa iaitu Pasifik, Atlantik, Hindi, Artik dan Artartik. Lautan yang paling luas dan dalam berbanding lautan yang lain iaitu lautan Pasifik. Profil dasar laut dibahagikan kepada pentas benua, daratan laut, jurang lautan, cerun benua dan permatangan tengah lautan. Lautan Pasifik terdiri dalam sekitar 25 000 kepulauan dan majoritinya terletak di selatan Khatulistiwa. Lautan meliputi 71 peratus permukaan bumi dengan keluasan sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu dengan kedalaman kira-kira 3790 meter. Bahagian yang lebih kecil daripada lautan iaitu laut, selat dan teluk. Misalnya Selat China Selatan dan Selat Sunda merupakan sebahagian kecil daripada lautan. Laut bukan sahaja berperanan sebagai habitat hidupan akuatik namun laut mempunyai pelbagai fungsi dalam keseimbangan sistem bumi kita. Kita harus menitikberat perubahan esktrem yang berlaku pada lautan Pasifik akibat pemanasan global. Perubahan ini akan menyebabkan kemusnahan biodiversiti. Menurut penyelidik, Wenju Cai dalam Persidangan Kongres Sains Pasifik ke-22, terdapat dua faktor yang menyebabkan permasalahan tersebut iaitu agen antrogen dan agen natural. Agen antrogen merujuk kepada aktiviti pelepasan karbon dioksida secara berlebihan penggunaan aerosol manakala agen natural pula merujuk kepada pancaran solar berlebihan dan kesan daripada abu gunung berapi. 1

Upload: others

Post on 06-Sep-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

1.0 PENGENALAN

Laut merupakan kawasan yang paling besar yang mengandungi air yang masin dan dibatasi

oleh benua atau kepulauan yang besar. Lautan boleh dibahagikan kepada beberapa iaitu

Pasifik, Atlantik, Hindi, Artik dan Artartik. Lautan yang paling luas dan dalam berbanding lautan

yang lain iaitu lautan Pasifik. Profil dasar laut dibahagikan kepada pentas benua, daratan laut,

jurang lautan, cerun benua dan permatangan tengah lautan. Lautan Pasifik terdiri dalam sekitar

25 000 kepulauan dan majoritinya terletak di selatan Khatulistiwa. Lautan meliputi 71 peratus

permukaan bumi dengan keluasan sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta

kilometer padu dengan kedalaman kira-kira 3790 meter. Bahagian yang lebih kecil daripada

lautan iaitu laut, selat dan teluk. Misalnya Selat China Selatan dan Selat Sunda merupakan

sebahagian kecil daripada lautan.

Laut bukan sahaja berperanan sebagai habitat hidupan akuatik namun laut mempunyai

pelbagai fungsi dalam keseimbangan sistem bumi kita. Kita harus menitikberat perubahan

esktrem yang berlaku pada lautan Pasifik akibat pemanasan global. Perubahan ini akan

menyebabkan kemusnahan biodiversiti. Menurut penyelidik, Wenju Cai dalam Persidangan

Kongres Sains Pasifik ke-22, terdapat dua faktor yang menyebabkan permasalahan tersebut

iaitu agen antrogen dan agen natural. Agen antrogen merujuk kepada aktiviti pelepasan karbon

dioksida secara berlebihan penggunaan aerosol manakala agen natural pula merujuk kepada

pancaran solar berlebihan dan kesan daripada abu gunung berapi.

1

Page 2: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

2.1 Kepentingan Laut kepada Alam Sekitar

2.1.1 Klimatologi

Lautan turut memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi suhu dunia. Di

bumi kita, suhu di kutub adalah rendah dan sejuk manakala di kawasan khatulistiwa

merupakan kawasan yang bersuhu tinggi. Kawasan kutub yang sejuk dikenali sebagai

kawasan benaman haba dan sebaliknya bagi kawasan khatulistiwa dikenali sebagai kawasan

sumber haba. Kawasan khatulistiwa mengalami suhu yang tinggi kerana bumi berbentuk sfera

dan bahagian yang menghadap matahari menerima kadar tenaga yang tinggi yang

seterusnya meningkatan suhu. Oleh itu, untuk meyeimbangkan suhu sama ada di kawasan

kutub ataupun khatulistiwa agar mana-mana kawasan yang tidak mengalami suhu yang

terlampau tinggi ataupun rendah,maka lautan berfungsi untuk menyeimbangkan suhu di bumi

melalui permindahan haba secara mendatar ataupun dikenali sebagai bentuk sel pusingan.

Permindahan haba sacara mendatar ini adalah digerakkan oleh model tiga sel iaitu sel Hadley

yang berada di bahagian khatulistiwa.

Di kawasan khatulistiwa yang bersuhu tinggi, arus-arus panas mengalir di permukaan

lautan ke kawasan kutub. Keadaan ini telah menyebabkan suhu di kawasan kutub menjadi

lebih panas dan mencapai keseimbangannya. Selepas penghantaran tenaga ke kawasan

kutub, maka kawasan kutub juga akan menghantar udara sejuk daripada dasar laut ke

kawasan khatulistiwa supaya suhu di khatulistiwa menjadi seimbang. Contoh proses

permindahan haba ini adalah seperti berikut,

Melalui penghantaran suhu dari kutub dan khatulistiwa, ia telah menunjukkan satu

pencapaian keseimbangan sistem di mana input dan output tenaga bahangan adalah sama.

2

Page 3: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

Menurut Galan, sekiranya tidak wujud permindahan haba rasa secara mendatar ini, kawasan

kutub akan mengalami suhu yang terlalu rendah manakala suhu di kawasan khatulistiwa

menjadi terlampau tinggi kerana penerimaan sinaran matahari yang lebih tinggi berbanding

dengan kutub. Namun, kadar permindahan suhu secara mendatar ini adalah berbeza-beza

mengikut latitud.pengangkutan haba secara maksimum di zon latitud ialah 40ºU di hemisfera

utara dan sekitar 30ºS di hemisfera selatan.

Pengaliran air lautan disebabkan oleh perbezaan ketumpatan kerana wujudnya

pemanasan yang lebih oleh matahari atau penyejukan yang lebih oleh bahangan yang berbeza

mengikut kawasan. Maka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan

tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

lebih panas di kawasan sumber haba.

2.1.2 Biodiversiti

Biodiversiti mengandungi 3 komponen utama iaitu merangkumi semua organisma hidup

termasuklah mikroorganisma seperti bakteria dan kulat serta flora dan fauna tanpa mengira

keseragaman spesies mahupun kegunaan organisma-organisma ini kepada kehidupan

manusia.Kedua,setiap peringkat bagi organisasi kehidupan. Biodiversiti termasuk organisma

dan kandungan genetiknya dan juga kumpulan bagi organism yang serupa seperti populasi dan

spesies dan juga kumpulan spesies di dalam komuniti dan ekosistem.Komponen ketiga

kesemua interaksi di antara bentuk kehidupan dan tahap organisasinya ;biodiversiti bukan

hanya sebahagian daripada sistem kehidupan seperti gen, individu dan spesies. Biodiversiti

juga merangkumi bagaimana sistem kehidupan ini berinteraksi di antara satu sama lain seperti

persaingan, predasi, simbiosis dan komensalisme.

Laut sememangnya memainkan peranan yang penting kepada biodiverisiti misalnya

hidupan marin,seperti plankton. Plankton ini amat memerlukan air laut yang bersih dan suhu

20 °C hingga 28 °C yang sesuai untuk menjalankan proses tumbesaran.Plankton ini amat

penting kepada hidupan marin yang lain iaitu sebagai sumber makanan kepada hidupan seperti

ikan. Namun, jika plankton ini musnah maka ini akan menyebabkan hidupan marin akan

kehilangan sumber makanan yabg sekali gus akan mengancam habitat dan sumber makanan

ikan-ikan ini.

Bukan sahaja laut ini penting kepada biodiversiti marin namun ia juga amat penting

kepada hidupan daratan seperti tumbuhan-tumbuhan bakau. Misalnya paya bakau air masin,

3

Page 4: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

keadaan ini bersamaan dengan tumbersaran pokok bakau memerlukan air laut yang bersih

agar tidak menganggu sebarang proses fotosintesis untuk membuat makanan.Air laut yang

penuh dengan lapisan minyak ataupun kotor akan menjejaskan proses ini kerana air laut yang

mempunyai lapisan minyak menyebabkan akar pokok tersebut kurang mendapat nutrient yang

cukup daripada cahaya matahari yang merupakan salah satu agen pelengkap kepada kitaran

proses fotosintesis.

Jika laut bersih maka biodiversiti juga akan berkembang dengan baik.Perkembangan

biodiversity yang baik akan memberi impak positif kepada manusia iaitu lautan dan juga

kawasan-kawasan yang dilindungi memainkan peranan yang signifikan terhadap penggalakkan

perkembangan ekonomi dengan membekalkan pelbagai sumber kepada kehidupan sosial

manusia.Misalnya penduduk yang tinggal di kawasan pantai yang menjalankan aktiviti

perikanan seperti menjadi nelayan amat bergantung kepada sumber laut dengan menjual hasil-

hasil tangkapan seperti ikan, ketam dan udang.

Oleh yang demikian, langkah konservasi dan pemuliharaan sumber biodiversiti yang ada

perlu digiatkan agar generasi akan datang masih berpeluang untuk mempelajari dan

memperoleh ilmu pengetahuan daripadanya. Saling kaitan di antara kehidupan sosial dan

kepelbagaian sumber biodiversiti tidak dapat dinafikan lagi. Manusia masih bergantung kepada

sumber biodiversiti dan ekologi yang ada. Begitu juga sumber biodiversiti yang amat

memerlukan perhatian dan perlindungan daripada manusia untuk ia terus kekal di muka bumi

ini.

4

Page 5: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

2.2 Kepentingan Laut kepada Manusia

2.2.1 Sektor Perkhidmatan (Pelancongan)

Laut berperanan penting dalam menjana ekonomi kepada manusia terutamanya dalam

sektor pelancongan. Pelbagai pekerjaan yang wujud seperti pemandu bot, dan anak kapal.

Misalnya, kita dapat lihat pemandu bot membawa para pelancong untuk melawat pulau-pulau di

sekitar Kota Kinabalu. Destinasi seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Manukan menjadi destinasi utama para pelancong daripada Perancis dan China. Kejernihan laut di

sekitar negeri Sabah menjadi aset yang penting dalam menjadikan lautnya bernilai berbanding

dengan negeri-negeri lain. Wujudnya sektor pelancongan, mengembang agensi pelancong

terutamanya pengusaha bot. Mereka juga menjalankan aktiviti rekreasi seperti “ banana boat”

yang menjadi pilihan para pelancong. Laut menjadi tempat utama untuk menjalankan aktiviti

seumpama ini. Selain itu, laut juga dijadikan tempat untuk aktiviti sukan air seperti “snorkling”.

Misalnya dalam dasar laut di sekitar pulau-pulau di Sabah terdapat banyak terumbu karang

yang menarik. Malah pelancong juga suka mengambil gambar untuk tujuan simpanan peribadi

masing-masing. Aktiviti menyelam atau “diving” adalah di sekitar laut dalam untuk menyaksikan

khazanah alam yang indah. Malah aktiviti memancing laut dalam turut mendapat tarikan dalam

sektor pelancongan. Misalnya, aktiviti memancing laut dalam giat diadakan di Kuala Rompin.

Selain itu, mereka juga suka menyaksikan kecantikan terumbu karang di dalam dasar

laut. Terumbu karang selalunya dijumpai pada kedalaman kurang daripada 46 meter. Terumbu

karang selalunya akan dijumpai di kawasan yang air laut yang jernih dan ditembusi cahaya

matahari.Malah pembinaan resort di sekitar pulau-pulau menjadikan laut sebagai laluan utama

dari bandar utama. Hal ini demikian berlaku kerana tiada perkhidmatan lapangan terbang di

pulau-pulau kecil. Kadar ketersampaian juga agak rendah, jadi laut adalah laluan utama untuk

sampai ke pulau-pulau. Selain itu, laut juga dijadikan sebagai pusat menjalankan aktiviti

perikanan sama ada perikanan pinggir laut atau perikanan laut dalam. Misalnya, negara Jepun

merupakan negara yang bergantung sepenuhnya dengan aktiviti perikanan sebagai sumber

ekonomi. Hal sedemikian kerana ikan merupakan makanan ruji masyarakat Jepun. Oleh itu,

negara Jepun menitikberat dalam melindungi perairan mereka daripada tercemar.

5

Page 6: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

Negeri Sabah mempunyai kawasan laut yang jernih dan menjadikan ia sebagai satu

kelebihan. Pulau-pulau terdapat di sekitar negeri Sabah seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi,

dan Pulau Sipadan. Laut yang jerneh menjadi tumpuan para pelancong yang datang dari

Australia, Perancis, Korea dan sebagainya. Namun, kedatangan pelancong memberi kesan

buruk terhadap habitat hidupan akuatik. Langkah-langkah awal dalam memastikan perairan

negara kita terjaga penguatkuasaan undang-undang harus dititikberat. Akta Alam Sekeliling

1974 memberi penanda aras bagi tatatertib. Individu yang melanggar undang-undang yang

ditetapkan akan dikenakan tindakan yang setimpalnya.

2.2.2 Sumber

Seperti yang kita tahu, laut mempunyai hidupan akuatik seperti ikan, udang, sotong dan

sebagainya yang menjadi makanan kandungan protein kepada manusia. Di Malaysia, ikan

adalah sumber protein yang utama di mana ia menyumbangkan sebanyak 23 peratus protein

haiwan yang dimakan. Food and Agriculture Organization dan World Health Organization yang

menganggarkan antara 15 sehingga 20 peratus sumber protein haiwan adalah daripada haiwan

akuatik terutamanya ikan. Sumber protein ini mudah diperolehi dengan penangkapan ikan oleh

para nelayan ke laut. Mereka menangkap ikan dengan menggunakan sampan kecil mahupun

kapal-kapal besar untuk pergi ke laut dalam. Kawasan laut Malaysia yang luas dan dikelilingi

oleh kawasan perairan selat Melaka, laut China selatan dan selat Tebrau yang kaya dengan

sumber protein serta laut yang cetek menyebabkan sumber protein mudah diperolehi.

Sumber protein daripada laut mempunyai khasiat yang tinggi apabila diambil di dalam

pemakanan. Protein merupakan komponen terpenting untuk sel-sel di dalam badan serta

membaik pulih tisu-tisu yang rosak. Ia merupakan bahan organik yang terbentuk daripada 20

sebatian yang berbeza yang dikenali sebagai asid amino atau dengan kata lain yang dipanggil

struktur asas kehidupan. Penggabungan sebatian-sebatian ini akan memberikan kesan yang

berlainan. Hasilnya molekul protein ini dapat menghasilkan enzim, hormon, otot, organ dan

pelbagai tisu lain di dalam badan. Terdapat dua jenis asid amino iaitu asid amino tidak penting

(non-essential) yang boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan dan asid amino penting

(essential) yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan dan hanya akan boleh dihasilkan

daripada makan yang diambil. Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia

6

Page 7: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

untuk membina dan membaiki tisu sel badan manusia. Protein juga membantu perembesan

hormon dan enzim. Selain daripada itu, sumber protein laut juga membantu oksigen mengalir

melalui darah kepada seluruh anggota badan manusia serta menyihatkan jantung badan

supaya kekal aktif dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Selain daripada itu, laut juga memberikan manfaat kepada manusia dengan

membekalkan sumber mineral. Sumber mineral seperti petroleum, gas asli, natrium

klorida(garam), nikel, kuprum dan kobalt adalah contoh sumber yang diperolehi di dalam laut.

Contohnya, petroleum dan gas asli yang terdapat di perairan laut Sabah dan Sarawak di

Malaysia merupakan sumber penting sebagai bahan mentah kepada industri kepada sesebuah

negara yang menjadi pengeluarnya. Selain itu, bahan-bahan mineral tersebut juga akan

dieksport kepada beberapa negara lain di dalam meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK). Kawasan lain yang mempunyai sumber mineral seperti petroleum dan gas asli yang

diterokai di dalam laut seperti di Teluk Mexico, pinggir selatan Alaska di Amerika Utara dan Laut

Merah di Asia Barat.

Laut juga membekalkan sumber air tawar kepada manusia. Sumber air tawar bermaksud

air laut ditukar kepada air tawar yang boleh diminum oleh manusia. Proses penukaran ini

dikenali sebagai proses penyahgaraman. Kebanyakan Negara yang menggunakan proses

penyahgaraman ini menerima kadar hujan yang sedikit setiap tahun. Hampir 60% kilang

penyahgaraman di dunia terdapat di Asia Barat yang mempunyai iklim yang kering. Negara

Arab Saudi merupakan negara yang mempunyai loji penyahgaraman yang paling banyak dan

mampu memproses 560 juta liter air laut dalam masa sehari. Di dalam proses penyahgaraman

ini, penggunaan osmosis balikan digunakan di dalam merawat air laut menjadi air bersih yang

boleh diminum dan penghasilan ketulenan air yang tinggi iaitu bacaan 8 meg ohm-gm kualiti air.

Proses ini mampu membekalkan air bersih kepada seluruh rakyat Arab Saudi tanpa

menjejaskan kegiatan harian mereka walaupun menerima hujan yang sedikit setiap tahun.

Disimpulkan bahawa laut amat banyak memberikan sumber yang digunakan oleh manusia di

dalam meneruskan kehidupan.

7

Page 8: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

Laut turut memainkan peranan penting kepada manusia dalam perhubungan iaitu menyumbang

kepada jalan air atau laluan yang menghubungkan suatu tempat ke suatu tempat.

2.2.3 Perhubungan dan Pengangkutan

Pada zaman Neolitik, manusia mula pandai membuat alatan dan mempunyai kemahiran dalam

bertukang seperti membuat perahu. Melalui kemahiran dalam membuat perahu maka di situlah

bermulanya perjalanan orang-orang zaman itu untuk menjelajah ke kawasan luar dari dunia

mereka. Justeru itu, maka penjelajahan mewujudkan pertembungan antara benua mahupun

antara selat dan sempadan sesebuah wilayah.

Dalam dunia sejarah, laut merupakan perhubungan yang merupakan jalan penting

sebagai laluan penjelajah-penjelajah dari pelusuk dunia untuk ke kawasan lain. Mereka

merentasi lautan menggunakan kapal-kapal besar menuju ke kawasan-kawasan jajahan.

Misalnya, penjajah-penjajah seperti kuasa-kuasa barat iaitu Portugal, British, Perancis dan

Amerika Syarikat yang menggunakan jalan air atau merentasi lautan untuk ke Tanah Melayu,

Tanah Besar China, Tanah Arab dan sebagainya.

Sebermula dari zaman sejarah hinggalah kini laut masih mengekalkan peranannya

sebagai jalan perhubungan yang telah dan dapat menghubungkan manusia di pelusuk dunia.

Kepentingan laut sebagai jalan perhubungan bukan sahaja merujuk kepada medium

perhubungan yang melibatkan suatu kawasan ke kawasan lain semata-mata, malah melibatkan

perhubungan seperti hubungan perdagangan terutamanya hubungan perdagangan

antarabangsa. Peristiwa ini telah berlaku sejak zaman sejarah lagi, di mana jalan perdagangan

antarabangsa telah menjadikan jalan laut sebagai laluan utama mereka ke negara lain.

Buktinya seperti Selat Melaka telah menjadi laluan perdagangan yang gemilang suatu ketika

dahulu apabila para pelayar dan perdagang berulang –alik dari Timur dan Barat. Kedudukan

strategik Selat Melaka iaitu di antara Tanah Besar China dan Benua Kecil India telah membantu

perkembangan Kerajaan Melayu Srivijaya di sepanjang selat. Hubungan perdagangan

antarabangsa menggunakan jalan laut bukan hanya pada masa zaman sejarah sahaja, malah

masih lagi diamalkan sehingga sekarang.

Peranan laut sebagai jalan air dan penjalin kepada sebuah benua dengan benua lain

sememangnya masih memainkan peranan yang penting. Kepentingan laut dalam perhubungan

8

Page 9: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

ini bukan hanya penting kerana laut telah menjadi medium perhubungan, malah manfaat

daripada menggunakan jalan laut itu sendiri telah menjadikannya penting dalam perhubungan.

Ini dapat dibuktikan di mana jalan laut merupakan jalan perhubungan yang paling mudah serta

jika dikira dalam kos penggunaan jalan laut merupakan jalan perhubungan paling cekap dan

hanya melibatkan kos yang rendah berbanding jalan udara. Atau mungkin kerana kelebihan laut

itu sendiri di mana laut dapat menghubungkan manusia ke mana-mana sahaja untuk merentasi

dunia lain.

9

Page 10: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa laut mempunyai peranan yang penting dalam sistem bumi,

kepentingannya yang merangkumi kepada alam sekitar dan manusia. Peranan laut kepada

alam sekitar ialah keseimbangan kepada klimotologi dan biodiversiti. Manakala laut berperanan

sebagai perkembangan sektor pelancongan, perhubungan dan pengangkutan malah menjadi

pusat sumber utama manusia iaitu sebagai pembekal sumber protein yang diperlukan manusia.

Kita dapat lihat laut menyeimbangkan suhu supaya suhu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Pelbagai langkah yang boleh diambil supaya pinggir laut sentiasa terlindung. Antaranya ialah

penguatkuasaan undang-undang, malahan mentaliti masyarakat perlu diterap dengan rasa

menghargai alam sekitar khususnya kepada laut. Lautan bukan sahaja sebagai ruang

penghubungan antara benua malah laut merupakan habitat hidupan akuatik. Misalnya terumbu

karang yang merupakan sebahagian daripada penghuni tetap di dalam dasar laut. Khazanah ini

hendaklah dipelihara supaya kewujudannya tetap terpelihara. Apabila berlaku gangguan

terhadap hidupan ini, keseimbangan alam sekitar juga turut terganggu kerana salah satu

sistemnya musnah atau mengalami perubahan akibat pemanasan global atau akitiviti manusia.

Tumpahan minyak juga menyebabkan kemusnahan hidupan akuatik kerana air laut tercemar

dan menghalang cahaya matahari masuk ke dalam dasar laut. Hal ini akan menyebabkan

terumbu karang mati.

Oleh itu, penjagaan terhadap laut haruslah diambil secara serius dan amalan menjaga alam

sekitar hendaklah menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan seharian.

10

Page 11: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

LAMPIRAN

11

Page 12: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

12

Page 13: kaisiong.weebly.com · Web viewMaka, permukaan air yang sejuk di kawasan benaman haba akan tenggelam ke dasar laut dan beralih ke kawasan khatulistiwa untuk menggantikan air yang

Rujukan

Badrulhisham Abdul Aziz, Onn Hassan & Mohd Rasid Othman, 1990, Teknologi Osmosis

Balikan: Teori dan penggunaannya, Johor, Universiti Teknologi Malaysia.

George L.Pickard, 1979, Descriptive Physical Oceanography (3rd)(SI) Edition, Pergamon Press

Kepentingan dan potensi laut dan lautan dalam http.//www.scribd.com/doc/26698445/2/

Rusilawati Haji Kamarudin, 2011, Terumbu Karang Memerlukan Perlindungan, Dewan Kosmik.

Tukimat Lihan et al, 2006, Kandungan logam berat dalam makanan laut dan kadar pengambilan

oleh penduduk di Tanjung Karang, Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA73/

akademika73%5B01%5D.pdf, pada 1445; 12/10/11

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm pada

12.59 :27/10/2011

13