web viewturut diadakan adalah adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke...

9
HIKAYAT RAJA MUDA (PAWANG ANA DAN RAJA HAJI YAHYA) Cerita bermula dengan suasana kecoh apabila Raja Muda didapati hilang dari rumah Nenek Kebayan. Nenek Kebayan cemas kerana insiden itu boleh mengakibatkan dirinya dibunuh. Dalam masa yang sama, persiapan sedang dilakukan untuk mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan penuh adat istiadat. Perkahwinan itu dihidu oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke kayangan. Tuan Puteri Bidadari Segerba pun pergi ke mahligai Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri lalu menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan Muda untuk bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri melalui syairnya. Setelah berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu baginda pun memakan sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan kuasa Tuhan,kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Setelah kejadian itu, mereka berdua saling berjanji untuk tidak berjumpa selama beberapa tahun. 1 Sinopsi

Upload: truongnhu

Post on 05-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewTurut diadakan adalah adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan ... Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam

HIKAYAT RAJA MUDA (PAWANG ANA DAN RAJA HAJI YAHYA)

Cerita bermula dengan suasana kecoh apabila Raja Muda didapati hilang dari rumah Nenek

Kebayan. Nenek Kebayan cemas kerana insiden itu boleh mengakibatkan dirinya dibunuh.

Dalam masa yang sama, persiapan sedang dilakukan untuk mengahwinkan Sultan Muda

dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu

diraikan secara besar-besaran dan penuh adat istiadat.

Perkahwinan itu dihidu oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan

kembali ke kayangan. Tuan Puteri Bidadari Segerba pun pergi ke mahligai Tuan Puteri

Kuntum Ratna Suri lalu menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan Muda untuk

bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah dengan Tuan Puteri

Kuntum Ratna Suri melalui syairnya. Setelah berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca

Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan

bahawa dia sedang mengandung enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri

Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum

Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu baginda pun memakan sepah

sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan kuasa Tuhan,kandungan dalam perut

Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

Setelah kejadian itu, mereka berdua saling berjanji untuk tidak berjumpa selama beberapa

tahun.

Setelah cukup tempoh 12 bulan,pada waktu tengah hari bersamaan dengan hari

Selasa, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun

menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan

kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang cahaya

mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap

tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala

Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan

Muda juga memerintahkan Perdana Menteri membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat

di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang baru lahir itu dan

membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain.

1

Sinopsis

Page 2: Web viewTurut diadakan adalah adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan ... Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis, tidak

mahu makan dan minum. Hal ini membimbangkan seluruh istana tetapi keadaan menjadi

reda setelah Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut memang

sifat semula jadi anak tersebut.

Pada hari yang telah ditetapkan Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik

Mendam Berahi. Semua persiapan yang diarahkan telah disiapkan. Tuan Puteri Kuntum

Ratna Suri dan bondanya membawa Puteri Renik Jintan ke balai pancalogam di tengah-

tengah tasik Mendam Berahi untuk dimandikan dengan penuh upacara. Turut diadakan

adalah adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke

atas emas serta perak.

Selesai upacara itu, anak-anak raja pun bersuka ria dengan pelbagai jenis

permainan. Pada sebelah malamnya pula,Sultan Muda membawa isterinya bermain-main di

atas pasir yang berkilat dan kemudiannya menyaksikan permainan ‘Doh Besar’, ‘Lang-lang

Aji Buntut’ dan ‘cekur-cekur Puyuh’. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri turut sama bermain

permainan ‘Doh Besan’ kerana terlalu seronok. Suasana sungguh meriah sehinggalah larut

malam dan semua permainan dihentikan. Keesokannya, kenduri diadakan dengan

menyembelih kerbau, bacaan doa selamat dan doa tolak bala. Sultan muda bersama-sama

pengiringnya berangkat kembali ke kota keesokannya.

Cerita ini mengetengahkan tema tentang suka-duka pengalaman hidup Raja Muda atau

Sultan Muda. Baginda mengharungi pelbagai peristiwa seperti ditinggalkan isteri, bernikah

lain dan meraikan kelahiran puterinya.

1. Persoalan Kasih sayang dalam sesebuah keluarga.

Dalam hal ini kekanda berenam begitu menyayangi saudara bongsu mereka dengan turut sama meraikan kelahiran Puteri Renik Jintan.

2. Persoalan Pernikahan yang tidak direlakan.

Pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri sebenarnya tidak direlakan oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba.

2

Tema

Persoalan

Page 3: Web viewTurut diadakan adalah adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan ... Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam

3. Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu kesukaran.

4. Persoalan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain.

Dalam hal ini Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selepas peristiwa pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

5. Persoalan kegembiraan menyambut kelahiran seorang bayi.

6. Persoalan Temasya untuk meraikan kedatangan seorang ahli baru dalam sesebuah

keluarga.

Watak UtamaRaja Muda (Sultan Muda Gempita Sakti)

Berkahwin dua

Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri

Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan

Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya

dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di

Tasik Mendam Berahi.

Baginda juga seorang yang bersifat pemurah. Baginda telah mengadakan kenduri

dengan menyembelih kerbau untuk pengikutnya.

Baginda seorang yang menjalankan perintah agama. Sebagai contoh baginda telah

mengiqamatkan puterinya yang baru lahir.

Watak Sampingan

Tuan Puteri Bidadari Segerba Berasal dari kayangan.

Anak kepada Maharaja Indera Dewa.

Merupakan isteri kepada Raja Muda.Seorang yang berbudi bahasa. Sebagai contoh,

dia pergi menghadiri majlis pernikahan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan

bersalam-salaman dengan bondanya, Permaisuri Kaca Bertuang.

Beliau juga seorang yang cekal menerima takdir hidup bahawa suaminya berkahwin

lain sewaktu beliau berada di kayangan.

3

Watak dan Perwatakan

Page 4: Web viewTurut diadakan adalah adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan ... Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri Anakanda kepada Sultan Sedar Alam dan Permaisuri Kaca Bertuang.

Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda.

Isteri kedua Sultan Muda

Seorang yang berfikiran tebuka apabila sanggup mencemar duli untuk turun bermain

bersama-sama dalam permainan ‘Doh Besar’.

Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima kandungan

dari dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya.

Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan Anak perempuan kepada pasangan Sultan Muda dan Tuan Puteri Kuntum Ratna

Suri. Sewaktu berada dalam kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba berusia

enam purnama, Tuan Puteri telah dipindahkan ke dalam kandungan perut ibunya,

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri sangat disayangi oleh seluruh ahli

keluarga dan istana.

Namanya itu diberikan oleh nendanya.

1. Kata gandaBersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium

2. PersonifikasiSerai beranak di atas dapur.

3. Bahasa istanaBersemayam, bersantap

4. InversiTidak sedap rasa hatiSudah kakanda berperi

5. SimileBetapa padannya puteri itu bersanding dengan Sultan Muda laksana Sargandi dengan Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh purnama empat belas

6. Bahasa klasikGahara, leta

7. Bahasa ArabMengkamatkan, kiblat

4

Gaya Bahasa

Page 5: Web viewTurut diadakan adalah adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan ... Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam

Latar Masa

Pada waktu malam Raja Muda mengajak isterinya bermain pasir di Tasik Mendam Berahi.

Pada hari Selasa waktu tengah hari. Pada waktu ini Tuan Puteri Renik Jintan dilahirkan.

Pada waktu pagi. Pada waktu ini, berlaku kekecohan di rumah Nenek Kebayan kerana Raja Muda menghilangkan diri.

Latar Tempat

Di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Di sinilah dilangsungkan majlis penikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

Di kayangan. Merupakan tempat asalnya Tuan Puteri Bidadari Segerba.

Di rumah Nenek Kebayan. Raja Muda tinggal di sini sebelum menghilangkan diri untuk pergi bernikah.

Tasik Mendam Berahi. Di sini telah dibina sebuah astaka pancalogam 12 tingkat yang merupakan tempat bersiram Tuan Puteri yang baru lahir.

Padang Biram Kemala.Di tengah-tengah padang ini dibina sebuah khemah tempat beradu Raja Muda. Padang ini juga dijadikan tempat anak-anak raja bermain ‘Doh Besan’, anak-anak pembesar bermain ‘Lang-lang Aji Buntut”.

Latar Masyarakat

Latar masyarakat zaman feudal Rakyat diperintah oleh raja dan mereka mesti mematuhi titah raja. Buktinya ,Perdana Menteri menjalankan arahan Sultan untuk mendirikan astaka dan khemah di Padang Biram Kemala.

Latar masyarakat yang mementingkan adat dan upacara.Raja Muda menjalankan upacara ‘memijak tanah’ untuk puterinya.

Latar masyarakat yang berbudi bahasa

5

Latar

Page 6: Web viewTurut diadakan adalah adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan ... Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam

Latar masyarakat yang amanah kepada tugasPerdana Menteri menjalankan tugasnya membina pancalogam 12 tingkat dan khemah tempat bersiram dan tempat permainan Puteri Renik Jintan.

Latar masyarakat yang ahlinya sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lainTuan Puteri Kuntum Ratna Sari sanggup menerima kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba

Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur IslamRaja Muda yang mengadakan majlis kesyukuran demi menyambut kelahiran puteri baginda.

1. Nilai kasih sayangRaja Muda yang begitu kasihkan puterinya hingga sanggup membina pancalogam 12 tingkat dan khemah sebagai tempat bersiram dan tempat permainan puterinya itu.

2. Nilai redha kepada takdirTuan Puteri Bidadari Segerba yang reda dengan perkahwinan kedua Raja Muda kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari

3. Nilai saling menghormatiKedua-dua isteri Raja Muda saling menghormati keputusan masing-masing untuk tidak berjumpa selama setahun.

1. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang.

2. Kita mestilah memberikan semangat dan dorongan kepada orang yang sedang sakit atau dalam kesusahan.

3. Kita perlulah memohon maaf jika melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau menyakiti hati orang lain.

4. Kita hendaklah menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

5. Seorang suami perlu memaklumkan kepada isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi supaya tidak berlaku salah faham.

6

Nilai

Pengajaran

Page 7: Web viewTurut diadakan adalah adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan ... Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam

1. Siapakah Raja Muda?

2. Pada pendapat anda, adakah wajar Raja Muda berkahwin dengan Tuan Puteri Kuntum

Ratna Sari dan mengapa?

3. Pada pendapat anda, apakah kepentingan memelihara adat dan budaya bangsa?

Jawapan:

1. Raja Muda ialah suami kepada Tuan Puteri Bidadari Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari serta ayahanda kepada Puteri Renik Jintan.

2. Ya, kerana Raja Muda tidak mendengar sebarang khabar daripada isteri pertama yang dinikahinya iaitu Tuan Puteri Bidadari Segerba setelah baginda pulang ke kayangan dan Raja Muda perlukan zuriat untuk menyambung keturunannya.

3. Pada pendapat saya, kepentingan memelihara adat dan budaya bangsa adalah:a. Supaya adat dan budaya tidak hilang ditelan dek zamanb. Supaya tidak dilupakan oleh generasi mudac. Supaya dapat memelihara jati diri bangsa generasi muda.

7

Latihan