wirid naqsyabandi & syarahannya & manfaatnya :الإجابة الربانية بشرح ومنافع...

47

Upload: raja-mahadi-raja-ahmad

Post on 24-Nov-2015

881 views

Category:

Documents


102 download

DESCRIPTION

" ketahuilah wahai orang yang membaca kitab ini, aku tidak menyebarkan manfaat-manfaat daripada kitab ini melainkan atas dasar cinta kepada seluruh saudara-saudaraku yang beriman dan beramal dengan sabda Penghulu Sekalian Rasul s.a.w :" Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu Sehinggalah Dia Mencintai Saudaranya Sebagaimana Dia Mencintai Dirinya Sendiri ". maka disebabkan itulah aku juga mencintai mereka untuk suka akan kebaikan untuk mengingati ALLAH SWT, sehingga aku telah mengijazahkan kepada semua yang membacanya dengan niat yang ikhlas dan hati yang hadhir kepada NYA, agar sampai ianya kepada tujuan-tujuannya di dunia dan akhirat, ijazah secara umum bagi seluruh pengikut Tariqah Naqsyabandiyyah dan juga selain daripada mereka dikalangan Muslimin bagi menambahkan lagi manfaat umum yang nyata.sesungguhnya telah sepakat seluruh Masyayikh Tariqah Naqsyabandiyyah dan selain daripada mereka bahawa sesungguhnya sesiapa yang membaca wirid yang mulia ini, ianya bermanfaat bagi pengqabulan segala hajatnya, sampai kehendak-kehendaknya, menolak bala', dapat mengalahkan musuh-musuh dan orang-orang yang hasad kepadanya, mengangkat darjat-darjat, sampai ke maqam-maqam kedekatan, akan terzahir tajalli-tajalli, mencapai taraqqi-taraqqi serta kasyaf-kasyaf, menghilangkan rasa sedih, memelihara diri daripada segala halangan dan musibah dan penyembuhan penyakit daripada segala ubat-ubatan.sesungguhnya ianya telah diamalkan oleh ramai dikalangan manusia, maka mereka telah melihat terhasilnya "ijaabah" (jawapan : pengkabulan) apabila ianya diamalkan dengan istiqamah dan berterusan. kelebihan khasiatnya lebih banyak lagi daripada yang disebutkan tadi bahkan manfaatnya tidak tebilang dan terhitung. ALLAH SWT lah sebagai Penolong yang memberi taufiq dan DIA lah Pemberi Petunjuk bagi mereka-mereka yang berjalan kepada NYA".- Asy-Syaikh Al-Akbar Muhammad Baha'uddin Al-Uwaisi An-Naqsyabandi QaddasaLlahu Sirrahu.MAKLUMAN : wirid ini sahaja yang dapat al-faqir kongsikan kerana ianya telah diijazahkan secara umum oleh Syaikh Bahauddin An-Naqsyabandi QaddasaLlahu Sirrahu kepada semua samaada Ahli Tariqah Naqsyabandi atau tidak, tetapi zikir-zikir serta amalan yang lain di dalam kitab ini al-faqir tidak dibenarkan untuk disebar secara umum kerana sesiapa yang berhajat untuk beramal maka dia perlu berbai'ah dengan syaikh mursyid terlebih dahulu dan menjalani suluk. sekian, moga bermanfaat untuk semua.