wong jing mei (bm)
TRANSCRIPT
INSTITUT PERGURUAN SARAWAK, MIRI
KDPM KDC PC
PENGAJIAN MELAYU ELEKTIF
NAMA GURU PELATIH: WONG JING MEI
NO KAD PENGENALAN: 870306-52-6849
NO TELEFON BIMBIT: 019-8775899
ALAMAT EMAIL: [email protected]
NAMA PENSYARAH: Puan Ainah Bt. Julhee
Ambilan November 2009
ISI KANDUNGAN
1.0 KONSEP-KONSEP
1.1 KESUSASTERAAN MELAYU
1.2 CERITA KANAK-KANAK
1.3 PUISI
2.0 BAHAN-BAHAN KESUSASTERAAN
2.1 CERITA KANAK-KANAK
2.2 PUISI KLASIK
2.3 PUISI MODEN
3.0 CERITA KANAK-KANAK (PEMOTONG KAYU YANG JUJUR)
4.0 PUISI KLASIK (PANTUN BUDI)
5.0 PUISI MODEN (SAJAK HARI GURU)
6.0 RANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN
7.0 RUJUKAN
8.0 LAMPIRAN
1.0 KONSEP-KONSEP
1.1 KESUSASTERAAN MELAYU
Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang
membawa maksud kitab suci. Sastera ialah karya seni kreatif hasil ciptaan
manusia menggunakan bahasa yang indah, halus dan menarik serta
memberi kesan kepada pembaca atau penonton. Ia merupakan hasil
pemikiran seni yang berkualiti yang diterjemahkan sama ada dalam
bentuk lisan, penulisan, prosa, puisi, naratif dan non-naratif.
Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun.
Diksi yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada
pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang
pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna yang
difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi
menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga.
Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan
tersusun, sastera juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain,
seorang pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran
idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi bersama oleh
pembaca. (Arba’ie et al,2008 hlm 1) Unsur akaliah ini merupakan langkah
pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.
Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang
perlu mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu
dengan daya rasa atau sensitiviti mereka. (Arba’ie et al,2008 hlm 1) Untuk
itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin
akan masyarakatnya.
Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak
terhasil dengan kekosongan.(Ara’ie et al,2008 hlm 5) Ianya terhasil atas
dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di
persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca
memikirkan mesej yang ingin disampaikan.
Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya
bahasa, bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk
menilai kesan estetika sesebuah karya itu.
Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti
kehidupan. Persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya
sastera merupakan rakaman realiti dalam masyarakat. Ianya merupakan
renungan serta pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan secara
halus dan berhemah. (Arba’ie,2008 hlm 2)
Dalam kesusasteraan Melayu, pengkategorian sastera dilakukan
berdasarkan zaman atau masa sesebuah hasil sastera itu dikesan atau
wujud. (Arba’ie et al,2008 hlm 8) Secara umumnya, pengkategorian
sastera akan merujuk kepada tradisional dan moden. Sastera Melayu
tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi. Genre prosa dan puisi
tradisional adalah seperti yang tersenarai:
Prosa Puisi
Tradisional
Saster Rakyat
Sastera Pengaruh Hindu
Sastera Zaman Peralihan
Sastera Pengaruh Islam
Sastera Panji
Sastera Ketatanegaraan
Sastera Undang-undang
Sastera Saduran
Cerita Berbingkai
Pantun
Syair
Peribahasa
Teromba
Talibun
Nyanyian kanak-kanak
Jampi Mentera
Gurindam Zikir
Seloka, Kit’ahMasnawi
Moden
Cerpen
Novel
Drama
Sajak
1.2 CERITA KANAK-KANAK
Cerita kanak-kanak biasanya ialah cerita teladan yang merupakan
salah satu sastera tradisional yang berbentuk prosa. Cerita-cerita ini
bertemakan pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan
kehidupan sosial dan budaya atau pengajaran agama. (Arba’ie et al,2008
hlm 104) Jika cerita penglipur lara berkisar kepada anak-anak raja, cerita
teladan ini pula lazimnya terdiri daripada manusia biasa. Kebanyakannya
berlatar belakangkan dunia nyata dan menggunakan gaya pertuturan
seharian. Di samping memberikan didikan moral, cerita teladan ini
lazimnya memberikan kesan yang mendalam di jiwa kanak-kanak.
1.3 PUISI
Menurut Za’ba, puisi adalah karangan berangkap yang khas
dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah
dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa. (Arba’ie et al,2008
hlm 9) Pendapat yang sama juga diutarakan oleh Samuel Taylor
Coleridge yang mengemukakan puisi sebagai kata-kata terindah dalam
susunan terindah. (Arba’ie et al, 2008 hlm10) Bentuk puisi tradisional
termasuk pantun, gurindam, syair dan sebagainya. Menurut Md Ali Bachik
(2003), gurindam adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-
kalimat yang berirama dimana isinya berunsur nasihat dan bentuknya
semacam bidalan.
Selain daripada memberikan pengajaran atau hiburan kepada
masyarakatnya, sastera juga berfungsi sebagai satu wadah untuk
berkomunikasi tentang kebenaran. Dengan adanya kepekaan dan
sensitiviti dari para penyair, segala peristiwa sosial yang berlaku di dalam
masyarakatnya akan mencetuskan peluang terhasilnya puisi moden yang
bertujuan mendedahkan tentang kebenaran kepada masyarakat
pembaca.
2.0 BAHAN-BAHAN KESUSASTERAAN
2.1 CERITA KANAK-KANAK
Pemotong Kayu Yang Jujur
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong
kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari
rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual
sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa
dikurniakan anak.Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......Pergilah
si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu
api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si
suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk
mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak
besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak
jua dia berhenti.....Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas
kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam.
Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca
rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia
mengenangkan nasib...Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat
kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang
tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka
tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan
apa yang berlaku..."Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang
tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam
sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil
membawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab
situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki
kapak emas ini"....Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai
dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua
kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu
membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya
sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah
kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si
tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut
dihadiahkan. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya
ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut
bergembira dengan kejujuran suaminya.Keesokan harinya isteri si tua
itupun sihat...
2.2 PUISI KLASIK (PANTUN)
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga
Bunga Melati binga di darat
Bunga Seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia kerana tidak berbudi.
2.3 PUISI MODEN (SAJAK)
Hari Guru
Hari ini
adalah hari kita
menjunjung amanah
sandaran harapan insane berjuta
yang bernama ibu dan bapa
memikul misi murni
mengasuh mendidik
tunas bangsa
harapan nusa
Hari ini
adalah hari yang menuntut kita bertafakur
apakah tiang azam
masih tegak kukuh
apakah perdu semangat
tak tergoncang ribut
ataukah langkah kita
sudah pincang tertusuk
duri-duri duga?
Hari ini
ada bunga dikalungkan
ada pujian dilafazkan
ada jasa dikenang
ada salam dihulur
tanda hormat;
pada insan bergelar GURU
3.0 CERITA KANAK-KANAK
3.1 Jenis Cerita dan Ringkasan Cerita
Pemotong Kayu yang Jujur merupakan sebuah cerita teladan.
Cerita ini menceritakan kisah seorang pemotong kayu dan pari-pari:
Seorang pemotong kayu menjalankan tugas hariannya memotong
kayu di hutan. Semasa memotong kayu, genggamannya menjadi lemah
menyebabkan kapak buruknya terlepas dan terjatuh ke dalam sungai.
Pemotong kayu sangat sedih kerana kapak buruk itu adalah punca
rezekinya. Seorang pari-pari muncul dan mengetahui sebab kesedihan
pemotong kayu. Pari-pari itu menyelam ke dalam sungai tiga kali dan
membawa naik kapak emas, kapak perak dan kapak gangsa masing-
masing. Pemotong kayu menafikan kapak-kapak tersebut ialah miliknya.
Akhirnya, pari-pari membawa sebilah kapak buruk. Pemotong kayu sangat
gembira kerana kapaknya dijumpai. Oleh kerana kejujuran pemotong
kayu, ketiga-tiga kapak terus dihadiahkan kepadanya oleh pari-pari.
3.2 Tema
Cerita Pemotong Kayu yang Jujur bertemakan menasihat kanak-kanak
supaya sentiasa bercakap benar dan bersikap jujur.
3.3 Persoalan
1. Sikap amanah dan tidak tamak dengan barang bukan milik sendiri.
2. Kesedaran tentang kepentingan sikap kejujuran.
3.4 Plot
3.4.1 Permulaan (Eksposisi)
Watak utama pemotong kayu yang tua dan miskin tinggal bersama isteri
di pedalaman.
3.4.2 Perkembangan
Pemotong kayu memotong kayu di hutan.
Isterinya tidak sihat.
Kapak pemotong kayu terjatuh dalam sungai.
3.4.3 Perumitan
Pari-pari muncul untuk menolong pemotong kayu.
Pari-pari membawa naik tiga kapak yang bukan milik pemotong kayu.
Pemotong kayu tidak menerima kapak-kapak tersebut.
3.4.4 Klimaks (Puncak)
Pari-pari membawa kapak milik pemotong kayu.
Pemotong kayu sangat gembira.
Pari-pari menghadiahkan ketiga-tiga kapak emas, perak dan gangsa
kepada pemotong kayu.
3.4.5 Peleraian
Pemotong kayu balik ke rumah dengan gembira dan menceritakan
kepada isterinya.
Isterinya menjadi sihat pada keesokan harinya.
3.5 Nilai Pengajaran
Kita harus bersikap jujur dan amanah dalam kehidupan kita keran sikap
jujur merupakan amalan yang mulia.
4.0 PUISI KLASIK (PANTUN BUDI)
4.1 Maksud Pantun
Rangkap 1:
Hutang budi seseorang manusia tidak dapat dinilai dengan emas atau
intan berlian. Kesudahannya hutang budi tidak dapat dibayar sehingga
kita meninggal dunia sekali pun.
Rangkap 2:
Budi yang dihulurkan kepada seseorang bukanlah untuk mengharapkan
balasan atau pujian.
Rangkap 3:
Kehinaan seseorang manusia berpunca daripada sikapnya yang tidak
berbudi bahasa.
4.2 GAYA BAHASA
a) Anafora
Contohnya: Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi di bawa mati
Bunga Melati binga di darat
Bunga Seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia kerana tidak berbudi.
b) Personafikasi
Contohnya: Hutang budi dibawa mati
c) Asonansi
Contohnya: Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak 18
kali.
d) Aliterasi
Contohnya: Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga
Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi konsonon n sebanyak
13 kali.
e) Rima Akhir
Contohnya: Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga
Bunga Melati binga di darat
Bunga Seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia kerana tidak berbudi.
5.0 PUISI MODEN (SAJAK HARI GURU)
5.1 Maksud Sajak
Rangkap 1:
Hari guru yang disambut pada tanggal 16 Mei saban tahun adalah
lambang amanah yang dijunjung oleh kaum guru. Mereka menjadi
sandaran harapan masyarakat bagi memikul misi murni, iaitu mengasuh
dan mendidik generasi muda harapan negara.
Rangkap 2:
Hari Guru juga dijadikan hari bermuhasabah (menilai diri sendiri,
introspektif) sama ada azam yang dibina semasa melamar kerjaya
keguruan masih bertahan dan kekal, atau tergugat. Adakah semangat
keguruan masih kental dan tidak mengalah kepada cabaran? Adakah
telah timbul masalah hingga berlaku kepincangan kerana tewas dengan
pelbagi dugaan yang datang?
Rangkap 3:
Sempena sambutan hari guru, pelbagai bentuk hadiah, sanjungan,
ucapan terima kasih, dan huluran tangan bagi menghormati insan yang
bergelar guru.
4.2 GAYA BAHASA
a) Personafikasi
Contohnya: adalah hari yang menuntut kita (R2, B2)
b) Metafora
Contohnya: apakah tiang azam (R2, B4)
c) Sinkope
Contohnya: tak tergoncang ribut (R2, B7)
d) Anafora
Contohnya: ada bunga dikalungkan
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenang
ada salam dihulur (R3,B2 – 5)
e) Pengulangan kata
Contohnya: Hari ini (R1 – 3, B1)
f) Kata Ganda
Contohnya: duri-duri duga? (R2, B10)
g) Asonasi
Contohnya: adalah hari kita (R1, B2)
h) Aliterasi
Contohnya: sandaran harapan insan berjuta (R1, B4)
6.0 RANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN
Tarikh : 07 Januari 2013
Masa : 0750 – 0850
Tahun : Tiga
Bil Murid : 30 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Cerita-cerita Teladan
Tajuk : Pemotong Kayu yang Jujur
Hasil Pembelajaran:
1.2 Aras 1(i) Mendengar cerita dan memberi maklum balas.
1.2 Aras 2(ii) Memberi respon yang sesuai berdasarkan soalan yang
dikemukakan.
2.1 Aras 1(i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan
dan intonasi yang betul.
5.1 Aras 3(i) Membaca teks dengan sebutan dan intonansi yang betul.
7.1 Aras 3(ii) Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam cerita.
Objektif pengajaran dan pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca teks dengan sebutan dan intonansi yang betul.
2. Menceritakan semula cerita yang didengar dan dibaca menggunakan
perkataan sendiri dengan sebutan dan intonansi yang betul.
3. Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam cerita.
4. Menulis jawapan dengan betul berdasarkan latihan soalan yang diberi
mengenai dengan cerita teladan yang didengar.
Bahan Bantu Mengajar: LCD Projector, Komputer, Lembaran kerja.
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Set Induksi
(5 min)
Pantun jujur 1. Guru memulakan pengajaran dengan
menayangkan kepada murid seni kata lagu
pantun pada skrin LCD.
2. Semua murid menyanyikan lagu pantun
seperti yang ditayangkan.
Mendengar dan
memahami
cerita.
(5 min)
Cerita teladan
“Pemotong kayu
yang jujur”.
1. Guru bercerita mengenai cerita teladan
berpandukan gambar bersiri yang
ditayangkan melalui skrin LCD.
2. Murid mendengar dan memahami cerita
teladan yang diceritakan oleh guru.
Membaca dan
mengeja
perkataan yang
disediakan.
(10 min)
Sebutan dan
intonasi yang betul.
1. Murid-murid membaca teks cerita yang
dipamerkan melalui skrin LCD dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
2. Murid kumpulan lemah mengeja dan
menyebut dengan betul beberapa
perkataan yang terdapat dalam petikan
cerita.
Bercerita.
(10 min)
Menggunakan
perkataan sendiri
dengan sebutan
dan intonasi yang
betul.
1. Murid kumpulan cerdas dan sederhana
menceritakan semula secara ringkas cerita
yang didengar daripada guru dengan
menggunakan perkataan sendiri.
2. Murid kumpulan lemah menceritakan
situasi yang sedang berlaku dalam salah
satu gambar yang ditunjukkan oleh guru.
Soaljawab
secara spontan
Mengemukakan
idea.
1. Guru menyoal murid secara spontan
mengenai cerita yang diceritakan oleh guru.
(10 min)
Menyatakan
pendapat.
(5 min)
Melahirkan
pendapat mengikut
pemahaman murid.
2. Murid-murid menjawab secara spontan
soalan-soalan yang dikemukakan oleh
guru.
3. Guru meminta pendapat murid-murid
apakah nilai murni yang terdapat dalam
cerita.
4. Murid-murid menjelaskan pendapat
masing-masing mengenai nilai murni yang
terkandung dalam cerita.
5. Guru menjelaskan nilai murni yang terdapat
dalam cerita dan seterusnya memberi
penekanan kepada murid
perlunyaseseorang itu bersikap jujur.
Menjawab
soalan bertulis.
(10 min)
Menjelaskan
pemahaman murid
mengenai cerita
yang didengar.
1. Guru mengedar kepada murid latihan
soalan yang disediakan dalam lembaran
kerja.
2. Murid kumpulan cerdas dan sederhana
menulis jawapan soalan pemahaman.
3. Murid kumpulan lemah memilih jawapan
yang betul dan menulis jawapan tersebut di
tempat kosong.
Penutup.
(5 min)
Menjelaskan
pemahaman secara
spontan.
1. Guru memberi rumusan mengenai cerita
teladan yang dipelajari dan mengajukan
beberapa soalan spontan kepada murid-
murid.
2. Murid memberi respon.
7.0 RUJUKAN
1. Drs Ab. Aziz Haji Omar (Mei 10, 2012). Definisi sastera / Kesusasteraan
Melayu. Retrieved November 27, 2012 from
http://azmar-pb.blogspot.com/2012/05/definisi-sasterakesusasteraan-
melayu.html
2. Dirgahayu Bianglalaku (Oktober 6, 2011). Kesusasteraan Melayu. Retrieved
November 27, 2012 from
http://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/kesusasteraan-melayu.html
3. Dakecik (November 3, 2008). Cerita kanak-kanak. Retrieved November 27,
2012 from http://ceritakanak2.blogspot.com/2008/11/pemotong-kayu-yang-
jujur.html
4. Mohd Zaki Hj Awang Mat. Aspek Kajian Sastera untuk Teks Komsas.
Retrieved November 27, 2012 from http://www.bmspm.net/aspeksastera.htm
5. Jayn Saidin (Oktober 31, 2009). Koleksi Pantun Budi. Retrieved November
27, 2012 from http://malay-arts.blogspot.com/2009/10/koleksi-pantun-
budi.html
6. Shazam (December, 2011). Analisis Sajak Hari Guru. Retrieved November
27, 2012 from http://nizamz88.blogspot.com/2011/12/analisis-sajak-hari-
guru.html
8.0 LAMPIRAN
Pantu Jujur
Rendam stokin dalam baldi,
Lalu dicuci di tepi kali;
Biar kurus badan melidi,
Asalkan jujur bertali-tali.
Menjenguk muka di balik pintu,
Bibir tersangkut di selak kunci;
Siang malam duduk membatu,
Tak pernah jujur orang pun benci.
Hajat hati nak panjat gunung,
Malangnya tali cuma senjengkal;
Setiap masa duduk termenung,
Tak jujur itu sifat budak nakal
LEMBARAN KERJA (KUMPULAN A DAN B)
Nama: _____________________ Tarikh: ___________
Jawab soalan-soalan berikut.
1. Dimanakah pemotong kayu tinggal?
………………………………………………………………………………………………
2. Kenapakah isteri pemotong kayu tidak menemaninya ke hutan?
………………………………………………………………………………………………
3. Apakah peralatan kesayangan pemotong kayu?
………………………………………………………………………………………………
4. Apakah yang telah berlaku sewaktu pemotong kayu menebang pokok?
………………………………………………………………………………………………
5. Kenapakah pemotong kayu tidak berani terjun ke dalam sungai untuk mencari
kapaknya?
……………………………………………………………………………………………….
6. Apakah yang berlaku sewaktu pemotong kayu menangis di tepi sungai?
…………………………………………………………………………………………….
7. Mengapakah pemotong kayu enggan menerima kapak emas, kapak perak dan
kapak gangsa yang dihulurkan oleh pari-pari itu?
………………………………………………………………………………………………
8. Apakah pengajaran yang anda dapat pelajari melalui cerita ini?
……………………………………………………………………………………………..
LEMBARAN KERJA (KUMPULAN C)
Nama: _____________________ Tarikh: ___________
A. Pilih jawapan yang betul kemudian tulis jawapan tersebut di tempat yang kosong.
1. Pemotong kayu tinggal di …………………… ( pedalaman / bandar ) bersama
isterinya.
2. Isteri pemotong kayu tidak menemani pemotong kayu ke hutan kerana dia
……………(sibuk / sakit)
3. ……………….(Kapak / Cangkul) merupakan peralatan kesayangan pemotong
kayu.
4. Semasa pemotong kayu menebang pokok, genggamannya menjadi lemah dan
kapaknya terjatuh ke dalam ……………………….(sungai / tasik)
5. Pemotong kayu tidak berani terjun ke dalam sungai untu mencari kapaknya
kerana air sungai sangat ……………………. (tenang / deras)
B. Tulis (B) pada kenyataan yang betul dan (S) pada kenyataan yang salah.
1. Pari-pari mencara kapak pemotong kayu dalam sungai. ( )
2. Pemotong kayu menerima kapak emas yang dihulurkan kepadanya oleh pari-
pari. ( )
3. Pari-pari itu tidak menjumpai kapak pemotong kayu. ( )
4. Pemotong kayu adalah seorang yang jujur. ( )
5. Isteri pemotong kayu sihat pada keesokan harinya. ( )