yab tan sri dato

Upload: arliliza

Post on 10-Jan-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

saya

TRANSCRIPT

Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. YassinTimbalan Perdana MenteriMerangkap Menteri Pendidikan MalaysiaDI MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015PADA 16 MEI 2015; PUKUL 9.30 PAGIBERTEMPAT DI DEWAN WAWASAN, JITRA, KEDAH"GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"Selain itu, dalam keghairahan kita mengejar kemajuan ekonomi, jangan kita abaikan tanggungjawab memelihara alam sekitar. Ini termasuk penerokaan hutan yang berleluasa sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran air, kejadian tanah runtuh dan juga banjir besar seperti yang dialami di negara kita baru-baru ini.Sebaliknya, kita mestilah sentiasa mementingkan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar yang menjadi penentu kesejahteraan hidup generasi masa hadapan. Dalam konteks ini, beliau memetik satu pemerhatian penting yang dibuat oleh Jeffrey D Sachs, seorang pakar ekonomi yang tersohor di dalam bukunya Common Wealth: Economics for a Crowded Planet yang beliau fikir wajar direnung oleh kita semua. Jeffrey menyebut: The worlds ability to combine long-term economic growth with environmental health is heavily debated. Yet one thing is certain: the current trajectory of human activity is not sustainable. If we simply do what we are doing on the planet with unchanged technology, the environmental underpinnings of global well-being will collapse. The limits of the environment itself will defeat our global aspirations for prosperity. Untuk mengelakkan masa depan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan hidup masyarakat kita terjejas akibat sumber alam yang tidak diurus dengan baik, beliau mencadangkan supaya universiti-universiti di negara kita memberikan fokus kepada kajian mengenai pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari. Universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini digalakkan membuat kajian berimpak tinggi yang berfokus kepada pengurusan sumber alam, penghasilan teknologi hijau, penciptaan tenaga boleh dibaharui (renewable energy), seni bina mesra alam, hidrologi dan bidang-bidang lain yang berkaitan.Sudah sampai masanya kita menjajarkan semula pendekatan pembangunan negara dengan melihat pemeliharaan alam sekitar sebagai satu faktor penting dalam menjamin kelestarian kemajuan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat di masa hadapan. Satu lagi bidang utama yang perlu diteroka oleh ahli-ahli akademik di negara ini ialah pengurusan bencana. Bidang ini menjadi semakin penting di Malaysia.Kejadian tanah runtuh, jerebu dan banjir yang kerap berlaku di negara kita mutakhir ini memerlukan satu pendekatan yang komprehensif dan berkesan dalam pengurusan bencana.Ini termasuk aspek pengurusan alam sekitar, persiapan menghadapi bencana, program kesedaran masyarakat, penyelarasan bantuan, komunikasi dan pembinaan semula kawasan yang terjejas akibat bencana. Jika kita dapat mengurus bencana dengan baik, beliau percaya kita akan dapat menyelamatkan banyak nyawa selain mengelakkan kerugian berbillion ringgit akibat kerosakan infrastruktur dan kemusnahan harta benda. Justeru, sukacita beliau mengumumkan penubuhan sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Negara yang memfokuskan kepada aspek pengurusan bencana dan juga pemberian dana penyelidikan khas dalam bidang pengurusan bencana dan mitigasi banjir berjumlah RM20 juta yang boleh dipohon oleh IPT melalui Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS). Adalah diharapkan hasil kajian yang bakal dilaksanakan dapat menyumbang kepada pemantapan pengurusan bencana di negara ini.Jelas sekali bahawa modal insan atau bakat yang perlu dibangunkan melalui sistem pendidikan negara bukan sahaja mampu memenuhi tuntutan pembangunan ekonomi, tetapi juga perlu disertai dengan penghayatan nilai dan adab yang tinggi.Matlamat ini adalah selaras dengan tujuan Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari ataupun Education for Sustainable Development (ESD) yang menekankan keberhasilan modal insan yang holistik, peka terhadap alam sekitar dan bertangunggjawab.Selain itu, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, aspek perpaduan nasional perlu terus menjadi pancang dasar dan program pendidikan di negara ini.Kita tidak boleh sama-sekali mengenepikan aspek perpaduan nasional sebagai teras keamanan, kestabilan dan kemajuan negara. Untuk itu, Kementerian Pendidikan akan memberikan penekanan khusus kepada pengukuhan perpaduan nasional dan pembinaan semangat patriotisme di setiap peringkat pendidikan menerusi pelaksanaan program pendidikan kenegaraan yang lebih berstruktur. Justeru, dalam melahirkan insan yang sempurna atau insn kmil, kita perlu kembali menghayati asas-asas yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Selain itu, beliau yakin transformasi pendidikan yang telah kita garap akan berjaya sekiranya kita berusaha tanpa mengenal erti putus asa, bekerjasama sebagai sebuah pasukan dan berkhidmat dengan komitmen yang tinggi lagi berintegeriti. Kita perlu berusaha dan berubah daripada amalan biasa untuk melaksanakan transformasi pendidikan. Dalam konteks ini, marilah kita menghayati firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran surah Al-Radu, ayat 11: Yang bermaksud: Sessunguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri. Oleh itu sebagai guru, kita perlu memberi tunjukkan personaliti yang sempurna agar menjadi teladan kepada anak didik kita. Ini kerana serba sedikit memberi galakkan dan motivasi kepada murid. guru merupakan ikon paling hampir kepada murid kerana sebahgain hidup mereka di sekolah. Jadi secara tidak langsung guru merupakan corak dalam diri murid.Dalam keadaan masyarakat sedang mengalami proses pembangunan yang kian pesat kini , golongan guru juga tidak dapat dikecualikan daripada menghadapi pelbagai cabaran.

Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)yang telah dilaksanakan mulai tahun 2002. PPSMI merupakan nama rasmi bagisalah satu Dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggerismenggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar mata pelajaran Sainsdan Matematik di semua peringkat pendidikan. PPSMI dilaksanakan denganmatlamat supaya murid dapat menguasai ilmu Sains dan Matematik yang pesatberkembang dan kebanyakannya didedahkan dalam bahasa Inggeris. Tetapi, jikaguru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran ini tidak dapat menguasaiBahasa Inggeris dengan baik akan menyebabkan proses pengajaran tidak dapatberjalan dengan lancar dan berkesan. Kajian pihak tertentu untuk menilai tahappenguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru Sains dan Matematik jugamenunjukkan peratusan yang kurang memberangsangkan.Lebih merunsingkanapabila ada sebahagian dalam kalangan guru-guru berkenaan yang tidak mencapaikredit dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaubagaimanapun,guru-guru ini dihadapkan lagi dengan Dasar MemartabatkanBahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di mana BahasaMelayu mengambil alih tempat Bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains danMatematik secara proses soft landing. Dasar ini dilaksanakan atas faktor yangdikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan BahasaInggeris oleh Kementerian Pelajaranyang merasionalkan perubahan tersebut keranaberdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajaripelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggerisguru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Jelaslah bahawaguru menghadapi cabaran yang berasal daripada dasar-dasar yang ditetapkan olehkementerian bagi memperbaiki kualiti pelajar.Guru pada masa kini juga menghadapi cabaran dalam menyeimbangkankeperluan perkembangan minda pelajar dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing bagi menyahut cabaran Wawasan 2020 untuk membentuk negara yang bersatu padu dengan matlamat kongsibersama Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, berintergrasi di peringkatkaum dan wilayah, hidup harmoni, berkerjasama sepenuhnya serta didokong olehsatu bangsa Malaysia yang setia dan berdedikasi. Selain itu, gurujuga penting dalammembentuk sebuah masyarakat yang makmur dan menpunyai ekonomi yangdinamik, berdaya saing, giat dankental. Malah menurut Falsafah Pendidikan Negara,pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmenwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha inipenting untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,mengajar apabila menghadiri kelas atau mengadakan krusus semasa cuti sekolah.Dengan ini, para guru dapat menumpuhkan segala perhatian atas pembelajarannyadan memberikan lebih banyak perhatiannya atas keluarganya, terutamanya bagipara guru yang telah berkahwin. Topik-topik dalam kursus harus lebih fokus kepadacara penyelesaian pengajaran atau cara pengajaran. Dengan ini, para guru tidakperlu membazirkan masa dalam topik-topik yang tidakberkenaan dengan pengajaranmereka.Setiap guru hanya perlu menumpukan perhatiannya dalam opsyen masing-masing dan topik-topik kursus harus berkaitan dengan opsyen masing-masing.Dengan ini, diharap kualiti guru-guru pada masa kini dapat dipertingkatkan lagi untukmelahirkan pelajar yang lebih bermutu.Dalam mengatasi cabaran tentang dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihakkementerian, pelbagai buku rujukan yang berkualiti perlu disediakan.hal ini dapatmembolehkan guru-guru merujuk kepada buku-buku tersebut jika menghadapimasalah dalam pengajaran. Sebagai contohnya, buku mata pelajaran Sains danMatematik dalam bahasa Melayu dan Bahasa inggeris perlu disediakan.Walaupunmata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu semasa sekolahrendah dan sekolah menengah pelajar perlu menggunakan bahasa Inggeris dalammata pelajaran tersebut apabila melanjutkan pelajaran ke tahap Universiti. Hal inikerana Sains dan Matematik akan diberikan kuliah dalam Bahasa Inggeris padatahap tersebut. Guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran ini jugadidedahkan ilmu pengetahuan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalammata pelajaran Sains dan Matematik semasa zaman Universiti.Ini dapatmeringankan beban guru daripada mempelajari semula kosa kata saintifik danmatematik dalam Bahasa Melayu.Pihak kementerian juga perlu menberikan kursus-kursus yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajarantersebut agar guru dapat menguasai dan mengajar subjek tersebut dengan baik.