04 perancangan pengajaran buckler

18
PERANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Upload: sucy-yb

Post on 19-Oct-2015

145 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Perancangan Pengajaran Bahasa Melayu

Perancangan PengajaranBahasa Melayu

SENARIO SEMASA

Pihak sekolah diberi kebebasan mengikut kesesuaian murid dan sukatan Rancangan Mingguan:

TajukObjektifKemahiran Nilai BBM

TajukObjektif/HPU/HPK/HHPPenyerapan dan PenggabungjalinanBBMRumusan RP di sekolahGuru mengaturkan pelajaran berdasarkan minggu berdasarkan aspek-aspek tertentuTiada kesinambungan tajuk/kemahiranSubkemahiran bahasa (kemahiran mikro) yang terdapat dalam HHP tidak disusun dengan rapi kerana kemahiran makro tidak ditentukanMatlamat pengajaran adalah untuk menjawab soalan peperiksaanPENDEKATAN PROSES DALAM PEMBELAJARANKlausmeier & Goodwin (1966) mengatakan bahawa pembelajaran itu adalah sebuah prosesPerubahan dalam pembelajaran adalah akibat daripada proses yang diperoleh melalui pengalaman, aktiviti, latihan, pencerapan dan sebagainyaGuru perlu merancang pengalaman baharu, aktiviti, latihan, pencerapan dan seumpamanya untuk dimanfaatkan oleh pelajar bagi menguasai dua kemahiran penting, kemahiran makro bahasa kemahiran mikro bahasa.Kemahiran makrosegala aktiviti yang berkaitan dengan kebahasaan seperti forum, ceramah, menulis resume, merumus, menelah, juruacara, debat, menulis karangan deskriptif, mencari isi penting, menganalisis teks sastera, dan sebagainya.Kemahiran mikro bahasa Kemahiran yang tersenarai dalam Huraian Hasil Pembelajaran (HHP) dalam KBSR/KBSM atau dalam Standard Pembelajaran (SP) bagi kurikulum standard.

Tahap Proses Pembelajaran Buckler

Buckler (1996): proses pembelajaran perlu melalui 6 peringkat, iaitu tidak kisah/tak peduli,sedar, faham, komitmen, enakmen, dan refleksi. Pernyataan Negatif(Pembelajaran tidak berlaku)Tahap ProsesPernyataan Positif(Pembelajaran berlaku)RefleksiApakah yang telah saya pelajari? Bagaimanakah saya mempelajarinya?Saya tidak begitu pandai membuatnya.EnakmenSaya hendak belajar lebih mendalam.Saya tidak percaya ia berfungsi.KomitmenSaya hendak mencubanya.Ini bukan tugas saya.FahamSekarang saya memahaminya.Saya tidak mahu berubah.Sedar Saya perlu mempelajarinya.Saya tidak kisah.Tidak kisahSaya tidak tahu. Tahap Proses Pembelajaran Buckler

Peringkat tidak kisah seseorang itu tidak mengetahui apa-apa yang dia tidak tahu. pelajar yang berada dalam kategori ini tidak boleh disalahkan. Mereka berada dalam dalam kegelapan. guru perlu mengubah kedudukan pelajar melalui pelbagai cara sepertipertanyaan, penyiasatan dan pendedahan yang munasabah supaya timbul kesedaran dalam diri

Peringkat sedar Memerlukan motivasi daripada guru. Guru menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran bagi memastikan pelajar cukup input untuk memahami sesuatu perkara. Guru perlu membantu pelajar memahami definisi, ciri, konsep, prosedur, pelaksanaan dan manfaatnya kepada mereka tentang sesuatu perkara atau kemahiran yang akan dipelajari. Pelajar diberikan sokongan belajar (perancah) sama ada sokongan alat atau aktiviti dan tidak dikenakan syarat yang begitu ketat sehingga menyukarkan pelajar untuk belajar. Kerja berkumpulan dan pengiktirafan daripada guru serta rakan-rakan dapat membantu Peringkat faham. Peringkat perkembangan pemahaman dan pelajar mula berminat memahami sesuatu ilmu atau kemahiran yang dipelajari. Pelajar mula melibatkan diri secara sepenuh hati jika beliau mendapati pengetahuan atau kemahiran yang dipelajarinya guru perlu mengaturkan proses pembelajaran pelajar supaya pada akhirnya pelajar dapat melakukan kemahiran makro bahasa yang disasarkan dengan mahir.

Peringkat fahamDalam pengajaran Bahasa Melayu, guru memilih kemahiran mikro yang terdapat dalam Huraian Hasil Pembelajaran bagi menyokong pencapaian matlamat pembelajaran makro yang dirancang. Untuk sesuatu kemahiran makro bahasa yang dipilih jumlah kemahiran mikronya pelbagai: mungkin banyak, mungkin sedikit. Ini bermakna perancangan pengajaran mengikut minggu kurang sesuai. Yang penting, guru perlu memastikan bahawa pada peringkat ini kesemua kemahiran mikro bahasa untuk mendukung pelaksanaan kemahiran makro yang dipilih dapat diajarkan kepada pelajar supaya pelajar boleh melaksanakan pada peringkat komitmen nanti.

Peringkat komitmen Pelajar benar-benar menjiwai pengetahuan atau kemahiran yang dipelajari. Senge (1990) berpendapat peringkat komitmen tidak akan tercapai jika minat secara intrinsik dan sifat ingin tahu tidak hadir dalam diri individu. Keinginan mereka ini mendorong mereka melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti yang baru diperkenalkan. Jika pelajar mendapat dorongan dan asuhan yang betul daripada guru, mereka akan melanjutkan penyertaan mereka dalam aktiviti selanjutnya.

Peringkat enakmen Peringkat mempraktikkan/aplikasiBerlaku apabila individu belajar dalam kumpulan. Persekitaran seperti ini akan menimbulkan celik akal (insight) pembelajaran. Celik akal ini menjadi pemangkin kepada kreativiti, inovasi dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran. Ravans (1983) berpendapat bahawa sistem pembelajaran penemuan (discovery learning) yang efektif dapat mempercepatkan seseorang pelajar mencapai peringkat enakmen.

Peringkat refleksi. Menurut Buckler, peringkat ini merupakan peringkat yang terpenting dalam proses pembelajaran. Namun begitu, peringkat ini kerap diabaikan dalam proses pembelajaran. pada peringkat ini pelajar digalakkan menilai atau menaksir segala tingkah laku pembelajaran, keberhasilan (outcome) dan kesesuaian teori pembelajaran yang digunakan. Dengan proses ini berlakulah pembelajaran secara mendalam (deep learning).

Contoh Perancangan Pengajaran Bahasa Melayu Berpaksikan Proses PembelajaranAktiviti: MesyuaratTahap ProsesKeberhasilanKonteksKemahiran bahasaTidak Kisah Mendedahkan pelajar dengan mesyuarat.Bersoal-jawab tentang mesyuarat.Memberikan contoh nama-nama mesyuarat.Menyatakan jenis-jenis mesyuarat.Menyatakan kepentingan mengadakan mesyuarat dalam kehidupan. Pelajar menonton sesi mesyuarat yang telah dirakamkan.Mendengar, betutur dan menulis.SedarMendefinisikan mesyuarat.Menyenaraikan perbezaan antara mesyuarat dengan perbincangan atau forum.Menghuraikan garis panduan mesyuarat serta peranan setiap ahli mesyuarat.Menyatakan kebaikan mesyuarat.Menganalisis aspek-aspek dalam mesyuarat.Perbincangan tentang kepentingan mesyuarat dan jenis-jenis mesyuarat.Mencari maklumat tentang mesyuarat.Bertutur dan menulis.FahamMembaca kuat teks mesyuarat.Menganalisis bahasa khusus dalam mesyuarat.Memberikan cadangan yang bernas dalam mesyuarat.Menjelaskan pendapat secara induktif dan deduktif dalam mesyuarat.Menerima dan menolak pandangan orang lain dengan memberikan hujah dan alasan supaya tidak menyinggung persaan orang lainMenyatakan pendirian dengan mengemukakan alasan yang wajar.Menimbangtara manfaat jangka panjang sesuatu pilihan untuk membuat keputusan yang tepat.Membaca teks tentang mesyuarat.Menganalisis teks.Menonton dan membuat sumbang saran.Simulasi mesyuaratBertutur, membaca dan menulis.KomitmenMelakonkan sesi mesyuarat dalam kumpulan berdasarkan tugasan yang diberikan.Susun atur kelas sesuai dengan aktiviti mesyuarat.Mendengar, bertutur dan menulis.EnakmenMerancang dan mengendalikan mesyuarat dalam kumpulan.Kaedah projek.Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.RefleksiMenilai kemampuan diri sebagai ahli dalam mesyuarat.Menilai penglibatan ahli mesyuarat.Simulasi mesyuarat atau mesyuarat sebenar yang dirakamkan.Bertutur dan menulis.Tugasan Tahap ProsesHPU/HPK/HHPKonteks Kemahiran BahasaTidak Kisah SedarFahamKomitmenEnakmenRefleksi