09_tajuk 4 kecederaan sukan
DESCRIPTION
ppgTRANSCRIPT
TAJUK 4PENGSANMENGANGKAT DAN MEMBAWA PESAKITPRINSIP MENGURUSKAN KECEDERAAN PATAH
DEFINISI PENGSAN DAN PITAM:-
Seseorang akan pitam atau pengsan syncopeapabila aliran darah ke otak berkuran-
gan seketika, menyebabkan keadaan tidak sedar yang sementara.
Keadaan ini disebabkan rasa sakit yang keterlaluan, emosi (stress) yang melampau
atau berdiri lama dalam cuaca panas.
PUNCA
1. kecederaan kepala
2. strok, serangan sakit jantung, renjatan
3. darah beroksigen yang rendah (hipoksia), keracunan yang dibekalkan ke otak.
4. gula darah rendah (hipoglisemianisi
TANDA
• Simptom-simptomnya termasuklah tidak sedarkan diri, pucat dan denyutan nadi yang
perlahan.
• Disebabkan bekalan normal disimpan, pemulihan dari pengsan biasanya cepat dan
sempurna, walaupun ada yang mengatakan insiden penghadang oksigen yang mem-
bawa kepada pengsan boleh menyebabkan kerosakan otak kumulatif.
• Pengsan adalah berbeza dari keadaan kejutan yang lebih merbahaya, sehingga
boleh menyebabkan kehilangan darah yang serius dari setiap bahagian badan dan
dicirikan oleh denyutan nadi yang cepat, berpeluh dan kulit menjadi lembap.
• Pengsan mungkin merupakan reaksi terhadap kesakitan, takut, gangguan emosi
yang keterlaluan, letih atau kurang makanan.
• boleh berlaku selepas aktiviti fizikal yang berpanjangan, terutamanya dalam keadaan
yang panas dan atau dalam keadaan berdiri, yang menyebabkan darah lebih mudah
terkumpul di bahagian bawah badan.
• Apabila seseorang pengsan, mereka akan jatuh, menjadikan badan berada dalam
keadaan vertikal menyebabkan kitaran darah lebih mudah sampai ke otak.
Cara untuk mengelakan dari berlakunya pengsan seperti :
• Jangan bermain apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keter-
laluan
• Pastikan cukup udara segar dalam bilik permainan
1
• Jauhkan dari berada dalam keadaan berdiri dan tidak bergerak untuk jangka masa
yang lama.
• Jika boleh, berdiri di tempat yang tidak mendatangkan bahaya sekiranya terjatuh se-
masa pengsan.
Prinsip Mengurus
• Sebelum pengsan, seseorang itu akan menjadi pucat dan melaporkan berasa pen-
ing, mual, mendengar bunyi dalam telinga atau merasa seperti hendak pengsan.
• Pada masa ini anda perlu bertindak dengan pantas dengan mengalihkan sebarang
benda yang boleh mengganggu pernafasan, dan membawa seseorang itu supaya
duduk di kerusi sambil menarik nafas sedalam mungkin dengan menundukan kepala
diantara kedua lutut.
• Bertenang, diam dan ingat bahawa mereka sedang merasa tidak selesa dan
mungkin terkejut.
• Sekiranya seseorang itu terus pengsan, alihkan sebarang benda yang boleh meng-
ganggu pernafasannya, baringkan mereka dan sokong kakinya untuk memastikan
bekalan darah mengalir ke otak.
•
• Mereka mungkin sedar dengan cepat, walaupun mungkin tidak sepenuhnya dalam
beberapa minit awal.
• Biarkan mereka sehingga mereka betul-betul selesa dengan keadaannya sendiri.
• Biarkan juga mereka berehat untuk setengah jam atau lebih.
• Jika mereka tidak sedar untuk jangka masa yang lama, dapatkan bantuan dengan
segara.
• Periksa pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia untuk memberikan bantuan per-
nafasan jika tahu.
• Bantuan perubatan perlu diberikan jika mereka masih tidak sedar, sakit dan sekejap
sedar sekejap tidak, terutamanya jika ubat diberikan.
2
Rawatan bagi mangsa pengsan
1. Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala mangsa ke be-
lakang. Lakukan pemeriksaan ABC
A – Airway (saluran pernafasan)
B – Breathing (pernafasan)
C – Circulation (peredaran darah)
A - AIRWAY
(Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan
dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk
pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan
mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini
akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang
laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa
dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya
gigi palsu yang pecah.
B - BREATHING
3
Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda
lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut
dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan
tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan
mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada.
(Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan
pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut.
C - CIRCULATION
Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas
hulu hati (cuaran xiphoid).
Peredaran darah.langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini
perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak
berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan
langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.
Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa.
Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan
anda untuk melakukan tekanan.
4
2. Periksa nadi dan pernafasan mangsa
3. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut
4. Jika mangsa hendak muntak letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
5. Periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas (kaedah AVPU)
Klaedah AVPU adalah cara mudah untuk nilai tahap kesedaran
A ( alert) – Pesakit peka
V ( verbal) – pesakit ada respon kepada rangsangan verbal
P ( pain) – pesakit ada respon kepada rangsangan sakit
U ( unsresponsive ) – pesakit tiada respon kepada semua rangsangan
--cara terbaik timbulkan rangsangan sakit adalah memicit otot
6. Kawal sebarang pendarahan. Ampu kepatahan. Lihat kecederaan lain yang nyata. Per-
hati tanda amaran perubatan contohnya rantai atau gelang
7. Letak mangsa dalam kedudukan pemulihan
Pesanan :
Jgn cuba memberi sesuatu menerusi mulut mangsa
Jgn alihkan mangsa tanpasebarang sebab
Jgn tinggalkan mangsa pengsan seorang diri
5
DEFINISI GEJALA REJATAN (SHOCK)
• Keadaan yang membahayakan nyawa ini berlaku apabila aliran darah ke seluruh
badan tidak mencukupi dan organ vital seperti otak dan jantung tidak mendapat oksi-
gen yang mencukupi.
• Kejutan lazimnya, disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak, ia juga berlaku
akibat kehilangan cecair badan akibat keakaran, cirit-birit atau tindakbalas alahan
yang teruk.
GEJALA RENJATAN
kerisauan dan kebimbangan
bintik-bintik merah timul pada keseluruhan kulit
muka dan leher menjadi bengkak
sembab pada sekeliling mata
pernafasan yang perlahan, daripada pada keadaan dada yang ketat sehinggalah
kesesakan mangsa mungkin tercungap-cungkap untuk menyedut udara
Rawatan Kecemasan Rejatan
RAWATAN
-
Rawat Kecederaan Rawat kecederaan yang
ketara, contohnya pen-darahan, luka atau tu-lang patah.
Bantu Mangsa Baring Baringkan mangsa. Tinggikan kakinya melebihi paras jantung jika tidak ced-
era. Tenangkan mangsa.
6
TAJUK MENGANGKAT DAN MEMBAWA PESAKIT
PENGENALAN
Mengangkat dan pemindahan pesakit adalahsalah satu kemahiran yang kritikal daripa-
dayang mudah hingga yang lebih kompleks.Penyelamat utama adalah dipertanggunjawap
menyelamatkan mangsa daripada kecederaan yang lebih teruk dan pada masa yang sama
melindungi diri sendiri daripada kecederaan yang tidak dijangka.
TEKNIK MENGANGKAT PESAKIT YANG SELAMAT
1. Kekalkan tapak sokongan yang luas (karate stance).;
2. Mencangkung turun (squat down), jika perlu, letakkan satu lutut ke lantai dan lutut yang
satu lagi dihadapan anda.
3. Kekalkan Posture Badan yang baik. Melihat ke depan, dan menyimpan belakang anda
lurus, dada anda keluar, dan bahu anda kembali. Ini membantu memastikan anda atas
belakang lurus manakala mengekalkan gerbang sedikit belakang anda
4. Angkat perlahan-lahan dengan meluruskan punggung dan lutut (bukan belakang anda)
anda. Pastikan belakang anda lurus, dan jangan twist kerana anda mengangkat
5. Rapatkan badan kita kepada pesakit; separas pinggang
6. Gunakan kaki untuk tukar arah laluan sambil membuka langkah yang kecil.
PENTING;-Komunikasi secara jelas dan kerap dengan rakansemasa mengangkat pesakit.-
memberitahu rakan sepasukan sekiraya;. -hilang akan kekuatan genggaman -jika rakan
bergerak terlalu laju dari anda. -jika anda tergelincir di permukaan yang licin -jika anda letih -
jika beban terlalu berat untuk anda
PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK ANGKAT DAN PINDAH PESAKIT
Peralatan untuk memindah dan ekstrikasi
Backboards Gerakan serentak; in line;Strap pesakit;Lihat pesakit
Scoop Stretchers;3 orang atau lebih; Ampu kepala / leher; Pastikan scoop
dikunci;Ukur ikut tinggi pesakit; digunakan untukpindah pesakit
SCOOP STRETCHER;Cara menggunakan scoop stretcher;Berhati-hati kes kepata-
han atausendi yang lari
7
MENGGUNAKAN KERUSI
TEKNIK ANGKAT PESAKIT
Membawa Pesakit dalam pelbagai keadaan;-
Sebelum proses pemindahanan (kes bukan kecemasan); Lengkapkan primary sur-
vey; Rawat keaddan yang mengancam nyawa; Immobilisasi semua anggota yang
disyaki patah/ terkehel; Pastikan tiada gejala/ tanda kecederaan tulang tengkok,
pasang cervical collar jika perlu.
Memasukkan pesakit di dalam ambulans Trolley stretcher boleh guna jika per-
mukaan tanah rata sahaja. Roda kecil; tak stabilGuna foldable stretcher, spinalboard,
scoope stretcher untukpindah pesakit dari tempatdengan muka bumi tak rata;letak
atas Trolley stretcher.
Membawa pesakit di dalam ambulans, pastikan pesakit diikat kemas atas Trolley
Stretcher & amp; jangan benarkan turun sendiri; terbalik atau terjatuh
TINDAKAN MEMINDAH MANGSA
- Pndah mangsa dari tempat kejiadian jika tidak selamat
-Jangan tergesa-gesa
-Pastikan pernafasan sempurna dan hentikan pendarahan terlebih dahulu
- Dapatkan secukup orang untuk memindah mangsa
- Buar pemeriksaan dahulu sebelum menindah mangsa
KAEDAH MEMINDAH MANGSA
1. Kaedah menopang
2. Kaedah mendukung
3. Kaedah menggendong
4. Kaedah usungan bomba
5. Kaedah usungan empat tangan
6. Kaedah kerusi
7. Kaedah usungan tangan bersilang
8. Kaedah usungan menggunakan selimut
9. Kaedah usungan menggunakan pengusung
8
TAJUK PRINSIP MENGURUSKAN KECEDERAAN PATAH
KECEDERAAN TISU KERAS AKUT
Definisi patah :
Patah bermaksud tulang yang retak atau patah
Patah merupakan satu kecederaan atau keretakan yang disebabkan oleh daya
hentaman secara tepat atau tidak tepat.
Terputus kesinambungan tulang.
KECEDERAAN SENDI
Berubah Ke-dudukan Sendi
Lutut
TerkehelTerseliuh
9
JENIS-JENIS PATAH
• Patah Tertutup
o Patah keseluruhan tulang tetapi
o kulit tidak tercedera.
o Pendarahan dlm kulit.
o Bengkak, lebam & panas
Patah Terbuka
o Patah keseluruhan tulang dan kulit /
o otot terkoyak / tendon terputus.
o Luka wujud di bahagian tulang patah.
o Tulang tertonjol keluar
o Darah banyak mengalir keluar.
Patah humerus
Dislokasi
10
Patah Ranting.
Sebahagian tulang patah.
Darah tidak mengalir keluar.
Bengkak, cth : patah tulang selangka /
patah tulang clavikel
Patah Melarat.
Mengakibatkan organ sekeliling rosak.
Paru-paru rosak kerana patah tulang rusuk.
Kerosakan otak kerana tengkorak
pecah.
Pendarahan dalaman- berbahaya
kritikal.
Amat merbahaya / kritikal /renjatan.
Tulang Retak.
– Tulang mengalami pukulan hentakan yg tidak tepat / tidak terus (hentakan
sipi)
– Sebahagian tulang retak kerana ulangan.
– Pukulan / hentakan yg kerap
– Kesakitan / kurang selesa pada tulang.
11
Fraktur iaitu tulang yang patah atau retak. Fraktur boleh disebabkan oleh dua keadaan
iaitu:
i. Hentakan langsung (direct force) - apabila tulang patah atau retak di bahagian
yang menerima hentakan seperti sepakan atau pukuan kuat
ii. Hentakan tidak langsung (indirect force) - apabila tulang patah atau retak di
bahagian yang menerima hentakan secara tidak langsung seperti sepakan atau
pukuan kuat
Tanda-tanda patah :
KECEDERAAN TISU KERAS KRONIK
i. retak tulang: akibat gegaran/tekanan
RAWATAN AWAL
Pastikan mangsa selamat
jangan gerakkan kecuali tidak selamat,
jangan pindahkan mangsa
Mengawal kedudukan patah.
Sokong bahagian cedera supaya tiada pergerakan tinggikan
bahagian yg cedera
Rehatkan bahagian yg cedera
Balutkan / sokonglah tulang patah dengan kayu – kurangkan pergerakan.
Rasa sakit
lebam Bengkak
Sukar bergerak
Rasa lemah
kebas Bentuk teralih
12
Balutkan di atas / di bawah patah tetapi bukan di bahagian cedera.
Tambahkan kain pelapik di sekeliling utk menghalang kecederaan
bertambah teruk.
Gunakan anggota tidak cedera sbg sokongan
Ikat pembalut dgn kuat tetapi tidak menjejaskan pengaliran darah.
Sentiasa memeriksa pengaliran darah.
Jika patah terbuka, rawat luka terbuka dahulu.
Dapatkan bantuan perubatan segera.
13
KECEDERAAN PADA TULANG YANG TIDAK DAPAT DIPASTIKAN, RAWATLAH
KECEDERAAN ITU SEBAGAI MERAWAT PATAH TULANG
14