201828153 asmnt-pendidikan-luar

15
Tugasan A: 1.0 Pengenalan Dewasa ini, program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat. Contohnya, di sekolah atau di institusi pengajian, kelab-kelab atau persatuan semakin kerap menganjurkanprogram atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau pihak institusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktivitirekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dansebagainya (Masrina, 2009). 2.0 Definisi Pendidikan Luar 2.1 Definisi Pertama (Abu Bakar Sidek,2004) Pendidikan luar adalah pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan alam semulajadi di mana ia menyediakan suatu tempat yang merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengansumber ilmu. Pendidikan luar juga bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Inibermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan sihat yang bolehmemperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagimelahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalamusaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah kesepaduan nasional (Abu Bakar Sidek, 2004). 1

Upload: mohamad-rizzal-wahab

Post on 12-Apr-2017

415 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 201828153 asmnt-pendidikan-luar

Tugasan A:

1.0 Pengenalan

Dewasa ini, program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian

masyarakat. Contohnya, di sekolah atau di institusi pengajian, kelab-kelab atau persatuan

semakin kerap menganjurkanprogram atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau pihak

institusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktivitirekreasi

seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dansebagainya (Masrina, 2009).

2.0 Definisi Pendidikan Luar

2.1 Definisi Pertama (Abu Bakar Sidek,2004)

Pendidikan luar adalah pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan alam semulajadi di

mana ia menyediakan suatu tempat yang merupakan sebuah makmal hidup yang kaya

dengansumber ilmu. Pendidikan luar juga bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar

rumah. Inibermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar. Ia

boleh digabungjalinkan dengan amalan sihat yang bolehmemperkayakan pengalaman dan

memupuk nilai-nilai murni bagimelahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan

jasmani dalamusaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah kesepaduan

nasional (Abu Bakar Sidek, 2004).

2.2 Definisi Kedua (Knapp, 1990)

Pendidikan luar pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaansumber-sumber luar

daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektifpendidikan (Knapp, 1990). Ianya

adalah merupakan suatu aktiviti yang menarikyang mana ia boleh dijalankan dengan pelbagai

aktiviti seperti rekreasi, aktivitisosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan. Dalam

dunia pendidikan, iadisifatkan sebagai merentas kurikulum.Definisi lain yang diberikan oleh

beliau tentang pendidikanluar adalah proses pengalaman iaitu pembelajaran dengan

melakukan dimana meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam persekitaran terbuka sama

ada di bandar ataudi pedalaman.

1

Page 2: 201828153 asmnt-pendidikan-luar

2.3 Definisi Ketiga (Meier dan Mitchell, 1993)

Selain itu pendidikan luar juga merupakan salah satu media yangmembekalkan pembelajaran

melalui pengalaman. Perkara ini turut diakui olehMeier dan Mitchell (1993), yang

menyatakan bahawa pendidikan luartermasuklah semua jenis pengalaman yang

meningkatkan pengetahuan, tingkahlaku atau kemahiran luaran dan membantu membuatkan

kita lebih menghargai antara satu sama yang lain. Gabungan elemen kognitif, psikomotor dan

afektif dalam pendidikan luar akan menyumbangkepada pembinaan penghargaan diri (self-

esteem), ke arah pembentukan pelajaryang sihat dari segi mental dan fizikal. Maka, melalui

pendidikan luar, ia dapat diertikan sebagai proses pembelajaran dan pengajaran yang

menyatakan kepentingan bagi keperluan danhubungan yang rapat antara pengalaman sebenar

dan pendidikan. Selain itu,pendidikan luar turut membantu memperkembangkan fizikal yang

diingini, mental,sosial dan semangat yang berkualiti (Meier & Mitchell,1993).

2.4 Definisi Keempat (Brookes, 1994)

Selain itu aktiviti pendidikan luar adalah pembelajaran yang menghasilkan pengalaman yang

membolehkan interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi (Brookes, 1994). Oleh

itu, pendidikan luar didefinisikan sebagai satu medium untukmasyarakat mendekatkan diri

dengan alam sekitar. Contohnya, melalui aktiviti perkhemahantermasuk dalam sukatan

pelajaran dalam sesuatu pendidikan.Pendidikan luar mempunyai sejumlah besar objektif, di

antaranyatermasuklah: untuk membantu individu hidup dalam keadaan harmoni denganalam

semulajadi, untuk memperkembangkan asas pemahaman di antara satusama lain, untuk

mempergunakan pendekatan disiplin ke arah pendidikan,belajar menggunakan deria, belajar

dalam makmal semulajadi dan untukmembangkitkan perasaan ingin tahu dalam kalangan

pelajar.

2.5 Definisi Kelima (Ford, 1986)

Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai sebarang proses pengajarandan pembelajaran

yang merentasi pelbagai matapelajaran dan dijalankansama ada di dalam atau di luar bilik

kuliah (Ford, 1986). Ia merangkumi banyaksubjek yang berkaitan secara langsung dengan

alam persekitaran dan situasihidup sebenar di luar bilik kuliah. Pendidikan luar menumpukan

kepadapenggunaan teknik pembelajaran secara ‘hands-on’ untuk mendapatpengetahuan.

Buku bacaan perlu disokong dengan pengalaman agar pelajardapat memahami isi

2

Page 3: 201828153 asmnt-pendidikan-luar

kandungannya dengan lebih mudah. Maka pendidikan luar merupakansuatu pendekatan

pembelajaran bersifat realistik yang mengandungi elemenkognitif, psikomotor dan afektif

yang berpusat kepada pelajar. Beliau juga menegaskan bahawa konsep definisi

pendidikanluar adalah terdiri daripada aktiviti mencabar, aktiviti fizikal, aktiviti

mengembaraatau aktiviti persekitaran. Pendidikan luar juga adalah proses yangberasaskan

pada aktiviti berstruktur yang mana menggunakan alam semulajadiatau persekitaran tiruan

untuk menentukan kekuatan individu atau intrapersonaldan interpersonal kumpulan

Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang

dikemukakan,dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan

pendidikanluar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran

menerusipengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka ataupun semulajadi.

3.0 Perbandingan Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba Dan Era Moden

Menurut Ikmalhisam (2012), Pendidikan Luar merupakan satu pendekatan untuk mencapai

objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri dalam persekitaran terbuka

atau semula jadi. Aktiviti ini telah dijalankan sejak zaman purba lagi, di mana banyak

melibatkan aktiviti semula jadi seperti aktiviti memburu haiwan untuk mendapatkan sumber

makanan.

Terdapat pelbagai reaksi terhadap kesan penglibatan individu dan kumpulandi dalam aktiviti

pendidikan luar terutama yang melibatkan aktiviti yang lasakseperti berkayak, aktiviti tali,

meredah hutan dan sebagainya. Ada yangberpendapat aktiviti sebegini tidak perlu dilakukan

kerana menyebabkan pelajarterbabit menghadapi risiko terdedah kepada kecederaan dan

ancaman-ancamanlain. Selain itu ramai yang berpendapat dan mengatakan menjalani

aktivitipendidikan luar akan mendedahkan pelajar kepada bahaya yang boleh mengundang

kecederaan fizikal dan membuang masa tanpa memberi kesanpositif kepada bakal guru

(Isjoni, 2004).

Sungguhpun begitu, tidak kurang jugayang berpendapat bahawa dengan cara memberi

pendedahan pelajar kepadapelbagai aktiviti dan persekitaran yang lasak dan cergas akan

menghasilkanindividu yang tahan lasak, tahan diuji dan bersedia untuk menghadapi

dugaan(Normar, 2000).

3

Page 4: 201828153 asmnt-pendidikan-luar

(cth dan gambar menarik)

4

Page 5: 201828153 asmnt-pendidikan-luar

Tugasan B:

1.0 Pengenalan

Perubahan budaya rekreasi kepada bersifat pembelajaran dan riadah amat ditekankan dewasa

ini. Ini kerana, ia dapat menyeimbangkan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI)

dalam kalangan pelajar maupun anggota masyarakat sekeliling. Oleh itu, salah satu aktiviti

pendidikan luar yang sesuai ke arah tersebut adalah melalui kem perkhemahan. Budaya

pembelajaran dan aktiviti sosialisasi yang dinamik boleh dipupuk melalui kem perkhemahan.

Secara keseluruhannya, kem perkhemahan dapat menunjukkan beberapa pengaruh yang

positif seperti nilai murni yang tinggi, sikap bekerjasama dan budaya bersatu padu dalam

pelbagai kaum maupun agama. Di samping itu, membentuk diri yang berdisiplin, yakin diri,

berdikari serta bersemangat tinggi dalam menghadapi sesuatu pengalaman yang baru, turut

akan diperolehi daripada aktiviti perkhemahan. Semua ini sesuai dengan apa yang diwar-

warkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di mana beliau

menegaskan ciri-ciri utama pelajar atau remaja adalah yang mampu untuk membawa negara

inimencapai status negara maju melalui perpaduan yang kukuh, mempunyaiperwatakan yang

baik, mempunyai nilai murni dan mempunyai matlamat hidup yang besar (Hatta, 2010).

5

Page 6: 201828153 asmnt-pendidikan-luar

2.0 Program Pendidikan Luar

b. Sebagai seorang guru kokurikulum sekolah, anda dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan satu program Pendidikan Luar yang

melibatkan masa dua hari satu malam. Rancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam program Pendidikan Luar tersebut. Anda hendaklah

menyediakan jadual tentatif secara terperinci aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang dua hari tersebut. Aktiviti akan bermula pada pukul

8.00 pagi hari pertama dan berakhir pada pukul 5.00 petang hari kedua. Berikan justifikasi anda bagi setiap cadangan aktiviti.

Tarikh : 28 Januari 2014 Hingga 29 Januari 2014 (Dua Hari Satu Malam)

Tempat : Taman Sepilok Sandakan

Sasaran : Murid Tahun 6 dari:-

SK. Pekan Beluran - 10 peserta dan 2 orang guru

SK. Sungai Nangka Beluran - 10 pesertadan 2 orang guru

SK. Moynod Beluran - 10 pesertadan 2 orang guru

SK. Sungai Sapi Beluran - 10 pesertadan 2 orang guru

SK. Sungai Nangka Beluran - 10 pesertadan 2 orang guru

SK. Balaban Jaya - 10 pesertadan 2 orang guru

Tarikh Hari Masa Aktiviti Justifikasi

28.01.2014 S 8.00 pagi – Pendaftaran Peserta Dan Guru Pengurusan pelajar dan penempatan

pelajar mengikut khemah serta guru

6

Page 7: 201828153 asmnt-pendidikan-luar

P

A

G

I

E

L

A

S

A

8.30 pagi Sesi mengagihkan peserta dan guru mengikut kumpulan

nama-nama pokok buah-buahan tempatan.

pengiring yang ditugaskan bagi setiap

kumpulan.

Menjaga keselamatan dan memupuk

disiplin kendiri.

8.30 pagi –

9.30 pagi

Sarapan Pagi

Perhimpunan Bersama Peserta Dan Guru Pengiring

Nyanyian Lagu:-

a) Lagu Negaraku

b) Lagu Sabah Tanah Airku

Menyiapkan Khemah bagi setiap kumpulan yang

diagihkan.

Membentuk budaya bekerjasama dan

saling menghormati dalam satu

kumpulan.

Membentuk budaya kepimpinan

berkumpulan.

Bertoleransi sambil berkongsi

pengalaman serta kemahiran.

9.30 pagi

-

10.00 pagi

Sesi Berkenalan Mengikut Kumpulan Nama-nama

Pokok Buah-buahan Tempatan Yang Diberikan.

Dengan Menyanyikan Lagu ‘Tanya Sama Kawan’

(Dengan nada lagu ‘Tanya Sama Pokok’)

Tanya sama kawan,

Siapa nama kawan?

Nama saya Alfred,

Siapa nama kawan?

Memupuk perpaduan dalam kalangan

pelajar.

Saling menghargai dan menyayangi

satu sama lain.

Menggabungjalinkan estetik, seni dan

komunikasi pelbagai hala.

10.00 pagi

7

Page 8: 201828153 asmnt-pendidikan-luar

-

10.30 pagi

10.30 pagi –

11.30 pagi

11.30 pagi

-

12.30 t/hari

P

E

T

A

N

G

S

E

L

A

S

A

12.30 t/hari

-

8

Page 9: 201828153 asmnt-pendidikan-luar

M

A

L

A

M

S

E

L

A

S

A

29.01.2014

P

A

G

I

R

A

B

U

4.30 pagi –

6.00 pagi

Solat

Membersihkan Diri

Persiapan Pakaian dan Kemaskan Khemah

6.00 pagi

-

8.00 pagi

Senaman ringan dan aerobik.

Sukaneka Berkumpulan:

a) Pertandingan memasang khemah yang paling cepat dan kemas.

b) Pertandingan Mengumpul Ranting Kayu paling banyak

9

Page 10: 201828153 asmnt-pendidikan-luar

8.00 pagi

9.00 pagi

Memasak makanan mengikut menu yang ditetapkan.

Persiapan dan pertandingan makanan secara berkumpulan.

9.00 pagi

9.30 pagi

Perhimpunan pagi.

Nyanyian Lagu:-

a) Lagu Negaraku

b) Lagu Sabah Tanah Airku

9.30 pagi

-

10.30 pagi

10.30 pagi

-

11.30 pagi

11.30 pagi –

12.30 pagi

P R

10

Page 11: 201828153 asmnt-pendidikan-luar

E

T

A

N

G

A

B

U

11

Page 12: 201828153 asmnt-pendidikan-luar

RUJUKAN

Hatta, 2010

Masrina, 2009

12