256114375 rph moral seni dalam pendidikan doc
DESCRIPTION
pjkTRANSCRIPT
SENI DALAM PENDIDIKANMOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI 2015
PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 1
Kelas : 1 Bijak
Tarikh : 25 Ogos 2014
Bil. pelajar 17 orang
Masa : 7:30 – 8:30 pagi (60 minit)
Nilai Utama : Bertanggungjawab
Nilai sampingan : Kebersihan, rajin,
Tajuk : Saya Bertanggungjawab
Standard kandungan 3. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan sempurna
3.1 Melaksanakan tanggungjawab diri
Standard pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
3.1.1 Menyenaraikan tanggungjawab diri
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran. murid dapat :
Kognitif : Menyanyi sambil membuat gaya mengikut lirik
lagu.(Pergerakan)
Mewarna dana menyusun gambar aktiviti harian
mengikut susunan yang betul. (DSV)
Afektif : Perasaan seronok apabila melaksanakan
tanggungjawab diri setiap hari (DMZ)
Psikomotor : Bekerjasama dalam tugasan berkumpulan yang di
berikan oleh guru.
EMK : Kemahiran berfikir, kepimpinan, kemahiran belajar cara belajar
BBM : Slaid, carta lagu
TMK : Laptop, projektor, skrin
Penilaian
Pelaksanaan PBS
:
Boleh menyenaraikan tanggungjawab diri
SENI DALAM PENDIDIKANMOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI 2015
LANGKAH/
MASA
STANDARD
KANDUNGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN (PDP)
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Nyanyian Lagu
“Bangun Pagi-pagi”
1. Murid diperdengarkan rakaman
lagu “Bangun Pagi”
2. Murid menyanyikan lagu sambil
membuat pergerakkan yang
bersesuaian dengan lagu yang
diperdengarkan oleh guru.
3. Murid diminta melakukan gerak
kreatif berdasarkan seni kata lagu
tersebut.
Bangun pagi, mandi pagi
gosok gigi, cuci muka,
minum susu, makan roti,
pergi sekolah, suka hati.
laptop
LCD.
skrin
Video “bangun
pagi-pagi”
Carta lagu
Langkah 1
(10 minit)
Maksud
Tanggungjawab
terhadap diri sendiri
Kesanggupan untuk
memikul dan
melaksanakan tugas
serta kewajipan
dengan sempurna
1. Guru mengaitkan lirik lagu dengan
tajuk yang akan dipelajari.
2 . Guru bersoal jawab tentang nilai
yang akan dipelajari.
Soalan:
1. Apakah yang kamu lakukan setiap
hari ?
Perbincangan
Soal jawab
Langkah 2
(10 minit)
Perkara yang di
lakukan oleh murid
setiap hari
1. Guru menunjukan tayangan slaid
yang berkaitan dengan tajuk
2. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang tayangan slaid tersebut
untuk menjana idea murid.
laptop
LCD.
skrin
Soal jawab
SENI DALAM PENDIDIKANMOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI 2015
Soalan
1. Apakah yang dilakukan oleh pelajar
ini?
2. Apakah aktiviti-aktiviti yang
dilakukan oleh pelajar ini?
3. Apakah nilai yang diamalkan oleh
pelajar ini?
Langkah 3
(30 minit)
Menyusun gambar
aktiviti yang dilakukan
setiap hari mengikut
urutan.
1. Murid di bahagikan kepada
6 kumpulan
2. Guru menerangkan aktiviti yang
akan dijalankan oleh pelajar.
Langkah 1 Warnakan gambar
Langkah 2 Guntingkan gambar
Langkah 3 Susun dan tampalkan
gambar tersebut mengikut
turutan yang betul
3. Murid di edarkan lampiran 1 dan
lampiran 2 untuk aktiviti
berkumpulan.
4. Murid-murid bekerjasama
melakukan aktiviti tersebut.
Lampiran 1 &
Lampiran 2
Konstrutivisme
Penutup Pameran hasil kerja 1. Murid mempamerkan hasil kerja
murid yang telah siap di hadapan
kelas.
2. Guru merumus aktiviti hari ini
Hasil kerja
kumpulan
SENI DALAM PENDIDIKANMOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI 2015
3.0 Refleksi
Saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah pada 15 Februari 2014 dan mengambil
masa satu bulan untuk disiapkan dan dihantar pada 15 Mac 2014. Beliau telah menerangkan
kehendak soalan dengan jelas supaya saya dan rakan-rakan dapat menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna dan tepat dengan kehendak soalan. Melalui tugasan ini, saya telah
mendapati kelemahan dan kekuatan saya, mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman
bernilai yang baru walaupun menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan ini.
Tahun ini, merupakan tahu kedua saya mengajar matapelajaran Pendidikan Moral.
Tahun lepas saya mengajar Kelas Tahun Lima yang mana masih lagi menggunakan Huraian
Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Tahun ini merupakan tahun pertama
saya mengajar mengikut Huraian Sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Saya bertuah
kerana tugasan ini saya boleh lakukan sendiri tanpa meminta rakan lain melakukan pengajaran
di dalam kelas.
Untuk menghasilkan Rancangan Mengajar, saya telah mendapat tunjuk ajar daripada
dua orang guru pelatih yang kebetulan mengajar Pendidikan Moral sedang menjalani praktikum
di sekolah saya. Satu rancangan pengajaran adalah menjadi panduan kepada guru tentang
topik yang akan di sampaikan. Disamping itu, ia dapat mengelakkan daripada guru terpesong
daripada topik yang di ajar. Kadang kala kita tidak dapat mengelakkan sesuatu perkara yang
tidak di duga kerana seorang guru perlu mahir melayan kerenah pelajar seperti apa yang saya
alami. Kebanyakkan kumpulan tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Namun kita
harus tahu menangani situasi yang terjadi.
Kekuatan pengajaran dan pembelajaran saya ialah menggunakan klip video untuk
menarik perhatian pelajar untuk belajar. Saya akui, sebelum ini belum pernah menggunakan
ICT semasa pengajaran pendidikan moral. Sebelum ini saya hanya menggunakan gambar
atau kad sahaja untuk bahan pengajaran. Murid teruja apabila menyanyikan lagu “bangun pagi-
pagi” dengan menggunakan klip video. Di samping itu, saya juga menggunakan persembahan
“Power Point” untuk menunjukkan gambar-gambar aktiviti seharian.
Selain itu, aktiviti berkumpulan juga adalah salah satu aktiviti yang meningkatkan
pergerakkan pelajar dalam melakukan sesuatu perkara. Di dalam aktiviti ini, pelajar boleh
bekerjasama untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Di sini kita boleh memupuk sikap
kepimpinan kepada pelajar serta cara menyelesaikan masalah.
SENI DALAM PENDIDIKANMOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI 2015
Kelemahan yang paling ketara ialah pengurusan masa semasa pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Kemungkinan saya terlalu banyak melayan sikap pelajar yang
mempunyai pelbagai kerenah. Maklumlah, murid Tahun Satu suka bercerita tentang kehidupan
realiti yang berlaku dalam kehidupan mereka. Namun, alhamdulillah saya dapat mengawal
keadaan tersebut. Di samping itu, saya tidak perasan bahawa pembahagian kumpulan yang
saya buat adalah tidak adil bagi sesetangah kumpulan. Contohnya, saya membahagikan
kumpulan tidak melihat kepada aspek kecerdasan pelajar. Ada kumpulan yang semua terdiri
daripada pelajar yang agak lemah dan ada kumpulan yang terdiri daripada semua yang cerdas.
Ini menyebabkan, kumpulan yang lemah tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Sepatutnya, saya membahagikan pelajar kepada kumpulan
yang pelbagai kecerdasan supaya semua kumpulan dapat menyiapkan tugasan itu dengan
segera. Saya sudah sedia maklum, kecerdasan pelajar saya kerana sudah dua bulan bersama
mereka.
Seterusnya, saya juga menghadapi maslah semasa menghasilkan klip video. Pada
mulanya, saya menggunakan “Windows Movie Maker” untuk menghasilkan video. Selepas
saya siap sambungkan video dan gambar berkenaan, saya menghadapi masalah iaitu gagal
simpan video itu sebagai “save movie file” Semasa saya klik pada pada butang berkenaan,
program komputer akan “stop working”. Keadaan ini telah menyebabkan saya tidak dapat
menggunakan “file” tersebut. Oleh itu saya terpaksa membuat semula dan menyebabkan
pembaziran masa. Akhirnya, saya meminta bantuan daripada seorang rakan sekerja yang
agak mahir dalam penghasilan video. Alhamdulillah, rakaman saya berjaya di “file” kan. Dari
sini saya mendapat pengajaran adalah penting saya sendiri mendalami kemahiran ini untuk
kegunaan di masa akan datang.
Ekoran daripada mambuat refleksi ini, saya dapat mengambil kesempatan untuk
memuhasabah diri saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya dalam tajuk ini. masih banyak perkara yang perlu saya baiki. Justeru, saya perlu
mengambil beberapa langkah segera dan bersesuaian jika saya diberi peluang mengajar lain
kali. Perkara-perkara yang boelh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lemah perlulah segera diatasi dan juga dielakkan berlaku. Seorang guru haruslah memiliki sifat
kreatif, kritis dan inovatif untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
secemerlang mungkin.
SENI DALAM PENDIDIKANMOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI 2015
Walaubagaimana dan apa carapun yang paling penting adalah berlakunya proses guru
mengajar dan murid belajar di dalam kelas. Perkara ini lebih diutamakan kerana ia merupakan
proses pengajaran atau penyampaian ilmu yang sebenar. Murid dididik secemerlang mungkin
akhlak dan peribadinya selepas dengan keseimbangan dari segi JERI merupakan objektif yang
paling diharapkan oleh semua pendidik sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.
SENI DALAM PENDIDIKANMOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI 2015
Skedul Perancangan dan Pelaksanaan Tugasan
Bil Tarikh Perkara
1. 15 Februari 2015 Kerja Kursus diedarkan kepada kami. Perbincangan
dengan Pensyarah Pembimbing, Encik Abd Jalil Bin
Hassan dan rakan-rakan sekelas.
2. 16–20Februari 2015 Mencari bahan untuk membuat RPH melalui buku rujukan
dan web.
3. 20-21 Februari 2015 Membuat RPH Bahasa Malaysia
Berbincang dengan rakan guru pelatih dan rakan sekerja
4. 21-25 Februari 2015 Membuat bahan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan RPH yang telah dibuat.
5.
6.
25–28Februari 2015 Membuat pemurnian terhadap hasil pembinaan bahan
pengajaran dan pembelajaran.
7. 4 Mac 2015 Membuat kolaj
8. 7 Mac 2015 Membuat kolaj
9. 8 Mac 2015 Membuat bingkai kolaj yang telah dibuat
10. 9 Mac 2015 Membuat rumusan dan refleksi
11. 28 Mac 2015 Memurnikan hasil tugasan
12. 9 April 2015 Mencetak
13. 10 April 2015 Menjilid
14. 11 April 2015 Hantar kepada pensyarah ( Interaksi 5 )
SENI DALAM PENDIDIKANMOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI 2015
Rujukan
Kementerian Penddikan Malaysia (2000). Sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah: Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rajendran, N.S. & Ee, A.M. (1988) Pendidikan Moral untuk bakal guru.
Kuala Lumpur : Longman.
Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Moral Tahun 1
SENI DALAM PENDIDIKANMOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI 2015
Dokumen Standard P
http://drabdshatar.blogspot.com/2012_07_01_archive.html
http://www.skkgjambu.edu.my/v1/download/KKSR
www.slideshare.net/wanita25/ contoh -penulisan- refleksi
Lampiran 1
SENI DALAM PENDIDIKANMOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI 2015
SENI DALAM PENDIDIKANMOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL SEPRI 2015