3.0 pbezaan

7
Perbezaan di antara Teori Konstruktivisme dan Teori Humanisme Aspek Teori Pembelajaran Konstruktivisme Humanisme Tokoh 1- Proses membina pengetahuan berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Jean Piaget, 1980 2- Pemikiran bahasa dan proses penaakulan berkembang melalui interaksi sosial, Lev Vygotsky, 1934. 1. Carl Ransom Rogers 2. Abraham Harold Maslow Konsep Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Melihat manusia sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang tidak serupa dengan haiwan. Humanisme percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dannilai. Humanisme juga percaya bahawa individu harus dilihat sebagai satu identiti. 4

Upload: cikgu-gie

Post on 13-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bb

TRANSCRIPT

Page 1: 3.0 pbezaan

Perbezaan di antara Teori Konstruktivisme dan Teori Humanisme

Aspek Teori Pembelajaran

Konstruktivisme Humanisme

Tokoh 1- Proses membina

pengetahuan berlaku

mengikut peringkat yang

bermula dengan

pengetahuan sedia ada

dalam struktur kognitif. Jean

Piaget, 1980

2- Pemikiran bahasa dan

proses penaakulan

berkembang melalui interaksi

sosial, Lev Vygotsky, 1934.

1. Carl Ransom Rogers

2. Abraham Harold Maslow

Konsep Konstruktivisme adalah satu

fahaman bahawa murid membina

sendiri pengetahuan atau konsep

secara aktif berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman sedia

ada. Dalam proses ini, murid akan

menyesuaikan pengetahuan yang

diterima dengan pengetahuan sedia

ada untuk membina pengetahuan

baru.

Melihat manusia sebagai makhluk

yang istimewa dan mempunyai

keupayaan yang tidak serupa dengan

haiwan.

Humanisme percaya bahawa

manusia bertindak atas dasar

keperluan, motivasi, minat dannilai.

Humanisme juga percaya bahawa

individu harus dilihat sebagai satu

identiti.

Prinsip-

prinsip

1. Menekankan pembelajaran

berpusatkan pelajar

2. Pembelajaran berlaku

melalui proses aplikasi

pengetahuan.

3. Pembelajaran berlaku

melalui interaksi dengan

orang lain.

4. Pembinaan pengetahuan

1. Pelajar mempelajari apa

yang mereka kehendaki

dan ketahui.

2. Keinginan untuk belajar

dan mengetahui cara

belajar lebih penting

daripada pemerolehan

fakta.

3. Struktur dan organisasi

4

Page 2: 3.0 pbezaan

dapat diajar dan dibimbing

melalui proses scaffolding.

5. Pelajar membina

pengetahuan yang bermakna

kepada mereka

6. Pembelajaran baru

bergantung kepada

pengalaman dan

pengetahuan sedia ada

pelajar.

diri seseorang menjadi

lebih rigid jika dia

merasakan dirinya

terancam.

4. Penilaian yang dibuat oleh

pelajar amat bermakna

kepada dirinya.

5. Pemenuhan keperluan

merupakan faktor

penggerak terhadap

pembelajaran individu.

Kekuatan 1. Mengembangkan proses

metakognitif dan pemikiran

reflektif dengan kaedah dan

teknik penyoalan.

2. Mengaitkan ilmu yang sedia

ada dengan pembelajaran

baru dan memupuk motivasi

instrinsik, pelajar agar

mengambil inisiatif diri dalam

pembelajaran.

3. Teori ini membolehkan

pelajar mentafsir

pengalaman.

4. Teori ini membolehkan

pelajar mengalami situasi

kehidupan yang nyata.

5. Murid lebih faham.

1. Tingkatkan arah kendiri dan

kebebasan pelajar. Bantu

pelajar bertanggungjawab

tentukan perkara yang ingin

dipelajari.

2. Tingkatkan daya cipta pelajar.

3. Hasil sosial dan emosi lebih

diutamakan daripada

akademik.

4. Menitikberatkan

perkembangan secara bebas

dan bantu kanak-kanak

daripada tekanan keluarga

dan masyarakat.

5

Page 3: 3.0 pbezaan

Peluang 1. Murid diberi peluang untuk

meneroka sendiri tentang

sesuatu pembelajaran yang

disampaikan oleh guru.

2. Murid dapat memperolehi

pengalaman sendiri melalui

eksperimen yang dilakukan

sendiri.

Guru dapat membentuk murid dalam

mencapai perkembangan diri yang

jauh melebihi tahap maksimum

seterusnya melahirkan murid yang

mampu berubah ke arah kualiti

hidup yang lebih berkualiti.

Ancaman Masalah akan timbul sekiranya

murid tidak dapat menyesuaikan

situasi baru dengan pengalaman

yang sedia ada.

Murid-murid akan mementingkan diri

sendiri kerana ingin memenuhi

keperluan diri masing-masing.

Implikasi

terhadap

pembelajara

n dan

pengajaran

1. Merancang dan

melaksanakan strategi

pengajaran seperti soalan-

soalan terbuka dan dialog

yang meluas agar

berpadanan dengan respon

pembelajaran serta

menggalakkan mereka untuk

menganalisis,mentafsir, dan

meramal maklumat yang

diterima.

2. Penilaian adalah sebahagian

proses pembelajaran. Oleh

itu,pembelajaran memainkan

peranan yang lebih besar

dalam menentukan

kemajuan masing-masing.

3. Guru berperanan sebagai

fasilitator yang membantu

murid membina

pengetahuan dan

menyelesaikan masalah.

1. Fokus diberikan kepada

pelajar, bukannya subjek.

2. Guru hendaklah melayani

pelajar sebagai insan terlebih

terlebih dahulu sebelum

melayani mereka sebagai

pelajar.

3. Guru hendaklah menerima

setiap pelajar tanpa

syarat,mengikut potensi dan

keupayaan masing-masing.

4. Murid-murid diberikan

peluang untuk memilih

tugasan atau aktiviti

pelajaran.

5. Guru bertindak sebagai

fasilitator dan menjadikan

dirinya teladan dan role

model kepada pelajar untuk

memupuk sikap,kepercayaan

dan tabiat yang baik.

6

Page 4: 3.0 pbezaan

4. Guru berperanan sebagai

pereka bentuk bahan

pengajaran yang

menyediakan peluang

kepada murid untuk

membina pengetahuan baru.

5. Guru akan mengenal pasti

pengetahuan sedia ada

murid dan merancang

kaedah pengajarannya

dengan sifat asas

pengetahuan tersebut.

Berdasarkan jadual di atas, terdapat banyak perbezaan di antara teori konstruktivisme dan

humanisme yang telah dikenal pasti. Secara konsepnya, teori konstruktivisme memberi

maksud pelajar membina pengetahuan sendiri dan mengaitkan pengetahuan yang baru itu

dengan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada. Manakala, teori humanisme pula

memperlihatkan pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk

belajar dan berkembang.

Konstruktivisme menekankan aspek pembinaan pengetahuan baru manakala

Humanisme memperlihatkan aspek mengembangkan keupayaan pelajar dalam mencungkil

dan mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka. Konstruktivisme menggunakan

strategi berpusatkan murid dan guru,di mana murid-murid dan guru melibatkan diri secara

aktif serta mewujudkan interaksi dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, aktiviti berasaskan kumpulan, teknik sumbang saran, pembelajaran koperatif,

perbincangan, penyelesaian masalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga

membantu pembinaan pengetahuan baru murid-murid. Manakala, humanisme menekankan

strategi berpusatkan murid sahaja, yang bermaksud pelajar mengambil alih sedikit

tanggungjawab untuk apa-apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Aktiviti yang

dilakukan pula hendaklah lebih berasaskan individu di mana pelajar digalakkan untuk

memupuk pembelajaran ke arah kendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Kaedah

inkuiri iaitu penemuan idea baru melalui penerokaan sendiri. Aktiviti pengayaan dan

pemulihan juga hendaklah dilakukan supaya potensi pelajar dapat dipertingkat dari semasa

ke semasa.

7

Page 5: 3.0 pbezaan

Secara prinsipnya pula, teori konstruktivisme menekankan bahawa pembelajaran

berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan dan juga melalui interaksi antara orang lain.

Hal ini kerana interaksi dan pengaruh sosial membantu dan menyokong pembelajaran dan

membawa kepada pemikiran aras tinggi. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan

dibimbing melalui proses scaffolding dan pelajar membina pengetahuan yang bermakna

kepada mereka. Pembelajaran yang baru pula bergantung kepada pengalaman dan

pengetahuan sedia ada pelajar. Hal ini bermaksud pembinaan pengetahuan baru

bergantung kepada sejauh mana pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar dan

bagaimana mereka mengaitkannya dengan pengetahuan baru. Pembelajaran bermula

dengan pengetahuan sedia ada sehingga pembelajaran baru tercapai dan ianya menjadi

lebih bermakna jika terdapatnya konteks tugasan berasaskan alam nyata. Dalam teori ini,

guru dan rakan-rakan sebaya berperanan sebagai fasilitator iaitu membimbing pelajar

membina pengetahuan baru. Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan tugasan

autentik juga dapat membantu aplikasi dah pembinaan pengetahuan baru di samping

persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan contoh-contoh khusus yang dapat

membantu pemahaman pelajar. Akhir sekali, pelajar bertanggungjawab terhadap

pembelajaran sendiri dan memudahkan mereka untuk memahami isi pelajaran yang

disampaikan.

Berbeza dengan teori konstruktivisme yang menekankan aspek pembinaan

pengetahuan baru, humanisme memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari apa

yang mereka kehendaki dan ketahui. Hal ini adalah kerana keinginan untuk belajar dan

mengetahui cara belajar lebih penting daripada pemerolehan fakta. Perasaan pelajar pula

dikira sama penting dengan fakta-fakta yang dicari. Humanisme juga mengatakan bahawa

pembelajaran cara merasa adalah sama penting dengan cara berfikir. Penilaian yang dibuat

oleh pelajar iaitu penilaian kendiri lebih bermakna pada dirinya, namun pelajar perlu dapat

mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan. Pembelajaran berlaku dengan baik jika pelajar

berasa selamat dan berada dalam persekitaran yang tidak mengancam secara fizikal,

emosional serta psikologi.

Tuntasnya, teori humanisme jauh berbeza dengan konstruktivisme kerana teori ini

sangat mengambil kira pembelajaran berlaku sekiranya potensi pelajar dapat dicungkil dan

seperti informasi di atas, konstruktivisme menekankan pembinaan pengetahuan baru

berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar.

8