6. jenis boneka
TRANSCRIPT
Jenis-jenis boneka
Jenis-jenis boneka dibahagi kepada lima. Salah satu jenis boneka ialah
boneka sarung tangan. Kita mengambil sarung tangan kita yang lama dan
mengubahkannya mendaikan badan dan anggota boneka. Kita haruslah
mengguunakan semua jari atau sebilangan jari semasa menggunakan
boneka sarung tangan. Contohnya ialah:
Selain itu, boneka lidi ialah salah jenis boneka. Ia diperbuat daripada
bahan yang lebih keras ataupun tebal. Kita mestilah meletakkan lidi panjang
pada badan boneka dan anggota-anggota yang boleh bergerak.
Boneka wayang kulit ialah salah satu boneka wayang kulit. Rupa bentuk
boneka ini dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya baruslah
dipotong keluar. Biasanya ia dibuat daripada kulit, plastik, lut sinar dan kertas
tebal dan ia nipis dan berbentuk dua dimensi. Kita mestilah meletakkan lidi-lidi
halus di tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.
Di samping itu, boneka bertali atau ‘marionette’ ialah salah satu jenis
boneka. Biasanya kita membuat boneka ini dengan menggunakan bahan-
bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Talinya juga di
sambung dibahagian yang boleh bergerak.
Jenis boneka yang terakhir ialah boneka tongkat. Ia berbentuk lengkap
tetapi mempunyai tongkat yang dibuat daripada kayu, rotan, buluh dan
sebagainya di bahagian bawah boneka. Ia menggunakan konsep wayang
kulit tetapi ia berbentuk tiga dimensi.