9. fuse

14
Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEET PROGRAMME : A14 SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN SESSION : SEMESTER : 2 CODE/COURSE : TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC SHEET NO : LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 6 TOPIC : M01 BASIC AUTOMOTIVE ELECTRIC SUB-TOPIC : 01.01 DIRECT ELECTRICAL COMPONENT 01.02 ELECTRONIC CONTROL COMPONENT LEARNING OUTCOME : Pelajar-pelajar mesti boleh: 1. Nyatakan komponen pelindung litar. 2. Terangkan mengenai fius kenderaan. 3. Terangkan mengenai fusible links. 4. Terangkan mengenai circuit breaker TAJUK : KOMPONEN PELINDUNG LITAR TUJUAN Kebanyakkan litar elektrik bagi automotif dilindungi dari arus yang tinggi mengalir di mana melebihi kemampuan litar atau komponen automotif untuk menerimanya. Arus yang mengalir melebihi daripada kemampuan litar akan menyebabkan berlakunya kerosakkan pada litar atau komponen 1

Upload: md-hafizi-mohamad

Post on 24-May-2015

5.636 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: 9. fuse

Institut Kemahiran MARAJasin, Melaka

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : A14 SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION : SEMESTER : 2

CODE/COURSE :TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC

SHEET NO :

LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 6

TOPIC : M01 BASIC AUTOMOTIVE ELECTRIC

SUB-TOPIC :01.01 DIRECT ELECTRICAL COMPONENT01.02 ELECTRONIC CONTROL COMPONENT

LEARNING OUTCOME :

Pelajar-pelajar mesti boleh:

1. Nyatakan komponen pelindung litar.2. Terangkan mengenai fius kenderaan.3. Terangkan mengenai fusible links.4. Terangkan mengenai circuit breaker

TAJUK : KOMPONEN PELINDUNG LITAR

TUJUAN

Kebanyakkan litar elektrik bagi automotif dilindungi dari arus yang tinggi mengalir di mana melebihi kemampuan litar atau komponen automotif untuk menerimanya. Arus yang mengalir melebihi daripada kemampuan litar akan menyebabkan berlakunya kerosakkan pada litar atau komponen elektrikal kenderaan. Kertas penerangan ini kan menerangkan maksud tersebut.

1

Page 2: 9. fuse

PENERANGAN

Terdapat berbagai komponen yang digunakan sebagai pelindung arus lebihan. Komponen yang dikategorikan sebagai komponen yang boleh memutuskan litar bekalan dengan sendirinya (automatik) apabila berlaku arus lebihan yang melebihi kuantiti yang dihadkan bagi sesuatu litar. Komponen ini hendaklah dipasang secara bersiri dengan litar bekalan (positif).

Arus lebih terjadi disebabkan oleh :-

1. Litar pintas 2. Pertambahan arus bekalan.3. Pemasangan beban (alatan aeksoseri) yang berlebihan daripada sepatutnya.4. Semasa menghidupkan suis arus akan meningkat 12 kali ganda.5. Pemasangan wayar atau penyambungan yang longgar.

JENIS-JENIS KOMPONEN PELINDUNG LITAR

1. Fius2. Fusible links3. Circuit Breakers

1. FIUS

Komponen pelindung yang biasa digunakan di dalam kenderaan ialah fius. Fius diperbuat daripada dawai kuprum atau aloi timah plumbum yang akan lebur apabila ia membawa arus yang melebihi had keupayaannya. Sesebuah fius tidak segera lebur, sebaliknya mengambil masa yang tertentu. Oleh sebab itu penggunaan fius adalah tidak begitu cekap untuk menjadi pelindung alat-alat elektrik kenderaan. Badan fius mesti mampu menahan daripada arus litar pintas iaitu tidak menyerpih, cair atau rosak akibat arus berlebihan. Fius biasanya ditempatkan di dalam kotak fius di mana arus elektrik daripada bateri diagihkan. Walaubagaimanapun fius juga boleh diletakkan di dalam kotak relay atau electrical juntion box.

Tujuan

1. Mengelakan berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadar keupayaan maksimum alat itu mengalir di dalam litarnya.

2. Fius melindungi wayar elektrik daripada rosak.

2

Page 3: 9. fuse

Istilah Fius

Kadar Arus FiusKadar arus maksimum yang boleh mengalir dalam fius itu tanpa meleburkannya. Ringkasnya, fius itu tetap seperti biasa walaupun arus maksimum dialirkan ke dalamnya. Kadar arus fius dicatatkan pada badan fius.

Arus Fius (Arus Lebur)Arus minimum yang boleh mengalir dalam fius dan menyebabkan fius lebur (putus). Nilai arus fius perlu disesuaikan dengan pelindung arus lebih alat-alat atau kabel yang hendak dilindungi itu. Arus ini berbeza mengikut jenis fius itu. Biasanya arus tersebut tidak dicatatkan pada fius itu dan kadarnya boleh diketahui dengan mengira faktor fius atau mambaca katalognya.

Faktor Fius Nisbah arus fius dan kadaran arus fius. Oleh sebab itu faktor fius ini tidak sama bagi semua jenis fius.

J e n i s - j e n i s f i u s

Fius direka bentuk dalam apelbagai keadaan mengikut penggunaannya di dalam litar elekrik kenderaan. Kadar yang biasa digunakan dalam fius automotif di antara 4 ampere hingga 30 ampere. Terdapat beberapa jenis fius yang biasa digunakan di dalam kenderaan iaitu :

a) A u t o m o t i v e b l a d e f u s e s - standard blade fusesb) Glass cartridge fusesc) Fuse element cartridge

a) Automotive Blade fuseBadannya diperbuat daripada plastik dan mempunyai dua kaki (two prongs) dimasukkan ke dalam soket, bagi kenderaan automotif. Badan fius akan diwarnakan bagi mengikut ketahanan arus elektrik yang boleh ditampung dan diletakkan nilai arus pada bahagian atas fius. Fuse jenis ini didatangkan dalam tiga bentuk dimensi (physical dimensions) : mini ( minifuse), autofuse (ATC) dan maxi ( maxifuse). Bentuk dimensi (physical dimensions), termasuk penyambung (connector).

3

Badan fius kereta yang diperbuat daripada plastik (plug-in type)

Page 4: 9. fuse

Warna fius dan takat lebur bagi fuis jenis blade

4

Fius jenis Plug-in didatangkan dalam 3 jenis saiz: mini, autofuse dan maxi

Page 5: 9. fuse

 

Autofuse

  

Minifuse

5

Page 6: 9. fuse

Jenis-jenis fius dan pemegang fius (Fuse Holder)

b) Glass cartridge fuses

Merupakan fius yang biasa digunakan sebelum blade fuse diperkenalkan. Badan fius ini diperbuat daripada gelas kaca manakala kedua-dua hujungnya diperbuat daripada besi. Kepingan logam mudah cair digunakan untuk pengalir arus di dalam fius ini. Kepingan logam mudah cair ini boleh menerima arus yang terhad untuk melaluinya. Apabila arus yang mengalir melebihi kadar keupayaan, kepingan logam mudah cair ini akan terputus.

6

Page 7: 9. fuse

c) Fuse element cartridge

2. FUSIBLE LINKS

Kebanyakkan kenderaan mempunyai satu atau lebih fusible link untuk menghasilkan keselamatan untuk wayar kuasa utama sebelum dipecahkan kepada litar yang kecil pada kotak fius. Merupakan satu wayar berdiameter yang kecil direka supaya mudah terputus apabila arus lebih mengalir. Biasanya ditempatkan pada terminal positif bateri sebelum disambungkan kepada aksesori kenderaan. Arus yang mengalir pada fusible link ini bergantung kepada saiz wayarnya. Biasanya ia mengandungi empat lembar wayar bersaiz lebih kecil daripada wayar litar yang perlu dilindungi.

3. CIRCUIT BREAKER

Terdiri daripada kepingan logam nipis (bimetal strip) yang bersambung dengan 2 terminal sesentuhan di antaranya. Sesentuh akan terputus apabila arus yang terlalu tinggi melaluinya menyebabkan kepingan logam menjadi panas dan memutuskan lita. Ia akan bersambung semula apabila logam tersebut menjadi sejuk.

7

Page 8: 9. fuse

KOTAK FIUS

Kotak fius digunakan di dalam sesebuah kenderaan untuk menempatkan fius-fius yang digunakan oleh sesebuah kenderaan. Ia bertujuan untuk memudahkan kita untuk membuat pemeriksaan pendawaian elektrik kenderaan sekiranya berlaku kerosakkan pendawaian elektrikal pada setiap komponen elektrik. Biasanya ditempatkan dibawah dashboard di dalam kenderaan dan di dalam ruang enjin kenderaan. Rekabentuk kotak fius ini bergantung kepada pengeluar sesebuah kenderaan.

Kotak fius untuk Fius jenis Cartridge

Kedudukan fius jenis cartridge dan fungsi setiap fius

8

Page 9: 9. fuse

Kotak fius untuk Blade Fius

Kedudukan fius dan fungsi setiap fius bagi blade fuse

9

Page 10: 9. fuse

Contoh kotak fius bagi kereta WAJA CPS 1.6

Power supply circuit No. Rated capacity (A) CircuitIgnition IG1 1 10 Back-up lamp switch, 4A/T ECU, Reverse Sensor 2 10 Alarm control unit, ABS 3 10 Airbag (SRS)-<if so equipped> 4 10 ECU, Immobilizer control unit, Starter relay, Main relay

5 10 Cluster, Vehicle speed sensor6 10 Buzzer assy, Hazard switch

Ignition ACC 7 20 Wiper motor, washer control, intermittent wiper relay 8 20 Cigarette lighter, Remote controlled mirror Control unit 9 10 Auto cruise control switch, sun roof, rain sensor,- radio, clock, sunblind (if so equipped)Ignition IG2 10 10 Heated mirror relay, Air cond system, Power window relay, Radiator fan relay, Defogger relayIgnition ACC 11 10 Navigation <if so equipped>Battery B+ 12 30 Blower motor 13 20 Defogger, Heated mirror

10

Page 11: 9. fuse

14 15 Sun roof control, door locks-<if so equipped> 15 15 Horn relay 16 15 Power antenna 17 10 Diagnosis, Buzzer assy, Remote control mirror motorIgnition ACC 18 15 —Auxiliary Fuse Aux 1 10 Alarm system Aux 2 10

KESIMPULAN

EXERCISE

1. Berikan 3 jenis fius yang anda ketahui.

2. Fius putus disebabkan oleh arus yang dialirkan secara berlebihan. Betul / Salah

3. Fius di mana badannya diperbuat daripada plastik dan mempunyai dua kaki (two prongs) dimasukkan ke dalam soket dikenali sebagai blades fuse. Betul / Salah

4. Apakah fungsi utama fius digunakan?a) Memutuskan litarb) Menambahkan arusc) Menyambungkan litard) Mengurangkan rintangan

5. Fius putus disebabkan oleh a) Suhu berkuranganb) Dawai terlalu nipisc) Dawai terlalu kasard) Arus mengalir berlebihan

6. Dimanakah tempat yang biasa untuk menempatkan kotak fius?a) Dalam bonet simpanan barang b) Dibawah dashboard di dalam kenderaan dan di dalam ruang enjin kenderaan.c) Dibawah tempat duduk pemandu dan di dalam ruang enjin kenderaand) Dibawah stereng

REFERENCE

1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems

11

Page 12: 9. fuse

4. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor Corporation.

5. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes Ltd. System

6. Automotif Electrical/electronic System7. Automotive Electrical and Electronic System, James D. Halderman8. Automotive Electrical and Electronic System, Harper Collins

12