adat resam di malaysia (2)
TRANSCRIPT
ADAT RESAM DI MALAYSIA
Fatin AmalinaNor Hafizah
Wan Nur SyahirahMuazFakhri
Adat resam di Malaysia
ADAT RESAM KAUM
MELAYU
Antara pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam
masyarakat Melayu
Upacara Perkahwinan @
Bersanding.
Adat Melenggang
Perut Upacara Berinai Membelah
mulut bayi
Sembah. Kenduri Arwah. Kematian.
Merisik
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan
adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu. Di
samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab
sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.
Bertunang
Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli
keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang.
Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena
pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri
daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-
muih, pakaian dan lain-lain.
PERKHAWINAN MELAYU
Adat BerinaiBerinai dalam
perkahwinan Melayu seakan menjadi
kewajipan.
Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada
tiga acara, iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.
Walaupun unsur-unsur budaya ini dikekalkan namun ianya
disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam kerana tidak bertentangan lunas Islam.
Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula
sejak beberapa tahun sebelum ini. Gaya terbaru ini adalah pengaruh daripada
budaya Hindu di India dan Islam di Pakistan, Mesir, Iran dan Syria.
Upacara Perkahwinan@Bersanding
Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut.
Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah menjadi satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.
Penggunaan sirih pinang, beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
SEWAKTU MENGANDUNG
Melenggang Perut
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Adat Melenggang Perut
Diamalkan dikalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan.
Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau
kecelakaan ang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin.
Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di samping itu, adat ini juga
bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibunya.
Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa
agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.
SEWAKTU BERSALIN
Persediaan ini akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil
bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu
di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.
Azan/Qamat
Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana
selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan
pada hari Isnin atau Khamis.
SELEPAS LAHIR
Adat Membelah Mulut Bayi
Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya.
Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma. Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa.
Bersunat / Berkhatan
Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa
hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan
menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan
dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan
akan dijalankan oleh Tok Mudim.
Adat Bersembah
Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan “Raja” itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal.
Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.
Kenduri Arwah
Apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari ( makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu roh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi roh itu memasuki dalam
jemaahnya sebagai ahli kubur. Ini merupakan kepercayaan penganut agama Hindu.
Pengaruh Cina yang menjadi ikutan masyarakat melayu
Pemberian angpau
menonton wayang kulit
Permainan bunga api dan mercun
Bermain gasing Masakan contoh mee hailam
Pemberian Angpau
Pemberian angpau ketika Hari Raya Aidilfitri merupakan budaya yang asalnya dipinjam dari budaya masyarakat Cina. Dalam budaya masyarakat Cina, pemberian
angpau adalah dari golongan yang sudah berkahwin kepada mereka yang masih bujang, tetapi dalam masyarakat Melayu, pemberian angpau pula adalah dari orang dewasa (tanpa mengira yang sudah berkahwin ataupun yang masih bujang) kepada
kanak-kanak kecil dan remaja yang masih bersekolah dan juga dari seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka.
Bermain gasing dan menonton wayang kulit
• Bermain gasing dan menonton wayang kulit merupakan antara aktiviti tradisional yang digemari oleh Cina Peranakan Kelantan.
• Cina Peranakan Kelantan diberi banyak gelaran. Orang Melayu memanggil mereka Cina kampung, Cina Kelantan atau Orang Cina kita. Bagi Cina di bandar, mereka dipanggil Cina benua atau Cina Bandar manakala masyarakat Thai di Kelantan menggelar mereka sebagai Cina Darat, Cina Kampung atau Cina Kelantan
Permainan bunga api dan mercun
Permainan bunga api dan mercun ketika Hari Raya Aidilfitri juga merupakan pengaruh budaya masyarakat Cina.
Masakan
• Sekiranya kita lihat daripada segi makanan, masyarakat Melayu turut mempunyai menu yang sama dengan masyarakat Cina contohnya mee hailam
• Semua ini adalah contoh masakan masyarakat lain yang diserap ke dalam budaya Melayu hasil daripada perkahwinan campur ataupun pergaulan seharian
ADAT RESAM
KAUM INDIA
Adat Perkahwinan India
Merisik• faktor etnik, sub
etnik, kasta dan agama perlu diambil kira
Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal
pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon
isterinya
Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk
kumkum akan dibawa.
Dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan
Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya
bersetuju.
Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil
perempuan
Kunjungan Ke Rumah Pengantin
Kaji kecocokan pengantin
dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian
Terdapat 10 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu
Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.
Ikat Janji
lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.
bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan
Jika kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.
Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang
Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.
Bertunang dan sembahyang Adat menyuap kanl kande
Sami memberikan ku'gumem
Penyediaan Thaali
merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin
perempuan
Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan
bayaran untuk pembuat thaali.
Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum
perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas
suruhan pembuat thaali.
Mukuurtta Kaal
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan
dilangsungkan
Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda
dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal.
Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah
pengantin lelaki.
Perkahwinanatau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.
Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.
Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin.
Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali
Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.
Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.
Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.
Pengantin Bersanding
Minji (sarung Cincin Wanita
Paal (Menyapu Susu Lelaki)
Minji (Sarung Cincin Lelaki)
Alipu (Mengarak Lampu)
Kolem dan Khumbem
Malei Mathel(Bertukar Bunga Malei
Paal Abisygem(Cuci Kaki Ibu Bapa)
Paal Abisygem(Cuci Kaki Ibu Bapa)
Memohon Doa Restu
Upacara Akad Nikah
Paal (Menyapu Susu Wanita)
Otthianem (Aksesori)
Ayeer Mantherem(Juru Nikah)
Perkakasan Upacara Perkahwinan
Perkakasan Upacara Perkahwinan
Phavitirem - Theperpul(Memakai Cincin Daun)
Poree (Membakar Ramuan)
Samenthi Phutu
Thali (Rantai Daripada Benang)
Vaalem Varuthel(Membuat Tiga Pusingan)
Tallapha(Perhiasan Kepala)
Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat
yang dilakukan ketika
kandungan sulung wanita
hamil menjangkau
usia tujuh hingga
sembilan bulan
Wanita hamil dipakaikan sebentuk
gelang tangan baru ,Suulkaap
pu
Suul bermaksud
`kandungan ibu
Kaappu bermaksud
'perlindungan'
Gelang ini dipakai bertujuan untuk
melindungi bayi di dalam kandungan
daripada kesukaran semasa bersalin.
Hadiah kepada wanita hamil tersebut yang
dikenali sebagai ciir diatur ke dalam
dulang
Hadiah ini termasuk barang
kemas, sari, gelang tangan, serbuk
kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan
cermin serta pelbagai manisan.
Upacara memandikan wanita hamil
diadakan, mutugu niir (kulittal).
Wanita hamil dan dimandikan dengan air
seperti air susu, air kunyit, air kelapa
muda, air mawar dan bunga-bungaan
lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon
restu Tuhan
Upacara dimulakan dengan • a) menyapu serbuk
cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil
• b)kumkum diletak di dahi • c)gelang tangan dipakaikan.
Seterusnya upacara aalatti dijalankan
Wanita yang hamil akan memakan salah satu nasi yang disediakan.
Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya
dibungkus dengan kain putih dan disimpul
Wanita hamil akan diminta membuka salah satu bungkusan
Selesai upacara ,wanita hamil akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan
selepas bersalin
Menyapu kunyit padatangan dan pipi
Ibu mengelilingkan beras di ataskepala sebanyak tiga kali
Suami menyuapkan manisanke dalam mulut isteri
Semasa Bersalin
Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat
India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu
Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal
dan rohani bayi sehingga dewasa.
Membisikkan Nama Tuhan
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sejenis mantera Tuhan akan dibisikkan di telinga bayi sebelum tali pusat
dipotong
Tetapi sekarang mantera Tuhan akan dibisik sebaik sahaja melihat bayi
Ia adalah untuk membolehkan bayi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi.
Menyapu Madu
Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya.
Madu dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.
Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu akan disapu ke mulut bayi untuk bertindak menjadi
pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi.
Memberi Nama
Apabila bayi berusia enam
belas hari, upacara pemberian nama
diadakan
Ia dilakukan dengan
memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga
Namanya akan disebut sebanyak
tiga kali pada telinga bayi
tersebut dan diumumkan pada
orang ramai.
Nama-nama yang dipilih lazimnya
berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi
ADAT RESAM
KAUM CINA
Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.
Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.
Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.
PERKAHWINAN CINA
Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit
iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan
diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing.
Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
MERISIK
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.
Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan.
Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.
Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.
Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar
belakang keluarga dan asal keturunan.
Meminang
kedua-dua pihak berpuas hati dengan
latar belakang keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan.
Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara
berkaitan perkahwinan.
Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas
kahwin, peruntukan meja dalam jamuan
makan dan memilih hari yang paling sesuai.
Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah.
Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki.
Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan..
Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.
BERTUNANGHari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian
dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut.
Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su.
Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan.
Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan.
Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan .
cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan.
Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.
Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya.
Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu
Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin.
Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan.
Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor.
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat
perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.
Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai.
Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai
akan diberi.
Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan
dibuat dengan pengantin perempuan.
Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.
Perkahwinan
akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga
bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan
ataupun selama seratus hari.
Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung
kesedihan.
Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki
dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian
pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang
emas.
Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju
pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru
dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan
kematian dan kesedihan.
Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.
Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing.
Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.
Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.
Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga
dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua
pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing.
Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan
masih diamalkan.
Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud
yang tersendiri.
Adat ini melambangkan penerimaan pasangan
pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si
suami di samping bertujuan untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan.
Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh
yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat
bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak.
Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.
Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.
KEMATIAN
Apabila berlaku kematian,
mayat akan dibersihkan dan
dimandikan sebagai
memberi penghormatan terakhir kepada
si mati.
Setelah dimandikan
mayat disapu dengan minyak
wangi dan disolek. Ia
bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat.
Kemudiannya mayat tersebut
dipakaikan dengan pakaian
yang cantik. Lazimnya pakaian
tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika
hari perkahwinan.
Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia.
Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita.
Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam.
Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.
Apabila berlaku kematian, ahli
keluarga, saudara-mara dan sahabat
handai dikehendaki menangis atau
meratapi pemergian si mati.
Tangisan ini perlu dilakukan dengan
kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah
diusung ke kawasan perkuburan ditanam.
Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu
diselitkan dengan kata-kata yang
menunjukkan si mati telah membuat jasa.
Tangisan ,mengungkit keburukan si mati
dilarang sama sekali.
Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa.
Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak.
Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina.
Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati.
Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan.
Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu.
Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah
perkuburan.
lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa.
Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik .
Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah.
Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup.
Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah.
Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju
berwarna hitam.
Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan
mempersenda si mati dan keluarganya.
Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut.
Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap
dengan topi.
Kemudian mereka akan memakai baju
jejaring yang diperbuat daripada jut
atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian
luar baju hitam.
Ketika mayat diusung dengan menggunakan
lori khas, beberapa kertas yang disalut
logam akan dicampak sepanjang sepanjang
perjalanan.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara
ini adalah untuk memastikan roh boleh
berjalan pulang ke rumah berpandukan
kertas tersebut.