aku, dia &
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 Aku, Dia &
1/122
Daisy Zahra
1
1 Julai 2004, Khamis.
Hari ni dah masuk semester yang baru. Inibermakna aku dah pun berada di semester
yang kedua atau pun Part Two. He he... aku
gembira sebab dapat berjumpa kembali
dengan kawan-kawan selepas cuti semester
yang aku rasakan cukup sekejap. Pagi tadi
aku dengan Fazura dah sama-sama datar
kolej dan juga mendatar sebagai pelajar di Dewan Mini seperti semester yang lepas.
Cuma yang berbeza pada kali ini, kami
uruskan sendiri jika nak dibandingkan dengan
semester lepas yang dibantu oleh abang-abang
dan juga kakak-kakak senior kami sewaktu
Minggu Orientasi berlangsung. Duit aku juga
masih lagi cukup sebelum duit PTPTN masuknanti.
Apa lagi yang aku nak catatkan dalam diari
Bab
1
-
8/3/2019 Aku, Dia &
2/122
Aku, Dia & .com
2
aku ni? Emmm ya! Benda tu. Macam mana
aku boleh terlupa? Itulah benda yang utama
mengapa aku menulis di lembaran yang baru
bagi semester baru ini.
Pagi tadi aku dengan Fazura pergi outing
selepas mendatar. Selepas itu kami singgah di
cyber ca dan aku sempat berkenalan dengan
seorang lelaki ni melalui chat room. Nickname
yang dia guna ialah Takuya. Borak punyaborak aku dapat tahu yang rupa-rupanya
Takuya ni belajar satu tempat dengan aku!
Dia pun belajar di sini juga, UiTM Kedah.
Emmm... cuma aku tak tanya apa pula kursus
dia dan aku pun tak cakap kat dia yang aku
pun study kat sini juga. Ntah la... aku tak
terasa nak bagitau semuanya pasal aku katdia. Mungkin bukan masanya lagi kut! Aku
dah memutuskan yang biarlah kami
berhubung melalui e-mail sahaja. Kalau aku
bagitau kat dia yang aku pun belajar kat sini
juga, whats the dierence? Tak ada apa-apa
kan? So, biarlah rahsia. He he at least buat
sementara waktu ni. Bila aku rasa masa dah
sesuai untuk bagitau dia aku akan berbuat
demikian. Lagipun aku baru aje kenal mamat
tu, takkan nak ceritakan semuanya kan? Aku
tak rasa yang aku menipu sebab dia pun tak
tanya aku study kat mana so, okey la tukan?
-
8/3/2019 Aku, Dia &
3/122
Daisy Zahra
3
Y
AALLAH! Dah pukul dua belas
tiga puluh minit pagi rupa-
rupanya. Asyik sangat tulis diari
sampaikan aku tak sedar dah pukul berapa. Ala takpe.
Lagipun esok bukannya ada lagi kelas. Masih ada lagi cuti.
So, tak salahkan kalau akustay up?He he ... sebenarnya aku
sendiri pun tak rasa mengantuk lagi so, lebih baik aku terus
menulis dalam diari aku ni.
Apa lagi nak tulis ya? Takuya. Eh! Kenapa tulisnama dia pulak? Siapa agaknya pemilik nama samaran
Takuya ni? Handsome cam Takuya Kimura tu ke? Ya la
sebab dia guna nama samaran tapi ntah-ntah langsung tak
handsome! Sebab orang selalu kata yang orang takhandsome
atau tak cantik aje yang suka guna nama samaran yang hebat-
hebat ni bila berchatting. Entah la cuma aku tertanya-
tanya siapakah orangnya di sebalik nama Takuya ni?
Mengantuk lapulak. Aku rasa betterakustop sini dulu.
Esok-esok aku sambung tulis lagi. Good night my dear diary!
Sebaik sahaja aku menutup diari Fazura
menjengahkan kepalanya ke dalam bilik.
Woi! Apa ni Fazura? Salam tak bagi terus masuk
macam tu. Tau dak la ni dahpukuiberapa cik kak? Suka la tudapat buatoghang terkejut! Aku terus terjerkah Fazura dek
terkejut ternampak kepala dia yang terjenguk masuk ke
dalam bilik.
Sorry la. Tadi saya baru balik dari bilik sebelah.
Bilik budakjunior. Empat-empat budak Kedah. Terkejutka?
Tersengih-sengih dia berjalan ke katil.
Ei! Geram aku dengan sikap dia kadang-kadang tapi
tu la Fazura yang aku kenal sejak semester satu. Sudah
memang perangai dia macam tu. Suka mengusik orang,
-
8/3/2019 Aku, Dia &
4/122
Aku, Dia & .com
4
peramah dan memang sikap dia yang aku nampak dari hari
pertama aku menjejakkan kaki ke UiTM dan juga Kolej Masria
ni ialah dia memang cepat mesra dengan siapa sahaja dan
suka tolong orang. Kadang-kadang aku nampak tak semua
kawan yang rapat dengan dia tu betul-betul ikhlas berkawan
dengan dia. Ada yang nak pinjam duit, nak pinjamhandphone
sebab Fazura guna postpaid, tak macam kebanyakan pelajar
yang hanya gunaprepaid. Jadi memang aku nampak tak
semua kawan dia betul-betul ikhlas berkawan dengan dia.Aku memang nak bagitau dia apa yang aku nampak
tapi aku tak tahu macam mana nak cakap dan yang paling
aku takut kalau semua itu akan melukakan hati dia dan
menggugat hubungan persahabatan kami.
Awat tengok muka cek lama-lama? Berkenan nak
buat menantuka? usik dia lagi dalam loghat utara. Memang
kami orang utara pun!
Bukan. Cuma nak mintak tolong sat.
Apa dia?
Tolong diam.
Tak guna punya kawan!
Terus melayang sebiji bantal ke bahu aku. Ha hanice try! Tidoq la. Bukanka awak tu Cinderella?
Fazura menjelirkan lidahnya kepada aku. Orang
utara cakap jelan. Boleh dikatakan semua budak-budak satu
wing ni tahu pasal Fazura yang memang tak boleh nak tahan
mengantuknya tu lebih dari pukul dua belas tengah malam.
Sebab tu kami panggil dia Cinderella.
Good night. Awak pun pi tidoq la. Jangan usha
lama-lama sangat Takuya awak tu. Tah-tah dia pun dah
hanyut dibuai mimpi.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
5/122
Daisy Zahra
5
Mana ada usha la. Oghang saja tengok.
Ya la tu, balas Fazura tak mahu mengalah danaku dapat dengar dia tergelak kecil. Aku pun ikut sama
tergelak. Macam-macam la Fazura ni. Dah nak tidur pun
membebel lagi.
Aku masih lagi berdiri di tepi tingkap. Memang dari
bilik kami, aku boleh melihat Kolej Malinja yang berdiri
megah bertentangan dengan Kolej Mahsuri yang juga
berdekatan dengan bangunan kolej aku, Kolej Masria 1 iaituM1. Aku semakin leka memerhati kolej pelajar lelaki itu.
Memang tenang bila masa-masa macam ni. Cuma kadang-
kadang terdengar suara ketawa dan pelajar-pelajar perempuan
yang datang dari bilik-bilik yang berdekatan. Maklum la sebab
awal semester jadi mesti banyak yang nak dibualkan selepas
lama bercuti.
Aku berpusing ke belakang untuk melihat Fazura.
Macam yang sudah dijangkakan dia dah pun tidur dengan
nyenyak. Aku menghadapkan kembali pandangan ke Kolej
Malinja.
Takuya, yang mana satu bilik awak? Awak pun dapat
tengok tak kolej saya dari bilik awak? Eh! Kenapa pula nak
fkirkan pasal benda tu? Penting ke dia dapat tengok kolej nike tak? Biar la kan. Tidur la. Good night Takuya! Ala takkan
Takuya lagi!
FAZURA, bangkit la. Sembahyang subuh ni. Aku terus
melihat gelagat dia yang menggeliat ke kiri dan ke kanan tapi
masih tak bangun-bangun juga.
Cepat la. Dah nak habih waktu ni. Sengaja aku
-
8/3/2019 Aku, Dia &
6/122
Aku, Dia & .com
6
cakap macam tu sebab nak dia cepat bangun. Terus dia
bangun sebaik mendengar kata-kataku.
Betui ka? tanya Fazura.
Aku hanya tersenyum dan aku rasa dia dah dapat
jawapan.
Sampai hati! Dia berpura-pura marah sambil
melangkah keluar menuju ke bilik air.
Aku memerhatikannya yang melangkah keluar daribilik sambil melipat sejadah dan telekung. Aku melangkah ke
tingkap dan buat kesekian kalinya aku merenung ke kolej pelajar
lelaki tu. Emmm... masih banyak bilik yang bergelap daripada
bilik yang diterangi dengan cahaya lampu. Bilik Takuya? Entah
la harap-harap biliknya salah satu bilik yang bercahaya.
Ish! Takkan tak habih-habih lagi dok usha Abang
Takuya?
Mana ada usha la. Oghang check aja yang mana
dah bangun dah.
Awat? Kalau ada yang tak bangun nak tolong kejut
ka?
Boleh juga. Tu pun kalau dapat permission
daripada pakguard.
Serentak dengan itu ketawa kami pecah sama-
sama.
Syyy! Aku memberikan isyarat agar Fazura
mengawal sedikit ketawanya tu.
Dia hanya mengerutkan dahi dan terus melangkah
ke sejadahnya untuk menghadap Yang Maha Esa. Aku ke katil dan mencapaihandphoneku. Aku
onkanhandphone itu kerana dari semalam aku cas baterinya
yang dah kong. Sebaik sahaja aku onkan handphone aku,
-
8/3/2019 Aku, Dia &
7/122
Daisy Zahra
7
terus masuk beberapa mesej. Ada mesej daripada ayah, Adik
Liza dan juga Nuar. Aku memilih Nuar dan menekan read.
Hai! Smt pg. Kelas awk start hr nikan?
Anyway jz nak inorm yg sy dah belikan CD
yang awak cakapkan tu & tq sebab tolong
saya hari tu :-)
Kemudian aku menekan butang reply.
Thanks. Awak simpan dulu CD tu k? Nanti bila
kita jumpa awak bagi. Pasal tolong tu, no hal
:-)
Tak lama kemudian aku mendapat balasan.
Ok. Take care, anything mesej sy k.
Ai... sakan dok bermesej. Mesej dengan sapa tu?
tanya Fazura.
Dengan Nuar la. Tu... saya dah buatkan Milo awak. Aku menunjukkanmugnya yang aku letakkan tadi di atas
meja.
Ala... buat susah-susah aje tapi lain kali buat la
lagi. Tersengih-sengih Fazura sambil melangkah ke meja dan
mencapaimug yang berisi air Milo yang aku buatkan tadi.
Aku berbaring di atas katil sambil membalas mesejayah dan juga Adik Liza yang aku terima tadi.
Nak piouting dak? tanya Fazura.
Kan baru kelmarin kitaouting. Nak beli apa?
-
8/3/2019 Aku, Dia &
8/122
Aku, Dia & .com
8
Saja nak jalan-jalan cari makan. Bosan la dok
terperap kat sini. Takkan awak tak maue-mailTakuya kut?
Emmm... macam mana ni? Nak outing tak? Kalau
outing dapat bere-mel dengan Takuya. Aku tengok wajah
Fazura yang masih lagi menunggu jawapan aku.
Okey la. Aku menganggukkan kepala.
Yes! Amboi! Sebut Takuya terus setuju. Gatai!
AKU baru saja mandi dan melangkah ke bilik sebaik sahaja
terdengar bunyi teleonku yang baru berhenti berbunyi. Aku
mencapai dan melihat di skrin yang tertulis 3 missed calls.
Aku menekan butang dan melihat nama Nuar yang tertera di
skrin. Ada kecemasan ke? Kalau tak, takkan dia callsampaitiga kali? Belum sempat aku nak mendail semula, bunyi sekali
lagi menandakan ada mesej yang diterima.
Askum. Knpa tak jwb?
Aku membalas.
Baru mandi la. Awat, ada hal pntg?
Sebentar kemudian aku menerima balasan.
Tk la. Sj je msj. Ks awk dah start?
Blum. Sok baru start. Krja awak ok?
-
8/3/2019 Aku, Dia &
9/122
Daisy Zahra
9
So ar ok. Best kan jd student?Tu la. Org srh smbg study tak mau.
Bkn sy yg tak mau. Otak ni :-)
Aku tersenyum membaca mesej Nuar itu. Ya la tu,
otak dia yang tak mau study, tapi aku yakin mesti dia adasebab yang kukuh dan tersendiri kenapa dia memutuskan
untuk tidak menyambung pelajaran dia selepas SPM. Aku
membalas SMS Nuar.
Ada problem ka ni?
Lama aku menunggu balasan daripada Nuar tapi
hampa. Ei! Geram aku dengan sikap Nuar yang satu ni. Dia
juga yang mula SMS dengan aku tapi bila aku dah balas SMS
dia, dia pula yang buat endah tak endah. Mungkin dia ada
kerja kut? Entah la. Agaknya kalau jadi pembantu jurutera di
syarikat ayahnya tu sibuk kut.
Emmm... mana Si Fazura ni? Tadi waktu aku nak
ke bilik mandi dia masih lagi berada di dalam bilik. Ni mesti
pergi merayap ke bilik sebelah la tu. Okey juga dia tak ada,
dapatlah aku menulis diari. Aku terus menyarungkan baju
tidur dan menuju ke katil dan membuka diari yang memang
aku letakkan di sebelah bantal. Apa yang aku nak tulis?
3 Julai 2004, Sabtu.
Semalam aku outing dengan Fazura. Macam
-
8/3/2019 Aku, Dia &
10/122
Aku, Dia & .com
10
biasa kami pergi ke Central Square yang
memang menjadi tempat avourite students
UiTM ni. Tak banyak yang aku dengan Fazura
beli. Kami hanya beli toiletries iaitu sabun,
syampoo dan juga ubat gigi.
Pastu aku dengan Fazura pergi ke cyber ca
dan aku mengaku yang aku gembira sebab
bila aku buka e-mail ada new message dari
Takuya. Tu adalah e-mail kelmarin dan akuterus membalas. Takuya minta nombor phone
aku selepas dia bagi nombor phone dia tapi
aku yang tak sure sebabnya kami baru je
kenal takkan nak terus bagi, kan? Kalau jadi
apa-apa? Aku balas dan katakan nanti dulu.
Kemudian aku masuk pula website Utusan
Online untuk baca berita dan sebelum aku
keluar, sekali lagi aku check e-mail dan
alangkah terkejutnya aku selepas dia cakap
yang dia pun outing dengan kawan dia juga!
Takkan kat CS ni juga kut?! Aku balas e-mail
dia dan tanya kat mana dia outing dan
macam yang aku expect memang kat CS juga!Aku terus memandang sekeliling untuk check
siapa lagi yang berada di cyber ca tu. Selain
aku dan juga Fazura hanya ada lima orang
aje, tiga perempuan dan dua orang lelaki tapi
mustahil la lelaki-lelaki tu sebab Takuya ni
pelajar, sama macam aku juga tapi yang ni
dah berumur dalam tiga puluhan. Dah tusalah seorang daripada mereka Chinese pula.
Takkanlah?!
Aku terus panggil Fazura dan menyuruhnya
-
8/3/2019 Aku, Dia &
11/122
Daisy Zahra
11
baca e-mail Takuya yang mengatakan dia
juga berada di CS, tapi betul juga macam
yang Fazura cakap kat CS tu bukannya ada
satu je cyber ca tapi ada lagi yang lain. Tu
la. Panik punya pasal aku jadi kelam-kabut
dan tak tentu arah. Ya la. Sapa yang tak kalut
bila dapat tau yang kawan chat tu satu tempat
dengan kita.
Akhirnya aku terus menutup inbox e-mail dan mengajak Fazura keluar dari cyber ca tu.
Dah la. Malas nak pikir pasal semua tu. Dah
la tadi aku terkejut beruk bila dapat tau dia
ada kat CS ni. Tuhan aje la yang tau macam
mana la agaknya muka aku bila habis baca
e-mail dia yang satu tu. Agaknya beruk pun
tak terkejut macam aku. Aku rasa macamorang bodoh pula sebab terus check sekeliling
aku macam polis semata-mata nak tengok
Takuya ada atau tak sedangkan bukannya aku
pernah berjumpa dengan dia dan bukannya
aku boleh tau yang mana satu adalah Takuya.
He he.... Ntah apa-apa ntah... adui! Pening
pening.
FAZURA! jerit Mak Cik Minah, isteri Pak Din.
Aku menoleh ke belakang dan melihat Mak Cik
Minah sudah pun berada di kaunter.Lida, awak la pi ambik makanan kita tu. Saya
malaih nak bangun la. Letih ni. Fazura buat muka kesian
kat depan aku.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
12/122
Aku, Dia & .com
12
Ya la, ya la. Aku menuju ke kaunter untuk
mengambil makanan yang kami pesan tadi.
Awal-awal semester macam ni biasa la. Ramai yang
menjamu selera di ood court ni. Maklum la masing-masing
tengah loaded lagi, jadi bolehlah makan kat sini dan tak
makan di dining. Ada yang tengah berdating, ada yang tengah
borak-borak dan macam-macam ada la! Pendek kata waktu-
waktu macam ni memang kritikal sebab Pak Din dan isterinya
tu pun tak menang tangan nak melayan pesanan yang merekaterima sampaikan siapa yang nak order kena tulis di atas
kertas dan ikut giliran. Crowded! Mujur la aku dengan Fazura
pesan awal-awal sebab kelas lecture aku dengan Fazura habis
awal tadi.
Tak banyak yang dibincangkan sebab baru kelas
pertama. Dapat la juga aku dan Fazura merasa tomyam Pak
Din. Maklum la dah lama cuti jadi rasa macam mengidam
pula.
Terima kasih mak cik. Aku berbahasa selepas Mak
Cik Minah memulangkan baki duit tadi. Sebaik sahaja aku
berpaling untuk mendapatkan Fazura yang sedia menunggu
di meja, aku rasa macam dirempuh, seolah-olah macam
pemain ragbipulak!Hei! Buta ke?!
Aik! Siap aku yang kena jerkah. Dia yang langgar
aku bukan nak minta maa. Ini dah melampau!
Awak yang langgaq saya tadi tau. Mujuq la tak
tumpah habih tomyam saya ni. Bukannya tau nak mintak
maa! Aku menyergah kembali lelaki itu. Aku sempat melihatkad matriknya, ternyata dia bukan budak junior sebab kalau
tak nahas la dia kena dengan aku! Warna hijau muda? Eh!
Satu batch ke kita ni? Ah! Takdak masa nak berkenal-kenalan.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
13/122
Daisy Zahra
13
Aku lihat dia terus pergi. Mungkin dia tak sangka
yang aku nak sergah dia balik selepas dia jerkah aku macam
tu tadi. Eleh! Boleh jalan la. Ingat aku takut?
Awat tadi tu? Fazura bertanya sebaik saja aku
menghampirinya.
Entah. Dia yang salah nak marah sayapulak.
Dah la. Jom balik. Kita makan tomyam lagi
baguih! Fazura menegakkan ibu jarinya.
Aku hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju
dengannya.
Sewaktu kami mengemas beg dan mencapai ail,
aku terdengar Mak Cik Minah menjerit nama Takuya! Ai!
Macam-macam nama yang hangpa letak. Nama Jepun la. Hari
tu Shah Rukh Khan pun ada.
Memang kadang-kadang ada pelajar yang suka
mengusik Mak Cik Minah dengan menulis nama-nama
samaran yang lucu. Doraemon la. Itu tak apa lagi kalau nak
dibandingkan dengan pelajar yang sengaja menggunakan
nama-nama artis.
Aku dengan Fazura berpandangan sesama sendiri.
Hasrat kaki yang nak melangkah untuk meninggalkan oodcourt yang semakin sesak dengan bilangan pengunjung yang
semakin ramai tu terbantut apabila terdengar nama keramat
tu dijeritkan.
Aku menanti penuh debar. Siapa agaknya pemilik
nama Takuya tu akan terjawab sebentar lagi. Siapa
pemiliknya? Aku ternampak seorang lelaki menuju ke
kaunter untuk mengambil makanan yang sedang dipegang
oleh Mak Cik Minah. Macam kenal? Kelibatnya sedikit
terlindung oleh pelajar-pelajar yang berada di kaunter untuk
menulis pesanan mereka.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
14/122
Aku, Dia & .com
14
Aku mencari-cari wajah pemilik nama Takuya di
sebalik bilangan pelajar yang ramai tu. Sebaik sahaja dia
menoleh untuk meninggalkan kaunter, aku ternganga.
Takkan la?! Aku menoleh ke arah Fazura. Dia juga
memandang aku. Takkan la mamat yang tadi tu Takuya?!
Adoi! Dah memang nasib....
-
8/3/2019 Aku, Dia &
15/122
Daisy Zahra
15
21 Julai 2004, Rabu.
Dah tiga minggu aku tak tulis diari ni. Dalamwaktu tu juga la banyak benda yang aku tak
jangka berlaku. Di antaranya pemilik nama
samaran Takuya tu, tapi betul ka dia? Macam
tak caya aja! Nak buat macam mana lagi
kalau dah memang betul dia orangnya yang
berchatting dengan aku selama ni sebab di
depan mata aku sendiri aku nampak dia piambik makanan kat ood court hari tu.
Emmm... dalam masa dua minggu ni juga la
aku tak buka langsung inbox e-mail aku sebab
aku sengaja tak mau buka untuk mengetahui
sama ada, ada atau tiada e-mail baru
daripada si Takuya tu.
Biarlah... bukannya penting pun kan? Lagipun
bukannya ada apa-apa di antara kami. Cuma
persahabatan yang baru nak bermula. Itu pun
Bab
2
-
8/3/2019 Aku, Dia &
16/122
Aku, Dia & .com
16
kalau masih layak digelar persahabatan sebab
aku sendiri tak pasti sama ada dia mahu terus
berkawan dengan aku atau tak seandainya dia
tahu akulah perempuan yang menyergah dia
balik kat ood court selepas insiden yang tak
disengajakan tu.
Menyesal? Entah la haruskah aku menyesal
sebab menyergah dia? Aku cuma tak puas hati
bila dia marah aku sedangkan memang bukansalah aku dan kalau bukan salah dia sekalipun
tak perlulah meninggikan suara. Ingat dia
buat macam tu aku rasa takut? Tak langsung
tapi rasa geram. Ya la bukan ka aku ni
perempuan? Nak cakap tu biarlah berlapik
sikit! Ini main sergah macam tu aje sedangkan
dia yang rempuh aku macam raksasa nakmenyerang bumi! Ingat dia seorang aje yang
kalut dan ada hal nak dibuat? Semua pelajar
kat sini macam tu tapi tak payah la nak
marah-marah bila insiden macam tu terjadi.
Bukannya dia cedera parah pun. Lain la kalau
ada yang terluka sana sini.
Aku tak suka perangai lelaki yang tak tau nak
bersopan dan menghormati kaum Hawa.
Bukanlah nak kata yang aku ni sensitive
sangat sampaikan bila kena sergah macam tu
pun nak terasa hati dan memperbesarkan hal
ni tapi aku rasa tak salah kalau kaum Adam
ni belajar untuk menghormati kaum sejenisaku. Bukannya susah pun kan? Biarlah.
Lagi satu yang aku tak puas hati ni dengan si
mamat Nuar ni. Sejak hari tu dia langsung
-
8/3/2019 Aku, Dia &
17/122
Daisy Zahra
17
tak balas mesej aku. Bukannya aku tak boleh
nak mesej dia dulu tapi aku takut kalau-kalau
kacau dia yang memang selalu busy
mengalahkan Perdana Menteri. Nanti tak
pasal-pasal aku pula yang kena marah. Tak
habis problem dengn Si Takuya tu timbul pula
dengan Nuar.
Ei! Tak paham aku dengan perangai lelaki ni.
Bila kita buat tak tahu dia yang dok sibuk carikita tapi bila aku dah curious nak tau keadaan
dia macam mana, dia pula yang diam. Sabar
je la! Biarlah... kalau ada hal yang penting
pandai-pandai la dia cari aku. Lagipun
bukannya jauh sangat Kangar dengan Sungai
Petani nikan?
Dalam masa dua minggu ni aku dah dapat
assignment-assignment yang aku nak kena
prepare dan submit. Quiz dan test yang
pertama juga akan menyusul tak lama lagi.
Nampaknya aku akan semakin sibuk dengan
kerja-kerja pencarian ino untuk dimuatkan
dalam assignment aku nanti dan juga yang paling penting adalah untuk study bagi
menjawab soalan-soalan quiz dan test nanti!
Tu yang paling penting buat masa ni dan aku
tak mau semakkan kepala aku yang hanya
ada satu ni untuk pikirkan pasal benda-benda
mengarut yang lain. Takuya ka, Nuar ka... aku
takkan peduli. Boleh jalan la!
-
8/3/2019 Aku, Dia &
18/122
Aku, Dia & .com
18
A
KU rasa amat bosan berada di
dalam kelas Ekonomi pagi ni. Apa
yang dibebelkan oleh pensyarah
langsung tak berbekas di dalam kepala aku ni. Otak aku
langsung tak boleh nak mencerna apa yang dibincangkan
atau apa yang diajarkan di dalam kelas ni. Walaupun semalam
memang aku ada study sedikit sebanyak mengenai gra-gra
yang memang cukup menyerabutkan otak aku tapi pagi ni aku
jadi teramat blur. Satu apa pun aku tak aham. Aku tengokkawan-kawan aku yang lain kebanyakannya aham apa yang
dibincangkan sebab mereka sudah memang ada asas ekonomi
yang dipelajari sewaktu berada di tingkatan enam. Habis tu,
nak buat macam mana kalau aku memang tak masuk ke
tingkatan enam?Ei! Bengang rasanya bila aku tengok mereka
dapat aham dengan mudah apa yang diajarkan sedangkan
aku? Tak boleh jadi macam ni. Aku kena melakukan anjakanparadigma malam ni juga!
Okay, take ve.
Aku terdengar Encik Aldi berkata. Inilah yang aku
tunggu-tunggu sebab aku boleh rasa kepala aku dah berasap
dek kerana memikirkan segala macam teori dan gra yang
memang langsung aku tak aham. Aku terus memerhatikanjam aku. Lagi setengah jam untuk meninggalkan azab ni.
Aku mencapaihandphone untuk menghantar mesej
kepada Fazura, sama ada dia masih ada kelas lagi selepas
kelas dia yang pertama pagi ni. Memang kami mengambil
kursus yang sama tapi sayangnya kami tak berada di dalam
kelas yang sama. Aku menunggu seketika selepas menghantar
mesej kepadanya. Namun aku sedikit hampa selepas tidakmenerima jawapan. Mungkin juga dia masih lagi berada di
dalam kelas dan mestilah dia tidak akan tahu ada mesej yang
diterima kerana handphone pelajar mestilah dimatikan atau
-
8/3/2019 Aku, Dia &
19/122
Daisy Zahra
19
paling tidak pun disetkan ke silent mode agar tidak
mengganggu sesi pembelajaran yang sedang berlangsung.
Baru saja aku nak menyimpan kembali handphone ke dalam
beg, aku menerima mesej.
Sya dah ada kt ood court ni, tunggu awk erk
:-)
Aku tersenyum. Semakin tak sabar rasanya nak
meninggalkan kelas ni. Boleh la makan nasi lemak dan teh
ais. Nak buat macam mana, kan kalau aku dah memang tak
berminat dengan subjek yang melibatkan pengiraan ni. Ala...
nanti aku akan kena study juga Ekonomi ni so tak perlu la
nakpressure sangat, kan?
Okey la. Kita dismiss kelas dulu sebab saya pun adahal ni.Sapa yang tak paham buat-buat paham.
Aku mendongak memandang Encik Aldi yang
berkata macam tu sambil tersenyum dan sedang memegang
handphone. Mesti dia pun ada hal yang nak dibereskan dan
hanya bergurau ketika menyuruh kami semua buat-buat
aham sebab dia sanggup mengulang topik yang sama di
dalam setiap kelasnya asalkan topik tu diahamkan terlebih
dahulu sebelum melangkah masuk ke topik yang baru.
Lagi satu perangai dia yang memang semua pelajar
suka ialah dia bukannya jenis pensyarah yang suka terlalu
menekan pelajar. Pendek kata coolselalu dan dia sendiri pun
jenis yang suka bergurau dengan pelajar. Kalau dengan
pelajar lelaki tu dah boleh dibuat kawan dan sebab tu akusendiri tak stress sangat bila berada di dalam kelas dia. Cuma
apa yang buat akustress bila aku sendiri tak dapat nak catch
up apa yang diajar.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
20/122
Aku, Dia & .com
20
Aku mempercepatkan langkah menuju keood
court untuk bertemu dengan Fazura. Selain daripada untuk
cepat sampai ke ood court tu dan tak mahu Fazura lama
menunggu aku, aku terpaksa melewati bilik-bilik pelajar
lelaki kerana kelas ekonomi yang aku hadiri pagi ni diadakan
di salah sebuah kelas yang berada di kawasan Kolej Malinja
dek kekurangan bilik kelas. Bangunan baru pula masih lagi
dalam proses pembinaan. Mestilah aku segan seandainya aku
terpaksa melalui bilik-bilik tu seorang diri kerana kawan aku,Nurul tidak hadir ke kelas pagi ni. Mungkin dia demam kut.
Aku rasa lebih baik aku melalui jalan pintas untuk keood
court. Walaupun aku terpaksa melalui jalan yang sedikit
curam asalkan aku tak payah melalui bilik pelajar-pelajar
lelaki tu, aku sanggup!
Sebaik sahaja aku melewati sebuah lagi bilik kuliah
yang berdekatan dengan sebuah tangga dan juga surau lelaki,aku bertembung dengan seseorang. Macam kenal tapi takkan
la dia kut? Aku pantas mendongak dan memang sah dia
tapi dalam keadaan macam tu?! Tak berbaju dan hanya
bertuala?! Aku dah tergamam dan tak terkeluar kata-kata.
Kami hanya memandang satu sama lain dan aku hanya
tersedar apabila handphone aku berbunyi. Aku pantas
menyeluk ke dalam beg untuk mengambil handphone aku
dan aku mendongak untuk meminta maa walaupun bukan
salah aku. Namun, aku pasti mesti la Si Takuya ni juga
terkejut dan malu, kalau tidak masakan dia sendiri juga
speechless! Namun sebaik saja aku mendongak untuk
memohon maa, kelibatnya sudah tiada. Amboi! Macam
biskut. Sekejap ada, sekejap tak ada. Aku meneruskanperjalanan aku keood court.
Agaknya betul la kata orang yang kaum Adam ni
bila ramai-ramai bukan main lagi mengusik perempuan yang
-
8/3/2019 Aku, Dia &
21/122
Daisy Zahra
21
lalu-lalang di depan mereka tapi kalau mereka pun sorang-
sorang? Contohnya macam situasi Si Takuya tadi. Aku
tersenyum sorang-sorang. Kelakar mamat tu. Agak-agaknya
mesti dia pecut mengalahkan atlet yang lari seratus meter tu.
Kalau tak masakan aku tak nampak kelibat dia langsung.
Sebaik sahaja aku sampai ke ood court aku
terpandang Fazura yang sedia menanti. Tanpa membuang
masa aku dan Fazura terus menuju ke kedai Pak Din yang
memang pada waktu-waktu macam ni dah siap menu yangboleh dijadikan pilihan untuk sarapan mahupun makan
tengah hari terus.
Aku mengambil nasi lemak dan memesan air Milo
dan teh ais sementara menunggu Fazura memilih lauk untuk
dibungkus. Aku menuju ke meja yang kami letakkan ail dan
juga beg.
Aku ternampak lampuhandphoneku berkelip-kelip
menandakan ada mesej yang diterima. Aku menekan butangread
sebaik sebaik saja aku baca di skrin yang tertulis1 new message.
Happy belated besday! Dah tua erk?
Aku menekan untuk melihat siapa yang mengirim.
Birthday? Biar betul. Birthday aku ke? Ya Allah! Memang
betul la 20 hari bulan yang lepas hari jadi aku tapi siapa yang
ingat dan menghantar mesej ni? Oh Nuar emmm... pelik
la. Aku sendiri terlupa tapi dia sendiri ingat. Okey la tu ada
juga orang yang ingatkan sebab kat UiTM ni memang tak ada
orang yang tahu pun bila hari jadi aku. Fazura pun tak tahusebab ya la baru semester lepas kami kenal dan bab-bab hari
jadi ni tak pernah termasuk pula di dalam topik perbualan
kami selama ni. Aku membalas mesej Nuar.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
22/122
Aku, Dia & .com
22
Tq. Sy sendiri dah terlupa
So sy yg rst la wish ni?
Aku tersenyum dengan soalan dia tu. Mesti la dia
yang selalu menjadi yang pertama atau yang kedua yang
mengucapkan kepadaku sebelum atau selepas Adik Liza.
Emmm... minah ni tak ingat ke birthday kakak dia? Ala...mungkin dia terlupa kut.
Selepas aku membalas mesej Nuar, aku memandang
sekeliling untuk melihat suasanaood court pagi-pagi macam
ni.
Baru pukul sembilan sepuluh minit pagi. Aku
bercakap sendiri selepas melihat jam di tangan.
Mana Fazura ni? Dah agak. Fazura ni kalau
berjumpa kawan sekelas dia dan bersembang bukan nak ingat
dunia. Tunggu la kejap lagi sebab tadi dia tunggu aku tapi
sekarang takkan aku tak boleh tunggu dia pula, kan?
Sedang mata aku sibuk memerhati keadaan
sekeliling yang semakin dipenuhi oleh pelajar dan juga
pensyarah-pensyarah yang hendak menjamu selera, mata akudengan pantas menangkap kelibatmamat Takuya tu.
Takkan secepat ni kut? Cepatnya dia bersiap. Baru
tadi aku terserempak dengan dia dalam keadaan macam tu
tapi sekarang? Ala lelaki mesti la takkan ambil masa yang
banyak untuk bersiap dan sebab tu juga la mereka tak aham
kenapa kaum Hawa memerlukan masa yang lebih banyak
daripada mereka ketika di depan cermin.
Kalau tanya aku, aku akan ada alasan yang mereka
tak payah nak bersusah-susah seterika baju sebab mereka
-
8/3/2019 Aku, Dia &
23/122
Daisy Zahra
23
hanya memakai T-shirt dan yang paling utama mereka tak
payah bertudung! Betul la, kan? Nak pakai tudung juga
memerlukan masa.
Aku terus memandang Takuya dan seorang lagi
kawannya yang turut menemaninya ke ood court. Dia
berkata sesuatu kepada kawannya sebelum membelok ke kiri
dan kawannya mencari-cari meja yang sesuai untuk
meletakkan beg sling Takuya yang diberikan kepadanya
sebentar tadi. Oh, Takuya tu ke tandas rupa-rupanya. Aku agak terkejut apabila kawannya datang
mengambil tempat di meja sebelah kiriku. Kemudian menuju
ke kedai Pak Din. Mestilah untuk mengisi perutnya juga.
Selepas beberapa minit dia datang semula membawa pinggan
yang berisi nasi lemak dan menuju pula ke kedai Abang
Imran yang menjual air.
Aku asyik memerhatikan kawannya tu sampaikan
bila Takuya dah duduk di sebelah pun aku tak perasan! Aku
hanya tersedar apabila aku menoleh ke arah kiriku untuk
melihat kawanku yang menegur. Namun aku hanya buat-buat
tak nampak Takuya sebab aku jadi segan pula bila teringat
insiden di kolej lelaki tadi. Lagipun bukannya kami ada benda
yang nak dicakapkan pun, jadi buat tak tahu aje la. Takkanaku pula nak tegur dia? Bukannya kami kenal di antara satu
sama lain pun!
Agak-agaknya apa yang akan dia buat kalau dia tahu
aku la Angelberry yang bere-mel dengannya? Tiba-tiba
persoalan tu timbul dalam kepala aku.
Ei! Mana Fazura ni? Tak tau nak berhenti ke bila
bersembang? Hujan pun tahu berhenti. Sewaktu aku dan Fazura
nak meninggalkanood court, aku memandang si dia sekilas dan
aku nampak dia tersenyum kepada aku. Betul ke ni? Yahoo!
-
8/3/2019 Aku, Dia &
24/122
Aku, Dia & .com
24
Ketika aku dan Fazura menjamu selera kami
dengan nasi lemak Pak Din yang memang sedap tu, Fazura
tak dapat menahan dirinya daripada ketawa apabila
mendengar cerita aku mengenai insiden yang terjadi di kolej
lelaki tadi.
Mesti dia lari pecut, kan? Apa yang dia buat kat
situ pagi-pagi? Bukannya dia tak tau yang memang akan ada
kelas kat situ, kan? Fazura bertanya.
Mana la saya tau, maybe nak beli something kutkat koperasi.
Dengan pakai tuala? Tu tindakan mengalahkan
kamikaze tu. Fazura tak dapat menahan ketawanya lagi
daripada pecah.
Seksi dak? Fazura bertanya sambil mengangkat
keningnya. Aku menampar lengannya. Apa la. Pikiaq pasai
benda tupulak!
Ala... buat-buat malu pulak. Sebenaqnya awak
suka, kan? Terus ketawa lagi Fazura dengan soalannya
sendiri.
Aku cuma tersenyum. Bukannya boleh dilayansangat dengan Fazura ni, nanti makin menjadi-jadi perangai
dia.
Aku membelek-belek nota Ekonomi sementara
menunggu masa berlalu untuk pergi ke kelas seterusnya.
Memang bilik yang sepatutnya dipenuhi oleh empat orang
pelajar ni lebih selesa apabila didiami oleh dua orang sahaja.
Dua orang lagi yang pernah mendiami bilik ni telah pun
minta tukar berpindah ke bilik yang lain. Mungkin untuk
tinggal bersama-sama dengan kawan yang mengambil kursus
yang sama untuk memudahkan perbincangan.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
25/122
Daisy Zahra
25
Entah la... aku sendiri tak pasti tapi di antara kami
memang tak pernah wujud sebarang sengketa dan buktinya
setiap kali terserempak memang kami akan bertegur sapa.
Mungkin mereka lebih selesa tinggal sebilik dengan kawan-
kawan yang datang dari negeri yang sama dan secara
kebetulan berjumpa kembali kawan-kawan yang sama-sama
belajar sewaktu sekolah menengah dahulu.
Kelas awak nanti pukui berapa pulak? Aku
bertanya kepada Fazura yang baru balik dari tandas.Pukuidua nanti. Lambat lagi. Boleh la rehat sat.
Fazura tersenyum. Awak?
Sayapukuisebelas. KelasManagement.
Patut la muncung semacam. Kelas Management
rupa-rupanya.
Tu la pasai. Tension. Aku mengeluh kepadaFazura.
Ala... relaks la. Memang kita rasa susah sebab tak
pernah belajaq subjek-subjek macam tu. Nanti-nanti okey la.
Hopeully. Aku menjawab ringkas.
Memang sesungguhnya aku lost bila berada di
dalam kelas Fundamental o Management. Aku rasakansubjek tu satu subjek yang cukup susah. Segala macam teori
yang perlu aku ahami. Nak ahamkan tu satu hal, nak
ingatkan satu hal lagi. Tapi mujur aku tak la sesusah mana
setiap kali nak ingatkan sesuatu perkara.
Mungkin benar macam yang dikatakan oleh Fazura.
Aku rasa susah sebab tak pernah belajar pasal benda-benda ni
sewaktu di sekolah dahulu dan sudah semestinya kaedah
pengajaran juga sudah berbeza jika nak dibandingkan di
universiti dan juga di sekolah.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
26/122
Aku, Dia & .com
26
Dah nasibstudy saja la. Aku bercakap sendiri.
Tau takpa, sahut Fazura yang dah siap berbaringdi katilnya sambil membelek-belek surat khabar yang
dibelinya di kedai koperasi tadi.
Aku yakin tak lama lagi mesti dia akan tidur.
Manakala bagi aku pula jadual yang ditentukan hari
ni memang cukup padat. Dari pagi tadi hingga ke petang
nanti. Itu pun pukul enam! Adoi! Tensionnya!!! Kan bagus
kalau aku pun dapat melelapkan mata sebentar macam
Fazura. Sekurang-kurangnya hilang juga sedikit penat. Aku
menjeling ke arah Fazura yang dah tertutup matanya tu.
Takkan dah tidur kutminah ni? Kacau la!
Fazura nanti nak makan kat dining atau kat ood
court lagi? Sengaja aku kacau tidurnya.
Kat ood court pun boleh, kat dining pun bolehtapi kan kaunter pertanyaan ni dah nak tutup tau. Nanti kita
sambung lagi, jawabnya yang dah macam mengetahui niat
aku yang nak mengacau dia. Kalau tak masakan dia ketawa
seakan-akan mengejek aku yang terpaksa pergi ke kelas.
Kesian pula aku nak terus kacau dia.
Apa kata kalau next sem
awak join group
saya,
mau? Fazura tiba-tiba menjadi segar.
Ai... ingatkan dah nak tidoq. Tidoq la. Tak mau
kacau dah.
Ala... nak tidoq malam-malam nanti pun boleh.
Amacam? Nak? Fazura bertanya lagi.
Aku pernah terfkir juga hal tu sebab walaupun aku
dan Fazura mengambil kursus yang sama tapi kami berlainan
kelas. Jadi memang rasa macam tak seronok sikit sebab
walaupun ada orang kata kalau kita tinggal satu bilik dengan
-
8/3/2019 Aku, Dia &
27/122
Daisy Zahra
27
kawan yang satu kursus, takut nanti timbul masalah dan
perselisihan aham dan sebagainya. Namun bagi kami berdua
kalau boleh memang nak satu kelas dan juga satu bilik. Satu
bilik dah, yang tinggal bab kelas la. Aku memandang Fazura.
Rasanya takkan timbul masalah kut?
Kalau nak tukar pun next sem la. Aku
memberikan jawapan aku sebab kalau boleh memang aku nak
satu kelas dengan dia tapi ada satu yang menjadi masalah.
Tapi bukanka kelas awak dah cukup? Nanti macammana nakregister next sem kalau kelas dahull?
Mana ada penuh. Kansem ni adastudent yang dah
quit, ada yang minta transer so mana ada penuh. Entah-
entahsem depan adapulak yang kena tendang.Ha ha ha.
Minah ni memang kalau dah bercakap main ikut
sedap mulut dia tapi betul juga macam yang Fazura kata tu.Setiap semester mesti akan ada student yang nak quit atau
paling tidak pun yang minta transerke UiTM induk. Ya la...
macam yang datang dari KL dan sebagainya, ada yang
sesetengahnya tak sukakan environment UiTM Kedah yang
mungkin tak semeriah macam kat KL.
Okey juga, kan kalau kita sama-sama. Ayatku
mati apabila aku nampak Fazura yang dah tertidur. Apa la dia
ni? Tengah bersembang pun boleh tertidur. Aku melihat jam
yang dah menunjukkan hampir ke pukul sepuluh setengah
pagi. Lebih baik aku bersiap pergi ke kelas.
Hai Lida! Ada kelas? Kelas apa? tegur Kak Aini,
senioryang menghuni bilik yang berhadapan dengan bilik aku.
Haah ada kelas sampai pukul enam nanti. La nikelasManagement. Kak Aini baru nak makan? Aku bertanya
setelah nampak dia memegang satu beg plastik yang berisi
makanan dan juga minuman.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
28/122
Aku, Dia & .com
28
Yup! Pagi tadi tak sempat breakast. Apa orang
utara kata? Tak dan ek?
Ha... betui la tu. Nanti saya boleh ajaq lagi kalau
nak. Balasku juga di dalam loghat utara. Memang kadang-
kadang pelajar yang datang dari kawasan luar dari utara
takkan aham loghat utara yang diguna pakai di sini. Tapi ada
juga yang aham dan seronok bila dengar mereka cuba
gunakan loghat utara yang memang akan kedengaran sedikit
pelik dan kadang-kadang aku rasakan macam dengar loghatutara yang dituturkan oleh orang Thailand yang baru nak
belajar menggunakan loghat utara juga.
LIDA! Tunggu!
Aku terdengar suatu suara. Aku menoleh dan
ternampak Nurul.
Bukan ke pagi tadi dia tak hadir untuk kelas
Ekonomi? Aku ingatkan dia tak sihat tapi sekarang nampak
okey aje.
Awat tak pi kelas Eko pagi tadi? Aku terus
bertanya bila dia sampai.
Kelihatan dia tercungap-cungap kerana
mempercepatkan langkahnya tadi untuk berjalan beriringan
bersama aku ke kelas.
Overslept, jawabnya sambil tersengih.
Ingatkan tak sihat. Ni mestistay up, kan?Stay up
study ka atau buat benda-benda lain?Bukan stay up. Tapi semalam memang sakit
kepala. Lepas tu makan ubat. Agaknya sebab tu tak terbangun
kut.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
29/122
Daisy Zahra
29
Takkan overdose kut? Mujuq la boleh bangun nak
pi kelas la ni. Kalau tak bangun juga Aku tak sempat nak
habiskan ayat aku tu bila dia menghadiahkan cubitan di
lengan aku.
Bukanoverdose la.Im still alive okay. Cuma sakit
kepala dan tak tahan sangat sebab tu makan juga ubat. Kalau
tak, jangan harap la saya nak makan.
Kami teruskan berjalan ke kelas yang terletak di
bangunan pentadbiran dan sudah semestinya bangunan yangpaling jauh dari kolej perempuan tetapi bangunan yang
paling dekat dengan kolej lelaki.
Ketika kami berdua dah sampai ke Tec 1, kelas yang
terletak di tingkat satu, Nurul terus menolak pintu untuk
masuk. Aku yang baru nak masuk sama tak jadi berbuat
demikian apabila dia keluar dengan muka yang merahpadam.
Ada kelas la.
Belum sempat aku nak bertanya dia dah cakap.
Tu la... main serbu saja. Lain kali tengok jadual kat
sini dulu. Ada kelas atau dak. Aku terus membelek jadual
yang dilekatkan di dinding bersebelahan pintu masuk.
Awak, kelas DiDE la.Lepaih kelas depa, baru kelas
kita. Aku memandangnya yang sedang minum air dari botol
mineral.
Harap-harap lecturerkat dalam tu tak marah sebab
tadi. Wajahnya sedikit risau.
Ala... bukan awak sengaja, kan? Takpa. Mesti dia
takkan marah.
Pintu yang ditarik dengan tiba-tiba mematikan
perbualan aku dengan Nurul. Pensyarah yang keluar hanya
-
8/3/2019 Aku, Dia &
30/122
Aku, Dia & .com
30
tersenyum apabila memandang Nurul. Mungkin dia aham
dan dah biasa hadapi gelagat pelajar yang tak sengaja masuk
ke dalam kelas yang sedang berlangsung. Mujur juga dia tak
marah sebab lain pensyarah, lain perangainya. Mungkin akan
ada yang marah apabila kelas yang sedang berlangsung
diganggu tiba-tiba.
Jom! Ajak Nurul.
Aku yang nak ikut sama terhenti seketika di pintu
apabila berselisih dengan Takuya. Biar betul! Macam... adajodoh aje kita nikan?
Ai! Jalan da... takkan nak bertapa kat sini pulak
kut?
Mulut celopar siapa tu? Aku menoleh dan
terpandang Si Razi yang bermulut lancang.
Takuya memberikan laluan agar aku masuk dahuluke dalam kelas dan sebelum aku melepasinya aku sempat
memerhatikan senyuman yang dihadiahkan kepada aku. Kali
ini memang aku yakin dan bukan aku berangan. Dekat ood
court tadi pun aku yakin memang dia tersenyum tapi di
antara yakin dan tidak. Tapi kali ni memang sah!
-
8/3/2019 Aku, Dia &
31/122
Daisy Zahra
31
23 Julai 2004, Jumaat.
Minggu ni memang minggu yang paling aku suka :-) Walaupun aku penat dengan kelas
yang padat tapi aku suka sebab boleh
terserempak dengan mamat tu. Takuya la!
Memang kami takda apa-apa tapi aku suka
bila terjumpa dengan dia.
Sebabnya? Tah la mungkin sebab la ni dia
dah tak kedekut nak hadiahkan aku senyuman dan yang paling okey sekali
perangai dia tak macam rst time aku jumpa
dulu. Waktu kami terlanggar antara satu
sama lain di ood court, aku akui yang aku
senang sekali bila kami terjumpa. Walaupun
dengan cara yang macam tu dan tak pernah
bertegur sapa dan juga dia tak kenal bahawa
akulah orang yang pernah bere-mel dengan
dia, aku tetap tak kisah.
Bab
3
-
8/3/2019 Aku, Dia &
32/122
Aku, Dia & .com
32
Pernah? Ya pernah sebab aku memutuskan
untuk tidak membalas e-mel dia buat masa
sekarang ni sebab aku sendiri tak tau kenapa
atau ada alasan yang kukuh kenapa aku
berbuat begini tapi biarlah.
Aku ingat lagi target aku untuk belajar, grad
dan cari kerja untuk support amily aku. Aku
tak mau kirkan benda-benda lain yang
mungkin akan hanya mengganggu study aku. Aku nak sempurnakan tanggungjawab aku
sebagai anak dengan membalas jasa-jasa
orang tua aku.
Bab Takuya biarlah masa yang menentukan.
Tak payah nak kalut-kalut, kan? Bukannya kami
dah ada apa-apa hubungan istimewa melainkan
sebuah persahabatan yang baru bermula dan
terjalin di antara kami. Itu pun bukannya betul-
betul berdasarkan tiket kejujuran di antara satu
sama lain. Aku tak tahu siapa dia yang
sebenarnya dan begitu juga dia.
AKU terus menutup diari yangsedang terbuka dan tak sempat
nak menulis panjang-panjang
selepas mendengarhandphone aku berbunyi.
Helo, sapa ni? Aku terus bertanya tanpa melihat
di skrin nama pemanggil yang tertera sebelum menjawab.
Saya la... Nuar. Takkan dah lupa?
Kedengaran suara Nuar di hujung talian.
Bukan lupa tapi tak ingat. Aku sengaja
menyakatnya.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
33/122
Daisy Zahra
33
Tak ingat takpa. Jangan lupa terus. Tengahstudy?
Tak la. Tengah tulih diari. Awat call?Tak boleh? Tengah tunggu orang lain ka yang
call?
Kedengaran nada suaranya sedikit berubah. Takkan
marah kutmamat ni? Emosi lapulak!
Mana ada. Sapa yang nak call malam-malam ni?
Awak saja yang suka kacauoghang malam-malam ni.Baguih la kalau macam tu.
Apa yang baguih?
Baguih la tak bergayut dengan siapa-siapa malam
ni.Save la kredit.
Aku terdengar suara dia ketawa.
Ya la tu. Ada apa ni call? Hari tu bilaoghang balasmesej senyap terus. Aku meluahkan rasa terkilan bila
tempoh hari dia langsung tak balas mesej aku. Memang dia
ada mesejwish birthday aku tapi takkan nak cakap masa tu.
Bila berbual macam ni senang bila nak meluahkan apa yang
terbuku di hati.
Ooo hari tu baterifat. Lepas cas tak ingatpulak
nak reply. Sorry okey. Saya nak tanya balik dak next week?
Dah lama, kan awak tak balik?Since registerhari tu.
Pandai dia cuba mengalihkan topik!
Aku terdiam sebentar. Cuba memikirkan apa
jawapan yang harus aku beri kepada Nuar. Nanti kalau aku
cakap nak balik tapi tak jadi, takut dia berkecil hatipulak.
Tak conrm lagi la. Memang saya teringin juga nak
balik tapi kalau tak ada apa-apa boleh la. In case kolej ada
buat apa-apa aktiviti tak boleh lakeluaq.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
34/122
Aku, Dia & .com
34
Macam tu tapi kalau awak balik, cakap kat saya
okey. Jangan lupa pulak. Ingat tau, pesan dia bersungguh-
sungguh.
Ada benda pentingka? Macam ada apa-apa aja ni.
Aku cuba serkap jarang.
Nothing. Just bagitau bila awak balik la. Jangan
lupa sudah. Buatreminder. Dia mengingatkan sekali lagi.
Okey la, okey la nanti saya mesej la bila dah balik.
Bukan dah balik tapi nak balik.
Kedengaran suara dia sedikit keras menekankan
perkataan nak.
Ala apa bezanya? Sama aja, kan? Nak balik atau
dah balik, yang penting balik.
Mana sama! Dah balik lain. Nak balik lain. Inormsaya bila awak nak balik. Jangan dah balik dah sampai rumah
baru nak cakap. Lain, kan?
Amboi!Mamat ni bagi arahanpulak.
Ya la, ya la nanti nak balik saya bagitau. Aku
mengajuk cakapnya yang menekankan perkataan nak
sebentar tadi.
Thats my girl! Okey la ingat apa yang saya
pesan. Jangan lupa. Good night and sweet dream.
Nuar terus mematikan talian tanpa sempat aku
berkata apa-apa. Ei! Ikut suka hati dia aje bila nak muncul
dan hilang. Memang aku geram dengan sikap dia yang satu
ni. Dah la tadi macam bagi arahan kat aku pastu terus
matikan talian macam tu aje. Geramnya! Sabar aje la.Memang dah macam tu perangai dia.
Aibertuah la badan. Kat sini ada Takuya, kat sana
Abang Nuar tunggu. Fazura memecahkan kesunyian bilik.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
35/122
Daisy Zahra
35
Amboi! Pandai-pandai awak cakap macam tu. Saya
mana ada apa-apa dengan Nuar.Best riendaja.
Ooo dengan Nuar takdak apa-apa, habih tu
dengan Takuya tu? Fazura memuncungkan mulutnya ke
arah kolej lelaki seolah-olah Takuya sedang berdiri di luar
tingkap bilik kami.
Aku tak menjawab sebaliknya hanya tersengih.
A... betuila tu. Gatai! jerit Fazura.
Diam la sikit. Aku meluru ke arahnya dan segera
menutup mukanya dengan bantal.
Takdak apa. Sapa la yang dengaq. Dont worry,
kata Fazura.
Bukan takut oghang dengaq. Takut nanti oghang
kata kitahingaq (bising) la.
Fazura haya mengangkat keningnya. So, betuika
awak dengan Nuar just kawan? Macam tak percaya la.
Nampak macam dia tuambik berat sangat.
Memang kawan aja la. Dah memang dia macam tu.
Sukaambik beratpasai oghang lain.
Ya ka? Fazura bertanya lagi dengan muka yang
penuh dengan syak wasangka.
Betui la. Buat apa nak tipu? Bukan dapat hadiah
apa pun.Betuidak? Akupulak yang bertanya kepada dia.
Bukannya saya kata awak tipu tapimaybe awak tak
tau
Tau apa? Memang betui la Nuar macam tu. Suka
ambik beratpasaioghang lain. Memang sejak kami berkawandah memang macam tu perangai dia.
Kalau dah memang betuiberkawan takpa la tapi,
-
8/3/2019 Aku, Dia &
36/122
Aku, Dia & .com
36
mana la tau nanti berkasih-kasihan pulak, kan? Jadi couple
yang loving-loving ni. Fazura tersengih.
Lagi satu mana la tau nanti dapat makan nasi
minyak hangpa dua orang, kan? Kanoghang selalu kata lelaki
dengan perempuan mana boleh jadi best riend. Mesti takkan
boleh punya. Ujar Fazura dengan penuh keyakinan.
Okey la. Saya nak tidoq dah. Nak cerita pasai
Takuyaka, Nuarka sampai esok pun takhabih-habih.
Aku bangun untuk ke katil aku dan meninggalkan
Fazura yang hendak tidur. Kata-kata Fazura tadi sedikit
sebanyak melekat di dalam hati. Betul ke lelaki dengan
perempuan tak boleh menjadi kawan baik? Nasi minyak?
Takkan aku dengan Nuar nak bercinta-cinta? Itulah benda
yang paling impossible dan aku rasa benda yang tak mungkin
berlaku! Aku dengan Nuar?! Tak mungkin la. Aku yakin yangkami mampu kekalkan persahabatan kami dan kami mampu
kekal hanya sebagai sahabat. Tak lebih daripada tu. Nasi
minyak? Fazura ni mengarut!
ADOI! Malasnya nak bangun. Aku melihat jam dihandphone.Dah hampir pukul sembilan pagi. Tadi lepas sembahyang
subuh aku terus melelapkan mata yang sememangnya minta
ditutup semula. Mujur juga tinggal di kolej. Kalau kat rumah?
Mesti kena berleter dengan mak sebab bangun lewat. Tapi
kadang-kadang mak aham bila aku jarang balik rumah dan
aku sampai malam sebab keadaan yang tak menentu, mak
takkan marah. Cuma jangan diamalkan selalu! Itu yang diapesan. Rindunya kat rumah! Dah nak dekat sebulan tak balik
tapi kalau balik nanti mesti takkanstudy sebab asyik melekat
kat depan TVso, lebih baik jangan balik lagi. Lagipun aku tak
-
8/3/2019 Aku, Dia &
37/122
Daisy Zahra
37
terasa nak balik lagi, nanti la baru balik. Aku berpusing ke
sebelah kanan untuk melihat Fazura. Dia pun sama. Sedang
enak mengulit mimpi lagi. Nanti la baru bangun. Hari Jumaat
macam ni selalunya sunyi. Tak ramai yang bangun awal sebab
cuti jadi masing-masing nak qada balik tidur yang terganggu
sebab jadual kelas masing-masing.
Basuh bajulah. Aku bangun dan terus mencapai baldi
yang hanya berisi dua pasang baju kurung sebab aku memang
tak suka nak basuh banyak-banyak baju sekali gus. Mestimeletihkan bagi mereka yang basuh menggunakan tangan,
tapi tak bagi siapa-siapa yang menggunakanwashingmachine
yang disediakan di tingkat dua dan juga tingkat satu. Aku lebih
suka mencuci dengan menggunakan tangan sebab aku lebih
yakin dengan menyental sendiri baju-baju dan juga tudungku.
Aku membawa baldi menuju ke bilik air. Memang
pagi-pagi macam ni rasa tenang dan sunyi. Senang cakap sepi
dan yang kedengaran hanya suara-suara burung yang
berkicau merdu. Mungkin juga sibuk mencari rezeki di awal
hari. Bilik air memang terletak tidak jauh dari bilik-bilik
pelajar. Satu bilik air yang mempunyai tiga bilik mandi dan
juga tiga tandas akan dikongsi oleh lebih kurang dua puluh
empat orang pelajar yang mendiami enam buah bilik. Kalaumasing-masing ada kelas yang bermula awal pagi iaitu pukul
lapan pagi memang akan sesak sedikit tetapi tidak bagi aku
dan juga Fazura yang akan bangun awal untuk bersiap awal
dan semestinya tak mahu berhadapan dengan kesesakan yang
berlaku di tandas.
Setelah merendam baju-baju dan juga tudung-
tudung aku menuju semula ke bilik. Nanti bila nak mandibaru basuh semua sekali, lagi senang.
Fazura masih lagi berselimut. Aku mencapai
senaskhah majalah dan berbaring semua di katil. Tak sampai
-
8/3/2019 Aku, Dia &
38/122
Aku, Dia & .com
38
beberapa muka aku belek,handphone aku berbunyi dan tiba-
tiba mati terus. Adoi! Bateri habis lapulak.
Aku terus menuju ke meja belajar untuk cas semula
handphone. Aku terus menyemak siapa yang call aku tadi
selepas handphone dah kusambungkan ke charger. Tertera
nombor teleon rumah aku di skrin. Mesti mak! Aku
tersenyum dan mendail semula.
Assalamualaikum mak. Mak callka tadi?
Ya la. Kalau nak tunggu hang call kami kat sini
memang susah, semacam la dengan abang hang dulu waktu
kat UTM.
Terus aku kena re tak pasal-pasal. Adoi mak!
Takkan callpagi-pagi ni nak berleter kut?!
Mak nak tanya, hang nak balik dak minggu depan?
Dah lama hang tak balik rumah. Hang okeyka kat sana? Duitada lagi dak?
Ya Allah! Banyak gila soalan. Kut ya pun satu-satu
la tanya. Sabar aje la mak aku yang sorang ni. Memang mulut
dia kecoh sikit tapi hati dia yang paling baik.
Tak tau lagi. Kalau kak takdak apa-apa boleh la
balik. Lagipun kalau balik kerap sangat pun nak buat apa,kan? Buat penat aja naik turun bas.Dok tak dan nak lama kat
rumah dah nak kena balik mai sinipulak. Penat tu.
Duit ada lagi dak? Makan macam mana? Mak aku
masih lagi tak puas hati dengan soalan-soalan dia. Masih ada
lagi yang nak ditanya.
Okey. Semua okey. Duit pun cukup lagi. Lagi dua
minggu masuk la duit loan tu. Mak dengan ayah sihat dak?
Adik-adik? Aku pula yang bertanya.
Kami pun sihat. Kalau nak tunggu hangpa call
-
8/3/2019 Aku, Dia &
39/122
Daisy Zahra
39
susah sangat. Silap-silap kalau kami sakit pun tinggaiadik-
adik hangpa aja la yang tau.
La... tak habis-habis lagi mak aku ni.
Takpa la na. Nanti kalau ada apa-apa masalah
jangan lupa bagitau kat kami. Kalau dak memang kami tak
tau. Duit tak cukupka, nak balikka.
Okey, okey kak bagitau la kalau ada apa-apa. Mak
kirim salam kat semuana. Assalamualaikum.
Aku terus mematikan perbualan sebab nanti mesti
mak nak bebel lagi. Bukan aku tak boleh nak melayan tapi
kalau dan banyak sangat isu semasa yang aku nak kena
dengar mesti la penat telinga!
LIDA, jomouting nak? ajak Fazura sebaik saja kami selesai
makan di dining.
Nak buat apa? Ada barang nak belika? Aku bertanya.
Takdak apa-apa pun. Saja nak jalan-jalan. Kalau
asyik terperap kat bilik kita tu, boleh mati kutu tau dak?
Betul juga sebab aku sendiri bosan nak menghadapbuku-buku dua puluh empat jam. Lagipun bila kami berdua
keluar jalan-jalan, bukanlah macam sesetengah pelajar yang
bila berbelanja macam tak ingat dunia.
Kalau tak ada apa-apa yang nak dibeli memang
kami lebih suka window shopping dan makan-makan. Jadi
memang duit tak banyak yang keluar sebab kalau dari segi
kos untuk berseronok di Kedah ni memang tak setinggi
mana, tambahan pula dari segi harga makanan yang memang
pelajar-pelajar dari KL pun memuji murah. Dan yang paling
penting, seronok pun seronok dan tension pun kurang.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
40/122
Aku, Dia & .com
40
Tak payah nak risau memikirkan masalah duit pula
selepas dah puas berjalan. Insteado nak hilangkan stress
timbul pula stress yang baru kalau duit makin berkurangan
dan loan tak masuk-masuk lagi!
Okey la. Jalan-jalan dapat juga makan cendol kat
ood court kat atas CS tu. Aku bersetuju.
All right. Thats what a riend or.
AKU membelek-belek beberapa buah novel di rak yang
terdapat di kedai buku Popular, CS. Rambang mata untuk
memilih pelbagai novel yang terdapat di sini. Daripada penulis
kegemaranku, Norhayati Brahim sehingga nama-nama yang
tak pernah aku dengar, semuanya ada.
Dah pilih ka? Fazura menepuk bahuku.
Aku melihat di tangannya yang sudah terdapat
beberapa alat tulis dan jugawriting pad.
Banyak borong. Aku memuncungkan mulut
kepada tangannya.
Nak buatspare
. Nanti-nanti senang tak payah beli
dah. Dia tersengih. Dah pilihka belum?
Dak lagi. Tak tau nakambik yang mana satu. Aku
membelek-belek dua naskhah novel yang berada di tangan.
Novel Kau Yang Satu yang diperkatakan oleh kawan-kawanku
yang sudah membacanya menarik minat aku. Senaskhah lagi
novel yang ditulis oleh Ahadiat Akasyah juga turut
mengundang keinginan aku untuk membelinya.
Kalau dah tak tau nak pilih, senang... ambik dua-
dua! Fazura turut memilih novel-novel yang terdapat di situ.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
41/122
Daisy Zahra
41
Ewah! Senang cakap. Rabak poket saya tau. Aku
menampar lengannya yang ketawa apabila mendengar
jawapan aku.
Ala... kedekut. Bukan banyak sangat pun, kan? Dua
naskhah aja. Kalau tak cukup, cek boleh tambah.
Aku menjeling Fazura yang tak pernah kering idea
untuk mengusik.
Aku meletakkan kembali kedua-dua novel tersebut
di rak. Nanti-nanti pun boleh beli, kan?
La... tak jadi ambikka? Punya la lama dok belek
tapi takambik pun.
Bukan tak mau. Tapi nanti-nanti la. Macam la kita
takkeluaq lagi. Nanti-nanti mesti nakkeluaq lagi, kan? Aku
mencapai sekeping coklat Cadbury yang diletakkan
berhampiran kaunter.
Kalau setakat nak beli yang tu, kat EZ Mart pun
ada. Fazura yang berdiri di belakangku berbisik.
Aku menyikunya.
Selesai menjelaskan bayaran, kami melangkah
keluar.
Nanti saya beli la. Sayang pulak kalau terlepas.
Aku memandang ke dalam kedai buku Popular.
Dah tu, pi la beli la ni.
Tapi... saya tak tau nak ambik yang mana satu.
Macam best aja dua-dua tu. Aku tersengih.
Kat kolej tadi kata nak ambik Kau Yang Satu
tukan? Ambik la yang tu dulu. Nanti beli yang lain pulak.Fazura memberikan idea.
Nanti la. Aku tersenyum.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
42/122
Aku, Dia & .com
42
Aku melihat mimik wajah Fazura yang sedang
memandang aku.
Jangan la marah. Kena lapikiaq dulu, kan?
Awak ni memang. Nanti dah habih baru
menyesai.
Insya-Allah takkanhabih la. Kalau habih tu takdak
rezeki la. Aku membuka pembalut coklat Cadbury.
Jom! Pi toilet sat.Tanganku yang sedang membuka bungkusan coklat
Cadbury terhenti.
Awatpulak? Bukak aja la. Fazura menegur.
Takkan la saya nak makan dalam tandas tu. Awak
masuksoghang-soghang, okey?
Okey. Tak kisah. Awak tolong pegang barang-barang ni sat lagi.
Aku mengangguk.
Kami melangkah pantas ke eskalator untuk menuju
ke tingkat tiga di mana terdapatnya tandas.
Betui ni tak mau masuk? tanya Fazura sambil
mengeluarkan syiling untuk membayar kepada mak cik yangberada di meja itu.
Betuila. Pi la cepat.
Amboi! Taksabaq la tu nak makan coklat dia. Fazura
menghulurkan kepadaku beg plastik yang berada di tangannya.
Aku memerhati Fazura yang melangkah masuk ke
dalam tandas. Hajat yang terbantut untuk menikmati coklatkegemaranku itu, aku teruskan. Aku berjalan perlahan-lahan
menjauhi pintu tandas sambil membuka pembalutnya.
Ya Allah! Aku terkejut. Habih patah!
-
8/3/2019 Aku, Dia &
43/122
Daisy Zahra
43
Aku melihat coklat Cadbury aku yang patah hampir
separuh bar. Takkan nak kutip balik?!
Awak lagi!
Aku mencari sumber suara. Takuya?!
Awak?! Aku memerhati dia menguis-nguis sisa
coklat yang melekat di T-shirtnya yang berwarna hijau muda
tu. Sekali-sekala dia memandang aku.
Ma... mmm... maa. Aku menuturkan perkataanyang amat sukar untuk diucapkan pada saat-saat macam ni.
Dia menjeling sambil terus menyapu-nyapu bajunya.
Aku mengeluarkan tisu dari dalam beg dan
menghulurkan tisu tersebut kepadanya. Ambik la.
Dia memandang aku, membuatkan aku tertelan air
liur. Aku tahu dia sedang marah daripada cara diamemandang aku tadi.
Aduh! Macam mana pula boleh jadi macam ni? Tu
la. Kalut sangat nak makan coklat tu. Aku menyesali sikapku
yang membuatkan Takuya turut terkena tempias kecuaianku.
Aku terkejut apabila tisu yang berada di tanganku
disambar olehnya sebelum berlalu ke tandas.
Eleh,ambik juga. Aku berbisik perlahan.
Kenapa la Takuya tu nak marah sangat? Dulu tu,
elok aje dia senyum kat aku. Bukannya takkan keluar pun
kesan coklat tu kat T-shirt dia. Cuma nak kena cuci aje la,he
he he....
La... awat tu?
Fazura memandang coklat yang berada di tanganku.
Lantai yang terdapat sisa coklat juga turut dipandangnya.
Awak jatuhka? Dia membuat andaian.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
44/122
Aku, Dia & .com
44
Mana ada. Accident tadi. Aku melangkah menuju
ke sebuah tong sampah yang berhampiran. Coklat di tangan
aku buang. Dah tak ada hati nak makan selepas apa yang
terjadi!
Accident? Dengansapa?! Fazura terkejut.
Tu.... Aku memuncung ke arah Takuya sebaik
sahaja terpandang kelibatnya yang melangkah keluar dari
tandas.
Fazura ketawa.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
45/122
Daisy Zahra
45
25 Julai 2004, Ahad.
Ketika aku menghadap skrin komputer dicyber ca waktu outing dengan Fazura hari
tu, aku teringin sangat nak membuka e-mail
aku tapi tu la kalau aku buka dan check
e-mail aku nanti dan in case ada e-mail
Takuya mesti aku gatal tangan nak balas. Jadi
aku buat keputusan untuk tidak membuka
langsung e-mail aku walaupun memang akuteringin sangat nak tengok sama ada aku
menerima e-mail daripada Si Takuya tu atau
tidak. Lagipun buat apa nak semak e-mel
kalau dah terserempak dengan tuan empunya
badan, he he....
Hari ni kelas macam biasa. Aku dah tengok-
tengok juga notes Management tu. Pasal teori
Abraham Maslow yang menerangkan
mengenai keperluan manusia berdasarkan
Bab
4
-
8/3/2019 Aku, Dia &
46/122
Aku, Dia & .com
46
beberapa peringkat. Mula-mula memang aku
rasa susah tapi bila dibaca dan diahamkan
betul-betul sebenarnya tak la sesusah mana
sangat.
Memang betul macam yang Fazura cakap hari
tu. Benda apa pun kalau untuk kali pertama
mesti la rasa susah tapi bila dah biasa mesti
takkan rasa macam tu lagi. Aku teringat
mutiara kata yang pernah aku baca daripadasenaskhah majalah. Kata-kata Albert Einstein.
Apabila manusia hendak berputus asa kerana
sesuatu, dia sebenarnya tidak sedar betapa
dekatnya dia dengan kejayaan tersebut.
Jadi, kalau la Einstein sendiri berputus asa
pada waktu tu, tentulah kita semua takkan
menggunakan elektrik sekarang.
Takuya? Macam biasa. Memang kadang-
kadang aku akan ternampak dia di mana-
mana sebab UiTM ni pun bukannya besar
sangat. Tak jumpa kat ood court, jumpa kat
library. Tak jumpa kat library, mesti kadang-
kadang akan terserempak kat CS tempat yangmemang akan menjadi tumpuan untuk outing.
Paling pasti sekali memang kami akan
bertemu di Tec 1 untuk kelas Management dan
kuliah dia pulak berlangsung sebelum kelas
aku bermula kat situ. So, pendek kata memang
akan bertemu juga dalam masa seminggu tu.
Dah nak dekat sebulan aku tak balik rumah.
Rindu pulak rasanya kat mak, ayah, adik-
adik. Balik la next week, rasanya takkan ada
apa-apa aktiviti kut.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
47/122
Daisy Zahra
47
Apa lagi ya? Rasa macam missing something.
Nuar! Betul juga dia dah pesan hari tukalau nak balik inorm dia tapi kenapa? Kalau
tak cakap macam mana? Dia marah dak?
Ala... cakap aje la. Bukannya susah pun, kan?
Just mesej dan tak timbul masalah.
Nak bawa balik buku tak? Kalau bawa balik
nanti pun tak semestinya akan study. Mesti
nak tengok TV. Buat berat beg aje. Tak payahla.
Tidur la. Esok kelas pukul lapan lagi. Adoi!
Penatnya... tapi nak buat macam mana, kan?
Chaiyok! Chaiyok!
AKU menutup diari dan melihatFazura yang dah pun tidur dari
tadi lagi.
Bestnya! Dah la kelas dia banyak yangstart lambat.
Dah tu tak padat macam jadual kelas aku. Takpa la. Dah tuah
badan!
Hajat aku yang nak tidur tadi terus terpadam
apabila mengenangkan yang kelas pertama aku pagi esok
adalah kelas Encik Aldi, Ekonomi. Lebih baik aku baca nota-
nota yang diberikan olehnya sekarang. Sekurang-kurangnya
boleh juga aku aham apa yang akan dibincangkan di dalam
kelas nanti. Ini kerana selalunya di dalam kelas Ekonomi
memang aku susah nak aham subjek ni berbanding kawan-
kawan sekelas aku yang lain. Jadi, tak la aku selalu termangu-mangu di dalam kelas Encik Aldi nanti.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
48/122
Aku, Dia & .com
48
SAKITNYAhati aku! Bila pergi kelas Ekonomi tadi ada pula
note yang tertampal di pintu yang menyatakan Encik Aldi MC!
Penat aje aku bangun awal-awal dan kena melalui bilik-bilik
kolej lelaki ni. Kalau tak, pukul sebelas pagi nanti baru aku
pergi ke kelas. Nak balik ke bilik pun malas sebab dah alang-
alang sangat. Nanti sebelum pukul sebelas nak kena pergi ke
kelasManagement pula.
Lapar... tapi nak ajak Fazura makan dia pun ada
kelas. Nak pergi sorang-sorang segan la pulak. Nak ke manani? Pergi ke librarylah, dapat juga cari maklumat untuk
assignmentyang dah diberi. Ha... ino untuk IPK.
Selesai menulis nama dan meletakkan kad matrik
di tempat yang disediakan, aku menuju ke komputer
bernombor 54. Memang aku sengaja memilih komputer yang
terletak berhampiran pintu masuk sebab aku boleh nampak
Fazura. Aku dah menghantar mesej kepadanya menyatakan
aku di sini selepas aku perasan yang agak banyak kelas yang
dibatalkan. Mungkin yang lain-lain tu sama ada pensyarah
mereka MC juga ataupun memang ada mesyuarat di antara
pensyarah-pensyarah pada pagi ni.
Sedang aku sibuk melayari laman-laman web yang
boleh membantu aku di dalam pencarian maklumat untukIPK, aku menerima mesej daripada Fazura.
on the way nak p library jg. tggu tau!
Sekurang-kurangnya tak la bosan sangat aku
sorang-sorang.
Islam sama sekali tidak menghalang
-
8/3/2019 Aku, Dia &
49/122
Daisy Zahra
49
pengkajian manusia di dalam mana-mana
aspek yang dirasakan membawa kebaikan dan
juga kepentingan kepada manusia sejagat.
Namun, seandainya ia telah melanggar
hukum Allah S.W.T dengan melakukan kajian-
kajian seperti pengklonan manusia yang
sememangnya ternyata melampui batas
kemampuan manusia, jelaslah di sini yang
manusia seakan-akan mencabar kuasa-Nyauntuk mencipta diri mereka sendiri sedangkan
yang memberikan nyawa dan yang meniupkan
roh kepada jasad yang kaku bukanlah
manusia tetapi hanya Allah Yang Maha Esa.
Inilah yang aku cari-cari! Kena save ni. Mana pula
thumb drive aku ni? Adoi! Takkan tak bawa pulak? Aku lihat
ayat tu berkali-kali. Sekurang-kurangnya ini dapat membantu
dalam assignment aku mengenai Islam dan juga kaitannya
dengan Sains. Dari segi keburukan dan juga kebaikannya
kepada manusia dan juga dalil-dalilnya. Ish! Geramnya.
Memang tak bawa la sebab tak ada pun di dalam ail ni sebab
memang pasti tak ada di dalam beg yang aku kena tinggalkankat lokar luar tu. Harap-harap Fazura bawa la.
Assalamualaikum. Nak pinjam?
Aku berpusing ke kiri untuk melihat suara yang
menegur aku. Takkan la?!
Waalaikumsalam. A... emmm... macam mana ya
awak....
Dari tadi saya perasan awak gelisah semacam. Dah
tu asyik mencari-cari dalam ail tu. Agaknya memang cari
benda ni la, kan?
-
8/3/2019 Aku, Dia &
50/122
Aku, Dia & .com
50
Dia menghulurkan sekeping CD kepada aku tetapi
aku masih lagi berasa waswas untuk menyambutnya.
Takpe ke? Awak macam mana?
Saya memang selalu bawa lebih. Ambik la. Takuya
masih lagi menghulurkan CD itu. Kalau takambik mesti aku
tak boleh naksave ino ni. Dah tu nak cari balik nanti belum
tentu boleh dapat ino yang bagus macam nikan? Ambik aje
la!
Thanks. Aku mengambil CD yang dihulurkan.
Rizal, pinjam CD kau kejap. Aku terlupa bawa la.
Aku menoleh sekilas ke arah seorang kawannya
yang datang kepada Takuya. Mungkin lebih tepat lagi Rizal?
Aku bawa satu aje.
Bukan kau selalu bawa lebih?Terlupa, tipunya.
Aiseh... takpela. Aku pinjam kat orang lain aje la.
Macam mana nanti saya nak gantikan CD awak
ni? Aku bertanya kepadanya setelah kawannya berlalu pergi.
Tak payah la.
Tapi, saya rasa tak elok la macam ni.Kalau nak gantikan juga, kelas kita sama kan kat
Tec 1 macam hari ni?So, nanti-nanti kita jumpa awak boleh
gantikan balik, okey?
Okey. Aku menganggukkan kepala.
A... apa ya nak tanya tadi? Awak ambik kursus
apa?Public Admin.
Ooo... saya DiDE. Asal?
-
8/3/2019 Aku, Dia &
51/122
Daisy Zahra
51
Amboi! Macam polis pulamamat ni. Soal macam-
macam. Nak kenal la tu!
Oghang sini.
Kedah? Ooo... patut la.
Apa yang patut?
Cara cakap. Memang ada loghat utara. Saya dari
Johor.
Tak tanya pun! Tapi memang nak tahu juga didalam hati!
Emmm... sorry pasal hari tu.
Sorry? Pasal insiden yang mana satu ni? Kat kolej
tu ataupun katood court? Ataupun kat CS?
Saya tak patut marah-marah macam tu. Dia
menerangkan mungkin selepas melihat muka aku yangsedikit keliru.
Oooyang tu. Takpa. Bukannya salah awak pun.
So, awakadmit la salah awak?
Biar betul mamat ni! Tanya aku macam tu.
Tergamam aku mendengar soalan dia.
Ha ha ha just kidding. Jangan la take seriussangat. Dia mengangkat keningnya.
Lida sorry lambat. Tadi buat discussion sikit,
tegur Fazura yang baru datang dengan suara yang sedikit
berbisik agar tak mengganggu yang lain-lain.
Aku ternampak dia tersenyum. Pastinya dia sudah
nampak aku berbual-bual dengan Takuya semasa dia berjalanmasuk ke ruangan komputer ni.
Ni.... Dia menunjukkan ibu jarinya kepada
Takuya.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
52/122
Aku, Dia & .com
52
Saya Rizal.
Fazura.Roommate merangkap coursemate kepadaHalida.
Amboi! Siap sebut nama aku sekali. Apa la Fazura
ni... tapi bagus juga!
Ooo... ambik Public Admin juga. Kenal kat sini
atau memang dah lama kenal?
Kat sini. Waktu hari pertama lagi lepaih kami taukami dapat satu bilik. Terus kamceng sampai la ni.
Elok la tu. Dua-dua orang sama-sama ramah. Dah
jadi macam sesi soal jawabpulak!
Aku leka mendengar mereka berdua berbual. Bila
ternampak Takuya tersenyum aku suka sangat! Entah kenapa
yang penting aku harap biarlah masa lambat berlalu agar aku
dapat duduk kat sini lama-lama dan yang penting tak payah
pergi ke kelasManagement selepas ni!
Apa ni? Mengelamunka buat kerja?
Aku terkejut selepas menerima tamparan lembut di
bahu.
Awat? Aku bertanya.
Dak... saya cakap awak ada kelasManagement kan
lepaih ni? Kat Tec 1, kan? Fazura bertanya.
Haah. Awat?
Boleh la kita balik terus lepaih ni sebab saya baca
note kat kelas tu tadi. Kelas awak yang tu dah cancel.
Memang banyak juga, kan kelas yang cancelhari
ni? Kelas saya pun, celah Takuya.
Ada nampak apa-apanote tak pasal kelas Encik Am
untuk kelas DiDE? Dia bertanya kepada Fazura.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
53/122
Daisy Zahra
53
Tak perasan lapulak sebab yangrst tupasaikelas
Lida ni, D2PB.
Note yangrst? Takuya mengerutkan dahinya.
Comelnya!
Yup! Sebab tadi kalau tak salah macam ada banyak
notes tapi saya tak belek lapulak.
Amboi! Ramah sungguh kawan aku yang seorang
ni.Jom!
Kedengaran suatu lagi suara yang mencelah.
Kami serentak menoleh dan kawan Takuya yang
tadi tu dah siap nak meninggalkan perpustakaan.
Aku melihat jam yang dah menunjukkan ke pukul
sepuluh. Dah dua jam aku kat sini tapi kenapa rasa sekejap aje?Ini Hakimi. Kawan saya, macam awak berdua juga
roommate merangkap coursemate tapi yang bezanya kami
dah lama kenal. Sejak sekolah menengah.
Aku melihat Hakimi hanya menganggukkan
kepalanya sambil tersenyum. Mungkin malu nak bercakap.
Tak pun memang tak suka banyak bercakap macam aku juga.
Dari tadi semenjak Fazura datang hanya mereka berdua yang
banyak berbual. Aku lebih selesa meneruskan kerja-kerja aku.
Aku tunggu kat luar. Itu yang keluar daripada
mulut Hakimi.
Jap lagi aku datang, balas Takuya.
So, nak pi Tec 1 la lepaih ni?
Aku terdengar Fazura bertanya.
Aku mengemaskan ail dan juga mengeluarkan CD
dari CPU komputer yang diberikan oleh Takuya tadi.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
54/122
Aku, Dia & .com
54
So, nanti saya ganti balik kat awak. Aku
menunjukkan CD itu kepada Takuya.
Okey.
Aku berjalan keluar dari ruangan komputer itu
mendahului mereka berdua sebab aku perasan yang mereka
masih lagi berbual. Macam dah lama kenal jadi lebih baik aku
keluar dahulu. Aku menuju ke lokar untuk mengambil beg
aku. Kemudian aku mengambil angin di luar perpustakaan
sementara menunggu Fazura keluar.
Aku terpandang Hakimi yang masih lagi setia
menanti Takuya. Nak tegur ke tak? Takkan aku nak tegur
dulu? Malu la! Sedang aku berkira-kira nak menegur dia atau
tak, dia menoleh dan melemparkan senyuman. Aku hanya
membalas. Kami hanya menjadi pemerhati setia pelajar-
pelajar yang lalu-lalang di kawasan itu. Hanya senyuman yangdilemparkan di antara kami berdua tetapi aku senang dengan
keadaan yang macam tu. Sunyi dan tak kecoh macam Takuya
dan juga Fazura yang seolah-olah macam nak bercerita segala
macam hal di antara satu sama lain, sedangkan mereka baru
kenal dan tak tahu hati budi masing-masing!
Aku memerhatikan jam. Apa la yangmamat dengan
minah tu buat kat dalam? Aku memerhati pula ke arahHakimi dan anak mata kami turut bertembung. Agaknya dia
juga bosan menunggu di luar ni seperti aku. Aku memandang
ke arahnya yang tiba-tiba bangun dan berjalan menuju ke
arah aku. Apapulak yang dia nak ni?
Tunggu kawan juga? Dia bertanya.
Aku rasa dia sudah pasti dengan jawapannya tapimungkin sebab dia rasa bosan dan sengaja mencari topik
perbualan.
Macam tu la. Aku menjawab.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
55/122
Daisy Zahra
55
Isy! Apa la yang dia orang buat kat dalam library
tu? Lamanya!
Aku mendengar dia merungut.
Dia mengambil tempat duduk di sebelah aku. Aku
dapat mencium bau minyak wangi yang dipakainya. Memang
wangi dan berbau segar. Aku melirik ke arahnya yang sedang
menunduk untuk mengikat tali kasutnya. Memang pelajar-
pelajar lelaki akan tampak lebih kemas dengan kemeja
berlengan panjang dan juga seluar slack serta tali lehermasing-masing pada hari Isnin macam ni sebab hari Isnin
adalah Hari Korporat bagi semua penuntut UiTM dan semua
pelajar mesti berpakaian kemas dan sopan. Pelajar perempuan
pula mesti la berbaju kurung dan tidak boleh hanya
mengenakan T-shirt dan seluar jean seperti hari-hari biasa.
Course apa? Dia bertanya.DPA.
Public Admin, kan? Dia meminta kepastian.
Aku hanya mengangguk.
So, budak-budak DPA belajar apa?
Belum sempat aku nak menjawab, aku terdengar
handphone aku berbunyi menandakan mesej yang diterima.Aku membaca mesej yang dikirimkan oleh Fazura.
sori... awak balik dulu k. nanti kita jumpa kat
bilik.
Ei!!! Sabar aje la dengan Fazura ni. Dah lama akutunggu dia kat luar ni dia buat macam nipulak. Kalau cakap
dari awal kan senang, mesti sekarang dah sampai kat bilik.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
56/122
Aku, Dia & .com
56
Aku melihat Hakimi juga sedang membelek
handphonenya. Aku yakin mesti dia menerima nasib yang
sama seperti aku. Dia menoleh ke arah aku.
Daripada kawan awak juga?
Aku hanya menganggukkan kepala.
Saya balik dulu la. Aku meminta diri untuk
beredar. Setelah beberapa tapak aku melangkah, aku
terdengar suaranya.
Awak, awak... tunggujap! Nak balik ke kolej, kan?
Jalan sekali boleh?
Awak nak pi mana? Tak balik kolej? Aku sangsi
sebab sudah semestinya kalau dia ingin pulang ke kolej dia
perlu mengambil laluan yang berbeza.
Nak keood court. Nak beli air.
Kami berjalan beriringan menggunakan haluan
yang sama menuju ke destinasi yang berbeza. Hanya sepi
yang menemani, tak ada sebarang kata-kata yang lahir
daripada mulut kami berdua. Biarlah... aku senang macam ni
daripada bercakap benda yang bukan-bukan.
Apabila sampai di hadapanood court, dia bertanya,
tak nak beli apa-apa?
Tak mau la. Nak balik bilik.
Tunggu jap.
Aik! Kena tunggu lagi? Dah la tadi aku menunggu
Fazura. Sekarang ni nak kena tunggu dia beli air pulak? Beli
la sendiri! Aku memerhati ke arah ood court yang sedikit
sesak dengan bilangan pelajar. Mungkin kerana banyak kelasyang dibatalkan, jadi ramai yang memilih untuk melepak di
sini. Ada yang sedang berbincang, ada yang sedang makan
sambil membaca surat khabar. Mana mamat ni? Suruh aku
-
8/3/2019 Aku, Dia &
57/122
Daisy Zahra
57
tunggu kat sini nak buat apa? Kenapa aku pun sanggup
tunggu? Entah la nanti dia cakap apa pula.
Nah! Mesti awak pun haus, kan? Dia
menghulurkan sebungkus air yang aku tak pasti apa
perisanya. Aku ragu-ragu. Nak ambil ataupun tak. Kenapa
pula dia baik hati nak belanja? Bukannya dia ada hutang aku
apa-apa pun.
Takpa la. Awak la yang minum, kan ke awak yang
haus tadi? Aku menolak secara lembut.
Air saya dah ada ni. Ni. Dia menunjukkan
sebungkus lagi beg plastik yang berisi air dan juga makanan.
Aik! Tadi kata nak beli air aje? Patut la lama aku tunggu, siap
beli makanan sekali!
Nah. Ambik la. Anggap saya belanja sebab
temankan saya ke sini.Mana ada. Kan memang saya kena lalu sini sebab
nak balik ke kolej.
Aku nampak mukanya yang sedikit berkerut.
Marahkah dia?
Awak tolong pegang jap. Vibrate la pulak
handphone ni.Dia menghulurkan semua barang-barang yang
berada di tangannya kepada aku. Aku hanya menyambut dan
melihat dia yang kalut mengeluarkan handphone dari poket
seluar slacknya. Dia menekan-nekan keypad teleonnya itu
dan menyimpannya kembali ke dalam poket seluarnya.
Okay, thanks. Dia menghulurkan tangan untuk
mengambil semula barang-barangnya.
Aku menghulurkan semula ail dan juga dua beg
plastik tadi tapi hanya satu yang diambilnya.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
58/122
Aku, Dia & .com
58
Nah. Ini.
Tukan awak punya? Saya belanja, jawabnya sambiltersenyum.
Kalau tak buat macam tu awak takkan ambik,
kan? Dia meneruskan kata-katanya.
Macam tu? Macam apa? Jangan-jangan.
Ambik aje la. Tak susah pun, kan?
Kenapa la lelaki di depan aku ni degil sangat? Nidah macam paksa! Tapi takkan nak tolak? Aku melihat
wajahnya. Memang ikhlas. Ikhlas la kut!
Terima kasih ya.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
59/122
Daisy Zahra
59
AKU mendaki tangga menuju ke
bilik aku yang terletak di tingkat
empat. Memang aku rasa lapar
tapi malas nak ke dining. Sebaik sahaja tiba di bilik, aku
mencari apa yang boleh dimakan. Mi segera memang ada tapi
takkan nak makan benda ni? Aku melihat roti yang ada di
meja study aku, peanut butterpun ada lagi. So, makan roti
aje la. Sedap dan mengenyangkan.
Selesai makan, aku mengemas pakaian-pakaian
yang aku cuci tempoh hari. Ada yang aku lipat dan ada jugaaku gantungkan saja agar mudah nanti bila nak dipakai.
Mudah nak dikeluarkan. Sedang aku mengemas, Fazura
masuk dengan muka yang tersengih. Seronok la tu dapat
bersembang dengan Takuya!
Sorry la tadi saya suruh awak balik soghang-
soghang. Jangan la marah, katanya nak memujuk.
Sapa katasoghang-soghang?
Aik! Bukan baliksoghang-soghangka? Ooo... balik
dengan Nurul, kan?
Bab
5
-
8/3/2019 Aku, Dia &
60/122
Aku, Dia & .com
60
Aku menggelengkan kepala. Salah. Oghang lain.
Sapa?Ada la. Aku sengaja membiarkan dia tertanya-
tanya.
Ni nak balas dendam ni. Tak aci, katanya sambil
meluru ke arah aku dan cuba menggeletek pinggangku.
Cepat-cepat aku tangkap tangannya.
Cakap lasapa, katanya lagi memujuk.Dah jangan nak buat muka Shinchan kat sini.
Dah awak kat dalam dengan mamat tu. Saya kat luar pun
dengan kawan dia juga.
Ooo... Hakimi la ni. Ingatkan sapa tadi. So, mesti
hangpa duaoghang pun sembang sakan la kan?
Tak la. Tak banyak sembang pun.Aku nampak dia mencapai mug aku yang berisi air
yang dibelanja oleh Hakimi tadi.
Nak sikit minta Fazura.
Seperti biasa belum aku sempat nak bagi jawapan
dia dah pun minum air tu.
Jus tembikai. Mana dapat?Beli la... takkan nak curi dari gerai Abang Imran
pulak.
Dah singgah kat ood court awat tak beli terus
makanan? Ni makan roti aja. Ayaq boleh beli, katanya
seakan-akan membebel.
Bukan saya yang beli. Kimi yang bagi.Amboi! Barukenaidah panggil terus nama manja,
katanya mengusik.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
61/122
Daisy Zahra
61
Mana ada nama manja. Aku menafkannya.
Tu... Kimi yang bagi, katanya mengajuk apa yangaku cakapkan tadi.
Aku terdiam. Betul juga, tapi dah memang aku
macam tu. Aku lagi selesa menggunakan nama yang ringkas
daripada memanggil nama penuh. Lagipun nama yang
ringkas ni lagi senang nak ingat.
Ala... macam awak juga. Nama awak pun Fazura
Hanim, kan? Saya panggil Fazuraso, sama la juga, kata aku
membela diri. Aku terus melipat beberapa helai tudung.
Lain la. Awat tak panggil Zura?
Ooo... boleh aja kalau awak nak saya panggil awak
Zura. Okey Zura kataku sambil tersenyum. Aku
memandang mukanya yang kelat tu.
Main-main la.Habih tu awat tak panggil Hakimi tu
Hakimi juga? Baru la sama macam awak panggil saya Fazura.
Dah saya tak tau nama penuh dia. Cuba saya tau
nama penuh dia. Mana la tau dia ada nama lain selepas nama
Hakimi tu. Mesti la saya panggil nama dia Hakimi. Takkan
yang tu pun nakjealous kut? Aku ketawa. Macam-macam
Fazura ni. Pasal ni pun nak dijadikan isu!Tak lajeles. Saja cek nak tau.
Fazura pergi ke meja belajarnya selepas menukar
baju. Emmm... Lida nak tanya sikit boleh dak?
Awat?
Errr... macam ni. Kalau la kan ni cuma kalau aja
tau. Bukannya bersungguh-sungguh.Ni yang buat aku suspens ni. Apa hal pula Fazura
ni? Aku memandangnya. Dia mengalihkan posisinya dari
meja ke katil agar kami bertentangan.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
62/122
Aku, Dia & .com
62
Kalau la... tapi awak jangan la salah aham pulak.
Kalau la saya berkawan dengan Takuya, awak marah dak? Ni
cuma kalau aja tau.
Aku melihat air mukanya yang sedikit bimbang tapi
memang aku dah agak soal ini yang akan ditimbulkan.
Kalau saya kata saya tak suka? Giliran aku pula
mengujinya.
Fazura terdiam sebentar.
Takpa... kalau awak tak suka saya takkan berkawan
dengan dia. Lagipun memang Takuya tu hak awak. Awak dulu
yang kenai dengan dia so, memang tak adil kalau saya nak
berkawan dengan dia.
Hak aku? Takuya hak aku? Bila masa? Aku terus
memandang Fazura yang memegang surat khabar. Aku tahu
bukannya dia baca pun tapi cuma tak mahu bersemukadengan aku. Macam budak-budak la Fazura ni. Dah tu siap
mengklasifkasikan Takuya tu hak aku lagi! Mesti la dia
kepunyaan keluarga dia. Aku ni siapa? Lawak la Fazura ni.
Aku tak dapat menahan diri daripada ketawa. Fazura
meletakkan surat khabar dan memandang ke arahku.
Macam ni. Aku tak dapat meneruskan kata-
kataku sebaik saja terpandang muka Fazura yang suspens
semacam. Mesti la dia terkejut apabila aku ketawa tiba-tiba
sedangkan dia tak tahu apa benda yang boleh buat aku
ketawa.
Tadi, waktu kat library dok sembang-sembang
dengan dia, perasan dak ada apa-apa copka tandaka? Ya la...
kat muka diaka kat mana-mana? Aku bertanya.Fazura hanya mengerutkan dahinya dan
menggelengkan kepala. Ni mesti dia tak aham-aham lagi.
-
8/3/2019 Aku, Dia &
63/122
Daisy Zahra
63
Ya la... kalau ada apa-apa cop yang memang
conrm dia hak saya bolehlah saya halang hangpa dua orang
terus berkawan. Ni dah takdak apa-apa, kan? So, kawan aja
la... buat apa saya nak marahpulak.
Ya la, kan selama ni awak yang dok e-mel dengan
dia. Ni tiba-tiba saya
Selama ni? Fazura oi boleh dikira dengan jari la
berapa e-mel yang kami hantar antara satu sama lain.
Lagipun bukannya saya dah couple dengan Takuya tu. Lain lacerita kalau kami dah couple dan awak nak kacau daun.
Memang nak cari nahas la tu.
Dak la mesti la saya rasa tak sedap hati kalau
nak kawan terus dengan dia macam tu sebabnya awak yang
kenaidia dulu, kan.
Kenai? Corrections! Mana adakenai. Kita aja yangtau dia Takuya tapi mana dia tau saya yang e-mel dia, kan?
Lain la kalau awak cakap kat dia saya yang dok e-mel dia
sebelum ni.
Pantas Fazura menggelengkan kepalanya.
Dah tu? Apa masalahnya? La ni dah takdak apa-
apa, kan? Kawan aja la.
No heart eeling?
Dak. Buat apapulak nak terasa hati? Jangan risau
la. Takdak apa-apa punya.
Betui ka ni? Seriou