amalan hidup sihat teks

2
AMALAN HIDUP SIHAT Semua orang ingin hidup sihat. Apabila sihat, tubuh badan akan rasa lebih cergas dan lebih bersemangat untuk melakukan kerja. Antara cara untuk menjadi sihat ialah kita perlulah makan makanan yang seimbang. Amalan pemakanan yang seimbang memang perlu diutamakan. Makanan yang kurang berkhasiat perlu dikurangkan atau lebih elok kalau dielakkan. Disamping itu , kita juga perlulah minum air secukupnya. Minum air suam atau air masak amatlah digalakkan dan bukannya air manis atau air berkarbonat. Pengambilan jus buah-buahan yang segar pun amat elok kalau diamalkan. Selain itu juga amalan bersenam juga amat penting. Kalau nak sihat, kenalah rajin bersenam. Aktiviti seperti berjogging, berjalan kaki atau berbasikal elok untuk kesihatan dan menambah kekuatan stamina. Cara lain untuk menjadi sihat adalah dengan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin. Pengambilan vitamin penting terutamanya bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik disamping membolehkan badan kita mendapat nutrient yang diperlukan. Tidur yang cukup juga adalah penyumbang kepada tubuh badan yang sihat. Pastikan waktu tidur mencukupi. Namun demikian, tidur

Upload: aslam-shamm

Post on 25-Dec-2015

257 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

teks lirik lagu malaysia cergas

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan Hidup Sihat Teks

AMALAN HIDUP SIHAT

Semua orang ingin hidup sihat. Apabila sihat, tubuh badan akan rasa lebih

cergas dan lebih bersemangat untuk melakukan kerja. Antara cara untuk menjadi sihat

ialah kita perlulah makan makanan yang seimbang. Amalan pemakanan yang

seimbang memang perlu diutamakan.  Makanan yang kurang berkhasiat perlu

dikurangkan atau lebih elok kalau dielakkan.

Disamping itu , kita juga perlulah minum air secukupnya. Minum air suam atau

air masak amatlah digalakkan dan bukannya air manis atau air berkarbonat.

Pengambilan jus buah-buahan yang segar pun amat elok kalau diamalkan.

Selain itu juga amalan bersenam juga amat penting. Kalau nak sihat, kenalah

rajin bersenam. Aktiviti seperti berjogging, berjalan kaki atau berbasikal elok untuk

kesihatan dan menambah kekuatan stamina.

Cara lain untuk menjadi sihat adalah dengan pengambilan makanan tambahan

seperti vitamin. Pengambilan vitamin penting terutamanya bagi mengekalkan tahap

kesihatan yang baik disamping membolehkan badan kita mendapat nutrient yang

diperlukan.

Tidur  yang cukup juga adalah penyumbang kepada tubuh badan yang sihat.

Pastikan waktu tidur mencukupi. Namun demikian, tidur yang terlalu banyak juga tidak

elok kerana menjadikan badan kita terlalu letih.

Kita juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap

kesihatan kita. Pemeriksaan kesihatan perlulah dilakukan sekurang-kurangnya setahun

sekali. Hal demikian mampu meningkatkan tahap kesedaran kita mengenai keadaan

tubuh badan kita