1. pengenalan 1.1 jabatan kehakiman syariah negeri pulau...
Post on 24-Aug-2020
3 Views
Preview:
TRANSCRIPT
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 1
1. PENGENALAN
1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) yang mengurus
dan mengendalikan Mahkamah Syariah di Pulau Pinang ditubuhkan di bawah
peruntukan Seksyen 42 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Pulau Pinang 1993 (pindaan terkini pada 2004) dikenali sebagai Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang). Penubuhannya mula
berkuatkuasa pada 1 Jun 1994 mengikut Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Jld. 40 Nombor 8 yang bertarikh 11 April 1996. Sejak ditubuhkan hingga 2
Januari 1997, JKSNPP ditadbir bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri
Pulau Pinang (JAIPP).
Mulai 1 Januari 1997 JKSNPP telah diasingkan daripada Pengurusan JAIPP
dan mempunyai pentadbirannya sendiri dan JKSNPP diketuai oleh Ketua
Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang. Perjawatan yang telah diluluskan oleh
Perbendaharaan Malaysia untuk Jabatan ini pada mulanya ialah sebanyak 54
jawatan mengikut Waran Perjawatan Bilangan 68 Tahun 1996 yang
berkuatkuasa mulai 2 Mei 1996. Kemudian ditambah lagi menjadikan jumlah
terkini adalah sebanyak 81 jawatan mengikut Waran Perjawatan Bilangan N78
Tahun 2018.
JKSNPP bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutus kes-kes di
semua peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah
Rayuan, di dalam pengurusan Mal, Jenayah dan Faraid.
VISI
Menjadi Institusi Kehakiman Syariah yang berwibawa.
MISI
Melaksanakan perbicaraan, pengurusan mahkamah dan perkhidmatan
sokongan secara profesional, berkesan dan sistematik berasaskan
undang-undang dan Hukum Syarak.
MOTTO
“Syariah Asas Keadilan”
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 2
1.2 Objektif Jabatan
i) Menyedia dan melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes
syariah berdasarkan hukum syarak dan undang-undang secara adil,
cekap dan berkesan.
ii) Menyediakan pengurusan pentadbiran yang cekap dan berkualiti bagi
memuaskan hati pelanggan.
iii) Menyediakan latihan untuk mempertingkatkan kemahiran pegawai dan
kakitangan.
iv) Menyediakan kemudahan penggunaan Teknologi Komunikasi &
Maklumat (ICT) dalam pentadbiran.
v) Menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang terbaik dan
mencukupi.
1.3 Piagam Pelanggan
i) Menetapkan tarikh sebutan/bicara kepada pelanggan pada hari
pendaftaran kes.
ii) Menyebut/membicarakan sesuatu kes Mal, Jenayah dan Faraid dalam
masa 21 hari selepas didaftarkan.
iii) Mengeluarkan Sijil Faraid dalam masa 5 hari selepas dibuat
pembahagian hak waris.
iv) Menyebut/membicarakan dalam setahun sekurang-kurangnya 90%
daripada kes Mal, Jenayah dan Faraid yang telah didaftarkan.
v) Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap
aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan
itu diterima.
vi) Mendengar rayuan kali pertama dalam masa 30 hari selepas rekod
rayuan diterima daripada mahkamah yang keputusannya dirayu.
vii) Maklumbalas Aduan Dikemukakan Dalam Tempoh Lima Belas (15)
Hari Dari Tarikh Aduan Diterima.
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 3
1.4 Pencapaian Inovasi Jabatan
1. Semi Finalist, CAPAM 2016 International Innovation Award (Commonwealth
Association of Public Administration and Management) di PICC, Putrajaya,
Kuala Lumpur pada Ogos 2016.
2. Naib Johan, Anugerah Inovasi Islam 2016, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) di Auditorium Masjid Putra,Putrajaya pada 25 Ogos 2016.
3. Anugerah Ketua Pengarah MAMPU, Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan
Awam Peringkat Kebangsaan 2015.
4. Anugerah Inovasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Mejar Jeneral (B)
Dato' Seri Jamil Khir Baharom 2016.
5. Johan Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif Peringkat Negeri Pulau
Pinang 2015.
6. Anugerah Emas dalam Pertandingan Konvensyen Team Excellence Wilayah
Sabah & Sarawak 2015.
7. Anugerah 3 bintang (Emas) Annual Productivity & Innovation Conference
(APIC) 2015, Malaysia Productivity Corporation (MPC).
8. Penerimaan hadiah khas oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, wang tunai
berjumlah RM 15,000.00 di atas kejayaan projek KIK 2016.
9. Anugerah 3 bintang (Emas) Annual Productivity & Innovation Conference
(APIC) 2017, Malaysia Productivity Corporation (MPC).
Sijil Penghargaan & Gambar Kejayaan Kumpulan Adamantium [LAMPIRAN 1].
1.5 Pengenalan Inovasi
Projek Inovasi Pengeluaran perintah bertulis bagi kes penguatkuasaan
dan pelaksanaan perintah nafkah dalam tempoh satu
(1) jam.
Kategori Projek Penyampaian perkhidmatan dalam kategori
penambahbaikan
Projek Mempercepatkan pengeluaran perintah bertulis dan
menyegerakan penyerahan perintah kepada pelanggan
yang telah selesai kes bagi kes-kes penguatkuasaan
dan pelaksanaan perintah nafkah.
Nama Projek Instant- Delivery Orders and Enforcement atau dengan
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 4
singkatan i-DONE
Logo
1.6 Tujuan Projek
Pemilihan projek ini menggunakan beberapa kaedah iaitu bermula dari
masalah yang dikenalpasti hasil daripada brainstorming dan pelbagai kaedah
penilaian lain seperti kaedah gambarajah affiniti, kaedah matrik pemilihan
tema, kaedah analisa data matrik dan sebagainya. [LAMPIRAN 2]
Signifikan bagi pemilihan projek ini berkaitan dengan masalah yang berlaku
semasa pengeluaran perintah bertulis dan kelewatan penyerahan perintah
bertulis kepada pelanggan bagi kes penguatkuasaan dan pelaksanaan
perintah nafkah. Pelanggan terpaksa menunggu masa yang lama sehingga 14
hari untuk mendapatkan perintah bertulis yang telah dikeluarkan dan juga
pelanggan terpaksa hadir ke mahkamah kali yang kedua untuk mengambil
perintah bertulis. Penjelasan proses kerja adalah seperti yang berikut :
BIL
PROSES
KEHADIRAN
TEMPOH MASA
1.
Pelanggan mendengar keputusan perintah (lisan) daripada mahkamah.
1 kali kehadiran
14 hari
2.
Pelanggan hadir ke mahkamah untuk mengambil perintah bertulis.
1 kali kehadiran
Masalah yang berlaku semasa pengeluaran perintah bertulis dan kelewatan
penyampaian perintah bertulis kepada pelanggan di jelaskan dengan
menggunakan kaedah 5W 1H adalah seperti yang berikut ;
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 5
KAEDAH 5W 1H
WHAT
Masalah kelewatan pengeluaran perintah bertulis bagi kes
penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah
mengambil tempoh masa yang agak lama untuk diserahkan
kepada pelanggan.
Kelewatan tersebut menyebabkan pelanggan terpaksa
menunggu tempoh masa lebih kurang 14 hari untuk
menerima perintah bertulis yang telah dikeluarkan.
Pelanggan terpaksa hadir beberapa kali ke mahkamah
untuk dapatkan perintah bertulis yang telah dikeluarkan.
WHERE
Masalah ini berlaku pada setiap kes-kes pelaksanaan dan
penguatkuasaan perintah nafkah di Mahkamah Tinggi
Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah seluruh negeri
Pulau Pinang
WHEN
Perkara ini berlaku selepas mahkamah bacakan perintah
kes penguatkuasaan dan pelaksanaan nafkah kepada
pelanggan semasa hari keputusan dibacakan.
WHY
Penyediaan draf perintah bertulis mengambil tempoh masa
yang agak lama kerana penyediaan draf perintah tersebut
tidak diseragamkan menyebabkan kesulitan untuk
menyediakannya.
Kerap berlakunya kesalahan dalam penyediaan draf
perintah menyebabkan berlakunya proses pembetulan
terhadap draf perintah dan proses kerja pindaan perintah ini
akan berulang sehingga draf perintah tersebut disemak dan
diluluskan tanpa pindaan.
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 6
WHO
Masalah kelewatan berpunca daripada Pembantu Syariah
yang menyediakan perintah bertulis.
Tanggungjawab dan tugasan untuk menyediakan perintah
bertulis hanya diberikan kepada seorang Pembantu Syariah
sahaja menyebabkan berlakunya bebanan kerja dan
tugasan yang tertangguh.
HOW
Proses kerja yang tidak pernah di ubah dan kerja yang
diamalkan tidak multitasking.
1.7 Objektif Projek
Objektif pelaksanaan inovasi ini adalah seperti yang berikut :
1. Menambahbaik proses kerja sedia ada bagi mewujudkan sistem
perkhidmatan perundangan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik
agar dapat menepati kehendak dan keperluan pelanggan.
2. Melestarikan tugasan dan tanggungjawab semua kakitangan dan pegawai
JKSNPP sebagai multitasking dan multiskilling.
3. Memastikan penyediaan perintah bertulis oleh mahkamah dipermudahkan
dan penyampaian perintah kepada pelanggan dapat disegerakan.
1.8 Proses Pelaksanaan Inovasi
Projek ini dilaksanakan secara dalaman tanpa melibatkan pihak luar dan tidak
melibatkan kos yang tinggi. Segala perancangan projek ini telah
menggunakan dua kaedah iaitu kaedah PDCA dan carta perbatuan bagi
memastikan kelancaran perancangan projek ini berlangsung. [LAMPIRAN 3]
1.9 Tempoh Pelaksanaan
Tempoh perancangan projek ini bermula Oktober 2018 dan mula dilaksanakan
pada Januari 2019.
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 7
1.10 Peringkat Pelaksanaan
Pemilihan cadangan penyelesaian adalah menggunakan Kaedah Analisa Pro
dan Kontra dalam memilih cadangan penyelesaian yang paling munasabah
dan terbaik. Projek ini telah menetapkan asas pemilihan berdasarkan tiga
perkara iaitu kesukaran pelaksanaan, keberkesanan dan kos. Melalui kaedah
ini kumpulan telah memilih cadangan-cadangan yang praktikal dan berkesan.
Perkara-perkara yang diambil kira oleh kumpulan ialah adalah cadangan
tersebut mudah untuk dilaksanakan, menghasilkan impak yang besar dan
tidak melibatkan kos yang tinggi. [LAMPIRAN 4]
Cadangan pelaksanaan inovasi bagi memudahkan dan menyegerakan
pengeluaran perintah bertulis kepada pelanggan adalah seperti yang berikut :
a. Menyeragamkan perintah bertulis mengikut kategori kes-kes yang
biasanya mahkamah menggunakan perkataan dan ayat yang sama.
b. Menyediakan format atau template yang telah diseragamkan bagi
memudahkan penyediaan perintah dengan mudah dan cepat.
c. Mewujudkan konsep bekerja multitasking dan multiskilling selaras
dengan perkhidmatan awam kejap. Kakitangan yang bukan daripada
Skim Perundangan Syariah (LS) boleh melaksanakan tugas-tugas lain
sepertimana tugasan dan tanggungjawab seorang Pembantu Syariah.
1.11 Sasaran Outcome Dan Impak
Projek ini telah menetapkan sasaran bagi menyelesaikan masalah kelewatan
pengeluaran perintah bertulis bagi kes penguatkuasaan dan pelaksanaan
perintah nafkah daripada tempoh masa 14 hari kepada 1 hari. Peratus
sasaran mempercepatkan tempoh masa adalah sebanyak 93 peratus yang
perlu dicapai. Perincian sasaran projek adalah seperti yang berikut ;
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 8
Projek inovasi ini telah melalui beberapa peringkat pelaksanaan iaitu melalui
proses uji cuba. [LAMPIRAN 5] Hasil uji cuba pertama gagal, kerana
kumpulan mendapati pengeluaran perintah tidak dapat dikeluarkan dalam
tempoh yang dirancang. Masalah ini berlaku semasa penyediaan oleh
Pembantu Syariah. Pembantu Syariah yang menyediakan perintah tidak dapat
menyediakan perintah bertulis mengikut tempoh kerana dengan bebanan
tugasan yang lain.
Oleh itu kumpulan telah mengadakan brainstorming bagi mendapatkan
cadangan penyelesaian tersebut. Hasil dari keputusan mesyuarat, kumpulan
telah mencadangkan supaya penyediaan draf perintah perlu disediakan oleh
Bailif BSK untuk memudahkan dan mempercepatkan pengeluaran perintah
bertulis.
Uji cuba telah dijalankan pada bulan Disember 2018 dan Januari 2019 di
mana 10 sampel kes telah diuji cuba. Pada bulan Disember, data
menunjukkan bahawa uji cuba pertama sebanyak 2 kes berjaya manakala 8
kes gagal. Manakala uji cuba kedua pada bulan Januari telah berjaya
menunjukkan 9 kes berjaya manakala 1 kes gagal.
PROSES KERJA
TANGGUNGJAWA
B
TEMPOH
SASARAN
Keputusan Mahkamah
Hakim 1 hari
1 HARI
Draf Perintah Pembantu 4 hari
Semak Draf Perintah Hakim / Pendaftar 4 hari
Perintah Bersih Pembantu 3 hari
Meterai Perintah Hakim / Pendaftar 1 hari
Pelanggan terima perintah
Pelanggan 1 hari
JUMLAH TEMPOH MASA 14 HARI
BULAN
KEPUTUSAN UJI CUBA
JUMLAH
SAMPEL
KES BERJAYA GAGAL
Uji Cuba
Pertama
Disember 2018
2 20% 8 80% 10
Uji cuba Kedua
Januari 2019
9 90% 1 10% 10
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 9
Graf : Uji cuba projek
Hasil dapatan daripada uji cuba yang telah berjaya dilaksanakan, kumpulan
telah menggariskan pelaksanaan inovasi untuk dilaksanakan seperti yang
berikut ;
a. Mengeluarkan tindakan pematuhan dan penyeragaman melalui arahan
pentadbiran JKSN Pulau Pinang bagi mematuhi pemakaian perintah
bertulis yang telah diseragamkan. [LAMPIRAN 6]
b. Mewujudkan format atau template yang telah diseragamkan untuk
kemudahan Pembantu Syariah dalam menyediakan perintah bertulis.
c. Menyusun semula prosedur dan proses pembahagian kerja kepada
semua kakitangan dan pegawai supaya dapat menjimatkan masa dan
mesra pelanggan tanpa melanggar tatacara pengurusan kes di
Mahkamah. [LAMPIRAN 7]
Projek ini telah menetapkan syarat pengeluaran perintah bertulis bagi kes
penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah dalam tempoh satu (1) jam adalah
seperti yang berikut ;
a. Tempoh satu jam di ambil kira selepas mahkamah bacakan keputusan ;
b. Jenis/ kod yang melibatkan kes penguatkuasaan dan pelaksanaan
perintah nafkah ;
c. Kes yang tidak diwakili peguam ;
d. Kes selesai pada atau sebelum jam 3.00 petang ; dan
e. Pelanggan perlu bawa dokumen asal dan salinan yang berkaitan
sepertimana terdapat di dalam borang senarai semak dokumen.
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 10
Proses Kerja Pengeluaran Perintah Bertulis Dalam Tempoh Satu (1) Jam ;
TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
MASA
Hakim Baca keputusan 5 minit
Hakim Serah fail kepada Pembantu Syariah
(Dewan) untuk arahan penyediaan
perintah bertulis
2 minit
Pembantu Syariah
(Dewan)
Maklum kepada Pembantu Syariah
(Pejabat) untuk ambil fail dalam dewan
2 minit
Pembantu Syariah
(Pejabat)
Ambil fail dan maklum kepada Bailif BSK
untuk sediakan Draf Perintah
5 minit
Bailif BSK Sediakan draf perintah 10 minit
Bailif BSK Serah draf perintah kepada Penolong
Pendaftar untuk semakan
1 minit
Penolong Pendaftar Semak draf perintah, jika ada kesilapan
serahkan semula kepada Bailif BSK
10 minit
Pembantu Syariah
(Pejabat)
Serah perintah bersih kepada Penolong
Pendaftar
2 minit
Penolong Pendaftar Tandatangan dan meterai perintah 3 minit
Penolong Pendaftar
Serah perintah bertulis yang telah
ditandatangan dan telah di meterai
kepada Pembantu Syariah (Pejabat)
2 minit
Pembantu Syariah
(Pejabat)
Terima bayaran dari pelanggan 1 minit
PT (KEW)
Serah resit bayaran kepada PT (KEW)
Kewangan
1 minit
Pelanggan Terima resit bayaran dan simpan wang 1 minit
Petugas Kaunter
Serah perintah bertulis dan resit bayaran
asal kepada pelanggan
1 minit
Pembantu Syariah
(Pejabat)
Imbas Perintah dan masukkan dalam
sistem e-syariah
5 minit
Pembantu Syariah
(Pejabat)
Failkan 1 salinan perintah bertulis dalam
fail kes
1 minit
Pembantu Syariah
(Pejabat)
Simpan fail 1 minit
JUMLAH MASA 53 minit
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 11
1.12 Pembuktian Pelaksanaan Inovasi Dalam Tempoh Satu (1) Jam
No.Kes
Tarikh / Masa
Keputusan Mahkamah
Tarikh / Masa
Perintah di keluarkan
Masa
07003-037-0372-
2019
17.06.2019 - jam 02.15
pm
17.06.2019 - jam 03.00
pm
45 minit
07002-037-0504-
2018
18.06.2019 - jam 11.30
am
18.06.2019 - jam 12.20
pm
50 minit
07002-037-0593-
2018
21.05.2019 - jam 10.50
am
21.05.2019 - jam 11.30
am
40 minit
Perintah bertulis dan resit bayaran [LAMPIRAN 8]
2. RELEVAN PROJEK
2.1 Kaitan Dengan Fungsi Jabatan Dan Piagam Pelanggan
Projek ini berkait dengan misi jabatan iaitu melaksanakan perbicaraan,
pengurusan mahkamah dan perkhidmatan sokongan secara profesional,
berkesan dan sistematik berasaskan undang-undang dan hukum Syarak.
Projek inovasi ini juga selaras dengan keperluan Manual Kualiti ISO 9001-
2015 JKSNPP bagi meningkatkan lagi kepuasaan hati pelanggan yang hadir
ke mahkamah. [LAMPIRAN 9]
Kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah merupakan salah satu
bidangkuasa Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang. Mahkamah
mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan keputusan bagi
kes yang melibatkan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah.
Pengendalian kes ini secara khususnya dikendalikan oleh Bahagian
Sokongan Keluarga (BSK) untuk melaksanakannya. Data pendaftaran
pengendalian kes yang melibatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan
perintah di negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut
TAHUN DAFTAR SELESAI
2016 90 90
2017 125 125
2018 216 168
2019 140 52
*Data statistik ini melibatkan kes yang didaftarkan di Unit Khidmat Nasihat dan Perundangan (UKNP) dan Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah (UPPP) BSK JKSNPP
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 12
2.2 Kaitan Dengan Agenda Nasional
Projek inovasi ini mempunyai kaitan dengan agenda nasional. Kumpulan telah
menggunakan konsep strategi lautan biru untuk menjelaskan lagi pelaksanaan
inovasi ini adalah seperti yang berikut ;
KONSEP
PENERANGAN
SEBELUM
SELEPAS
ELIMINATE (SINGKIR)
Menghilangkan tekanan pelanggan mahkamah syariah yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan perintah bertulis bagi kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah.
Tempoh masa menunggu untuk dapatkan perintah bertulis tersebut sebelum ini mengambil masa selama 14 hari.
Masa menunggu untuk mendapatkan perintah bertulis dalam tempoh satu (1) jam sahaja selepas mahkamah bacakan perintah.
REDUCE
(KURANG)
Mengurangkan kekerapan pelanggan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah bertulis.
Setiap pelanggan perlu hadir semula ke mahkamah untuk mendapatkan perintah bertulis yang telah dikeluarkan oleh mahkamah.
Penyerahan perintah bertulis kepada pelanggan pada hari yang sama selepas mahkamah bacakan keputusan.
RAISE
(TINGKAT)
Meningkatkan imej jabatan serta mutu penyampaian perkhidmatan perundangan Islam.
Persepsi negatif dikalangan segelintir masyarakat yang menyatakan mahkamah syariah banyak karenah birokrasi
Imej jabatan dapat ditingkatkan dengan penyampaian perkhidmatan yang cepat dan berkesan.
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 13
dan lambat untuk menyelesaikan kes.
CREATE (CIPTA)
Proses kerja penambahbaikan yang kreatif dan inovatif yang belum pernah dilaksanakan.
Proses kerja penyediaan perintah bertulis mengambil tempoh masa 14 hari.
Proses kerja penyediaan perintah bertulis hanya mengambil tempoh masa satu (1) jam
2.3 Kaitan Dengan Keadaan Semasa Kehendak Pelanggan
Isu masalah berkaitan kes penguatkuasaan dan pelaksaaan perintah nafkah
sering disebut samada diperingkat negeri mahupun di peringkat persekutuan.
Permasalahan keculasan pembayaran nafkah anak ini perlu diselesaikan
dengan segera bagi memastikan pembayaran nafkah dapat disempurnakan
dengan baik. Isu permasalahan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah
nafkah ini juga sering di laporkan di media massa. [LAMPIRAN 10]
3. PELAN PENYERAGAMAN DAN PENGAWASAN
Kumpulan telah mengambil tindakan penyeragaman dalam perlaksanaan
projek ini di antaranya ialah mengeluarkan arahan pentadbiran supaya Bailif
Bahagian Sokongan Keluarga menyediakan perintah bertulis bagi kes
penguatkuasaan dan pelaksanaan nafkah dalam tempoh satu (1) jam.
Penyeragaman ini melibatkan kesemua mahkamah syariah di seluruh daerah
negeri Pulau Pinang.
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 14
Gambar : Kedudukan daerah Mahkamah Syariah di Negeri Pulau Pinang
Projek inovasi ini juga akan dicadangkan untuk dipinda dan di susun semula
dalam proses kerja MS ISO 9001-2015 jabatan yang telah sedia ada.
Maklumat berkaitan keberkesanan dan kepuasaan pelanggan akan diperolehi
melalui Borang Soal Selidik yang diedarkan kepada pelanggan untuk
mendapatkan maklum balas dan sebarang penambahbaikan projek ini.
[LAMPIRAN 11]
4. IMPAK INOVASI
Pencapaian sasaran projek ini telah tercapai dan menepati tempoh masa yang
telah ditetapkan dan melebihi 93 peratus. Projek inovasi ini juga tidak
menjejaskan kos perbelanjaan kewangan jabatan kerana perancangan dan
perlaksanaan inovasi yang dicadangkan ini dilaksanakan oleh pegawai dan
kakitangan jabatan sendiri dan menggunakan aplikasi yang sedia ada.
4.1 Impak Tempoh Masa
Projek inovasi ini memberi impak yang tinggi dan meningkatkan lagi kadar
penjimatan dari segi kekerapan kehadiran, tempoh masa dan kos kehadiran
pelanggan yang datang ke mahkamah. Sebelum ini penyediaan perintah
bertulis mengambil masa lebih kurang 14 hari dan selepas pelaksanaan
inovasi ini dapat menjimatkan masa hanya satu (1) jam dengan sekali
kehadiran sahaja.
Penjimatan tempoh masa dan kehadiran pelanggan adalah seperti berikut :
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 15
Bil
Proses Kerja
Sebelum Projek
(kehadiran
pelanggan)
Selepas Projek
(kehadiran
pelanggan)
1. Mahkamah bacakan
keputusan kepada
pelanggan.
1 kali kehadiran
1 jam sahaja
( 1 kali kehadiran )
2. Perintah bertulis
diserahkan kepada
pelanggan.
1 kali kehadiran
JUMLAH KEHADIRAN
2 kali kehadiran
( 14 hari)
4.2 Impak Penjimatan Kos Kehadiran Pelanggan
Projek inovasi ini dapat menjimatkan kos pelanggan yang hadir ke mahkamah.
Bagi pelanggan yang berada di dalam Negeri Pulau Pinang, penjimatan
perbelanjaan bagi kos kehadiran adalah sebanyak RM62.00 daripada
RM124.00 manakala pelanggan yang berada di luar Negeri Pulau Pinang
penjimatan kos kehadiran adalah sebanyak RM230.00 daripada RM460.00.
I
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 16
4.3 Impak Sosial
Projek ini secara amnya telah memberikan impak sosial kepada masyarakat
yang besar ke arah merealisasikan hasrat jabatan untuk meningkatkan tahap
kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan jabatan, di antaranya ialah ;
1. Menghentikan pertelingkahan di antara bekas pasangan dengan
segera.
2. Menghentikan tekanan mental dan emosi ke atas pasangan yang
bertelingkah dengan segera tanpa perlu menunggu masa yang
panjang.
3. Menghentikan tekanan emosi dan mental anak-anak yang terlibat
dalam pengabaian nafkah oleh bapa/suami.
4. Memulihkan dengan segera keadaan pihak-pihak dan mereka boleh
meneruskan kehidupan masing-masing tanpa gangguan.
4.4 Kesan Jangka Panjang Kepada Jabatan dan Negara
Pelaksanaan projek inovasi yang telah dibangunkan ini akan memberi kesan
yang positif kepada pelanggan dan dapat mengurangkan kritikan atau court
bashing kepada Mahkamah Syariah di Malaysia. Selain itu juga dapat
meningkatkan imej jabatan serta mutu penyampaian perkhidmatan
perundangan syariah bagi mengelakkan persepsi negatif dikalangan segelintir
masyarakat yang menyatakan mahkamah syariah terlalu banyak karenah
birokrasi dan lambat untuk menyelesaikan kes.
5. PENGIKTIRAFAN CADANGAN IDEA
Pemilihan cadangan idea inovasi ini adalah sangat relevan dan praktikal untuk
dilaksanakan kerana cadangan idea inovasi bagi mempercepatkan tempoh
pengeluaran perintah bertulis dalam tempoh satu (1) jam telah mendapat
penghargaan dan pengiktirafan. Cadangan idea inovasi ini telah di
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 17
anugerahkan sebagai Johan Keseluruhan semasa Pertandingan Innovation
Blast Negeri Pulau Pinang tahun 2018. [LAMPIRAN 12]
6. PENUTUP
Cadangan inovasi ini boleh menjadi benchmark atau penanda aras dan boleh
menarik minat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah
Syariah Negeri-negeri untuk diaplikasikan di seluruh mahkamah syariah di
Malaysia.
Projek inovasi ini boleh juga dicadangkan untuk dijadikan sebagai salah satu
modul yang boleh dibangunkan dalam sistem E-Syariah yang sedia ada bagi
mewujudkan satu sistem yang lebih komprehensif daripada proses kerja yang
telah dilaksanakan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.
Projek inovasi yang dilaksanakan ini juga boleh memberikan impak yang amat
positif kepada perkhidmatan perundangan syariah dan akan dapat
meningkatkan lagi keyakinan masyarakat kepada institusi keadilan Islam.
Selain itu, pelanggan mahkamah akan memperoleh impak yang sangat besar
dari segi penjimatan dan mengurangkan tempoh masa menunggu untuk
mendapatkan perintah bertulis yang dikeluarkan. Projek inovasi ini juga
berpotensi untuk diperluaskan lagi untuk dipraktikkan di mahkamah-
mahkamah syariah seluruh negara.
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 18
LAMPIRAN 1
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 19
LAMPIRAN 2
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 20
LAMPIRAN 3
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 21
LAMPIRAN 4
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 22
LAMPIRAN 5
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 23
LAMPIRAN 6
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 24
LAMPIRAN 7
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 25
LAMPIRAN 8
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 26
LAMPIRAN 9
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 27
LAMPIRAN 10
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 28
LAMPIRAN 11
i-DONE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 29
LAMPIRAN 12
top related