assignment kbat
Post on 18-Jan-2016
203 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Pengenalan
Pemikiran Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 menekankan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) untuk melahirkan pelajar yang dapat berdaya saing menjelang abad ke 21.
Kemahiran berfikir aras tinggi itu berlaku apabila seseorang itu mendapat maklumat
baru, menyimpan, menyusun serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada
dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau
penyelesaian situasi rumit.
Menurut kajian yang yang dilakukan oleh UN Education Index, Malaysia
muncul ditempat ketiga terakhir daripada 181 buah negara. Manakala kajian
“Programme for International Student Assesment” (PISA) pula meletakkan Malaysia
di tangga 55 daripada 74 buah Negara yang menyertai. Laporan TIMSS 2011 juga
mendedahkan kejatuhan kedudukan Malaysia dalam mata pelajaran Matematik iaitu
pada kedudukan 16(1999), 10(2003), 20(2007) dan 26(2011). Begitu juga dengan
kejatuhan markah purata iaitu 519(1999), 508(2003), 474(2007) ke 440(2011).
Dalam PPPM 2013-2025, ada menetapkan sasaran, Malaysia perlu mencapai
skor purata 500 di TIMSS menjelang 2015 dan menjelang 2025, Malaysia perlu
mencapai 1/3 tempat teratas dalam TIMSS dan Pisa. Oleh itu, kemahiran berfikir
aras tinggi perlu diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia umumnya dan
pendidikan Matematik khasnya kerana murid perlu ada keupayaan penaakulan,
membuat unjuran dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dalam suasana
yang berlainan.
Murid juga memerlukan ciri-ciri kepimpinan untuk bersaing di peringkat global.
Pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan murid di Malaysia sukar
mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian tinjauan ke atas syarikat Malaysia
dan syarikat antarabangsa juga melaporkan bahawa murid Malaysia gagal
menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bakal majikan. Kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) diperkenalkan adalah untuk:
1
• meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan
• mewajarkan penyelesaian dan penemuan (lebih banyak analisa,
menilai dan mencipta)
• diperlukan untuk penyiasatan saintifik
• konsep matematik dapat dipelajari dengan lebih berkesan
menggunakan KBAT
• meningkatkan keupayaan murid dalam menyiasat dan meneroka idea
Matematik
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 ada menyatakan bahawa, untuk
meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa, rombakan semula
peperiksaan dan pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran
berfikir aras tinggi (higher order thinking skills) adalah perlu untuk menghasilkan
modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad 21 agar
Negara mampu bersaing di persada dunia.
Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi
akan ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR,
80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan
bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM.
Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal
bentuk soalan dan topik yang akan diuji, dan pada masa yang sama tidak perlu
melaksanakan latih tubi terhadap topik terhadap topik tertentu. Sebaliknya murid
dilatih berfkir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai
konteks keperluan. Penilaian berasaskan sekolah juga memberikan tumpuan untuk
kemahiran berfikir aras tinggi.
Falsafah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Modenisasi
dan perkembangan teknologi, membawa bersamanya pelbagai cabaran yang
memerlukan tenaga manusia yang cekap, cekal dan boleh berfikir aras tinggi.
Sistem ekonomi yang sudah ditransformasikan telah mengubah corak dan pola
2
dunia pekerjaan, Seseorang pekerja dijangka akan menukar jenis pekerjaan yang
dilakukan sebanyak 5 hingga 8 kali dalam hayatnya disebabkan perubahan teknologi
yang pesat di tempat kerja.
Namun demikian tenaga pekerja harus dilengkapkan dengan kemahiran-
kemahiran berfikir yang membolehkan mereka mempelajari teknologi baru dengan
mudah dan dalam masa yang amat singkat selaras dengan perubahan teknologi
yang terlalu pantas.
Arah aliran ekonomi Malaysia menuju kepada perkembangan industri
berteknologi tinggi dan ke arah negara berinovasi pada tahun 2012 memerlukan
tenaga manusia yang berkemahiran tinggi serta berjiwa kental bagi menghadapi
sebarang cabaran.
Antara kemahiran yang diperlukan ialah pengendalian maklumat, menyelesai
masalah dengan cekap, bekerjasama, berkomunikasi dengan baik, berfikir secara
kritis dan kreatif (Perkins, 1986).
Bereiter & Scardamalia (1987) menyatakan bahawa dalam Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi, pelajar perlu dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif,
mewujudkan wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens yang
dinamakan ‘literasi tinggi’ (high literacy).
Prof.Dr. Rajendran (2010) menyatakan kemahiran berfikir aras tinggi ialah:
• Menggunakan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi
cabaran
• Interpretasi, analisis, dan manipulasi maklumat
• Bersifat kritikal terhadap maklumat, idea dan pendapat.
• Membuat kesimpulan, inferens dan generalisasi.
• Komunikasi berkesan, membuat jangkaan, penyelesaian masalah,
menilai idea, memberikan pendapat dan membuat pemilihan dan
keputusan.
3
Strategi yang boleh digunakan dalam penggunaan KBAT ialah seperti:
Soalan terbuka
Perbincangan
Metakognisi
Pengurusan Grafik
Kaedah Penyelesaian masalah
Teknik Penyoalan
- Teknik yang paling kerap dan popular digunakan oleh guru-guru untuk
merangsang pelajar berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran
adalah teknik penyoalan. Guru-guru boleh membentuk dan mengemukakan
soalan-soalan mengikut aras tinggi seperti yang dikelaskan dalam Taksonomi
Bloom.
Secara umumnya kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) tidak memerlukan
pelajar untuk menggunakan kemahiran berfikir dan operasi yang digunakan adalah
jelas. Manakala kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) memerlukan tahap pemikiran
aras tinggi pelajar, kemahiran menaakul, jawapan yang diperlukan tidak serta merta
jelas, menggalakkan lebih dari satu penyelesaian, membentuk pelajar yang kreatif
dan menggalakkan perbincangan untuk mendapatkan penyelesaian.
PERBANDINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS RENDAH (KBAR) DAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kemahiran berfikir aras rendah (KBAR)
1. Pemikiran Aras Rendah ialah penggunaan pemikiran secara terhad, di mana
pelajar hanya disogokkan dengan jawapan-jawapan yang menyebabkan pelajar
malas untuk berfikir. (Som & Mohd Dahlan) Pelajar akan hanya mengingat bahan-
bahan yang telah dipelajari daripada pelbagai fakta yang spesifik sehingga kepada
perbuatan mengingat semula teori yang lengkap. (Prof.Dr. Rajendran A/L Nagappan,
Kemahiran Berfikir)
2. Onosko and Newmann(1994) & Rajendran(1998) menyatakan bahawa
kemahiran berfikir aras rendah ialah
4
i. Penggunaan pemikiran secara terhad
ii. Bersifat rutin dan mekanistik
iii. Mengingat kembali maklumat yang terancang.
iv. Menggambarkan, membandingkan, merumuskan, menghubungkait,
penyelesaian.
3. Dalam Model Taksonomi Bloom (1956), kemahiran berfikir aras
rendah(KBAR) ialah dua aras di peringkat rendah iaitu pengetahuan dan
pemahaman.. Pengetahuan ialah mengingat kembali maklumat yang diterima
manakala pemahaman ialah memahami setiap maklumat yang diterima.
4. Pendekatan mengajar KBAR ialah :
i. Memberi tindak balas terhadap fakta di mana maklumat-maklumat
penting telah diberi.
ii. Menulis semula maklumat khusus yang diketengahkan dalam
perkataan sendiri atau menukar bentuk penulisan jenis yang lain tanpa
menghilangkan fakta yang asal (Barret, 1967)
iii. Memproses data
5. Kaedah yang digunakan di dalam KBAR:
i. Kajian Teks dan gambar
ii. Soalan Tertutup
Contoh:
1) Mendefinisi
2) Mengingat
3) Mengulang
4) Menyenaraikan
5) Mengenal pasti
6) Mendeskripsi
5
7) Memberi contoh
8) Membanding
9) Menghubung kait
Objektif KBAT dalam matapelajaran Matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi amatlah penting dalam pendidikan Matematik
dan ia merupakan satu keperluan dalam penyelesaian masalah Matematik.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga perlu untuk membina pengetahuan
Matematik di kalangan pelajar agar dapat meningkatkan kecemerlangan dan
mencapai hasrat dan aspirasi Negara. Terdapat 7 jenis penyelesaian masalah
kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran Matematik. Penyelesaian masalah
tersebut ialah:
Bukan Rutin
Lembaga Peperiksaan (LP)
TIMSS
PISA
Model Dan Heuristic (Mdh)
I-Think
Penyelesaian Masalah Berstruktur (PMB)
Bukan Rutin ialah masalah yang memerlukan tahap pemikiran di mana murid
melibatkan diri dalam menentukan tahap pembelajaran mereka. Soalan Bukan Rutin
memerlukan tahap kognitif yang lebih tinggi. Ciri-ciri soalan bukan rutin adalah
seperti berikut:-
Memerlukan kemahiran berfikir pada aras tinggi.
Meningkatkan kemahiran menaakul.
Jawapan dan prosedur yang perlu digunakan tidak serta merta jelas.
Mungkin terdapat lebih daripada satu cara penyelesaian dan strategi.
Mungkin terdapat lebih daripada satu jawapan.
Lebih mencabar.
Berupaya membentuk murid yang kreatif dan inovatif.
6
Penyelesaian memerlukan lebih daripada membuat keputusan dan
memilih operasi matematik.
Memerlukan masa yang sesuai untuk diselesaikan.
Menggalakkan perbincangan dalam kumpulan bagi mendapatkan
penyelesaian.
Pendekatan Kefahaman
Pendekatan kefahaman mempunyai hubungan yang rapat dengan
pengetahuan dan kemahiran berfikir. Apabila sesuatu pengetahuan telah difahami
dengan baik, ia akan menggalak proses berfikir. John McPeck (1981), menyatakan
bahawa pengetahuan yang berhasil daripada pemikiran yang baik adalah seperti
berikut :-
Tiada generalisasi dalam pemikiran, hanya berfokus dalam berfikir tentang
sesuatu.
Seorang yang bijak berfikir dalam sesuatu perkara tidak semestinya bijak
berfikir dalam perkara lain.
Kualiti pemikiran bergantung kepada pengetahuan yang ada tentang sesuatu
tajuk dan bidang.
Pengajaran cara berfikir perlu memberi fokus kepada pengajaran
pemahaman.
Tishman, Perkins dan Jay (1995) dalam buku berjudul “The Thinking
Classroom” menjelaskan untuk mewujudkan budaya berfikir, para guru perlu
menggunakan pendekatan kefahaman kerana pemahaman pelajar tentang konsep
berfikir perlu diberi keutamaan. Istilah serta konsep berfikir itu sendiri haruslah
diperkenalkan kepada para pelajar terlebih dahulu. Perkins menjelaskan bahawa
murid perlu didedahkan kepada konsep berfikir terlebih dahulu sebelum sesuatu
pembelajaran dan pengajaran diteruskan.
Kefahaman berlaku apabila kita dapat berfikir menggunakan pengetahuan
yang diperolehi dan ia mengakibatkan pemahaman terhadap perkara tersebut
7
meningkat. Maka, pengajaran yang membantu murid berfikir tentang pengetahuan
yang diperolehi dapat meningkatkan kefahaman murid.
Reka Bentuk Kurikulum
Reka Bentuk Berpusatkan Masalah
Reka bentuk ini memberikan fokus terhadap masalah sebenar individu dan
sosial. Reka bentuk berpusatkan masalah ini bertujuan untuk memenuhi keperluan
yang tidak tercapai dalam sesuatu komuniti. Reka bentuk ini sebahagian besarnya
bergantung pada sifat masalah yang akan dikaji.
Bagi menyelesaikan masalah pembelajaran murid, reka bentuk situasi-
kehidupan telah dipilih bagi menentukan kurikulum yang bakal dibentuk. Reka
bentuk ini menekankan aktiviti seperti mengekalkan kehidupan, meningkatkan
kehidupan, mengekalkan hubungan politik dan social
Terdapat tiga andaian dalam reka bentuk ini berurusan dengan situasi
kehidupan yang berterusan supaya berfungsi sebagai masyarakat yang berjaya, dan
pendidikan dapat menganjurkan kurikulum yang di sekeliling mereka. Andaian
seterusnya ialah murid-murid dapat melihat keberkesanan sesuatu kandungan jika ia
berfungsi untuk kehidupan komuniti mereka. Andaian terakhir ialah mempunyai
murid yang akan terlibat secara langsung dalam memperbaiki masyarakat.
TUJUAN
Melahirkan insan yang berdikari dan dapat menghadapi cabaran serta
mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penggunaan wang.
MATLAMAT
Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi
cabaran abad ke 21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.
8
OBJEKTIF
1. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi melalui pemahaman prinsip-
prinsip berkaitan dengan KBAT
2. Meningkatkan penggunaan startegi-strategi penyelesaian masalah kontemporari
bagi Matematik.
3. Mempraktikkan pemikiran Matematik yang dapat memupuk kreativiti, pemikiran
kritis dan pemikiran inkuiri.
ISI KANDUNGAN
Matematik Tahun 4
Bab: 7.0 Pecahan
Penambahan pecahan (penyebut sama)
PENGALAMAN PEMBELAJARAN
Operasi asas dalam pengiraan iaitu penambahan pecahan penyebut yang sama.
PENILAIAN
Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting kerana
ia dapat memberikan maklumat tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, murid dapat mengetahui tahap keupayaannya dan
merancang kegiatan susulan.
Matlamat penilaian yang dijalankan ialah ia dapat mencerminkan matlamat
sukatan pelajaran. Bagi konteks ini, mata pelajaran yang terlibat ialah Matematik. Ia
juga dapat mencerminkan keupayaan murid berfikir secara kreatif dan kritis.
Matlamat pendidikan yang lain ialah penilaian berupaya memperoleh dan
menyampaikan maklumat, idea dan perasaan tentang sesuatu perkara.
Penilaian yang dipilih ialah penilaian jenis formatif kerana ia meliputi aktiviti
yang dapat meningkatkan program iaitu mengoptimumkan pembelajaran murid
supaya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan mencapai objektif yang telah
dirancang. Penilaian ini dijalankan secara berterusan sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penilaian ini menggabung
9
jalinkan penilaian formal dan informal bagi mendapatkan maklum balas dan
membuat tindakan susulan.
Sebelum sesuatu penilaian dijalankan, perancangan yang teliti perlu
dijalankan seterusnya mentadbir instrumen yang bakal digunakan dalam penilaian
tersebut. Selepas itu, proses pentafsiran dijalankan bagi memastikan keberkesanan
sesuatu penilaian yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran serta
mentafsir maklum balas yang dapat diberikan kepada murid. Proses yang terakhir
adalah proses pengajaran. Melalui proses ini, strategi yang digunakan untuk
meningkatkan pembelajaran murid perlu dirancang dengan teliti.
Penilaian formatif juga dapat menilai keefektifan guru supaya tahap pengajaran
guru dapat dinilai. Ia juga lebih fokus terhadap guru dan pelajar. Hasil produktiviti
adalah berdasarkan proses pembelajaran murid kerana penilaian ini dapat
membekalkan data untuk membetulkan kurikulum dan tingkah laku murid. Melalui
hasil penilaian ini, suatu peningkatan perlu dilaksanakan sebagai proses maklum
balas dan memperbetulkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh Pelajaran KBAT
Perkara Isi Kandungan Catatan
Mata Pelajaran Matematik
Tahun 4
Topik 7.0 Pecahan
Standard
Kandungan
7.2 Penambahan Pecahan (penyebut sama)
Masa 60 Minit
Bil. Murid 20 orang
Kaedah Melukis gambar rajah, latih tubi
KBAT Menyelesaikan masalah, membanding beza,
menjana idea, membuat perkaitan
10
Bahan
pengajaran
Kertas warna, kad pecahan, gambar pecahan,
LCD, komputer, lembaran kerja.
Pengetahuan
sedia ada
Murid tahu pecahan yang mempunyai penyebut
yang sama.
Objektif Pada akhir pelajaran sesi pdp murid-murid dapat
Menjelaskan kefahaman tentang pecahan
yang mempunyai penyebut yang sama.
Menambah hingga tiga pecahan wajar
yang penyebut sama dengan pelbagai
strategi.
Aktiviti
(Set Induksi)
1) Guru bertanya khabar murid-murid.
2) Guru memberikan kertas berwarna kepada
semua murid.
3) Guru meminta murid membahagikan kertas
warna tersebut kepada empat bahagian
yang sama.
4) Guru meminta murid meneka tajuk
pelajaran hari ini.
Kertas warna
Menjana idea
Aktiviti
(Perkembangan)
1) Guru memainkan video berkenanaan
dengan topik.
2) Murid menjelaskan pemahaman mereka
tentang video yang ditontoni.
3) Guru menjelaskan kandungan video kepada
murid supaya murid dapat memahaminya
dengan lebih mendalam.
4) Guru memberikan contoh tambahan dengan
menggunakan kad pecahan.
LCD dan computer
Membuat perkaitan
Aktiviti
(Penilaian)
1) 1) Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2) 2) Setiap kumpulan diberikan satu soalan
3) KBAT untuk berbincang dan mencari
4) jawapan.
3) Murid membincang dan
membentangkan penyelesaian mereka.
Menyelesaikan
masalah
11
4) Murid diberikan lembaran kerja yang
mengandungi soalan aras rendah dan
soalan KBAT.
5) Guru membincangkan soalan-soalan
tersebut dan membezakan soalan aras
rendah dan KBAT.
Aktiviti
(Penutup)
1) Murid berbincang tentang topik yang
dipelajari.
2) Murid memberikan contoh dimana pecahan
digunakan dalam kehidupan seharian.
3) Murid memberikan maklumbalas tentang
penyelesaian soalan-soalan KBAT.
membuat perkaitan
Penilaian Interaksi secara lisan, perbincangan hasil kerja,
kerja kumpulan.
Refleksi
Soalan KBAT pecahan
Soalan 1
12
A B
Muthu dan Abu pergi berkelah di tepi pantai. Mereka telah membawa bersama
makanan dan minuman yang akan dikongsi sama rata. Nyatakan kuantiti makanan
dan minuman yang akan diperolehi oleh Muthu dan Abu.
Cadangan Jawapan
Muthu dan Abu masing-masing akan mendapat :
1 kek
3 air kotak
4 bahagian pizza
8 biskut
Soalan 2
Haslan berjalan sejauh 1/4 km ke sekolah. Selepas sekolah dia melawat kawannya
yang tinggal 2/4 km dari sekolah. Berapakah jarak yang telah dilalui oleh Haslan?
Cadangan Jawapan
1/4 + 2/4 = 1 + 2
4
= 3
4
13
C D
Soalan 3
Ibu mengambil sebiji oren dari peti sejuk. Kemudian, ibu memotong buah oren
tersebut kepada 8 bahagian yang sama. Ali memakan 2 ulas daripada oren itu dan
Adi memakan lebih daripada Ali. Berapakah bilangan ulas yang dimakan oleh Adi?
14
Dimakan oleh Ali Dimakan oleh Adi
Rujukan
Bahan Kursus : Lembaga Peperiksaan Malaysia (2012). Elemen Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (Kbat) Dalam Instrumen Pentaksiran. Lembaga Peperiksaan
Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahan Kursus: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Sains dan Matematik (Higher
Order Thinking Skilss In Sciences and Mathematics)(HOTsSM) (2012).
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahan Kursus : Bahagian Perkembangan Kurikulum (2012). Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) Dalam Matematik. Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia
15
Bahan Kursus : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Analisis Item
Matematik Timss 2011. Bahagian Perancangan dan penyelidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahan Kursus : Bahagian Pendidikan Guru. Peta Pemikiran I-Think.
BahagianPendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bereiter, C., & Scardamalia, M. (1987). The psychology of written composition.
Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
Bloom, B.S. (terjemahan Abdullah Junus). (1989). Taksonomi Objektif Pendidikan
(Buku Pedoman I:Domain Kognitif). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dr Ng Soo Boon (2013). Falsafah, prinsip dan isu dalam Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) yang berkaitan dengan TIMSS dan PISA di Malaysia.Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diperoleh pada 9
November 2013 dari
http://www.bharian.com.my/articles/Rangsangkemahiranberfikirarastinggi/
Article/
N.S.Rajendran (January 2010). Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi: UPSI
N.S Rajendran Ph.D(2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan
Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. UPSI
Prof.Dr. Rajendran A/L Nagappan (2010). Kemahiran Berfikir. Diperoleh pada 19
November 2013 dari
16
http://www.slideboom.com/presentations/145402/KEMAHIRAN-BERFIKIR-
ARAS-TINGGI-(KBAT)-DAN-KEMAHIRAN-BERFIKIR-ARAS-RENDAH-
(KBAR).
17
top related