assignment ppbk
Post on 26-Oct-2015
103 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER 02 / TAHUN 1
KOD KURSUS: HBEF2303
TAJUK KURSUS:TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
1
1.0: PENGENALAN
Pendidikan pada masa kini sedang mengalami era perubahan yang amat ketara
bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan yang amat ketara ini
berlaku hasil dari perubahan dalam teknologi maklumat yang secara tidak langsung
meningkatkan penggunaan komputer dalam pendidikan.
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran kini amat dititik
beratkan oleh kerajaan (Baharuddin, Manimegalai, Rio Sumarni. 2001) . Banyak perisian
pendidikan dibangunkan sama ada oleh agensi kerajaan mahupun swasta. Bahagian
Teknologi Pendidikan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia umpamanya,
menghasilkan banyak bahan-bahan pembelajaran yang berasaskan penggunaan komputer.
Kesedaran tentang pentingnya komputer dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran telah banyak mengubah corak pembelajaran di Malaysia.
1.1 : Komputer Dalam Pendidikan.
Kini penggunaan komputer menjadi semakin penting berikutan kemajuan
pesat pembangunan teknologi di Malaysia. Guru yang kurang berpengetahuan
dalam teknologi maklumat dan komunikasi perlu bertindak untuk mencapai
kemajuan tersebut. Menurut Fatimah ( 1980 ), guru kurang menggunakan alat
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat sebilangan besar guru-
guru yang masih menggunakan kaedah tradisional ( penggunaan kapur dan papan
hitam ) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi komputer dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran di Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan
perbelanjaan yang besar dalam merealisasikan hasrat tersebut. Program
pemberian netbook percuma kepada para pelajar yang layak adalah merupakan
agenda penting kerajaan dalam menggalakkan penggunaan teknologi komputer
dalam pendidikan di Malaysia, selain pewujudan Sekolah Bestari yang berasaskan
penggunaan komputer sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2
1.2 : Sejarah Perkembangan Komputer.
Sejarah penggunaan komputer dalam pendidikan bermula pada komputer
generasi kedua iaitu sekitar 1950-an. Kebanyakkan universiti di Amerika Syarikat
telah menggunakan kemudahan komputer bagi tujuan menyimpan rekod pelajar,
pentadbiran dan kewangan. Pada tahun 1960-an, satu kajian iaitu projek PLATO
(Programmed Logic Autimatic Teaching Operations) (Alpert dan Bitzer, 1970)
dijalankan di University Illinois dengan tujuan membina sistem pengarahan yang
berasaskan komputer. Pada tahun 1969, tutorial pembelajaran berbantukan
komputer diperkenalkan dibawah projek Computer Assisted Learning (CAL)
yang telah dibangunkan di University Leeds di Britain (Hoper, 1978).
Di Malaysia, komputer mula digunakan pada tahun 1965 apabila Lembaga
Letrik Negara menggunakan komputer untuk memproses gaji kakitangan dan juga
akaun syarikat. Pada waktu itu, penggunaan komputer tidak disambut baik kerana
kos komputer yang tinggi dan kekurangan tenaga mahir dan berpengalaman
dalam bidang komputer.
Kini, atas kesedaran masyarakat tentang kepentingan komputer terhadap
pembangunan Negara, maka kita dapat melihat perubahan positif yang agak
ketara. Komputer digunakan oleh masyarakat, mengikut keperluan masing-
masing bukan sahaja digunakan oleh agensi kerajaan dan swasta tetapi juga orang
awam. Malaysia sekarang muncul sebagai pengguna ke-empat terbesar di Asia.
Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa
implikasi yang besar keatas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang
pendidikan. Menurut Heinich, et al. (1997), banyak perisian komputer yang boleh
di manfaatkan dalam setiap aspek pendidikan. Di Malaysia, PPBK telah mula
diperkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20
buah komputer pada tahun 1993. Suatu bahan perisian yang dinamakan ComIL
telah diperkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan.
3
Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan 4 mata pelajaran iaitu
Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
1.3 : Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer.
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah satu
kaedah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PPBK, jika
dilaksanakan dengan terancang mampu menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan bermutu. PPBK biasanya dijalankan dengan
menggunakan perisian kursus yang merangkumi topik-topik tertentu dan
disampaikan secara interaktif kepada pelajar. Menurut Baharuddin dan Mohd
(1995), perisian kursus adalah melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-
elemen seperti video, audio, teks, grafik dan animasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
menyeronokkan.
Menurut Norhashimah (1996), penggunaan PPBK yang berkesan adalah
paling mudah dipelajari apabila dunia pengguna dan aplikasi bertemu, sekurang-
kurangnya pada satu tahap konsep. Apabila perisian membenarkan pengguna
mengawal perjalanan perisian mengikut keselesaan pengguna serta tahap
pengguna ( meliputi aspek kemudah-belajaran dan kemudah-ingatan ), maka
seharusnya bantuan secara elektronik disediakan bagi memudahkan pengguna
menggunakan perisian tersebut.
1.4 : Jenis-Jenis Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer.
Terdapat pelbagai jenis PPBK yang telah dibangunkan pada masa kini, baik
oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi dibawah Kementerian Pelajaran
Malaysia mahupun pihak swasta yang berkepentingan dalam sistem pendidikan
negara. Antara jenis-jenis PPBK yang telah dihasilkan ialah PPBK tutorial,
permainan, simulasi, tunjuk cara, ujian dan latih-tubi.
1.4.1 : PPBK Jenis Tutorial
4
Tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan untuk
mempersembahkan bahan pengajaran yang baru yang disertai dengan
langkah-langkah penerangan yang tersusun. (Alessi & Trolip, 1991). Ianya
boleh digunakan sebagai latihan, aktiviti pengukuhan, menyelesaikan
masalah dan mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak. Minda
dan minat murid akan dirangsang melalui penggunaan ilustrasi, audio,
animasi dan grafik.
Tutorial membolehkan murid balajar mengikut kemampuan
kendiri. Murid boleh mengulangi aktiviti pembelajaran sekerap mungkin
sehingga benar-benar memahami kandungan pelajaran yang disampaikan.
1.4.2 : PPBK Jenis Permainan.
Permainan adalah merupakan jenis PPBK yang semakin popular
masa kini. Murid belajar sambil bermain, dan ini boleh menarik minat
murid dan menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.
Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), guru perlu berhati-
hati dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran agar objektif
pembelajaran adalah sesuai dengan permainan tersebut.
1.4.3 : PPBK Jenis Simulasi
Simulasi memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti
untuk menguji dan memahami kesan sesuatu tindakan terhadap suatu
sistem atau keadaan sebelum menghadapi keadaan sebenar. Thomas &
Milligan (2004), mentakrifkan simulasi sebagai keadaan atau sistem yang
dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang
bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi.
5
Penggunaan simulasi selepas sesuatu pengajaran akan
mengukuhkan pemahaman pelajar dan memperbetulkan kesilapan
tanggapan semasa pembelajaran sebenar.
1.4.4 : PPBK Jenis Tunjuk Cara.
Tunjuk cara adalah satu kaedah PPBK yang digunakan untuk
menunjukkan kepada pelajar tentang suatu prosedur. Kaedah ini
membolehkan murid memahami suatu prosedur sebelum melakukannya
dalam keadaan sebenar. Ianya juga sesuai digunakan untuk memahami
suatu konsep yang sukar atau tidak sesuai dilakukan didalam kelas.
1.4.5 : PPBK Jenis Ujian.
PPBK jenis ini membolehkan guru mengukur dan menilai
pencapaian pelajar dengan cepat. Pelajar akan dapat maklumbalas tentang
ujian mereka dengan serta-merta. PPBK jenis ini sesuai untuk menilai
pencapaian pelajar dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. PPBK
jenis ujian juga banyak membantu dan memudahkan kerja guru dalam
menilai pencapaian pelajar.
2.0 : MANUAL PENGGUNA.
Bagi membantu anda mengetahui dan memahami, bagaimana perisian ini
beroperasi dan kandungan-kandungan yang terdapat di dalam perisian ini, berikut
dipaparkan beberapa rajah yang akan menerangkan cara-cara mengendalikan perisisan ini
dan kandungan yang terdapat dalam perisian ini.
6
Rajah 2.1 : Memulakan CD perisian matematik tahun 5.
Rajah 2.2 : Memulakan perisisan.
7
Klik ikon start untuk memulakan perisian.
Klik ikon play cd untuk memulakannya,
Klik butang enter bagi mendapatkan paparan berikutnya
Panel pembangunan perisian dan akta hak cipta
Rajah 2.3 : Daftar pengguna
Rajah 2.4 : Menu utama
8
Masukkan maklumat berikut bagi penggunaan kali pertama
Pilih pada nama bagi murid yang pernah menggunakan perisian ini.
Klik untuk pilih jenis pembelajaran.
Klik pada nombor pilih tajuk pembelajaran
Klik untuk keluar
2.5 : Halaman e-journal
Rajah 2.6 : Halaman e-glossary
9
Ruangan untuk menulis idea, pandangan dan pengalaman pembelajaran
Untuk simpan ‘save’
e-mel idea
Untuk cetak
Gambar bagi menjelaskan maksud perkataan
Makna perkataanPilih abjad yang diperlukan
Pilih perkataan yang diperlukan
Rajah 2.7 : Halaman untuk memilih peringkat ujian.
Rajah 2.8 : Memulakan ujian.
10
Pilih peringkat ujian
Cetak keputusan ujiane-mel keputusan ujian
Ke menu utama
Topik yang akan diuji dan bilangan soalan.
Memulakan ujian
back bantuan
Panduan pengguna
Menu utama
next
Rajah 2.9 : Menjawab soalan ujian.
Rajah 2.10 : Paparan keputusan ujian.
11
Nombor soalan. Tanda hijau bagi soalan yang telah dijawab
Soalan
Untuk langkau soalan.
Selesai jawab 15 soalan. Klik submit untuk hantar.
Pilihan jawapan
Markah yang diperolehi
Kata-kata perangsang Simpan ke pangkalan data.
3.0 : KAEDAH PENILAIAN
Penilaian terhadap perisian PPBK adalah sangat penting dalam memastikan
kandungan perisian benar-benar menepati objektif pembelajaran dan mampu
menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dan optimum. Menurut
Shaifol (2003), kegagalan menilai akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan
perisian PPBK secara optimum.
Robiah Sidin (1992), mentakrifkan penilaian ialah satu perinsip untuk mengukur
pencapaian secara sistematik. Penilaian hendaklah merangkumi beberapa aspek agar
kelemahan-kelemahan dapat dikenal pasti dan pemilihan tepat dapat dilakukan.
Dalam membuat penilaian terhadap perisian PPBK, beberapa kriteria penting
harus diberi perhatian, antaranya isi kandungan perisian, aspek teknikal dan
pendokumentasian. Kriteria-kriteria ini perlu diberi perhatian semasa proses penilaian
bagi memastikan perisian yang dipilih mampu merangsang pembelajaran murid dan
memudahkan pengajaran guru.
Dalam menilai keberkesanan perisian Matematik Tahun 5 (Buku Teks) ini,
kaedah penilaian yang digunakan ialah kaedah soal-selidik. Sebanyak 20 soalan yang
terdiri daripada 4 bahagian (maklumat respondan, isi kandungan, aspek teknikal dan
dokumentasi) telah dibina bagi mengukur dan menilai keberkesanan, kelebihan dan
kelemahan yang terdapat pada perisian PPBK ini. Seramai 10 orang respondan yang
terdiri daripada 5 orang murid dan 5 orang guru telah dipilih bagi menilai perisian PPBK
ini. Guru yang terlibat ialah 3 orang guru matematik, 1 orang (guru) ketua Panitia
Matematik dan 1 orang guru cemerlang matematik. Manakala murid pula adalah murid
tahun lima pelbagai kebolehan. Penilaian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan
Rantau Panjang, Kelantan.
4.0 : ANALISIS KAJIAN (DAPATAN PENILAIAN).
Setiap item yang dikemukakan dalam borang soal-selidik perlu dianalisis bagi
mendapatkan gambaran jelas tentang keberkesanan, kekuatan dan kelemahan yang
terdapat pada perisian yang dinilai. Analisis ini perlu bagi menilai agar perisian PPBK ini
12
benar-benar dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
menyeronokkan. Dapatan penilaian ini telah dianalisis mengikut aspek-aspek yang telah
ditetapkan dalam kajian ini seperti demografi respondan, kesesuaian isi kandungan, aspek
teknikal, pendokumentasian, mudah dikendalikan, dapat dijalankan dengan licin tanpa
gangguan dan banyak lagi.
4.1 : Demografi Respondan.
Penilaian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang,
Kelantan yang melibatkan 10 respondan yang terdiri dari 5 orang guru dan 5
orang murid sebagaimana yang di gambarkan dalam jadual 4.1.1 di bawah. Guru-
guru yang terlibat dalam penilaian ini adalah 3 orang guru perempuan dan 2 orang
guru lelaki yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran matematik di
Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Murid yang terlibat pula adalah terdiri dari
2 orang murid perempuan dan 3 orang murid lelaki yang sedang belajar di tahun 5
di sekolah yang sama.
JANTINAFREKUENSI
PERATUSGURU MURID
LELAKI 2 3 50
PEREMPUAN 3 2 50
JUMLAH 5 5 100
Jadual 4.1.1 : Jantina Respondan.
Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang merupakan sebuah sekolah yang di
katogerikan sebagai sekolah luar bandar. Lokasi sekolah mempengaruhi
kecenderungan penggunaan perisian PPBK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini dapat dibuktikan melalui penilaian sebagaimana yang
digambarkan dalam rajah 4.1.2 di bawah. Data menunjukkan, tidak semua
respondan pernah menggunakan perisian PPBK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hanya terdapat 40 % respondan yang pernah menggunakan
perisian PPBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, selebihnya, 60 %
13
tidak pernah menggunakan perisian PPBK dalam mempertingkatkan kemahiran
belajar.
Rajah 4.1.2 : Pengalaman menggunakan perisian PPBK.
Carta dalam rajah 4.1.2 diatas jelas menunjukkan bahawa tahap
penggunaan perisian PPBK masih rendah walaupun kerajaan menggalakkan
penggunaannya melalui program Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Kemudahan peralatan dan prasarana yang telah
dibekalkan oleh kerajaan tidak digunakan sepenuhnya. Pengalaman yang ada akan
mempengaruhi kecekapan penggunaan perisian PPBK ini.
4.2 : Penilaian Aspek Isi Kandungan Perisian.
Isi kandungan perisian PPBK Matematik Tahun 5 (Buku Teks) ini sesuai
dan menepati objektif pembelajaran. Kandungan dalam perisian ini dibentuk
berdasarkan sukatan pelajaran matematik tahun lima dan isi pembelajarannya
disusun mengikut urutan dan tahap perkembangan pembelajaran. 70 % respondan
berada pada tahap sangat bersetuju dan 30 % lagi bersetuju dengan isi kandungan
yang disediakan. Data yang dikumpul diterjemahkan dalam bentuk jadual
sebagaimana rajah 4.2.1.
14
40 %
60 %
Respondan juga bersetuju bahawa perisian PPBK ini memudahkan guru
dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak aktiviti-aktiviti
menarik diselitkan dalam perisian ini. Walaupun kandungan perisian ini menarik
dan menepati sukatan pelajaran, namun tidak semua respondan bersetuju bahawa
perisian ini memberi lebih kefahaman kepada murid dalam proses pembelajaran
mereka. Ini terbukti apabila 40 % respondan tidak bersetuju sebagaimana yang
ditunjukkan dalam jadual 4.2.1.
ITEM YANG DINILAI
SANGAT
TIDAK
SETUJU
TIDAK
SETUJUSETUJU
SANGAT
SETUJU
1.Bahan yang terkandung dalam perisian
adalah sesuai dan terkini.3 7
2. Kandungan dalam perisian mengikut
tahap perkembangan pembelajaran.3 7
3. Kandungan dalam perisian memberi
lebih kefahaman kepada murid .4 3 3
4. Memudahkan guru dan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.8 2
5. Interaksi komputer-murid adalah
sesuai dengan tahap murid.1 4 3 2
Rajah 4.2.1 : Isi kandungan perisian
Dalam aspek interaksi komputer dan murid pula terdapat 50 % respondan
bersetuju dan 50 % respondan tidak bersetuju bahawa ianya sesuai dengan tahap
murid. Terdapat juga 10 % respondan yang sangat tidak bersetuju dengan item
ini. Setelah diselidik didapati respondan ini langsung tidak boleh menguasi asas
komputer. Ini yang menyebabkan respondan tersebut sangat tidak bersetuju
dengan item ini.
15
4.3 : Aspek Teknikal.
ITEM YANG DINILAI
SANGAT
TIDAK
SETUJU
TIDAK
SETUJUSETUJU
SANGAT
SETUJU
6. Perisian ini bersifat user friendly dan
mudah dikendalikan.1 7 2
7. Penggunaan paparan, warna dan bunyi
merangsang minat murid.7 3
8. Pemilihan jenis huruf, saiz huruf dan
warna teks bersesuaian dengan paparan.9 1
9. Guru dan murid dapat menggunakan
perisian secara bebas dan tiada gangguan
teknikal.
9 1
10. Aras bahasa yang digunakan adalah
sesuai dengan aras pelajar.3 4 3
Rajah 4.3.1 : Dapatan penilaian dari aspek teknikal.
Secara keseluruhan, aspek teknikal perisian ini adalah baik. Daripada 5
item soalan yang dikemukakan, terdapat 80 % penilaian baik diberikan untuk
keseluruhan aspek teknikal. Keseluruhan respondan bersetuju bahawa perisian ini
telah dibangunkan dengan mengambil berat tentang aspek-aspek teknikal agar
perisian ini kelihatan menarik dan mampu merangsang pembelajaran. 90 %
respondan bersetuju perisian ini mudah dikendalikan dan bersifat user friendly.
Dari aspek paparan, warna dan bunyi serta pemilihan jenis huruf, saiz
huruf dan warna teks pula, 100 % respondan bersetuju dan sangat bersetuju.
Perisian ini mampu menarik minat murid dan merangsang pembelajaran melalui
paparan-paparan animasi dan bunyi yang menyeronokkan. Respondan juga 100 %
16
bersetuju bahawa perisian ini dapat digunakan secara bebas dan tiada gangguan
teknikal yang tidak diingini di sepanjang proses penggunaannya
Rajah 4.3.2 : Aras bahasa yang digunakan sesuai pada aras murid
Namun dari aspek bahasa yang digunakan, berdasrkan rajah 4.3.2, hanya
30 % respondan bersetuju aras bahasa yang digunakan adalah mudah dan sesuai
dengan aras pelajar. Sebanyak 70 % lagi respondan tidak bersetuju dengan
kenyataan tersebut. Respondan yang tidak bersetuju terdiri dari 40 % murid dan
30 % guru. Tinjauan pendapat yang dibuat mendapati, respondan tidak bersetuju
dalam aspek bahasa kerana bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris dan
sebahagian besar murid di sekolah ini adalah bermasalah dalam menguasai bahasa
Inggeris. Walaupun pada asasnya bahasa yang digunakan adalah pada aras
mudah, namun murid tidak dapat memahaminya dengan baik.
4.4 : Aspek Dokumentasi.
Dalam aspek pendokumentasian, penilaian menjurus kepada penyediaan
bahan dan keperluan sistem pengoperasian. Hasil penilaian mendapati 100 %
respondan bersetuju dengan aspek pendokumentasian. Penerangan tentang
keperluan peralatan dan sistem operasi dinyatakan dengan jelas. 100 % respondan
sangat bersetuju tentang penerangan keperluan operasi yang dibekalkan.
17
Respondan juga bersetuju dengan panduan pengguna yang dibekalkan dapat
membantu pengguna memahami kaedah-kaedah penggunaan perisian ini dengan
betul. Dapatan penilaian ini dapat dilihat melalui jadual 4.4.1.
Penerangan tentang pengoperasian perisian juga diberikan dengan jelas.
Ini memudahkan murid untuk mengendalikan perisian ini walaupun ketika
ketiadaan guru atau ketika murid berada di rumah bersama ibu bapa mereka.
Langkah-langkah yang dierikan sebelum memulakan operasi sangat membantu
murid-murid menggunakan perisian ini tanpa sebarang masalah. Dapatan
penilaian ini dapat dilihat pada rajah 4.4.1 di bawah.
ITEM YANG DINILAI
SANGAT
TIDAK
SETUJU
TIDAK
SETUJUSETUJU
SANGAT
SETUJU
11. Perisian ini menyediakan perisian
pengguna.7 3
12. Susunan kandungan dinyatakan
dengan jelas dan teratur.5 5
13. Sistem pengoperasian perisian
diterangkan dengan jelas.5 5
14. Keputusan pencapaian murid boleh
dicetak atau e-mel.3 7
15. Boleh dilink ke internet untuk
mendapatkan bahan pembelajaran
tambahan.
8 2
Rajah 4.4.1 : Penilaian Aspek Dokumentasi.
Pada keseluruhannya, aspek pendokumentasian berada pada tahap yang
sangat baik. Keseluruhan respondan bersetuju perisian PPBK ini menyediakan
segala maklumat yang diperlukan oleh pengguna sebelum memulakan perisian
PPBK ini. 100 % respondan yang dipilih untuk menilai perisian ini bersetuju dan
18
sangat bersetuju perisian PPBK ini ada menyediakan panduan lengkap kepada
pengguna dari segi cara penggunaan dan keperluan system computer untuk
menjana perisian ini. Respondan yang menilai juga 100 % bersetuju perisian
PPBK ini disusun dengan jelas dan teratur dari segi susunan kandungannya.
Respondan juga amat bersetuju perisian ini ada menyediakan kemudahan
tambahan kepada pengguna iaitu kemudahan e-mel dan capaian terus ke laman
web untuk mendapatkan bahan-behan pembelajaran tambahan.
5.0 : KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERISIAN PPBK MATEMATIK TAHUN
5 (BUKU TEKS).
Matlamat pendidikan matematik ialah memperkembangkan pemikiran kritis dan
kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah serta boleh menggunakan pengetahuan
matematik dalam kehidupan seharian. Selaras dengan matlamat tersebut, satu makenisma
baru perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di peringkat
sekolah. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer adalah salah satu
alternative dalam mencapai matlamat tersebut.
5.1 : Kekuatan Perisian PPBK Matematik Tahun Lima (Buku Teks).
Perisian PPBK tahun lima telah dibangunkan dengan mengambil kira
keperluan serta objektif pembelajaran murid. Kandungan perisian telah disusun
mengikut pengembangan pembelajaran bagi membolehkan pelajar memahami
setiap tajuk yang dipelajari dengan baik. Murid boleh belajar tanpa tekanan dan
tidak perlu bimbang akan ketinggalan dalam pelajaran sekiranya tidak menguasai
sesuatu konsep. Ini kerana murid boleh mengulang semula pembelajaran tersebut
sehingga benar-benar menguasai.
Perisian ini juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana ianya mudah
dikendalikan. Butang-butang yang digunakan tidak terlalu banyak dan mudah
untuk digunakan. Murid juga boleh mendapatkan panduan lengkap dan terperinci
tentang fungsi setiap butang yang digunakan pada menu panduan pengguna (user
guide).
19
Penggunaan perisian PPBK juga menjadikan pembelajaran semakin
mudah (Kulik,C.C & Kulik J.A. 1986). Murid boleh belajar serta mengulangkaji
pelajaran pada bila-bila masa mengikut kesesuaian diri tanpa terikat dengan
tempat dan keadaan. Ibu bapa juga boleh turut sama mempelajari matematik
dengan hanya menggunakan sekeping cakera padat. Ibu bapa boleh mengetahui
kemampuan anak-anak dan membantu mengatasi masalah pembelajaran anak-
anak ketika di rumah.
Pembelajaran berasaskan perisian PPBK juga boleh meningkatkan
kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap matematik. Jensen (1998), dalam
satu kajian, telah membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian
PPBK dengan pelajar yang menggunakan kaedah konvesional mendapati
pencapaian pelajar yang menggunakan perisian PPBK adalah lebih baik
berbanding yang tidak menggunakannya.
Perisian PPBK ini juga menyediakan kemudahan tambahan kepada murid
seperti kemudahan sambungan ke laman web dan juga kemudahan e-mel. Murid
boleh mencetak atau e-mel hasil pembelajaran yang diperoleh sama ada ujian atau
tutorial kepada rakan-rakan, guru atau ibu bapa. Murid juga boleh melayari laman
web yang disediakan untuk menambah aktiviti pembelajaran. Proses
pembelajaran sebegini mampu menarik minat murid dan meningkatkan motivasi
dalam pembelajaran.
5.2 : Kelemahan Perisian PPBK Matematik Tahun Lima (Buku Teks).
Kelemahan yang paling ketara yang terdapat pada perisian PPBK ini ialah
penggunaan bahasa. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris. Ini
menyebabkan murid-murid di sekolah luar bandar tidak mendapat faedah
sepenuhnya dari penggunaan perisian ini. Murid tidak dapat memahami dengan
baik disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris. Adalah disarankan agar
20
perisian PPBK ini dialih bahasa kepada bahasa kebangsaan bagi memberi ruang
kepada pelajar-pelajar luar bandar untuk turut sama menikmati faedah
penggunaan perisian ini. Selaras dengan perubahan dasar PPSMI yang di
umumkan kerajaan adalah wajar perisian ini dialih bahasa kepada bahasa yang
boleh difahami oleh semua murid.
6.0 : PENUTUP.
Dalam pengajaran dasn pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah,
terdapat beberapa unsur yang mempengaruhi minat murid terhadap aktiviti pembelajaran
mereka di dalam kelas. Antaranya ialah kaedah penyampaian yang digunakan oleh guru,
alat bantu mengajar yang menarik, aktiviti atau permainan yang dibuat oleh guru dan
sebagainya.
Dalam memastikan objektif pembelajaran tercapai dan menarik minat murid
untuk belajar, guru perlu bijak memainkan peranannya di dalam kelas. Kaedah
Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukankan Komputer sewajarnya diaplikasikan
sebaik mungkin di dalam bilik darjah. Pendedahan di peringkat sekolah rendah dapat
membantu murid mengikuti perkembangan era globalisasi yang semakin canggih pada
masa sekarang.
Galakan dan sokongan prasarana yang disediakan oleh kerajaan diharap dapat
mempergiatkan lagi penggunaan teknologi terkini khususnya teknologi komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan komputer dengan perisian
pendidikan yang sesuai dan menarik mampu mengubah corak pembelajaran dan
pencapaian murid.
3,337 patah perkataan
21
RUJUKAN.
Alessi, S.M. & Trollip, S.R. (1991). Computer base instructional: Methods and
development. Ed. Ke-2. New Jersey: Prentice Hall, Inc.
Baharuddin dan Mohd. (1995). “Multimedia dalam pendidikan”, Skudai, Universiti
Teknologi Malaysia.
Baharuddin, Manimegalai Subramaniam, Rio Sumarni Shariffuddin (2001). Rekabentuk
perisian multimedia, Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.
Fatimah Abu Bakar. (1980). Educational media in secondary schools: An examination of
existing facalities and relationship between teacher variables and media
utilization. Tesis. Sarjana Pendidikan. Pulau Pinang. USM.
Heinich et al. (1997). Instructional media and technologies for learning. Englewood:
Prentice Hall.
Jensen M.S. (1998). A computer-assisted instruction unit on diffusion and osmosis with a
conceptual change design. Journal of computers in mathematics and science
teaching, 12, 49-46.
Kulik, C.C. & Kulik, J.A. (1986). Effectts of computer-based education in colleges.
AEDS Journal 19 (2-3): 81-108.
MacFarlane, A., Sparrowhawk, A. & Heald. Y. (2002). Report on the educational use of
games. Atas talian pada 10 Julai 2011, http://www.teem.org.uk/publications/teem
gamesined_full.pdf.
Norhashimah Abu Samah. (1996). Pengajaran Bantuan Komputer. DBP. Kuala Lumpur.
Robiah Sidin (1992). Keberkesanaan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan
22
literature. Jurnal Pendidikan guru, 4(3), 248-259.
Shaifol Bahary Sulaiman (2003).Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah bestari.
Prosiding seminar aliran terkini teknologi maklumat dan komunikasi, 29-38.
Thomas, R.C.. & Milligan, C.D. (2004). Putting teachers in the loop: tools for creating
and customizing simulations. Atas talian pada 10 Julai 2011, http://www-
jime.open.ac.uk/2004/15/.
http://.tienee.tripod.com/sejarah_dan_perkembangan_komputer.htm.
Atas talian pada 10 Julai 2011.
23
top related