awang sulung 2
Post on 24-Dec-2015
84 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Untuk pengetahuan calon SPM, ketika menelaah Prosa Klasik , anda hanya perlu mengetahui keseluruhan cerita sahaja, iaitu Sinopsis sahaja manakala komsas boleh diabaikan kerana soalan komsas seperti tema, nilai, persoalan dan sebagainya tidak akan diuji dalam peperiksaan SPM. Dalam Soalan 3 (c) -Prosa Klasik, calon hanya diuji pemahaman terhadap petikan itu dan satu soalan KBKK. Lantaran semua pelajar hanya perlu memahami petikan Prosa Klasik itu dan mengkaji soalan-soalan yang menguji KBKK sahaja. Atas permintaan pelajar, cikgu cuba menghuraikan sinopsis Prosa Klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa dalam buku Antologi Tingkatan Empat 2010.
Sinopsis Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa (Tingkatan Empat 2010)
Dalam antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah, geliung itu dapat diselamatkan .
Setelah tiga hari kemudian , ketika laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.
Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api. Anak kapal lain telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi air yang manis.
Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang berjaya menyelamatkan baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda .
Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri. Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri. Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam. Semua lanun pun undur dari situ.
Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah yang mengalahkan bajak dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak mengahwinkan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.
Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu. Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung Merah. Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.
07 Mei 2009
Pengenalan Morfologi
Bidang Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang
menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa
sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan
yang sama.
Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1,
Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau
ujaran sesuatu kata itu.
Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik
Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan
dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses
membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
, 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan
penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa
Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang
daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya
perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk
kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan
kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana
morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk
Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian
bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman
juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah
Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang
pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang
telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein
Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk –
bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan
bahagian kata”.
Mei 2009
Contoh Analisis Cerpen Dari Aspek Sintaksis
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
BMM3110
KERJA KURSUS PROJEK
Menghasilkan kerja Kursus Projek untuk memahami dan menganalisis unsur binaan ayat
Bahasa Melayu yang terdapat dalam sesuatu teks atau prosa yang dipilih.
1.0 Pengenalan
Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan
ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan
terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi
yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa
yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti
“menempatkan bersama – sama”.Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan
sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.
Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi dan
bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan 1980:164,sintaksis
merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun
menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.
2.0 Struktur Binaan Ayat Bahasa Melayu
Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau
konstruksi.Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang
sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata
yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.Binaan ayat mengandungi subjek
dan predikat.
2.1. Subjek
Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan,yang
bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor Abdullah Hassan dalam
bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk guru dan pelajar,subjek ialah
benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali sebagai perkara yang diceritakan.
2.1.1.Binaan Subjek
Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur seperti
kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata adjektif yang
berfungsi sebagai kata nama.Profesor Abdullah Hassan mengatakan bahawa unsur-unsur subjek
mestilah terdiri dariapda orang,benda atau perkara.Contoh dalam cerpen Mak Timah karya Khatem
Bin Ariffin,terdapat beberapa ayat yang subjeknya terdiri daripada orang, benda dan kata
kerja.Contohnya ayat pada muka surat 92 : Dia juga pandai memasak. Subjek dalam ayat ini adalah
kata ganti nama diri iaitu merujuk kepada manusia.
2.1.1.(i) Kata Nama
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am,kata nama
khas,atau kata nama terbitan. Dalam cerpen Mak Timah terdapat banyak ayat yang subjeknya terdiri
daripada kata nama. Contohnya ialah ayat pada perenggan 2 muka surat 92 : Mak Timah hanya
bekerja pada waktu siang. Subjek ayat ini adalah Mak Timah iaitu kata nama khas hidup manusia.
Selain itu, penulis juga kerap menggunakan kata nama am sebagai subjek dalam ayat. Buktinya
pada perenggan 3 muka surat 92 : Ayah yang selalu meminta aku untuk membantu dimana perlu.
Ayah mahu aku belajar memasak. Pada perenggan 3 : Ayah pun nampak berselera juga waktu
makan masakan Mak Timah.Nenek sudah tua.Subjek ayat tersebut adalah kata nama am hidup
manusia.
2.1.1 (ii) Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.Kata
ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil,iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti
nama diri.Sehubungan itu kata ganti nama diri terdiri daripada dua jenis iaitu kata ganti nama diri
tanya iaitu perkataan yang merujuk kepada orang atau benda dalam bentuk tanya.Ada tiga kata
ganti nama diri tanya iaitu apa, siapa, dan, mana.
Penulis cerpen Mak Timah turut menggunakan kata ganti nama tanya sebagai subjek dalam ayat.
Namun hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu pada perenggan 1 muka surat 98 : Apakah yang mahu
ayah sampaikan padaku?. Sebaliknya, penulis lebih kerap menggunakan kata ganti nama diri orang
pertama dan orang ketiga dalam binaan subjek ayat.Contoh subjek ayat yang terdiri daripada kata
ganti nama diri pertama ialah pada perenggan 1 muka surat 100 : Aku mengangguk. Aku
tersenyum.
2.1.1(Iii) Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama
Kehadiran kata kerja sebagai subjek dalam ayat bukanlah suatu perkara baru. Terdapat sejenis kata
kerja yang mengambil tugas kata nama.Penulis cerpen Mak Timah lebih gemar menggunakan kata
nama sebagai subjek ayat. Jelas dan nyata hanya minoriti sahaja subjek ayat yang bukan dari
golongan kata nama. Buktinya hanya terdapat satu ayat sahaja yang subjeknya kata kerja iaitu kata
kerja terbitan apitan ke-..-an. Buktinya pada perenggan terakhir muka surat 94 : Kehadiran ibu
tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.
2.1.1(Iv) Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama
Sehubungan itu,dalam bahasa Melayu,kata adjektif juga merupakan salah satu unsur yang dijadikan
subjek dalam ayat.Terdapat sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek sesuatu
ayat.Contohnya ialah dalam cerpen Mak Timah Karya Khatem Bin Ariffin,perenggan 4 muka surat
92 : Seleraku sentiasa terbuka apabila menghadap hidangan Mak Timah. Kata adjektif selera
berada dalam struktur binaan ayat tersebut adalah sebagai subjek ayat.
Selain itu penulis juga telah menggunakan kata adjektif yang telah menerima imbuhan apitan ke-..-
an sebagai subjek ayat> Buktinya pada muka surat 95 : Kelembutan ayah mencairkan ketegangan
dalam diriku. Kemesraan ayah mengelus-ngelus keserabutan dalam jiwaku.
2.2. Predikat
Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.Manakala menurut profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa
Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, predikat ialah bahagian yang mengandungi ayat yang
mengandungi cerita. Cerita itu ialah berkenaan benda,orang ataupun perkara yang disebut dalam
subjek.Predikat mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Antara fungsi predikat adalah memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda, memberitahu apa
yang dilakukan oleh benda,memberitahu sifat-sifat benda,dan memberitahu
dimana,.kemana,mengapa,bagaimana,dengan sifat dan bila.Oleh yang demikian,predikat boleh
terdiri daripada mana-mana satu jenis daripada empat jenis frasa iaitu frasa nama,frasa kerja,frasa
sifat dan frasa sendi.
2.2.1 Binaan Predikat
Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama seperti frasa nama,frasa
kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.
2.2.1.(i) Predikat Frasa Nama
Predikat Frasa Nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi
sebagai subjek dalam sesuatu ayat.Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata nama
khas,dan kata nama terbitan.
2.2.1.(ii) Predikat Frasa Kerja
Frasa kerja yang menjadi predikat dalam boleh terbentuk daripada beberapa unsur seperti unsur
kata kerja asal,kata kerja terbitan ,kata bantu dan unsur-unsur keterangan.Kata kerja asal terdiri
daripada dua jenis iaitu kata kerja asal tidak berimbuhan dan asal berimbuhan.Contohnya dalam
cerpen Mak Timah, penulis juga menggunakan frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Contoh
ayat yang terdapat dalam cerpen ini adalah “Mak Timah bagaikan ibu kepadaku”.
2.2.1(ii)a.Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan
Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja, dan
boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata
kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut manakala kata kerja transitif ialah kata kerja
yang memerlukan objek. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan ialah
mandi,masuk,keluar,tidur,hilang,naik,dan sebagainya.Contoh kata kerja asal tidak berimbuhan
dalam cerpen Mak Timah ialah “ Pakaian idah juga aku tukar dengan baju kurung”
2.2.1(ii)b. Kata Kerja Asal Berimbuhan
Kata kerja asal berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan
imbuhan. Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Contoh kata
kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari,bernyanyi,berehat dan banyak lagi.Contoh
kata kerja asal berimbuhan sebagai predikat kata kerja dalam cerpen Mak Timah ialah “ Aku berlari
kebilikku....”
2.2.1(ii)c.Kata Kerja Terbitan
Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi daripada
golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Proses pengimbuhan akan berlaku
bagi menerbitkan kata kerja terbitan. Proses ini berlaku apabila kata nama atau kata adjektif
tersebut memerlukan imbuhan me-..-kan,me-..-i atau memper-....Contoh perkataan yang terbit
daripada proses pengimbuhan ialah menyekolahkan,membuahkan,menghasilkan dan memperluas.
Kata kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing dalam ayat
memerlukan objek.Setelah meneliti ayat –ayat yang digunakan oleh penulis, didapati ada
penggunaan kata kerja terbitan sebagai predikat frasa kerja.
a) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat 94)
b) Lagunya yang sumbang dan tidak tentu irama itu dapat juga menidurkan Afiq.
c) .....tidak lagi dapat menakung kencingnya. .(Muka surat 91 )
d) ..... Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepadaku.(Muka surat 91 )
e) .....mendodoikannya sehingga tidur semula. .(Muka surat 91 )
f) Aku cuba menyembunyikan kemuraman wajahku ......(Muka surat 96)
2.2.1(ii)d.Kata Bantu
Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja. Terdapat
dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Kata bantu
aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa,
sama ada belum,sedang,atau sudah dilakukan.Contoh kata bantu aspek ialah
akan,belum,pernah,sedang,masih dan banyak lagi.
Manakala kata bantu ragam ialah merupakan kata yang menyatakan atau menerangkan ragam
perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.Kata bantu jenis ini adalah seperti
hendak, mahu,harus,mesti,boleh,dan dapat. Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalah
sebelum kata kerja. Sehubungan itu,kata bantu juga boleh hadir secara berderetan iaitu lebih
daripada satu dalam sesuatu ayat.Setelah meneliti setiap ayat dalam cerpen Mak Timah, didapati
sememangnya banyak penggunaan kata bantu ragam dan aspek dalam predikat frasa kerja.Antara
ayat yang mengandungi kata bantu adalah seperti yang berikut :
g) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya. (Muka surat 92 )
h) Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab ( Muka Surat 94 )
i) Ingatlah ibu tiri boleh menggantikan emak, rupanya dia datang hendak menyiksa hidup kita
sahaja. ( Muka surat 94 ).
j) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat 94)
k) Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu. ( Muka surat 96)
l) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.( Muka surat 99 )
2.2.1(ii)e. Unsur-Unsur Keterangan
Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh menerima
frasa keterangan. Dengan frasa keterangan dimaksudkan unsur-unsur yang menerangkan kata
kerja itu lebih lanjut lagi. Frasa keterangan terbentuk daripada frasa sendi nama seperti dengan
cepat,di kilang,pada pukul dan sebagainya.Penulis cerpen Mak Timah juga banyak menggunakan
unsur-unsur keterangan dalam ayat yang predikatnya adalah frasa kerja.Antara ayat tersebut adalah
seperti berikut ;
a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya ( Muka surat 91)
b) Lampinnya perlu segera ditukar jika basah ( Muka surat 91 )
c) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah ( Muka surat 96)
d) Mak Timah sudah pulang ke rumahnya setelah menyediakan makan malam untuk kami ( Muka
surat 96 )
e) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung ( Muka surat 96 )
2.2.1(iii) Predikat Frasa Adjektif
Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif ,iaitu kata adjektif
selapis atau kata adjektif ganda.Bagi penggunaan kata adjektif selapis, boleh didahului oleh kata
penguat seperti amat,sangat,sungguh dan sebagainya. Ada juga kata penguat yang boleh hadir
sesudah kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan benar.Selain itu,kata adjektif juga boleh
hadir bersama-sama kata bandingan seperti lebih dan paling dan juga boleh disertai imbuhan ter-
yang membawa maksud “paling”. Berdasarkan analisis yang telah dibuat,terdapat banyak
penggunaan frasa adjektif sebagai predikat dalam ayat. Antaranya adalah seperti ayat yang berikut :
a) Orangnya berwajah manis,lemah lembut dan berusia disekitar tiga puluh lima tahun. ( Muka surat
92)
b) Mak Timah baik ( Muka surat 92 )
c) Dia juga pandai memasak ( Muka Surat 92)
d) Aku sudah pandai membuat susunya ( Muka surat 95)
2.2.1.(iv) Predikat Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa
nama.Kata sendi nama adalah seperti di,ke,dari,daripada,kepada,untuk,pada,dengan,oleh,dan
sebagainya.Berikut adalah contoh ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama.
a) Afiq lain sedikit daripada Idah
b) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah
3.0 Konstituen Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur
intinya.Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang
hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah frasa nama.Ada pendapat
yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama
jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama.
3.1 Binaan Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan
perkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,maka terdapat dua jenis hubungan antara
perkataan-perkataan itu.Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang menrupakan
inti bagi seluruh frasa nama itu. ,sementara perkataan atau perkataan-perkataan yang lain
merupakan penerang atau penerang-penerangnya.
Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya.Inti ialah unsur yang diberi
penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,sementara penerang merupakan
unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang.
Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti+penerang boleh
terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama.
Dalam cerpen Mak Timah,bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa binaan
frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah:
i) Inti + penerang nama jenis.
Frasa Nama
Inti Penerang Nama Jenis
baju kurung
ii) Inti + penerang milik
Frasa Nama
Inti Penerang Milik
Pakaian Idah
Susu Afiq
Bilik ku
Orang nya
3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan Nama
Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata
nama. Penerang bukan nama,terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan
yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu,kata kerja, kata adjektif,frasa sendi nama dan
bilangan ordinal.Dalam cerpen Mak Timah terdapat juga binaan frasa nama inti + penerang bukan
nama.
i)Penentu Hadapan
Frasa Nama
Penentu Hadapan Inti
Bilangan Penjodoh Bilangan
Semua - barang kemas
ii) Penentu belakang
Frasa Nama
Inti Penentu belakang
petang itu
waktu itu
iii) Inti + penerang kata adjektif
Frasa Nama
Inti Penerang Kata Adjektif
suara garau
suara langsing
iii) Inti + penerang frasa sendi nama
Frasa Nama
Inti Penerang Frasa Sendi Nama
Sendi Nama Frasa Nama
Aku dari sekolah
Ayah di dapur
3.2 Susunan Konstituen Frasa Nama
Dalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan
konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahlu dan apa yang kemudian. Peraturan-peraturan
ini adalah seperti peraturan D-M,kecualian hukum D-M,bilangan dan panggilan, dan
penerang.Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Mak Timah, didapati penulis sememangnya
mengambil kira susunan konstituen frasa nama.
Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam Cerpen Mak Timah
Frasa Nama
Diterangkan ( Inti ) Menerangkan(Penerang)
Pakaian Idah
Susu Afiq
Baju kurung
4.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja yang
tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai
objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak
transitif.Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus
disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.Frasa kerja yang
demikian mengandungi kata kerja transitif.
4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis kata kerja
sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja
yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.Binaan
Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah seperti berikut :
a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap
i) Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama
Ayah bangun dari tidurnya
Mak Timah datang bekerja di rumah
Aku berlari ke bilik
ii) Kata nama sebagai pelengkap
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama
Ayah cium pipi Idah
iii) kata Adjektif sebagai pelengkap
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Adjektif
Dadku menjadi sebak
b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerang
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata bantu Aspek Frasa Kerja
Kata Kerja Penerang
Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu
4.2 Binaa Frasa Kerja dengan Objek
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja
transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau
penyambutnya.
a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objek
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat
Afiq menggunakan pampers
Aku cuba mencari hujah
Aku menggelengkan kepala
b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objek
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi
Mak Timah memberitahu ku satu berita
Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku.
4.3.Frasa Kerja dengan Kata Bantu
Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu
menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua
jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kerja,
manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.
a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah.
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Bantu Aspek Kata Kerja Pelangkap
Mak Timah akan menghidang makanan tengah hari kami
Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepada ku
Ayah telah mengambilnya bekerja atas cadangan nenek
Aku pernah mencadangkan Afiq tidur denganku
Afiq sedang tidur di biliknya (penerang)
Ayah akan mendukung Afiq
b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah
i. Dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja
ii. Aku boleh menjaga mereka.
iii. Aku tak mahu kata –kata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi.
iv. Ayah tidak lagi dapat bermesra dengan kami.
v. Aku dapat merasakan darahku menjalan ke muka dan berkumpul dipipiku.
vi. Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku?
vii. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab
4.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen.
Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini
berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung pancangan komplemen
akan digunakan iaitu “bahawa dan untuk” yang berfungsi menggabungkan dua ayat menjadi satu
ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan komplemen.
a) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq.
b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayah
c) Afiq tidak ada masalah untuk tidur bersama-samaku pada malamnya.
d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah.
4.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
ii) Keterangan waktu
a) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya.
b) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang
iii) Keterangan cara
a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya.
iv) Keterangan tujuan
a) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.
v) Keterangan alat
a) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung.
vi) Keterangan bagai
a) Mak Timah bagaikan ibu kepadaku.
b) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.
4.6. Kesimpulan binaan frasa kerja yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.
Secara ringkasnya, binaan frasa kerja yang terdapat didalam cerpen ini adalah binaan frasa kerja
dengan objek dan tanpa objek. Sehubungan itu juga penulis banyak mengaplikasikan kata bantu
iaiatu frasa kerja dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Selain itu, ayat yang dibina juga
telah diperluaskan dengan kata hubung pancangan komplemen dan menerbitkan ayat majmuk yang
mengandungi frasa kerja dengan ayat komplemen.Unsur-unsur keterangan juga telah digunakan
ialah meliputi keterangan waktu,tempat,alat dan bagai.
5.0 Binaan Frasa Adjektif dalam ayat bahasa Melayu.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang
mengandungi kata adjektif dengan kata abntu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakang.
5.1 Binaan Satu Perkataan
Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif.Berikut adalah contoh daripada cerpen Mak Timah.
I. Terganggu oleh suara langsing Afiq
II. Suara garau ayah kadang-kadang membuat aku tersenyum.
Kata adjektif “langsing dan garau” merupakan kata adjektif tanpa imbuhan iaitu kata adjektif yang
terdiri dariapda satu kata dasar.
5.2 Binaan Dua Perkataan
Binaan jensi ini terdiri daripada dua perkataan iaitu sama ada kata adjektif dengan kata adjektif atau
kata adjektif dengan kata nama.
a) Binaan kata adjektif + kata adjektif
Binaan ini boleh terdiri daripada 3 jenis iaitu dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian
makna, dua kata adjektif yang maknanya berlawanan dan deretan dua kata adjektif dengan
perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contoh daripada
cerpen Mak Timah seperti berikut :
a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna
• lemah lembut.
b) Binaan kata adjektif + kata nama
Binaan ini merupakan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama terdiri daripada
kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerang.Binaan kata adjektif jenis
ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan dan frasa adjektif yang
membawa maksud kiasan. Binaan jenis ini juga tidak terdapat di dalam cerpen Mak Timah.
Sebaliknya penulis banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja.
5.3 Frasa Adjektif dan Penguat.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya sepatah kata adjektif dan boleh juga teridiri daripada kata
adjektif yang disertai penguatnya.Berikut adalah hasil analisis daripada cerpen Mak Timah
a) Penguat hadapan
Kata penguat yang hadir sebelum kata adjektif dan berada selepas kata nama atau kata
bantu.Contoh ayat ialah “Pampersnya sudah terlalu berat”.
AYAT
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Adjektif
Kata Nama Kata Bantu Kata Penguat Kata Adjektif
Pampersnya sudah terlalu berat
5.4 Kata Bantu dalam Frasa Adjektif
AYAT
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Adjektif
Kata Nama Kata Bantu Kata Adjektif Kata Kerja Kata Nama
Aku sudah pandai membuat susunya
5.5 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif iaitu selepas subjek sebagai
predikat, selepas frasa kerja sebagai keterangan dan selepas frasa nama sebagai penerang.
Dalam jadual dibawah adalah hasil analisis susunan frasa adjektif dalam ayat bagi cerpen Mak
Timah.
a) Frasa Adjektif sebagai Predikat
Ayat
Subjek Predikat
1) Pampersnya sudah terlalu berat
2) Dia larat untuk menjaga Idah
3) Dia juga pandai memasak
4) Aku sudah pandai membuat susunya
b) Frasa Adjektif sebagai keterangan
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Kerja Keterangan ( Kata Adjektif )
Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya
c) Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama
Frasa Nama
Kata Nama Kata Adjektif
1) Mak Timah baik
2) Barang kemas
5.6 Kesimpulan Binaan Frasa Adjektif yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah
Secara ringkasnya, penulis lebih banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja. Manakala
jika dilihat hasil analisis dari aspek susunan frasa adjektif dalam ayat, ketiga-tiga susunan tersebut
terdapat dalam cerepn ini.Kesimpulannya frasa adjektif sebagai predikat ialah satu binaan yang
boleh diperluaskan dengan menambah beberapa unsur seperti dalam rajah yang berikut:
Kata Bantu + Kata Penguat+Kata Adjektif+Kata Keterangan+ Ayat Komplemen.
6.0 Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu
frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.Kata sendi nama ialah bentuk
morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.Berikut adalah contoh frasa sendi nama
yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Sendi Nama
Kata Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama
Aku dari sekolah
6.1 Binaan Frasa Sendi Nama dalam ayat bahasa Melayu.
i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya dihadapan suatu frasa
nama.Binaan jenis ini terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Hasil analisis adalah seperti di dalam
jadual dibawah:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
dari sekolah
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
di rumah
daripada Mak Timah
ke rumahnya
dari mulutku
ke dapur
di bandar
di pusat rekreasi
ii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+ Frasa Nama
Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama
yang didahului satu unsur kata nama arah.Dalam masa yang sama,frasa sendi nama boleh juga
wujud tanpa nama arah.
Frasa Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
Kata Nama Arah Frasa Nama
di - rumah
di - bilik
di atas tilam
Walau bagaimanapun,bilangan binaan jenis ini sedikit di dalam cerpen Mak Timah.
iii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+Frasa Nama + Keterangan.
Binaan jenis ini terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu
diikuti keterangan.Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan.
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama Keterangan
Kata Nama Arah Frasa Nama
di - bilikku pada waktu malamnya.
ke - bilikku lalu menyembahkan mukaku
di - rumah aku biasanya menggunakan pakaian yang “simple” sahaja.
6.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat.
i) Predikat Frasa Sendi Nama
Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai
susunan yang biasa.
Contoh ayat:
• Ayah di dapur
• Ayah ke dapur
Ayat
Subjek Predikat
Ayah di dapur
Ayah ke dapur
Aku dari sekolah
ii) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
a) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja
1) Kami berempat bersiar-siar di bandar.
2) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq
3) Mak Timah datang bekerja di rumah kami
4) Mak Timah balik ke rumahnya.
5) Aku berlari ke bilikku
6) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang
7) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.
6.3 Kesimpulan Binaan dan Susunan Frasa Sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah
Secara ringkasnya, binaan frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen ini majoritinya penulis
kerap menggunakan binaan Kata Sendi Nama + Frasa Nama.Manakala binaan yang lain adalah
jarang sekali digunakan.Manakala dari aspek kedudukan frasa sendi nama dalam ayat pula,penulis
kerap menggunakan frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama sebagai keterangan
frasa kerja.
7.0 Rumusan
Berdasarkan hasil analisis cerpen Mak Timah, sememangnya struktur ayat terdiri daripada asas iaitu
mengandungi subjek dan predikat. Sesebuah ayat boelh di bina dengan menggaplikasikan frasa
nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.Namun demikian setiap frasa ini mempunyai
binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya sesuatu ayat boleh di perluaskan
dengan unsur frasa –frasa yang boleh di ubah peranannya dalam ayat seperti menjadi unsur
pelengkap dan keterangan dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen atau frasa
sendi nama bagi menerbitkan ayat majmuk komplemen.
BAHASA MELAYU KLASIK
Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.
Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu.
Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab Aqa’id al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh(1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu.
Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Kebanyakan data berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang sebenar. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja, iaitu ‘i’, ‘a’ dan ‘u’ (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu, iaitu ‘a’, ‘e’ pepet, ‘e’ taling, ‘i’, ‘o’, dan ‘u’. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar ‘r’ yang jelas menggunakan huruf “ra” dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik. Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ‘ai’, ‘au’ dan ‘oi’.
Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik,
penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah:
a. Ayat yang panjang dan berbelit-belit
b. Banyak ayat pasif
c. Menggunakan bahasa istana
d. Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul dan sebagainya
e. Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya
f. Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’
Kajian Asmah haji Omar tentang kitab ‘Aqai’id al-Nasafi, iaitu teks tertua Bahasa Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata Bahasa Melayu asli. Kata pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu bermula, hatta, syahadan, kalakiandan seumpamanya.
Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.
Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah ‘Aqai’id al-Nasafi.Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli ilmu dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa sepertiAsrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al-Muntahi danSharabul-Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya yang terkenal ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk wal-tawhid dan Syair Perahu.
Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting.
Sintaksis Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ayat Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu :(i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Frasa Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.
Frasa endosentrik 1. Frasa yang mengandungi satu unsur inti . 2. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. 3. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. 4. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)
Frasa Eksosentrik Frasa sendi nama seperti ke tandas, di sekolah tidak mempunyai unsur inti. Kewujudan sendi nama di bergantung kepada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada suatu unsur luaran.
Binaan Ayat Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Perhatikan contoh di bawah:
Ah Tian guru senaman Tipah membeli gula Suara ketua pengawas itu serak-serak basah Rumahnya di pinggir bandar
Dalam contoh di atas binaan ayat biasanya merupakan Subjek + Predikat. Subjek pula biasanya terdiri daripada Frasa nama, contohnya Ah Tian,Tipah, Suara ketua pengawas itu, dan Rumahnya. Manakala Predikat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Contoh: guru senaman .Frasa Kerja (FK) Contohnya: Membeli gula, Frasa Adjektif (FA) contohnya serak-serak basah dan Fras Sendi nama (FSN) Contohnya: di pinggir bandar.
Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Perhatikan ayat berikut: Pelajar itu membaca buku.
Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku). Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)
Pola Ayat Dasar
Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri. Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS) Pola-pola ayat dasar adalah seperti berikut;
Pola 1FN + FN = Encik Ali(FN) guru sekolah(FN)Pola 2FN+ FK = Bapa mereka (FN) sedang berehat (FK)Pola 3FN+FA =Anak itu (FNsungguh sihat (FA)Pola 4FN +FSN=Pejabat saya (FN) si Kuala Lumpur (FSN)
SINTAKSIS- Bahagian 2(Ayat Majmuk)
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, malahan, sambil serta tetapi bagi, seraya, kecuali, melainkan, manakala, bahkan, kemudian dan kata hubung gabungan lain.
Contoh:
a. Awak boleh memakai kasut putih atau kasut hitam.
- Awak boleh memakai kasut putih.
- Awak boleh memakai kasut hitam.
b. Halim memelihara ikan sepat dan ikan keli.
- Halim memelihara ikan keli.
- Halim memelihara ikan sepat.
c. Ramli menyanyi sambil menari.
- Ramli menyanyi.
- Ramli menari.
2. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, jika, untuk, ketika, semasa, setelah, semenjak, selagi, selama, supaya, hingga, walaupun...
Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu pancangan relatif, pancangan komplemen dan pancangan keterangan
i)Ayat majmuk pancangan relatif menggunakan kata hubung yang. Contoh:
a. Wanita yang menjadi calon ibu misali itu ibu saya.
- Wanita itu menjadi calon ibu misali.
- Wanita itu ibu saya.
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen menggunakan kata hubungan bahawa dan untuk.
a. Perdana Menteri mengumumkan bahawa kakitangan kerajaan akan menerima kenaikan gaji tidak lama lagi.
b. Tentulah tidak wajar untuk mereka melakukan aktiviti membuli pelajar lain di sekolah.
iii)Ayat majmuk pancangan keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja induk. Ayat-ayat ini terdiri daripada ayat majmuk keterangan musabab, waktu, syarat, cara, tujuan, perbandingan, pertentangan dan akibat.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan musabab:
a. Saya tidak menghadiri majlis perkahwinan itu kerana tidak diundang.
b. Oleh sebab mereka tidak menjelaskan yuran tahunan persatuan, keahlian mereka dalam persatuan itu akan digantung.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan waktu.
a. Guru baru itu melaporkan diri di sekolah itu setelah menerima surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri.
b. Sementara menunggu anak saya pulang dari sekolah, saya mengemas rumah.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan syarat:
a. Sekiranya awak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini saya akan menghadiahi awak sebuah motosikal.
b. Kita akan dapat melaksanakan Program Pendidikan Alam Sekitar ini seandainya kita mendapat kerjasama daripada semua pihak.
Contoh ayat majmuk keterangan cara:
a. Murid-murid di kawasan pedalaman itu ke sekolah dengan menaiki perahu.
b. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi serta usaha yang gigih, Hazreen berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Contoh ayat majmuk keterangan tujuan:
a. Pekerja syarikat itu digesa melipatgandakan usaha mereka untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil kerja.
b. Demi menjaga nama baik dan imej sekolah, semua pelajar yang mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga peringkat daerah itu dinasihati agar mematuhi peraturan pertandingan.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan:
a. Sikap pemuda itu yang tidak pandai menghargai pemberian orang lain, samalah ibarat kera mendapat bunga.
b. Suasana kehidupan penduduk desa itu amat harmoni lantaran mereka saling membantu bagaikan aur dengan tebing.
Contoh ayat majmuk keterangan pertentangan:
a. Walaupun malam sudah larut, Faizal masih terus mengulang kaji pelajarannya.
b. Meskipun ayah saya sudah berumur, dia masih ingin menguruskan kebun buah-buahannya.
Contoh ayat majmuk keterangan akibat:
a. Kanak-kanak itu menjerit terlalu kuat hingga hilang suaranya.
b. Pelajar yang cacat penglihatan itu amat gigih dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga dia berjaya.
3.Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat , yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung. Contoh:
a. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut serta sopan-santun yang tinggi nilainya lagi mulia.
* Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk di atas , iaitu:
1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia.
2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut.
3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang tinggi nilainya lagi mulia.
Prof. Rahman Shaari – pensyarah di Jabatan Pengajian Media, UM)
KARYA sastera dihasilkan dengan menggunakan bahasa. Oleh itu dapat dikatakan bahawa bahasa ialah “alat” untuk penghasilan karya sastera.
Ketika kita dilahirkan, kita tidak tahu berbahasa. Tangisan pertama bayi bukanlah “bahasa” seperti yang difahami oleh masyarakat, kecuali jika kita mahu mengatakannya bahasa dalam erti yang tertentu. Kita belajar berbahasa sejajar dengan perkembangan fizikal kita. Ketika kita kecil, keluarga mengajarkan kata-kata dan ayat-ayat mudah. Apabila kita bersekolah, kata-kata pun bertambah-tambah, dan ayat-ayat pun semakin kompleks.
Kita berbahasa seumur hidup. Bahasa yang kita gunakan ialah bahasa yang dipersetujui oleh masyarakat. Dengan kata lain, bahasa kita adalah mengikut konvensi masyarakat. Apa-apa yang kita katakan, sentiasa difahami oleh orang yang kita ajak berbual-bual. Jika kita menulis sesuatu, kita menujukan tulisan itu kepada orang yang tahu berbahasa, khususnya yang memahami bahasa yang kita gunakan. Seterusnya, kita membaca tulisan-tulisan dalam bahasa yang kita fahami juga.
Apabila kita mengarang, karangan kita adalah bertahap-tahap. Kita mungkin mengarang untuk pembaca pada tahap biasa. Maksud pembaca pada tahap biasa ialah pembaca yang membaca karangan kita untuk mendapatkan maklumat atau berita. Penulis berita untuk akhbar sentiasa menggunakan bahasa untuk pembaca tahap ini.
Kita mungkin juga menulis karangan untuk pembaca pada tahap intelektual dan akademik. Makalah-makalah yang tersiar dalam jurnal sentiasa menggunakan bahasa akademik. Isinya pula tebal dengan pemikiran. Karangan pada tahap ini banyak menggunakan istilah-istilah yang hanya difahami oleh pembaca yang mempelajari ilmu tertentu. Tidaklah mudah untuk kita memahami karangan akademik tentang undang-undang jika kita tidak pernah mempelajari bidang tersebut.
Oleh itu, di manakah letaknya karya sastera?
Karya sastera ialah karya yang memuatkan nilai seni. Telah disebutkan tadi bahawa karya sastera berasaskan bahasa. Kita mengatakan karangan tentang undang-undang, perubatan, ekonomi, politik dan lain-lain semuanya menggunakan bahasa, dan kita bertanya apakah perbezaan antara bahasa dalam karya sastera dengan bahasa dalam bidang-bidang tersebut?
Tanpa karya sastera, bahasa hanyalah alat untuk anggota masyarakat berhubung antara antara satu dengan yang lain, dan juga bertujuan mendapatkan ilmu. Memang peranan yang sedemikian dapat dilaksanakan oleh bahasa tanpa karya sastera. Namun, untuk keberkesanan mesej dalam kehidupan, karya sastera amat dituntut. Karya sastera berupaya untuk memperkukuh kesan yang diharapkan oleh penutur dan penulis. Bahasa dalam karya sastera berbeza daripada yang lain apabila aspek tersebut diperhatikan.
Bahasa amat penting dalam menghidupkan dan menyegarkan karya sastera. Untuk menilai kebagusan bahasa, kajian hendaklah ditumpukan pada aspek gaya bahasa. Bagi menghidupkan karya sastera, gaya bahasa seperti metafora, simile, personifikasi dan lain-lain akan ditekankan.
Bahasa dalam karya puisi
Dalam perbualan harian, kita menemukan karya sastera dalam bentuk yang sederhana dan rendah. Apabila kita mahu menyarankan bahawa sesuatu itu boleh dipercayai, maka kita katakan “Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata”. Berita yang tidak dapat dibuktikan disebut “khabar angin”. Perhatikan bahawa “khabar angin” ialah simpulan bahasa, dan “tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata” ialah pepatah. Simpulan bahasa dan pepatah ialah karya sastera.
Karya sastera dari genre peribahasa (termasuk simpulan bahasa dan pepatah) adalah banyak. Demikian juga karya sastera yang berupa ungkapan-ungkapan. Kita sering membaca karya sastera sedemikian di akhbar, majalah dan buku. Kita juga sering mendengar syarahan dan juga percakapan harian yang memuatkan karya sastera sedemikian. Karya sastera yang sedemikian ialah puisi.
Pantun, syair, gurindam dan seloka, ialah puisi yang dianggap berada pada tahap yang lebih tinggi daripada peribahasa. Walau bagaimanapun, kesemua karya sastera yang disebut puisi tradisional itu membawa maksud yang mendalam dan maksud itu tersimpul dalam bahasa yang indah dan menarik. Jika bahasanya tidak menarik dan keseluruhan penyampaiannya tidak berkesan, pasti kita tidak menganggapnya karya sastera.
Marilah kita tuturkan serangkap pantun. Pantun ini membawa maksud bahawa seseorang akan mengingati orang yang jauh, jika dia merasakan orang dekat tidak memberikan perhatian terhadapnya.
Ada penyengat di dahan pauh,Di dahan langsat semut melata;Mana tak ingat orang yang jauh,Orang yang dekat tak dengar kata.
Jika isi pantun di atas disebutkan dalam bentuk prosa biasa, bunyinya ialah, “Saya asyik mengenang kawan saya yang jauh, kerana kawan yang dekat dengan saya tidak sefahaman dengan saya.” Kata-kata dalam bentuk prosa itu tidak berkesan. Pantun yang diutarakan itu lebih berkesan kerana bahasa yang digunakan ialah bahasa yang berentak dan berirama. Kata-kata “Mana tak ingat orang yang jauh” adalah padat, dan berentak, manakala kata-kata yang berbentuk bukan sastera adalah biasa sahaja. Oleh sebab kata-kata dalam pantun itu berkesan, kita menganggapnya aforime, iaitu bahan yang dapat dijadikan pedoman hidup. Pedoman hidup ini berbunyi: “Jika kita mahu diri kita disayangi, janganlah kita mengetepikan cakap-cakap orang yang kita sayangi. “
Sekarang, jelaslah bahasa dalam karya sastera ialah bahasa yang berkesan. Bahasa dalam sajak sentiasa padat dan puitis, oleh itu mesejnya akan diingati, tidak segera dilupakan. Perhatikan kata-kata daripada sajak “Mengintai Ruang Insaf” karya Shukri Abdullah.
Semakin berat kejahilanterpikul di bahusemakin jauh perjalananmemburu nur-Mu.
Rangkap di atas menimbulkan keinsafan, bahawa manusia yang berdosa akan kian jauh daripada nikmat Tuhan. Bahasa sastera yang digunakan oleh Shukri Abdullah kuat dan berkesan, berbanding dengan bahasa bukan sastera untuk menyampaikan mesej yang sama. Sebagai karya puisi moden, karya ini memuatkan metafora seperti “padang hidup” dan “tunjang makna”.
Bahasa dalam karya prosa Prosa tradisional “Pelayaran yang Penuh Peristiwa” ditulis semula oleh Matlob daripada karya asal. Oleh sebab yang demikian, sifat klasiknya agak terhakis. Perhatikan ayat ini: Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Ayat tersebut menyamai ayat bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu dalam prosa Melayu tradisonal yang tulen berbunyi seperi ini: Syahadan maka tersebutlah perkatannya Indera Nata berjalan itu. Ayat tersebut terdapat dalam “Hikayat Indera Nata”.
Karya sastera yang berbentuk prosa juga memiliki unsur-unsur yang menentukan keberkesanan. Selalunya karya prosa memuatkan cerita. Dalam cerita itu terselit pesanan dan pengajaran.
Pesanan dan pengajaran yang disampaikan melalui cerita sentiasa berkesan. Khalayak karya prosa, baik prosa tradisional mahupun prosa modern, akan tiba pada kesimpulan bahawa kebaikan mesti mengatasi kejahatan. Selain itu karya prosa yang baik pasti memuatkan pemikiran. Nilai kebaikan dan pemikiran adalah penting dalam kehidupan masyarakat. Dalam karya yang berbentuk prosa, bahasa yang berkesan digunakan untuk melukiskan peristiwa dan juga untuk menghasilkan dialog.
Bentuk dan susuk bahasa Melayu tradisional tidak menyamai bentuk dan susuk bahasa Melayu moden. Untuk memahami hal ini, ambil sahaja mana-mana ayat daripada “Hikayat Indera Nata” dan bandingkan dengan mana-mana ayat dalam cerpen “Mellisa” karya Abdullah Hussain.
Selain bentuk dan susuk ayat, dalam karya prosa tradisional terdapat beberapa perkataan yang sudah tidak digunakan dalam zaman moden. Kata-kata itu antara lain ialah “syahadan”, “sebermula”, “hatta”, dan lain-lain. Perhatikan juga bahawa dalam prosa tradisional terdapat agak banyak kata yang digunakan untuk melukiskan corak komunikasi antara pihak raja dengan rakyat. Kata-kata yang dimaksudkan ialah “patik”, “tuanku”, “beta”, “baginda” dan lain-lain.
Bahasa dalam karya prosa tradisional selalunya tidak memaparkan keperibadian khusus pengarang. Perhatikan ayat ini: Alkisah inilah suatu ceritera orang dahulukala, amatlah indah bunyinya, supaya memberi asyik hati perempuan yang hendak berbuat bakti kepada suaminya, dari dunia datang ke akhirat. (Daripada “Hikayat Khoja Maimun”). Kita katakan ayat tersebut tidak memaparkan keperibadian khusus pengarangnya kerana bentuk itu ialah bentuk umum bahasa Melayu klasik. Yang dapat kita pelajari daripada ayat di atas ialah adanya kata lama, iaitu “alkisah” dan “ceritera”. Kita juga dapat memerhatikan bentuk dan susuk ayat dalam bahasa Melayu klasik.
Bahasa dalam karya prosa moden memuatkan identiti pengarang. Perhatikan ayat daripada cerpen “Ibu dan Ceper” karya Shahnon Ahmad: Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Gaya bahasa Shahnon tidak sama dengan gaya bahasa Erda Roslan Khairi. Perhatikan ayat-ayat daripada cerpen “Israk”: Pagi nirmala. Camar menyanyi mesra bersaing dengan cengkerik menunjuk ketangguhan.
Perbezaan antara pengarang dapat dilihat pada pemilihan kata, pembinaan ayat dan beberapa aspek lagi. Selain gaya pengarang, prosa moden juga selalu kaya dengan metafora, personifikasi dan lain-
lain. Dalam cerpen “Israk” terdapat metafora “kolam mata”, manakala dalam cerpen “Mellisa” terdapat “arus masyarakat” dan lain-lain. Bahasa figuratif tidak hanya terdapat dalam puisi, tetapi juga dalam prosa.
Sebagai kesimpulan, aspek bahasa ialah aspek penting dalam karya sastera. Bahasa ialah penentu utama yang menyebabkan karya sastera menjadi indah dan istimewa.
top related