bab 6 monopoli_copy
Post on 20-Jun-2015
1.368 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAB 6:STRUKTUR PASARAN
BAB 6:STRUKTUR PASARAN
6.3.PASARAN MONOPOLI
6.3: Struktur Pasaran (Monopoli)
6.3.1 Definisi pasaran monopoli6.3.2 Ciri-ciri pasaran monopoli6.3.3 Faktor kewujudan monopoli6.3.4 Keluk permintaan monopoli, jumlah hasil,hasil purata
dan hasil sut 6.3.5 Keseimbangan jangka pendek6.3.6 Keseimbangan jangka panjang6.3.7 Diskriminasi harga6.3.8 Perbandingan monopoli dengan persaingan
sempurna dalam jangkamasa panjang6.3.9 Kawalan harga oleh kerajaan terhadap monopoli6.3.10 Kebaikan dan kelemahan pasaran monopoli
• Menerangkan ciri-ciri pasaran monopoli• Menerangkan faktor kewujudan monopoli• Mengira jumlah hasil,hasil purata dan hasil sut
berdasarkan jadual• Menerangkan pembentukan keluk permintaan monopoli• Menerangkan kaitan keluk permintaan dengan keluk jumlah
hasil,hasil purata dan hasil sut• Menerangkan keseimbangan firma dalam jangka pendek• Menerangkan keseimbangan firma dalam jangka panjang• Menerangkan konsep diskriminasi harga• Perbandingan monopoli dengan persaingan sempurna
dalam jangkamasa panjang• Kawalan harga oleh kerajaan terhadap monopoli• Kebaikan dan kelemahan pasaran monopoli
OBJEKTIF PENGAJARAN
Definisi
• Satu struktur pasaran yang mempunyai satu pengeluar
sahaja yang mengeluarkan barang yang tidak mempunyai pengganti.
6.3.1. Ciri-ciri pasaran monopoli
6.3.1. a. Firma atau pengeluar tunggal dalam industri
Jika sekiranya hanya terdapat sebuah sahaja firma dalam industri, firma ini dikenali sebagai monopoli tulen
Firma monopoli mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas harga barangan/perkhidmatan yang dijual kerana ia merupakan firma tunggal
Firma ini boleh menetapkan harga yang disukainya. Gelagat ini diistilahkan sebagai penentu harga
6.3.1 Ciri-ciri pasaran monopoli
6.3.1 b. Barang dikeluarkan tiada pengganti hampir.
• Barang yang dikeluarkan firma tidak dikeluarkan oleh firma lain
• Hanya sebuah firma sahaja yang sedang menghasilkan sesuatu barang yang tidak ada pengganti hampir di pasaran
• Jika pembeli ingin membeli barang tersebut,ia haruslah dibeli dari firma berkenaan sahaja
6.3.1 Ciri-ciri pasaran monopoli
6.3.1.c Halangan kemasukan
Supaya sesebuah monopoli menjadi lebih stabil, tiada kebebasan masuk dan keluar dalam industri monopoli
Firma diluar pasaran disekat dan dihalang daripada memasuki industri monopoli seperti halangan dari segi:
pemilikan ekslusif bahan mentah
ekonomi mengikut bidangan monopoli yang diberi kerajaan monopoli gabungan firma-firma
Monopoli dalam sesuatu industri terbentuk dan wujud disebabkan perkara-perkara berikut:
a. Kewujudan undang-undang tertentu
Firma monopoli juga terbentuk kesan daripada proses perundangan
Ini berlaku apabila kerajaan bertindak menyekat firma- firma lain daripada menghasilkan barangan yang sama seperti dikeluarkan oleh firma monopoli atau memasuki sesuatu profesion atau industri
Ia boleh dilakukan dengan mengubal undang-undang seperti paten, lesen atau hakcipta.
b. Saiz modal yang besar Monopoli akan terbentuk bila sesebuah firma mengalami ekonomi mengikut bidangan
Ini merupakan keadaan dimana firma akan mengalami kos purata (ATC) pengeluaran yang semakin berkurangan apabila jumlah output bertambah
Firma yang mempunyai jumlah pasaran yang besar akan mempunyai kos per unit yang lebih rendah daripada firma-firma yang lebih kecil saiznya Ini akan membolehkan firma yang lebih besar bersaing dan memasuki industri dan akhirnya terhasillah monopoli yang dikenali sebagai monopoli semulajadi
c. Keupayaan teknologi
• Monopoli mengeluarkan output secara besar-besaran
memerlukan tingkat teknologi yang tinggi.
• Penguasaan ke atas teknologi menyebabkan firma menjadi monopoli.
• Contoh: Microsoft.
d. Pemilikan ekslusif bahan mentah/sumber
Sebuah monopoli akan terbentuk jika terdapat sebuah firma yang dimiliki atau mengawal keseluruhan penawaran bahan mentah/sumber yang diperlukan dalam pengeluaran sesuatu output
Ini kerana firma tersebut boleh menghalang persaingan daripada firma-firma lain yang menghasilkan output yang sama
e. Penggabungan firma
Monopoli juga boleh terbentuk daripada gabungan firma-firma yang berada dalam sesebuah pasaran melalui pembelian firma-firma pesaing oleh firma induk
Bila ini berlaku, tidak wujud lagi firma-firma lain dalam pasaran kecuali monopoli yang baru terbentuk
6.3.3. Mengira jumlah hasil, hasil purata danhasil sut
• Jumlah hasil (TR) = P x Q
• Hasil purata ( AR ) = TR
Q
• Hasil sut ( MR ) = ∆ TR
∆Q
6.3.3.a) Pembentukan Keluk permintaan Firma monopoli merupakan pengeluar tunggal dalam pasaran.
Dengan itu keluk permintaan bagi firma monopoli juga merupakan keluk permintaan bagi industri monopoli.
Sesebuah firma monopoli boleh mengubah tingkat harga dan output tanpa kehilangan kesemua pengguna.
Ini bermakna bagi meningkatkan kuantiti output yang diminta, harga output perlu diturunkan dan sebaliknya.
Jadual 6.3.3 a) Jadual permintaan monopoli
Harga seunit (P) Kuantiti diminta (Qd) 12 0
11 1
10 2
9 3
8 4
7 5
6 6
5 7
4 8
3 9
2 10
Rajah 6.3.3 a) Keluk permintaan monopoli
P
12
9
3 6
6
Q
D
A
B
C
Persamaan umum keluk permintaan
Kerana keluk permintaan monopoli berkecerunan negatif, jadi persamaan umum keluk permintaan ialah:
P = a - bQ
P = Harga output
a = Pemalar (harga pada kuantiti kosong)
b = Kecerunan keluk permintaan
Q = Kuantiti output
6.3.3.b). Kaitan keluk permintaan dengan TR, AR dan MR
Hasil total (TR) ialah kuantiti darab dengan harga, iaitu:
TR = P x Q
Kerana keluk permintaan monopoli berkecerunan negatif, harga tidak akan sama dengan hasil sut tetapi sama dengan hasil purata
AR = TR/Q
Keluk permintaan monopoli juga merupakan keluk hasil purata (AR). Ia memberikan tingkat harga bagi setiap unit output monopoli. Telah diberi persamaan umum permintaan monopoli sebagai P = a - bQ. Oleh itu, persamaan hasil purata (AR) juga merupakan P = a - bQ.
Hasil sut (MR) monopoli sentiasa lebih rendah daripada tingkat harga kerana harga terpaksa diturunkan untuk menambahkan kuantiti diminta
MR = TR/Q
Jadual 6.3.3 b) mengira TR, AR dan MR
Q (unit) P (RM) TR (RM) AR (RM) MR (RM)
0 17.50
1 16.00
2 14.50
3 13.00
4 11.50
5 10.00
6 8.50
7 7.00
8 5.50
9 4.00
Jadual 6.3.3 b) jawapan contoh pengiraan
Q (unit) P (RM) TR (RM) AR (RM) MR (RM) 0 17.50 0 - -
1 16.00 16.00 16.00 16.00
2 14.50 29.00 14.50 13.00
3 13.00 39.00 13.00 10.00
4 11.50 46.00 11.50 7.00
5 10.00 50.00 10.00 4.00
6 8.50 51.00 8.50 1.00
7 7.00 49.00 7.00 - 2.00
8 5.50 44.00 5.50 - 5.00
9 4.00 36.00 4.00 - 8.00
Rajah 6.3.3 b) kaitan Keluk permintaan dengan TR,AR dan MR berdasarkan rajah.
R
Q0R/P
e>1
e>1
e<1
e<1
e=1
e=1
0
AR
Q
MR
TR
q1
q1
Dalam monopoli, hasil purata adalah selalu lebih tinggi daripada hasil sut dan kecerunan keluk hasil sut adalah dua kali lebih curam dari keluk hasil purata. Ini dapat dibuktikan dengan:
AR = P = a – bQ …. (i) Seterusnya:
TR = Q(P) …. (ii) Dengan masukkan (i) ke (ii)
TR = Q(a – bQ) = aQ - bQ²
Persamaaan bagi MR MR = ΔTR/ΔQ
MR = a – 2bQ
6.3.4 Keseimbangan monopoli dalam jangka pendek
6.3.4 a. Pendekatan jumlah hasil total [TR] dan jumlah kos total [TC]
Berdasarkan pendekatan jumlah hasil dan jumlah kos, sebuah firma monopoli akan memaksimumkan keuntungan dengan mengeluarkan output yang menghasilkan perbezaan positif di antara hasil total (TR) dengan kos total (TC) yang paling besar
Jadual 6.2.3: Keseimbangan monopoli melalui jadual
Q
Unit P TR AR MR TC AC MC +/-
0 17.50 10.00
1 16.00 24.00
2 14.50 30.00
3 13.00 35.00
4 11.50 42.00
5 10.00 50.00
6 8.50 58.50
7 7.00 71.40
8 5.50 98.40
9 4.00 126.00
Ringgit Malaysia
Jadual 6.2.3: Keseimbangan monopoli melalui jadual Q
Unit P TR AR MR TC AC MC +/-
0 17.50 0 - - 10.00 - - - 10.00
1 16.00 16.00 16.00 16.00 24.00 14.00 14.00 - 8.00
2 14.50 29.00 14.50 13.00 30.00 15.00 6.00 -.1.00
3 13.00 39.00 13.00 10.00 35.00 11.67 5.00 4.00
4 11.50 46.00 11.50 7.00 42.00 10.50 7.00 4.00
5 10.00 50.00 10.00 4.00 50.00 10.00 8.00 0.00
6 8.50 51.00 8.50 1.00 58.50 9.75 8.50 - 7.50
7 7.00 49.00 7.00 - 2.00 71.40 10.20 12.90 - 22.40
8 5.50 44.00 5.50 - 5.00 98.40 12.30 27.00 - 54.40
9 4.00 36.00 4.00 - 8.00 126.00 14.00 27.60 - 90.00
Ringgit Malaysia
6.3.3.a) Pendekatan Jumlah hasil dan jumlahkos secara rajah
Q
TC dan TR
04
TRTC
46
42
RM4.00
6.3.4 b. Pendekatan hasil sut dan kos sut
Berdasarkan pendekatan ini, monopoli akan memaksimumkan keuntungan dengan menghasilkan output apabila
MR = MC
Jadual 6.2.3: Keseimbangan monopoli melalui jadual Q
Unit P TR AR MR TC AC MC +/-
0 17.50 0 - - 10.00 - - - 10.00
1 16.00 16.00 16.00 16.00 24.00 14.00 14.00 - 8.00
2 14.50 29.00 14.50 13.00 30.00 15.00 6.00 -.1.00
3 13.00 39.00 13.00 10.00 35.00 11.67 5.00 4.00
4 11.50 46.00 11.50 7.00 42.00 10.50 7.00 4.00
5 10.00 50.00 10.00 4.00 50.00 10.00 8.00 0.00
6 8.50 51.00 8.50 1.00 58.50 9.75 8.50 - 7.50
7 7.00 49.00 7.00 - 2.00 71.40 10.20 12.90 - 22.40
8 5.50 44.00 5.50 - 5.00 98.40 12.30 27.00 - 54.40
9 4.00 36.00 4.00 - 8.00 126.00 14.00 27.60 - 90.00
Ringgit Malaysia
Pemaksimum untung monopoli melalui pendekatan sut
P/C/R
Q
MC
AC
ARMR
11.5
10.5
4
7.0
Keseimbangan monopoli juga boleh ditentukan melalui pendekatan matematik. Katakan diberi fungsi:
Keseimbangan tercapai apabila MC = MR
93 - 10Q = 5 + 12Q
P = 31.5 - 5QMC = 5 + 12Q
MR = 93 - 10Q
12Q + 10Q = 93 - 5 22 = 88 Q = 4 unit
P = 31.5 - 5(4)
P = RM11.50.
Asas penting keseimbangan monopoli: Sekiranya monopoli mengeluarkan output bila hasil sut lebih besar daripada kos sut (MR > MC), ia tidak akan memaksimumkan keuntungan
Firma mesti menambahkan output sehingga MR = MC dan keuntungan akan dapat dimaksimumkan.
Sekiranya firma mengeluarkan output pada kos sut lebih besar daripada hasil sut (MC > MR) output perlu dikurangkan sehingga tahap di mana MC = MR dan keuntungan dapat dimaksimumkan.
6.3.4. c) Keadaan keuntungan firma dalam jangkapendek
i. Untung lebih normal.
ii. Untung normal
iii. Untung kurang normal
i. Untung lebih normal monopoli dalam jangka pendek
P/C/R
Q
MC
AC
ARMR
P2
P1
q0
P0
ii. Untung normal monopoli dalam jangka pendek
P/C/R
Q
MCAC
ARMR
P1
qo
Po
iii. Untung kurang normal (rugi)
P/C/R
Q
MC AC
ARMR
P2
q0
P0
6.3.5 Keseimbangan firma monopoli jangka panjang
ACLMC
Q
P/R/C
Rajah 6.3.5 Keseimbangan firma monopoli jangka panjang
AR=D=P
MR
P2P3
q0
A
P1 B
q1
C
P0 D
SMC1SAC1
SMC2SAC2
SMC = LMC = MR
Diskriminasi harga ialah amalan mengenakan harga yang berlainan bagi output atau perkhidmatan yang sama kepada kumpulan pengguna yang berlainan atau pada tempat yang
berlainan
i. Keanjalan permintaan yang berbeza
Pembeli atau pasaran yang berbeza mempunyai kesanggupan membayar yang berbeza terhadap sesuatu output. Oleh kerana citarasa dan keutamaan pembeli terhadap output adalah unik, keanjalan permintaan terhadap output tersebut adalah berbeza Dengan keanjalan permintaan yang berbeza, diskriminasi harga akan menghasilkan jumlah hasil yang lebih besar berbanding jika output dijual pada satu harga yang sama.
ii. Pasaran boleh diasingkan
Firma mesti boleh memisahkan/membahagikan pengguna kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza
Berdasarkan usia, kedudukan geografi, pekerjaan dan keanjalan permintaan serta kedudukan mereka terpisah
iii. Tambahan kos lebih kecil daripada tambahan hasil
Untuk melaksanakan diskriminasi harga, memerlukan tambahan kos
Jika tambahan kos daripada pelaksanaan diskriminasi harga lebih kecil daripada tambahan jumlah hasil, aktiviti diskriminasi harga akan berjaya dan sebaliknya.
iv. Tidak boleh dijual semula
Firma mesti mampu mengelakkan seseorang pengguna daripada menjual semula mana-mana output kepada pengguna lain ataupun ciri-ciri output yang dikeluarkan mesti tidak boleh dijual semula
Jika ini berlaku, diskriminasi harga tidak akan berjaya.
Menurut A.C.Pigou terdapat 3 darjah diskriminasi harga iaitu:
i. Diskriminasi harga darjah pertama/sempurna
Dalam diskriminasi harga darjah pertama, monopoli akan mengenakan harga yang berlainan untuk setiap output yang dijual.
Ia menetapkan harga maksimum yang mampu dibayar oleh pengguna (reservation price) bagi setiap unit yang dibeli dan dengan itu pengguna tidak akan menikmati apa-apa lebihan pengguna
Ini juga merupakan diskriminasi harga yang maksimum dan dengan itu dikenali juga sebagai diskriminasi harga yang sempurna
ii. Diskriminasi harga darjah kedua/blok
Dalam diskriminasi harga darjah kedua, pengguna- pengguna dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan harga yang berlainan akan dikenakan kepada kumpulan yang berbeza.
Contohnya perkhidmatan kesihatan kepada golongan kaya dan berpendapatan rendah.
iii. Diskriminasi harga darjah ketiga/pasaran
Monopoli akan mengenakan harga yang berlainan untuk pasaran yang berlainan berdasarkan keanjalan permintaan untuk setiap pasaran adalah berbeza
Q
P
Pasaran Monopoli
Q
P
Pasaran A
Q
P
Pasaran B
AR
MC
MR
44
30
AR
MR
20
42
10
55
MR
AR
Kesan dari diskriminasi harga :
Ini bermakna monopoli dapat meningkatkan hasilnya sebanyak RM70.00 setelah melaksanakan diskriminasi harga
Jumlah hasil sebelum diskriminasi harga = RM1320.00
Selepas diskriminasi harga
Jumlah hasil pasaran AJumlah hasil pasaran B
Jumlah hasil selepas diskriminasi harga
===
(RM42 x 20 unit) = RM840.00(RM55 x 10 unit) = RM550.00(840 + 550) = RM1390.00
Tambahan hasil selepas diskriminasi harga = (1390 – 1320) = RM70.00
a. Harga
Harga monopoli lebih tinggi daripada PPS
Dengan itu kebajikan pengguna dalam PPS lebih besar berbanding dengan kebajikan pengguna dalam pasaran monopoli.
b. Kuantiti
c. Untung
Perbandingan PPS dengan monopoli:
d. Kecekapan pengeluaran
Syarat firma mencapai kecekapan dalam pengeluaran : (AC paling minimum).
Monopoli mencapai keseimbangan pada kos purata sedang menurun sedangkan PPS mencapai keseimbangan pada kos purata paling minimum
Jadi PPS mencapai kecekapan dalam pengeluaran sedangkan monopoli tidak tercapai.
e. Kecekapan Peruntukan sumber
Syarat firma mencapai kecekapan dalam penggunaan sumber ialah : (P = MC).
Firma monopoli mencapai keseimbangan pada tingkat output di mana harga lebih besar daripada kos sut (P > MC). Jadi firma monopoli tidak mencapai kecekapan dalam peruntukan sumber.
PPS mencapai keseimbangan pada tingkat output di mana harga sama dengan kos sut (P = MC). Jadi firma PPS mencapai kecekapan dalam peruntukan sumber.
Monopoli akan sentiasa memaksimumkan keuntungannya dengan mengenakan harga yang paling tinggi. Bagi menjamin
kebajikan pengguna dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan firma monopoli, kerajaan akan mengawal
monopoli
Pengawalan harga oleh kerajaan ke atas monopoli
a. Menetapkan harga berdasarkan hasil purata sama dengan kos purata
P/C/R
Q
MC
AC
D=P=ARMR
qo
P1
Po
A
0
P2 C
q1
6.3.9 Kebaikan-kebaikan monopoli
a. Membolehkan firma mencapai ekonomi bidangan
Apabila dimonopoli sesuatu keluaran, firma tersebut dapat mengeluarkan secara besar-besaran dan mencapai ekonomi bidangan
Kesannya harga dapat dikurangkan dan dalam masa yang sama output dapat ditingkatkan.
Kebaikan-kebaikan monopoli
b. Menggalakkan perkembangan teknologi baru dalam pengeluaran
Dalam jangka panjang firma monopoli akan memperoleh untung lebih normal
Dengan itu firma monopoli mempunyai sumber pembiayaan untuk melaksanakan R&D dan seterusnya meningkatkan teknologi pengeluaran dan kualiti output tersebut.
Kelemahan-kelemahan monopoli
a. Monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan
Syarat kecekapan peruntukan sumber ialah sesebuah firma mencapai tingkat keseimbangan bilamana harga sama dengan kos sut (P = MC).
Tetapi bagi firma monopoli pada tingkat keseimbangan, harga sentiasa lebih tinggi berbanding dengan kos sut dan ini mengurangkan kebajikan pengguna.
Kelemahan-kelemahan monopoli
b. Monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran
Pada tingkat keseimbangan firma monopoli sentiasa mengeluarkan output pada tingkat kos purata sedang menurun dan bukannya pada kos purata minimum
Kecekapan pengeluaran berlaku apabila firma mengeluarkan output pada kos purata paling minimum
Dengan itu firma monopoli tidak akan mencapai kecekapan dalam pengeluaran.
Kelemahan-kelemahan monopoli c. Aktiviti lambakan kesan diskriminasi harga akan merugikan rakyat dalam negara
Lambakan ialah satu bentuk diskriminasi harga di mana firma monopoli akan menjual lebih murah di pasaran luar negeri berbanding pasaran dalam negeri
Kesannya rakyat dalam negeri terpaksa menanggung kos pengeluaran yang tinggi dan ada antaranya yang tidak mampu untuk membelinya.
Kelemahan-kelemahan monopoli
d. Tidak menggalakkan perkembangan teknologi baru
Tanpa saingan dalam industri monopoli, kadang-kadang menyebabkan firma monopoli tidak mahu menjalankan R&D kerana ianya akan meningkatkan kos pengeluaran
Selain itu mereka berpendapat kuasa monopolinya terus kekal dan hanya memberi tumpuan untuk memaksimumkan harga sahaja.
Kelemahan-kelemahan monopoli
e. Agihan pendapatan yang semakin tidak adil
Dengan matlamat untuk memaksimumkan keuntungan, firma monopoli akan sentiasa memastikan harga yang dikenakan pada tahap paling maksimum dengan mengawal kuantiti penawaran
Kesannya pengguna terpaksa membayar dengan harga yang tinggi sedangkan pemilik-pemilik monopoli terus meningkatkan kekayaan mereka yang akhirnya menyebabkan agihan pendapatan semakin tidak adil.
top related