biskut mazola
Post on 10-Feb-2016
8 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Biskut kacang mazola Bahan-bahan : 200 gm kacang tanah - goreng
& tumbuk halus
200 gm gula halus
250 gm tepung gandum
minyak mazola
1 biji telurCara penyediaan : Gaul tepung gandum, gula dan kacang
tanah hingga sebati. Kemudian masukkan minyak
mazola secukupnya hingga adunan menjadi lembut dan tidak berketul.
Bulat-bulatkan
adunan sebesar guli. Kemudian atur dalam dulang pembakar dan
letakkan sebiji kacang
sebagai hiasan di atasnya. Supaya kacang tidak terpisah daripada
biskut selepas dibakar,
sapukan kuning telur di atasnya dan hasilnya ia akan kelihatan
lebih cantik.
Biskut MazolaBahan-bahan ( 30 biji )1 mangkuk kacang tanah (ditumbuh) 1 mangkuk minyak mazola 1 mangkuk tepung gandum (tambah tepung klu tak lembut) 3\4 mangkuk gula 1 biji kuning telur kacang untuk hiasan
Cara-cara campurkan semua bahan diatas dan digental bulat -bulat. Bubur kacang ditengah dan sapukan kuning telur,lepas itu dibakar lebih kurang 10 minit.
Biskut Mazola Bahan-bahan ( 1 balang )200gm tepung gandum
200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
100 gm gula -kisar halus
1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
Kuning telur
Cara-cara Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.
Basic scone/biscuitBahan-bahan ( 4-5 orang )2 cawan tepung
1 tbsp baking powder
1/2 tsp garam halus
100g butter sejuk
2 tbsp gula castor
1 cawan susu segar
Cara-cara Gaul semua bahan kering dgn garpu
Buat lubang ditengah tepung, parut butter sejuk ke dlm tepung. Butter lagi sejuk lagi bagus.
Gaul butter & tepung dengan garpu sampai butter & tepung jadi berbiji2 sedikit. Jangan uli. Nanti scone jadi padat & berat.
Masukkkan susu dan gaul semua dengan garpu sampai tepung dah melekat saja. Memang doh akan rupa tak cantik.
Canai doh jadi 1inci atas tmpt bertepung sedikit (takut melekat). Tekap dgn acuan. Bakar pada suhu 230C sampai atas kuning keemasan.
Biskut Kacang Mazola
600g kacang tumbuk
300g gula halus
600g tepung gandum
minyak mazola
telur kuning (utk hiasan)
Cara-caranya:
1. Campurkan kacang, gula, tepung . Masukkan minyak dan agak- agak
bahan-bahan tu boleh diuli.
2.Pastu buat bebola dan letakkan atas loyang
3.Sapu kuning telur
4.Bakar selama 10-15 minit.
Almond London
125gm mentega
1 biji kuning telur
333gm badam berkulit (bakar selama 7 minit pd suhu 350F)
75gm gula icing
225gm tepung gandum serba guna
sedikit lemak sayuran (shortening)
300gm coklat masakan (dicairkan)
1 sudu kecik emplex (bhn tuk merangupkan biskut)
sedikit hirisan badam (bakar juga tapi kejap je)
mangkuk kertas
cara-caranya :
1. Pukul mentega dan gula sampai halus pas tu masukkan telur,
emplex serta tepung gandum. Gaul hingga sebati.
2. Buat bulat-bulat pastu bubuhkan badam yg dah dibakar tu kat
dlmnya dan tutup balik pas tu bakar selama 20-25 minit pd suhu
170C
3. Sejukkan dahulu sebelum dicelupkan kat dlm coklat masakan.
Coklat masakan tu kena masak guna 'double boiling ' dan utk
mencantikkan almond london tu,campur sedikit mentega ke dlm coklat
masakan tu. Lepas celup masukkan ke dlm mangkuk kertas dan taburkan
hirisan badam.
Biskut dahlia/samprit
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kanji/tepung ubi
esen vanilla
susu pekat 2 camca besar
telur 1 biji
Buah ceri merah utk hiasan-potong kecil2...
cara-cara membuatnya :
Marjerin dipukul dgn gula sehingga kembang dan masukkan telur dan
esen vanilla.
Masukkan bahan-bahan lain dan uli doh sebelum dimasukkan ke dalam
acuan samprit. Hiaskan dgn buah ceri tadi & bakar.
Biskut coklat cornflakes
2 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik
2 cawan cornflakes yg telah dikisar
150gm mentega
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
coklat masakan cair
Cara-caranya :
1. Ayak tepung gandum dgn serbuk penaik dan masukkan
cornflakes.
2. Pukul mentega dgn gula hingga sebati pastu masukkan telur dan
esen dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata.
4. Bentukkan doh jadi cam guli ker bola kecik ker pastu bakar. Nak
bubuh dlm paper cup pun boleh.
5. Bakar pd suhu 180C selamat 15 minit.
6. Dah masak nanti hiaskan ler ngan coklat masakan dan coklat rice
kalau suka.
Biskut Mazola
sekilo kacang tanah hancur
sekilo gula pasir halus
minyak jagung, tak kiralah brand apa pun.
tepung gandum skit.
kuning telur, utk disapu di atas biskut.
- kacang dan gula, gaul sebati. ambik sikit, campurkan dgn tepung
gandum, jgn banyak sangat. uli pulak dengan minyak jagung, sampai
agak agak bleh terap.
terap, lepas tu. sapu kuning telur kat atas dia.
masa aku buat, gula pasir tu, aku tak blend halus sangat. . so bila
makan, rasa berderap derup disebabkan ada gula pasir tu...sedap
tau!
Biskut Mazola 1Bahan-Bahan:
1 kilo tepung gandum (diayak)
1 cawan gula halus
2 cawan kacang tanah (digoreng dan ditumbuk halus)
1 botol minyak jagung mazola (size kecil)
Telur merah utk hiasan
Cara:
Gaulkan tepung gandum, gula, kacang tanah hingga serata. Kemudian tuangkan minyak jagung mazola sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan. Kemudian terapkan adunan tadi mengikut bentuk acuan yg anda suka. Sapukan telur merah diatas biskut supaya ia kelihatan berkilat. Masukkan dalam ketuhar bersuhu 180 atau bakar sehingga kekuningan. Selamat Mencuba......
Biskut Mazola 2Bahan-Bahan:
3 cawan gula
1 botol peanut butter
1 kati tepung gandum2 biji kuning telur
Sedikit minyak kacang
Cara:
Masukkan tepung, gula, peanut butter. Gaul dengan minyak kacang hingga basah. Kemudian bentuklah mengikut sesuka hati, sapukan kuning telur di atas lalu dibakar.
Biskut Mazola 3Bahan-Bahan:
300 gm tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dimesin halus)1
biji kuning telur
botol kecil minyak mazola
Cara:
Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah dan gula. Masukkan minyak sedikit sedikit sambil digaulkan hingga rata. Setelah itu bentukkan bulat bulat leper. Sapukan dengan kuning telur atasnya dan bakarlah hingga masak.
top related