bmm3033e - pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah
Post on 10-Dec-2015
31 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Nota dan Maklumat
1.0 Konsep dan tujuan Pentaksiran 1
2.0 Taksonomi dan Domain 3
3.0 Jadual Spesifikasi Ujian 9
4.0 Pembinaan Item Ujian 10
JSU Bahasa Melayu 11
20 Soalan Objektif 13
Refleksi
Rujukan
1.0 Konsep dan Tujuan Pentaksiran
Konsep Pentaksiran
Proses mendapatkan maklumat dan melakukan penghakiman tentang sesuatu produk
pendidikan dikenali sebagai satu konsep pentaksiran. Maklumat ini merangkumi hal-hal
berkaitan topik, bukti dan prestasi.
Menurut David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Ke-2
(2003), pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasikan
maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan
berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat.
Konsep Pengujian
Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan
sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu terhadap
pembelajarannya. Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang murid
dalam sesuatu pembelajaran dan berguna dalam usaha menempatkan murid dalam
kumpulan belajar yang sesuai. Pengujian dapat dilaksanakan dengan cara mengadakan
pemerhatian, ujian bertulis atau ujian lisan. Pengujian biasanya dilaksanakan selepas
satu atau beberapa pelajaran diajar.
Konsep Pengukuran
Pengukuran adalah satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajaran. Pengukuran bertujuan
untuk membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam
penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran amat berguna untuk pengelasan,
pensijilan dan penempatan murid dalam jurusan yang sesuai.
Konsep Penilaian
Menurut Stufflebeam (1971) dalam Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik
berkata,” Penilaian ialah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti
mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk
membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya,
seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang
lebih berkesan,”
Manakala, menurut Gay (1985) juga dalam Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang, penilaian
adalah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis
data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif itu tercapai.
Tan Hui Leng, Ea Ah Meng (1996) menyatakan bahawa penilaian merupakan konsep
yang paling menyeluruh dan meliputi pelbagai aspek dalam mendapatkan sesuatu
keputusan, ia melibatkan proses yang melibatkan data dan maklumat kualitatif dan
kuantitatif untuk membuat pentaksiran dan mendapatkan hasil penilaian.
Dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan (2003) dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (mulai 2011), penilaian merupakan satu proses untuk
menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan
kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulan
Konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian secara umumnya menunjukkan perbezaan
tetapi pada hakikatnya ada perkaitan antara ketiga-tiga konsep tersebut, iaitu
pentaksiran menjadi salah satu unsur daripada penilaian, pengujian pula salah satu
daripada unsur pentaksiran dan penilaian.
2.0 Taksonomi dan Domain
Pentaksiran, penilaian dan pengujian mempunyai fungsi penting dan mengambil kira
sejauh mana murid-murid telah menerima pelajaran baharu yang diperkenalkan untuk
sesuatu jangka masa tertentu. Menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran, pengujian dan
penilaian merupakan kaedah atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh
maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan
domain pendidikan atau psikologi.
Oleh itu, Taksonomi Bloom disusun mengkelaskan tiga domain dalam objektif
pengajaran dan pembelajaran iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Seterusnya Bloom
berkolaborasi dengan Krathwohl dan Betram B. Masia lalu menghasilkan Domain
Krathwohl.
RAJAH 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN
TAKSONOMI DAN DOMAIN
TAKSONOMI BLOOM
DOMAIN KRATHWOHL
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), taksonomi ialah kajian tentang prinsip,
peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan
perbezaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model
yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan seperti
pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang
melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti
pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir, domain afektif yang melibatkan
perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan
cara penyesuaian diri. Seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan
perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Namun, di sekolah domain kognitif lebih menjadi tumpuan utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana perkembangan pemikiran murid mengambil masa
yang lama dan lebih pesat sewaktu murid bersekolah, sejajar dengan pertumbuhan dan
perkembangan fizikal mereka. Sehubungan itu, Taksonomi Bloom telah membahagikan
domain kognitif kepada enam peringkat bermula dari tahap yang mudah kepada tahap
yang sukar iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi (penggunaan), analisis, sintesis dan
penilaian.
RAJAH 3 : HIERARKI DOMAIN TAKSONOMI BLOOM
Domain-domain dalam Aras Taksonomi Bloom
Aras pengetahuan merupakan domain pertama dalam Taksonomi Bloom. Pengetahuan
bermaksud mengingat kembali perkara-perkara, kaedah, universal, proses dan juga
struktur. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan murid untuk mengingat kembali fakta
atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras
pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah
berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses,
aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan
masalah. Aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat
dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri.
Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses
mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip
dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.
Domain yang kedua ialah aras kefahaman. Aras kefahaman merujuk kepada kemahiran
memahami sesuatu perkara yang juga merupakan unsur penting objektif tingkah laku.
Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara.
Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang
memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna
asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan
menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga
adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa
hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman
adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan
dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti
jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.
Domain yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aplikasi amat penting kepada
murid-murid yang ingin menghubungkaitkan sesuatu situasi dengan situasi yang lain.
Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk
menyelesaikan masalah. Sebagai contohnya, kemahiran bertutur yang dipelajari di bilik
darjah ketika pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dapat diaplikasikan oleh
murid-murid ketika berada di tempat awam misalnya, ketika membeli belah di pasar
raya.
Domain yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk
memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian
antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur –
unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur
iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk
menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat
perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid
perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan
sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras
analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan
pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan
melihat perkaitan antara komponen.
Domain yang kelima adalah aras sintesis. Sintesis merujuk kepada keupayaan untuk
menggabungkan komponen-komponen kecil kepada bentuk baharu. Aras ini
memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas.
Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan
suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau
pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan
gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah
penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori
membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau
membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan
sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat
deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada
data atau faktor yang diberi.
Domain yang terakhir adalah aras penilaian. Penilaian merupakan bidang kognitif
tertinggi kerana pada peringkat ini murid-murid Aras ini menguji keupayaan murid
menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat
pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea
atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat,
berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini
adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah
bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu
bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga
dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai
ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh
kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang
dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria
luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau
yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan
fakta mengenai kebudayaan tertentu.
Rumusan
Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi Bloom
menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilaku-
perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan
ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda
dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah
pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian. Elemen ini disusun
secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah kepada aras pemikiran
tinggi.
Domain Krathwohl
Domain Krathwohl merujuk kepada domain afektif, iaitu yang melibatkan perkembangan
sikap dan nilai murid. Domain Krathwohl adalah kesinambungan kepada domain afektif
dalam Taksonomi Bloom, yang memberi tumpuan khusus kepada pemikiran dan
kefahaman murd-murid. Lima peringkat diperkenalkan dalam domain ini iaitu
penerimaan, gerak balas, menghargai nilai, organisasi dan perwatakan sesuatu nilai
yang kompleks.
Penerimaan
Penerimaan bermaksud tahap murid-murid bersedia untuk menerima sesuatu yang ingin
disampaikan, bermula dengan kesedaran murid-murid akan irama, lirik lagu atau situasi
kehidupan. Setelah berlakunya kesedaran tersebut, murid akan menunjukkan kesediaan
untuk menerima, iaitu tidak menjauhi rangsangan yang diterima. Seterusnya, murid-
murid akan akan mula bertindak secara terhad, iaitu cuba membezakan setiap
rangsangan yang diterima. Sebagai contohnya, peringkat ini murid-murid dapat
membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti formal di bilik darjah..
Gerak Balas
Gerak balas bermaksud murid-murid akan bertindak balas terhadap rangsangan yang
diterima kerana mempunyai tujuan tersendiri untuk berbuat demikian. Murid akan
bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima apabila mempunyai rasa ingin tahu
yang tinggi. Walaupun pada awalnya gerak balas ini disebabkan arahan orang lain,
murid akan bertindak balas secara sendiri dengan kemahuan dan tujuan sendiri.
Penilaian
Apabila murid-murid memahami nilai-nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada
masyarakat, itu bermaksud penilaian atau valuing. Terdapat tiga jenis nilai berkaitan
iaitu penerimaan semua nilai, pemilihan nilai tertentu dan komitmen. Penerimaan semua
nilai dilihat apabila semua nilai yang terdedah diterima individu tersebut menjadi
landasan kepada perlakuannya. Pemilihan nilai tertentu daripada nilai-nilai yang
didedahkan kepada individu tersebut yang menjadi landasan kepada perlakuannya.
Komitmen pula bermaksud memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan yang
menjadi landasan kepada perlakuannya dan sanggup mempertahankan kepercayaan ini
daripada sebarang cabaran.
Organisasi
Organisasi bermaksud murid-murid berupaya menyusun semua nilai yang diterimanya
menjadi satu sistem yang lebih praktikal. Penyusunan nilai-nilai terbahagi kepada dua
peringkat iaitu mengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya
serta menyusun nilai-nilai hinga menjadi satu sistem nilai atau kepercayaan. Sebagai
contohnya, murid-murid dapat menerima peraturan sekolah dan seterusnya mengawal
diri berdasarkan peraturan tersebut.
Perwatakan
Perwatakan bermaksud murid-murid mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup
mengamalkannya sebagai cara hidup. Selalunya murid-murid akan kekal memegang
sistem nilai dan memperlihatkan perwatakan berlandaskan nilai tertentu. Misalnya,
membuat keputusan mengikut keadaan tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Kedua, murid-
murid akan memperlihat sistem nilai tersendiri iaitu mempunyai falsafah atau prinsip
hidup tersendiri. Sebagai contohnya, seorang murid yang dimarahi oleh guru kerana
tidak membuat kerja rumah akan segera membetulkan kesalahannya dengan
menyiapkan kerja rumah. Kesimpulannya, murid menunjukkan prinsip hidup tersendiri
tanpa dipengaruhi oleh perasaan.
3.0 Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian
dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap
konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras
kesukaran. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian
yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi
komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan.
Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan
menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran.
Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan
oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian
dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil.
Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala yang
mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta
tersebut menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini
pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan terlebih
dahulu menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan
mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga
akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar
dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Daripada segi pembinaan
item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang
dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.
4.0 Pembinaan Item Ujian
Item Objektif
Menurut Gronland (1977), soalan objektif dibentuk daripada beberapa item yang boleh
diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika
memeriksa tindak balas yang serupa. Hal ini bermaksud item/ soalan objektif
mempunyai jawapan tepat/ tertentu/ spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan,
padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada
betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul,
atau perkataan pelengkap yang betul.
Bahagian-bahagian item objektif terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, stimulus
(rangsangan), stem (badan) dan jawapan pilihan. Stimulus ialah bahagian soalan yang
mengandungi maklumat khusus di mana soalan didasarkan, berbentuk teks, grafik,
jadual atau perbualan. Manakala stem (badan) mengandungi tugasan dan berbentuk
ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan. Akhir sekali, jawapan pilihan pula
mengandungi jawapan pilihan, berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau
jadual.
Item Subjektif
Item subjektif pula bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak
spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item ini membenarkan subjektiviti dalam
jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman
pengetahuan yang dimiliki. Maka, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang
lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat
pertimbangan, menilai, membuat keputusan yang memerlukan kemahiran berfikir.
Refleksi
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat
menyiapkan tugasan BMM3033E ini dengan jayanya. Semoga tugasan yang saya lakukan ini
akan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada sesiapa yang membaca dan
mengkaji tugasan ini.Tugasan BMM3033E ( Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah)
telah diberi tanggungjawabnya kepada PISMP Semester 5 untuk melaksanakan tugasan
tersebut.
Antara tajuk-tajuk tugasan yang diberikan kepada guru pelatih untuk dilaksanakan ialah
berkaitan dengan penghasilan soalan mengikut jadual spesfikasi ujian.Tugasan ini bagi saya
adalah sesuatu yang baru kerana kami dikehendaki membina Jadual Spesfikasi Ujian dan item
ujian Bahasa Melayu . Tajuk tugasan ini banyak memberi faedah dan input-input terkini kepada
guru pelatih. Antaranya ialah pengalaman dan pendedahan kepada guru pelatih kerana ianya
sebagai langkah persediaan kepada guru pelatih untuk diaplikasikan semasa menjadi guru
kelak..
Semasa melaksanakan tugasan ini, pelbagai ilmu yang dapat saya peroleh. Antara ilmu yang
diperoleh semasa menyiapkan tugasan ini ialah saya memperolehi pengetahuan tentang
konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian, konsep Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl.
Saya juga telah membuat perbandingan antara Taksonomi Blomm dan Domain Krathwohl yang
mana kedua-dua ini amat penting dalam menghasilkan item untuk menguji penilaian terhadap
sesuatu ilmu. Pencarian ilmu tentang taksonomi dan domain ini membolehkan saya
memperolehi ilmu yang lebih mendalam dalam memahami dan Domain Krathwohl.
Sehubungan itu, tugasan seterusnya ialah membina Jadual Spesifikasi Ujian dan membina
soalan objektif. Semasa menyiapkan tugasan ini saya memperolehi ilmu pengetahuan tentang
bagaimana sesuatu item soalan dibina untuk menguji atau menilai seseorang murid khususnya
dalam penilaian kognitif. Jadual Spesifikasi Ujian sangat memainkan peranan dalam membantu
penghasilan soalan-soalan ujian yang akan digunakan untuk mengukur sesuatu tahap
pengetahuan murid.
Penyediaan JSU merupakan pengalaman baru bagi saya kerana sebelum ini , saya tidak
pernah diberi tugasan membina soalan peperiksaan dan JSU. Banyak aspek perlu dititik
beratkan semasa pembinaan JSU seperti jumlah soalan bagi setiap kandungan, tahap
kemahiran dan jenis soalan. Pembinaan JSU bukanlah satu perkara yang mudah dan tidak
boleh dibina secara sembarangan. JSU yang baik dapat menjamin kesahan isi kandungan
sesuatu ujian. Selain itu, saya juga dapat mengetahui cara-cara membuat soalan mengikut
JSU yang sesuai.
Jenis soalan yang saya bina berbentuk soalan pemahaman berdasarkan petikan teks.
Pembahagian aras soalan dibuat secara teratur iaitu aras mudah sebanyak 8 soalan, aras
sederhana 6 soalan dan aras tinggi atau sukar sebanyak 6 soalan. Jumlah kesemuanya
mencakupi 20 soalan kesemuanya. Komponen soalan yang saya bina merangkumi aspek
stimulus, stem, pilihan jawapan dan pengganggu.
Sebagai contohnya komponen soalan yang mengandungi unsur peganggu dilihat pada soalan
no 14, dimana nama tempat kejadian seakan-akan hampir sama kesemuanya. Namun, terdapat
kata kunci yang dapat membantu murid melihat pilihan jawapan yang paling tepat. Manakala,
stimulus atau rangsangan yang digunakan dalam pembinaan soalan pemahaman ini ialah
petikan teks itu sendiri. Petikan teks merupakan rangsangan utama bagi murid untuk menjawab
soalan.
Antara kepentingan membina JSU yang saya dapat lihat ialah guru dapat mengelakkan
pembinaan soalan ujian secara sembarangan dan menjamin kesahan isi kandungan sesuatu
ujian. Selain itu, pembinaan JSU membantu perimbangan antara topik-topik dengan aras
kemahiran yang diuji supaya kesahan daripada sudut persampelan sukatan pelajaran ada;ah
terjamin. Semua perkara ini wajar kita fahami dan laksanakan dengan baik. Cara menghasilkan
Jadual Spesifikasi Ujian adalah sesuatu perkara yang perlu dipelajari oleh guru pelatih yang
mana kemahiran yang dipelajari ini sudah pasti akan digunakan pada masa akan datang.
Semasa tugasan ini dilaksanakan, saya menggunakan jenis penilaian sumatif yang dibina untuk
menguji pencapaian murid. Tujuan penilaian sumatif dibuat kerana penilaian memerlukan bukti
dan maklumat secara kuantitatif sebelum satu pertimbangan tentang perkembangan dan
prestasi murid-murid dapat dibuat. Sememangnya maklumat yang bersifat kuantitatif lebih
mudah diperoleh melalui pelbagai ujian berbanding maklumat kualitatif seperti sikap, minat dan
nilai yang diperoleh melalui kaedah bukan ujian seperti pemerhatian, portfolio dan projek.
Langkah pembinaan soalan ujian adalah sangat penting untuk dipelajari dan diketahui oleh guru
kerana pengetahuan ini akan dapat diaplikasikan semasa membina format soalan ujian apabila
menjadi guru yang sebenar kelak. Akhir sekali, pelbagai pengetahuan yang telah dipelajari
semasa melaksanakan tugasan ini dan segala pengetahuan yang diperolehi akan diguna pakai
apabila perlu semasa menjadi guru yang sebenar kelak. Kerjasama antara guru pelatih juga
adalah sangat penting dalam bersama-sama membantu menyiapkan tugasan ini
Secara tuntasnya, banyak pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh
dan timba sepanjang melaksanakan tugasan ini. Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal
pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin sebagai
persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Oleh itu, melalui
kursus ini secara tidak langsung saya dapat mengumpul dan menyimpan sebanyak bahan yang
boleh sebagai simpanan dan bekalan saya nanti untuk dijadikan sebagai bahan bantu
pengajaran. Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran yang dapat membantu
serta mempermudahkan proses penyampaian pengajaran di dalam kelas kelak. Akhir kata,
segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki moga dapat terus
dikembangkan dan digunakan semaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah nanti.
InsyaAllah, sekian.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(BMM3033E) dalam semester ini dengan lancar.
Saya menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat serta rajin
merujuk kepada pensyarah-pensyarah untuk mencari maklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi
penghargaan kami ucapkan kepada Tuan Haji Daud Bin Md Saman pensyarah yang juga
banyak membantu dan sebagai pembimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu
saya dan yang sanggup bersama saya dalam mencari bahan untuk melengkapkan untuk
menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada semua yang telah
membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini saya berasa tenang. Ini kerana segala aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut aturannya. Semoga sebarang cacat cela dalam proses
menyiapkan tugasan ini dapat dimaafi.
Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui
dengan lebih mendalam. Segala tunjuk ajar tidak akan saya lupakan. Terima kasih.
Rujukan
Buku
Stufflebeam, D.L., Folely, W.J., Gephart, W.J., Guba, E.G., Hammond R.L., Merriman, H.O., &
Provus, M.M. (1971). Educational Evaluation and Decision-making. Itasca, IL: F.E. Peacock.
Kubiszyn, Tom & Borich, Gary (1995). Educational Testing and Measurement. Austin: Harpen
CollinsCollege Publishers
Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mok Soon Sang (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Tan Hui Leng, Ee Ah Meng. (1996). Siri Pendidikan Perguruan Penilaian Dalam Proses
Pendidikan Asas Pendidikan 3. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam.
Jurnal
Hale, G. et al. (1980). “Effects of Item Disclosure on TOEFL Performance,” Research Report
No. 8, Educational Testing Service, Princeton, NJ.
David Payne (2003), Applied Educational Assessment Edisi Kedua, Portal Pendidikan Utusan.
Pentaksiran `diinsankan' dan `dimesrakan' (jurnal) Marzita Abdullah, laporan khas pendidikan
2006-2010
Gronlund, N.E. (1977). Constructing achievement test. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan (2003) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (mulai 2011),
Internet
http://www.ipda.edu.my/OUMazman/Topic4.pdf
http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/jsu.pdf
http://eprints.utm.my/14940/1/
Pembinaan_Ujian_Diagnostik_bagi_Mengesan_Kesalahan_Pelajar_dalam_Tajuk.pdf
Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. (2012). 20 Mac 2015, diambil
daripada http://www.moe.gov.my
Modul_PPG_Semester_2/BMM3103_Pentaksiran_Bahasa_Melayu_SR.(2012,Januari). Carian
pada 20 Mac 2105 diambil daripada http://www.lmsipda.net.
http://projects.coe.uga.edu/epltt/index.php?title=Bloom%27s_Taxonomy
diambil pada 19 Mac 2015
http://ww2.odu.edu/educ/roverbau/Bloom/blooms_taxonomy.htm diambil pada 19 Mac 2015
top related