contoh rph tahun 5
Post on 14-Apr-2018
313 Views
Preview:
TRANSCRIPT
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 1/21
Pengenalan
Teori konstruktivisme menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep
itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diprlukan ,Brooks (1998),
manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang
mereka alami sebelum ini . Teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep
melalui pengetahuan lepas. Berdasarkan pengetahuan lepas, pelajar akan juga
menyesuaikan dengan pembelajaran yang dipelajari ketika itu. Teori konstruktivisma
juga akan dipraktikkan oleh pelajar kerana mereka dapat menghubungkaitkan
pengetahuan dan pemahaman konsep yang lepas untuk membentuk pemahaman baru.
Pelajar dapat menentukan corak pembelajaran mereka sendiri dan melalui beberapa
aktiviti yang disediakan dapat menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba. Ini tentunya
dapat mencabar pemikiran seseorang pelajar. Jones (1997
Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini
dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut iaitu pelajar berpeluang mengemukakan
pandangannya tentang sesuatu konsep. Pelajar juga berpeluang berkongsi persepsi
antara satu sama lain. Aktiviti berasaskan hands-on dan minds –on . Mementingkan
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Ini menjadikan murid berminat dan seronok
mengkaji konsep asas sains ,kemahiran sains dan proses asas sains .
1
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 2/21
RANCANGAN MENGAJAR SAINS TAHUN 5
1. Tarikh 26.10. 2009
2 .Masa 90 minit
3. Tingkatan / Tahun Tahun 5
4. Bilangan Murid 35 orang
5.TemaPelajaran/Topik
(Lesson Theme/
Topik)
Menyiasat Bumi dan alam semesta
Bumi dan fenomena alam (Gunung Berapi)
6. Liputan
Kurikulum/
Learning outcomes
1. Topik ini meliputi Bumi dan Fenomena alam
2. Kejadian gunung berapi dan kesan kejadian gunung
berapi.
7 .Objektif
pembelajaran/learning
objectives
Di akhir pengajaran pelajar dapat,
1. Membina model gunung berapi menggunakan kertas
( paper mache )dengan betul dalam kumpulan dalam
masa yang ditetapkan.
2. Menerangkan secara lisan bagaimana gunung berapi
terbentuk.
3. . Menjawab dengan betul 4 daripada 6 soalan latihan
kendiri berkaitan gunung berapi secara bertulis dalam
kertas edaran dalam masa 6 minit
2
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 3/21
8. Pengetahuan Sedia
Ada Pelajar telah mempelajari tentang bumi dan fenomena alam
dan mengetahui ujudnya gunung berapi..
9.Penerapan Nilai :
i. Ketabahan
ii. Kerjasama
iii. Berani
10. Kemahiran
Generik KBKK:1. Menjana minda
2. Menghubungkait
11. Media
Pengajaran :
i. Surat khabar lama ii. Warna
iii. cuka iv. soda baikarbonat
v. Gam vi video gunung berapi
vii lembaran kerja
http://www.youtube.com/watch
http://www.yahoo.com/valcano
http://www.valcanoes.usgs.gov.
http://www.youtube.com/watchmount saint helens
12. Sains proses skil 1.memerhati
2. Membuat inferens
3. meramal
4. mengeksperimen
3
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 4/21
Langkah /
Masa
(Peristiwa
Pengajaran)
Isi
Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran Media/alatan
Guru Pelajar
LANGKAH
1
(5 minit)
Mengenali
gunung berapi
1. Guru
menunjukkan
video tentang
gunung berapi.
2.Mengenali
lapisan gunung
berapi.
2. Bersoaljawab
untuk mencetus
idea
Pelajar melihat
tayangan video
Mount saint
Helens(laman
web
diseertakan)
2. bersoal jawab
video
internet
Langkah 2
(10 minit)
Pembentukan
model gunung
berapi
Guru menunjuk
cara bagaimana
membina model
gunung berapi
berpandukan
video .Papa Tom
builds an erupting
valceno
Diorama(laman
web disertakan)
Murid melihat
video dan
mendengar
Penerangan
guru
video
internet
Langkah 3
(50 minit)
Projek model
gunung berapi
1. Guru
membahagikan
murid kepada lima
kumpulan
2.Guru
mengedarkan
kertas arahan
kepada setiap
kumpulan(lampiran
1)
3. Guru meminta
murid melakukan
1.Pelajar
membentuk
lima kumpulan.
2.murid
membuat model
gunung berapi
dalam
kumpulan
berpandukan
i. Surat khabar
lama
ii. Warna
iii. cuka
iv. soda
baikarbonat
v.Botol
vi .gam
salotape
vii.bandege/tisu4
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 5/21
Perbincangan Rancangan Pelajaran
Rancangan Pengajaran yang dirancang ini adalah menepati prinsip Pengajaran
Konstruktivisme. Konstruktivisme pada asasnya merupakan proses pembelajaran
menerangkan bagaimana pengetahuan sedia ada disusun semula dalam minda pelajar
untuk membentuk pengetahuan baru yang selaras dengan pemahaman ahli sains.
Teori konstruktivisme diasaskan kepada amalan penggunaan hands-on yang
membolehkan pelajar-pelajar menemui dengan sendiri konsep-konsep dan model yang
menghuraikan tentang dunia sekeliling mereka(Esler and Esler 2004).
Projek pula merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
murid-murid secara individu atau kumpulan dalam sesuatu situasi pembelajaran. Melalui
kaedah ini murid didedahkan kepada satu cara penyelesaian kepada satu masalah yang
memerlukan mereka menghasilkan satu laporan tinjauan mudah ataupun membina
sasuatu yang berbentuk kekal (konkrit ) sebagai satu hasil usaha kumpulan.
Pembelajaran melalui satu projek menggalakkan murid-murid menggunakan dan
memantapkan kemahiran belajarnya. Projek adalah satu teknik pembelajaran yang
memerlukan murid-murid mengaplikasikan kemahirannya dari segi kognetif,psikomoto
dan afaktif.
5
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 6/21
Penghuaraian rancangan pengajaran ini adalah berasaskan lima fasa yang telah dicirikan
Needham dalam proses pembelajaran berasaskan konstruktivisme.Dan melalui teknik
pembelajaran projek.
Justru itu melalui perancangan pengajaran ini pengetahuan dikembangkan secara
aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada persekitarannya.
Pelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing dan pengetahuan
sedia ada mereka . Ini menjadikan pelajar yang mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran ini menjadi lebih seronok dan berminat untuk belajar kerana pengetahuan
yang dibina adalah hasil usaha pelajar sendiri. Ini dapat dilihat pada langkah ke 3 apabila
teknik projek digunakan.Teknik projek ini akan menjadikan murid dapat
mengembangkan pengetahuan mereka secara aktif .mereka melakukan aktiviti ini
mengikut pengalaman masing-masing . Semasa melakukan aktiviti ini mereka
mengubahsuai idea dahulu melalui perbandingan dengan idea saintifik atau menyiasat
dengan menggunakan kemahiran saintifik.Ini menjadikan sesi pengajaran bermakna dan
seronok.
Perancangan pengajaran ini juga mengambil kira pengalaman sedia ada murid
iaitu menepati konsep konstruktivisme .Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa
murid membina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berasaskan kepada
pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara
pasif dari persekitaran. Ilmu adalah satu entiti yang dibina oleh setiap pelajar melalui
proses pembelajaran(Briner 1999). Melalui pembelajaran konstruktivisme ilmu adalah
sesuatu yang realitif dan berubah mengikut masa. Pengetahuan sedia ada murid yang
telah mengetahui tentang bumi dan fenomena alam menjadikan murid mudah membina
konsep pembentukan gunung berapi ini dan dengan mudah mengaitkan kejadian gunung
berapi yang baru dipelajari ,tambahan lagi dengan penayangan slide power point yang
menunjukkan gambar gunung berapi dan aktiviti-aktiviti gunung berapi sebagai set
induksi . Ini bertujuan supaya menarik perhatian dan minat murid serta memotivasikan
murid agar mereka terus berminat dalam pengajaran yang diberikan.
6
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 7/21
Pembelajaran adalah mengikut kesesuaian yang dilalui oleh pelajar pada ketika
itu. Proses pembelajaran bertindak sebagai fungsi penyesuaian. Pembelajaran bukan
merupakan tempat simpanan maklumat tetapi merupakan pengetahuan pribadi yang
berguna.Oleh itu murid akan mudah dapat gambaran bagaimana sebuah gunung berapi
dan seterusnya dapat membina model sebuah gunung berapi itu.Apabila mereka telah
memahami apa yang ingin dilaksanakan ini akan menjadikan mereka lebih berminat dan
bermotivasi untuk melakukan aktiviti yang telah dirancangkan.
Aktiviti pembelajaran yang mengabungkan tiga domain iaitu kognitif ,domin
afaktif dan domin psikomotor dalam prinsip konstruktive juga menjadikan murid lebih
seronok apabila mereka dapat menggunakan pengalaman meraka semasa berfikir untuk
membentuk model gunung berapi yang cantik,mengadun warna supaya nampak natural,
bekerjasama dalam menyiapkan projek yang memerlukan penyertaan semua murid
,berbincang secara kolabratif dan seterusnya bertolak ansur dalam membina keputusan
yang jitu ,oleh itu ini akan menambahkan lagi penajaman domin efektif mereka. Melalui
perancangan pengajaran ini juga mereka akan menggunakan kemahiran psikomotor
mereka terutama semasa meramas kertas ,serta memberikan penumpuan dalam
membentuk model yang menyebabkan mereka menggunakan secara maksimum motor
halus dan motor kasar.
Refleksi juga membantu membentuk pengetahuan dan
pemahaman,menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru dan menyokong dan
mencabar pemikiran seseorang pelajar.ini dapat dihuraikan dalam sesi pembentangan
hasil kerja murid yang mana murid akan membentuk pengetahuan dan pemehaman
sendiri dengan menceritakan atau memberi penerangan kepada rakan-rakan. Disini
keyakinan diri juga dapat dipupuk apabila murid berani membuat pembentangan hasil
kerja dihadapan kelas.Apabila mereka dapat menghasilkan satu model gunung berapi
yang baik secara tak langsung mereka akan merasa seronok dan puas kerana mereka
dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sempurna oleh itu penulis
mengadakan langkah ke-2 iaitu tunjuk cara untuk memberikan arahan yang jelas kepada
pelajar dan sekaligus mereka mendapat pengalaman melalui melihat. Oleh itu pelajar
akan mencuba idea baru untuk membuat gunung berapi ciptaan mereka sendiri
menggunakan paper mache ataupun surat khabar .Tentu sekali mereka akan merasa puas
7
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 8/21
dan seronok serta bermotivasi apabila mereka berjaya melakukan apa yang ditugaskan.Ini
akan menambah kan kebranian dan keyakinan diri pelajar.
Pelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing dan
pengalaman sedia ada . Ini menjadikan pelajar lebih seronok dan berminat untuk belajar
kerana pengetahuan yang dibina adalah hasil usaha pelajar sendiri. Selain itu gaya
pengajaran guru adalah setara dengan gaya pembelajaran yang terdapat pada setiap
pelajar bagi memastikan mereka termotivasi untuk mengikuti pengajaran yang
disampaikan. Ini untuk memastikan pertukaran idea berlaku secara optimum.Guru juga
akan selalu menggalakkan dan merangsang pelajar sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran.Ini akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
bermakna , menarik dan dapat memotivasikan murid.
Berdasarkan huraian-huraian yang telah diberikan diatas tidak dapat dinafikan
lagi sesi pengajaran ini bukan sahaja lebih bermakna, lebih menarik dan menjadikan
murid lebih bermotivasi malah akan juga menjadikan murid lebih berfikir, lebih
faham,lebih ingat,lebih yakin,lebih berkemahiran sosial dan lebih seronok.
8
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 9/21
Soalan 2
GUNUNG BERAPI
Sebagaimana getaran atau goncangan bumi yang disebabkan oleh gerakan atau retakan
secara tiba-tiba yang dikenali sebagai gempa bumi yang menyebabkan kemusnahan
lapisan atasnya, letusan gunung berapi adalah bentuk bencana alam lain yang
spektakuler. Terdapat sekitar 1500 gunung berapi aktif di seluruh dunia hari ini; 550 di
antaranya berada di daratan sementara sisanya berada di bawah lautan. Gunung berapi ini
dapat meletus bila-bila saja dalam bentuk yang sangat drastik yang tak seorang pun dapat
menduganya. Letusan gunung berapi ini dapat membinasakan penghuni kota-kota
terdekat di samping menghancurkan tanaman dan menutupi tanah pertanian dengan
debu.
Beberapa letusan yang membawa bencana besar yang terjadi pada abad ini sebagaimana
yang tercatit dalam sejarah membawa kesan yang mendalam dalam ingatan manusia.
Letusan-letusan ini menyapu banyak kota dari peta dan membinasakan banyak
komuniti.Contohnya Gunung Vesuvius di Itali, misalnya, menengelamkan Pompei,
sebuah kota dengan penghuninya ,di bawah badai lava panas. Sungguh mengejutkan
bagaimana 20.000 warga kota yang makmur ini mengalami sesak nafas oleh aliran
piroklastis yang menyapunya pada 24 Ogos 79.
9
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 10/21
Walaupun sekarang gunung berapi tidak aktif namau mereka dapat meletus bila-bila
masa saja tanpa diduga dan menyemburkan wap dan abu ribuan kaki ke angkasa.
Sementara itu, aliran piroklastis mengalir menyebabkan kerosakan yang dasyat. Kesan
lain dari letusan adalah awan gas dan abu yang berbahaya yang dibawa angin ke kawasan
berpenduduk. Angin yang mengerikan ini, beredar sekitar 90 batu per jam, membakar
segala sesuatunya dan menelan kota-kota seperti kanopi penutup cahaya matahari.
(Atas) Sebuah gunung berapi yang sedang meletus. (Bawah)
10
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 11/21
Bas di tengah lautan lava mengingatkan akan bencana Pompei.
Salah satu bencana terburuk dalam sejarah terjadi pada tahun 1883 ketika Krakatau di
Hindia Timur meletus dengan dahsyat, menimbulkan gelombang suara yang terdengar
hingga 3000 batul jauhnya dan menciptakan gelombang tsunami yang tingginya lebih
dari 125 kaki. Gelombang meratakan 165 desa pantai dan membunuh 36.000 orang .4
Menutupi seluruh horison pada bulan Jun 1991, awan gas
bercampur abu yang membakar sebuah gelombang piroklastis
yang mematikan manusia ,dimuntahkan dari Gunung Pinatubo
dalam salah satu letusan eksplosif terhebat di abad ke-20.
Penduduk sekitar Gunung Pinatubo menggunakan payung
untuk berlindung dari hujan abu.5
11
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 12/21
Gunung berapi dikenang tidak hanya kerana korban yang tinggi tetapi juga karena
letusannya yang luar biasa destruktif dan tak dapat digambarkan. Letusan Nevado Del
Ruiz misalnya. Letusannya kecil secara intensitas. Jika dibandingkan, intensitasnya hanya
3% dari letusan Gunung St. Helena. Setelah pendam selama 150 tahun, Nevado Del Ruiz
meletus di tahun 1985 dan melelehkan salju dan ais di puncaknya. Dan memuntahkan
lahar, yang mengalir ke sungai dan lumpur, yang mengalir dari tebing gunung ke
lembah Sungai Lagunille, membuinuh seramai 20.000 penduduk di Armero, Columbia
Mereka terbunuh dalam lumpur panas saat mereka sedang tidur. Peristiwa ini adalah
bencana gunung berapi terburuk semenjak Gunung Pelee menghancurkan kota St. Pierre
pada tahun 1902. Gunung Pelee memakan 30.000 korban ketika ia meletus dan
mengalirkan aliran piroklastis, ke kota St. Pierre.
Fenomena alam ini berlaku akibat kejadian gunung berapi yang meletus dan
memuntahkan laharnya dan gunung berapi ini adalah satu bentuk mukabumi yang
terdapat pada permukkan bumi iaitu lapisan teras bumi. Selain itu terdapat juga
fenomena yang lain seperti gaiser, gempabumi dan kesan-kesan pergerakan matahari,
bumi dan bulan .
Melalui kejadian-kejadian ini murid-murid boleh mengaitkan apa yang mereka pelajari
dengan pengalaman sediaada dan saterusnya membina konsep mereka sendiri.
12
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 13/21
Struktur gunung berapi
Letusan gunung berapi yang masih aktif
13
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 14/21
Isu semasa bencana gunung berapi yang memusnahkan penduduk dan harta benda
14
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 15/21
15
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 16/21
http://www.youtube.com/watch
http://www.yahoo.com/valcano
http://www.valcanoes.usgs.gov.
http://www.youtube.com/watchmount saint helens
http://www.smkdds.tripod.com/geografi/magma.htm
www.belajar.graties.com/bulletin/?id Bul=1
www.geocities.com/buahoren/bahtera.htm/
http://images.search.yahoo/search/view?back:htt
http://www.markedbrewer.com/spring-pics
.http://www.harcourtsschool.com/glossary/math2/define
http://pinkurocks.typepad.com/photo
16
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 17/21
Lampiran 1
Cara membuat model gunung berapi
1. Buatkan gumpalan suratkhabar.
2. Susun supaya menjadi bentuk gunung
3. Letakkan botol ditengah-tengah. Kemudian lekatkan suratkhabar tadi
dengan selotape .
4. Buat bentuk gunung dengan menambahkan suratkhabar di sekeliling botol.
5. Kemudian tutupkan dengan kain gause yang dipotong dan dicelipkan dalam
gam.
6. Jemur sampai kering.
7. Warnakan gunung berapi mengikut kreativiti masing-masing.
8. Masukkan cuka dan soda bikarbanat ke dalam lubang botol di permukaan
gunung berapi
9. Perhatikan apa yang berlaku.
10. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja masing-masing
di depan kelas.
17
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 18/21
Soalan.
1. Lebalkan gambar keratan rentas gunung berapi
A:....................................................
B:....................................................
C:....................................................
D:....................................................
2. Magma merupakan batuan lebur yang amat panas . Magma terdapat dalam
lapisan x bumi. Lapisan X adalah
A. Kerak
B. Mantel
C. Teras dalam
18
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 19/21
D. Teras Luar
3. P,Q,R,S adalah peringkat kejadian letusan gunung berapi
P – Magma ditolak ke atas dengan kuat
Q- Tekanan lapisan mantel amat tinggi
R- Larva mengalir di permukaan kerak bumi
S- Permukaan kerak bumi Meletus.
Antara berikut yang manakah menunjukkan susunan peringkat yang betul
A. P,Q,S,R
B. Q,P,S,R
C. S,Q,P,R
D. R,P,Q,S
19
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 20/21
RUJUKAN
• Hafshah Muhammad(2009) HBSC 3203 Teaching of Science: Earth and Universe
Primary school.OUM Kuala Lumpur.
• HBSC 4103(2008) Teaching of Science:Physical Earth and Universe lower
secondary school.OUM Kuala Lumpur.
HBSC 2103(2007) Teaching of Science:Living world and Material World for
Primary School.OUM Kuala Lumpur.
• Hbsc 2203(2007) Teaching of Science:Materials and physical for Primary
School.OUM Kuala Lumpur.
• Hbsc 3103(2007) Teaching of Science: physical world for Primary
School.OUM Kuala Lumpur.
• HBSC 1103(2006) Intriduction to science,.OUM Kuala Lumpur.
• Lim Yean Chin & Low Swee Neo(2005) Fokus UPSR sains,Penerbitan Pelangi Sdnm
Bhd,Selangor.
• . Siti Sarah Shahril(2007) UPSR Sains Year 4,Shah Alam:Arah Pendidikan
Sdn.Bhd.
• Suhana Shahrel& Monalisa Yeoh(2006): Genius Science : Petaling Jaya : Graphic
Technology Sdn Bhd.
• Yeap Tok Kheng (2008) Essential Science form 2: Selangor
Sopia binti Md Yasin,Mohd yatim b Dolir (2006)
20
7/30/2019 contoh rph tahun 5
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-rph-tahun-5 21/21
SainsText Book Year Five,Dewan bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.
1. http://images.search.yahoo/search/view?back:htt
2. http://www.markedbrewer.com/spring-pics
3.http://www.harcourtsschool.com/glossary/math2/define
4.http://pinkurocks.typepad.com/photo
5.http://issues.tigweb.org/edtech?gclid
6. http://www.issues.org/20.4/franklin.html
http://www.youtube.com/watch
http://www.yahoo.com/valcano
http://www.valcanoes.usgs.gov.
http://www.youtube.com/watchmount saint helens
http://www.smkdds.tripod.com/geografi/magma.htm
www.belajar.graties.com/bulletin/?id www.geocities.com/buahoren/bahtera.htm/
http://images.search.yahoo/search/view?back:htt
http://www.markedbrewer.com/spring-pics
.http://www.harcourtsschool.com/glossary/math2/define
http://pinkurocks.typepad.com/photo
top related