copy of tugasan hbls3103_sen jan 13
Post on 26-Oct-2015
132 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
JANUARI 2013
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
HBLS3103
NO MATRIKULASI : 751018016607001
NO KAD
PENGENALAN
:751018016607
NO TELEFON : 0148272808
EMAIL : noorizanme@yahoo.com
PUSAT
PEMBELAJARAN
:PUSAT PEMBELAJARAN KELANTAN
NAMA TUTOR : EN. HATTA BIN ISMAIL
1
SEKAPUR SIRIH
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Allhamdulillah dengan limpah kurni dan izinNya, tugasan HBLS
3103 dapat disapkan seperti yang dikehendaki. Tugasan HBLS3103 ini
dibahagikan kepada 3 soalan. Di mana soalan yang pertama merupakan
kerja amali kayu. Soalan kedua masih lagi dalam bidang Kejuruteraan
Awam, topik perpaipan dan cara penyambungan tanpa pam dan dengan
pam pada bangunan empat tingkat dan sepuluh tingkat. Soalan ketiga
pula dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Dimana topik yang disentuh
adalah enjin empat lejang suntikan kaberator dan suntikan elektronik.
Pelbagai cabaran yang ditempuhi semasa menyiapkan tugasan
HBLS3103. Bantuan rakan-rakan amat dihargai dalam perkongsian
maklumat. Tidak lupa, Encik Hatta bin Ismail yang banyak memberikan
tunjuk ajar dan idea yang bernas.
Semoga Allah jua yang membalasnya dengan kebaikan…
Sekian terima kasih.
2
Isi kandungan
1. Sekapur Sireh
2. Isi Kandungan
3. Soalan 1: Meja Kopi Mini
a) Lukisan Ortografik
b) Senarai lengkap bahan dan Peralatan
c) langkah kerja
4. Soalan 2: Sistem Bekalan Air
a) Bangunan yang tidak memerlukan sistem pam(Sistem perpaipan bangunan 4 tingkat)
b) Bangunan yang memerlukan sistem pam
(Sistem perpaipan bagi bangunan 10 tingkat)
c) susunatur sistem pam (negative suction head dan
positive suction head)
5. Soalan 3: Sistem Enjin
a) Prinsip, binaan dan komponen utama enjin
menggunakan kaburator dan suntikan bahan api
elektronik
b) kelebihan dan kelemahan sistem suntikan bahan api elektronik berbanding kaburator.
3
Soalan 1(a) : Lukisan Ortografik
4
Soalan 1(b): Senarai lengkap bahan dan alatan
Bahan-bahan
1. Papan Lapis
Papan lapis diperbuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipanggil venier.
Bilangan lapisan dan tebalnya adalah ganjil sama ada tiga, lima ataupun tujuh. Lapisan
diglu dengan arah ira bertindihan bersudut tepat antara satu sama lain.
i. Papan lapis (20mm X 370mm X 480mm) 1 keping
ii. Papan lapis (20mm X 330mm X 220mm) 2 keping
2. Beroti
5
Beroti adalah kayu yang mempunyai ketebalan dari 38mm hingga 100mm, lebar dari
75mm hingga 150mm dan panjang di antara 3m hingga 5m. Dalam sesuatu pembinaan
rumah atau bangunan kediaman ianya digunakan untuk dijadikan gelegar, kekuda
bumbung dan rasuk.
i. Beroti (25mm X 50mm X 400mm) 4 keping
3. Paku
Paku adalah sejenis bahan pemasangan yang kerap digunakan kerana ia mudah diperolehi
dan harganya berpatutan. Kebanyakan paku diperbuat daripada keluli lembut. Paku jenis
besi bergalvani sesuai digunakan pada tempat-tempat yang terdedah tanpa dibuat
kemasan.
Jenis Paku saiz Paku
6
4. Kertas Las
Kertas las seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.7 digunakan untuk melicinkan
permukaan kayu sebelum bahan penyudah atau selepas bahan penyumbat digunakan. Ia
dijual dalam bentuk keping berukuran 22cm × 27cm.
5. Syelek
Syelek merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu. Syelek ialah resin asli
yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bug yang hidup atas dahan ranting sejenis
pokok yang terdapat di Asia Tenggara. Resin syelek larut di dalam alkohol-methylated
spirit. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk
digunakan, ataupun dibeli secara bancuh siap. Syelek yang telah dilarutkan hendaklah
7
disimpan di dalam bekas kaca. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi
gelap
Alatan Tangan
1. Pita Ukur
Pita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli.Panjang pitapengukur yang biasa
dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0meter.Kegunaan pita pengukur ialah untuk
mengukur jarak yangpendek serta panjang.Pita pengukur juga boleh digunakanuntuk
memindahkan ukuran
2. Sesiku
-menguji sesuatu permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu
-menguji kepersegian kayu
8
3. Tolok penanda
- Menanda ukuran tebal dan lebar kayu
- Taji (menanda permukaan kayu)
4. Pembaris Keluli
-mengukur dan memindahkan-membina garisan lurus padapermukaan
-menguji kerataan permukaan
9
5. Apit G
-mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.
-memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.
6. Gergaji Tangan (gergaji kerat)
Gergaji kerat digunakan khas untukmengerat kayu secara melintang ira kayu
10
7. Gergaji Lengkung Halus
Digunakan untukmembuat lengkung yangsempit pada papan nipispada bahagian dalam
dan luar.
8. Tukul Kuku Kambing
Digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku
11
9. Kikir Parut
- Untuk meratakan permukaan kayu
- Untuk membentuk lengkuk pada penjuru kayu.
10. Ragum Meja
12
Untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.
Soalan 1(c) : Huraian langkah kerja membuat meja kopi mini bermula dari penyediaan
bahan, penyambungan dan kemasan,
Projek Meja Kopi Mini
13
Lukisan Terlerai
14
Langkah-langkah
1. Fahamkan lukisan projek, kemudian sediakan bahan dan peralatan yang diperlukan.
Rujuk soalan 1 (b).
15
A
BC
D
E
F
G
2. Ukur dan tanda kayu lapis dan beroti dan potong mengikut ukuran yang diberi
3. Potong kayu bahagian A dan F dan membuat lengkung berdiameter 130mm dan 80 mm
dengan menggunakan gergaji lengkung halus
16
4. Potong beroti B,C,D dan E dengan gergaji tangan (gergaji kerat).
17
5. Licinkan kepingan kayu lapis dan beroti.
6. Sambungkan bahagian A dengan bahagian B, C, D dan E dengan menggunakan paku.
18
7. Kemudian sambungkan pula bahagian F dengan A, B, C, D dan E menggunakan paku
8. Setelah itu, sambungkan pula bahagian G dengan menggunakan paku.
19
9. Akhir sekali, kita membuat kemasan dengan menyapu syelek.
SOALAN 2
Soalan 2(a): Bangunan yang tidak memerlukan sistem pam (bangunan 4 tingkat)
Proses menyalurkan air kepada pengguna memerlukan satu sistem agihan lengkap yang
merangkumi paip utama, paip perkhidmatan, paip agihan, pili air, meter, tangki simpanan (paip
limpahan dan cucian) dan injap.
Bekalan ke bangunan berbilang tingkat pemasangan meter pukal (bulk meter) digunakan. Bagi
unit rumah kediaman, meter individu digunakan di setiap tingkat. Biasanya tekanan dalam paip
awam tidak mencukupi untuk sampai ke tangki simpanan. Oleh itu sistem pam diperlukan.
Namun begitu, bangunan yang melebihi 10 tingkat (30m) tangki pecah tekanan atau injap
mengurangkan tekanan ( PRV ) perlu dipasang.
Bagi bangunan kediaman empat tingkat tanpa pam, air dari paip perkhidmatan akan dihantar ke
tangki individu yang berada di setiap kediaman masing-masing. Dari tangki individu ini, ia akan
diagihkan kepada paip pengguna di setiap kediaman. Bagi bagunan tanpa pam, meter individu
boleh diletakkan di luar. Pam tidak digunakan kerana kawasan ini mempunyai tekanan yang
boleh mencapai ke aras tinggi bangunan.
20
Rajah sistem bagunan empat tingkat
Penggunaaan tangki simpanan dapat menjamin bekalan air bagi sekurang-kurangnya sehari jika
paip utama tidak membekalkan air. Seterusnya, ini dapat memenuhi kehendak segera contohnya
apabila berlaku kebakaran, air dari tangki terus dapat digunakan dan dalam masa yang sama air
terus memenuhi tangki.
Sekiranya bekalan air panas diperlukan untuk sesebuah rumah, maka bekalan untuk tangki air
panas boleh didapati daripada tangki simpanan. Ini dapat mengurangkan keperluan injap
keselamatan (safety valve requirement). Kedudukan Tangki Air dan Pemasangannya mestilah
mempunya ruang yang cukup besar untuk melakukan kerja-kerja pembaikan dan pembersihan
dan juga untuk menukarkan tangki-tangki itu apabila berlaku kerosakan atau lain-lain masalah.
Tiap-tiap tangki mesti mempunyai paip amaran/paip limpah, di mana air akan keluar apabila
injap bola rosak.
Bagunan ini menggunakan sistem gravity. Di mana air disalurkan dari tempat tinggi ke tempat
rendah dengan menggunakan daya graviti. Loji pembersihan air dibina di atas tapak yang
arasnya terletak lebih tinggi daripada pengguna.
21
m
METER INDIVIDU
TANGKI SIMPANAN
PAIP JBA/PBA
SELENGGARAAN OLEH JBA/PBA
SELENGGARAAN OLEH PEMILIK
SHOWER
WATER CLOSET
KITCHEN TAP
Tekanan perlu dikawal supaya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah sehingga merosakkan
sistem agihan. Kerugian turus akan merendahkan tekanan air. Fenomena ini akan menyebabkan
pengguna di bahagian hujung sistem agihan menerima tekanan yang kurang daripada pengguna
di bahagian awal sistem.
Proses peningkatan semula tekanan dapat dilakukan seberapa banyak kali yang diperlukan selagi
kuantiti air mencukupi.
Soalan 2 (b): Bangunan yang memerlukan sistem pam (bangunan 10 tingkat)
Bagi bangunan 10 tingkat tangki pecahan atau injap mengurangkan tekanan diperlukan bagi
mengelakkan pepasangan mengalami kerosakan akibat tekanan tinggi. Meter inidividu masih
dipasang di setiap tingkat. PBA hanya membaca meter putar (bulk meter) dan selenggara
sehingga meter pukal sahaja. Bangunan 10 tingkat, biasanya tekanan dalam paip awam tidak
mencukupi untuk sampai ke tangki simpanan. Oleh sebab itu, sistem digunakan.
22
Rajah: Bangunan 10 tingkat yang menggunakan sistem pam
23
21
Tangki Pecah Tekanan
Meter Individu
Injap Sekat Hala
Paip awam
Meter air pukal
pam
Tangki Sedutan
Vent pipe
( air bleeding pipe)
Tangki simpanan 1 dan 2
Tempoh masa mengepam bangunan pejabat dan bangunan kediaman adalah berbeza. Bagi
bangunan pejabat tidak melebihi 8 jam. Manakala, bangunan kediaman pula ia tidak melebihi 12
jam. Pam tunggu sedia dengan jumlah yang sama, di mana 2 set pam desediakan dengan 100%
‘standby’. Sistem pam ini, dikawal secara automatik. Di mana, sistem elektrod digunakan untuk
mengesan paras air dalam tangki apabila ia rendah dan mengerakkan pam. Bangunan yang
menggunakan sistem pam perlu menyediakan tanki sedutan. Saiz tanki sedutan ini mestilah
bersaiz 13
daripada saiz tangki simpanan. Rumah pam perlu disediakan dan bekalan elektrik juga
diperlukan untuk menghidupkan pam. Susunatur sistem pam pada bangunan 10 setingkat
mempunyai dua cara susunatur iaitu negative suction head dan positif suction head. Positive
suction head adalah disyorkan pada bangunan yang menggunakan sistem pam. Ini adalah kerana
negative suction head mempunyai masalah kerosakan ‘footvalve’ dan ‘priming’ apabila pam
hendak dihidupkan.
Soalan 2 ( c ): Lukiskan dua jenis susunatur sistem pam (negative suction head dan positive suction head)
Negative Suction Head
24
Aras air tinggi
Injap sluis
Pam
Injap sekat hala
Paip penghantaran
Foot Valve
Positive Suction Head
25
Injap sluis
Pam
Injap sekat hala
Paip penghantaran
Aras air tinggi
Soalan 3
Soalan 3 (a): prinsip, binaan dan komponen-komponen utama sistem suntikan bahan api elektronik dan kaburator.
i. Kaburator
Karburator adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan api petrol
dengan udara dengan kadar yang betul bagi kegunaan enjin pembakaran dalaman. Ia
pernah digunakan secara meluas pada kereta sehingga dekad 1990-an apabila ia
digantikan dengan sistem suntikan bahan api yang lebih cekap. Kini, hampir kesemua
kereta model terkini serta kebanyakan model motosikal besar menggunakan suntikan
bahan api manakala karburator kini hanya digunakan pada enjin-enjin kecil seperti
pemotong rumput serta pada motosikal kecil. Bahan api yang dipam akan terus masuk ke
karburator dan ditakung di dalam kebuk apung. Di dalam kebuk apung terdapat beberapa
komponen lain seperti injap yangmengawal kemasukan bahan api ke karburator,
pencekik, injap pendikit, jet utama, jet pemelahuan dan penapis bahan api. Di bahagian
luar karburator terdapat komponen pelaras karburator, iaitu skru pelaras angin dan skru
pelaras bahan api. Skru pelaras bahan api digunakanuntuk melaras kuantiti bahan api.
Manakala skru pelaras angin digunakan untuk melaras jumlah kemasukan angin yang
akan dicampurkan dengan bahan api pada nisbah yang diperlukan mengikut kehendak
dan keadaan enjin.
26
Prinsip Karburator
Karburator berfungsi menggunakan Prinsip Bernoulli iaitu bergantung kepada tekanan
udara rendah dalam karburator hasil daripada kelajuan luruan udara ke rongga masukan
enjin untuk menarik bahan api untuk dicampurkan bersama-sama udara. Lebih laju luruan
udara masuk, lebih rendah tekanan udara di dalam karburator serta lebih banyak bahan
api dapat ditarik untuk dicampurkan dengan udara, dan seterusnya kelajuan enjin akan
bertambah hasil penambahan campuran udara bahan api. Kebanyakan enjin kereta
berkarburator hanya menggunakan satu sahaja karburator tetapi motosikal serta kereta
lumba pula menggunakan berbilang karburator mengikut bilangan silinder. Namun
begitu, di dalam sistem suntikan bahan api pula, kebanyakan kenderaan mempunyai
berbilang pemancit bahan api mengikut bilangan silinder.
Komponen-komponen utama kaburator
27
Sebuah karburator asas terdiri daripada beberapa bahagian berikut:-
1. Takungan bahan api
Menerima bahan api dari tangki minyak
2. Venturi
Bahagian aliran udara paling sempit bertujuan meningkatkan kelajuanluruan udara
bagi menghasilkan tekanan udara paling rendah pada bahagian berkenaan bagi
menarik bahan api keluar melalui jet utama. Biasanya saiz venturi adalah tetap, tetapi
karburator injap gelungsur pula mempunyai satu injap gelungsur boleh laras yang
mengawal saiz venturi.
3. Jet utama
Laluan keluar utama bahan api ke venture iaitu alirannya dikawal oleh tekanan rendah
pada venturi, tetapi pada sesetengah karburetor terutamanya jenis injap gelungsur
pula jarum pada injap gelungsur turut mengawal bukaan jet utama.
4. Jet melahu
Saluran sempit bagi menyalurkan udara dan bahan api semasa kelajuan melahu iaitu
semasa injap pendikit tertutup.
5. Injap pendikit
Terletak di bahagian hujung saluran udara karburator, injap pendikit mengawal
bukaan saluran udara selepas venturi bagi mengawal aliran campuran udara-bahan api
ke enjin dengan itu injap pendikit turut mengawal kelajuan enjin secara langsung.
Injap pendikit disambungkan ke injak pendikit ataupun genggam pendikit bagi
membolehkan pemandu kereta atau penunggang motosikal mengawal kelajuan enjin.
Biasanya injap pendikit terdiri daripada injap rerama tetapi dalam sesetengah
28
karburator injap gelungsur, injap gelungsur itu sendiri turut bertindak sebagai injap
pendikit.
6. Injap pencekik
Terletak di bahagian pangkal saluran udara karburetor sebelum venturi, injap
pencekik menyekat aliran udara bagi menghasilkan campuran udara- bahan api yang
lebih kaya agar enjin lebih mudah dihidupkan semasa sejuk. Injap pencekik dikawal
sama ada menggunakan tombol pencekik secara manual ataupun dengan
menggunakan mekanisme automatik.
ii. Sistem Bahan Api Elektronik (EFI)
Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas
mengangkut bahan api ke kenderaan selain daripada penggunaan karburetor. Dua jenis
suntikan bahan api yang paling lazim dalam sistem suntikan bahan api petrol dan diesel.
Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi dan menyemburkannya
menjadi titisan halus ke ruang rongga masukan (bagi kes enjin petrol) ataupun secara
terus ke dalam kebuk pembakaran (bagi kes enjin diesel) untuk menambah luas
permukaan cecair bahan api bagi pembakaran yang lebih cekap. Sebelum ini, kebanyakan
enjin petrol menggunakan karburator tetapi sekarang boleh dikatakan hampir kesemua
model kereta terkini menggunakan suntikan bahan api manakala karburator hanya
digunakan pada enjin-enjin yang kecil seperti pada motosikal.
29
Prinsip EFI
Fuel – Campuran Udara
Komposisi campuran bergantung kepada nisbah berat dalam enjin udara dan bahan api.
Penggunaan bahan api yang terendah diperolehi pada nisbah 15 kg udara dan 1 kg bahan
api iaitu untuk pembakaran 1 liter bahan api hingga 15 kg udara. Nilai sebenar nisbah ini
(secara teori yang diperlukan untuk pembakaran yang lengkap) adalah dipanggil nisbah
stoikiometri dan 14,7:1.
Dari Gas
Pembakaran yang tidak lengkap bahan api dalam silinder enjin menyebabkan
pembebasan bahan berbahaya dalam gas ekzos. Oleh kerana pembakaran yang lengkap
adalah mustahil, walaupun dalam kes lebihan oksigen, untuk mengurangkan pencemaran
udara harus di optimumkan komposisi gas ekzos enjin pembakaran dalaman. Semua
kehendak-kehendak formal untuk menghadkan pelepasan bahan berbahaya dalam gas
ekzos pada masa yang sama mengambil kira keadaan mengekalkan penggunaan bahan
30
api yang kecil, serta kuasa optimum dan prestasi gerakan. Selain sejumlah besar
komponen dengan sifat-sifat neutral gas ekzos enjin petrol mengandungi bendasing,
yang pada kepekatan yang tinggi berbahaya bagi alam sekitar. Berbahaya kepada alam
sekitar adalah komponen gas ekzos yang berikut: karbon monoksida (CO), nitrus oksida
(NO) dan hidrokarbon (CH). Kepekatan minimum CO, IS dan NO pada nisbah udara /
bahan api yang optimum adalah matlamat paling penting motor.
Komponen – Komponen Utama Suntikan Bahan Api
a) Pemancit bahan api
b) Pam bahan api
c) Pengawal tekanan bahan api
d) ECU -Unit kawalan enjin;mengandungi sebuah komputer digital kecil
untuk berkomunikasi dengan penderia serta mengawal keluaran.
e) Gumpalan pendawaian
f) Pelbagai pengesan
i. Kedudukan engkol/sesondol:Penderia kesan Hall
ii. Aliran udara:Pengesan MAF
iii. Kandungan oksigen di dalam gas ekzos:Pengesan oksigen
iv. Kedudukan pendikit: Pengesan kedudukan pendikit
v. Suhu bendalir penyejuk: Pengesan suhu bendalir penyejuk (bagi melaras kuantiti
suntikan bahan api semasa enjin sejuk)
vi. Ketukan enjin: Pengesan ketukan (bagi melaras pemasaan sistem penyalaan
sekiranya berlaku ketukan pada enjin)
31
Sistem Kawalan Bahan Api Elektronik (EFI)
Sistem kawalan bahan api elektronik mengunakan pelbagai penderia untuk mengesan
keadaan enjin dan kenderaan. ECU mengunakan maklumat daripada penderia – penderia
ini untuk mengira isipadu pancitan bahan api yang diperlukan oleh kenderaan tersebut.
Sistem kawalan bahan api elektronik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu L – EFI dan
D – EFI.
32
L bermaksud Luft atau udara di dalam bahasa Jerman. Di dalam sistem ini ECU
mengukur kadar udara yang masuk samada secara jisim atau isipadu bagi menentukan
kadar pancitan yang diperlukan manakala D bermaksud Druck atau tekanan di dalam
bahasa Jerman. Di dalam sistem ini ECU mengukur kadar tekanan yang terhasil di dalam
intake manifold untuk menentukan kadar pancitan bahan api yang diperlukan.
33
Soalan 3 (b): Kelebihan dan kelemahan sistem suntikan bahan api elektronik berbanding
kaburator.
Kelebihan EFI;
i. Keluaran kuasa
ii. Kecekapan bahan api
iii. Keluaran asap yang bersih
iv. Keupayaan bagi menggunakan bahan api alternatif
v. Kebolehpercayaan
vi. Pemanduan dab operasi yang lebih lancer
vii. Kos asas
viii. Kos penyelenggaraan
ix. Keupayaan diagnosis
34
Kelemahan EFI;
i. Mempunyai sistem yang rumit
ii. Memerlukan kos yang tinggi untuk memasangnya
iii. Penyelenggaraan sistem suntikan bahan api adalah berbahaya disebabkan tekanan bahan
api yang tinggi. Semasa enjin baru sahaja dimatikan pun tekanan tinggi dalam sistem
bahan api masih ada lagi. Tekanan berlebihan ini mesti dilrgakan terlebih dahulu sebelum
memulakan apa-apa kerja sevis suntikan bahan api, terutamanya enjin diesel yang
menggunakan tekanan cecair bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol. Tekanan
cecair yang tinggi ini boleh menyebabkan kecederaan akibat cecair bertekanan tinggi
yang boleh menembusi kulit.
Rujukan
35
top related