tugasan hbsc2203 (jan 13)

30
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN KOD KURSUS : HBSC 2203 TAJUK KURSUS : TOOLS FOR LEARNING SCIENCE SEMESTER : JANUARY 2013 (SMP KHAS) NAMA : AMRI BIN NIBIN NO. KP : 720206-12-5251 NO. KAD METRIK : 720206125251001 NAMA TUTOR PN. SIALAM BTE GUKA @ SAIMAH 1

Upload: amryee

Post on 20-Jun-2015

298 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)

DENGAN KEPUJIAN

KOD KURSUS : HBSC 2203

TAJUK KURSUS : TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

SEMESTER : JANUARY 2013 (SMP KHAS)

NAMA : AMRI BIN NIBIN

NO. KP : 720206-12-5251

NO. KAD METRIK : 720206125251001

NAMA TUTOR

PN. SIALAM BTE GUKA @ SAIMAH

1

Page 2: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

ISI KANDUNGAN

Halaman

Pendahuluan 3

Kemahiran-kemahiran Proses Sains 3 – 9

Aktiviti Pembelajaran berasaskan kemahiran saintifik 10 – 19

Kemahiran Saintifik dalam aktiviti:

Penilaian dan cadangan 19 – 20

Penutup 20 – 21

Bibliografi 22

2

Page 3: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

PENDAHULUAN

Kurikulum Sains memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu

kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains.Pengoperasian kemahiran proses sains dalam

pengakaran dan pembelajaran merupakan satu inovasi pedagogi ke arah mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang kondusif yang dapat menimbulkan minat dan keseronakan murid

terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penekanan terhadap penguasaan

kemahiran proses sains menuntut suatu perubahan atau pengubahsuaian dalam amalan pengajaran

iaitu dari pendekatan yang berorientasikan kandungan kepada pendekatan yang berorientasikan

proses.Cabaran utama yang perlu ditangani dalam merealisasikan hasrat untuk meningkatkan

penguasaan kemahiran saintifik adalah kefahaman tentang kemahiran proses sains serta ketrampilan

guru mengaplikasikannya strategi pengajaran dan pembelajaran.

Penguasaan kemahiran saintifik merupakan salah satu domain yang diberi penekanan dalam

kurikulum sains sekolah.Kemahiran saintifik yang perlu dikuasai oleh murid terdiri daripada

kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains.Kemahiran proses sains yang perlu dikuasai

adalah sebagaimana urutan berikut:

1. Memerhati

Kemahiran memerhati adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan

mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena dengan menggunakan deria seperti deria

penglihatan,pendengaran,sentuhan,rasa atau bau.Pengamatan atau pencerapan dalam sesuatu

penyiasatan saintifik mungkin melibatkan penggunaan deria sahaja atau penggunaan deria dengan

berbantukan alat tertentu.

Petunjuk:

* Kenal pasti ciri umum sekumpulan item

* mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep

* Mengenal ciri yang ganjil atau yang menpunyai kelainan

* memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesan

3

Page 4: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

2. Mengelas

Kemahiran mengelas adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan

mengasingkan dan menkelomokkan objek atau fenomena ke dalam kumpulan berdasarkan kriteria

yang ditentukan seperti ciri atau sifatnya.

Petunjuk:

* Mengenal pasti persamaan dan perbezaan

* Mengumpul berdasarkan sifat sepunya

* menggunakan kriteria lain untuk mengumpul objek

* Menerangkan kaedah pengkelasan yang digunakan

3.Mengukur dan Menggunakan Nombor

Keahiran mengukur dan menggunakan nombor adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada

kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat berunit piawai.

Petunjuk:

* Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan

* Menggunakan nombor untuk merekodkan fenomena

* Membandingkan objek-objek menggunakan nombor

* Menggunakan alat dengan betul

* Mencatat bacaan dengan tepat

* Mencatat unit dengan betul

* Memilih dan menggunakan unit piawai dengan betul

* Membanding masa, jarak,luas dan isipadu denagn unit yang berkaitan

4. Membuat Inferens

4

Page 5: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

Kemahiran membuat inferens adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan membuat

kesimpulan awal untuk menerangkan objek atau fenomena yang diperhatikan

Petunjuk:

* Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabah

* Membuat pelbagai tafrisan yang mengkin daripada satu pemerhatian

* Mengunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian selanjutnya.

5. Meramal

Kemahiran meramal adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan

mengjangka peristiwa yang akan berlaku berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu

atau data yang boleh dipercayai.

Petunjuk:

* Menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk mengjangka apa yang mengkin berlaku

* Menggunakan pola sebagai bukti dalam membuat sesuatu jangkaan

* Menentukan hasil yang mengkin daripada sesuatu tindakan

* Mengesahkan jangkaan berdasarkan data atau pengalaman yang lepas

* Mengekstrapolasi data kepada situasi yang baru

6. Berkomunikasi

Kemahiran berkomunikasi adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan

menerima,memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam berbagai bentuk seperti

lisan,tulisan,graf,gambar rajah, jadual atau model.

Petunjuk:

* Kenalpasti ciri umum sekumpulan item

5

Page 6: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

* Bercakap, mendengar atau menulis untuk menjelaskan idea atau makna kepada rakan

* Merekod maklumat daripada kajian

* Meneliti maklumat yang ingin disampaikan

* menggunakan bahan rujukan

* Menentukan sasaran yang akan menerima maklumat

7. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa adalah merupakan suatu kemahiran yang

merujuk kepada kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah,bentuk,dan saiz sesuatu

objek dan perubahannya mengikut masa.

Petunjuk:

* Memperihalkan lokasi dengan masa

* Memperihalkan perubahan arah dengan masa

* memperihaklan perubahan bentuk dengan masa

* Memperihalkan perubahan saiz dengan masa

* menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi

* Menentukan magnitud perubahan yang berlaku bedasarkan kadar perubahan

* Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang

* Menghuraikan rupa bentuk objek apabila dilihat darikedudukan yang berlainan

8. Mentafsir Maklumat

Kemahiran mentafsir maklumat adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan

memberi penerangan rasional tentang objek,fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang

6

Page 7: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

dikumpul. data yang dikumpul adalah dalam berbagai bentuk seperti jadual,graf,gambar rajah, carta

dan sebagainya.

Petunjuk:

* Mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang maksudnya

* mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperolehi

* Menyatakan hubungan di antara maklumat

* membuat kesim;pulan berdasarkan data yang dikumpulkan

9. Mendefinisi Secara Operasi

Kemahiran mendefinisi secara operasi adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada

kebolehan menjelaskan sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan

diperhatikan.

Petunjuk:

* Mentakrifkan istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman sendir

* Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat.

10. Mengawal Pemboleh ubah

Kemahiran mengawal pemboleh ubah adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada

kebolehan mengenal pasti faktor atau pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu penyiasatan serta

menentukan kaedah untuk mengkaji kesan perubahan pada pemboleh ubah dimaipulasikan terhadap

pemboleh ubah bergerak balas dengan memalarkan pemboleh ubah yang lain.

Petunjuk:

* menentukan pemboleh ubah yang relevan dalam penyiasatan

* menentukan pemboleh ubah yang dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh

ubah dimalarkan.

7

Page 8: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

* menentukan apakah yang perlu dilakukan ke atas pemboleh ubah yang dimanipulasikan

11. Membuat Hipotesis

Kemahiran membuat hipotesis adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan

mengemukakan pernyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu

pemerhatian.Penerimaan atau penolakan hipotesis yang dikemukakan bergantung kepada hasil kajian

yang dijalankan bagi menentukan kebenaran atau kesahihah hipotesis berkenaan.

Petunjuk:

* Mengenal pasti pemboleh ubah

* Membuat inferens yang munasabah

* Menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens

12. Mengeksperimen

Kemahiran mengeksperimen adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan melaksanakan

prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.Ia merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi

kerana ia merangkumi kesemua proses sains yang telah dinyatakan sebelum ini.

Petunjuk:

* Membuat pemerhatian

* Mengemukkan soalan serta membuat inferens

* Membuat hipotesis yang boleh diujikan

* Mengawal pemboleh ubah / mendefinasikan secara operasi

* Mennetukjan perlatan yang diperlukan bagi suatu eksperimen

* Menjalankan eksperimen dan memerhati serta merekodkan data

* menganalisis dan mentafsirkan data

8

Page 9: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

* Membuat kesimpulan

* Melapor keputusan eksperiemn yang telah dijalankan.

Menurut Meor Ibrahim (2001),mata pelajaran sains memberi tumpuan kepada penguasaan

kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu disiplin yang berorientasikan

eksperimen dan kegiatan amali.Maka,kemahiran saintifik perlu diberi penekanan

sepenuhnya.Kegagalan pendidik melaksanakan pengajaran berasaskan kemahiran seperti kemahiran

saintifik menyebabkan minat pelajar terhadap sesuatu kemahiran sukar dipupuk serta mengakibatkan

pelajar kurang berminat untuk menguasai kemahiran tersebut seterusnya,menyebabkan tahap

penguasaan mereka dalam kemahiran itu rendah.Oleh itu,perlu wujud keseimbangan dalam kalangan

komponen-komponen penting dalam Kurikulum Sains.

Kemahiran saintifik merupakan kemahiran penting dalam memahami erti bidang sains yang

sebenar iaitu sebagai asas kepada pendekatan inkuiri-penemuan yang membolehkan seseorang

mencari sesuatu jawapan dengan sistematik tanpa hanya memahami sesuatu teori sahaja.Seperti yang

disebut di atas,terdapat dua kemahiran yang terlibat apabila kita memperkatakan tentang kemahiran

saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.Menurut Rozita (2000),kemahiran

proses sains membolehkan pelajar memperoleh kemahiran berfikir asas dan bersepadu dalam

membuat inferens,mengawal pembolehubah,memerhati dan menjalankan eksperimen.Kemahiran

manipulatif pula merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan

murid mengguna dan mengendalikan peralatan serta bahan sains dengan betul dan

selamat,menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul,mengendalikan spesimen

hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat,mematuhi arahan eksperimen dan membuat

pemerhatian,perekodan serta pengukuran dengan betul (Abu Hassan,2003).

Kaedah mengeksperimen melibatkan kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran

proses sains dan kemahiran manipulatif.Menurut Zol Azlan (2000),kemahiran proses sains dikenali

sebagai kemahiran kognitif manakala ke mahiran manipulatif dikenali sebagai kemahiran

psikomotor.Oleh itu,setiap aktiviti amali perlu dirancang dengan teliti dan sempurna iaitu dengan

menggabungkan ketiga-tiga domain kognitif,afektif dan psikomotor agar para pelajar memperoleh

kemahiran saintifik yang berkesan.

9

Page 10: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

AKTIVITI PEMBELAJARAN BERASASKAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan aktiviti dan proses yang terpenting yang

menyumbang kepada pengisian Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang

seimbang dan cemerlang dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.Oleh itu,daya kreatif

guru untuk melestarikan pelbagai kaedah dalam P&P amatlah digalakkan.Berikut merupakan contoh

aktiviti pembelajaran sains yang mengamalkan kaedah kemahiran saintifik..

Aktiviti 1

Mata Pelajaran   : Sains

Tahun                                  : Tahun 4

Tema                                     : Menyiasat Alam Kehidupan

Bidang Pembelajaran      : Hidupan Dan Proses Hidup

Objektif Pembelajaran  :

Hasil Pembelajaran               : 

Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat ;

memahami  tumbuhan bergerak balas terhadap rangsanga

menyatakan jenis rangsangan pada tumbuhan dengan betul.

menyatakan bahagian tertentu tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan dengan betul.

Pendekatan P & P                 :

Inkuiri 

penemuan

Kaedah        :

Eksperimen

perbincangan

Kemahiran Proses Sains         : 

Berkomunikasi

memerhati

mentaksirkan data

KBKK     :

Menjana idea

10

Page 11: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

mengumpul

membuat inferens

Bahan,peralatan dan bahan sumber   :

Gambar

Tumbuhan yang digunakan untuk menjalankan eksperimen.

Pokok mimosa

Lembaran kerja

Nota (slaid Powerpoint)

Video klip

Peta minda

Langkah berjaga-jaga            :

Berhati-hati semasa menghampiri  mimosa kerana berduri

Pengetahuan Sedia Ada          :

Murid telah mengetahui benda hidup ( tumbuhan ) boleh bergerak dalam Sukatan Sains Tahun

Dua.Murid juga telah mempelajari tumbuhan memerlukan keperluan asas seperti air,udara dan

cahaya untuk hidup.Selain itu,murid juga pernah melihat tanaman yang disebut mimosa yang

daunnya tertutup selepas disentuh.Murid juga tahu bahawa pucuk  tumbuhan seringkali menghala ke

atas dan akarnya tumbuh ke bawah.

Fasa Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Permulaan /

Mencungkil

Idea

( 5 minit )

Pokok tumbuh

tinggi untuk

mendapatkan

cahaya

matahari

sebagai

keperluan

asasnya .

1.   Guru memaparkan 2

keping gambar.

2.   Guru bertanya murid

a)   Mengapakah pokok-

pokok tumbuh dengan

tinggi di dalam hutan?

b)   Mengapakah akar

pokok tumbuh ke dalam

tanah?

1. Murid menjawab

persoalan guru.

Strategi / Teknik:

Penyoalan

seluruh kelas

BBM :

Gambar 3.1

Gambar 3.2

11

Page 12: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

Akar pokok

tumbuh ke

dalam tanah

untuk

mendapatkan

air sebagai

keperluan

asasnya.

Penstrukturan

semula

( 40 minit )

Tumbuhan

bergerak balas

terhadap

cahaya

matahari, air,

graviti dan

sentuhan.

Mengenal pasti

bahagian

tumbuhan

yang bergerak

balas terhadap

rangsangan itu.

1.   Guru mengutarakan

persoalan utama.

a)   Tumbuhan memberi

respon terhadap

rangsangan apa?

b)   Mengapakah

tumbuhan respon

terhadap rangsangan

itu?

c)   Bahagian tumbuhan

manakah yang memberi

respon terhadap

rangsangan itu?

2.   Guru membahagikan

murid kepada enam

kumpulan untuk

menjalankan aktiviti

bagi menjawab

persoalan tadi.

3.   Guru menyuruh

murid membentangkan

hasil pemerhatian

1.    Murid menjalankan

aktiviti bagi menjawab

persoalan.

2.    Murid akan

membuat pemerhatian

dan mencatakan hasil

dapatan mereka

melalui aktiviti itu.

3.    Murid

membentangkan hasil

dapatan yang

diperolehi oleh

mereka.

4.    Murid membuat

kesimpulan.

5.    Aktiviti pemulihan :

Murid yang belum

menguasai, mendengar

penerangan guru

dalam kumpulan kecil.

Strategi / Teknik:

Eksperimen,

Perbincangan

KPS :

Memerhatikan

Berkomunikasi

Mentaksirkan

data

KBKK :

Mengumpulkan

Membuat

inferens

BBM :

Mimosa ,

Tumbuhan

digunakan untuk

menjalankan

eksperimen  

12

Page 13: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

mereka.

4.   Guru menyuruh

murid membuat

kesimpulan.

5.   Murid yang telah

menguasai maju ke fasa

aplikasi, manakala

murid yang tidak,

dikumpulkan dan diberi

penerangan dengan

video klip dalam

kumpulan kecil.

Nilai murni :

Bekerjasama

Aplikasi Idea

( 10 minit )

Mengenal pasti

bahagian

tumbuhan

yang bergerak

balas terhadap

rangsangan

1.   Guru mengedarkan

borang pemerhatian

kepada murid.

1.    Murid berbincang

dalam kumpulan bagi

menjawab soalan itu.

2.    Murid

membentangkan

jawapan mereka.

Strategi :

Perbincangan

KPS :

Berkomunikasi

BBM :

Lembaran kerja

KBKK :

Menjana idea

Refleksi /

Penutup

( 5 minit )

Peta minda 1.   Guru meminta murid

membuat refleksi

tentang pelajaran hari

ini dan membuat

kesimpulan.

2.   Guru menaksir

kefahaman murid

dengan melengkapkan

peta minda .

1.   Murid membuat

refleksi dan

kesimpulan .

2.   Murid

melengkapkan peta

minda.

BBM :

Peta minda

 

Aktiviti 2

13

Page 14: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

Tahun  : 2

Tema : Sains Hayat

Bidang  : 3.Tumbuhan

Standard Kandungan  :  3.1 Memahami keperluan asas tumbuhan.

Standard Pembelajaran : Murid berupaya:

3.1.1 Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari.

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

1. Persediaan:

- Mengumpul

maklumat tentang

tumbuhan perlukan

air untuk hidup subur.

1.2. Pemerhatian

Indikator Amalan:

1.1.1 Penggunaan

deria penglihatan dan

sentuhan.

1.1.2 Pemerhatian

menyeluruh

1.2 Analisis

Guru menunjukkan dua buah pasu bunga:

a. Pasu A(Tumbuhan yang subur)

Apakah yang dapat

anda perhatikan

terhadap keadaan

kedua –dua tumbuhan

ini?

Mengapa pokok A

subur berbanding

pokok B?

14

Page 15: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

Indikator Amalan:

1.2.1 Membuat

banding beza.

1.2.2 Mengumpul

maklumat.

1.2.5 Mengesan

sebab.

b. Pasu B(Tumbuhan yang layu)

2. Imaginasi:

Meramal

Penyusunan

alternative

 Pemilihan

alternatif

2.1 Penjanaan Idea

Indikator Amalan:

2.1.3 Menghasilkan

idea baru yang

bermakna

Guru menunjukkan gambar tumbuhan yang

layu di hadapan kelas.

Murid menyatakan sebab tumbuhan itu layu.

Murid meramal apa yang perlu mereka

lakukan agar tumbuhan tersebut dapat tumbuh

Perhatikan gambar ini

dengan teliti, cuba cari

sebab kenapatumbuhan

ini layu?

Bagaimana caranya

kita mahu jadikan

tumbuhan ini hidup

segar?

Adakah minyak masak

boleh digunakan untuk

15

Page 16: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

dengan subur.

Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana

hendak menyuburkan tumbuhan tersebut.

menyiram tumbuhan

ini? 

atau adakah air lebih

sesuai digunakan?

3. Perkembangan

Menilai alternatif

yang dipilih.

3.1 Penambaikan

Indikator Amalan:

3.1.3 Memberi

penerangan yang

rasional tentang idea.

3.2 Menilai

Indikator Amalan:

3.2.4 Membuat

pilihan berdasarkan

Guru menunjukkan gambar tumbuhan yang

layu di hadapan kelas.

Murid menyatakan sebab tumbuhan itu layu.

Murid meramal apa yang perlu mereka

lakukan agar tumbuhan tersebut dapat tumbuh

dengan subur.

Perhatikan gambar ini

dengan teliti, cuba cari

sebab kenapatumbuhan

ini layu?

Bagaimana caranya

kita mahu jadikan

tumbuhan ini hidup

segar?

Adakah minyak masak

boleh digunakan untuk

menyiram tumbuhan

ini? 

16

Page 17: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

fakta tanpa prasangka

3.2.1 Memberi alasan

yang tepat untuk

menerima dan

menolak idea

4. Tindakan

4.1 Pelaksanaan:

Indikator Amalan

4.1.1 Menghuraikan

idea dengan

terperinci.

Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana

hendak menyuburkan tumbuhan tersebut.

Guru menayangkan video yang sesuai kepada

murid.

Murid membuat pemerhatian dan berbincang

didalam kumpulan dengan bimbingan guru .

Murid mencatat hasil pemerhatian dan

perbincangan.

Murid membentang hasil perbincangan

mereka

Murid membuat keputusan yang telah mereka

pilih untuk menyuburkan tumbuhan tersebut

dengan sebab yang rasional

Guru membimbing murid untuk membuat

kesimpulan akhir

atau adakah air lebih

sesuai digunakan?

Lihat tayangan video

ini dan perhatikan

kesan air terhadap biji

benih dan tumbuhan.

Apa yang terjadi

kepada biji benih

tersebut?

Adakah tumbuhan

boleh hidup tanpa air?

Mengapa?

Bincangkan dalam

kumpulan.

Cuba berikan jawapan

yang anda pilih

Beri sebab mengapa 17

Page 18: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

anda memilih jawapan

tersebut ?

Seandainya pokok

bunga di rumah kamu

layu apa yang patut

kamu lakukan?

Adakah tumbuhan

boleh hidup subur

tanpa air? Kenapa?

Ramalan jawapan:

Tidak.Tumbuhan tidak

boleh hidup subur

tanpa air kerana air

ialah keperluan asas

tumbuhan.

Pentaksiran Murid-murid berkeupayaan membuat pilihan

dengan penjelasan yang betul.

KPS : Memerhati

Membuat inferens

Berkomunikasi

Nilai dan sikap - Minat dan sifat ingin tahu.

18

Page 19: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

- Bekerjasama.

- menyedari bahawa sains merupakan satu

daripada cara untuk memahami alam.

KEMAHIRAN SAINTIFIK DALAM AKTIVITI :PENILAIAN & CADANGAN

Matlamat pendidikan sains itu sendiri akan tercapai dengan memberi peluang kepada pelajar

belajar melalui pengalaman untuk memperkembangkan kemahiran saintifik secara inkuiri (Mohd

Najib dan Mohd Yusof,1995).Dalam kedua-dua contoh aktiviti di atas,pendekatan inkuiri dan

penemuan telah digunapakai dalam P&P.Daripada perspektif pedagogi, inkuiri mencerminkan model

pembelajaran konstruktivis,atau sering dirujuk sebagai pembelajaran aktif.Mengikut model

konstruktivis,pembelajaran adalah hasil perubahan dalam kerangka mental yang berlaku secara

berterusan dalam usaha mencari makna daripada pengalaman yang dilalui (Osborne &

Freyberg,1985).Dalam kelas,kanak-kanak digalakkan membina makna melalui perbincangan dan

pengajaran guru dan pengalaman dengan fenomena yang dikaji (Driver,1989).Dapatan-dapatan

kajian menunjukkan ‘kanak-kanak lebih mudah memahami alam semula jadi apabila mereka

berinteraksi dengan fenomena,dan menggunakan deria membuat pemerhatian dan menggunakan

alat-alat atau instrumen bagi meningkatkan keupayaan mereka (National Science Board,1991:27).

Justeru,pengajaran berorientasikan inkuiri seharusnya melibatkan kanak-kanak dalam penyiasatan

bagi menjawab persoalan dan memenuhi naluri ingin tahu mereka dengan pembinaan kerangka

mental yang dapat menjelaskan pengalaman mereka.

Implikasinya adalah pendekatan inkuiri bermula dengan keinginan mengetahui

sesuatu.Penyiasatan ataupun pembelajaran bermakna tidak akan terhasil apabila tidak timbul

persoalan atau sifat ingin tahu yang memerlukan jawapan, penyelesaian, penerokaan dan membuat

keputusan.Sains adalah ‘proses menyedari dan memahami diri kita sendiri, kehidupan yang lain,dan

persekitaran melalui deria dan penerokaan peribadi’ (McIntyre, 1984).Sains dapat dipelajari dengan

menggunakan pemikiran saintifik dan kemahiran proses sains yang menjadi sebahagian daripada

inkuiri saintifik: memerhati,berkomunikasi,membanding dan mengukur,menyusun ikut urutan,

mengelas maklumat,mengaitkan pengetahuan,membuat inferens bagi mendapatkan penjelasan,dan

19

Page 20: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

mengguna pengetahuan bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berdasarkan

maklumat.Pendekatan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ ini membantu kanak-kanak berfikir secara kritis

dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah.

Eksperimen mudah akan menggalakkan inkuiri.Ini seterusnya akan membawa kepada

pembelajaran kolaboratif.Pendekatan ini melibatkan usaha intelek bersama antara kanak-kanak dan

guru.Dalam pendekatan ini,kanak-kanak bekerja dalam kumpulan bagi mencapai matlamat atau

tujuan yang sama.Apabila dirancang dengan teliti,pembelajaran kolaboratif dapat meningkatkan

kreativiti kanak-kanak,menggalakkan mereka menjelaskan serta mempertahankan idea-idea mereka

dan mencari penyelesaian bersama.Guru-guru digalakkan menggunakan peluang semasa bermain

ini,bertanya soalan-soalan jenis terbuka dan memperkenalkan konsep dan prinsip saintifik yang ingin

diketengahkan kepada kanak-kanak.Dengan merancang pengajaran,guru dapat menghasilkan

pembelajaran yang menggembirakan lagi bermakna kepada kanak-kanak.Pembelajaran yang

bermakna memberi penekanan pada penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran dan

menjadikan pembelajaran lebih berkesan.Melalui pengalaman terus ini kanak-kanak dapat

mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian.

PENUTUP

Pembelajaran sains bukan hanya secara teori sahaja,malah ia perlu dibuktikan melalui

amali.Maka untuk melakukan amali tersebut,beberapa kemahiran amat diperlukan iaitu kemahiran

proses sains dan kemahiran manipulatif (Hamida,2003).Seperti yang dinyatakan oleh Annamal

(2000) dalam pemerhatiannya di mana pelajar-pelajar ada menunjukkan minat yang sangat

mendalam semasa menjalankan ujian amali.Maka,guru harus menjadi mentor yang baik dan bijak di

mana mampu mengendalikan eksperimen dan membantu pelajar mencari bukti apa yang mereka

pelajari di dalam kelas berkaitan dengan sains.Proses ini bukan sahaja melibatkan pembuktian

sahaja,malah melibatkan kaedah-kaedah yang betul yang digunakan sepanjang amali

dilakukan.Fungsi amali atau eksperimen di makmal adalah bagi membina dan melatih kemahiran

manipulatif pelajar, menjelaskan fakta sains dan prinsip yang telah dipelajari,mendedahkan pelajar

kepada pelbagai teknik,peralatan dan bahan sains seterusnya menimbulkan dan mengekalkan minat

pelajar terhadap sains dan pembelajaran sains.

20

Page 21: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

(2861 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI

Abu Hassan Kassim (2003).Kurikulum Sains Sekolah Malaysia.Skudai,Universiti Teknologi

Malaysia:Fakulti Pendidikan.

Ahmad Hashim, Raja Mustapha Raja Hassan dan David Bradley (1986).Panduan Kaedah Ujikaji.

Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi Yahaya,Shahrin Hashim,Jamaludin Ramli,Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007).

Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori,Analisis dan Interpretasi Data. Edisi

Kedua.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Buxton C.A dan Rovenzo E.F, Jr. (2007).Teaching Science In Elementary and Middle School: A

21

Page 22: Tugasan hbsc2203 (jan 13)

Cognitive Cultural Approach.University of Miami, Coral Gables: Sage Publications.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).Proses Pengajaran Guru Sains Kepada Pelajar

Berpencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran Sains.Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Ooi, Chong Beng dan Mohd.Khairuddin Yahya (1982).Panduan Makmal Sains.Edisi Pertama.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

22