definisi perlembanggan malaysia
Post on 15-Dec-2015
53 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
2.0 Definisi Perlembangaan Persekutuan
Perlembangaan Persekutuan merupakan satu dokuman yang
mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang
dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.
Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk
sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang
menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan
menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-
hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang
memerintah dengan orang yang diperintah.
Menurut Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) beliau
berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip
sahaja, iaitu prinsip undang-undang dan kedaulatan parlimen. Sebagai undang-
undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai
peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Badan pemerintah, Parlimen
seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga
mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kebebasan asasi,kenegaraan,
agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.
Selain itu, Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan
merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas
negara. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang
tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat
ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Perlembagaan wujud
daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan
untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Oleh itu,
perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang
ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran
atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung negara.
Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam
Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra
telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk
kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan
Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja
yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan
Pemimpin-Pemimpin parti.
Bagi membentuk sebuah Negara Persekutuan yang berdaulat, Raja-Raja
Melayu dan umat Islam telah menunjukkan sikap toleransi yang amat tinggi
nilainya. Raja-Raja Melayu telah menyerahkan sebahagian besar daripada
kedaulatan mereka kepada Persekutuan dengan melantik seorang Yang di-
Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Persekutuan. Sebahagian besar daripada
urusan pentadbiran pula diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan yang asalnya
merupakan bidang kuasa Raja-raja sebagai pemerintah negeri berkenaan.
Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan memberikan ruang dan hak
kepada pemerintah untuk menyesuaikan dan menyelaraskannya dengan
Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, berdasarkan subseksyen 3(1) Akta
Undang-Undang Sivil 1956, mahkamah di negara ini dibenarkan untuk
mengubahsuai common law England dan kaedah-kaedah ekuiti mengikut
keizinan keadaan Negeri-Negeri, penduduknya dan juga keadaan tempatan.
Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim dalam bukunya bertajuk “Pentadbiran Undang-
Undang Islam di Malaysia” menyatakan bahawa peruntukan tersebut sebenarnya
memberi ruang kepada hakim-hakim untuk merujuk kepada undang-undang
Islam dalam membuat pengubahsuaian tersebut. Namun, jarang-jarang sekali
pengubahsuaian itu dibuat untuk memastikan pemakaian undang-undang Islam
bagi orang Islam.
Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan dengan Perlembangan
Persekutuan. Antarannya ialah, Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman
mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan
Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk
negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah
ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik,
persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi
negara ini. Dalam proses runding cara itu, satu memorandum daripada parti
Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai
Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan
bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima
perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam,
kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan
sama rata.Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa
Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh
kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.
Selain itu, Pada Januari 1 2012, Keceluparan pemimpin tertinggi Gereja
Nasional Evangelica Christian Fellowship (NECF) Rev Dr.Eu Hong Seng tiba-tiba
mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, menimbulkan
pertanyaan apakah motif sebenar tindakannya. Hong Seng mendakwa Perkara
153 adalah menyerupai membuli jika ianya hanya melindungi hak satu
kumpulan. Dia menyatakan perkara ini pada majlis minum teh Persekutuan
Kristian Malaysia ( CFM ) sempena Hari Krismas yang turut dihadiri Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Rakyat yang prihatin dengan keadaan politik Negara, tentu tertanya-tanya
apakah motif di sebalik kenyataan Hong Seng ini? Kenyataan tersebut terlalu
keterlaluan dan menampakkan kedangkalannya memahami Perlembagaan
secara menyeluruh. Kalau beliau seorang prihatin dan bukan dipengaruhi oleh
sentiment perkauman agama, dia tidak akan mengeluarkan kenyataan yang
merbahaya itu kerana Perkara 153 sebenarnya turut memberi kebenaran dan
perlindungan kepada penganut agama lain mengamalkan amalan masing-
masing tidak seperti Negara lain hatta Negara Barat sekalipun!
Agama bukan perkara yang boleh dipermain-mainkan untuk kepentingan
politik yang anda anuti kerana dalam konteks Negara ini, sentiment keagamaan
yang melampau akan membawa kesan negatif berpanjangan kepada rakyat dan
Negara.. Kepada Kementerian Dalam Negeri, isu seperti ini perlu ditangani
dengan segera dan jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja kerana sebelum ini
terlalu banyak lagi isu perkauman dan rasis yang memerlukan perhatian dan
tindakan segera dari Menteri Dalam Negeri.
Tambahan lagi, di KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk
Mohd Noor Abdullah dijadualkan muncul dalam rancangan bual bicara Helo
Malaysia BernamaTV pukul 10 malam Rabu di saluran 502 Astro untuk
membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau, bergandingan dengan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim
Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal, diwawancara perantara Dahlan Maamor
dalam rancangan satu jam itu mengenai tajuk "Falsafah Perlembagaan
Persekutuan Yang Menjamin Kesaksamaan dan Keadilan Bagi Semua Kaum di
Malaysia". Mohd Noor juga dijangka diminta mengulas kenyataannya sebelum ini
antara lain berhubung dengan kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)
mengikut Perlembagaan yang mencetuskan polemik dalam kalangan ahli-ahli
politik baru-baru ini.
top related