essay-perkaitan fpk dgn bm
Post on 06-Feb-2016
40 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PETA MINDA /KONSEP
SUBTUGASAN 1:Berdasarkan kajian terhadap
Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu (2003), hasilkan peta konsep tentangnya.
percaya kepada Tuhan kesetiaan kepada Raja
& panduan guru disediakan dari negara dalam PdP Tahun 1 - 6 keluhuran perlembagaan
kedaulatan undang-undang
dikenali Huraian Sukatan 5 prinsip
enam dokumen gambaran menyeluruh rukun negara sampingan tentang kurikulum
mengandungi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
matlamat objektif organisasi satu usaha seimbang & lahirkan warganegarakandungan berterusan harmonis Malaysia
jasmani berilmuemosi
pengetahuanrohani
berketrampilanintelek
berakhlak mulia
tanggungjawab
keupayaan
Sukatan Pelajaran KBSR B.Melayu (2003)
kesejahteraan
diri memberi
sumbangan &
kemakmuran
Ketrampilan berbahasa
Memperoleh ilmu Perhubungan sosial
Komunikasi Urusan harian
MATLAMAT SUKATAN
PELAJARAN KBSR
B.MELAYU
Memenuhi keperluan
diri
OBJEKTIFSUKATAN PELAJARAN KBSR
B.MELAYU (2003)
menghayati dan mengamalkan nilai murni,
sikap positif, semangatpatriotisme , dan perasaan
cinta akan negara
mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami
serta menghayatipengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi
formal
berbincang dan berkongsi pendapat untuk
menyelesaikan masalah,mencapai persetujuan, dan
membuat keputusan tentang sesuatu perkara
menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya
berunsur ilmu
menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa
kata, tatabahasa,dan sebutan yang betul
dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca,
dan menulis
mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan
kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan
kemahiran menulis serta proses penulisan yang
sesuai dan betul
memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis
memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah
membina budaya pembelajaran berterusan
membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur
pengetahuanmenggunakan teknik
membaca yang sesuai dan berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara
kritis
bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang
betul dalam pelbagai situasi
beri fokus kepada hasil pembelajaran
digubal
kem. bahasa
sistem bahasa
pengisian
kurikulum
hasil pembelajaran
definisi teraskan menggabungkan bantu guru dicapai
pernyataan kem. Bahasa disokong memilih kandunganyang ditafsir oleh elemen kaedahdrp objektif pengisian sumber
ORGANISASIKANDUNGAN
SUKATAN PELAJARAN
kurikulum mendengar kurikulum prosedur pengajaran yang relevanbahasa bertutur dan berkesan
membaca peraturan membuat pengukuranmenulis dalam sistem penilaian pencapaian murid
bahasa
Subtugasan 2 :
Buat huraian ringkas perkaitan antara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan
Sukatan pelajaran KBSR Bahasa Melayu (2003)
PERKAITAN KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU DENGAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Secara keseluruhannya, kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah
meliputi matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara kita untuk melahirkan
individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi
mahupun jasmani. Intipatinya juga ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi
panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Ianya bertujuan untuk melengkapkan murid
dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi, memperolehi ilmu, perhubungan sosial dan
urusan seharian. Ianya telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa
yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa
ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula
meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu (Abdullah Hasan,1996). Kesemuanya
menjadi panduan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran yang berkesan selain bertujuan
agar pengajaran Bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan bersistem.
Secara umumnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya mempunyai
perkaitan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dari segi matlamat,
objektif dan organisasi kandungan. Hal ini terjadi kerana penetapan matlamat, objektif dan
organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu adalah didasarkan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang hendak dicapai.
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, Bahasa
Melayu merupakan subjek teras atau wajib di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajar sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu
dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di sini jelas
menunjukkan perkaitan yang rapat di antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu.
Pendidikan Bahasa Melayu juga berhasrat membina rasa bangga dan cintakan negara
selain mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat yang rasional. Hal ini amat selari dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmoniaan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Penekanan tiga kemahiran asas di dalam subjek Bahasa Melayu jelas menunjukkan
bahawa betapa pentingnya Bahasa Melayu di dalam pendidikan. Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu menekankan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran membaca, kemahiran bertutur
dan kemahiran menulis. Kemahiran ini dapat membantu murid menggunakan Bahasa Melayu
secara berkesan di dalam kehidupan seharian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran
seumur hidup dalam semua bidang. Murid di sekolah akan diajar untuk menguasai kecekapan
berbahasa dan berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu serta penggunaan tatabahasa
secara betul dan tepat.
Selain daripada itu, murid juga berpeluang meningkatkan ilmu pengetahuan daripada
mata pelajaran lain dan dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kebolehan diri murid dapat dilihat dan sedikit sebanyak
membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran. Bagi membantu guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran berkesan, sukatan pelajaran disediakan yang mengandungi
objektif khusus pembelajaran. Di samping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan
kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Oleh yang
demikian, Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi merancang
pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai
intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Hal ini jelas menunjukkan
perkaitan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Konsep bahasa dan matlamat pendidikan bahasa adalah salah satu aspek yang perlu
diperinci dalam perkaitan ini. Pendidikan Bahasa Melayu berupaya mengembangkan potensi
akidah manusia dan sebagai wasilah penyempurnaan adab dan sahsiah serta agen sosialisasi
yang berkait rapat dalam kelenturan budaya masyarakat majmuk Malaysia. Aspek nilai–nilai
murni sangat berkait rapat dengan aspek rohani di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, penerapan nilai–nilai murni boleh diterapkan ke dalam diri
murid seperti nilai–nilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, toleransi, bertolak ansur,
kesyukuran, dan sebagainya. Kesannya, murid–murid akan lebih bersikap kerohanian dari segi
tingkah laku, akhlak dan akidah. Perubahan sikap yang lebih positif dapat dilihat selain
menyemai kesantunan peribadi masyarakat Malaysia di dalam diri mereka.
1 Murid 1 Sukan yang diilhamkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia sangat bertepatan
dengan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan aspek jasmani. Guru boleh
menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam pengajaran
Bahasa Melayu dengan menyelitkan beberapa topik kesihatan diri dan gaya hidup sihat.
Penglibatan murid di dalam aktiviti kokurikulum juga mampu menjadi sokongan untuk
memantapkan kemahiran berbahasa di kalangan murid itu sendiri. Di sini, jelas terbukti bahawa
penggunaan Bahasa Melayu bukan sahaja penting di dalam bilik darjah tetapi pada waktu
kokurikulum juga.
Secara kesimpulannya, Falsafah Pendiidkan Kebangsaan dicipta sebagai garis panduan
guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Malahan, ia juga
bertujuan untuk menjadi rujukan kepada sesuatu dasar pendidikan dan menjadi identiti sistem
pendidikan di Malaysia. Matlamat, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu sangat berkait rapat dengan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yakni
melengkapkan murid dengan unsur-unsur bahasa serta melengkapkan kemahiran berbahasa
dalam pelbagai konteks , bidang dan keperluan murid. Justeru, hasrat untuk melahirkan individu
yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek jasmani, emosi rohani dan intelek seperti
yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat direalisasikan.
Subtugasan 2 :
Jelaskan perkaitan aktiviti yang dirancang dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan
sistem pendidikan negara Malaysia. Setiap guru akan menjadikannya sebagai garis panduan
dalam merencanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama Sukatan Pelajaran.
Oleh yang demikian, dalam setiap subjek yang diajar seharusnya merancang aktiviti yang lebih
berstruktur dan bermanfaat kepada murid.
Topik Amalan Kebersihan Diri di bawah Unit 1 – Kesihatan di dalam Subjek Bahasa
Melayu telah dipilih sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi tahun 4 . Durasi
pengajaran yang dirancang adalah selama 60 minit. Penggunaan bahan bantu mengajar adalah
menggunakan sepenuhnya teknologi komputer yang dapat memberi penerangan yang jelas
kepada murid mengenai pengajaran guru sekaligus menjadikan pembelajaran lebih menarik dan
berguna. Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kepada kesempurnaan dari segi kesihatan
fizikal, mental dan sosial. Tema ini sangat sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar
mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya
hidup sihat
Keseluruhannya, topik ini dipilih adalah kerana mempunyai perkaitan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Meskipun ianya merupakan subjek Bahasa Melayu, tetapi dalam
pengajaran juga boleh menekankan aspek jasmani. Di samping rohani murid yang sihat, aspek
fizikal jasmani murid juga perlu sihat, cerdas dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam Bahasa Melayu dengan menyelitkan
elemen–elemen kesihatan diri dan gaya hidup sihat. Seperti contoh, tajuk amalan kebersihan diri
yang dipilh sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Di dalam aktiviti pengajaran, guru boleh menyelitkan elemen kerohanian dari segi tingkah
laku dan akhlak murid. Bertepatan dengan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Murid-murid akan
diterapkan nilai-nilai murni di dalam diri mereka seperti nilai kasih sayang, berdisiplin, bersyukur
dan pelbagai lagi. Ianya secara tidak langsung dapat menjadikan mereka lebih menunjukkan
sikap yang baik, kesopanan dan mengelakkan diri dari melakukan perkara negatif.
Kesihatan jasmani murid turut menjamin pembangunan potensi murid dalam domain
yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan
peringkat umur serta tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu
pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Di dalam aktiviti tersebut, aspek intelek juga ditekankan dalam
melahirkan ekspresi diri yang lebih kreatif. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan
dan latihan yang dapat dilihat di dalam aktiviti berkumpulan. Murid akan menggunakan laman sesawang
untuk mencari bahan bersesuaian dengan topik pengajaran dan seterusnya membentangkan tugasan
melalui Microsoft Word.
Kaedah pengajaran yang menggunakan simulasi sedikit sebanyak membantu guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan murid dapat mencapai
standard pembelajaran yang ditetapkan. Di setiap aktiviti, guru menggunakan pendekatan yang
berpusatkan kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat
menyeronokkan. seterusnya menimbulkan minat kepada murid untuk belajar. Selain itu, murid
juga dapat berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu,
murid dapat membina keyakinan berbahasa. Objektif pengajaran juga akan tercapai apabila
murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti selain menyerlahkan semangat kerjasama
dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas. Hal ini jelas menunjukkan
perkaitan aktiviti yang dirancang dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggambarkan hasrat negara untuk
menghasilkan warganegara yang berkualiti dan berguna iaitu insan yang berilmu, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga keharmonian
keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini dijayakan melalui pendidikan yang
merupakan proses yang berterusan. Justeru itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi
panduan kepada sukatan pelajaran oleh guru untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
PENULISAN
REFLEKSI INDIVIDU
REFLEKSI
Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan di bawah bimbingan Encik Nor Azam bin Ariffin. Di sini, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau di atas kesudian beliau memberikan ilmu
pengetahuan yang amat bermakna.
Secara umumnya diketahui bahawa Bahasa Melayu diabsahkan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
sebenarnya bukan nama gantian bagi bahasa Melayu tetapi taraf dan peranan yang diberi
kepada bahasa Melayu. Pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah mahupun
menengah banyak mengetengahkan keunikan kemahiran berbahasa. Ianya juga menjadi
sebagai bahasa perpaduan antara kaum, sedikit sebanyak dapat menjadi perantaraan dalam
komunikasi.
Pada permulaannya, saya berasa sungguh terkejut apabila mengetahui bahawa pada
semester ini kami dikehendaki mengambil subjek Bahasa Melayu iaitu Pengajian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah sebagai subjek kursus. Tidak terlintas di fikiran kami
sebagai pelajar kursus Matematik untuk mempelajari subjek bahasa sebagai subjek elektif.
Setelah diberi penerangan pada interaksi kedua mengenai proforma dan tugasan BMM 3101,
saya berasa sangat tertekan kerana terlalu banyak yang harus difokus dan diberi perhatian
walhal saya bukannya dari opsyen Bahasa Melayu. Ini adalah kerana subjek Bahasa Melayu
adalah salah satu subjek teras yang amat berat kerana mengandungi pelbagai kemahiran
bahasa yang perlu difahami. Akhirnya, setelah diberi penerangan dan penjelasan yang
mendalam oleh Encik Nor Azam, saya berfikiran positif dan menganggap ianya satu cabaran
yang perlu dihadapi sebagai seorang pendidik.
Secara peribadi, saya berasa sungguh berpuas hati dan bangga kerana dapat
menyiapkan tugasan pada kali ini dengan jayanya. Meskipun terpaksa menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan, namun ianya tidak langsung mematahkan semangat saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan lengkap. Faktor masa semestinya menjadi faktor utama
sepanjang menyiapkan tugasan ini memandangkan saya juga terpaksa memfokuskan kepada
kerjaya saya sebagai seorang pendidik di mana anak-anak murid akan menduduki peperiksaan
UPSR 2013 pada 10, 11 dan 12 September ini.
Subjek Bahasa Melayu yang dipelajari ini sememangnya menambahkan lagi ilmu di
dalam diri saya walaupun saya berbangsa Melayu. Di sini, saya dapat melihat perkaitan yang
rapat di antara Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka terciptalah sukatan pelajaran Bahasa
Melayu yang menjadi panduan kepada guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran
yang berstruktur dan berkesan. Seperti yang kita sedia maklum, hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Tugasan yang pertama adalah melakar peta minda atau konsep. Saya berasa sungguh
teruja untuk melakukannya kerana ianya merupakan satu cabang yang kreatif dan bermakna.
Walau bagaimanapun pada awal proses melakar peta minda, saya berasa sangat sukar untuk
melukis betuk-bentuk di dalam peta minda dengan menggunakan program komputer. Tambahan
pula ianya memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi kerana ada kalanya saya terpaksa
melakukan proses edit berulang kali apabila kesilapan berlaku. Perancangan asal adalah hanya
melakar satu muka surat sahaja berkaitan tugasan yang diberi, namun saya melihat ianya terlalu
padat dan tidak tersusun. Saya juga mencuba program Edraw Max 7, iaitu perisian untuk
membuat peta minda, tetapi tidak efektif untuk nota yang banyak. Jadi, saya memilih Microsoft
Word sebagai tapak untuk lakaran peta minda. Pelbagai perasaan yang menyelubungi di dalam
fikiran saya sewaktu itu, namun berkat kesabaran dan kesungguhan telah membolehkan saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Apabila saya melakar peta minda tersebut, saya
berasa syukur kerana dapat memahami segalanya yang berkaitan dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Matlamat, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu sangat jelas diperincikan untuk semua guru sebagai panduan dalam pengajaran.
Bagi subtugasan seterusnya adalah mengenai Rancangan Pengajaran dan
Pembelajaran. Saya bergandingan dengan sahabat sekelas iaitu En. Lokman Baharin. Saya
menghadapi sedikit kesukaran untuk merancang satu bentuk Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Melayu yang mempunyai durasi selama 60 minit. Ini adalah kerana beliau bertugas
agak jauh dari tempat saya bertugas dan ini sedikit sebanyak mengganggu kami untuk
berbincang berkaitan tugasan tersebut. Bukan mudah bagi kami untuk merancang satu
rancangan pengajaran harian yang lengkap dan menarik kerana kami bukan daripada guru
opsyen Bahasa Melayu. Banyak perkara dan maklumat yang perlu kami terokai bagi
melengkapkan tugasan. Ini menjadikan satu cabaran yang perlu kami harungi. Walau
bagaimanapun, kami bijak menguruskan masa dengan mengagihkan beberapa bahagian
tugasan sebelum mengumpul semua maklumat pada waktu perbincangan bersama.
Selain itu, kami juga berusaha mendapatkan maklumat yang lengkap berkaitan aktiviti-
aktiviti yang sesuai serta mendapatkan artikel-artikel yang berkaitan di laman sesawang.
Mungkin disebabkan kekangan masa, kami terpaksa membuat perjumpaan di restoran untuk
mengakses internet di samping bertukar maklumat yang diperolehi. Mujur liputan dan kelajuan
untuk mengakses laman sesawang tidak mengalami gangguan dan melicinkan proses pencarian
maklumat. Jika diikutkan, terlalu banyak kos dan masa yang diluangkan, tetapi kami sangat
berpuas hati dengan hasil kerja yang disiapkan. Saat yang paling sukar adalah sewaktu saya
ingin meminta khidmat nasihat daripada rakan-rakan yang mempunyai opsyen Bahasa Melayu
untuk membimbing saya melaksanakan tugasan ini. Malahan, saya terpaksa menunggu masa
luang guru tersebut meskipun mengambil masa yang lama akibat kesibukan tugasan di sekolah.
Segala susah dan payah yang dilalui akhirnya tugasan ini telah lengkap dan sempurna.
Keseluruhannya, dengan berteraskan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yakni
melahirkan warganegara Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,
saya percaya kandungan pengajaran yang disampaikan mampu merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Secara langsung atau tidak langsung, tema dan tajuk yang dipilih
dapat memberi impak yang postif kepada murid-murid dalam membentuk nilai diri yang lebih
berketrampilan dan bertanggungjawab. Sifat keyakinan diri dan kesahsiah yang tinggi dapat
dilihat pada akhir proses pembelajaran yang dilaksanakan.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Nor Azam bin
Ariffin kerana kesudiaan beliau berkongsi ilmu di dalam subjek ini dan sekaligus membantu saya
dan rakan menyiapkan tugasan ini dengan baik. Tidak dilupakan kepada isteri tercinta yang
memahami tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan semua rakan seperjuangan
yang bertungkus-lumus memberi informasi dan nasihat samada di kuliah mahupun melalui ‘e-
mail’ atau ‘facebook’. Jasa kalian tidak mungkin saya lupakan.
Sekian, terima kasih.
BIBLIOGRAFI
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I.
Petaling Jaya: Longman.
Dr Faridah binti Nazir dan Dr tuan Jah binti Tuan Yusof. (2013). Pengajian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia.
Kementerian Pelajaran Malaysia . (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat dan Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia . (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Sekolah
Rendah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia . (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Sekolah
Rendah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum (Tahun 1 – Tahun 6)
Seman Salleh.(n.d). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Kajian Kes Di
Sebuah Sekolah Rendah Di Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Dimuat turun pada 28
Ogos 2013, dari http://apps1.moe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/article3.pdf
UJIAN 2
top related