full maritm
Post on 29-Dec-2015
61 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.1 Pengenalan
Nusantara yang kini dikenali sebagai Asia Tenggara dengan lahirnya negara bangsa
seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei dan Indonesia dahulunya merupakan
kawasan yang terkenal dengan kegiatan kelautan dan terbentuknya banyak
kerajaan-kerajaan maritim yang telah wujud di Nusantara. Laut yang mempunyai
kekayaannya yang tersendiri secara tidak langsung telah mewujudkan banyak
kerajaan maritim yang penuh dengan ilmu kelautan di Kepulauan Nusantara.
Kewujudan kerajaan-kerajaan maritim ini adalah disebabkan oleh pelbagai
faktor yang telah mempengaruhi wujudnya banyak kerajaan maritim yang gemilang
di Nusantara. Salah satu faktor seperti kedudukan geografi yang strategik dan
kekayaan bahan mentah ini telah menyebabkan kerajaan-kerajaan maritim di
nusantara telah berdiri dengan megah dan gemilang sehingga telah menarik
perhatian para pedagang dari seluruh pelusuk dunia untuk menjalankan pelbagai
aktiviti urus niaga dan juga perdagangan. Antara kerajaan maritim yang sering kita
dengar dan telah menarik minat banyak penulis dan pengkaji sejarah sehingga kini
adalah kerajaan Srivijaya1, Majapahit, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan
Brunei, Kesultanan Sulu, Pasai dan banyak lagi. Kerajaan ini masing-masing
mempunyai zaman kegemilangannya yang tersendiri dengan kegiatan perdagangan
yang pesat dan juga pelabuhannya yang strategik menjadi tumpuan para pedagang
untuk menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa dan perkapalan.
Kegemilangan kerajaan maritim ini dapat dilihat contohnya kerajaan srivijaya yang
merupakan sebuah kerajaan maritim terawal di Palembang Indonesia yang berjaya
menguasai pelbagai kawasan termasuklah Selat Melaka dan telah berkuasa sebagai
sebuah kerajaan maritim lebih daripada 400 tahun sebagai kerajaan maritim yang
gemilang.
Walaupun begitu, kerajaan yang gemilang ini juga telah menemui zaman
keruntuhannya yang disebabkan oleh pelbagai faktor dalaman dan juga luaran.
Apabila dikaji, faktor peranan maritim itu sendiri yang telah membawa kepada
1 Dalam tahun 1918, satu kemajuan penting telah dicapai dalam pengajian sejarah Asia Tenggara apabila Ceodes telah mengenal pasti Srivijaya adalah sebuah empayar laut Melayu yang terletak di bahagian Tenggara Sumatera. Kerajaan Srivijaya ini suatu waktu dahulu pernah menguasai Semenanjung Tanah Melayu yang dianggap “hidup” dari abad ketujuh hingga abad keempat belas. O.W.Wolters, Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 1.
1
keruntuhan kerajaan maritim itu sendiri. Dalam esei ini kami akan membincangkan
peranan maritim dalam sejarah keruntuhan kerajaan-kerajaan maritim di Nusantara
iaitu dari aspek kronologi kemunculan kerajaan maritim sehingga kejatuhan
kerajaan maritim di Nusantara, peranan maritim dalam sejarah keruntuhan
kerajaan maritim di Nusantara dan kesan-kesan kejatuhan kerajaan maritim di
Nusantara.
1.2 Kronologi Kemunculan Kerajaan Maritim Sehingga Kejatuhan
Kerajaan Maritim di Nusantara
Kerajaan maritim di Nusantara telah mengalami zaman kemunculan, kegemilangan
dan juga zaman keruntuhannya disebabkan oleh faktor peranan maritim itu sendiri
dan juga datangnya kuasa luar yang telah menyebabkan berlakunya keruntuhan
kerajaan maritim. Kronologi kerajaan maritim ini dapat menggambarkan tentang
dari bermulanya kemunculan kerajaan tersebut sehingga zaman kegemilangannya
dan juga kejatuhan. Bagi menerangkan atau menggambarkan kronologi kerajaan
maritim dapat dilihat dengan mengambil satu contoh kerajaan iaitu kerajaan awal
Indonesia yang telah memperlihatkan sususan kronologi dari kemunculannya
sehingga kejatuhannya yang bermula dengan Srivijaya, Singasari dan Majapahit.
1.2.1 Kerajaan Awal Indonesia
Secara umumnya, Indonesia memang mempunyai kedudukan geografi yang sangat
strategik untuk melakukan pelbagai aktiviti maritim. Hal ini disebabkan kerana
Indonesia terletak di kawasan laluan perdagangan antara China dan India. Terdapat
dua kerajaan terawal di Indonesia yang pernah mencapai tahap keagungannya
yang gemilang iaitu kerajaan Sriviijaya dan juga Majapahit.
Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan pertama yang telah wujud di
Kepulauan Melayu dan juga yang telah menggantikan kerajaan Funan sebagai
sebuah pusat perdagangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Seperti yang
kita ketahui, kerajaan Srivijaya telah mengalami zaman kegemilangan dan
kejatuhan yang telah berlaku dari pertengahan akhir abad ke-7 sehingga abad ke-
14 masihi2. Oleh itu, kerajaan Srivijaya telah berjaya mengekalkan kedudukannya
sebagai sebuah pusat perdagangan di Selat Melaka yang telah melebihi 400 tahun.
2 Prof. Dr. Slamet Muljana, Sriwijaya, Yokyakarta: PT LKiS Printing Cemerlang, 2006, hlm. 111.
2
Menjelang abad ke-7 masihi, kerajaan Srivijaya telah berkembang dengan begitu
pesat sekali sebagai pusat perdagangan yang gemilang. Walau bagaimanapun,
kerajaan Srivijaya juga secara tidak langsung telah menghadapi persaingan dengan
Jambi untuk menguasai laluan perdagangan dan menguasai kawasan perairan
untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Di dalam persaingan kerajaan Srivijaya
dengan Jambi, kerajaan Srivijaya telah berjaya menguasai pantai-pantai Tanah
Melayu dan kerajaan ini telah menuntut ketuannannya terhadap Timur Sumatera,
Pantai Barat Daya Borneo, Jawa Barat dan juga Semenanjung Tanah Melayu.
Selain daripada kerajaan Srivijaya yang terkenal dengan pusat perdagangan
yang terpenting di Indonesia3. Srivijaya juga mempunyai angakatan armada laut
yang yang sangat kuat. Dengan kekuatan angkatan laut ini, kerajaan Srivijaya telah
memaksa kapal-kapal pedagang yang berlayar untuk singgah di pelabuhan dan
dikenakan bayaran cukai. Kerajaan Srivijaya telah memperkenalkan pelbagai dasar
yang berkaitan dengan perdangangan contohnya sistem pungutan cukai kapal yang
berlabuh di pelabuhannya. Hal ini telah menyebabkan timbulnya perasaan tidak
puas hati kerajaan-kerajaan luar terhadap dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan
Srivijaya. Pertelingkahan ini dapat dilihat apabila berlakunya permusuhan dan
hubungan yang tidak baik4 antara pemerintah melayu Srivijaya dengan kerajaan
Chola yang diperintah oleh Rajendracola I dan telah bermusuhan pada abad ke-10
dan abad ke-11 masihi. Hal ini disebabkan kerana kerajaan Srivijaya yang
mengamalkan dasar monopoli perdagangan sehingga berlakunya serangan oleh
kerajaan Chola.
Menjelang abad ke-12 masihi, dapat diihat bahawa kerajaan Srivijaya mula
meluaskan pengaruhnya dalam bidang perdagangan dan turut menguasai kawasan
perdagangan di Selat Melaka sehingga ke Kepulauan Riau. Walaupun begitu,
pengaruh kerajaan Srivijaya di Selat Melaka ini tidak sehebat pengaruh sebelum
kerajaan ini menghadapi serangan yang telah berlaku antara Srivjaya dengan
kerajaan Chola. Pada abad ke-13 masihi, dapat kita ketahui bahawa kerajaan
Srivijaya mula mengalami zaman keruntuhannya sebagai sebuah kuasa maritim
3 Oliver William Wolters & Koesalah Soebagya Teor, Perdagangan Awal Indonesia:Satu Kajian Asal Usul Kerajaan Srivijaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka, 1989, hlm. 41.
4 Ibid., hlm. 267.
3
yang gemilang. Hal ini berlaku adalah disebabkan kerana berlakunya
perkembangan kerajaan-kerajaan baru yang kuat di Pulau Jawa dan Siam. Pada
tahun 1293, kerajaan Srivijaya telah diserang dan diduduki oleh tentera Siam untuk
melakukan perluasan kuasa5. Di samping itu, beberapa kawasan taklukkan kerajaan
Srivijaya seperti Jambi dan Kampar telah bertindak untuk mendapatkan
kemerdekaan daripada kerajaan Srivijaya. Selain itu juga, sistem perdagangan ufti
yang dijalankan semasa penghantaran ufti dalam Sejarah Melayu boleh dilihat
sebagai faktor yang mengakibatkan empayar Srivijaya semakin lemah6. Hal yang
telah berlaku dan menyebabkan kerajaan Srivijaya mengalami zaman keruntuhan
dan telah muncul sebuah kerajaan yang dikenali sebagai kerajaan Singasari.
Kerajaan singasari merupakan kerajaan pertama yang berpusat di Jawa
Timur hasil daripada penyatuan kerajaan Kendiri dan Janggala pada tahun 12227.
Kerajaan ini juga pernah mencapai zaman kegemilangan semasa dibawah
pemerintahan Kertanegara apabila kerajaan Singasari ini telah berjaya menguasai
seluruh Pulau Jawa termasuklah kawasan Srivijaya dan telah meluaskan wilayahnya
ke bahagian Timur Tanah Melayu, Pontianak, Jawa Barat dan Kepulauan Maluku.
Namun demikian, kegemilangan kerajaan Singasari ini tidak dapat bertahan
lama dan mengalami zaman keruntuhan8 pada tahun 1292 pada awal masa
pembentukan Majapahit dibawah pemerintahan Sanggramawijaya. Malahan Kendiri
juga telah melakukan pemberontakan terhadap Kertanegara sehingga
mengakibatkan beliau terbunuh. Keadaan yang sangat terancam ini telah
menyebabkan kerajaan ini runtuh dan bermulanya pembentukan kerajaan
Majapahit9.
5 Ibid., hlm. 287.6 O.W.Wolters, Ibid., hlm. 4.
7 Slamet Muljana, Menuju Puncak Kemegahan: Sejarah Kerajaan Majapahit, Yogyakkarta: PT LKiS Pelangi Aksara, 200 5, hlm. 118.
8 Ahmad Iskandar, Hancurnya Kerajaan Singasari: Siri Peritiwa Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Flo Enterprise, 1982, hlm. 3.
9 Slamet Muljana, Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-Negara Islam di Nusantara, Yogyakarta: PT LKiS Pelangi Aksara, 2005, hlm. 12.
4
Kerajaan Majapahit telah mengalami kemajuan yang pesat dalam hal
ehwal perdagangan dan pelayaran laut10. Kerajaan Majapahit ini juga telah
mencapai zaman kegemilangannya semasa dibawah pentadbiran Raja Hayam
Wuruk pada tahun 1350 sehinga 1389.
Namun, setelah kematian Raja Hayam Wuruk, kerajaan Majapahit telah
mengalami kemerosotan yang disebabkan oleh masalah dalaman iaitu berlaku
perebutan kuasa antara saudara-saudaranya. Selain itu, faktor kemerosotan
kerajaan Majapahit juga adalah disebabkan oleh faktor kemasukan kuasa Barat
seperti Belanda dan Indonesia. Belanda telah berjaya mengalahkan Portugis di
Melaka pada tahun 1641 dan ini telah menandakan bahawa kekuasaan Portugis di
Selat Melaka tamat. Belanda telah mengamalkan dasar monopli perdagangan dan
memperkenalkan pelbagai jenis tanaman di Indonesia. Kemasukkan kuasa Barat ini
telah menlenyapkan kegemilangan kerajaan Majapahit.
1.3 Peranan Maritim Dalam Sejarah Keruntuhan Kerajaan Maritim di
Nusantara
Istilah maritime merupakan istilah yang berasal dari Barat dan telah wujud pada
abad ke 14 iaitu semasa zaman Renaissance lagi11. Ianya menjadi simbol kepada
tamadun baru dan berkonsepkan moden seperti tamadun Barat. Istilah ini
membawa maksud kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek laut dan
kelautan yang juga disebut sebagai Bahari dan Samudera. Kerajaan maritim pula
boleh di definisikan sebagai sebuah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi
berdasarkan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan yang
terletak berhampiran dengan kawasan persisiran pantai. Oleh hal yang demikian,
dalam esei ini kami akan menerangkan tentang peranan maritim yang membawa
kepada keruntuhan kerajaan-kerajaan awal maritim di Nusantara.
Menurut Nicholas John Spykman iaitu seorang professor dan geostrategist
dari Universiti Yale dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1942, pertahanan
10 Gunawan Sumodiningrat et. al, Membangun Indonesia Emas: Model Pembangunan Indonesia Baru Menuju Negara-Bangsa Yang Unggul Dalam Persaingan Global, Indonesia: Elex Media Komputindo, 2005, hlm. 28.
11 Wenceslaus Wenas Zahnidam, Kamus Istilah Pelayaran, Jakarta: Pustaka Sinar Harapan, 2003, hlm. 279.
5
kelautan adalah asas kepada sesuatu kerajaan maritim12. Pertahanan kelautan ini
adalah sangat penting untuk melindungi sesebuah kerajaan maritim terutamanya
kerajaan yang kuat haruslah mempunyai angkatan laut yang mampu
mempertahankan kedaulatan kerajaan. Oleh hal yang demikian, boleh dikatakan
bahawa keruntuhan kerajaan maritim di Nusantara adalah disebabkan oleh faktor
kekuatan tentera lautnya yang lemah. Kegemilangan kerajaan-kerajaan
maritim di Nusantara telah tersebar luas hingga ke dunia barat menyebabkan
kuasa-kuasa luar yang bermatlamatkan 3G iaitu Gold, Gospel dan Glory bersaing
sesama sendiri untuk menakluk kerajaan-kerajaan ini. Sebagai contoh, persaingan
antara Portugis dan Belanda untuk menguasai Melaka. Namun yang demikian,
melihat kepada kronologi kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri, Portugis
merupakan kuasa luar pertama yang berjaya menguasai tampuk pemerintahan dan
sekali gus meruntuhkan kerajaan yang gemilang ini. Kedatangan Portugis tidak
dapat dielak memandangkan keadaan Melaka yang sangat berjaya dalam aspek
perdagangan13.
Pada tahun 1509, orang Eropah pertama yang tiba ke Melaka ialah Diego
Lopez de Sequiera tiba dengan 18 buah kapal dari Angkatan Diraja Portugal.
Namun, kedatangan mereka tidak diterima dengan baik. Kedatangan Portugis
adalah dengan niat untuk menjalinkan persahabatan dan dalam pada masa yang
sama mereka ingin menguasai Melaka secara perlahan-lahan. Pada Ogos 1511,
sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de
Albuquerque telah datang ke Melaka dan membuat permintaan untuk membina
markas Portugis di Melaka namun ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Hal ini
demikian menyebabkan Portugis mengambil keputusan untuk mengepung dan
menyerang Melaka. Dengan berbekalkan kekuatan ketenteraan laut dan teknologi
senjata yang lebih moden dari tentera Melaka, Portugis berjaya menakluk Melaka.
Kekuatan tentera Melaka tidak mampu untuk mengalahkan Portugis kerana
teknologi ketenteraan yang masih tradisional seperti lembing, panah, tombak, keris,
rentaka (meriam kecil) dan juga binatang seperti gajah. Peralatan-peralatan ini
12 Nicholas John Spykman, America's Strategy in World Politics: The United States and The Balance of Power, United States: Transaction Publisher, 2007, hlm. 411.
13 Yudi Latif, Negara Paripurna: Historisitas, Rasionalitas, dan Aktualitas Pancasila, Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, 2011, hlm. 501.
6
hanya sesuai untuk digunakan dalam pertempuran berjarak dekat sedangkan
peralatan-peralatan yang digunakan oleh tentera Portugis adalah seperti senapang
dan meriam-meriam besar14. Tentera Portugis juga sudah terlatih untuk bertempur
dari jarak yang jauh. Hal ini menyebabkan tentera Melaka langsung tidak boleh
mendekati tentera Portugis dan terdapat banyak nyawa yang terkorban. Akhirnya,
Kerajaan Melaka telah jatuh ke tangan Portugis.
Kemajuan teknologi kelautan merupakan peranan maritim yang juga
telah menyebabkan keruntuhan kerajaan-kerajaan maritim di Nusantara. Kemajuan
teknologi ini telah membawa dan memudahkan kedatangan kuasa-kuasa maritim
barat di Nusantara. Terdapat pelbagai faktor yang membawa kedatangan barat
seperti faktor keagamaan, dorongan pihak pemerintah, kekayaan bahan mentah
dan kemajuan perdagangan di Nusantara. Matlamat ini dengan mudahnya tercapai
akbiat daripada kemajuan dan perkembangan teknologi ilmu pelayaran dan
pembuatan kapal yang kian canggih. Hal ini demikian dapat dilihat melalui usaha
yang telah dilakukan oleh kebanyakan pelayar Sepanyol, Portugis dan Belanda yang
didukung oleh beberapa rekaan dan juga ciptaan baru yang telah direka khas dalam
bidang pelayaran. Sebagai contohnya, kemajuan kapal-kapal seperti kapal armada
dan juga kapal wap serta peralatan-peralatan pelayaran seperti kompas, teropong,
ubat bedil dan juga astrolabe. Selain itu, pembukaan terusan Suez juga telah
menyebabkan perjalanan semakin dekat untuk ke Nusantara. Kedatangan kuasa
barat bukan sahaja berjaya memonopoli kegiatan perdagangan di Nusantara
namun, turut menguasai pemerintahan sekaligus meruntuhkan kekuasaan kerajaan
Maritim. Majoriti kerajaan-kerajaan ini runtuh selepas kedatangan barat seperti
Kesultanan Melayu Melaka yang diruntuhkan oleh Portugis15, Kesultanan Sulu oleh
Sepanyol, Kesultanan Brunei oleh Rejim Brooke, Srivijaya oleh Belanda dan yang
lain-lain lagi.
Kegiatan perlanunan di laut ataupun melanun yang membawa maksud
“rompakan di laut”16 sudah boleh dikesan sejak kemunculan Kerajaan Funan lagi
14 Ibid., hlm. 61.
15 Syed Ahmad Syed Kassim et. al, Melaka Di Sinilah Segala-galanya Bermula, Johor: UTHM, 2012, hlm. 56.
16 Teuku Iskandar, Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm. 628.
7
iaitu sejak abad pertama Masihi. Istilah lanun ataupun Pirate dan Piracy berasal dari
perkataan Iranun ataupun Ilanun yang merupakan puak yang tinggal di Pulau
Mindanao, Filipina. Puak ini terkenal sebagai puak “pengembara laut” di mana
mereka menjalankan kegiatan merompak di laut dan turut menyerang
perkampungan untuk mendapatkan harta dan juga hamba abdi. Di Nusantara,
mereka dikenali sebagai “perompak laut” dan pada abad ke 19 pula, istilah ini
diganti kepada istilah “lanun” oleh orang melayu17. Kegiatan lanun yang sudah lama
dijalankan di Nusantara ini sedikit sebanyak telah menjadi faktor kepada
keruntuhan kerajaan maritim. Kegiatan ini dikatakan sangat ganas dan merbahaya
kepada para pelayar ataupun pedagang. Hal ini demikian kerana, setelah
merampas harta melalui kapal-kapal yang berada di laut, mereka akan turut
membunuh pemilik kapal serta anak-anak kapal. Hal ini menyebabkan para
pedagang risau dan tidak yakin dengan tahap keselamatan untuk menjalankan urus
niaga di Nusantara. Namun yang demikian, terdapat usaha-usaha yang dijalankan
oleh kerajaan-kerajaan maritim untuk mengatasi keadaan ini. Sebagai contoh,
kerajaan Srivijaya yang merentangkan rantai besi di laut untuk menghalang lanun-
lanun masuk ke kawasan mereka. Rantai besi ini hanya akan dialihkan sekiranya
terdapat kapal-kapal pedagang yang datang untuk melintasi kawasan tersebut.
Selain itu, terdapat juga kerajaan yang mengunakan khidmat “orang laut” untuk
menjaga keselamatan perairan mereka. Kerajaan Melaka misalnya terpaksa
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara atau kerajaan tetangga
terutamanya Majapahit (Jawa), Siam, dan Cina18. Kegiatan perlanunan ini semakin
menjadi-jadi apabila lanun-lanun ini menjadikan pintu masuk dari Timur ke Selat
Melaka sebagai kawasan mereka. Hal ini menyukarkan untuk pedagang menuju ke
Selat Melaka. Sedikit sebanyak, masalah perlanunan yang berleluasa ini turut
menyumbang dalam sejarah keruntuhan kerajaan maritim di Nusantara.
Secara umumnya, Nusantara merupakan kawasan yang strategik untuk
mendirikan kerajaan berasaskan maritim. Hal ini demikian kerana kedudukan
geografi yang strategik dari aspek kelautan dan perdagangan laut antarabangsa
17 J. F. Warren, The Sulu Zone 1768-1898, Singapura: Singapore University Press, 1981, hlm. 149.
18 Mohammad Iskandar, Nusantara Dalam Era Niaga Sebelum Abad ke-19, Wacana Jurnal Pengetahuan Budaya: Naskah, Tradisi Lisan dan Sejarah, 2005, hlm. 181.
8
antara Dunia Barat dan juga Dunia Timur. Dunia Barat merangkumi kawasan
dagang di sebelah barat Selat Melaka seperti India, Parsi, Mesir dan juga negara-
negara Eropah. Dunia Timur pula merangkumi kawasan dagang di sebelah timur
Selat Melaka seperti China, Jepun, Filipina dan sebagainya. Kedudukan yang
strategik menyebabkan kawasan ini dianggap sebagai kunci perdagangan laut
antara barat dan timur terutamanya Selat Melaka. Nusantara terletak di garisan
khatulistiwa yang menjadikannya sebuah kawasan yang memiliki iklim tropika dan
perubahan musim serta angin yang berhembus di sepanjang perairan Nusantara.
Tiupan angin dan musim merupakan salah satu perkara penting bagi pedagang dan
pelayar. Tiupan angin di Nusantara merupakan salah satu ciri geografi yang
menarik. Pada bulan Mei hingga Oktober angin monson Timur bertiup dari arah
Tenggara dan sesuai untuk kapal-kapal dagang masuk ke wilayah Nusantara.
Manakala, kapal-kapal yang sedia berlabuh boleh memulakan perjalanan mereka
semula. Pada bulan November-April pula, angin monsun barat pula bertiup dari arah
Barat Laut. Angin tersebut dimanfaatkan untuk kapal-kapal yang berlabuh di Selat
Melaka untuk meneruskan perjalanan ke Jawa19. Oleh sebab itu, kuasa barat
berlumba-lumba untuk menguasai kerajaan-kerajaan maritim yang ada untuk
menguasai kegiatan perdagangan.
Aktiviti perdagangan merupakan aktiviti ekonomi yang utama bagi
kerajaan maritim di Nusantara. Selain itu, Nusantara juga dikenali dengan wujudnya
banyak pusat perdagangan yang gemilang. Pelbagai aktiviti perdagangan
berkembang dengan pesat dan para pedagang dari seluruh dunia turut datang
untuk berurus niaga terutamanya kerajaan Melayu Melaka yang sememangnya
merupakan kerajaan maritim yang paling berjaya di Nusantara. Penubuhan Melaka
pada awal abad ke-15 sangat tepat pada masanya untuk mengendalikan
perdagangan yang semakin bertambah maju di Selat Melaka20. Kerajaan maritim
dikenali sebagai orang tengah iaitu tempat untuk menggumpulkan dan
mengedarkan barangan mentah dari kawasan pedalaman dan pulau-pulau
berhampiran untuk aktiviti perdagangan. Antara barang-barang dagangan yang
19 Djoko Pramono, Budaya Bahari, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama, 2005, hlm. 108-109.
20 Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka Abad ke-15 hingga ke-18, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006, hlm. 15.
9
dikumpul dan didagangkan ialah rempah-ratus, hasil-hasil hutan, gaharu, cendana,
damar serta ubat-ubatan21.
Kegiatan perdagangan ini dijalankan di pelabuhan yang utama yang
berfungsi sebagai pelabuahan enterpot. Setelah menggumpul barangan dagangan
dari merata tempat, barang-barang ini kemudiannya dijual semula kepada
pedagang asing dari Eropah, Arab, India dan China22. Kuasa maritim Barat
berpendapat bahawa dengan menguasai kerajaan maritim di Nusantara ini, mereka
boleh memonopoli terus barangan dagangan dan tidak perlu menggunakan lagi
khidmat orang tengah. Sebagai contoh, kedatangan Portugis ke Melaka yang mahu
menguasai perdagangan di bahagian timur terutamanya barang-barang yang
mendapat permintaan ramai seperti rempah ratus23.
Aktiviti kelautan juga telah membawa kepada aktiviti penyebaran agama
kristian. Penyebaran agama kristian juga merupakan salah satu matlamat utama
(Gospel) kuasa barat untuk datang ke Nusantara. Mereka bermatlamat untuk
meluaskan tanah jajahan sekaligus menyebarkan agama kristian kepada penduduk
peribumi seperti mana yang berlaku di Filipina semasa pemerintahan Kerajaan
Kesultanan Sulu. Aktiviti penyebaran agama Kristian ini disokong oleh pemerintah-
pemerintah di negara asal mereka dan ini memudahkan lagi untuk mereka
menjalankan misi mengkristiankan penduduk Nusantara24. Penyebaran agama
Kristian ini telah mengugat agama asal penduduk peribumi yang mana telah lama
dianuti serta bertapak di Nusantara. Di Melaka misalnya merupakan sebuah pusat
agama bagi agama Islam. Selain daripada terkenal dengan pelabuhan yang
menyediakan pelbagai kemudahan, Melaka juga telah menjadi pusat agama yang
terkenal dan ini jugalah yang menyebabkan Melaka menjadi tempat persinggahan
pedagang-pedagang dan ulama-ulama dari Arab. Melaka boleh dikatakan satu pusat
21 Anthony Reid, Southeast Asia in the Age of Commerce ,1450-1680, vol.2, Expansion and Crisis, New Haven: Yale University Press, 1994, hlm. 4.
22 Ahmad Jelani Halimi, op. cit., hlm. 223.
23 Ibid., hlm. 38.
24 Bernard Hubertus Maria Vlekke, Nusantara: Sejarah Indonesia, Indonesia: Kepustakaan Populer Gramedia, 2008, hlm. 213.
10
penyebaran agama Islam yang amat terkenal pada masa tersebut25. Kedatangan
Barat yang memegang konsep “beban orang putih”26 berpendapat bahawa telah
menjadi tanggungjawab mereka untuk mentamadunkan penduduk di Nusantara.
Hal ini demikian menyebabkan pelbagai usaha telah dijalankan untuk menyebarkan
ajaran Kristian sehinggalah membawa kepada keruntuhan kerajaan-kerajaan
maritim awal di Nusantara.
Antara faktor-faktor lain yang menjadi sebab keruntuhan kerajaan maritim
ialah faktor dalaman politik dan pentadbiran kerajaan-kerajaan ini sendiri.
Konflik-konflik seperti perebutan takhta, persaingan kuasa serta kelemahan dalam
sistem pentadbiran menyebabkan pentadbiran kerajaan tradisional ini secara tidak
langsung telah menjadi asas kepada keruntuhan empayar maritim di Nusantara.
Masalah dalam pentadbiran ini telah menyebabkan goyahnya kerajaan malah
menjemput pihak luar untuk campur tangan dan mengambil kesempatan dalam
kesempitan. Sebagai contohnya, masalah dalaman yang berlaku semasa
pemerintahan Kesultanan Brunei iaitu berlakunya perebutan takhta antara
pemerintah. Ketidaksefahaman dan masalah dalam pemerintahan menyebabkan
goyahnya institusi maritim ini. Hal ini demikian telah memberikan peluang yang
cukup luas untuk kuasa luar datang dan masuk campur.
Selain itu, revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah pada abad ke-17
turut menyumbang kepada kejatuhan kerajaan-kerajaan maritim di Nusantara.
Nusantara memiliki tanah yang subur dan amat kaya dengan bahan mentahnya.
Sebagai contoh, Tanah Melayu suatu ketika dahulu pernah diberikan gelaran
sebagai “swarnabumi” yang bermaksud “tanah yang subur”. Oleh hal yang
demikian, kuasa luar eropah tertarik untuk datang ke Nusantara bagi memenuhi
keperluan bahan mentah seperti bijih timah yang diperlukan secara berterusan
serta dalam jumlah yang banyak. Selain itu, mereka juga memerlukan kawasan
baru untuk memasarkan barangan-barangan yang telah dihasilkan seperti di
Nusantara, China dan India. Semenjak terjadinya revolusi perindustrian ini, kuasa-
kuasa besar Eropah sentiasa bersaing untuk mendapatkan serta mencari kawasan
jajahan yang baru dan kaya dengan bahan mentah. Kuasa-kuasa asing ini seperti
25 Abdul Baqir Zein, Etnis Cina dalam Potret Pembauran di Indonesia, Jakarta: Prestasi Insan Indonesia, 2000, hlm. 143.
26 John L. Esposito, Ancaman Islam: Mitos atau Realiti?, Kuala Lumpur: ITBM, 2004, hlm. 62.
11
Sepanyol, Portugis dan Belanda telah datang dan menjelajah sekaligus menguasai
kerajaan-kerajaan maritim di Nusantara yang telah pun mempunyai sistem
berkerajaan yang tersendiri. Kedatangan kuasa barat ke Nusantara dilihat
sememangnya menjadi salah satu faktor yang membawa kepada keruntuhan
kerajaan maritim di Nusantara dengan berpaksikan misi 3G iaitu Gold, Glory dan
Gospel27.
1.4 Kesan-kesan Keruntuhan Kerajaan Maritim di Nusantara
Keruntuhan kerajaan-kerajaan awal maritime di Nusantara telah banyak membawa
kesan dan perubahan tidak kira dari segi politik, ekonomi ataupun sosial
masyarakat peribumi di Nusantara.
Dari segi politik dan pentadbiran, terjadinya penguasaan kuasa luar terhadap
sistem pemerintahan kerajaan maritim sedia ada. Sebelum kedatangan barat,
kerajaan-kerajaan awal ini sememangnya sudah mempunyai sistem berkerajaan
dan pentadbiran yang tersendiri. Namun, selepas kedatangan barat, berlakunya
rampasan kuasa dan perubahan-perubahan dalam sistem pentadbiran feudal
golongan-golongan pemerintah. Sebagai contoh, Sarawak merupakan salah sebuah
kawasan yang terletak di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pemerintahan yang
dijalankan adalah berlandaskan kepada ajaran agama Islam serta ditadbir oleh
pembesar Islam. Namun, kedatangan James Brooke yang dijemput oleh Pangeran
Muda Hashim untuk mengatasi keadaan yang huru hara menyebabkan Sarawak
akhirnya jatuh dibawah pentadbiran Rejim Brooke. Hal ini demikian kerana,
Pangeran Muda Hashim berjanji akan melantik James Brooke sebagai Gabenor
Sarawak sekiranya beliau berjaya mengatasi masalah tersebut. Akhirnya, James
Brooke berjaya meluaskan pengaruhnya dan menukarkan sistem pentadbiran
tradisional Sarawak kepada pentadbiran ala barat. Perubahan yang dilakukan ini
telah menjadi asas kepada pembentukan negeri Sarawak dan pentadbiran Rejim
Brooke yang seterusnya28.
27 Syed Ahmad Syed Kassim et. al, op. cit., hlm. 45-60.
28 Steven Runciman, The White Rajahs, Kuala Lumpur: S. A Majeed & Co Sdn Bhd, 2007, hlm. 69-73.
12
Dari segi ekonomi pula, sumber ekonomi di Nusantara telah dieksploitasi dan
dimonopoli oleh kuasa-kuasa barat. Mereka memonopoli segala perniagaan dan
perdagangan malah, mengaw
al bahan mentah yang berharga seperti bijih timah, rempah ratus dan sebagainya.
Sebagai contoh, sikap Belanda yang terkenal dengan dasar monopoli perdagangan
sanggup untuk memusnahkan ladang-ladang cengkih dan pala masyarakat di
Kepulauan Maluku untuk mengelakkan barangan tersebut jatuh ke tangan penjajah
lain. Mereka juga telah memonopoli perdagangan rempah ratus. Oleh kerana
perdagangan bijih timah di Melaka pada masa tersebut adalah terhad,
menyebabkan kuasa-kuasa asing semakin bermotivasi untuk bersaing dan
menguasai bahan mentah ini.
Menurut Joginder J. S, kuasa asing seperti Belanda telah menjalankan dasar
memonopoli ekonomi perdagangan dan juga bahan mentah di Tanah Melayu
sehingga belanda telah berjaya mengawal daerah-daerah yang mengeluarkan bijih
timah seperti Perak dan Kedah. Monopoli ekonomi Belanda huga boleh dilihat di
Pulau Maluku29. Sebagai buktinya, Belanda telah menjalankan rundingan dengan
Sultan Kedah pada Julai 1641 untuk membincangkan hal eksport bijih timah dan
mendapatkan akuan daripada sultan iaitu setengah daripada hasil bijih timah negeri
Kedah hendaklah dijual kepada Belanda. Selain itu, belanda juga tidak mahu kapal-
kapal masuk ke kawasan tersebut tanpa mendapatkan surat kebenaran daripada
Belanda. Belanda juga telah melakukan perjanjian dengan Raja Surakarta dan
Jogjakarta yang dipanggil sebagai Perjanjian Giyanti. Perjanjian ini dikatakan
menjadi simbol kepada keruntuhan kejayaan budaya bahari di Nusantara. Dalam
perjanjian ini, perdagangan laut, hasil bumi, rempah ratus dari wilayah kedua raja
keturunan Mataram ini diserahkan sepenuhnya kepada Belanda30.
Perubahan ekonomi juga dapat dilihat semasa kejatuhan Melaka ke tangan
Portugis pada tahun 1511. Seperti Belanda, Portugis juga telah menjalankan dasar
ekonomi monopoli di pelabuhan Melaka dan mengawal segala bahan mentah yang
berada di Melaka dan sekitarnya terutamanya bijih timah dan rempah ratus yang
29 Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur: Utusan Melayu, 1976, hlm. 107.
30 John L. Esposito, Ibid., hlm. 7.
13
mendapat permintaan tinggi Eropah. Cukai yang tinggi juga dikenakan terhadap
para pedagang yang singgah berdagang di Melaka malah, Portugis turut memaksa
pedagang-pedagang dari India, china serta Arab yang melalui Selat Melaka untuk
singgah berdagang.
Jika dilihat dari sudut sosial, boleh diperhatikan bahawa telah tersebarnya
pengaruh agama Kristian di Kepulauan Nusantara ini. Penyebaran agama Kristian
merupakan salah satu misi penting bagi kuasa barat iaitu Gospel, Glory and Gold.
Sebagai contoh, salah satu tujuan Sepanyol datang ke Filipina adalah untuk
menyebarkan agama Kristian selain daripada untuk memperoleh bahagian dalam
perdagangan rempah dan bersaing dengan Portugal serta untuk memperolehi
pangkalan bagi kegiatan keagamaan di china dan Jepun. Usaha Sepanyol ini telah
disokong oleh pemerintah mereka iaitu Ratu Isabella. Walau bagaimanapun, usaha
ini telah ditentang hebat oleh rakyat Filipina terutamanya dari masyarakat Moro
yang tinggal di Selatan Filipina. Hal ini demikian kerana, majoriti masyarakat Moro
telah pun mempunyai agama yang tetap iaitu agama Islam. Bagi meluaskan
pengaruh agama Kristian, dasar-dasar yang dijalankan oleh Sepanyol adalah
berdasarkan keagamaan sehingga menyebabkan bangkitnya semangat
kebangkitan Islam dalam kalangan penduduk. Walaupun mendapat tentangan,
boleh dilihat sehingga sekarang kadar peningkatan masyarakat Filipina yang
berjaya dikristiankan melalui dasar kristianisasi ini. Para mubaligh Kristian telah
berjaya menyebarkan pengaruh Kristian di filipina kecuali beberapa tempat seperti
kepulauan Sulu dan Mindanao. Para pembesar juga berjaya untuk dikristiankan dan
secara tidak langsung mempengaruhi rakyat bawahan31.
Akibat peningkatan dalam penduduk yang memeluk agama Kristian,
penduduk Islam telah menjadi golongan minoriti di Filipina sedangkan sebelum ini,
Filipina merupakan sebuah negara yang ditadbir oleh pemerintah Islam. Dalam
buku Minoriti Muslim di Filipina yang ditulis oleh Wan Ahmad D. S, kemasukan Islam
di Filipina merupakan peringkat terakhir proses Islamisasi di Asia Tenggara dan
telah disebarkan ke Sulu, Selatan Filipina melalui aktiviti pendakwahan dan
penguasaan politik. Pemerintahan Islam ini semakin membesar sehinggalah ke
31 Zeus A. Salazar, The Malayan Connection: Ang Pilipinas Sa Dunia Melayu, Filipina: Palimbagan ng Lahi, 1998, hlm. 172-175.
14
Manila. Namun demikian, dasar Kristianisasi Kerajaan Sepanyol telah menyebabkan
masyarakat Islam di Filipina telah menjadi golongan minoriti32.
Selain daripada penyebaran agama Kristian, peningkatan kegiatan lanun juga
boleh dilihat sebagai salah satu kesan daripada keruntuhan kerajaan maritim di
Nusantara. Sebelum abad ke 18, pelbagai faktor telah membawa kepada kegiatan
perlanunan yang meningkat seperti monopoli perdagangan dan campur tangan
kuasa politik oleh pihak Barat, kekerasan dan pemerasan serta perjanjian yang
berat sebelah dibuat oleh kuasa Barat ke atas rakyat dan pemerintah peribumi,
kuasa Barat menghalang penduduk tempatan berniaga dan berdagang dengan
pedagang asing dan keperluan terhadap tenaga kerja dari pihak penjajah yang
telah menyebabkan lanun-lanun ini menawarkan diri untuk menjadi hamba abdi
kepada kuasa Barat. Walaupun demikian, hal ini berbeza di sarawak kerana
kegiatan perlanunan ini berjaya dikurangkan oleh James Brooke33. Hal ini demikian
kerana, Brooke sememangnya tidak menggemari kaum Dayak atau Iban di Sarawak
kerana kaum Iban enggan tinggal di tepi sungai untuk membayar cukai. Tambahan
lagi, orang Iban merupakan kaum yang mengamalkan aktiviti pemburuan kepala
ataupun headhunting di mana, Brooke menganggap sebagai sebuah aktiviti yang
tidak bertamadun. Untuk menghapuskan orang Iban, beliau telah melakukan
ekspidisi ketenteraan ke atas kaum Iban yang tinggal di sungai-sungai. Brooke telah
menggunakan kapalnya yang dipanggil sebagai Royalist dan dibantu oleh Angkatan
Tentera Laut British yang menggunakan kapal HMS Dido untuk menjalankan
ekspidisi ketenteraan tersebut antara tahun 1843 sehingga 1844. Pada tahun 1849,
James Brooke berjaya mengalahkan kaum Dayak Laut di Batang Maru dengan
bantuan kapal HMS Albatros dan kapal SHTI iaitu Nemesis dan Semiramis. Orang-
orang Dayak dan Iban telah berpindah ke kawasan pedalaman untuk meneruskan
hidup. Selain itu, beliau juga menjalankan ekspedisi ketenteraan di Kepulauan
Filipina bagi menentang lanun-lanun di laut seperti kaum Iranun dan Bajau.
Di samping itu, kesan kejatuhan kerajaan maritim di Nusantara telah
menyebabkan berlakunya tindak balas daripada penduduk peribumi terutamanya
dalam golongan pemerintah. Mereka melakukan peperangan dan juga
32 Cesar Adib Majul, Islam di Filipina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 250-253.
33 Steven Runciman , Ibid., hlm. 69-73.
15
pemberontakan sebagai cara untuk menunjukkan ketidak puasan hati mereka serta
untuk memberi tindak balas terhadap penguasaan barat. Mereka juga bermotifkan
untuk mengembalikan maruah dan kerajaan yang telah dirampas. Sebagai contoh,
disebabkan oleh penyebaran fahaman Kristian, pemerintahan Sepanyol telah
menyebabkan tentangan yang hebat terutamanya orang Islam di Sulu dan
Mindanao. Peperangan sering berlaku di antara orang-orang Sepanyol dan juga
rakyat muslim Filipina dan hanya berakhir semasa zaman pemerintahan kuasa
barat Sepanyol hampir berakhir pada akhir tahun 1800-an. Antara peperangan yang
boleh kita lihat ialah siri-siri peperangan Sultan Maguindanao yang telah bersatu
dengan Sultan Ternate (Maluku) untuk menentang Sepanyol di Filipina34. Selain itu,
kita boleh lihat juga penentangan Melaka terhadap Portugis yang diketuai oleh
Sultan Mahmud iaitu sultan Melaka yang terakhir. Beliau tekah berundur ke Bentan
setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis dan melancarkan beberapa siri peperangan
seperti pada tahun 1510 sehingga 1518. Serangan demi serangan telah dilakukan
namun, akhirnya tetap menemui kegagalan.
1.5 Analisis
Laut memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia sekiranya
kita dapat memanfaatkan laut sebaiknya. Budaya memanfaatkan laut ini telah
berjaya melahirkan banyak kerajaan maritim yang hebat terutamanya di Nusantara.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan maritim di Nusantara ini
tidak mampu untuk bertahan lama disebabkan oleh pelbagai faktor dalaman dan
luaran. Jika dilihat secara keseluruhan, boleh dikatakan faktor kedatangan barat
itulah sebenarnya faktor dominan yang menyebabkan keruntuhan kerajaan-
kerajaan awal maritim di Nusantara. Namun yang demikian, peranan-peranan
maritim itu sendiri yang membawa kepada kedatangan kuasa-kuasa barat sekaligus
menyumbang kepada keruntuhan kerajaan maritim ini. Kemajuan perdagangan,
kedudukan yang strategik, kemajuan teknologi-teknologi kelautan serta pertahanan
laut yang lemah telah membawa kepada penguasaan barat di Nusantara.
Kuasa-kuasa maritim barat seperti Sepanyol, Belanda dan juga Portugis
telah bersaing dan datang ke kawasan Nusantara pada mulanya untuk menjarah
34 Ibid., hlm. 144.
16
dan mencari kawasan untuk membekalkan bahan mentah kepada Negara asal.
Namun, akibat tamak mereka telah menjalankan aktiviti menjajah serta ingin
menguasai keseluruhan sumber bahan mentah yang ada di nusantara. Hal ini
demikian telah menyebabkan mereka dengan rakusnya telah memonopoli
segalanya termasuklah dalam aktiviti perdagangan. Disebabkan oleh penguasaan
inilah akhirnya kerajaan-kerajaan maritim di Nusantara runtuh dan tidak bertahan
lama.
1.6 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tidak dinafikan lagi bahawa peranan maritim itu sendiri
telah membawa kepada jatuhnya kerajaan-kerajaan awal maritim di Nusantara.
Disebabkan oleh kejatuhan ini juga telah banyak membawa kesan yang rata-
ratanya negatif terhadap kerajaan-kerajaan di Nusantara. Namun, tidak dinafikan
juga kuasa-kuasa barat telah banyak mendapat manfaat dari kejatuhan ini.
Perkembangan maritim telah meyebabkan wujudnya kerajaan-kerajaan
maritim seperti Srivijaya, Majapahit dan Singhasari. Keruntuhan kerajaan maritim
dan penaklukan oleh kuasa Barat ini telah memberi kesan jangka panjang kepada
kebudayaan maritim dan bahari di kawasan Nusantara sehingga ke hari ini. Hal ini
telah menunjukkan bahawa peranan maritim itu sendiri yang telah menyebabkan
keruntuhan kerajaan-kerajaan meritim di Nusantara.
17
Rujukan
Abdul Baqir Zein. 2000. Etnis Cina dalam Potret Pembauran di Indonesia. Jakarta:
Prestasi Insan Indonesia.
Ahmad Iskandar. 1982. Hancurnya Kerajaan Singasari: Siri Peritiwa Sejarah Asia
Tenggara. Kuala Lumpur: Flo Enterprise.
Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka
Abad ke-15 hingga ke-18. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anthony Reid. 1994. Southeast Asia in the Age of Commerce ,1450-1680, vol.2,
Expansion and Crisis. New Haven: Yale University Press.
Bernard Hubertus Maria Vlekke. 2008. Nusantara: Sejarah Indonesia. Indonesia:
Kepustakaan Populer Gramedia.
Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Djoko Pramono. 2005. Budaya Bahari. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
18
Gunawan Sumodiningrat et. Al. 2005. Membangun Indonesia Emas: Model
Pembangunan Indonesia Baru Menuju Negara-Bangsa Yang Unggul Dalam
Persaingan Global. Indonesia: Elex Media Komputindo.
J. F. Warren. 1981. The Sulu Zone 1768-1898. Singapura: Singapore University
Press.
John L. Esposito. 2004. Ancaman Islam: Mitos atau Realiti?. Kuala Lumpur: ITBM.
Lofti Ismail. 1976. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Melayu.
Mohammad Iskandar. 2005. Nusantara Dalam Era Niaga Sebelum Abad ke-19.
Wacana Jurnal Pengetahuan Budaya: Naskah, Tradisi Lisan dan Sejarah.
Nicholas John Spykman. 2007. America's Strategy in World Politics: The United
States and The Balance of Power. United States: Transaction Publisher.
Oliver William Wolters & Koesalah Soebagya Teor. 1989. Perdagangan Awal
Indonesia:Satu Kajian Asal Usul Kerajaan Srivijaya. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan pustaka.
O.W.Wolters. 1990. Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prof. Dr. Slamet Muljana. 2006. Sriwijaya. Yokyakarta: PT LKiS Printing Cemerlang.
Slamet Muljana. 2005. Menuju Puncak Kemegahan: Sejarah Kerajaan Majapahit.
Yogyakkarta: PT LKiS Pelangi Aksara.
Slamet Muljana. 2005. Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-
Negara Islam di Nusantara. Yogyakarta: PT LKiS Pelangi Aksara.
Steven Runciman. 2007. The White Rajahs. Kuala Lumpur: S. A Majeed & Co Sdn
Bhd.
19
Syed Ahmad Syed Kassim et. al. 2012. Melaka Di Sinilah Segala-galanya Bermula.
Johor: UTHM, 2012.
Teuku Iskandar. 1970. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wenceslaus Wenas Zahnidam. 2003. Kamus Istilah Pelayaran. Jakarta: Pustaka Sinar
Harapan.
Yudi Latif. 2011. Negara Paripurna: Historisitas, Rasionalitas, dan Aktualitas
Pancasila. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.
Zeus A. Salazar. 1998. The Malayan Connection: Ang Pilipinas Sa Dunia Melayu.
Filipina: Palimbagan Ng Lahi
20
top related