kata hubung

Post on 07-Jan-2016

165 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

gabungan. Kata hubung. Definisi…. Dikenali juga sebagai kata penyambung ayat. Berfungsi menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga membentuk ayat majmuk. Terdapat TIGA jenis kata hubung iaitu gabungan, pancangan dan berpasangan. Kata hubung gabungan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Definisi…

• Dikenali juga sebagai kata penyambung ayat.

• Berfungsi menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga membentuk ayat majmuk.

• Terdapat TIGA jenis kata hubung iaitu gabungan, pancangan dan berpasangan.

Kata hubung gabungan

• Perkataan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang setara sifatnya.

• Ayat majmuk gabungan terbentuk hasil penggunaan kata hubung gabungan.

DAN

• Digunakan untuk menambahkan subjek atau predikat dalam ayat.

Ayat contoh :

1. Zainab dan Raziah menggemari subjek Matematik. (penambahan subjek)

2. Puan Fauziah memasak rendang dan lemang. (penambahan predikat)

ATAU

• Digunakan untuk menunjukkan sesuatu pilihan.

Ayat contoh :

1. Mereka hendak pergi melancong ke Korea atau Vietnam?

2. Para pelajar boleh menghadiri kelas tambahan di sekolah atau di pusat tuisyen.

TETAPI

• Digunakan untuk menunjukkan maksud yang berlawanan.

Ayat contoh :

1. Puan Ilyana seorang ibu yang tegas tetapi penyayang.

2. Yani ingin mengajukan soalan dalam ceramah itu tetapi dia tidak mempunyai keyakinan diri.

LALU

• Digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan itu dilakukan secara berturut-turut.

Ayat contoh :

1. Tamin mengeluarkan kad tambang dari koceknya lalu membayar tambang bas.

2. Ibu menghiris bawang merah lalu digorengnya untuk dijadikan bawang goreng.

SAMBIL

• Digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan itu dilakukan serentak ataiu pada masa yang sama.

Ayat contoh :

Adik Maisarah menangis sambil menghentak – hentakkan kakinya di lantai.

SERTA

• Digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan satu demi satu atau membawa maksud “dan selepas itu”.

Ayat contoh :

Hani melipat selimut serta mengemaskan katilnya pada waktu pagi.

KEMUDIAN

• Digunakan untuk menunjukkan maksud “selepas itu”.

Ayat contoh :

Dedaun kering itu dikumpulkan kemudian dimasukkan ke dalam plastik sampah.

MALAHAN

• Digunakan untuk menunjukkan maksud “bahkan” atau “sedangkan”.

Ayat contoh :

Bukan sahaja Rahman yang menang malahan kawan baiknya turut mencapai kemenangan dalam pertandingan menyanyi itu.

KECUALI / MELAINKAN

• Digunakan untuk menunjukkan pengecualian

Ayat contoh :

Abang Yusri bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.

LATIHAN

Setelah membaca nota powerpoint, klik pada

Ikon ‘Lembaran kerja’ kemudian buat latihan

‘Kata hubung gabungan menengah1E/NA’

Taip jawapan kemudian emelkan kepada :

nurreen_mohd@yahoo.com.sg

top related