kerja kursus edc 2203
Post on 14-Apr-2018
294 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
1/14
TOPIK 1 (m/s 3):
1- Berdasarkan pengalaman anda berada di sekolah, bagaimanakah
pengetahuan tentang psikologi boleh membantu guru memahami tingkah
laku muridnya?
Psikologi merupakan satu bidang yang menuju ke arah mengenali tingkah laku
manusia dan digunakan dalam kehidupan seharian sama ada secara langsung
mahupun tidak terutamanya dalam profesion perguruan. Kaedah psikologi ini
digunakan untuk memahami tingkah laku murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini dapat dilaksanakan melalui pemerhatian guru terhadap tingkah
laku murid. Dengan cara ini, guru dapat mengembangkan tingkah laku alternatif
yang digunakan untuk mengubah tingkah laku murid yang tidak diingini.
Sebagai contoh, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di
kelas yang corot, didapati kebanyakkan murid di kelas tersebut dalam keadaan
pasif. Oleh yang demikian, guru memprovoke mereka dengan soalan-soalan
akhlak seperti siapa yang menyalami ibu/ayah nya pagi ini?,Kesannya, murid-
murid telah mengangkat tangan dan mengeluarkan suara mereka untuk
menjawab soalan tersebut. Tujuannya adalah untuk memupuk nilai keberanian
dan keyakinan dalam diri mereka sedikit demi sedikit.
Selain itu, apabila guru dapati ada segelintir murid yang aktif, suka berjalan
atau mengganggu kawannya, guru ini telah menyediakan beberapa aktiviti yangmerangsang psychomotor mereka seperti membuat puzzle, mencari gambar
benda yang berkaitan dengan pelajaran di dalam kelas dan sebagainya. Apabila
sessi pengajaran dan pem-belajaran selepas waktu rehat, guru peka terhadap
TUGASAN
TERARAH
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
2/14
kebersihan kelas dan menjadikan suasana kelas tersebut lebih kondusif untuk
menarik semula perhatian mereka terhadap pelajaran tersebut. Antara aktiviti
yang dijalankan adalah seperti membuat persembahan lakonan, nasyid dan
perbincangan dalam kumpulan. Secara tidak langsung, pengawalan kelas dalam
keadaan terkawal dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan denagn berkesan serta suasana kondusif wujud di dalam bilik darjah
tersebut.
2- Huraikan kenyataan Psikologi merupakan satu kajian saintifik
Psikologi adalah perkataan yang berasal dari tamadun Greek purba iaitu dari
perkataan psyche yang bermaksud jiwa dan logos yang bermaksud kajian
mengenai sesuatu. Merujuk kepada Kamus Dewan, psikologi ini didefinasikan
sebagai Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung
dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang
atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.
Menurut Baller dan Charles (1968) dalam The Psychology of Human Growth and
Development psikologi mengkaji tingkah laku manusia dengan menggunakan
data dan prinsip yang tela dihimpun dengan teliti. Menurut Fantino pula (1974),
psikologi adalah kajian saintifik tentang aktiviti mental seperti ingatan, mimpi,pemikiran kebimbangan dan tekanan.
Jadi, psikologi adalah satu kajian mengenai tingkah laku manusia atau
haiwan yang dikaji secara saintifik dan sisitematik, khasnya dalam pemikiran,
emosi, naluri, ke-perluan, potensi, kecerdasan dan tindak balas manusia terhadap
persekitaran. Con-tohnya, semasa kita menggigil disebabkan kesejukkan, bulu
roma akan berdiri secara tidak langsung dan memerangkap lapisan udara untuk
memanaskan badan. Ataupun semasa dalam kelaparan, seseorang itu akanmencari makanan untuk menyeim-bangkan keadaan badan yang keilangan
tenaga. Desakan ini adalah disebabkan keadaan fisiologi dan keadaan tersebut
akan berterusan sehingga keperluannya dipenuhi. Setelah keperluannya dipenuhi
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
3/14
mengikut kadarnya, keadaan seseorang itu akan stabil. Ini merupakan
rangsangan seseorang yang mendorong untuk bertindak bagi memenuhi
keperluan mereka.
TOPIK 3 (m/s: 38)
1-Berdasarkan pandangan anda sebagai seorang individu, bagaimana
pemahaman tentang kepelbagaian individu dapat meningkatkan kerjaya kita
sebagai guru.
Pada pandangan saya, konsep perbezaan individu ini merujuk kepada cirri-
ciri khas yang dimiliki oleh seseorang individu yang mana ciri-ciri tersebut tidak
akan sa-ma antara satu sama lain meskipun mereka merupakan pasangan
kembar, samada dari segi kognitif, emosi, sosial, jantina, mental, fizikal dan
aspek-aspek yang lain. Oleh itu, sebagai seorang guru haruslah memberi
perhatian tentang hal ini di kala-ngan pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sebagai contoh, perbezaan dari segi fizikal. Guru akan menyediakan
aktiviti-ak-tiviti yang bersesuaian dengan fizikal murid tersebut supaya sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Kebiasaannya,
kanak-kanak lelaki lebih agresif dan kasar dalam tingkah laku mereka. Jadi,
dengan pendedahan dari kepel-bagaian kemahiran, maklumat dan teori
pengajaran seorang guru yang diperolehi daripada pengalaman serta kajianyang lain, dapatlah guru tersebut menjalankan aktiviti yang bersesuaian
dengan murid. Antara aktiviti yang dijalankan haruslah mempunyai banyak
pergerakkan seperti mencari bahan yang berkaitan dengan pe-lajaran, menulis
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
4/14
di papan putih dan sebagainya. Manakala bagi kanak-kanak perem-puan, guru
boleh menjalankan aktiviti mewarna, melukis, menggunting, menampal dan
lain-lain kerana mereka bersifat lembut dan rajin. Rintitan dari itu,
kebanyakkan kanak-kanak perempuan lebih berjaya berbanding kanak-kanak
lelaki.
Selain itu, hasil dari.pemahaman tentang kepelbagaian individu ini kawalan
ke-las berada di tahap sangat cemerlang. Ini kerana, guru telah mengetahui
apa yang diperlukan oleh seseorang murid itu untuk menarik minat mereka
dalam pelajaran tersebut. Sehubungan dengan itu, kualiti pemahaman murid
terhadap pelajaran me-ningkat atas sebab kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif dan sangat menarik. Murid akan lebih
bersemangat dalam menyelesaikan tugasan lebih-lebih lagi apabila wujudnya
saingan yang sihat antara mereka. Disebabkan hal ini, kualiti pengajaran
seorang guru akan dapat dipertingkatkan dari samasa ke semasa.
TOPIK 3 (m/s 40)
1- Berdasarkan jadual 5.3: Ciri-ciri Pelajar Gaya Bahasa Medan dan
Bersandar Medan dan pengalaman anda sebagai guru, beri cadangan
tentang strategi-strategi pengajaran yang sesuai dengan kognitif
pelajarnya.
Gaya kognitif dan gaya pembelajaran adalah dua konsep berlainan.
Contohnya, Woolfolk (1998) mengatakan gaya kognitif ialah cara individu
mempersepsi dan menyusun maklumat mengenai persekitarannya sementara
gaya pembelajaran pula ialah pendekatan cara belajar individu. Manakala
Santrock (2000) menganggap gaya ialah salah satu cara seseorang
menggunakan keupayaannya. Gaya belajar bermaksud cara yang digemari
seseorang menggunakan keupayaan belajarnya. Menurut Borich & Tombari
(1995) menjelaskan gaya kognitif adalah cara individu memproses dan berfikir
perkara yang dipelajarinya sementara gaya pembelajaran adalah keadaan
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
5/14
persekitaran atau keadaan bilik darjah yang digemari oleh individu untuk belajar.
Dalam proses untuk menentukan cara atau kaedah belajar, kita seharusnya
dapat mengenalpasti ciri-ciri gaya kognitif murid kita. Murid-murid yang
mempunyai gaya kognitif bersandar medan lebih fokus kepada fakta dan prinsip.
Manakala murid bebas medan akan menghubungkaitkan sesuatu konsep dengan
pengalaman individu. Dalam latihan pembentukan konsep, secara amnya murid
bebas medan mudah mempelaja-rinya walaupun dengan menggunakan konsep
yang kurang jelas. Mereka akan meng-kaji semua sifat secara objektif dan
membuat takrifan konsep. Bagi murid bersandar medan, mereka akan
mengabaikan beberapa sifat kerana tidak berapa jelas. Oleh itu, guru haruslah
memberi contoh-contoh yang menunjukkan sifat yang jelas untuk mem-bolehkan
mereka mentakrif konsep dengan baik.
Apabila guru memberikan bahan yang berkaitan dengan sosial, murid ber-
sandar medan akan memberi perhatian mereka kerana mereka cenderung dalam
bi-dang sosial seperti suka berinteraksi secara tidak formal dengan guru, suka
beker-jasama dan suka bekerja dalam kumpulan. Akan tetapi, guru perlulah
memberi tum-puan kepada murid bebas medan dalam situasi ini bagi membantu
mereka dalam pem-
belajaran kerana mereka kurang memberi perhatian dalam bahan yang berbentukso-sial. Mereka lebih gemar berinteraksi secara formal dengan guru, suka
bertanding dan kerja bersendirian.
Selain itu, terdapat juga gaya kognitif pembelajaran murid secara visual.
Bagi gaya ini, guru haruslah lebih menyediakan bahan atau aktiviti yang boleh
dilihat oleh murid. Contohnya, guru menayangkan gambar, video atau tulisan di
hadapan kelas samada menggunakan power point atau tulisan di papan putih.
Kesannya, murid-murid tersebut akan lebih fokus dengan bahan pengajaran ini.
Berbeza pula dengan murid auditori. Mereka akan kurang tumpuan terhadap
bahan visual kerana mereka lebih suka berkongsi maklumat secara lisan dan
membaca dengan kuat. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti menyanyi,
perbincangan dalam kumpulan, lakonan, dan bercerita. Bagi murid kinestetik pula,
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
6/14
mereka gemar menulis sambil mendengar. Mereka kurang tumpuan dalam visual.
Murid ini haruslah diberi latihan yang menggunakan pelbagai pergerakkan seperti
mewarna, melukis, dan mendengar bunyi dari sesuatu objek.
TOPIK 4 (m/s: 57)
1- Salah satu cara untuk guru membantu membina konsep kendiri positif
murid adalah member galakkan melalui kata-kata positif. Cadangkan
beberapa penyataan positif yang boleh digunakan. Contohnya,Saya
percaya dengan kebolehan anda.
Bagus! Kamu boleh menyebut perkataan dengan betul.
Kamu boleh membaca. Kalau kamu rajin berlatih membaca, kamu
pasti akan dapat membaca dengan lancer.
Saya kagum dengan kesungguhan kamu menjawab semua soalan.
Bagus!.
Saya suka melihat hasil kraftangan kamu ini. Ia sungguh cantik.
Tulisan kamu amat kemas dan cantik. Saya suka melihatnya.
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
7/14
1- http://adzidane.blogspot.com/2012/06/perbezaan-individu-dalam-
pengajaran-dan.html
2- http://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/gaya-kognitif.html
3- http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/06/tajuk-8_gaya-
pembelajaran.pdf
4- Nota Psikologi Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia.
http://adzidane.blogspot.com/2012/06/perbezaan-individu-dalam-pengajaran-dan.htmlhttp://adzidane.blogspot.com/2012/06/perbezaan-individu-dalam-pengajaran-dan.htmlhttp://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/gaya-kognitif.htmlhttp://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/gaya-kognitif.htmlhttp://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/06/tajuk-8_gaya-pembelajaran.pdfhttp://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/06/tajuk-8_gaya-pembelajaran.pdfhttp://adzidane.blogspot.com/2012/06/perbezaan-individu-dalam-pengajaran-dan.htmlhttp://adzidane.blogspot.com/2012/06/perbezaan-individu-dalam-pengajaran-dan.htmlhttp://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/gaya-kognitif.htmlhttp://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/06/tajuk-8_gaya-pembelajaran.pdfhttp://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/06/tajuk-8_gaya-pembelajaran.pdf -
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
8/14
KERJA KURSUS
MATA PELAJARAN:
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
KOD: EDC 2203
Nama : Syahirah Binti Mohd Sahar
Angka Giliran : 13535
No Kad Pengenalan : 890203-14-6294
Program : Bahasa Arab (KPLI-SR-j-QAF)
Ambilan : 2013
Kumpulan/Unit : 103
Nama Pensyarah Kursus: Pn Hajar Binti Nordin
Tarikh Hantar : 3 Mei 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
9/14
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
10/14
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
11/14
PENGENALAN
Setiap manusia itu unik. Ini boleh dipanggil sebagai perbezaan individu. Menurut
Mok Soon Sang (2001), perbezaan individu adalah diertikan sebagai ketidaksamaan
dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial dikalangan individu.
Beliau juga memetik dari Dictionary of Psychology (1973), perbezaan individu dihuraikan
sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-
sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang
mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan.
Mok Soon Sang (2001) seterusnya menyatakan bahawa aspek-aspek perbezaan
individu pula boleh dihuraikan kepada beberapa aspek perbezaan. Pertama, aspek fizikal
adalah perbezaan dari segi jantina, rupa dan saiz badan serta kemahiran jasmani.
Kedua, aspek kognitif pula perbezaan dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat,
menaakul, menganalisis serta bakatnya. Seterusnya, aspek emosi menunjukkan emosi
yang berbeza dalam situasi yang sama. Aspek tingkah laku pula perbezaan tingkah laku
individu dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Dari segi aspek sosial, setiap
individu mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama
lain, termasuk individu-individu dalam berkeluarga. Manakala aspek rohani pula
perbezaan dalam falsafah hidup dan agama antara individu berbeza. Perbezaan individu
juga boleh dipengaruhi oleh persekitarannya.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengetahui sejauh mana saya dapat
mengenal pasti dan menilai perbezaan diantara Murid. Melalui kajian ini saya akan dapat
mengenal pasti perbezaan diantara dua orang murid yang berbeza dari segi jantina,
fizikal, status ibubapa, sosio-ekonomi, sahsiah, stail pembelajaran dan kemahiran
jasmani.
LATAR BELAKANG RINGKAS SEKOLAH TEMPAT KAJIAN
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
12/14
Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Kebangsaan Batu arang yang terletak
di daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini mempunyai 3 blok
bangunan dengan 12 buah bilik darjah. Pada masa ini sekolah tersebut
mempunyai 33 orang guru dan 397 orang murid. Sesi pembelajaran di sekolah
ini cuma diadakan disebelah pagi sahaja.
LATAR BELAKANG RINGKAS NUR LISA
Murid yang dipilih ialah seorang murid lelaki berbangsa Melayu dan
beragama Islam yang berumur 7 tahun dan belajar dalam Darjah 1. Dia ialah
seorang anak yatim. Bapanya telah meninggal dunia sejak dia berumur tiga
bulan. Keramaian adik-beradiknya ialah 7 orang dan beliau ialah anak bongsu.
Pencapaian akademik beliau ialah ditahap sangat baik. Ini dapat dibuktikan
dengan data kajian berikut :-
TahunPeperiksaan
Pertengahan TahunPeperiksaan Akhir Tahun
2006 88.17 % 88.67%2007 84.75 % 80.13%2008 79.25% -
LATAR BELAKANG RINGKAS MURID B
Murid kedua yang dipilih ialah seorang murid perempuan berbangsa
Melayu dan berugama Islam yang berumur 10 tahun dan belajar dalam Darjah
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
13/14
5. Dia seorang murid yang gemuk. Dia mempunyai ibu bapa yang masih hidup
dan keramaian adik-beradiknya ialah 3 orang dan dia ialah anak sulung.
Pencapaian akademik beliau ialah ditahap sangat baik. Ini berdasarkan
dengan data kajian berikut :-
TahunPeperiksaan
Pertengahan TahunPeperiksaan Akhir Tahun
2006 78.17 % 81.67%2007 85.25 % 83.00%2008 82.75% -
SASARAN KAJIAN
Saya telah memilih dua orang murid yang pada masa ini belajar dalam Darjah 1 di
Sekolah Kebangsaan Batu Arang. Ciri-ciri murid yang saya pilih ialah perbezaan dari
segi:
NAMA Nur Lisa binti Mohd Zawawi Ahmad Hareez bin Aminorlah
FIZIKAL -Tinggi:
-Berat:
-Bentuk badan: Endomorf bulat
(suka bergaul, relaks, penting kepuasan
diri, mudah stress)
-Tinggi:
-Berat:
-Bentuk badan: Mesomorf otot kuat
(asertif, agresif, aktif sukan, mudah
terlibat delinkuen)
SOSIO -Individu yang cergas -Individu yang suka bermain
-
7/30/2019 Kerja Kursus Edc 2203
14/14
EMOSI -Pendiam
-Kadangkala boleh menyelesaikan
masalah sendiri
-Suka bersendirian, kurang berkawan
-Pemendam rasa
-Aktif
-Perlu perhatian dalam menyelesaikan
masalah
-Suka bergaul dan berkawan
-mudah terasa hati
KOGNITIF -Pencapaian akademik sangat baik -Pencapaian akademik sangat baik
top related