kkp pss3108
Post on 24-Apr-2015
104 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kepentingan Pengetahuan Sejarah
Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat
setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia, melalui
pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar. Usaha ini
bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara
Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap
Sejarah sebagai rangka kesedaran dan persefahaman antarabangsa.
Sejarah juga merupakan satu mata Pelajaran yang dapat merangsang pemikiran.
Ia membolehkan pelajar dapat melihat secara empati dan menganalisis bagaimana
manusia menggunakan masa, ruang, perubahan dan kesinambungan. Pemahaman
Sejarah dalam konteks pengajaran pembelajaran bermaksud pemahaman secara kritis
dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia silam dan kini. Untuk
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, pembelajaran dan
pengajaran Sejarah pada masa kini bukan sahaja terikat denga kaedah’ chalk and talk’
malah boleh dikembangkan dengan kaedah penggunaaan ICT serta aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di sekolah. Aktiviti yang dijalankan termasuklah mengadakan Bulan
Patriotisme di peringkat sekolah.
Seringkali wujud tanggapan bahawa sejarah tidak ada apa-apa kegunaan dalam
kehidupan manusia. Ia dianggap tidak boleh digunakan secara praktikal dalam
kehidupan seharian dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti sains,
teknologi, perakaunan dan sebagainya.
1
Menurut Rogers (1987), tiada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada masa
lampau. Beliau menjelaskan bahawa sejarah memberi pemahaman dengan mendalam
mengenai pengalaman dan peristiwa lalu yang berkesinambungan dengan masa kini.
Prof. Wang Gangwu (1964) menyatakan secara jelas kepentingan pendidikan sejarah
dengan menyatakan pengajaran sejarah adalah bidang penting untuk generasi muda
dan bangsa moden di dunia ini.
Sejarah dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara.
Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan
lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara
kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual
maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing.
Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa
dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita.
Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata
untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti.
Malangnya mereka gagal untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan
terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri.
2
Generasi Muda “buta sejarah”
Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada
remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama. Hari
Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden.
Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957. Walaupun
keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta
sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16
dan 20 tahun.
Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir
orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan
memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara. Sudah pasti mereka selalu
mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap
diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.
3
Dapatan Soal selidik yang telah dijalankan oleh Unit Khas Utusan Malaysia
4
tidak mengetahui nama Perdana Menteri
pertama
tidak mengetahui bila tarikh penubuhan
Malaysia
tidak mengetahui tarikh kemerdekaan
tidak mengetahui bilangan negeri di
Malaysia
tidak hafal Rukun Negara
Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam
mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.Jika
diteliti dengan seeloknya, isu generasi muda buta sejarah adalah berpunca daripada
kelalaian kita sendiri selama ini. Sebahagian daripada mereka buta sejarah lantaran
golongan dewasa yang memiliki kuasa telah mengabaikan sejarah. Pepatah lama telah
mengingatkan kita bagaimana acuan begitulah hasilnya. Hakikat ini perlu diterima
meskipun pahit untuk ditelan.
Jika di negara luar seperti di Thailand, lagu kebangsaan dinyanyikan di dalam
pawagam sebelum filem diputarkan. Mengapa di negara ini tidak? Barangkali isu ada
antara rakyat kita terutama generasi muda tidak tahu nama lagu kebangsaan dan nama
bendera seperti yang diperoleh dalam soal selidik tersebut sudah tidak timbul lagi pada
masa akan datang jika kita telah lama mengikut jejak Thailand. Ini kerana kita pun tahu
kelompok yang ramai mengunjungi pawagam terdiri daripada golongan muda. Jika
nama Perdana Menteri Malaysia dan cogan kata negara pun tidak tahu, apatah lagi
agaknya tahap penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Walaupun soal selidik tidak bertanyakan secara langsung tentang tahap
penguasaan bahasa kebangsaan tetapi kita sedia maklum akan parahnya rakyat
Malaysia hari ini yang tidak fasih dalam bahasa kebangsaan.
5
Pakar sejarah dan pemerhati politik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim,
berkata sesuatu perlu dilakukan terhadap kaedah pembelajaran bagi menjamin
generasi akan datang mengetahui dengan jelas mengenai susur-galur serta sejarah
negara Malaysia . “Kegagalan sistem pendidikan adalah antara penyebab kepada
generasi muda hari ini tidak bersikap patriotik mahupun tidak mengenali ramai tokoh
penting negara. Sistem pendidikan dijalankan di negara kita banyak berorientasikan
pendidikan Barat yang tidak asli jika ingin diselaraskan keadaan sejarah tempatan. Hal
ini tidak memberi penyelesaian kepada murid kerana apa yang sepatutnya dipelajari di
sekolah mengenai negara mereka tidak berlaku,”
Pada pendapat kami,sebagai generasi muda kita seharusnya berbangga menjadi
warga Malaysia. Malaysia mempunyai sistem pemerintahan yang lengkap dan wajar
diketahui oleh seluruh warga negara bagi mewujudkan semangat patriotik terhadap
tanah tumpah air mereka seterusnya menjadikan generasi muda mempunyai ilmu
pengetahuan mengenai negara mereka sendiri.
Kesukaran generasi muda memahami maksud 1 Malaysia adalah kesan
meminggirkan sejarah dan hal ehwal kemanusiaan dalam sistem pendidikan negara
yang juga terlalu berorientasikan peperiksaan. Akibat kedangkalan mengenai 1
Malaysia, akhirnya ia dieksploitasi pihak tertentu yang menyamakannya dengan slogan
Malaysian Malaysia sekali gus mahu menghapus hak keistimewaan orang Melayu dan
diganti dengan tuntutan kesaksamaan untuk semua kaum. Hakikat ini ternyata
menyimpang jauh daripada objektif utama sistem pelajaran yang digariskan dalam
Penyata Razak iaitu memperkukuhkan perpaduan kaum yang menjadi asas keutuhan
sosiopolitik dan pemangkin kemajuan serta kemakmuran ekonomi negara.
6
Pendedahan sejarah kepada kanak-kanak juga adalah amat penting. Ini akan
dapat meningkatkan kefahaman generasi muda mengenai susur galur kejadian penting
yang sudah berlaku, sekali gus mereka akan lebih berjiwa patriotik dan
bertanggungjawab kepada diri dan masyarakat. Ini bukan sahaja berlaku kepada
generasi muda, malah kelompok sarjana di institusi pengajian tinggi juga tidak begitu
memahami sejarah negara, apatah pula perjuangan tokoh tertentu yang banyak berjasa
kepada negara sehingga berjaya membawa Malaysia menjadi negara yang
membangun.
“Mereka yang bergelar sarjana dalam bidang berkaitan tidak mahu berbual dengan
mereka yang lebih berpengalaman dalam usaha mendapatkan cerita sebenar terhadap
apa yang berlaku kepada negara.”
“Mereka melakukan penyelidikan yang menjurus kepada hasil penulisan sempit saja
sedangkan mereka perlu faham apa yang berlaku selain memahami sejarah negara.
Mereka tidak mahu bertanya menyebabkan mereka kurang ilmu pengetahuan,”
Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim
Pada pendapat kami, kerajaan perlu memberi perhatian terhadap keadaan itu
bagi mengelakkan generasi muda terus lesu daripada mengetahui sejarah negara
sendiri. Pihak terbabit tidak wajar memberi penumpuan kepada Matematik dan Sains
saja apabila membabitkan pendidikan kerana pelajaran Sejarah dan Kemanusiaan juga
penting untuk diketahui dan dipelajari terutama apabila memperkatakan mengenai
sejarah kemerdekaan negara.
7
Senario terkini menyaksikan graduan susah untuk mendapatkan dana bagi
menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang sejarah atau kemanusiaan kerana
ada tanggapan mengatakan dua subjek berkenaan tidak penting serta tidak membantu
ke arah mendapatkan pekerjaan kelak.
Pengakuan tokoh akademik yang juga sejarawan negara, Tan Sri Prof Dr Khoo
Kay Kim, bahawa sistem pendidikan kita terlalu menumpukan pembelajaran sains dan
teknologi sehingga pelajar tidak menguasai ilmu kenegaraan, termasuk hidup bersatu
dalam negara berbilang kaum wajar diberi perhatian serius.
Dapat juga dikatakan disini bahawa tanpa menerapkan dua asas jati diri itu
sepanjang proses pembelajaran serta pembentukan sahsiah individu, maka nilai murni
akan terhakis seterusnya generasi muda buta sejarah negaranya sendiri. Sebaliknya,
individualistik kian subur menggantikan semangat kekitaan dan perpaduan antara
kaum. Mereka juga tidak kenal siapa pejuang dan pemimpin negara terdahulu, apatah
lagi mengambil tahu sejarah nama bandar, nama jalan dan sesuatu tempat bersejarah.
Sehingga ke tahap lebih buruk lagi apabila ramai di kalangan kita hari ini kenal
jiran tetapi tidak mengetahui nama mereka. Tiadanya unsur sejarah dan kenegaraan
juga menyebabkan semangat patriotisme dalam diri rata-rata rakyat negara ini sangat
dangkal. Ini boleh dilihat dengan kehambaran suasana menjelang sambutan Hari
Kemerdekaan pada 31 Ogos, setiap tahun. Generasi sekarang berasakan mereka
bukan sebahagian daripada perayaan pada tarikh keramat itu dan tiada tuntutan atau
keperluan untuk meraikannya.
8
Penekanan perlu diberikan kepada kanak-kanak sejak awal mengenai
pendidikan sejarah dan kemanusiaan. Begitu juga dengan dana pengajian terhadap
bidang ini wajar ada peruntukkan untuk membolehkan sarjana meneruskan kajian dan
menghasilkan bahan bacaan yang mencetus kepada pemahaman mengenai semangat
cintakan negara dan patriotik.
Justeru, langkah proaktif wajar diambil bagi menanamkan sifat patriotik dalam diri
generasi muda selain mengelakkan mereka kabur sejarah dan tidak mempunyai
mempunyai ilmu pengetahuan mengenai bagaimana negara mereka mencapai
kemerdekaan. Mengenali sejarah akan membentuk patriotisme iaitu perasaan cinta dan
setia kepada negara sehingga pada satu tahap sanggup mengorbankan jiwa raga untuk
mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara.
Semangat itu turut dikaitkan dengan kesanggupan untuk mempertahankan
bahasa, amalan agama, perundangan malah kesetiaan untuk kebaikan bersama.
Semua unsur ini ternyata kian lekang daripada jiwa generasi muda menyebabkan
mereka terumbang-ambing mencari identiti selepas kehilangan nilai diri serta
peradaban bangsa Malaysia.
9
Oleh itu, untuk mengelak kepincangan masyarakat, perlu ada inisiatif dan
komitmen pihak terbabit untuk meneliti semula kandungan silibus mata pelajaran
tertentu bermula sejak prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Apakah erti
kemajuan dan pembangunan jika roh dan semangat jati diri rakyatnya luntur atau
kontang. Menyuburkan hubungan simbiosis antara kemajuan fizikal yang didokong
sains dan teknologi dengan peneguhan sahsiah serta jati diri adalah jalan terbaik dalam
proses pembentukan masyarakat seimbang. Tanpa kesedaran semua pihak untuk
menerapkan kembali sejarah tanah air dan ilmu kenegaraan dalam sistem pendidikan
negara maka nilai, pengajaran serta semangat yang tersemat daripada sesuatu sejarah
itu akhirnya lenyap ditelan zaman.
10
Rasional Subjek Sejarah Diperkenalkan di Peringkat Sekolah Rendah
Pendidikan adalah proses pembentukan nilai-nilai murni, keperibadian dan
penyampaian ilmu dan budaya dalam kehidupan manusia atau insan. Sekolah adalah
institusi sosial dan memainkan peranan sosialisasi yang kritikal dalam mencorakkan
rupa dan jiwa negara bangsa. Falsafah pendidikan negara menetapkan keperluan
membentuk insan yang seimbang emosi, intelek dan rohani para pelajar. Dalam hal
yang berkaitan Dasar Pelajaran Nasional bertujuan memupuk perpaduan nasional di
kalangan pelajar.
Ilmu dan subjek sejarah adalah bidang dan subjek penting dalam membentuk
negara bangsa dikalangan pelajar. Subjek ini telah dijadikan alat propaganda oleh
British dalam menanamkan taatsetia dan bangga terhadap Ratu dan empayar British.
Sejarah telah pun dipelajari sebagai subjek di sekolah rendah pada tahun 1960-1970-
an sebelum KBSR diperkenalkan di peringkat sekolah menengah.
Pembangunan yang pesat dan kesan globalisasi melalui ICT dan perubahan
budaya serta ketidakstabilan politik Malaysia selepas 2008 menyaksikan sejarah tidak
lagi menjadi panduan dikalangan ahli politik dan parti politik BN dan pembangkang.
Rakyat khususnya golongan muda tidak menilai sumbangan UMNO dan BN tidak
memahami dan menelusuri sejarah tanah air. Khusus memahami ilmu sejarah tidak
diminati dan dihayati oleh pelajar.
11
Pensyarah dan guru tidak memahami falsafah dan ilmu sejarah secara batin. Hal
ini telah dihuraikan oleh Ibnu Khaldun ahli sejarah dan sosiologi Islam bahawa ilmu
sejarah mempunyai bahagian batin yang menghuraikan kepentingan peristiwa sejarah
dan bukan sekadar fakta yang beku dan lapuk.
Penekanan “paper chase” atau pencapaian akademik dalam memperolehi
banyak A atau kepujian sejarah adalah subjek teras dalam PMR dan SPM, ia tidak
memerlukan syarat lulus bagi mendapat sijil. Ini menyebabkan pelajar tidak serius
mempelajari ilmu sejarah dan dipelajari secara sambil lewa sahaja.
Kaedah pembelajaran dan pelajaran yang tidak menarik dan tidak kreatif
menyumbangkan kebosanan pelajar. Pengajaran lebih tertumpu pada buku teks dan
buku kerja. Kesannya sejarah tidak dihayati, difahami tidak meyerap didalam jiwa
menyebabkan golongan muda melupakan sejarah dan menganggap sejarah ilmu kuno.
Akibatnya golongan muda sanggup menjadi penderhaka kepada Sultan, menghina
pemerintah negara dan pemimpin nasional diketepikan dalam pemodenan bangsa
tanpa melihat nilai peristiwa sejarah itu boleh pembentukan bangsa.
Memetik madah agung, George Santayana, seorang ahli sejarawan dunia,
“seseorang yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”. Justeru, bertepatan
dengan kata-kata tersebut, mata pelajaran harus diperkenalkan sejak peringkat sekolah
rendah lagi.
12
Ini adalh kerana, kita dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan
pelajar sejak mereka kecil lagi. Semangat cinta akan negara amat vital dan perlu
dipupuk dalam sanubari rakyat jelata sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh
biarlah dari rebungnya”. Lantaran itu, pengajaran mata pelajaran Sejarah dianggap
sebagai satu wadah bagi menyuntik semangat kebangsaan ini. Melalui penggaluran
semula kisah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pimpinan cakerawati Sultan
Muzaffar dalam silibus seawal tahun 4 lagi misalnya, sudah pasti para pelajar akan
berasa kagum akan sejarah negara. Maka jelaslah, patriotisme pasti terpasak padu
dalam nurani pelajar menerusi instrument ini.
Selain itu, pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan
pengetahuan pelajar mengenai asal-usul negara. Silibus Sejarah yang cukup
komprehensif izharnya dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan
ke arah kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan
kolaborasi dan sinergi antara kaum Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku
Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai
nikmat kemerdekaan. Perkara ini sepatutnya perlu diketahui oleh setiap warganegara
kerana “sesiapa yang melupakan akar bangsanya ibarat si Tenggang menderhakai
ibunya”. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai satu
platform yang cukup utuh untuk mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu
ketika dahulu.
13
Akhirnya, kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa lampau melalui mata
pelajaran Sejarah. Kuasa-kuasa imperialis dunia menguasai Tanah Melayu silih
berganti selama 446 tahun. Maka, dalam tempoh itu, kita ditekan dan ditindas selayak
binatang oleh penjajah durjana. Justeru, apabila negara sudah merdeka, kita mula
menyedari kepentingan sains dan teknologi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan kuasa-kuasa danawa dunia. Lantas, mengambil iktibar dari peristiwa
silam, Malaysia melestarikan teknologinya melalui Koridor Raya Multimedia dan
Cyberjaya selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. Atas prinsip, “ di mana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung”, Malaysia terus dikenali di seantero dunia. Maka,
benarlah bahawa iktibar yang diperoleh daripada pembelajaran Sejarah dapat
memajukan negara.
Akhir kata, semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi
meningkatkan kualiti dan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah lagi. Demi
kemaslahatan bersama, ayuhlah, kita lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu tawarikh agar
nilai sejarah kita tidak luput ditelan zaman.
14
Laporan Projek Kewarganegaraan
Pada 21-24 Julai 2011 kami telah mengadakan Lawatan “Sejarah dan Budaya
Malaysia” ke Tenom untuk melengkapkan tugasan amali subjek Mata Pelajaran
Pengajian Sosial Sekolah Rendah Semester Empat Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kursus ini memfokuskan kepada kajian untuk
menghuraikan sukatan dan huraian sukatan pelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial
Sekolah Rendah. Pelajar didedahkan kepada pengenalan kepada mata pelajaran
Kajian Sosial di sekolah rendah iaitu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
Pelajar juga didedahkan tentang projek kewarganegaraan yang merupakan
sebahagian aktiviti amali dalam pembelajaran khidmat sosial. Sehubungan dengan itu,
program lawatan ini telah dirancang untuk menepati salah satu tema dalam sukatan
yang telah digubal oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Program ini melibatkan
pelajar-pelajar semester empat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian
Sosial Ambilan Januari 2010.
15
Pada 22 Julai 2011, kami melawat ke Pusat Kebudayaan Murut. Pusat
Kebudayaan Murut ini terletak di Kampung Inalisan Pulong iaitu kira-kira 13 km dari
pekan Tenom. Menurut salah seorang pegawai yang bertugas di sana. Bangunan ini
mula dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996. Pusat Kebudayaan Murut
Sabah ini telah beroperasi sejak 01 Januari 1998 dibawah Lembaga Kebudayaan
Negeri Sabah dan berfungsi untuk pengurusan dan pentadbiran, pusat pameran yang
merangkumi aspek kehidupan, sejarah dan perkembangan budaya bangsa Murut,
tempat pementasan kebudayaan dan tempat mesyuarat/seminar/bengkel.
Seperti yang sudah kami ketahui, penduduk Daerah Tenom majoritinya adalah
terdiri dari suku Kaum Murut yang kaya dengan kebudayaannya. Di Pusat Kebudayaan
Murut ini telah dipaparkan pelbagai titik-titik sejarah berkaitan dengan Kaum Murut itu
sendiri. Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta
wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku
kaum ketiga terbesar di Sabah. Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong,
Pensiangan dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup
harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, pemburu
dan penangkap ikan sungai. Mereka juga mejalankan pemungutan hasil hutan(damar,
rotan dan madu lebah). Pada masa kini kaum murut sudah ada yang berkhidmat dalam
sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.
16
Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng
bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan
seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum
Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung,
Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. Dimana kaum Murut mewakili
sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku
kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut
mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Ini
disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.
Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan
kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam
rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum
Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai.
Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka
kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih
mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin
kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.
Kami juga dapat melihat dengan jelas keadaan orang-orang Murut pada zaman dahulu
iaitu dari segi mereka berpakaian, akitiviti yang mereka lakukan, rumah yang mereka
diami dan bermacam-macam lagi. Di Pusat Kebudayaan Murut ini juga kami sempat
untuk mencuba pakaian tradisi bangsa Murut yang ada. Apa yang dapat dilihat adalah
keunikan pakaian tradisi mereka.
17
Masyarakat Murut mewarisi pakaian tradisional yang dihiasi dengan manik yang
berwarna-warni yang telah direka dengan pelbagai bentuk dan corak. Kadang-kala
orang ramai hanya dapat melihat masyarakat Murut berpakaian warna-warni yang
lengkap dalam sesuatu uparaca khas ataupun dalam majlis-majlis keramaian seperti
Pesta Kaamatan, perkahwinan dan upacara amal ataupun majlis sambutan anjuran
badan-badan tertentu. Pakaian wanita terdiri darpada blaus yang mereka panggil
“babaru linantian” serta dilengkapi dengan kain sarung yang mereka sebut “tapi
linantian” diperbuat daripada kapas. Pakaian dianyam dengan begitu cantik, menarik
dan rapi lagi menunjukkan betapa kreatifnya orang Murut.
Selain itu juga, terdapat gambar kraftangan yang dihasilkan oleh orang murut
sendiri. Pada kebiasaanya perkampungan suku kuam Murut juga telah mempengaruhi
cara hidup mereka untuk berkecimpung dalam bidang pembuatan kraftangan
menggunakan hasil hutan seperti rotan dan kulit kayu serta dari aspek budaya yang
telah dijadikan sumber dan bahan untuk menghasilkan kraf bermotif yang telah menjadi
identiti mereka.
Motif yang dinamakan “Nantuapan” atau diertikan sebagai pertemuan adalah
motif yang amat dikenali ramai. Malah digemari sebagai penghias pada pakaian, baju
batik seumpamanya dan hasil-hasil dinding rumah kediaman serta digunakan sebagai
unsur pada reka bentuk bangunan dan pelbagai lagi. Motif “Sinking” juga merupakan
motif suku kaum Murut yang membawa makna berhampiran yang sering digunakan
oleh penduduk negeri ini sebagai motif bagi beberapa perkara yang berkaitan.
18
Dalam membentuk motif-motif ini, suku kaum Murut gemar dengan adunan
warna hitam sebagai warna utama dicampur dengan warna merah dengan latar
belakang warna pucat, keputihan atau tanpa warna. Warna hitam digunakan bagi
menimbulkan motif sebenar pada rekaan-rekaan tertentu. Kesemua warisan biasanya
dihasilkan dengan menggunakan bahan tumbuhan semulajadi. Sebagai contoh warna
merah yang diperolehi daripada getah kulit buah rotan yang mereka panggil
“Lalandang”. Manakala warna hitam dihasilkan daripada arang.
Selain itu juga kami difahamkan bahawa tarian merupakan aspek terpenting
dalam kebudayaan suku kaum Murut. Antaranya ialah Tarian Lumigo dan Ansayau
yang kebiasaannya ditarikan semasa menyambut tetamu. Di sini juga, kami sempat
mencuba alat sumpitan yang digunakan oleh orang murut untuk memburu binatang di
hutan. Alat ini digunakan dengan memasukkan damak beracun ke dalam sumpitan
tersebut.
Di akhir lawatan, kami dibawa ke rumah yang terdapat Lansaran. Tarian
Lansaran merupakan tarian tradisional suku kaum Murut. Tarian lansaran ini biasanya
ditarikan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-
tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang
berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring". Di atasnya tarian
lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan pakaian
tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni, kaum lelaki
memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur
kain berwarna.
19
Menurut pegawai yang kami temui, penari tarian ini akan membuat bulatan
sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan
susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari lelaki akan
melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" (singkowoton) yang digantung di bahagian
atas sambil bersorak tanda gagah. Menurutnya lagi, kemuncak tarian lansaran ialah
berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada
masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah
mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran. Kami juga sempat
untuk bermain di atas lansaran ini. Ternyata perasaan bermain di atas lansaran ini
sangat meenyeronokkan dan semua bermain dengan sangat gembira.
Pada 23 Julai 2011 pula, kami meneruskan lawatan kami dengan melawat Tugu
Peringatan Antanom. Antanom merupakan pahlawan Murut yang unggul dimana beliau
menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah pada tahun 1915.
Sebagai tanda penghargaan dan peringatan terhadap jasanya memperjuangkan
sebuah kemerdekaan, maka sebuah Tugu Peringatan telah dibina di Tenom.
Hasil daripada penerangan dan temuramah dengan pegawai yang bertugas serta
bacaan daripada sejarah yang dipaparkan di Pejabat Tugu Antanom itu dapat kami
ceritakan sedikit tentang Antanom. Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah
mengenai perjuangan Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang
penjajah pada tahun 1915 yang ditulis oleh sejarawan Barat itu; ada fakta yang perlu
dibetulkan dari segi nama sebenarnya yang memimpin pemberontakan itu.
20
Menurut tradisi orang-orang Inggeris, mereka lazimnya menyebut nama keluarga
daripada nama peribadi. Orang yang memimpin pemberontakan Rundum itu ialah
anaknya bernama Ontoros dan bukan Antanom bapanya. Disinilah berlakunya
kekeliruan fakta. Bagaimanapun, oleh kerana nama Antanom sudah terkenal dan
tercatat dalam sejarah tanahair, buku yang akan terbit mengenai pemberontakan itu
mengekalkan nama Antanom itu sebagai Ontoros.
Antanom atau juga dikenali Ontoros dilahirkan di kawasan ” Masinpunon ” sungai
Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam lingkungan 30 tahun ketika
pemberontakan itu dilancarkan. Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari
golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam zaman
daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu
kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah ” Pengayau “.
Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata.
Jiwanya dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat sedia
berkorban telah disemai dalam hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi
keluarga dan kaumnya.
Tahun 1915 menyaksikan bahawa pernah berlaku pemberontakan menentang
pemerintahan Kompeni Berpiagam Borneo Utara. di Tenom. Pemberontakan ini dikenali
sebagai Pemborantakan Rundum dan diketuai oleh Antanom/Ontoros. Antanom adalah
anak watan daerah Tenom yang berasal dari " Masinpunon ", sungai Salarom dan
berumur dalam lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan. Beliau
bangkit menentang pemerintah British atas beberapa sebab yang mencabar
kewibawaannya.
21
Antaranya ialah hak mereka telah dicerobohi iaitu bila ramai daripada pedagang
hasil hutan dibenarkan mengutip hasil hutan di pedalaman. Dijadikan buruh paksa,
dikenakan cukai kepala, padi dan tapai, juga menyumbang kepada kemarahan mereka.
Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910 apabila Kompeni Inggeris menghantar
seorang Pegawai Daerah Mazwell Hall, ke Rundum, untuk menyekat kegiatan
memburu kepala. Antanom akhirnya tewas juga ditangan mata-mata upahan Inggeris.
Bagi memperingati jasa beliau, namanya telah digunakan untuk menamankan daerah
ini dan sebuah tugu khas telah dibina sebagai penghormatan atas perjuangannya. Hasil
daripada lawatan kami ke Tugu Peringatan Antanom ini telah memberi lebih banyak
input dan mengetahui sejarah Antanom itu sendiri.
22
REFLEKSI (AZMIAH ABDUL AZID)
Dalam tugasan ini kami diminta untuk menghuraikan kepentingan pengetahuan
sejarah tempatan bagi meningkatkan semangat patriotisme dan jati diri di kalangan
generasi muda. Apa yang dapat saya katakan disini, sejarah membolehkan kita
mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada kesedaran, kegigihan dan
kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi
malah mungkin lebih cemerlang.
Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-
mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di
universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami kepentingan mata pelajaran
sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri.
Sebagai seorang bakal guru, adalah menjadi tugas kita untuk memartabatkan
lagi subjek sejarah ini. Seorang guru yang bakal mengajar subjek sejarah ini sangat
perlu untuk memantapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran agar dapat menarik
minat murid-murid untuk terus mempelajari sejarah ini.
Selain itu juga, kami diminta untuk membincangkan tanggapan bahawa generasi
muda “buta sejarah”. Dalam perbincangan kami tentang tugasan ini, kami dapat
mengupas isu-isu yang sedang berlaku di negara kita kini. Dimana para remaja masing-
masing sibuk dengan urusan duniawi mereka tanpa mengendahkan sejarah. Mereka
menganggap sejarah adalah benda yang sudah berlalu dan tidak perlu untuk dikenang
lagi.
23
Kami juga diminta untuk membincangkan secara kritis mengapa pembelajaran
sejarah seharusnya dimulakan dari peringkat sekolah lagi. Melalui pembelajaran
Sejarah negara kita dapat menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan antara
berbilang kaum. Subjek Sejarah memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai
kerjasama yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu bagi mendapatkan
kemerdekaan daripada penjajah.
Semangat patriotik dalam kalangan remaja juga dapat ditingkatkan melalui
pembelajaran subjek Sejarah. Melalui subjek Sejarah, para pelajar akan didedahkan
kepada kesusahan dan kepayahan masyarakat lalu berjuang mempertahankan negara.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari subjek Sejarah dalam
usaha untuk melahirkan generasi berjiwa bangsa yang bakal melakar sejarah negara
yang gemilang
Dan yang terakhir sekali, kami diminta untuk melaksana, melapor dan membuat
refleksi Projek Kewarganegaraan yang dirancangkan. Projek Kewarganegaraan yang
telah kami laksanakan ini telah memberi banyak maklumat baru kepada diri kami. Pusat
Kebudayaan Murut, Tugu Peringatan Tenom dan banyak lagi tempat yang telah kami
lawati memberikan kami pengalaman yang sangat berharga dan tidak akan dapat
dilupakan. Maklumat yang kami perolehi sepanjang lawatan ini akan dijadikan sebagai
ilmu tambahan kami dalam menjadi seorang insan guru yang cemerlang dan
mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan.
24
REFLEKSI (MUHAMMAD NASRUN MD SALEH)
Melalui tugasan ini, banyak maklumat dan pengetahuan baru yang telah saya
perolehi. Semua perkara yang saya pelajari ini banyak berkait dengan subjek yang saya
belajar sekarang iaitu pengajian sosial sekolah rendah. Saya telah mengetahui sedikit
sebanyak mengenai kepentingan sejarah dalam meningkatkan semangat patriotism dan
jati diri di kalangan generasi muda zaman sekarang. Pendidikan sejarah bertujuan
untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai
warganegara Malaysia.
Saya juga telah mengenalpasti sebab-sebab sejarah diperkenalkan di sekolah
rendah. Ini kerana sejarah merupakan subjek yang menjadi asas kepada pembentukan
Negara bangsa. Selain itu, memandangkan generasi muda zaman sekarang telah
semakin lupa tentang sejarah Negara,kerajaan telah memperkenalkan subjek ini di
sekolah rendah untuk memupuk semangat cintakan tanah air. Bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi pengetahuan sejarah ini haruslah
diterapkan dari peringkat awal lagi.
Selain itu saya juga memperolehi ilmu dan pengetahuan baru semasa
menjalankan projek kewarganegaraan di Tenom. Saya telah mempelajari tentang
budaya dan adat resam penduduk tempatan di sana iaitu Murut. Saya berharap agar
program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
25
Bibliografi
Rujukan Buku
1. Vishalache a/p Balakrishnan, Marwiyah Abu Kassim & Muslimin Fadzil (2009) Buku
Teks Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahun 5, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala
Lumpur.
2. Roslan Yatim, Sivarajan a/l Pannian & A.Rahman bin T.Ahmad (2009) Buku Teks
Kajian Tempatan Tahun 5, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
3. Abd Rahman Md Nor, Sivarajan a/l Panniah, Rosalan Yatim (2007) Buku Teks Kajian
Tempatan Tahun 6, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
4. Vishalache a/p balakrishnan, Koo Kee Peng & Mohd Bakri Che Amin (2007) Buku
Teks Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahun 6, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala
Lumpur.
5. Dayangku Fadariah, Faizullah Buyong & Rapeah Ahamed (2009) Buku Teks Kajian
Tempatan Tahun 4, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
6.Tengku Adnan & Noriza Amin (2009) Buku Teks Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan Tahun 4, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
26
Rujukan Internet
1. http://mosmiapmum.blogspot.com/2010/11/mengapa-generasi-muda-tidak-celik.html
Dimuat turun pada 30 Julai 2011
2.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
Dimuat turun pada 5 Ogos 2011
3.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Dimuat turun pada 06 Ogos 2011
4. http://panitiasejarahsmkbbu.blogspot.com/ Dimuat turun pada 10 Ogos 2011
5. http://anggunsabah.blogspot.com/2009/07/rasional-subjek-sejarah-
diperkenalkan.html Dimuat turun pada 18 Ogos 2011
27
top related