kkp psv3107e.docx
Post on 24-Dec-2015
339 Views
Preview:
TRANSCRIPT
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
PSV3107E PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
TAJUK KERJA KURSUS:
Tugasan 1: Perancangan Pengajaran dalam bentuk folio (30%)Secara berkumpulan anda dikehendaki membuat perancangan untuk menghasilkan empat
rancangan pengajaran harian berdasarkan empat bidang PSV sekolah rendah. Perancangan ini memaparkan pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tema dan aktiviti seni dalam dokumen standard KSSR/ KBSR. (Sila rujuk lampiran 1)
Tugasan 2: Pembentangan Rancangan Pengajaran (30%) Secara individu anda dikehendaki memilih satu daripada perancangan tersebut.
Huraikan pendekatan, strategi, teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran sepertimana yang dirancangkan dalam bentuk persembahan power point. Tugasan 3: Pembinaan Bahan Bantu pengajaran (30%)
Anda dikehendaki membina bahan bantu pengajaran yang sesuai untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.Tugasan 4: Refleksi (10%)Menulis laporan refleksi tugasan.
DISEDIAKAN OLEH:SYARUDIN BIN IBRAHIMNo. KP : 761104045227
A. GILIRAN : 2012141360117
PPG BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAHAMBILAN FEBRUARI 2012 – MEI 2016
SEMESTER 5
UNTUK PERHATIAN:PUAN SERI RUDZITHA BINTI ZAINAL ABIDIN
TARIKH HANTAR: 28 MAC 2014
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………..
Nama : SYARUDIN BIN IBRAHIM
Angka Giliran : 2012141360117
No.K/P : 761104045227
Tarikh : 28 Mac 2014
2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Halaman Pengakuan2
2 Penghargaan4
3 Kaedah dan Teknik5
4 Strategi8
5 Pendekatan11
6 RPH Membuat Corak Dan Rekaan KSSR14
7 Penulisan Refleksi20
8 Rujukan22
3
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kerja kursus pendek (KKP) PSV3107E Pedagogi
Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bimbingan, iaitu Puan
Seri Rudzitha Binti Zainal Abidin yang sangat pemurah dalam mencurahkan ilmu kepada kami
dan rakan-rakan tanpa mengenal penat dan jemu. Kami percaya jika beliau tidak membantu,
kerja kursus ini tidak akan berjaya mencapai standard dan proforma yang dikehendaki.
Seterusnya diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan sekumpulan
yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang pada kami sangat berguna dalam
penghasilan kerja kursus ini agar menjadi semakin mantap dan baik. Diharapkan kalian semua
dapat berkongsi maklumat lagi pada masa kelak.
Tidak dilupakan sama sekali, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat rakan-
rakan sekelas yang lain atas usaha dan komitmen bagi kejayaan kami menuntut di IPG. Akhir
sekali, terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.
Sekian, terima kasih.
4
1.0 PENDAHULUAN
Bagi saya yang yang baru melibatkan diri dalam arena pengajaran pendidikan seni
visual (PSV) malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah
serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat guru yang menganggap
bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran masing-masing sahaja. Ini
adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut
adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna
oleh seseorang guru dalam menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp).
Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep dan pengertian adalah amat
berguna bagi guru pelatih yang menjalankan sesi pengajaran supaya ilmu pedagogi yang
dipelajari ini dapat diaplikasikan dalam bilik darjah.
Modul ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi,
kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walaupun difikirkan
bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi yang melibatkan
banyak teori daripada pelbagai tokoh akademik.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan
kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-
kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran.
Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi
pengajaran.
2.0 KAEDAH DAN TEKNIK
Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah lebih baiknya kita
memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,
bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu
kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai
sesuatu matlamat. Dengan kata lain, kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus
dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai
5
teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik
tertentu yang disusun dengan sistematik.
Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan
yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu
pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses
pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan
dengan model, prinsip atau teori pembelajaran. Oleh itu terdapat pelbagai kaedah pengajaran
PSV antaranya ialah:
2.1 Kaedah Individu
Dalam kaedah ini seseorang guru perlu menumpukan perhatian kepada seorang
individu atau murid. Guru juga perlu mengetahui bakat dan kemampuan murid-murid yang
berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Kaedah
ini juga bagi mencapai kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira
perbezaan pencapaian serta kadar kepantasan murid. Disamping itu, murid-murid boleh belajar
mengikut kemampuan sendiri yang mana tugas guru hanya menyelia dan membimbing
sekiranya diperlukan. kaedah individu ini boleh dijalankan dalam dua matlamat mengikut tujuan
dan objektifnya yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh individu-individu tertentu.
Bagi murid-murid yang lemah sesuai untuk menjalankan pengajaran pemulihan,
manakala bagi murid-murid yang cerdas dan cekap guru boleh menjalankan aktiviti
memperkaya pengalaman pembelajaran individu. Namun, kepelbagaian sumber pembelajaran
dirancangkan supaya setiap pelajar boleh mengkaji / memahami objektif pembelajarannya dan
bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif tersebut. Ini dilihat dapat menjadikan
hubungan guru dan murid paling minima. Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan
supaya murid akan mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan
masing-masing.
2.2 Kaedah Kumpulan
Menurut Gibb (1969) ia didefinisikan, “beberapa orang individu yang mempunyai tujuan
yang sama, saling berhubungan dan bertukar‐tukar pendapat serta fikiran dan bergantung di
antara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa juga aktiviti untuk mencapai objektif
mereka.” Manakala bagi pendapat L.M.Smith (1969) pula menyatakan; “unit sosial yang terdiri
daripada beberapa individu yang berinteraksi di antara satu sama lain, mempunyai nilai nilai
6
yang sama dan saling bergantung di antara mereka. Berasaskan kepada perubahan strategi
pengajaran yang berorientasikan guru kepada berpusatkan pelajar. Ianya bertujuan supaya
pelajar dapat menguasai kemahiran yang tertentu. mengikut kadar pembelajaran yang
sepadan dengan kebolehan mereka.
2.3 Simulasi
Dalam kaedah simulasi ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara
spontan. Melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan
kemudian melakonkannya tanpa sebarang skrip jika PSV berjalan dengan lancar dan teratur.
Kaedah simulais disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan
interaksi individu serta kumpulan. Ini boleh dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil
atau besar. Secara tidak langsung, kaedah ini amat berkesan terutama melibatkan aktiviti
komunikatif. Dengan ini, guru PSV akan menggalakkan murid berinteraksi dengan
menggunakan bahasa dalam situasi sosial yang disediakan olok-olok oleh guru dalam bilik
darjah.
2.4 Sumbangsaran
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu
sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan
idea. Ia juga dikenali sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan
berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat
sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Dalam kaedah ini ia menekankan
pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.
Guru juga perlu menyediakan topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
selain menyediakan garis panduan yang ringkas dan jelas untuk semua murid. Semua
cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
Manakala setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak danetiap ahli
diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.
2.5 Projek
Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ia merupakan sesuatu aktiviti
dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses
7
menghasilkan sesuatu. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar
dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek. Ia juga membantu pelajar
bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek. Ia juga dapat
memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti. Projek yang
hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar.
3.0 STRATEGI
Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual pula, guru-guru perlu bijak menggunakan
strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Guru-guru perlu membuat
perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan
objektif pengajaran akan tercapai. Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan
pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula,
seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah
mengajar tertentu dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran.
Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu
dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Konsep strategi pula merupakan kebijaksanaan
memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu- satu
pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah ditentukan.
Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual, guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang
strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru
menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan, manakala pelajar pula merasa seronok
belajar pendidikan seni.
3.1 Kajian Masa Depan
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) merupakan satu cara untuk
memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah
berlaku dan sedang berlaku. Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan
berlaku. Rasional pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid menangani
sebarang cabaran pada masa depan dan bersedia menghadapi segala perubahan yang tidak
dijangka. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid berfikir secara kritis
dan kreatif; membuat keputusan tentang masa depan, membina sikap dan nilai positif tentang
8
masa depan, berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan, mempunyai pengetahuan
tentang masa depan, dan membuat kajian dan menguruskan maklumat tentang masa depan.
3.2 Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)
Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan, dan
kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan
sesuatu budaya. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner
(1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati ‘seven ways of knowing, perceiving and
understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk
kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang
istimewa. Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta
mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini.
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu
manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan
kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau
yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria
tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard
Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh
budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori
Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif
dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan
manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua
lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.
3.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)
Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu
sendiri. Penggunaan TMK mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat Pengajaran dan
Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan. Bukan itu sahaja, Keyakinan murid
akan ditingkatkan semasa pembentangan idea atau laporan melalui perisian pemproses
perkataan, perisian persembahan, perisian pangkalan data dan perisian grafik (MS Word, MS
PowerPoint, MS Excel, MS Access dan MS Paint), kamera atau kamera video digital dan
Internet. Penghasilan projek dapat menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif Antara
9
sekolah di dalam dan luar negara melalui Internet. Ia juga dapat mengukuhkan semangat
patriotisme dan perpaduan melalui aktiviti menggunakan Internet.
3.4 Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini
menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta
melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan
pembelajaran dengan kehidupan mereka.
3.5 Pendekatan Konstruktivisme
Menurut Modul PSV3107 Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat
melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid
lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,
murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi
mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid
mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme
kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan murid
mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.
3.6 Pembelajaran Masteri
Noriati A. Rashid et. al (2012) mengatakan bahawa “pembelajaran masteri merupakan
satu kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum berstruktur yang
dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan dan kemahiran yang akan dipelajari.
Pembelajaran ini direka bentuk bagi memastikan semua pelajar mencapai objektif pelajaran dan
membolehkan masa yang mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya. Model masteri
memastikan majoriti pelajar sampai ke tahap masteri kerana masa pembelajaran adalah
fleksibel dan setiap pelajar menerima pengajaran yang dirancangkan, latihan yang diperlukan
10
dan maklum balas. Pembelajaran masteri melibatkan pengajaran berasaskan kumpulan
tradisional, pemulihan dan pengayaan secara individu”.
Oleh itu seseorang guru hendaklah memahami serta mengamalkan segala hasil
pembelajaran, isi pelajaran serta kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam sukatan
pelajaran agar tidak mengganggu serta terpesong dari kehendak sukatan itu sendiri.
Selain itu model masteri ialah “model yang digunakan untuk menyesuaikan pengajaran
di mana faktor perbezaan individu diambil kira”. Mengikut Bloom, (1968) “pembelajaran masteri
berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai
sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh berkeyakinan sekiranya keadaan
yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai
pembelajarannya”.
Ini memperlihatkan bahawa guru perlu mengamalkan pengajaran yang adil dan sama
rata dalam melayan dan menghadapi sebarang masalah semasa mengajar yang mana guru
perlu akur bahawa pelajar-pelajar di hadapannya berbeza-beza bakat, aras kemahiran dan latar
belakang sosial mahupun taraf ekonomi keluarga.
4.0 PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang
digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau
beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh
digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan
pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat
beberapa ciri-ciri pendekatan dalam pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem
pendidikan ini. Ciri-ciri tersebut ialah:
a. Daripada konkrit kepada abstrak
b. Daripada mudah kepada kompleks
c. Daripada keseluruhan kepada bahagian
d. Daripada umum kepada spesifik (deduktif)
11
e. Daripada spesifik kepada umum (induktif)
f. Daripada diketahui kepada belum diketahui
Manakala pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian.
Antaranya:
(i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru
(ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar
(iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan
(iv) Pendekatan induktif
(v) Pendekatan deduktif
(vi) Pendekatan inkuiri
(vii) Pendekatan masteri
Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya yang tersendiri. Bagi
pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh menggunakan kaedah-kaedah seperti syarahan,
demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang
kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Mereka hanya mendengar sahaja
apa yang disampaikan oleh guru.
Manakala pendekatan berpusatkan pelajar lebih menarik dan berkesan. Dalam
pelaksanaannya, pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian serta memberi pendapat dan
idea berkenaan dengan topik yang dipelajari. Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar
dapat menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Antara pendekatan yang boleh
digunakan ialah pendekatan kumpulan, pendekatan individu, kaedah lawatan, kaedah
penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain. Pelaksanaan pendekatan ini
membuatkan pelajar lebih seronok kerana mereka mengalami sendiri pengalaman terlibat
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu.
Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan guru untuk lebih
kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk menarik minat pelajar.
Antaranya ialah melalui penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan pengajaran guru dan
bahan pembelajaran pelajar. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan seperti video,
gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi membuka minda serta menarik perhatian pelajar
12
dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui tayangan video contohnya, pelajar-pelajar akan
berfikir mengenai isi kandungan yang cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari
berkenaan.
Selain itu, pendekatan induktif, deduktif, inkuri dan masteri pula mempunyai maksud yang
tersendiri. Keempat-empat pendekatan itu dapat diterjemahkan sebagai:
(a) Pendekatan induktif merupakan satu proses penaakulan yang tinggi di mana pelajar-
pelajar tidak diajar sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, mereka hanya diberitahu
berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut.
(b) Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar murid kepada hukum-
hukum tertentu dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah diberikan untuk
menuju ke suatu fakta.
(c) Pendekatan inkuiri- pelajar akan menjalankan penyelidikan tentang masalah yang
hendak diselidiki. guru membimbing pelajar untuk mengutarakan soalan yang jawapannya
boleh diperolehi melalui aktiviti yang telah pun dirancang sebelumnya.
(d) Pendekatan masteri- ujian diagnos dijalankan untuk memastikan pelajar menguasai
sepenuhnya isi pelajaran, kemahiran atau sikap yang dinyatakan dalam objektif.
13
RPH MEMBUAT CORAK DAN REKAAN KSSR
Tahun : 2
Kelas : 2 Afdhal
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Membuat Corak Tidak Terancang Menggunakan Kaedah Gosokan dan Lipatan
Tema : Pembalut Hadiah
Tajuk : Kertas Pembalut Hadiah
Masa : 9.15 pagi – 10.15pagi
Jenis-Jenis Media : Alat : Contoh-contoh corak pembalut hadiah, pita selofan, gunting, surat
khabar
Bahan: Kertas lukisan, warna air
Bahan Bantu Mengajar : Komputer Riba, “LCD", “Speaker”
EMK : Kreativiti dan Inovasi, TMK, Keusahawanan dan Nilai murni
Standard Kandungan:
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, warna, imbangan, kontra, dan
harmoni yang terdapat pada alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan corak
menggunakan teknik cetakan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam aktiviti membuat corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam membuat corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
14
dan budaya.
15
Standard Pembelajaran
2.1 Persepsi Estetik – Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual
yang ada pada corak teknik lipat dan gosok.
2.1.1 Unsur Seni
2.1.1.1 Rupa – organik atau geometri dan gabungan rupa
2.1.1.2 Warna – primer, sekunder dan gabungan warna primer dan sekunder
2.1.1.3 Jalinan - Tampak
2.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 Kepelbagaian – warna dan jalinan
2.1.2.2 Harmoni – warna dan rupa
2.2 Aplikasi Seni – Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta
proses dan teknik dalam penghasilan corak tidak terancang menggunakan kaedah lipatan
dan gosokan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Bahan – warna air, kertas lukisan
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
2.3 Ekspresi Kreatif – murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
media, proses dan teknik, serta bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Memilih dan memanipulasi warna secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual : rupa, warna, imbangan, kontra dan harmoni
dalam penghasilan karya.
16
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik lipatan dan gosokan dalam menghasilkan corak dan
rekaan.
2.4 Apresiasi Seni – Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan
memberikan penekanan pada bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
2.4.2 Menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
Standard Pembelajaran Ilustrasi Aktiviti
Persepsi estetik (10 minit)
1. Guru memainkan lagu “Selamat Hari Lahir
(Kumpulan Saujana) melalui persembahan
“powerpoint” sebagai penarik minat.
2. Guru bertanya kepada murid:
“Apakah yang kamu terima semasa menyambut
sambutan hari lahir?”
“Adakah kamu suka akan hadiah semasa
menyambut hari lahir?”
Jawapan murid: Hadiah dan suka.
3. Guru menayangkan gambar-gambar hadiah.
4. Murid diminta untuk memerhatikan persembahan
“powerpoint”.
5. Guru berinteraksi dengan murid tentang bahasa
seni visual seperti rupa, warna dan harmoni.
EMK: Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)
BBM: Komputer riba, LCD dan speaker
17
Aplikasi seni
Aktiviti guru:
1. Guru menerangkan contoh corak tidak terancang
kepada murid-murid.
2. Guru memperkenalkan media yang digunakan
seperti warna air dan kertas lukisan.
3. Guru menunjukkan cara bancuhan dan membuat
corak tidak terancang pada kertas lukisan.
4. Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan
seperti cara melipat kertas lukisan yang telah
diletakkan warna air tadi.
Aktiviti murid:
1. Murid-murid mendengar penerangan daripada
guru tentang contoh-contoh corak tidak terancang.
2. Murid-murid melihat media seperti warna air dan
kertas lukisan yang akan digunakan.
3. Murid-murid meneliti dan melihat cara membuat
bancuhan dan membuat corak tidak terancang pada
kertas lukisan.
4. Murid-murid mendengar penerangan guru
mengenai cara melipat kertas lukisan setelah
meletakkan warna air.
Contoh corak tidak terancang:
Alat dan bahan:
Nilai murni:
Tekun dan kebersihan
BBM:
Kertas lukisan, warna air, surat khabar
18
Ekspresi seni (40 minit)
Langkah 1
1. Murid-murid diminta untuk melipat kertas lukisan
menjadi kepada dua bahagian.
Langkah 2
1. Titiskan beberapa warna air / poster pada sebelah
satu bahagian di bahagian dalam lipatan tersebut.
Pastikan warna dititiskan memenuhi dalam bahagian
tersebut.
Langkah 3
1. Lipatkan semula kertas lukisan dan buat urutan
dengan perlahan ke beberapa arah supaya menjadi
rata.
2. Kemudian, buka kertas lukisan berkenaan dan
lihat hasilnya selepas melipatnya.
Langkah 4
1. Keringkan dan hiaskan hasil corak masing-masing
mengikut kreativiti sendiri.
Apresiasi Seni Visual (5 minit)
1. Murid mempamerkan hasil corak yang dihasilkan
di hadapan kelas.
2. Murid diminta menyatakan bahasa seni visual
pada karya sendiri dan rakan yang dipamerkan.
Langkah-langkah:
1)
2)
3)
4)
EMK: Kreativiti dan inovasi
19
Aktiviti Refleksi: (5 minit)
Contoh soalan KBAT yang boleh diajukan kepada
murid-murid oleh guru:
1. Apakah bentuk yang kamu lihat dalam
gambar? (corak yang ditunjukkan).
2. Apakah yang akan terjadi jika warna merah
bercampur dengan warna kuning?
3. Apakah kegunaan pembalut hadiah?
4. Mengapakah kita gunakan pembalut hadiah
dan apakah kemungkinan yang akan berlaku
jika kita tidak menggunakan pembalut
hadiah?
5. Selain daripada pembalut hadiah, apakah
benda lain yang boleh kita hasilkan?
6. Apakah bentuk-bentuk lain yang boleh
digunakan untuk menghasilkan pembalut
hadiah yang menarik?
Hasil corak yang dihasilkan :
20
5.0 PENULISAN REFLEKTIF
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah
saya Syarudin Bin Ibrahim (761104045227) Unit Bahasa Melayu dapat menyiapkan
tugasan PSV 3107E Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR / KSSR yang diberikan
kepada semua pelajar Program Pensiswazahan Guru PPG Semester 5 tahun 2014
ini. Tugasan kali ini perlu saya buat secara individu dan berkumpulan. Oleh itu saya
telah meluangkan banyak masa untuk menyiapkan tugasan ini. Proses pertama
tugasan ini memerlukan saya mencari perancangan yang melibatkan pendekatan,
strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menjadi perkara utama
untuk membuat tugasan ini. Nasib saya baik , setelah memilih dan memuat turun
dari pelbagai sumber, akhirnya saya telah memahami tentang tema dan aktiviti
seni dalam dokumen standard KSSR Tahun 2 dalam bidang Membuat Corak dan
Rekaan.
Tugasan pertama ini memerlukan saya membaca dan mencerakinkan
kandungan standard dokumen ini. Setelah itu, saya perlu membuat perancangan
dan nota ringkas mengenai pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Proses membuat
perancangan ini banyak memakan masa tatkala saya sendiri tidak mengajar PSV di
sekolah.
Untuk tugasan yang kedua pula saya perlu menggunakan maklumat yang
diperoleh untuk membuat rancangan pengajaran harian (RPH) berkaitan dengan
tugasan yang pertama tadi. Tugasan kali ini begitu mencabar kerana tugasan perlu
dibuat sewaktu dalam bulan Februari dan Mac. Di mana pada bulan ini saya banyak
terlibat secara langsung dengan kepegawaian sukan olahraga peringkat MSSNM
Kawasan Tanjung. Di sekolah pula , tugasan menanda kertas peperiksaan kerana
saya mengajar tahun 6 yang sememangnya pelbagai program kecemerlangan
sudah diatur. Hal ini kerana setiap minggu mulai bulan Februari di adakan kelas
tambahan untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) pada awal September nanti. Tempoh masa sebulan
menyiapkan tugasan ini amat mencabar. Kekangan masa ini menyebabkan saya
lebih merangka dan menyusun tugasan sekolah serta pengajian melalui masa
21
terluang yang ada. Pengalaman hampir sebulan untuk menyiapkan kerja kursus ini
sungguh bermakna. Ini merupakan satu cabaran dalam meningkatkan lagi ilmu
terutama bidang yang berkaitan PSV ini memberikan pengetahuan yang lebih
mendalam berkenaan RPH yang sempurna.
Dengan adanya pengetahuan ini tahap keyakinan saya semakin bertambah
dalam menyampaikan ilmu PSV di sekolah walhal buat masa ini saya tidak pernah
mengajar PSV walau sekali pun. Apabila saya tekun menyiapkan tugasan ini,
barulah saya faham banyak ilmu berkaitan PSV yang masih saya tidak ketahui
walaupun saya seorang guru bahasa Melayu di sekolah rendah. Sesungguhnya rasa
bersyukur apabila saya dapat membuat tugasan ini disamping bantuan rakan-rakan
dan terutamanya pensyarah iaitu Puan Seri Rudzitha binti Zainal Abidin banyak
memberi input dan penerangan. Pada mulanya saya mengalami kesukaran untuk
membuat RPH tersebut memandangkan ia perlu dilaksanakan dengan betul dan
mengikut peraturan dan kehendak proforma kursus. Dengan bantuan rakan isteri
saya iaitu Puan Roslina binti Kiban yang merupakan Jurulatih Utama PSV Negeri
Melaka dalam memberi penerangan tentang RPH. Saya mengalami kekeliruan
tentang cara penulisan RPH memandangkan sumber atau cara penulisan di dalam
laman sesawang amat terhad dan terlalu ringkas. Bahan yang diperoleh dari laman
“Facebook” PSV Melaka juga kurang membantu.
Semasa menghurai dan menganalisis juga saya mengalami kekeliruan
mengenai ruang / kolum yang terdapat pada RPH KSSR. Cuma kita perlu memegang
konsep dan pengertian yang telah diberikan di dalam modul, buku dan melayari
internet memberikan gambaran dan konsep yang sangat jelas.
Berbanding dengan proses membuat alat bantu mengajar (ABM) saya amat
teruja dalam menyiapkannya, yang mana saya telah mencuba sendiri dalam aspek
olahan dan kajian warna yang pelbagai, cara-cara menghasilkan corak tidak
terancang dengan melakukan lipatan. Pada mulanya corak yang saya hasilkan agak
tidak memenuhi ruang dan warna yang terhasil tidak begitu menarik. Tetapi saya
telah menambah sedikit demi sedikit warna lagi dan saya tindihkan warna-warna itu
antara satu sama lain dan hasilnya lebih menarik. Dengan ini dapat saya pelajari
ilmu pengetahuan yang baru tentang penggunaan warna jika kita menggunakan
kajian warna terlebih dahulu.
Saya beranggapan jika saya tidak ditugaskan membuat tugasan ini , sudah
tentu saya masih lagi tidak mengetahui mengenai PSV yang saya ada ini dengan
22
penuh penelitian tajuk demi tajuk. Akhirnya dengan bahan-bahan rujukan yang
diperoleh daripada internet dan perbincangan dengan rakan-rakan seperjuangan
tugasan ini berjaya disiapkan.
Sekalung penghargaan saya ucapkan sekali lagi kepada pensyarah yang
bertanggungjawab untuk KKP ini iaitu Puan Seri Rudzitha binti Zainal Abidin atas
bimbingan dan panduan yang telah diberikan sewaktu saya menyiapkan tugasan
ini. Sesungguhnya, tanpa tunjuk ajar daripada pihak puan, sudah tentu tugasan ini
tidak dapat disempurnakan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
RUJUKAN
Buku:
(2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A. Rashid et al. (2012). Murid dan Alam Belajar Edisi Kemas Kini. Kuala Lumpur: Oxford
Fajar Sdn Bhd.
Internet:
http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/pengenalan-teori-dan-pendekatan.html
http://bttan2422.blogspot.com/p/blog-page_12.html
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html
http://itukamibudakseni.blogspot.com/2010/11/strategi-dalam-pengajaran-dan.html
http://lydia6160.blogspot.com/2011/03/pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan.html
http://meiengchan.blogspot.com/2011/11/con-toh-rph-dsv-tahun-2.html
http://norzianaiberahim.blogspot.com/2011/04/strategi-pendekatan-kaedah-dan-teknik.html
http://notapismpks.blogspot.com/2013/01/psv-3107-pendekatan-strategi-kaedah.html
http://wingabriella.blogspot.com/2013/10/pendekatankaedahteknik-dan-strategi_26.html
http://www.slideshare.net/celestie/buku-panduan-pengajaran-dunia-seni-visual-thn-2
http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf
23
http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/kontekstual.pdf
24
top related