(nota)-submission drawing

Post on 10-Feb-2016

248 Views

Category:

Documents

15 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Senibina

TRANSCRIPT

MCS104

SUBMISSION DRAWING 1

SUBMISSION DRAWING ???

Lukisan Kerja

DEFINISI DAN FUNGSI LUKISAN KERJA

Lukisan Kerja ialah lukisan akhir yang telah dibina atau dihasilkan selepas proses merekabentuk. Lukisan kerja ini biasanya terdiri daripada lukisan Pelan, lukisan Pandangan dan Keratan..Seni dalam menghasilkan Lukisan Kerja dipanggil draughtsmanship. .

Antara fungsi Lukisan kerja ialah :-

Mengambarkan kehendak rekabentuk dari aspek pelaksanaan binaan.

Lukisan kerja ini perlu disediakan untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan sebelum diserahkan kepada kontraktor pelaksana

Rajah 1.1. Contoh Lukisan Kerja

JENIS-JENIS LUKISAN KERJADalam industri binaan terdapat beberapa jenis lukisan yangperlu disediakan sebelum sesebuah binaan dibina, Lukisan tersebutboleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu;LakaranLukisan Persembahan

Lukisan KerjaDalam Lukisan kerja pula, ia boleh dibahagikan kepada empat jenisutama iaitu;

Lukisan Binaan.-Contohnya Lukisan BangunanLukisan Struktur (Structural Drawing)Lukisan Mekanikal dan Elektrik (M & E)Lukisan Perkhidmatan (Services)

KEPENTINGAN LUKISAN KERJA KEPADA PIHAK YANGBERKENAAN

Lukisan Kerja disediakan mengikut skala dan prinsip ortografik. Ciri-ciri lukisan juga mengikut piawaian seni reka atau seni bina

yang telah ditetapkan. Oleh itu, ia menjadi dokumen kepada kontraktor mahupun pihak

berkuasa tempatan.

Pelukis Pelan Berdaftar atau Arkitek bertauliah akan menyerahkan LukisanKerja berserta anggaran kos pembinaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan.Pihak berkuasa yang terlibat dalam proses meluluskan Lukisan Kerja iniialah:

I JKR Jabatan Kerja Raya II JBA Jabatan Bekalan Air III JPS Jabatan Perparitan dan Saliran IV JK Kementerian/Jabatan Kesihatan V JAS Jabatan Alam Sekitar VI Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat VII JPBD Jabatan Perancang Bandar dan Desa

Lukisan Kerja yang lengkap dan diluluskan akan dijilidkan. Salinan yang mencukupi

akan disediakan mengikut kehendak pihak berkuasa yang terlibat.

PERALATAN DALAM LUKISAN KERJA

Dalam lukisan kerja, peralatan yang berkualiti harus digunakan agarhasil lukisan mencapai kualiti yang diingini (buy the best qualityequipment for best result). Peralatan yang biasa digunakan ialah;Draughting tableTee squareSet squareScale rulerTechnical pen/pencilAdhesive tape/media clipsEraserCompass setTemplates

KERTAS LUKISAN KERJA

Terdapat tiga siri kertas , iaitu A, B dan C namun kertas siri A sering digunakan. Kertas A0 yang bersaiz 1 m2 diikuti A1 yang bersaiz 0.5 m2 dan kertas A2 yang luasnya separuh A1 sering digunakan didalam Lukisan Kerja.

A0 – Saiz 1189mm X 841 mm

A1 – Saiz 410mm X 594 mm

A2 – Saiz 594mm X 420 mm

A3 – Saiz 420mm X 297 mm

A4 – Saiz 297mm X 210 mm

Jenis-jenis kertas

Jenis-jenis kertas yang kerap digunakan dalam lukisan kerja ialah;

Tracing paperPlain paperBatter paper

Sekarang mari kita cuba melukis.

Langkah 1 – Letakkan kertas A2/A3 pada meja lukis (draughting board) dengan kemas dan pada kedudukan yang sesuai.

Langkah 2 – Dengan menggunakan Tee Square atau Set Square jajarkan/selaraskan kertas anda.

Langkah 3 – Mulakan lukisan anda pada mana-mana garisan horizontal diikuti garisan yang lain.

Bersambung….

top related