pembinaan perisian berbantukan komputer bagi … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi...
Post on 07-Sep-2019
12 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI
MATAPELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN
ELEKTRONIK TINGKATAN EMPAT TOPIK PEARUH
AZMAN BIN YUSOF
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Elektrik )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Februari, 2004
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Teramat istimewa buat,
Ayahanda Haji Yusof Endol Bonda Hajah Asiah Binti Ali
……….jasamu dan kasihmu menjadikan aku insan. Ayah mertuaku Haji Abang Yaakub Abang Tuah
…………yang memberi ketenangan Bonda mertuaku Allahyarham Hajah Bom Binti Junaidi
…………..Semoga dicucuri rahmat. Isteriku yang sangat mengerti dan memahami Dayang Bahayiah Binti Abang Yaakub Anak-anakku yang sabar menanti Ahmad Iqbal Ahmad Irsyad Aina Batrisyia
Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari Allah s.w.t.
PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya saya dapat
menyempurnakan projek ini bagi memenuhi daripada syarat untuk mendapatkan ijazah
sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan elektrik) dari UTM. Penulis ingin
merakamkan ikhlas kepada penyelia tesis,En. Hassan Bin Hushin serta En Megat
Aman Zahiri Bin Megat Zakaria atas bimbingan dan dorongan tanpa rasa jemu yang
diberi sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya serta isteri yang
telah banyak memberi sokongan dan motivasi serta bantuan mendapatkan bahan ilmiah
ketika menghasilkan projek ini. Tidak lupa pula kepada pihak pengurusan yang
membantu saya untuk mendapatkan bahan rujukan. Begitu juga kepada rakan-rakan saya
yang telah banyak membantu untuk menyempurnakan hasil projek ini.
ABSTRAK
Projek ini bertujuan untuk membina sebuah perisian pembelajaran berbantukan
komputer bagi topik “Kuantiti ,Unit dan komponen elektrik ” di bawah tajuk Pearuh bagi
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang selari dengan
sukatan mata pelajaran tingkatan 4. Perisian ini telah dibangunkan dengan menggunakan
perisian gubahan Macromedia Authorware 6.5, Adobe Photoshop, Macromedia Flash
MX , Sound Recorder dan lain-lain. Perisian ini telah digubal dengan menggunakan
Bahasa Melayu dan berpandukan kepada KBSM sukatan pelajaran malaysia. Penggunaan
hiperteks dan simulasi yang dapat menawarkan persekitaran pembelajaran. Penemuan
melalui paparan animasi dan multimedia pasti akan menarik minat pelajar untuk terus
menggunakan perisian ini. Penggunaan ciri-ciri interaktif yang membolehkan pelajar
melaksanakan capaian maklumat secara rawak,memberi peluang kepada pelajar untuk
menjelajah ke mana-mana bahagian perisian secara bebas. Media pengajaran yang
menggunakan pelbagai pancaindera akan memberikan kesan dalam menghasilkan konsep
yang terang kepada pelajar. Alat Bantu mengajar yang betul dan sesuai seperti yang
dibangunkan ini boleh menjadi daya penarik kepada pelajar dalam menerangkan suatu
konsep dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Perisian ini telah dipakejkan
dalam bentuk cakera padat untuk dibawa ke mana-mana dan mudah dibawa.
ABSTRACT
The objective of this project was to develop a multimedia Computer Assisted
Learning (CAL) for the topic “Quantity Unit and Electric Component” under the title
Pearuh for the subject of Electric and Electronic Engineering studies which is applicable
to form four syllabus at schools. This software was developed by using Macromedia
Authorware 6.5 , Adobe Photoshop, Macromedia Flash MX, Sound Recorder and etc.
This software was developed by using Bahasa Melayu and was reffered to the KBSM
Malaysia syllabus. In addition the use of hypertexts and simulation can offer a condusive
learning environment. Besides that, animation and multimedia attract the students interest
to keep on using the software. The use of interactive features, helps the students to
achieve the information randomly. They give opportunities to the students to explore any
parts of the software. The teaching media that use variety of perception , gives affective
effects in producing clear concept to the students. The appropriate teaching aids also help
the students in understanding the concepts well. This software is also portable since it is
packaged into compact discs.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN
i
DEDIKASI
ii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
SENARAI LAMPIRAN
vii
xi
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Penyataan Masalah 5
1.3 Objektif Perisian 7
1.4 Objektif Projek 8
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 8
1.6 Kepentingan Perisian 9
1.7 Definisi Istilah 10
1.7.1 Pengajian Kejuruteraan Elektrik 10
1.7.2 Pelajar Tingkatan 4 Sek.Men.Teknik 10
1.7.3 Multimedia 10
1.7.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer 11
1.7.5 Interaktif 11
1.7.6 Pembelajaran Kendiri 12
1.7.7 Pengguna Elektrik 12
1.8 Skop dan Batasan Projek 12
BAB II 2.0 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 14
2.3 Sejarah Pembelajaran Berbantukan Komputer 16
2.4 Penggunaan Komputer Di Dalam Bidang Pendidikan 17
2.5 Media atau Sumber Pengajaran dan Pembelajaran 18
2.6 Hubungan Multimedia Dengan Tugas Guru 20
2.7 Strategi Pembentukkan PBK Berdasarkan
Teori-Teori Pembelajaran. 21
2.8 Strategi Pengajaran dalam Perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer 26
2.8.1 Latih Tubi 26
2.8.2 Tutorial 26
2.8.3 Permainan 27
2.8.4 Simulasi 27
2.8.5 Penemuan 27
2.8.6 Penyelesaian Masalah 27
2.9 Kelebihan PBK 28
2.10 Kelemahan dan Masalah Penggunaan
Multimedia dalam Pendidikan 30
BAB III 3.0 REKABENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Am 33
3.3 Rekabentuk Perisian 34
3.4 Bahasa Gubahan 35
3.5 Permilihan Perkakasan dan Perisian 36
3.6 Perkakasan dan Perisian Pengguna 37
3.7 Penggunaan 37
3.8 Ciri-ciri Perisian 38
3.8.1 Menu Utama 38
3.8.2 Sub Menu. 38
3.8.3 Maklumat 39
3.8.4 Contoh-Contoh Carta Alir 39
3.9 Penyediaan dan Pengeditan Teks 41
3.10 Pembinaan Grafik dan Kesan Visual 41
3.11 Penghasilan Animasi 42
3.12 Penghasilan Audio 43
3.13 Interaksi dan Tindakbalas Perisian 43
3.14 Pelaksanaan Dalam Perisian 44
3.15 Penilaian Perisian 45
3.16 Penutup 46
BAB IV 4.0 PENGGUNAAN PERISIAN
4.1 Pendahuluan 47
4.2 Pempakejan dan Penyimpanan Perisian 47
4.3 Panduan Penggunaan 48
4.4 Kandungan perisian dan Menu Utama 48
4.4.1 Pengenalan kepada Perisian 49
4.4.2 Objektif Pelajaran 50
4.4.3 Menu Bantuan 51
4.4.4 Menu Jenis –jenis Pearuh 51
4.4.5 Menu Latihan 52
4.4.6 Penamat 53
4.5 Penutup 54
BAB V 5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Perbincangan 55
5.3 Cadangan 58
5.4 Rumusan 59
RUJUKAN 61
LAMPIRAN
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Carta Alir Pearuh 64 B Surat Pengesahan 65
BAB I
PENGENALAN 1.0 Pendahuluan
Pembelajaran Perisian Berbantukan Komputer (PPBK) atau Computer-Assisted
Learning (CALL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. Walaupun PPBK telah
diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu , istilah hanya popular pada tahun 1980-an .
Dengan adanya komputer peribadi yang semakin mudah didapati ,perisian PPBK ini turut
bercambah bagaikan cendawan. Di Malaysia ,PBBK masih baru. Meskipun perisian
PPBK sudah ada di pasaran dan di dalam internet , penggunaannya masih belum meluas
dan belum disepadukan dalam sistem pendidikan di negara ini. Kebanyakan penggunaan
perisian PBBK kini merupakan inisiatif individu pendidik di sekolah atau di universiti
dalam kursus masing-masing atau melalui kelab komputer di sekolah. Dengan kata lain
,tidak ada keseragaman dalam penggunaan perisian PPBK di sekolah atau di institusi
pendidikan.
Kehadiran multimedia turut menyaksikan penerimaannya secara meluas di dalam
segmen pendidikan. Di dalam aplikasi perdana MSC, penggunaan multimedia
merupakan antara usur penting di dalam penyediaan serta pembangunan kandungan
persekolahan bestari. Kelangsungannya ia turut membabitkan penggunaan animasi
secara meluas serta aktif. Dengan cirinya yang dinamik serta berwarna, kandungan
berasaskan animasi bukan sahaja nampak lebih hidup serta ceria tetapi turut mampu
merangsang kecenderungan serta minat para pelajar (Majalah PC). Meskipun
begitu,kerajaan sedang berusaha menyeragamkan penggunaan PPBK di sekolah melalui
program sekolah bestari. Dengan adanya kerjasama daripada pihak swasta ,kerajaan
berharap agar PPBK yang bermutu dapat dihasilkan dan penggunaannya dapat
disepadukan dalam kurikulum sedikit masa lagi. Usaha ini baik ,tetapi pemindahan
pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada guru terhad dan terlalu minimum.
Manakala pengintegrasian teknologi ke dalam kurikulum menjadi menjadi satu
cabaran kepada guru-guru di dalam menghadapi kepelbagaian pelajar di abad ke 21 ini.
Teknologi dapat menarik perhatian , dan pada masa yang sama “menakutkan “guru-guru.
Umum mengetahui teknologi maklumat dan komunikasi berupaya menjadikan
pembelajaran lebih menarik , lebih praktikal dan terkini. Malangnya ramai guru
mendapati sukar untuk mengintegrasikan teknologi di dalam bilik darjah.
Pelbagai pendekatan, kaedah dan strategi pengajaran boleh digunakan oleh guru-
guru di sekolah demi untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajarn dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Namun begitu ,walaupun kita kini berada di zaman
siber dan teknologi canggih, ada guru-guru yang masih selesa mengimplimentasi
pengajaran secara tradisional (seperti penggunaan buku teks dan papan kapur) dan ini
boleh menyebabkan tahap penggunaan teknologi di dalam bilik darjah agak rendah.
Situasi begini boleh memudaratkan sistem pendidikan kita. Ini memandangkan
perubahan dalam teknologi berkembang dengan begitu pesat, manakala pendidikan pula
berubah dalam bentuk yang agak perlahan. Kegagalan sistem pendidikan (termasuk guru-
guru dan pengurusan sekolah) mengguna atau membuat pengubahsuaian terhadap
teknologi-teknologi baru boleh menyebabkan sekolah bukan lagi menjadi tempat utama
untuk memperoleh pembelajaran. Bagi mengelakkan ketidakselarasan di antara
pendidikan dan perkembangan teknologi, kita perlu mengambil langkah mengadaptasi
sistem pendidikan agar dapat bergerak seiring dengan kemajuan dalam teknologi
maklumat dan komunikasi. Ini kerana sistem pendidikan menjadi gelanggang di mana
warganegara dan tenaga kerja generasi akan datang dapat di latih dan dilengkapi dengan
pengetahuan dan kemahiran agar tidak ketinggalan dengan arus kemajuan.
1.1 Latarbelakang Masalah
Kerajaan sedang bergerak pantas untuk menyediakan kemudahan internet di
semua sekolah bagi merapatkan jurang digital di kalangan rakyat ( Datuk Amar Leo
Moggie (Mingguan Malaysia 2003). Sebagai sebuah negara yang sedang pesat
membangun , negara ini memerlukan kira-kira 125.000 tenaga yang berpengalaman
(knowledge workers) dalam tempoh lima tahun akan datang. Hal ini menunjukkan
bahawa institusi pendidikan haruslah dapat melahirkan pelajar dan graduan yang bukan
lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era teknologi maklumat.tetapi menjadi
pengguna yang aktif. Oleh sebab itu, para pendidik di sekolah perlu dilengkapkan
dengan kemahiran lanjutan selain kemahiran aplikasi komputer yang hanya tertumpu
kepada pemprosesan perkataan (contohnya, word), pengkalan data (contohnya Access),
paparan elektronik (contohnya Excell) dan persembahan grafik (contohnya powerpoint).
Pendidik tidak seharusnya menjadi pengguna (consumer) semata-mata, tetapi terlibat
secara langsung sebagai pencipta atau pereka (designer) perisian komputer serta mampu
menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan dan
penilaian perisian haruslah menjadi kerja yang berterusan di kalangan pendidik.
Pada ketika ini, pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan masih
diserahkan sepenuhnya kepada pihak swasta atau peniaga terlatih dalam pengajaran dan
pembelajaran. Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang masa untuk mencipta dan
membangunkan perisian. Oleh sebab itu, banyak perisian yang berada di pasaran kini
tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya dan
pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu disiplin, dan tidak sesuai dengan cita
rasa pendidik. Kementerian Pendidikan menjangkakan sebanyak empat buah perisian
bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik akan dapat
dibangunkan oleh konsortium yang dilantik pada akhir tahun ini. .
Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah kekerapan yang perlu dibuat bagi
memperbaiki kandungan perisian tersebut? Oleh sebab teknologi perkakasan dan
perisian sentiasa berubah dengan cepat, maka tidak mustahil perisian yang dihasilkan
oleh konsortium atau syarikat swasta hari ini menjadi tidak sesuai lagi pada bulan
hadapan. Hal ini bermakna bahawa untuk jangka panjang, adalah lebih menjimatkan dan
berkesan sekiranya para pendidik sendiri membangunkan perisian mengikut disiplin
masing-masing dan memperbaiki serta memantapkan perisian tersebut dari semasa ke
semasa.
Sekali gus persoalan tentang keperluan bagi memenuhi kehendak kurikulum,
kesesuaian dengan budaya dan pemikiran setempat (pelajar di sekolah luar bandar,
bandar/metropolitan), kesesuaian dengan pedagogi suatu disiplin, dan kesesuaian dengan
cita rasa pendidik yang lebih mengetahui suasana pembelajaran di sekolah akan dapat
diatasi.
Pembangunan perisian pendidikan kadangkala menimbulkan keraguan dan fobia
kepada sesetengah pihak. Ada pihak yang menganggap bahawa para pendidik agak sukar
dilatih menggunakan bahasa pengaturcaraan (contohnya C++, Visual Basic, Authorware)
bagi membangunkan perisian kerana bahasa pengaturcaraan itu melibatkan logik
algoritma dan kemahiran pengaturcaraan itu sendiri. Proses pengaturcaraan bukan sahaja
memakan masa, tetapi juga membosankan kerana banyak aspek-aspek teknikal yang
perlu diketahui oleh pendidik. Walau bagaimanapun, dengan adanya alat pengarang
(authoring tools) yang lebih mudah dan tidak memerlukan tahap logik algoritma dan
kemahiran pengaturcaraan yang tinggi seperti CoMIL (Malaysia) (Computer Intergrated
Learning System), para pendidik akan berpeluang menghasilkan bahan PPBK multimedia
dengan lebih mudah dan cepat.
Penglibatan pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi
penting, iaitu perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di
universiti. Pengubahsuaian beban kerja dan peranan pendidik perlu dibuat bagi
memastikan sekolah atau institusi berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan.
1.2 Penyataan Masalah
Penghasilan perisian dalam kuantiti yang banyak dalam pasaran merupakan satu
petanda yang baik dalam dunia pendidikan di negara kita yang sedang melangkah ke era
maklumat tanpa sempadan. Tetapi pernahkah kita meneliti kualiti perisian yang
dihasilkan?. Kebanyakan ikon yang kurang jelas dalam perisian multimedia banyak
menganggu tumpuan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
teks yang kurang jelas dan terlalu banyak memberi kesan yang negatif kepada pelajar.
Selain itu, elemen audio yang cukup menarik dan berkesan tidak dititikberatkan.
Masalah yang biasa timbul ialah kurangnya minat terhadap kaedah pengajaran
yang sedia ada (Ee Ah Meng, 1990). Ini adalah kerana kaedah penyampaian pelajaran
menggunakan alat bantu mengajar yang sedia ada bersifat statik walaupun menarik, ianya
belum tentu dapat menarik perhatian pelajar. Bagi menyampaikan pengajaran ianya juga
memerlukan pembimbing setiap masa, tetapi dengan menggunakan alat bantu pengajaran
berbantukan komputer pengawasan dan pembimbing dapat dikurangkan. Di samping itu
juga penyampaian pengajaran yang kurang berkesan dengan alat bantu mengajar yang
kurang menarik dan mengambil masa untuk menguruskannya. Kefahaman ini
kemungkinan boleh diatasi dengan menggunakan alat bantu mengajar berbantukan
komputer dalam bentuk multimedia.
Kebanjiran perisian-perisian yang diimport dari luar negara juga menyebabkan
industri pasaran perisian kursus tempatan dalam delima. Mungkin bagi sesetengah
individu, perisian kursus yang diimport terutama dalam versi Bahasa Inggeris lebih baik
daripada perisian tempatan. Tetapi pernahkah kita terfikir tentang keselesaan pelajar
yang bakal menggunakan perisian tersebut?. Seperti yang kita tahu , bahasa pengantar
yang utama digunakan di sekolah adalah Bahasa Melayu. Ini menjadikan kurang sesuai
untuk kegunaan pengguna iaitu warga pendidik dan pelajar di dalam “iklim” negara kita
yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Kebanyakan perisian multimedia biasanya dihasilkan oleh pakar-pakar dalam
multimedia atau lebih spesifiknya pakar dalam pengaturcaraan . Mereka kurang
mengambil kira kemahiran pedagogi dan keselarasannya dengan sukatan pelajaran
tempatan iaitu KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM.(Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah). Selain itu, terdapat juga perisian multimedia yang
dihasilkan mengikut sukatan mata pelajaran negara asal. Ini mungkin tidak sesuai dengan
nilai-nilai budaya tempatan dari segi agama, budaya, nilai murni, politik dan lain-lain.
Biasanya perisian-perisian yang diimport ini lebih cenderung kepada persekitaran budaya
asing. Ini menyebabkan ia tidak sesuai dari perspektif pelajar kita yang diasuh dengan
nilai-nilai ketimuran dan budaya tempatan. Bagi pelajaran yang membabitkan mata
pelajaran teknikal kebanyakannya memerlukan kefahaman konsep dan teori-teori yang
kukuh. Umpamanya bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik,
ia memerlukan pelajarnya memahami konsep-konsep dan teori-teori penyambungan
peralatan elektrik dan juga fungsinya. Ia perlu kerana pelajar tersebut dalam proses
pengajaran dan pembelajaran akan mendatangkan kesan yang lebih positif berbanding
dengan proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.
Jesteru itu,pembangun merasakan perlunya satu media pengajaran yang
berasaskan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ataupun perisian yang dapat
memenuhi objektif pengajaran. Topik yang dikemukakan adalah “Kuantiti ,Unit dan
komponen elektrik ” di bawah tajuk Pearuh bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik Tingkatan Empat yang selari dengan sukatan mata pelajaran ,
kurikulum, budaya serta diharapkan dapat memaparkan elemen-elemen multimedia.
Diharapkan juga penghasilan perisian multimedia dalam versi Bahasa Melayu ini akan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan menarik
1.3 Objektif Perisian
Di antara objektif utama pembangunan perisian ini adalah untuk membangunkan
satu pakej pembelajaran dalam versi Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Teori
Kejuruteraan Elektrik Tingkatan Empat bagi bab “komponen elektronik-Pearuh”.
Di antara lain tujuannya ialah :-
a) menghasilkan suatu aplikasi multimedia interaktif untuk digunakan oleh
pelajar sebagai bahan pembelajaran kendiri (self directed learning) bagi
memenuhi tahap pembelajaran pelajar yang pelbagai
b) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang multimedia dan sebagai
alternatif kepada guru untuk menyediakan alat bantu mengajar
c) memenuhi permintaan pasaran negara terhadap perisian multimedia dalam
versi bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) selaras dengan perlaksanaan
Sekolah Bestari.
d) Menyediakan rekabentuk yang memuatkan konsep multimedia dan
pedagogi supaya dapat menghasilkan perisian pendidikan yang berkesan .
1.4 Objektif Projek
Melalui pakej pembelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ini,
pelajar akan dapat:-
a) mengenal pasti komponen elektronik
b) memilih komponen elektronik yang sesuai untuk penggunaan
c) mengenal pasti unit dan simbol komponen elektrik.
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk
Dalam pengajaran-pembelajaran teknologi kejuruteraan elektrik dan elektronik
samada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah, konsep asas sesuatu tajuk amat
penting dan perlu disampaikan secara berkesan supaya pelajar dapat menguasai pelajaran
seterusnya yang memerlukan kefahaman konsep asas. Pembangun memilih tajuk
kuantiti, unit dan komponen elektronik adalah berdasarkan faktor pengaliran arus elektrik
dalam wayar yang disebabkan oleh pergerakan elektron bebas tidak dapat dilihat oleh
deria penglihatan kita walaupun menggunakan bantuan kanta pembesar. Jika diajar
dengan bantuan ABM pun, gambar yang statik tanpa animasi boleh menimbulkan
persoalan dari segi keberkesanan.
Jadi pembangun memilih tajuk ini sebagai projek multimedia interaktif bertujuan
untuk menghasilkan suatu pendekatan pengajaran-pembelajaran yang lebih berkesan
dalam penyampaian konsep asas tentang pearuh, fungsi pearuh, jenis pearuh, dan
pengujian pearuh.
top related