pengurusan bengkel kh (pgsrbm08)
Post on 02-Jun-2015
20.992 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAJUK 2: PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KHSR
1. Pengurusan dan pentadbiran sumber manusia
2. Pengurusan dan pentabdiran bengkel
3. Penyenggaraan bengkel
PENGURUSAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. Struktur Organisasi
2. Panitia
3. Pengurusan Pelajar
1. Struktur Organisasi
GURU BESAR
PEN. KANAN
KETUA PANITIA
GURU KEMAHIRAN HIDUP
2. Panitia
Di antara tugas ketua panitia:i. Menyelaraskan sukatan dan rancangan
pelajaran mingguan, bulanan dan semesterii. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan
untuk diserahkan kepada guru penolong kanan
iii. Membuat pesanan bahan dan alatan melalui borang pra pesanan
iv. Mengagihkan tugas mengajar serta tanggungjawab pengurusan, penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru-guru KH
v. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang kemaskini
vi. Menjalankan mesyuarat panitia
2. Panitia
3. Pengurusan Pelajar
Menyediakan Peraturan Keselamatan Makmal yang perlu dipatuhi oleh pelajar
Memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja secara bersistematik dan selamat
Panitia bertanggungjawab bagi menguruskan sistem kepegawaian kepada pelajar seperti contoh rajah berikut:-
3. Pengurusan Pelajar
Ketua Formen
Ketua Kebersihan
Ketua Alatan
Ketua Projek
Ketua Keselamatan
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BENGKEL
a) Ruang Bengkel
b) Susun Atur
c) Keselamatan
d) Tugas Pelajar
e) Organisasi Stor
f) Sistem Penyimpanan Stok
Saiz bengkel adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di dalamnya
Keluasan yang sesuai ialah 20 M X 25 M Ciri-ciri bengkel yang sesuai:-
i. Boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih
ii. Ia membolehkan seseorang bergerak dengan bebas
a) Ruang
iii. Lantai mestilah dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk dan tidak licin
iv. Tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanuk mungkin serta pengedaran udara yang bebas
v. Pintu mempunyai daun pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa kecemasan
a) Ruang
vi. Meja kerja yang tahan lasak yang berukuran di antara 1.2 M x 1.5 M dan tinggi 0.9 M
vii. Mempunyai bekalan asas seperti elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa dan bekalan air siap dengan pili dan singki bagi pencucian
viii. Sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek
a) Ruang
Susun atur bengkel perlu kemas dan lengkap supaya kerja-kerja dapat dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan kerosakkan harta benda
b) Susun Atur
Susun atur bengkel yang baik seperti:-
a) Rak-rak dan panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan
b) Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan baik
c) Rak-rak bahan bantu mengajar yang kemas kini dan pelbagai
d) Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan
b) Susun Atur
“UTAMAKAN KESELAMATAN” sebagai teras amalan bagi memastikan kerja-kerja dibengkel dapat dilakukan dengan lancar dan selamat
Aspek keselamatan yang dititikberatkan:-
i. Menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi badan
c) Keselamatan
ii. Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi
iii. Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan
iv. Memaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis dan lain-lain
c) Keselamatan
d) Tugas Pelajar
Ketua Formen
Ketua Kebersihan
Ketua Alatan
Ketua Projek
Ketua Keselamatan
i. Tugas Ketua Formen Bertindak sebagai Ketua Kelas dan
bertanggungjawab terus kepada guru KH Memastikan semua penolong-penolong di
bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan
Melaporkan kepada guru berkenaan kejadian spt kemalangan, alat-alat yang rosak atau hilang
d) Tugas Pelajar
ii. Tugas Ketua Kebersihan Bertanggungjawab untuk bersama-sama
pembantunya empat atau lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuang sampah dari tong sampah
Memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir
Melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pembersihan yang dibuat
d) Tugas Pelajar
iii. Tugas Ketua Alatan Bertanggungjawab untuk bersama-sama
pembantunua untuk mengagihkan alatan kepada pelajar-pelajar
Memungut semula alatan dan meletakkannya pada rak panel alatan
Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat alatan yang rosak, patah ataupun hilang
d) Tugas Pelajar
iv. Tugas Ketua Projek Bertanggungjawab untuk bersama-sama
pembantunya bagi mengedarkan bahan projek kepada pelajar-pelajar semasa kelas dimulakan
Memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan dimasukkan semula ke dalam rak projek/almari/tempat penyimpanan projek belum siap
Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat projek yang rosak, pecah atau pun yang hilang
d) Tugas Pelajar
v. Tugas Ketua Keselamatan Bertanggungjawab untuk bersama-sama
pembantu bagi memastikan makmal dalam keadaan selamat
Memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup, plag kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket
Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat tingkap yang pecah, kunci pintu yang rosak atau terdapat suis, kabel elektrik yang putus atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik
Memastikan pili air ditutup ketat
Tugas Pelajar
Organisasi stor terdiri dari lima bahagian:-i. Bahagian Kawalan Stokii. Bahagian Legar/Lejariii. Bahagian Penstoraniv. Bahagian Pembungkusan dan
Penghantaranv. Bahagian Akaun
e) Organisasi Stor
i. Bahagian Kawalan Stok Bahagian ini bertanggungjawab ke atas
perancangan dan organisasi stok seperti:-i. Menentukan barang dikeluarkan secara teratur
dan betulii. Menentukan kuantiti barang yang akan
dikeluarkaniii. Menentukan kod barangiv. Menyediakan dan mengemaskini katalogv. Menguruskan pembelian barang
e) Organisasi Stor
ii. Bahagian Legar/Lejar Bahagian ini bertanggungjawab:
a) Mencatit kad-kad lejar
b) Mencatit harga ke atas Baucer Pemesanan-Pengeluaran Barang-barang
iii. Bahagian Penstoran Bahagian ini bertanggungjawab untuk
menerima, menyimpan, mengeluar, mengangkut barang-barang dan lain-lain
e) Organisasi Stor
iv. Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran
Bahagian ini bertanggungjawab membungkus barang-barang dan menghantarnya ke destinasi berkenaan
v. Bahagian Akaun Bahagian ini bertanggungjawab ke atas segala
hal ehwal akaun dan kewangan stor
e) Organisasi Stor
i. Lokasi Stok
ii. Penggunaan Maksima Ruang
iii. Sistem Lokasi Stok
iv. Penggunaan Rak yang Boleh Diubah
v. Keteguhan Rak-rak
vi. Peraturan Am Penstoran
vii. Kandungan Sesuatu Bekas
f) Sistem Penyimpanan Stok
viii. Penstoran Barang Berat
ix. Penstoran Barang-barang dalam Bekas Standard
x. Penstoran Barang-barang Terlerai
xi. Pembahagian Ruang Stor
xii. Peraturan Menindan Barang-barang
xiii. Penstoran Barang-barang Berharga dan Menarik
xiv. Penstoran di Tempat Lapang
f) Sistem Penyimpanan Stok
1. Lokasi Stok
Lokasi stok bagi semua barang-barang hendaklah direkodkan di dalam lejar atau kad kawalan stok dan kad petak
2. Penggunaan Maksima Ruang
Ruang digunakan sepenuhnya Penggunaan ruang tertakluk kepada faktor-
faktor:- Keselamatan Kemudahan pengeluaran Verifikasi Kekemasan stor
3. Sistem Lokasi Stok
Dirangka semudah mungkin Setiap stor hendaklah mempunyai satu
sistem lokasi stok yang tetap
4. Penggunaan Rak yang Boleh Diubah
Penggunaan rak yang boleh diubah digunakan untuk membolehkan penyimpanan berbagai jenis barang dengan lebih baik dan cekap
Jika keadaan membenarkan rak-rak bolehlah dilapis atau ditingkatkan untuk penggunaan ruang sepenuhnya
5. Keteguhan Rak-rak
Jika rak-rak, almari dan laci-laci didapati herut, tidak lurus atau tidak tegap, ianya hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Ketua Jabatan untuk diperbaiki
6. Peraturan Am Penstoran
Ruang stor hendaklah dibahagikan kepada beberapa seksyen atau kumpulan seperti seksyen alat tulis, alat jahitan, alatan elektrik dan lain-lain
Barang-barang bagi setiap seksyen hendaklah disimpan dalam susunan abjad
Jika peraturan ini tidak dapat dipatuhi disebabkan oleh ukuruan, jenis, berat atau ruang rak tidak mengizinkan, lokasi stok hendaklah dicatat diatas kad lejar atau kad kawalan stok
7. Kandungan Sesuatu Bekas
Seberapa boleh, satu-satu bekas itu hendaklah mengandungi hanya barang-barang yang bernombor kod dan berupa bentuk yang sama sahaja
8. Penstoran Barang Berat
Semua barang-barang berat hendaklah diletakkan di tempat yang paling bawah sekali untuk keselamatan
9. Penstoran Barang-barang dalam Bekas Standard
Jika barang-barang dibekalkan oleh pembekal dalam bekas yang standard seperti bungkusan, kotak, tin dan sebagainya seberapa boleh barang-barang tersebut hendaklah disimpan dalam bekas asalnya supaya labelnya dapat dilihat
10. Penstoran Barang Terlerai
Barang terlerai hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang berukuran standard dan disimpan mengikut bilangan atau unit untuk memudahkan pengeluaran
Barang-brang yang tidak boleh dibungkus seperti alat perkakas hendaklah disusun atau ditindih dengan baik dan dicegah dari berkarat, rosak dan sebagainya
11. Pembahagian Ruang Stor
Ruangan stor yang dibahagikan mengikut seksyen atau kumpulan hendaklah diberi tanda pengenalan dengan menggunakan sistem rujukan samada menggunkan susunan abjad atau nombor atau kedua-duanya sekali
12. Peraturan Menindan Barang- barang
Seberapa boleh tindanan barang janganlah terlalu tinggi
Faktor-faktor berikut hendaklah dipertimbangkan semasa menindan barang:-
a. Senang dikendali dan memudahkan pengeluaran stok mengikut sistem masuk-dahulu-keluar-dahulu (FIFO)
b. Kemungkinan peti-peti di lapisan bawah ditindan oleh peti yang lebih berat
c. Barang-barang mudah terbakar
d. Kesenangan penyemakan stok dan rancangan pengiraan pusingan stok
e. Susunan atau lapisan yang paling selamat adalah setinggi di antara dua hinggan tiga meter melainkan jika “fork lift” digunakan
12. Peraturan Menindan Barang- barang
13.Penstoran Barang-barang Berharga dan Menarik
Barang-barang berharga dan menarik yang senang dicuri hendaklah disimpan di dalam almari atau tempat yang berkunci
Kunci hendaklah disimpan oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab
Semua pengeluaran hendaklah dibuat oleh pegawai tersebut melainkan dalam hal-hal tertentu sahaja
14. Penstoran di Tempat Lapang
Barang-barang besar yang tidak mudah rosak jika terdedah kepada cuaca panas atau hujan bolehlah disimpan di tempat lapang yang berpagar
1. Jenis-jenis Senggaraan
2. Langkah-langkah Kawalan Senggaraan
PENYENGGARAAN BENGKEL
DEFINISI PENYELENGGARAAN: Menjalankan kerja-kerja merancang dan
mengurus aktiviti penyenggaraan
DEFINISI PENYENGGARAAN: Melakukan aktiviti menjaga atau menservis
sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih, perabot atau bangunan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna
PENYENGGARAAN BENGKEL
1. Jenis-jenis Senggaraan
a) Senggaraan Kawalan
b) Senggaraan Pembetulan
c) Senggaraan Ramalan
a) Senggaraan Kawalan
Senggaraan yang paling berkesan kerana senggaraan dilakukan sebelum peralatan, mesin dan bangunan menjadi rosak
Ia dilakukan berterusan dari masa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang telah ditetapkan
Senggaraan ini lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja senggaraan berterusan tetapi untuk jangka panjang cara ini menguntungkan kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan
Senggaraan kawalan mengandungi
i. Reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang digunakan
ii. Pemeriksaan logi dan alatan mengikut jadual untuk mengelakkan kerosakkan daripada berlaku
iii. Membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa sempurna
iv. Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan perlindungan spt mengecat peralatan dan bangunan
a) Senggaraan Kawalan
Senggaraan jenis ini hanya dilakkan selepas sesuatu peralatan itu rosak
Kerja-kerja senggaraan tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan yang berlaku
Biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan yang kecil dan yang tidak digunakan terlalu kerap
Walaupun kos senggaraan jangka pendek adalah rendah namun untuk jangka masa panjang ia mungkin menjadi terlalu tinggi
b) Senggaraan Pembetulan
Senggaraan Ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan kerosakan
Biasanya peralatan seperti alat penganalisis gegaran dan amplitud, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu dan tolok rintangan digunakan untuk meramal kemungkinan berlakunya kerosakan
c) Senggaraan Ramalan
Senggaraan ini banyak dilakukan dalam industri yang melibatkan penggunaan alatan elektronik seperti komputer kerana: Peralatan yang digunakan mempunyai
bahagian yang kecil dan rumit untuk disenggara setiap hari
Bahagian-bahagian pada alatan elektronik tidak membolehkan kerja-kerja servis dilakukan
c) Senggaraan Ramalan
2. Langkah-langkah Kawalan Senggaraan
Keberkesanan sistem senggaraan bergantung kepada kerja-kerja merekod aktiviti senggaraan
Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan yang lebih berkesan
Langkah-langkah yang diambil sebelum sesuatu kerja senggaraan dijalankan:-
i. Arahan Kerja
ii. Jadual Kerja
iii. Kos Senggaraan
iv. Belanjawan
v. Rekod Alatan
2. Langkah-langkah Kawalan Senggaraan
1. Arahan Kerja
1. Mandur akan memaklumkan tentang kerosakan yang berlaku
2. Ketua Bahagian Senggaraan akan mengeluarkan arahan kepada kakitangan bahagian untuk menyelesai masalah yang dihadapi
3. Selepas kerja selesai kakitangan akan merekodkan maklumat spt kerja yang dilakukan, masa yang diambil, kos alat ganti yang digunakan, bilangan pekerja yang diperlukan dan sebagainya
2. Jadual Kerja
Jadual kerja disediakan oleh Penasihat Kawalan Bahagian Senggaraan dengan bantuan mandur
Pihak ini bertanggungjawab menganggarkan jumlah pekerja dan masa yang diambil untuk sesuatu jenis kerja senggaraan yang diperlukan
Tujuan memudahkan bahagian senggaraan mengagih-agihkan kakitangan sekiranya kerosakan berlaku serentak
3. Kos Senggaraan
Kos senggaraan = Jumlah kos pekerja +
kos bahan ganti
4. Belanjawan
Belanjawan dibuat setahun sekali Jumlah wang yang diperuntukkan ke
bahagian senggaraan bergantung kepada kos senggaraan yang telah dibuat dalam masa setahun
Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan dijadikan asas dalam jumlah peruntukan tahunan
5. Rekod Alatan
Rekod alatan penting dalam sesuatu program senggaraan
Rekod ini mengandungi semua data alatan seperti nombor siri, pembekal, kos membeli dan sebagainya
SEKIAN
top related