profesor emeritus nik safiah karim
Post on 04-Apr-2018
335 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
1/21
Pendahuluan
Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi,
berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa
pengantar di pusat pendidikan Islam.Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah
dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Tindakan British menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar jelas
menjejaskan taraf dan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tanah
melayu. Oleh itu,pelbagai pertubuhan dan tokoh telah muncul untukmemperjuangkan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan Bahasa
Melayupramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan taraf atau
status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era Bahasa Melayu
pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950). Persatuan ini
terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau
ringkasnya ASAS 50 telah ditubuhkan di Singapura. Antara tokoh-tokoh penting
ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas, Usman Awang atau
Tongkat Waran (Lihat Rajah 3.2), Masuri S.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul
Wahab Muhamad atau Awamil,Sarkam, Asraf dan Hamzah.
Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan Bahasa Melayu telah mendorong
sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh guru-guru Melayu dikenali sebagai
Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951. Pertemuan guru-guru Melayu
yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan
untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan Bahasa
Melayu. Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan
kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Pertubuhan ini
didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951.Dari segi perkembangan
Bahasa Melayu, tahun 1950-an menyaksikan pertumbuhan subur buku-buku
tatabahasa Bahasa Melayu. Minat dalam kalangan penulis Melayu sendiri semakin
tinggi. Buku-buku yang digunakan untuk pelajaran Bahasa Melayu pada tahun 1956
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
2/21
merupakan buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Terjemahan Melayu, Maktab
Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Antaranya ialah Ilmu Mengarang
Melayudan Pelita Bahasa Melayu tulisan Zaba. Perjuangan dalm perkembangan
bahasa Melayu menjadi kukuh apabila tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka
pada 16 september 1965 dalam Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.
Dalam memperjuangkan bahasa Melayu pula,muncul beberapa tokoh seperti Nik
Safiah Karim, Zaba dan. Tokoh-tokoh tersebut banyak memainkan peranan dalam
perkembangan bahasa Melayu moden.
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
3/21
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
4/21
Profesor Emeritus
Datuk Dr Nik Safiah Binti Haji Abdul Karim
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
5/21
Latar Belakang Nik Safiah Abdul Karim
Professor Emeritus Datuk Dr Nik SafiahBinti Haji Abdul Karim dilahirkan pada
17 Disember 1939 di Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan.
Dalam bidang akademik, beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah
Inggeris Perempuan Kota Bharu (sekarang Sekolah Rendah Zainab) dan kemudian
melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala
Lumpur (sekarang Kolej Tunku Kurshiah, Seremban) sehingga tamat Scholl
Certificate. Setelah lulus Higher School Certificate pada tahun 1959 di St. Francis
Institution, Melaka, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya sehingga
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik
(1965). Pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang
Linguistik dari Ohio University, USA.
Kerjaya akademiknya bermula sebagai tutor di Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya pada tahun 1963, diikuti dengan jawatan pensyarah dan professormadya juga di Jabatan yang sama. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Professor
Pengajian Melayu.
Pada tahun 2002, setelah bersara, beliau diberi penghormatan oleh Universiti
Melayu melalui pelantikan sebagai Professor Emeritus. Dalam pentadbiran, beliau
telah dilantik ke beberapa jawatan, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains
Sosial sebanyak dua kali (1982-1983 dan 1992-1994), Ketua Jabatan Pengajian
Melayu (1984-1986) dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu (1990-
1992). Pada tahun 1989 hingga 1990, beliau dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan
Pustaka sebaga i Timbalan Ketua Pengarah. Beliau telah bersara wajib dari
Universiti Malaya pada bulan Disember 1994 tetapi telah disambung secara kontrak
dengan memegang Kursi Pengajian Melayu sehingga Disember 1999. Beliau
seterusnya diiktiraf sebagai Professor Adjing sehingga akhir tahun 2000. Beliau
amat aktif dalam badan-badan professional.
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
6/21
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
7/21
PROFIL NIK SAFIAH ABDUL KARIM
Suami: Mohd Zain Omar.
Ibu: Nik Mas Ismail.
Bapa:Abdul Karim Abdul Malek
Adik-beradik :
1)Allahyarhamah Nik Fatimah (pensyarah)
2)Allahyarhamah Nik Zainab (pensyarah)
3) Dr Mohd Zin,
4) Nik Mustafa, (polis)
5) Nik Safiah,
Anak:
1) Dr Nik Norsuzet,
2) Nik Izham, (jurutera)
3)Puan Seri Sazlina, (peguam)
4) Dr Nik Saliza , (doktor gigi)
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
8/21
Pengiktirafan dan anugerah
Kegigihan Datuk Dr. Nik yang tidak pernah mengira penat amatlah disegani
ramai. Atas jasa dan sumbangannya, beliau telah diberikan anugerah dan bintang.
Pada tahun 1989 beliau dikurniakan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN).
Seterusnya pada tahun 1995 beliau menerima kurniaan Johan Mangku Negara
(JMN). Manakala pada tahun 1997 beliau telah dikurniakan Johan Panglima Negara
(JPN) yang membawa gelaran Datuk.
Beliau juga telah menerima Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah-Avonbagi kecemerlangan dalam bidang pendidikan sebagai Ibu Ilmuwan pada 1995.
Kecemerlangan yang berjaya dicapai juga menjadi kebanggaan sekolah beliau.
Dalam Perayaan sempena 50 Tahun Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku
Kurshiah pada 1997 belaiu telah dianugerahkan wanita cemerlang.
Sumbangan dalam bidang bahasa juga diiktiraf dengan anugerah Tokoh
Ilmuwan Bahasa dan Pingat Emas Tun Fatimah pada tahun 2001. Beliau juga juga
diiktirafkan oleh pihak Universiti dengan anugerah Ijazah Kehormat Doktor
Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2003.
Tambahan pula setelah beliau bersara, Universiti Melayu memberi
penghormatan melalui pelantikan beliau sebagai Professor Emeritus pada 2002.
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
9/21
Bidang penulisan
Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim juga telah banyak menyumbang dalam bentuk
penulisan dan penyertaan dalam persidangan samada mengenai isu wanita maupun isu
bahasa.
Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku tentang pengajian wanita dan pada
masa kini menjadi pensyarah sambilan di Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya.
Sejak kebelakangan ini, beliau telah berganding bahu bersama Dr. Rokiah Talib dalam
penulisan biografi wanita tanahair. Tindakan ini amat bermakna kerana merupakan satuinisiatif wanita menulis mengenai sumbangan wanita.
Beliau juga telah menghasilkan belasan buah buku dan ratusan makalah mengenai isu
bahasa. Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (yang ditulis bersama tiga
orang ahli bahasa yang lain), Bahasa Malaysia Syntax, Beberapa persoalan Sosiolinguistik
Bahasa Melayu dan Malay Grammar for Academics and Professionals.
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
10/21
Peranan Nik Safiah Karim dalam
Perkembangan Bahasa Melayu
Nik safiah karim banyak memainkan peranan dan sumbangan dalam perkembangan
bahasa melayu terutamanya dalam bidang linguistik. Beliau menjadi salah seorang
pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan pernah menerajuinya sebagai Presiden
selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat persatuan tersebut. Dalam
pergerakan wanita beliau telah mengasaskan dua buah persatuan wanita., iaitu
PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam) dan Persatuan Siswazah
WanitaMalaysia. Dalam PERTIWI, beliau kini menjadi ketua I. Beliau pernah dilantikNaib Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia. Pada tahun 1978 beliau
telah dilantik ke majlis Penasihat Kebangsaan bagi Mengintegrasikan Wanita dalam
Pembangunan (NACIWID), sebuah badan penasihat tertinggi bagi menasihati
kerajaan tentang hal ehwal wanita. Kini nama badan tersebut telah diubah kepada
Majlis Penasihat Wanita Negara dan beliau sebagai Pengerusi Majlis itu hingga
sekarang. Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah terkenal dalam bidang bahasa.
Beliau telah menghasilkan belasan buah buku dan ratusan makalah tentang bahasa.
Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan ( yang ditulis bersama tiga
orang ahli bahasa yang lain), Bahasa Malaysia Syntax, Beberapa persoalan
Sosiolinguistik Bahasa Melayudan Malay Grammar for Academics and
Professionals. Beliau menjadi pakar rujuk bahasa bukan sahaja dalam negara
malahan juga diluar negara. Misalnya oleh Kementerian Pelajaran Singapura dan
Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam. Beliau telah berkhidmat dalam Lembaga
Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka selama 14 tahun. Beliau dilantik Ahli
Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di
pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia
(MABBIM), dan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).
Beliau juga ahli Lembaga Amanah Yayasan Karyawan dan ahli Lembaga Penasihat
Perpustakaan Negara Malaysia. Dalam bidang wanita, Datuk Dr. Nik Safiah telah
banyak menyumbang, sama ada dalam bentuk penulisan ataupun penyertaan dalam
persidangan. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku tentang pengajian
wanita dan pada masa kini menjadi pensyarah sambilan di Rancangan Pengajian
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
11/21
Gender, Universiti Malaya. Akhir-akhir ini beliau menumpukan perhatian (bersama
Dr. Rokiah Talib) terhadap penulisan biografi wanita. Atas jasa dan sumbangannya,
beliau telah diberikan anugerah dan bintang. Pada tahun 1989 beliau dikurniakan
pingat Kesatria Mangku Negara (KMN), pada tahun 1995 Johan Mangku Negara
(JMN) dan pada tahun 1997 Johan Panglima Negara (JPN) yang membawa gelaran
Datuk. Beliau telah menerima Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah-Avon
bagi kecermelangan dalam bidang pendidikan (1995), Anugerah Wanita Cemerlang
sempena Perayaan 50 Tahun Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah
(1997), Tokoh Ilmuwan Bahasa (2001), Pingat Emas Tun Fatimah (2001) dan Ijazah
Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2003).
PERNYATAAN PERJUANGAN Kedudukan dan Kedaulatan Bahasa Melayu Bahasa
lazimnya berkembang
secara evolusi dan mengambil masa yang panjang. Oleh itu, janganlah dilihat
perjuangan bahasa dalam masa lima atau sepuluh tahun tetapi sebaliknya dalam
konteks puluhan, bahkan, ratusan tahun. Untuk sekian lama, bahasa Melayu telah
mengalami perkembangan dan kemajuan yang membanggakan, terutama dalam
tahun-tahun selepas tercapainya kemerdekaan. Apa-apa rintanganyang dihadapisekarang hendaklah dilihat sebagai masalah sementara. Bagi bahasa Melayu, yang
penting ialah agar perjuangan untuk mempertahankan kedudukan serta
kedaulatannya dijalankan secara berterusan, tanpa jemu-jemu. Sejarah telah
membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu berperanan dalam pelbagai situasi
dan latar. Maka demikian jugalah dengan bahasa Melayu dalam zaman yang penuh
cabaran ini. Datuk Profesor Dr. Nik Safiah Karim Catatan Muring-Wien: Sebagai
salah seorang murid yang kemudian menjadi rakan dalam pekerjaan di Universiti
Malaya memang tidak ternafi tokoh begitu kukuh dengan asas mengajar dan
memajukan bahasa Melayu. Beliau telah banyak menulis dan menghasilkan buku,
kertas kerja, dan makalah dalam bidang Bahasa dan pengajian wanita. Antara
bukunya yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (dengan tiga orang penulis lain),
Yang Indah Itu Bahasa (Jilid I), Bimbingan Pelajar Bahasa Kita (Jilid 2), Beberapa
persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu, dan Bahasa Melayu Grammar untuk
Akademisi dan Profesional. Kini, beliau muncul semula dengan buku baru yang
lengkap sebagai rujukan umum iaitu sebuah ' Liku-liku bahasa '.
Buku ini bertujuan untuk memenuhi keperluan peminat bahasa, guru bahasa, para
pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin mendalami penggunaan Bahasa Malaysia
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
12/21
dengan lebih cemerlang. Perbincangan dibahagikan kepada tiga bidang. Dua bab
pertama menumpukan perhatian terhadap persoalan ejaan dan kamus, kerana ini
amat penting difikirkan perlu diulangi dan ditegaskan serta kepada para pembaca.
Bahagian kedua menumpukan perhatian kepada aspek-aspek Sintaksis, iaitu ayat.
Penekanan adalah huraian semua untuk memberi penjelasan. Kadang-kadang mirip
pendekatan kepada aspek-aspek yang mendapat tekanan dalam peperiksaan
kertas-kertas agar para pelajar dan guru mendapat manfaat sepenuhnya daripada
buku ini. Diharapkan juga agar, kemunculan buku ini dapat membasmi rojak
penggunaan bahasa yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita.
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
13/21
Pendeta zaba
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
14/21
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
15/21
Zainal abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan paggilan Zaba dilahirkan
pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak. Oleh
itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-
Quran terus-menerus siang dan malam. 3 tahun kemudian beliau tamat mengaji Al-
Quran dan mahir dalam rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji.
Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi, beliau
turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang. Pada tahun 1910, beliau
melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior
Cambridge dalam tahun1915. Zaba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa
Melayu di English College, Johor Bahru dalam tahun 1916. Pada tahun ini juga,
beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu,
Kuala Kangsar. Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang.
Beliau telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan
terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Pada tahun 1939, Zaba bertugas di Pejabat
Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan
Melayu. Semasa zaman Jepun, Zaba bertugas sebagaijuruhebah perang dalam
Bahasa Inggeris di radio Singapura. Pada tahun 1946, Zaba bertugas pula sebagai
Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur. Di samping
ini juga, beliau banyak mengarang buku-buku untuk sekolah-sekolah Melayu. Buku
yang paling penting menjadi bahan rujukan tentang bahasa Melayu iaitu 'Pelita
Bahasa Melayu'. Beliau juga ada menterjemah kesusasteraan dalam bahasa asing
yang terkenal ke dalam Bahasa Melayu. Zaba juga menerbitkan buku Ilmu
Mengarang Melayu yang menjadi buku teks bagi sekolah-sekolah selepas Perang
Dunia Kedua. Beliau juga telah menulis rencana dalam Journal Of Malayan Branch
Royal Asiatic Society (JMBRAS) bagi memperkenalkan kesusuteraan dn
kebudayaan Melayu kepada orang-orang asing. Zaba juga menulis mengenai
bidang ekonomi, agama dan sikap Melayu. Dalam bidang ini, beliau menyentuh
mengenai kemiskinan dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu.
Buku-buku yang dihasilkan ialah 'Falsafah Takdir Penggal Satu' yang telah
mendapat tentangan dan 'Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kada'
dan Kadar' yang telah diharamkan di Perak. Pada tahun 1947, beliau dihantar ke
London sebagai Pensyarah di Universiti London. Sekembalinya dari London pada
tahun 1953, beliau telah dilantik menjadi Pensyarah di Universiti Singapura
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
16/21
(Bahagian Melayu) merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti
tersebut. Beliau telah mengambil ujian Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London
dalam tahun 1953 ketika berusia 58 tahun. Beliau berjaya mendapat Ijazah kelas
dua. Antara tahun 1951 dan tahun 1955, Singapura. Artikal-artikal yang ditulisnya
adalah mengenai bahasa dan agama. Zaba terlalu cermat dan teliti terutamanya
yang berkaitan dengan bahasa. Menurut teman-teman rapatnya, kebanyakan surat-
surat yang mereka kirimkan kepadanya selalu dikembalikan dengan pembetulan-
pembetulan yang dibuatnya di dalam surat tersebut.
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
17/21
Pengiktirafan dan anugerah
. Memandangkan jasa-jasa Zaba dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu
beliau telah dianugerahkan gelaran 'Pendeta' pada tahun 1956, iaitu sewaktu
diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru. Dalam tahun
1959, Zaba telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti
Malaya sebagai membalas jasa dan baktinya kepada bahasa dan persuratan Melayu
yang tidak ada tolok bandingannya. Pada tahun 1962, Zaba telah menerima satu
lagi penganugerahan, iaitu Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri
Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia yang bergelar Datok dan
kemudiannya Tan Sri. 23 Jun 1973 merupakan Hari Konvensyen pertama
Unversiti Kebangsaan Malaysia dan perlantikan Tun Razak sebagai Canselor
pertama Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sini sekali lagi Zaba
dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan. Pemilihannya sebagai seorang
pejuang dan pencita bahasa dan sastera Melayu oleh Universiti yang telah didirikan
dengan aspirasi kebangsaan amat tepat sekali. Ia adalah lambang dari perjuangan
bahasa dan persuratan Melayu. Malangnya Zaba tidak dapat hadir untuk menerima
ijazah tersebut kerana uzur. Sejak meletakkan jawatan, beliau tidak lagi bergiat
dalam kegiatan bahasa dan persuratan Melayu. Akhinya, pada hari Selasa 23Oktober 1973, beliau telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan jasa dan
baktinya yang tidak ternilai.
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
18/21
Peranan zaba dalam perkembangan bahasa melayu
Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an
lagi. Sepanjang kerjayanya selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara
aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial
serta politik tanah air. Za'ba merupakan penulis rencana dan esei yang
berbakat istimewa dan gigih, sama ada
dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu
prolifik mencakupi bidang bahasa,
sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik.
Kegiatan penulisannya sentiasa dibendung oleh kerajaan kolonial British, terutamasepanjang dia berada di
MPSI. Walau bagaimanapun, dia tetap aktif dan banyak tenaganya
ditumpukan ke arah penerbitan buku
sekolah dan buku bacaan umum di Biro Penterjemahan (pejabat Karang
Mengarang) MPSI, selain memberi
perhatian yang khusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan
bahasa Melayu. Beberapa buah buku
penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan di maktab
dan institusi pengajian pada masa itu,
bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antara karyanya ialah Ilmu Bahasa
Melayu (1926), Rahsia Ejaan
Jawi (1929), Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar
Ejaan Melayu: Jawi-Rumi
(1938), dan tiga jilid dalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan
1949).
Dia juga terlibat secara aktif dalam gerakan pembaharuan Islam dan menghasilkan
beberapa buku tentang
agama Islam. Antaranya ialah Falsafah Takdir (1932), Pendapatan
Perbahasan Ulama pada Kejadian
Perbuatan dan Perusahaan Hamba (1934), dan Asuhan Budi Menerusi
Islam (1958). Buku kedua Za'ba itu
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
19/21
telah diharamkan pengedarannya di negeri Perak oleh pihak berkuasa pada
zaman tersebut.
Setelah Perang Dunia Kedua tamat, Za'ba bergiat aktif dalam pertubuhan politik
tanah air. Dia menjadi Yang
Dipertua Persatuan Melayu Selangor (PMS) menggantikan Tengku Ismail.
Dia dilantik sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu Se-Malaya yang berlangsung
dari 1 hingga 4 Mac 1946, yang
kemudian melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Pada tahun 1956, Za'ba mengetuai
satu lagi kongres yang penting bagi bangsa Melayu. Kali ini ialah Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu
ketiga, dan pada akhir kongres ini Za'ba dianugerahi gelaran "Pendeta". Ini
dilakukan kerana mengenang
jasanya yang tidak terhingga dalam bidang bahasa. Walaupun
penglibatannya dalam bidang-bidang lain tidak
boleh diperkecil, tetapi sumbangan dan tulisannya dalam bidang bahasa
yang paling menonjol. Dalam
pendahuluan Pelita Bahasa Melayu Penggal I misalnya, dia mencatatkan
kegigihannya menerapkan nahu Arab
dan Inggeris kepada bahasa Melayu. Dengan itu dia menjadi sarjana
Melayu yang pertama menghasilkan
huraian tatabahasa Melayu yang lengkap dan mendalam.
Atas segala khidmatnya Za'ba telah diberikan beberapa anugerah dan ijazah
kehormat, iaitu Ijazah Kehormat
Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959), Ijazah Kehormat Doktor
Persuratan oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia (1973), dan darjah Panglima Mangku Negara
(P.M.N.) oleh Yang di-Pertuan Agong
yang membawa gelaran Tan Sri (1962).
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
20/21
-
7/31/2019 Profesor Emeritus nik safiah karim
21/21
Rumusan
Pada 31 0gos 1957, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung
dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa
kebangsaan ialah bahasa Melayu. Hal ini berkaitan dengan dengan perjuangan
tokoh-tokoh bahasa Melayu yang sentiasa memperjuangkan bahasa Melayu
sehingga bahasa Melayu secara rasmi menjadi bahasa kebangsaan di Tanah
Melayu. Tokoh-tokoh seperti Nik Safiah Karim dan Zaba pula banyak memainkan
peranan dalam perkembangan bahasa Melayu. Perjuangan para tokoh-tokoh
terdahulu haruslah sentiasa dikenang kerana mereka telah banyak berjasa kepada
negara terutamanya dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga bahasa Melayu
menjadi antara bahasa yang disegani di peringkat global. Kini,banyak universiti
antarabangsa yang menawarkan kursus dalam bidang bahasa Melayu. Hal ini
membuktikan bahasa Melayu kini menjadi bahasa yang penting di peringkat dunia.
Maka tidak hairanlah jika kita mendengar oaring dari negara asing terutamanya dari
negara-negara mampu menutur bahasa Melayu dengan baik.
top related