prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
Post on 10-Apr-2018
230 Views
Preview:
TRANSCRIPT
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 1/16
Bab III
Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan
Bahagian ini menerangkan rekabentuk ataupun kaedah yang digunakan dalam kajian dan
beberapa perkara berkaitan dengan apakah yang akan dibincangkan. Antaranya ialah
mengenai pemilihan sampel, instrumen kajian, prosidur kajian dan penganalisaan data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian tinjauan yang berbentuk diskriptif di mana
ia bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji (Mohd Majid Konting, l990).
Bentuk kajian yang dibuat adalah berkenaan dengan analisis kos dan faedah pelaburan
dalam pendidikan menengah kebangsaan dan pendidikan teknik/vokasional.
Metodologi penyelidikan bagi kajian ini menjurus kepada beberapa aspek iaitu:
a. pendekatan bagi mengumpul data;
b. jenis data yang hendak dikumpulkan;
c. pengubahsuaian maklumat dan data yang diterima; dand. model statistik dan kajian rintis.
107
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 2/16
3.3 Pendekatan untuk Mengumpul Maklumat
Pendekatan dalam pengumpulan maklumat pada masa sekarang akan dijadikan satu
panduan untuk menganggarkan pendapatan pada masa depan dan pada semua masa. Ini
bermakna pekerja-pekerja pada masa sekarang dianggarkan akan menerima pendapatan
yang sama pada masa depan ini bagi memudahkan pengiraan.
Fungsi ini dibina berdasarkan model regrasi mudah bertujuan untuk membuat pengunjuran pendapatanyang akan diperolehi oleh pekerja yang dikaji. Fungsi ini pernah diutarakan oleh Jacob Mincer (1974)
dengan menggunakan fungsi semilogaritima LnY = a + bS + cX + dX2 di mana Y adalah pendapatan, Slama masa persekolahan, X pengalaman bekerja, a pemalar sementara c dan d adalah angkali kecerunan
yang menunjukkan peratusan perubahan dalam lama masa persekolahan/pengalaman akan mempengaruhi
peratusan dalam peningkatan pendapatan. Fungsi ini juga pernah digunakan oleh ahli ekonomi dalam
menganalisa teori gelagat pengguna, teori pengeluaran dan teori kos oleh Ferguson (1975), Mahzan (1979)
dan Doll (1979).
Bagi kajian ini fungsi regrasi mudah akan digunakan untuk membuat unjuran pendapatan
yang diterima oleh responden. Rumusnya seperti di bawah:
Y = f (x)
Y = a + bX fungsi linear Y = a +bX+cX2 fungsi Kuadratik Y = a+bX+cX2+dX3 fungsi Kubik Y = Pendapatan yang diunjurkan
f(x) = Pendapatan berfungsi kepada umur/pengalaman
a = Pemalar/pintasan
b,c & d = kecerunan
X=PengalamanSumber: Mincer (1974), Psacharopoulos & Woodhall (1993).
Penggunaan regrasi tiga fungsi iaitu Linear, Kuadratik dan Kubik adalah bersesuaian
dengan data yang hendak digunakan. Ini kerana data mentah (pendapatan responden)
yang diterima adalah dalam keadaan berselerak pada sesuatu tingkat umur. Sekiranya
108
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 3/16
fungsi linear sahaja digunakan kemungkinan besar ada data-data yang terpaksa diabaikan
semasa membuat pengunjuran.
3.4 Kajian Rintis
Kajian ini telah dijalankan pada bulan Mei, 2002 dengan mengambil 22 orang
responden lepasan SPM dan 22 orang Responden lepasan SPMV yang telah bekerja
sebagai sampel untuk mengira pendapatan. 30 orang pelajar sekolah rendah, menengah
dan teknik bagi mengira kos persendirian. Bagi mengira kos sosial 3 buah sekolah iaitu
sekolah rendah, menengah dan teknik telah dipilih. Pemilihan tiga kadar bunga
(faedah iaitu 0%, 12% dan 25%), bertujuan untuk mencari IRR yang dianggarkan
berada di antara nilai-nilai tersebut. r=12% akan menghasilkan NPV yang positif
sementara r=25% akan menghasilkan NPV yang negatif. IRR akan terhasil apabila
NPV=0. Hasil dari kajian rintis ini dapat dilihat dalam Jadual 3.1.
Jadual 3.1: NPV dan IRR (Kadar Pulangan Sosial) Bagi Lepasan Sekolah
Menengah Kebangsaan dan Teknik
Nilai Kini bersih (NPV) Kadar . PulanganPerkara r=0% r=12% r=25% Dalaman .
. (IRR)(fungsi linear)
Sek Men Biasa RM 271937.7 2151.17 -6835.79 15.11%Sek Men Teknik 1891010.15 48288.22 -3304.6 24.17%(fungsi Kuadratik)
Sek Men Biasa RM 150328.48 1137.43 -6853.66 13.9%Sek Men Teknik 5320850.06 7653757.44 -2280.49 24.7%(fungsi Kubik)Sek Men Biasa RM 150328.48 1137.43 -6853.66 13.9%Sek Men Teknik 5320850.06 116676.13 -1791.42 24.8%
109
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 4/16
Rajah 3.1: NPV dan IRR bagi Kedua-dua jenis Sistem Persekolahan (fungsi Linear)
RM (000)’
NPV
200 -
100 -
SMK SMT
0 15% 24% IRR
Berdasarkan Rajah 3.1 di atas jelas menunjukkan NPV dan IRR bagi sekolah menengah
teknik aliran vokasional adalah lebih tinggi. Ini menunjukkan pelaburan dalam bidang
pendidikan tersebut sentiasa mengatasi pulangan pelaburan dalam pendidikan sekolah
menengah biasa. Melalui analisis Keluk Lorenze pula, menunjukkan perbezaan yang
ketara penerimaan pendapatan di kalangan pekerja lepasan sekolah menengah teknik.
Terdapat pekerja yang mempunyai pendapatan terlalu tinggi dan ada yang agak rendah.
Ini dapat dilihat melalui garisan yang melengkung ke bawah agak lebar. Berbanding
dengan pelajar lepasan sekolah menengah biasa, didapati pendapatan yang diterima oleh
mereka hampir sama di antara seorang pekerja dengan pekerja yang lain melalui garisan
yang melengkung tidak begitu lebar ke bawah (Rajah 3.2).
110
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 5/16
Rajah 3.2: Keluk Lorenze Menunjukkan Perbezaan Pendapatan Lepasan Sekolah
Teknik dan Kebangsaan
0 25 50 75 100Peratus Kumulatif Pendapatan
Melalui Analisis ANOVA pula terdapat perbezaan ketara pendapatan di antara dua
kumpulan responden. Pendapatan lepasan SMT aliran vokasional (SPMV) lebih tinggi
berbanding dengan lepasan SMK (SPM).
111
Peratus
Kumulatif
Responden
100
SMT
SMK
Peratus Kumulatif
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 6/16
Jadual 3.2: Analisis Varian
SSB C-1 PURATA FGANDADUA
ANTARA KUMPULAN 416,000,000 1 416,330,448 26.28
KALANGAN SSW
KUMPULAN 665,000,000 42 15,873,320
SST
JUMLAH 1,080,000,000 43
Nisbah F (1, 42) dalam Jadual 3.2 di atas menunjukkan nilai 26.28, jika dibandingkan
dengan jadual taburan F atas kadar 5 peratus aras keyakinan yang menunjukkan nilai
4.08. Dengan ini jelas menunjukkan perbezaan yang singnifikan pendapatan antara dua
kumpulan lepasan sekolah tersebut.
3.5 Jenis Data yang Dikumpul
Maklumat-maklumat yang hendak dikumpul ialah berkenaan dengan pendapatan pekerja-
pekerja sektor swasta dan sektor awam. Ia dijadikan ukuran untuk menilai daya saing
mereka dalam pasaran pekerjaan. Bagi mengelakkan daripada berlakunya fenomena gaji
yang sama di antara lepasan sekolah menengah biasa dengan sekolah teknik/vokasional
dalam sektor awam/swasta pendapatan responden di peringkat pelbagai umur diambil
untuk kajian. Pendapatan yang hendak dikira adalah merupakan pendapatan benar bagi
pekerja dengan menolak cukai pendapatan yang dibayar oleh pekerja kepada kerajaan. Ia
112
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 7/16
bertujuan bagi mengelakkan berlakunya terlebih unjuran dalam mengkaji IRR
persendirian. Namun begitu herotan tidak dapat dielakkan dalam pengiraan kerana
masalah pembayaran cukai tidak langsung ke atas penggunaan barangan bercukai tidak
dapat dianggarkan. Walau bagaimanapun dalam perhitungan IRR sosial, cukai tidak
ditolak, sebaliknya pendapatan kasar responden dijadikan sampel dalam mengunjurkan
pendapatan.
Contohnya:Pendapatan Kasar (bonus+elaun+lebihmasa+benafaat) RM XXXXXXTolak:
Pelepasan diri (8,000)Anak (terhad 2 orang) (1,600)KWSP/ Insuran (terhad) /perkeso (5,000)
Pendapatan Bercukai YYYYY @ Kadar Cukai = (ZZZZZZZ)Tolak: rebat diri 350
. Cukai dibayar kepada kerajaan MMMM
Pendapatan kasar yang dikira dalam pengunjuran IRR sosial RM XXXXTolak: cukai dibayar kepada kerajaan MMMMPendapatan Benar yang dikira dalam pengunjuran IRR persendirian BBBBB
*isteri ditaksir berasingan*anak diandaikan 2 orang (banci penduduk tahun 2000, bilangan isirumah = 4.52 orang di peringkat kebangsaan).
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri & Jabatan Perangkaan Malaysia
Temuduga dan borang kaji selidik digunakan bagi memperolehi maklumat yang
disasarkan.
i. Kumpulan sasaran terdiri daripada individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan:
a. pekerja kilang;
b. pekerja sektor swasta seperti Kewangan, Insuran dan Perkhidmatan yang lain;
113
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 8/16
c. para pengusaha yang berkemahiran mengurus bengkel sesuai dengan bidang .
kemahiran mereka di peringkat sekolah; dan
d. pekerja sektor awam lain.
ii. Maklumat berkenaan dengan kos persendirian yang ditanggung oleh pelajar-pelajar
sekolah menengah biasa dan teknik, seperti yuran pengajian, wang saku, alatulis,
pakaian dan beberapa perbelanjaan yang lain sepanjang mereka belajar di sekolah.
iii. Maklumat berkenaan dengan kos sosial yang ditanggung oleh pihak kerajaan
contohnya kos mengendalikan sebuah sekolah seperti PCG ( Percapita Grant ), LPBT
( Lain-lain Perbelanjaan Berulang ) dan kos penyelenggaran yang lain. Maklumat ini
diperolehi daripada pihak sekolah berkenaan PCG yang diperolehi oleh pihak
sekolah di samping kos-kos penyelenggaraan lain yang diterima oleh pihak sekolah.
iv. Perbelanjaan tidak langsung seperti pendapatan yang terlepas oleh seseorang pelajar.
Biasanya lepasan sekolah berumur 18 tahun bukan ditakrifkan sebagai buruh.
3.6 Pengunjuran Maklumat dan Data
Maklumat mengenai pendapatan dan kos kadangkala perlu diubahsuaikan dan diunjurkan
untuk memperolehi Kadar Pulangan Dalaman (IRR) yang tepat. Maklumat tentang
pendapatan yang diperolehi bukan daripada hasil pendidikan mereka tidak boleh diambil
114
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 9/16
kira contohnya kekayaan keluarga dan pendapatan bukan daripada kelayakan SPM dan
SPMV yang diperolehi kerana ia boleh mengherotkan unjuran yang hendak dibuat
(Tsang, 1988). Pengunjuran pendapatan dibuat adalah dengan menggunakan teknik
regrasi (linear, kuadratik dan kubik) hasil dari maklumat tentang pendapatan responden
dikelaskan mengikut umur masing-masing. Setelah pengunjuran pendapatan berdasarkan
umur dibuat, kos sosial dan persendirian hendaklah ditolak diperingkat umur 7 hingga 17
tahun. Walaubagaimanapun pengiraan tersebut perlulah disesuaikan dengan kaedah Nilai
Kini Bersih (NPV). Disebabkan pendapatan yang diperolehi hendaklah diremitkan
nilainya untuk masa kini, satu nilai r perlu ditetapkan bagi mendapatkan NPV (rujuk
lampiran 1). Perolehan NPV sahaja tidak mencukupi untuk mengambarkan
keberuntungan pelaburan. Penggunaan IRR adalah perlu diteruskan, di mana kita
haruslah menyamakan nilai kos dan nilai perolehan pendapatan. IRR akan terhasil apabila
NPV=0, untuk memperolehi nilai NPV=0 nilai r terendah perlu dicuba yang akan
menghasilkan nilai NPV positif sementara nilai r tertinggi akan mengasilkan nilai NPV
yang negatif (teknik cubajaya/interporlation digunakan). Dengan menggunakan formula
di bawah maka nilai IRR dapat dihasilkan.
Rumusnya IRR = a + [(b/b-c)(d-a)]
NPV= (Jumlah Pendapatan – Jumlah Kos) / (1+r) n
a= kadar r terendahd= kadar r tertinggi
. NPV= aliran tunai kini bersihIRR= kadar pulangan dalamanb= NPV terendahc= NPV tertinggin= tahunr= peratus kadar faedahSumber: Haflah, 1986
115
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 10/16
Rajah 3.3: Carta Aliran Menunjukkan Arah-Aliran Metodologi Kajian
Sumber: Mincer, 1974; Tsang, 1985 & Levin, 1995
3.7 Instrumen kajian
a. Kaedah Tinjauan.
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif di mana penyelidik akan
membuat tinjauan dengan memberikan borang-borang yang perlu diisi oleh
responden yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah (70 orang daripada 70 borang
dikeluarkan), menengah teknik (69 orang 69 borang dikeluarkan), menengah biasa
(70 orang daripada 70 borang dikeluarkan) dan para lepasan sekolah menengah
kebangsaan (318 orang daripada 400 borang yang dikeluarkan) dan sekolah
menengah teknik (454 orang daripada 500 borang dikeluarkan). Borang-borang lain
yang perlu diisi oleh pihak pentadbir sekolah pula ialah berkenaan dengan kos
pentadbiran sekolah rendah (3 buah sekolah) dan menengah (3 sekolah menengah
116
Data-data
mengenaiPendapatan
Responden
Pengunjuran
Pendapatanresponden
Pengunjuran
Kos PelaburanSosial dan
Persendirian Menilaikini
Bersihkan
Pendapatan
dan KosResponden
Mencari nilai IRR dengan
Teknik Cuba Jaya Membuat
Perbandingan
dan Rumusan
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 11/16
biasa) dan 3 (sekolah menengah teknik). Maklumat ini dikumpulkan bagi tujuan
mendapatkan kos sosial dan kos persendirian di kedua-dua jenis sistem persekolahan
tersebut bagi mencari kadar pulangan pelaburan yang dikehendaki.
Untuk mengira kos sosial cuma 3 buah sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah
dan 3 buah sekolah teknik sahaja dipilih dalam kajian ini. Pemilihan sekolah rendah
adalah bagi tujuan mengira kos sosial di peringkat sekolah rendah. Sementara
pemilihan sekolah menengah bagi tujuan mengira kos sosial diperingkat menengah.
Sekolah-sekolah berkenaan sudi memberikan kerjasama mereka dengan sukarela,
untuk tujuan kajian, seperti dalam Jadual 3.3.
Jadual 3.3: Nama Sekolah
Bil Nama Sekolah
12
3
45
6
78
9
SRK Kampung DewSRK Sungai Kepar
SRK Kampung Gudang
SMK Seri Perak SMK Pekan Baru
SMK Abu Bakar Al-Baqir
SMT KerianSMT Taiping
SMT K.Kangsar
Untuk mengira kos persendirian pula pelajar-pelajar dari tiga daerah di Utara Perak
dijadikan sampel yang terdiri dari para pelajar dari tahun 1 hingga ke tingkatan 5.
Mereka ini dipilih berdasarkan daerah tempat mereka tinggal dan kesudian mereka
menjadi responden.
117
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 12/16
Jadual 3.4: Daerah Kajian
Bil Daerah
Daerah Larut Matang
Daerah Kerian
Daerah Kuala Kangsar Lain-lain Daerah
b. Kaedah Temubual.
Temubual ataupun wawancara merupakan kaedah bilamana subjek dan penyelidik
bertemu dalam proses memperolehi maklumat (Majid Konting,1994). Temubual
dilakukan kepada guru, pelajar, lepasan sekolah dan majikan. Maklumbalas yang
diperolehi dari responden menunjukkan sejauhmanakah pengetahuan mereka tentang
butir-butir yang dikehendaki. Temu bual dilakukan bagi memberikan penerangan
sejelas-jelasnya kepada responden sebelum mereka mengisi borang-borang yang
disediakan untuk mengelakkan berlakunya sebarang ralat
e. Kajian Dokumen.
Ini dilakukan bagi menambahkan maklumat dan data kajian supaya dapat
menyokong soalselidik yang diedarkan kepada responden bagi mengelakkan
berlakunya unsur-unsur ketidakbolehpercayaan maklumat yang diberikan oleh
responden.
118
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 13/16
3.8 Sampel
Untuk mengira kadar pulangan pelaburan pendekatan Analisis Kos-Faedah akan
digunakan bagi membentuk satu aliran tunai pendapatan yang telah diunjurkan
berdasarkan pendapatan responden yang dikaji. Data yang diperlukan adalah data
mengenai pendapatan para pekerja dari pelbagai sektor pekerjaan yang terdiri dari
lepasan SPM dan SPMV di peringkat pelbagai umur. Untuk setiap disiplin pekerjaan data
mengenai pendapatan, bonus, kerja lebih masa dan apa-apa perolehan yang diterima oleh
mereka yang dianggap sebagai pendapatan bagi lepasan sekolah tersebut. Dalam masa
yang sama juga penyelidik ke sekolah-sekolah untuk mengenalpasti kos persendirian
yang ditanggung oleh para pelajar sekolah. Untuk kos sosial pula penyelidik telah ke
sekolah-sekolah bagi membuat tinjauan tentang kos operasi pengurusan yang ditanggung
oleh pihak kerajaan.
3.9 Kaedah Pengiraan Kadar Pulangan Dalaman (IRR) dan Nilai Kini Bersih
(NPV)
Proses pengiraan kadar pulangan dan nilai kini bersih bagi lepasan sekolah menengah
akademik kebangsaan/biasa (SMK) dapat dilihat dengan lebih jelas melalui Lampiran 1.
Data-data berkenaan bilangan tahun ditunjukkan pada ruangan (bilangan Tahun), kadar
diskaun 13% (r=13%), kadar diskaun 15% (15%), bilangan tahun seorang pelajar mula
bersekolah hingga bersara dari perkerjaan (Umur Responden). (r=0) ialah aliran tunai
119
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 14/16
yang diunjurkan dengan menggunakan persamaan Y = 750.59+314.58X (rujuk Lampiran
14) ditunjukkan dalam (r=0) bagi fungsi linear. [Output (Y) - pendapatan dan kos yang diunjur,
Input ( X) - umur pekerja)]. (r=13) aliran tunai dengan kadar diskaun r=13%, (r=15) aliran
tunai dengan kadar diskaun r=15%. Kaedah ini lebih bersesuaian digunakan untuk
mendapatkan satu aliran tunai yang konsistan. Walau bagaimanapun pada umur 7 hingga
17 tahun kos/perbelanjaan pendidikan (kos persendirian/sosial) telah dimasukkan iaitu
pada peringkat sekolah rendah 7-12 tahun dan peringkat sekolah menengah 13–17 tahun.
Ruangan-ruangan r=0, r=13 dan r=15 akan dijumlahkan bagi memperolehi NPV. NPV
yang diperolehi itu seharusnya satu mempunyai nilai positif dan satu lagi bernilai negatif.
Ruangan (r=0) ialah aliran tunai yang diunjurkan dengan fungsi kuadratik Y=6396.51 –
95.33X + 6.61X2 (Lampiran 14), (r=13) aliran tunai dengan kadar diskaun 13%
sementara (r=15) aliran tunai pada kadar diskaun 15%. (p0) Aliran tunai pendapatan
yang diunjur dengan menggunakan fungsi kubik Y=1166.22+474.4X-12.7X2+0.21X3
(Lampiran 14). (r=13) aliran tunai pada kadar diskaun r=13%, (r=15) aliran tunai dengan
kadar diskaun r=15%. Untuk memperolehi NPV (Nilai Kini Bersih) ialah dengan
menjumlahkan ruangan aliran tunai iaitu ruangan (r=0), (r=13) dan (r=15). Rumus bagi
pengiraan nilai kini bersih (NPV) adalah seperti di bawah:-
NPV = (Jumlah Pendapatan – Jumlah Kos) / (1+r)n
NPV=Nilai kini bersih
r=Kadar faedah/diskaun
n=Bilangan tahun
Sumber: Mahzan, 1979
120
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 15/16
3.10 Pengumpulan Data
Bagi menjalankan kajian ini penyelidik telah bertemu sendiri dengan semua responden
yang terdiri daripada lepasan kedua-dua jenis sistem persekolahan, pengetua sekolah,
majikan, pelajar dan guru. Ini bagi menerangkan tujuan mengapa soalselidik diedarkan
dan mengenalpasti segala keraguan mengenainya. Sebelum itu penyelidik telah meminta
kebenaran pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam sesuatu organisasi seperti majikan,
pengetua sekolah dan lain-lain bagi memperolehi kebenaran untuk menjalankan
penyelidikan ini. Persoalannya sesetengah maklumat dianggap agak sulit, oleh yang
demikian faktor kesediaan pihak majikan memberikan maklumat juga diambil kira untuk
memilih responden.
Rajah 3.4: Carta Gantt yang Menunjukkan Reka Bentuk dan Aliran Peringkat
Kajian
Sumber: Sidi Gazalba (1981), Pembimbing Latihan Ilmiah dan Tesis. Kuala Lumpur: Pernerbitan Pustaka
Antara (Disesuaikan)
121
Peringkat
Persediaan
-Mengenalpasti
masalah kajian.
-Mengkaji
bahan yang
berkaitan
-Jangkamasakajian
-Menentu
prosedur kajian
-Membentuk
alat kajian
Kajian Rintis
-Imbasmuka
permasalahan
-Membinasoalan kajian
-Kajian rintis
soal selidik
-Analisis
dapatan kajian
-Membaiki dan
mengemaskini
soal selidik
Pengumpul
an Data
-Pemilihan
Sampel
-Mengumpul
data
Persediaan
Akhir
-Menganalis data
-Menginterpitasi
data
-Menyesuaikan
semula dengankajian lepas
-Penulisan tesis
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)
http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 16/16
3.11 Analisis Data
Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer “Statistical
Packages for Sosial Sciences (SPSS 10)” bagi mendapatkan:-
a) Statistik deskriptif seperti min, peratus dan kekerapan untuk menghuraikan kaitan pembolehubah dengan tajuk kajian; dan
b) Jadual-jadual frekuensi bagi setiap aspek kajian atau pembolehubah untuk
dipaparkan dalam analisis.
122
top related