repot penuh (repaired)
Post on 28-Jan-2016
117 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
1.0 PENDAHULUAN
Kawasan pinggir laut Malaysia telah diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Menurut Laporan CNN
Travel meletakkan tiga pantai di Malaysia dalam senarai 50 pantai terbaik di dunia iaitu Tanjung
Rhu, Pulau Tioman, dan Pulau Perhentian Kecil. Ciri-ciri menarik ini menjadi tumpuan utama
kegiatan rekreasi dan pelancongan di Malaysia (Nurul Nadiah Rosli et al., 2014). Potensi sektor
pelancongan yang ada di Malaysia termasuk kempen Malaysia Year of Festival 2015 (MYFEST)
yang menjelang tiba bakal menarik pengunjung terutamanya dari luar Negara akan meningkatkan
ekonomi Negara termasuk warga tempatan.
Kajian Dr. Jamilah Din dan rakan-rakan membuat ringkasan eksekutif berikut,
“Pelancongan Berasas Komuniti (PBK) merupakan salah satu kaedah pembangunan masyarakat di
kebanyakan Negara bagi memenuhi tuntutan ekonomi dan sosial. Di Malaysia, industri pelancongan
ini digerakkan dalam kategori pelancongan luar bandar (desa), ladang, agro dan eco dengan
menjadikan produk homestay sebagai produk utama member sumbangan kepada pendapatan
Negara”. Dinyatakan seperti berikut beberapa contoh homestay yang terdapat di Malaysia iaitu
Homestay Desa Murni di Pahang, Homestay Tanjung Ketapang di Terengganu, Homestay
Kampung Tebakang di Serian, Homestay Miso Walai di Sabah dan banyak lagi tumbuh bak
cendawan selepas hujan di Malaysia.
Pengurusan sebuah homestay yang berpotensi tinggi dan menarik pengunjung perlu
mengambil kira aspek-aspek seperti permintaan setempat, jumlah homestay di kawasan tersebut,
kos memulakan homestay termasuk selenggaraan dan pulangan keuntungan. Untuk memulakan
perniagaan ini, perkara berikut perlu diteliti dengan lebih lanjut iaitu reka bentuk kediaman, lokasi,
perabot dan hiasan, peralatan elektrik dan elektronik, peraturan homestay dan cara promosinya.
Kertas kerja ini akan membincangkan dan memfokuskan proses yang dilalui dalam
pemasangan sistem elektrik homestay ini agar sentiasa dalam keadaan baik dan cekap. Dalam sektor
pembinaan, kerja-kerja pendawaian elektrik merupakan salah satu bahagian yang perlu dijalankan
dengan sempurna dalam membangunkan penempatan dan perumahan baru. Bidang ini melibatkan
kerja-kerja pemasangan litar yang mengandungi pengalir, penebat, pelindung mekanikal, dan
aksesori elektrik (Md. Nasir, 1997).
1
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
2.0 OBJEKTIF
2.1 OBJEKTIF AM
Membangunkan kertas kerja dan mempelajari serta memahami sistem pemasangan elektrik sebuah
homestay.
2.2 OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir kertas kerja ini, pengkaji akan memperoleh;
i. Menerangkan kaedah-kaedah yang dilalui bagi pemasangan sistem elektrik;
ii. Menerangkan peraturan-peraturan berkaitan pemasangan sistem elektrik;
iii. Melukis Lukisan Pelan Lantai (Bentangan), Litar Kawalan Utama serta Kawalan Pengguna,
dan Lukisan Bercetak Elektronik (PCB) ; dan
iv. Menghasilkan sistem pemasangan elektrik sebuah homestay dengan lengkap dan mengikut
spesifikasi BS.
3.0 DISKRIPSI PROJEK
3.1 SURUHANJAYA TENAGA (ST) DAN PERATURAN-PERATURANNYA
Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab mengawal
selia sektor tenaga bagi industri perbekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan
Sabah. Ia juga bagi memastikan bekalan elektrik dan gas berpaip yang disalurkan kepada pengguna
adalah selamat, berdaya harap dan pada harga berpatutan. Ditubuhkan pada 1 Mei 2001 di bawah
Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2002 di mana ia
mengambil peranan Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas yang telah dibubarkan pada tarikh yang
sama.
Berikut merupakan tanggungjawab Suruhanjaya Tenaga (ST) di bawah Akta Suruhanjaya
Tenaga 2001 serta akta-akta dan peraturan-peraturan seperti berikut dan perlu dipatuhi bagi
pemasangan elektrik seperti yang dihitamkan di bawah;
2
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
3.1.1 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 (PINDAAN) 2001.
Berikut adalah penerangan berkenaan Akta Bekalan Elektrik 1990 (Pindaan) 2001;
i. Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai oleh
pihak berkuasa bekalan boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau dibawah kawalan
orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan
sebagaimana ditetapkan.
ii. Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan,
apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, jika
pelanggaraan itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebehi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap
hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan selepas sabitan.
3.1.2 PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994. (PINDAAN) 2003
Berikut adalah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (Pindaan) 2003 yang perlu dipatuhi oleh setiap
kontraktor (Bahagian IV-Penyelenggaraan Pepasangan);
i. Peraturan 110 (1) - Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam keadaan baik dan
berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk
mencegah bahaya.
ii. Peraturan 110 (2) – Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada
pemunya, pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau
ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
iii. Peraturan 110 (3) – Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah
diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima
(5) tahun.
iv. Peraturan 110 (4) – Mana-mana geganti dan peranti perlindungan sesuatu pepasangan
hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali
setiap dua (2) tahun.
v. Peraturan 110 (5) – Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang di bawah
kawalan orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada
sesuatu pepasangan.
3
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
3.1 TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah ditubuhkan pada tanggal 1 September 1990 dan merupakan
sebuah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Perniagaan syarikat adalah berteraskan
penjanaan, penghantaran, dan pembahagian tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional
Berhad (TNB) juga merupakan pengendali grid nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh
Negara. Talian elektrik yang dibekalkan ini terdiri dari talian 132kV, 275kV, dan 500kV yang
khusus bagi kelas pengguna seperti yang ditetapkan. Rajah 1 merujuk kepada sistem penjanaan,
penghantaran, dan pembahagian tenaga elektrik yang dijalankan oleh Tenaga Nasional Berhad
(TNB).
Rajah 1: Proses penjanaan, penghantaran, dan pembahagian tenaga elektrik
3.2 PROSES PERMOHONAN DAN BORANG-BORANG BERKAITAN TENAGA
NASIONAL BERHAD (TNB)
Sebelum memohon bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), perkara-perkara
berikut perlu dilaksanakan dengan merujuk Rajah 2 iaitu carta alir merancang pemasangan
pendawaian bangunan kediaman bekalan fasa tunggal dan fasa tiga yang diperoleh melalui laman
sesawang Suruhanjaya Tenaga (ST) dan penerangannya.
4
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
Rajah 2: Carta alir merancang pemasangan pendawaian bangunan kediaman bekalan fasa
tunggal dan fasa tiga
3.2.1 KEHENDAK PERUNDANGAN
Mengikut Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 1994 mensyaratkan semua
pendawaian, tambahan pendawaian atau pendawaian semula wajib dibuat oleh Kontraktor Elektrik
Bertauliah yang mendapat kelulusan kekompetenan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) dan
pembekal elektrik iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB).
5
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
3.2.2 MERANCANG KERJA-KERJA PENDAWAIAN
Perkara-perkara berikut perlu dibuat oleh pihak kontraktor atau pendawai;
i. Membuat lawatan tapak bagi tujuan melihat kelengkapan elektrik bersesuaian, permintaan
beban maksimum, jenis bekalan sama ada fasa tunggal atau fasa tiga, jenis pendawaian yang
sesuai, dan susun atur kelengkapan.
ii. Mengenal pasti keperluan beban pengguna dengan melukis pelan lantai di mana pelan
bangunan beserta pemasangan keperluan elektrik disertakan mengikut spesifikasi.
iii. Mengira permintaan beban maksimum iaitu menganggarkan permintaan beban maksimum
seperti kabel, aksesori, dan pelan pendawaian elektrik.
iv. Mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
iaitu kelayakan pendawai seperti Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal dan Pendawai
dengan Sekatan Fasa Tiga.
3.2.3 MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK KEPADA
TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) DAN KELULUSAN PERMOHONAN
Rujuk Lampiran 1 iaitu contoh borang yang digunakan bagi permohonan bekalan elektrik yang
dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Setelah pemprosesan selesai, kelulusan akan
dikeluarkan untuk memaklumkan kontraktor atau pendawai untuk memulakan tugas pendawaian.
3.2.4 KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK OLEH KONTRAKTOR ATAU
PENDAWAI
Penerangan bahan-bahan untuk kerja pendawaian elektrik tersebut ditunjukkan pada sub tajuk (3.4).
3.2.5 PENGUJIAN PENDAWAIAN BERKAITAN PEMASANGAN ELEKTRIK
Di antara tujuan pengujian pemasangan elektrik adalah bagi mengelakkan bahaya pada penguji
semasa pemasangan di buat serta memastikan alat-alat penguji tidak rosak, keselamatan, dan perlu
mematuhi peraturan IEEE yang telah ditetapkan. Berikut adalah pengujian yang dijalankan pada
pemasangan elektrik Suruhanjaya Tenaga (2008) dan Muhammad Arid (2008);
6
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
3.2.5.1 Ujian Keterusan Litar Akhir Gelang
Rajah 3 di bawah merujuk kepada ujian tersebut. Ianya bertujuan untuk memastikan setiap pengalir
mempunyai keterusan di sepanjang litar gelang.
3.2.5.2 Ujian Pengalir Perlindungan, Pengalir Ikatan Utama dan Tambahan
Ianya bertujuan untuk memastikan ia disambung secara betul dan berkesan. Rajah 4 di bawah
merujuk kepada ujian tersebut.
7
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
3.2.5.3 Ujian Rintangan Elektrod Bumi
Ianya dijalankan sekiranya nilai bacaan ujian galangan gelung bumi tinggi daripada had. Rajah 5 di
bawah merujuk kepada ujian tersebut. Ia juga menguji keterusan elektrod bumi yang telah dipasang.
3.2.5.4 Ujian Rintangan Penebatan
Ianya bertujuan untuk memastikan ketahanan penebatan antara pengalir dan ketahanan antara
pengalir dengan bumi tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar pintas. Rajah 6 di bawah merujuk
kepada ujian tersebut.
8
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
3.2.5.4 Ujian Kekutuban
Rajah 7 di bawah merujuk kepada ujian kekutuban. Ianya bertujuan untuk memastikan sambungan
kekutuban pada setiap alat tambah dan alat elektrik berada pada tempat yang betul.
3.2.5.5 Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral
Ianya bagi memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik di sepanjang litar. Rajah
8 di bawah merujuk kepada ujian tersebut.
9
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
3.2.5.6 Ujian Peranti Arus Baki
Ianya bertujuan untuk memastikan Peranti Arus Baki (PAB) terpelantik dalam masa yang
ditetapkan apabila berlaku kebocoran arus bumi.
3.3 PERALATAN PENGUJIAN PEMASANGAN ELEKTRIK
BIL. PERALATAN PENGUJIAN GAMBARAJAH
1. Meter Pelbagai
2. Meger Ohm Tester dan Meger Earth Line Tester
3. Loceng penguji dan lampu penguji
4. Penguji bumi transistor.
Jadual 1: Peralatan pengujian pemasangan pendawaian elektrik
10
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
3.4 PERATURAN IEEE BERKAITAN PENGUJIAN PEMASANGAN ELEKTRIK
Menurut Muhammad Arid et al.(2008), Institute of Electric and Electronics Engineers (IEEE) telah
menetapkan peraturan umum bagi kerja-kerja pengujian elektrik seperti berikut;
i. Dijalankan mengikut urutan yang telah ditetapkan.
ii. Sesuatu pengujian haruslah mengesahkan keterusan semua pengalir (termasuk pengalir
pelindung) dalam setiap litar akhir gelang.
iii. Setiap pengalir haruslah diuji secara berasingan untuk mengesahkan keadaan sesuatu
pengalir dengan cara penyambungannya bagi penerus pengalir bumi.
iv. Untuk menguji rintangan penebat semua penyambung fius berada ditempatnya, semua suis
(termasuk suis utama) ditutup kecuali untuk pemasangan TN-C, semua tiang atau fasa
pendawaian disambungkan bersama secara elektrik
v. Rintangan penebat ke bumi haruskah tidak kurang daripada 1 mΩ.
vi. Bagi rintangan elektrod bumi, arus ulang-alik yang bernilai stabil dibekalkan antara elektrod
bumi T dan elektrod bumi tambahan T1 yang diletakkan pada suatu jarak tertentu dari T
supaya kawasan rintangan kedua-dua elektrod tidak tertindih.
3.4.5 MENGHANTAR BORANG G DAN H KEPADA TENAGA NASIONAL BERHAD
(TNB)
Rujuk Lampiran 2 berkaitan Borang G dan H yang dikemukan kepada Tenaga Nasional Berhad
(TNB) setelah pendawaian dan pengujian diselesaikan.
3.4.6 PEMBAYARAN DEPOSIT DAN PERJANJIAN
Rujuk Lampiran 3 berkaitan Perjanjian aku Janji yang dikemukan kepada Tenaga Nasional Berhad
(TNB) yang disertakan bersama Borang G dan H. Proses terakhir merupakan pemasangan meter
oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Syarikat pembekalan elektrik akan membekalkan fius
perkhidmatan serta penghubung neutral dan meter kilo watt jam. Perkakasan elektrik ini
dibincangkan di sub tajuk (5.0).
,
11
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
3.5 MAKLUMAT KONTRAKTOR (KRITERIA SEBAGAI KONTRAKTOR
PENDAWAI)
Mengikut Peraturan 50, peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya adalah kriteria
bagi memperakukan Kompeten Pendawai Elektrik. Perbandingan dua (2) kontraktor pendawai
elektrik sebagai contoh seperti Jadual 1 dijadikan rujukan bagi permohonan sebagai kontraktor
elektrik;
BIL. IQRAM ELECTRICAL SERVICES,
SELANGOR DARUL EHSAN
RE ELECTRICAL & ENGINEERING,
KELANTAN DARUL NAIM
1. Pemilik memiliki pengalaman luas dan
kekompetenan dalam bidang Pendawai
Elektrik.
Pemilik memiliki pengalaman 14 tahun dan
memperoleh kemahiran di Giat Mara
Kelantan dalam bidang Pendawaian Elektrik.
2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia.
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia.
3. Berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga
(ST)-Kontraktor Kelas C.
Berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST)-
Kontraktor Kelas C. Lesen Elektrik Kelas 111
4. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia dan Taraf Bumiputera.
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia dan Taraf Bumiputera. Berdaftar
dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan
CIDB.
5. Pendawaian am, sistem kawalan,
pemasangan talian tinggi dan rendah,
pemasangan sistem bekalan kuasa dan
pemasangan sistem penggera, pengesan dan
keselamatan.
Membekal, membaik pulih dan memasang
penyaman udara, membuat pendawaian
rumah dan pejabat, membekal peralatan dan
barangan elektrik, memproses borang
kemasukan elektrik baru TNB, dan menukar
meter 1 fasa ke 3 fasa.
Jadual 2: Perbandingan kontraktor
Lampiran 4 merujuk kepada borang yang perlu diisikan bagi pemohon yang berkelayakan
bagi permohonan Kontraktor Pendawai Elektrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST).
12
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
3.6 BAHAN-BAHAN DAN PERALATAN UNTUK PEMASANGAN SISTEM
ELEKTRIK HOMESTAY
BIL. PERALATAN KETERANGAN
1. Tukul Warrington Ia digunakan untuk membuat ketukan ringan dan untuk
mengetuk paku kecil seperti paku pendawaian.
2. Pemotong Kabel Ia berfungsi untuk memotong wayar dan memotong
lebihan wayar punca tamatan.
3. Playar Gabung Ia berfungsi untuk memegang, mencengkam,
memotong, membentuk, dan membengkok.
4. Pemutar Skru Pemutar skru rata digunakan untuk memasang atau
mengeluarkan skru yang kepalanya berbentuk alur.
Pemutar skru Philips digunakan untuk memasang atau
mengeluarkan skru yang kepalanya berbentuk palang.
5. Pena Uji Ia berfungsi untuk menguji dan mengesan kebocoran
arus elektrik. Ia juga digunakan untuk memasang atau
membuka skru kecil.
6. Gerudi Tangan Ia berfungsi untuk mengerudi lubang pada permukaan
dinding. Ia adalah mudah alih dan menggunakan kuasa
elektrik.
13
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
BIL. BAHAN-BAHAN KETERANGAN
1. Kotak Fius Agihan (DB) Ia merupakan papan terakhir sebelum bekalan
disambungkan ke beban. Kotak ini menempatkan Main
Switch, Miniature Circuit Breaker, dan Earth Leakage
Circuit Breaker.
2. Miniature Circuit
Breaker(MCB)
Ia memutuskan litar apabila berlakunya lebihan arus
elektrik atau kerosakan. Ia tidak akan berfungsi
sekiranya kerosakan tidak diperbaiki.
3. Earth Leakage Circuit Breaker
(ELCB)
Ia memutuskan bekalan elektrik secara automatik
apabila berlakunya kebocoran arus atau litar pintas ke
bumi.
4. Main Switch Ia berfungsi untuk menyambung dan memutuskan
bekalan elektrik serta mengawal arus berlebihan.
5. 2 Poin Soket 13A Ia berfungsi sebagai alat membekalkan arus elektrik di
mana ia mempunyai tiga tamatan iaitu bumi, hidup, dan
neutral. Kegunaannya adalah pelbagai contohnya
mengecas, menghidupkan, dan lain-lain.
14
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
6. Lampu Kalimantang Ia berfungsi untuk mencahayakan persekitaran dan
kebiasaannya bercahaya putih dan amat terang. Ia
biasanya digunakan di rumah kediaman dan bangunan
pejabat.
7. Kabel dan Wayar Kabel berfungsi untuk menghubungkan komponen
yang terdapat pada DB. Wayar pula berfungsi untuk
mengalir arus elektrik ke perkakasan elektrik. Terdapat
empat (4) jenis wayar iaitu Wayar Kuprum Berenamel,
Wayar Teras Tunggal, Wayar Teras Kembar, dan
Wayar Tiga Teras.
8. Lampu Glob Ia berfungsi untuk mencahayakan persekitaran dan
mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik dialirkan ke
litar. Selalunya ia digunakan sebagai penghias bilik
kerana ia dihasilkan dalam bentuk yang pelbagai.
9. Pemanas Air Ia berfungsi menukar tenaga elektrik kepada tenaga
haba untuk pemanasan. Ia selalunya digunakan di bilik
mandi.
10. Sistem Kunci Pintu Elektronik Ia berfungsi secara elektronik di mana hanya pemegang
kad bilik tersebut sahaja boleh membuka pintu bilik
mereka. Sistem dihidupkan semasa pengguna
mendaftar masuk ke tempat penginapan mereka dan
kad diaktifkan oleh pekerja kaunter pada pengkalan
data mereka. Hanya kad yang telah diaktifkan dapat
mengakses pintu tersebut. Ia digunakan secara meluas
di kebanyakkan hotel seluruh dunia.
15
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
11. Suis Lampu Ia berfungsi untuk menyambung dan memutuskan litar
pada peralatan elektrik. Ia kebiasaannya digunakan
untuk menghidupkan lampu di dalam persekitaran
rumah, pejabat, bilik, dan lain-lain.
12. Konduit Kabel dan Pemegang Ia merupakan tempat di mana wayar dan kabel
pendawaian ditempatkan. Ia digunakan sebagai
perlindungan dan memastikan kabel atau wayar yang
digunakan mudah diselenggara serta sentiasa dalam
keadaan baik.
13. Poin Penyaman Udara dan
Pemanas Air
Ia digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar
penyaman udara dan pemanas air. Selain itu, ia
digunakan untuk menempatkan soket penyaman udara
dan pemanas air yang agak berbeza daripada
perkakasan elektrik yang lain.
Jadual 3: Peralatan dan bahan-bahan pendawaian elektrik
4.0 LUKISAN PELAN LANTAI (BENTANGAN)
Pelan lantai (bentangan) digunakan untuk menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat
kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah. Ia dibuat berasaskan garis panduan
yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Lampiran 5 merujuk kepada pelan lantai
(bentangan) tersebut.
5.0 LUKISAN LITAR KAWALAN UTAMA DAN KAWALAN PENGGUNA
Ia dikenali sebagai Litar Kawalan Turutan di mana adalah turutan alat-alat kawalan dan
perlindungan yang terdapat pada litar utama dan litar akhir pengguna. Litar ini adalah termasuk
pengasingan, pensuisan, perlindungan arus lebihan dan kebocoran arus ke bumi. Ia terbahagi
16
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
kepada dua bahagian iaitu Litar Pembekal dan Litar Pengguna. Rajah 9 merujuk kepada perkara
tersebut;
Rajah 9: Litar Jujukan Utama Dan Pengguna
Bahagian pembekal adalah melibatkan fius perkhidmatan serta penghubung neutral yang
berfungsi sebagai pelindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. Manakala meter kilo
watt jam sebagai pengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh pengguna. Rajah 10 merujuk kepada
fius perkhidmatan serta penghubung neutral dan meter kilo watt jam.
Rajah 10: Fius Perkhidmatan, Penghubung Neutral dan Meter Kilo Watt Jam
17
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
Bagi bahagian pengguna, melibatkan kotak fuis agihan, suis utama, RCCB, MCB, dan
perkakasan elektrik yang dipasang. Rujuk sub topik (3.6) untuk penerangan berkenaan fungsi
komponen tersebut. Rajah 11 merujuk kepada kelengkapan pada kotak fius agihan.
Rajah 11: Kotak fius agihan
Litar kawalan pengguna adalah litar yang disambungkan keluar dari kotak fius agihan (DB)
dan berakhir di beban atau soket alur keluar atau kelengkapan elektrik di pemasangan itu. Homestay
ini akan menggunakan litar-litar akhir berikut semasa pendawaian elektrik;
5.1 LITAR SKEMATIK SOKET ALIR KELUAR 13A LITAR JEJARI DAN LITAR
GELANG
Lampiran 5 merujuk kepada litar skematik tersebut.
5.2 LITAR SKEMATIK SUIS SATU HALA MENGAWAL SATU LAMPU
PENDAFLOUR
Lampiran 6 merujuk kepada litar skematik tersebut.
18
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
5.3 LITAR SKEMATIK SUIS SATU HALA MENGAWAL SATU LAMPU GLOB
Lampiran 7 merujuk kepada litar skematik tersebut.
5.4 LITAR SKEMATIK SUIS SATU HALA MENGAWAL WATER HEATER
Lampiran 8 merujuk kepada litar skematik tersebut.
5.5 LITAR SKEMATIK SUIS SATU HALA MENGAWAL PENYAMAN UDARA
Lampiran 9 merujuk kepada litar skematik tersebut.
6.0 PERATURAN IEE BAGI PEMASANGAN LITAR KAWALAN PENGGUNA
6.1 LITAR AKHIR
Bagi pepasangan yang mempunyai lebih dari satu litar kecil akhir, mestilah disambung dengan fius
atau pemutus litar yang berasingan. Pendawaian litar kecil akhir mesti diasingkan manakala kapasiti
arus kabel tidak kurang arus nominal alat perlindungan kecuali bagi litar gelang. Rujuk Jadual 4
berkaitan keperluan litar akhir.
6.2 LITAR AKHIR LAMPU PENDAFLOUR
Menurut Peraturan IEEE, pemasangan lampu pendaflour adalah sama seperti lampu pijar.
Perbezaan adalah dari segi mengira jumlah beban sebenar kerana beberapa faktor perlu diambil
kira.
19
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
6.3 LITAR AKHIR PEMANAS AIR
Peraturan menyatakan alat ini mesti dikawal oleh suis dua kutub yang dilengkapkan dengan alat
kawalan lebihan arus dan lapisan luar atau bingkai alat ini mestilah dibumikan dengan
menggunakan saiz kabel yang tidak kurang dari saiz kabel pengalir.
6.4 LITAR AKHIR PENYAMAN UDARA
Peraturan IEEE mengkhususkan bahawa setiap motor yang berkadar lebih daripada 0.37kW hingga
3.7 kW mestilah mempunyai penghidup motor yang membolehkan ia dimula dan dihentikan.
6.5 LITAR AKHIR SOKET ALIR KELUAR (SAK) 13A
Menurut Peraturan IEEE, bagi menentukan jumlah dan saiz pengalir ini boleh dirujuk pada Jadual 5
merujuk kepada keperluan litar akhir SAK;
7.0 LUKISAN ELEKTRONIK BERCETAK (PCB) LITAR KUNCI PINTU
ELEKTRONIK
Berdasarkan soalan yang diberikan, Lampiran 10 merujuk kepada litar elektronik bercetak
tersebut.
20
KERTAS KERJA PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK HOMESTAY
8.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, objektif bagi membangunkan kertas kerja ini telah dicapai. Ia dapat dilihat
melalui daripada kajian, perbandingan, lukisan dan akhir sekali pelaporan yang telah disiapkan.
Hasil daripada tugasan ini, dapat dipelajari kaedah dan turutan bagi proses pemasangan sehingga
penyambungan bekalan elektrik. Selain itu, dapat dipelajari juga peraturan penting dalam kerja
pendawaian yang ditetapkan oleh IEEE dan Suruhajaya Tenaga (ST).
(3000 PATAH PERKATAAN)
21
top related