teknik softball
Post on 23-Dec-2015
811 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Sofbol merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan
baseball. Permainan ini bermula pada tahun 1895 apabila Louis Rober seorang
pegawai Bomba Minneapolis menjadikannya sebagai permainan untuk kecergasan
fizikal anggota bomba. Gelanggang sofbol berbentuk segiempat atau dikenali
sebagai diamond. Ia mempunyai empat sudut iaitu base akhir (home plate), base
pertama (first base), base kedua (second base), dan base ketiga (third base).
Bulatan lemparan danpitcher's plate terletak di tengah-tengah diamond.
Pitcher's plate ialah tempat melakukan lemparan bola. Bet sofbol diperbuat daripada
kayu atau aluminium dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tombol, pemegang
dan laras. Bola sofbol pula diperbuat daripada gabus atau getah yang dililit dengan
benang. Bahagian luarnya dibalut dengan kulit.
Sejarah permainan sofbol bemula di Amerika Syarikat yang diciptakan di
kompleks olahraga Farragut Boat Club Chicago, Illinois 16 September 1887 secara
tidak sengaja oleh George Hancock. Pada mulanya terdapat alumni dari Universiti
Yale dan Harvard sedang mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika
antara Yale dan Harvard di Kelab Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu
kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar
sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek
mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihatkan
keadaan itu, George Hancock, seorang reporter Chicago Board of Trade telah
memperoleh sebuah idea.
Selain itu, dalam sukan sofbol ini juga pemain memakai topi keselamatan dan
glove bagi tujuan keselamatan. Topi keselamatan diperbuat daripada kaca gentian
dan bahagian dalamnya dilapik gabus atau getah. Pemukul, pemukul on deck,
base runner dan catcher mesti memakai topi keselamatan. Glove pula diperbuat
daripada kulit atau bahan sintetik yang sesuai. yang dipakai oleh semua pemain
yang memadang. Terdapat poket di antara ibu jari dan jari telunjuk yang bertujuan
untuk memerangkap bola.
Pada awal abad ke-20, sofbol mula dimainkan di luar. Pada 1908, organisasi
amatur untuk permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of
the United States) merancang agar olahraga ini dimainkan di luar dengan
menggunakan bola yang lebih besar. Tahun 1923, Kongres Rekreasi Nasional (the
National Recreation Congress) meminta kebenaran untuk menstandardisasi
olahraga ini. Pada tahun 1926, nama 'softball' digunakan walaupun belum
dirasmikan.
Sejak tahun 1933, sofbol telah menjadi sebuah nama rasmi apabila kejuaraan dunia
pertama dilaksanakan di bawah Persatuan Sofbol Amatur Amerika (Amateur Softball
Association of America) di mana telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika.
Juara untuk sofbol kelas lelaki pada saat itu adalah J. L. Gills dari Chicago, dan juara
kelas wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang
dipertandingkan adalah amatur, mereka biasa ditaja oleh organisasi industri di
wilayahnya.
Dilihat dari segi penyertaan, sofbol telah berkembang menjadi olahraga
pasukan yang besar dan digemari. Dengan padang yang lebih kecil, memudahkan
penglibatan wanita dalam permainan ini. Pada tahun 1960 an, sebahagian dari
125,000 pasukan telah mendaftar di Persatuan Sofbol Amatur Amerika dan
seterusnya diadakan enam kejuaraan nasional pada setiap tahun. Di negara lain,
sofbol juga menjadi sebuah permainan yang digemari dan turut disertai oleh lelaki
dan wanita tidak kira tua atau muda.Berdasarkan pembacaan terdapat beberapa
jenis balingan yang digunakan dalam permainan bola lisut ini iaitu balingan deras
bawah tenis dan gaya balingan kincir angin. Dalam olahraga, kekutan merupakan
salah satu unsur untuk mencapai suatu prestasi maksimum. Menurut pendapat
SuharnoH (1983) menyatakan selain penggunaan kekuatan dalam melakukan
aktiviti, ia juga untuk mempermudah mempelajari teknik dan mengelak dari
kecederaan dalam olahraga. Oleh sebab itu, teknik dan asas kemahiran perlu
dititikberatkan agar tidak berlaku sebarang kecederaan dan kemalangan semasa
melakukan aktiviti balingan ini.
2.0 TEKNIK MEMBALING
Membaling adalah salah satu kemahiran yang terdapat dalam permainan sofbol.
Pembaling adalah pemain yang palimg jelas kelihatan di dalam pasukan yang
bertahan. Seseorang pembaling mempunyai dua cita-cita iaitu untuk mengeluarkan
pemukul dengan lemparan bola yang baik dan juga untuk membaling dalam gaya
yang sah. Jadi, pembaling yang cukup mahir akan menjadi pemain utama dalam
pasukannya. Semua balingan dalam sofbol akan dibuat secara balingan bawah
tangan. Dua gaya membaling digunakan untuk sofbol iaitu:
1) Gaya balingan bola deras bawah tanah (underarm fast ball pitc)
2) Gaya balingan kincir angin (windmill pitch)
Pembaling biasanya memahirkan dirinya dalam satu gaya sahaja dan akan akan
hanya menggunakan gaya itu di dalam permainannya.
2.1 CARA MEMEGANG BOLA
1) Pegangan untuk hantaran bola laju dan tinggi
Untuk melakukan satu hantaran tinggi, pegang bola dengan jari telunjuk dan
jari hantu berada di atas kelim bola pada poin kelim yang paling sempit. Ibu
jari dan jari-jari lain menyokong bola itu.
2) pegangan untuk hantaran low pitch
untuk melakukan satu hantaran low pitch pegang bola dengan keempat-empat
jari rapat di atas bahagian kelimnya yang paling luas sepanang lengkok ladam
kuda.
Secara ringkasnya cara menggenggam bola adalah:
▪ Bola digenggam dengan menggunakan tiga jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari.
▪ Jari manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola.
▪ Seboleh-bolehnya bola hendaklah tidak menyentuh tapak tangan
2.1.1. CARA MELAKUKAN BALINGAN BOLA DERAS BAWAH TANGAN
Pembaling menghulur tangan kanan yang memegang bola kehadapan dan
kemudian mengayun tangan dengan ayunan bandul ke belakang badan. Kaki kiri
melangkah ke hadapan. Tangan kanan diayun ke hadapan dan bola dilepaskan,
diikuti dengan gaya ikut lajak. Berat badan dipindahkan ke kaki kiri di hadapan.
Adalah penting membaling dilakukan sebagai satu pergerakan yang lancar dan
berkoordinasi. Perlakuan seperti menukar langkah memindahkan berat badan yang
memusing bahu, kesemuanya diserapkan dalam satu pergerakan yang licin.
Langkah ke hadapan merupakan gerak utama dalam membaling. Bola menuju
ke arah langkah, jadi, pembaling harus melangkah sedikit sahaja ke kiri untuk satu
hantaran ke luar, jika pemukul pasukan lawan memukul dengan tangan kanan, dan
sedikit sahaja ke kanan untuk hantaran ke dalam.
Jenis hantaran, sama ada tinggi atau rendah, terhasil daripada cara anda
melangkah dan gaya anda bergerak. Jika anda mengambil satu langkah panjang ke
hadapan, apa yang akan berlaku ialah bahu anda berada di belakang dan bola akan
dilepaskan lebih lewat menyebabkan balingan menjadi tinggi. Jika anda mengambil
satu langkah pendek ke hadapan, bahu anda akan berada di hadapan dan bola akan
dilepaskan lebih awal menyebabkan balingan lebih rendah.
Jadi untuk hantaran rendah, anda harus memegang bola dengan empat jari di
bahagian kelim bola yang terluas, pendekkan langkah, bahu lebih ke hadapan,
lepaskan bola dari paras pinggul sambil menolaknya ke bawah. Untuk hantaran
tinggi, anda harus memegang bola dengan jari telunjuk dan jari hantu di bahagian
kelim bola yang tersempit, panjang langkah, bahu ke belakang, lepaskan bola sebaik
sahaja ia baru melepasi pinggul sambil menguit pergelangan tangan ke hadapan.
Berdasarkan undang-undang permainan, hanya satu langkah ke hadapan
dibenarkan. Kaki yang di belakang tidak dibenarkan terangkat dari tanah
sehinggabola telah dilepaskan. Untuk mengelakkan dendaan, anda harus
membiasakan diri mengheret kaki ke hadapan selepas sesuatu balingan. Melalui
cara ini jari-jari kaki anda akan sentiasa mencecah ke tanah.
Contoh balingan deras bawah tanah
2.1.2. GAYA BALINGAN KINCIR ANGIN
Cara memegang bola bagi gaya balingan kincir angin adalah sama dengan gaya
deras bawah tangan.
1) Pegangan untuk hantaran bola laju dan tinggi
Untuk melakukan satu hantaran tinggi, pegang bola dengan jari telunjuk dan
jari hantu berada di atas kelim bola pada poin kelim yang paling sempit. Ibu
jari dan jari-jari lain menyokong bola itu.
2) Pegangan untuk hantaran low pitch
untuk melakukan satu hantaran low pitch pegang bola dengan keempat-empat
jari rapat di atas bahagian kelimnya yang paling luas sepanang lengkok ladam
kuda.
CARA MELAKUKAN BALINGAN KINCIR ANGIN
Untuk melakukan satu hantaran kincir angin, tangan anda dapat satu
lengkok penuh di atas kepala ke belakang badan dan terus ke hadapan
sasaran pemukul. Tangan harus lurus pada masa menurun di belakang,
dengan lajak yang bertambah pada masa pergerakan ke hadapan bermula.
Balingan kincir angin berbeza dengan balingan bole deras bawah tangan iaitu
lengan yang melakukan balingan membuat satu bulatan sebelum bola
dilepaskan dan bukan dengan hanya satu ayunan belakang seperti untuk
balingan bola deras bawah tangan.
Pembaling memulakan balingan dengan meluruskan tangan yang
membaling dan mengayunnya terus ke hadapan badan, kemudian ke atas
supaya bahagian atas lengan berayun dekat kepalanya. Kemudian, ke
belakang semula dan akhirnya ke hadapan untuk melepaskan bola. Secara
perbandingan, balingan kincir angin 30% lebih cepat daripada balingan bola
deras bawah tangan.
Contoh balingan kincir angin
ANSUR MAJU MEMBALING
Bagi ansur maju untuk diajar sebelum seseorang mahir adalah melalui
beberapa peringkat iaitu pada peringkat pertama bola lisut tidak sesuai digunakan
bagi individu yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang permainan ini.
Contohnya, kita boleh gantikan dengan bola tenis ataupun dengan menggunakan
suratkhabar yang dilipat bulat. Hal ini demikian, cara ini adalah satu langkah bagi
membiasakan diri dengan pegangan dan cara menggenggam bola terutamanya bagi
para pelajar.
Seterusnya, ansur maju pada peringkat kedua adalah seseorang individu
melatih cara membaling pada dinding terlebih dahulu sebelum membaling kepada
kawan-kawab kerana hal ini adalah untuk keselamatan, tambahan pula individu
tersebut belum mahir dengan lebih baik dalam permainan tersebut. Kemudian,
setelah pelajar mahir dalam mebaling, ansur yang seterusnya, para pelajar dapat
membaling kepada rakan, namun belum menggunakan bola lisut dan masih
melakukan latihan balingan dengan menggunakan bola yang kecil seperti bola tenis.
Selain itu, ansur maju yang seterusnya, para pelajar menggunakan bola lisut
dalam membaling , namun bola lisut yang lebih lembut dan tidak keras. Hal ini untuk
mengelakkan daripada berlaku kecederaan. Kemudian, para pelar hendaklah
melakukan aktiviti balingan pada jarak yang dekat terlebih dahulu. Setelah mahir,
para pelajar dapat menguasai sepenuhnya, para pelajar dapat berlatih pada ansur
maju pada peringkat yang berikut:
Fasa persediaan
1) Bahu menghadap ke arah sasaran
2) Berat badan pada kaki belakang
3) Genggam bola dengan kemas
4) Ekstensi tangan membaling ke belakang
5) Mata pandang ke arah sasaran
Fasa perlaksanaan
1) Tangan berada di hadapan menyambut ke arah sasaran bola
2) Pindah berat badan pada kaki hadapan
3) Kilas pinggang
4) Lontar melepasi kepala.
Fasa ikut lajak.
1) Berat badan pada kaki hadapan
2) Dleksi lutut kaki belakang
3) Tangan membaling dengan lajak ke bawah
4) Kawal imbangan badan
LATIH TUBI MEMBALING
Seseorang pembaling harus memahirkan diri dengan cara melakukan balingan
iaitu kawalan, kelajuan dan juga putaran. Kawalan adalah amat penting. Ini
bermakna kebolehan membaling bola ke sasaran dengan tepat dengan jayanya,
pegangan bola dan pelepasannya juga mesti betul.
1. BERSEORANGAN
Berlatih membaling bola ke sasaran balingan-kawasan yang dilukis di dinding.
2. BERPASANGAN
a) Pembaling membaling bola kepada pasangannya di atas satu plet.
b) Pemain A menjadi pembaling, pemain B menjadi penyambut. Kedua-dua
pemain berhadapan antara satu sama lain, dengan jarak 5-8 meter.
Pemain B sebagai penyambut, memakai sarung tangan dan menghulurkan
tangannya ke kawasan sasaran tertentu. Pemain A sebagai pembaling
membaling bola ke sasaran yang ditentukan oleh sarung tangan pemain B.
Pemain B boleh menggerakkan tangannya yang memakai sarung tangan
itu sedikit sahaja semasa mencuba menangkap bola yang dibaling oleh
pemain A. Selepas 10 percubaan oleh pemain A ke sasaran yang sama
para pemain bertukar tempat dan peranan. Sasaran tertentu yang
dicadangkan adalah ke luar tinggi, ke luar rendah, ke dalam tinggi dan ke
dalam rendah. Pemain diberi 10 percubaan untuk setiap sasaran tersebut.
3. KUMPULAN KECIL
Aktiviti ini sesuai untuk latihan membaling dengan tepat. Pemain membaling bola
ke sasaran yang dilukis di dinding daripada jarak 15.18 m. Luas sasaran 0.5
meter dan tingginya 1 meter. Sasaran terletak 0.5 meter tinggi daripada lantaI.
PENUTUP
Balingan merupakan kemahiran yang penting dalam permainan bola lisut.
Keperisisian serta lemah dalam membuat lemparan mampu menyebabkan pihak
lawan mengambil kesempatan dalam membuat larian. Oleh sebab itu, kita perlu
mengetahui asas dan juga teknik dalam melakukan balingan bola dalam permainan
sofbol ini. Sukan sofbal merupakan sukan yang praktikal dan mudah untuk
dimainkan. Ia melibatkan seluruh kefungsian dalam tubuh dalam merancang dan
merangka strategi bagi memenangi dalam sesuatu perlawanan. Kognitif, afektif dan
juga psikomotor akan digunakan secara keseluruhannya.
Pada zaman muasir ini, pemodenan sukan dan latihan jasmani amat rancak
sehingga bidang jasmani menjadi lebih dinamik dan memerlukan tenaga professional
ini. Latihan untuk mendapatkan tahap kecergasan fizikal yang baik, kita hendaklah
mengamalkan beberapa aspek dan prinsip latihan yang tertentu serta kita perlu
mengetahui mengenai kemahiran dan teknik dalam sesuatu bidang sukan yang
diceburi.
Dalam tugasan ini juga terdapat ansur maju iaitu melatih kita dalam menguasai
sesuatu sukan. Kelebihan ansur maju ini juga, kita dapat membuat penilaian
terhadap para pelajar iaitu menilai dari segi kemajuan atau pencapaian individu
dalam bidang kesukanan ini. Selain itu, ansur maju ini juga dapat menilai serta
membuat pembaharuan program kecergasan ke tahap yang lebih tinggi dan
mengetahui kecergasan individu setiap para pelatih supaya tambahan beban latihan
dapat diperkenalkan mengikut keupayaan yang telah dicapai. Ansur maju ini juga
membantu pensyarah dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada bagi
mencari jalan untuk mengatasinya agar kecergasan pelatih dapat ditingkatkan dari
semasa ke semasa
top related