tugasan boneka jan 2014
Post on 27-Dec-2015
110 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
HBAE 2203 781117135748001
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI / 2014
HBAE 2203
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
NAMA : RAFI’AH BT. MUDIN
NO. MATRIKULASI : 781117135748001
NO. KAD PENGENALAN : 781117135748
NO. TELEFON : 0195844770
E-MEL : mpeot78@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PPT, OUM MIRI
0
HBAE 2203 781117135748001
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Sebagai seorang pelajar yang juga seorang pengajar sudah pasti menuntut sejuta pengorbanan
dalam menyiapkan tugasan ini.
Kerana itu dipanjatkan kesyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan tugasan saya untuk semester ini bagi matapelajaran HBAE2203 Membentuk dan
Membuat Binaan.
Untuk itu saya merakamkan, ribuan terima kasih kepada semua individu yang banyak membantu
saya secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan bimbingan dan sumbangan
idea sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Tutor kumpulan Richard Laing Lajim Wan
Rakan-rakan sekumpulan HBAE2203 PPT Miri
Akmal Rosli (suami tersayang)
“JASAMU TETAP DIKENANG”
1
HBAE 2203 781117135748001
ISI KANDUNGAN
Muka surat
PENGHARGAAN 1
1.0 PENGENALAN 3
2.0 JENIS-JENIS BONEKA 6
2.1 Boneka Jari 7
2.2 Boneka Tangan 8
2.3 Boneka Pinggan Kertas 9
2.4 Boneka Beg Kertas 9
2.5 Boneka Lidi 10
2.6 Boneka Sudu 10
2.7 Boneka Wayang Kulit 11
2.8 Boneka Bertali 12
3.0 KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BONEKA 13
3.1 PROSES MENGHASILKAN BONEKA
3.1.1 Lakaran Idea 13
3.1.2 Pemilihan Alat dan Bahan 13
3.1.3 Menentukan teknik berdasarkan bahan yang digunakan. 13
3.2 Boneka Tangan 14
3.3 Boneka Jari 16
3.4 Boneka Lidi 18
4.0 KESIMPULAN 21
RUJUKAN 22
2
HBAE 2203 781117135748001
1.0 PENGENALAN
Perkembangan teknologi semakin hari semakin hebat dan bertambah canggih. Berbagai alat
hiburan mahupun permainan telah dicipta seiring dengan perkembangan semasa. Peribahasa
Melayu ada menyatakan ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang panas’, begitulah perumpaaan yang
sesuai boleh dikatakan tentang boneka. Sehingga sekarang boneka masih boleh ditemui. Boneka
kebiasaannya dikaitkan dengan alat permainan untuk anak-anak kecil ataupun bahan hiburan
yang unik. Pelbagai bentuk dan rupa boneka yang telah dihasilkan. Zaman telah berubah
semakin moden. Arus perkembangan ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi penghasilan
boneka. Walaubagaimanapun boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri, samada
dari segi bentuk atau cara pembuatannya.
Boneka dikatakan berasal dari istilah Portugis iaitu “boneca”.
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat boneka dilihat dari 3 definisi iaitu:
1. anak patung, anak-anakan
2. Patung yang boleh digerakkan dengan tali yang dilekat padanya atau dengan
memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya
3. Orang atau negeri yang tindak tanduknya dikawal oleh kuasa atau pengaruh luar.
Sumber daripada Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Algoritma) , ensiklopedia bebas,
menjelaskan bahawa boneka merupakan benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan
atau apa-apa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang
seorang dalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen.
Boneka dikatakan telah wujud sejak 3000-2000 tahun masihi lagi. Di awal kewujudan boneka, ia
dihasilkan daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Pada masa itu penghasilan boneka
bertujuan untuk upacara keagamaan atau upacara adat rasmi. Bentuk boneka pada masa itu kaku
tidak boleh untuk digerakkan dan mempunyai rupa yang tidak menarik serta menyeramkan. Pada
600 tahun sebelum masihi, dikatakan boneka yang mempunyai kaki dan lengan yang boleh
3
HBAE 2203 781117135748001
digerakkan telah dihasilkan. Abad ke 5 hingga 15, boneka masih digunakan untuk keperluan
keagamaan dan ritual.
Di barat boneka telah dijadikan alat permainan kanak-kanak sejak abad ke 15. Ia diperbuat
daripada kayu, lilin dan tanah liat yang dipakaikan dengan pakaian. Pada tahun 1675, penciptaan
boneka telah bertambah maju. Ia dihasilkan dengan mengenakan rambut seperti boneka pada
masa kini. Tahun 1710, pembuatan boneka bertambah hebat apabila terdapat kilang yang telah
menghasilkan boneka yang boleh menangis dan 1735 boneka yang boleh berjalan dihasilkan.
Amerika merupakan Negara pengeluar terbesar boneka pada akhir perang dunia pertama. Antara
tahun 1925 dan 1941 industri boneka telah mampu menghasilkan boneka yang hampir sama
dengan objek yang ditiru seperti menggunakan mata yang dapat mengerdip lengkap dengan bulu
mata, mulut yang boleh dibuka serta mempunyai barisan gigi dan terdapat juga boneka yang
boleh makan dan minum. Bahan yang digunakan untuk penghasilan boneka guna semakin
pelbagai tidak lagi menggunakan kayu atau tanah liat sahaja, ia juga dihasilkan dari kulit lembut
dan lilin. Kemunculan boneka berkarekter seperti Kewpie, Raggedy Ann dan Barbie mula
mewarnai dunia penghasilan boneka.
Sumber : Image Google
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, boneka boleh digunakan sebagai media
pembelajaran untuk menyampaikan isi pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan lebih menarik seterusnya mengambil perhatian murid-murid.
Apabila murid-murid seronok mereka akan melibatkan diri secara aktif dalam sesi
4
HBAE 2203 781117135748001
pembelajaran. Oleh yang demikian penggunaan boneka dapat memberikan kesan yang baik
kearah pendedahan kanak-kanak dalam proses berkomunikasi seterusnya meransang melahirkan
idea yang kreatif.
Kanak-kanak juga boleh menghasilkan boneka mereka sendiri dengan bantuan orang yang lebih
dewasa. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk proses penghasilan boneka. Antara bahan yang
boleh digunakan ialah seperti pinggan kertas, sarung kaki, kain flannel, penutup botol, batang
aiskrim dan bahan yang sesuai untuk penciptaannya. Bahan semulajadi seperti daun, ranting
kayu, kulit kayu dan batu juga boleh digunakan dalam pengajaran untuk menghasilan boneka.
5
HBAE 2203 781117135748001
2.0 JENIS-JENIS BONEKA
Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan boneka sebagai bahan bantu
belajar haruslah dirancang dengan sebaiknya. Boneka yang digunakan haruslah bersesuaian.
Pelbagai jenis boneka yang boleh digunakan mahupun dihasilkan sendiri oleh guru atau murid.
Terdapat pelbagai jenis boneka yang sering digunakan dalan pembelajaran, diantaranya ialah :
Boneka Jari
Boneka Tangan
Boneka Pinggan Kertas
Boneka Beg Kertas
Boneka Lidi
Boneka Sudu
Boneka Wayang Kulit
Boneka Bertali
Bahan dan peralatan untuk membuat boneka adalah berbeza mengikut jenis boneka yang hendak
dihasilkan. Diantara bahan asas yang biasa digunakan ialah :
Sarung tangan atau sarung kaki (boneka sarung tangan)
Kertas tebal/plastik keras (boneka wayang kulit, boneka lidi)
Sudu plastik, sudu kayu atau senduk (boneka sudu)
Beg kertas (boneka kertas)
Perca kain (boneka sarung tangan atau sarung kepala)
Pinggan kertas (boneka pinggan kertas)
Untuk menghasilkan boneka, tidak semestinya menyediakan perbelanjaan yang banyak. Boneka
boleh dihasilkan mengikut kreativiti individu. Sebagai seorang guru harus tahu untuk
mempelbagaikan sumber untuk pembuatan boneka. Adalah lebih sesuai pengajaran untuk
6
HBAE 2203 781117135748001
menghasilkan bonekaa daripada bahan-bahan terbuang atau semulajadi. Disamping menjimatkan
kos, ia dapat menanamkan nilai-nilai murni menjaga alam sekitar kepada murid-murid.
2.1 Boneka Jari
Boneka jari atau lebih dikenali sebagai finger puppets merupakan boneka yang boleh dimainkan
oleh kanak-kanak secara sendiri. Boneka ini digerakkan dengan memasukkan jari ke dalam
boneka. Jari akan digerakkan mengikut watak yang dimainkan. Saiz boneka adalah mengikut
saiz jari individu yang memainkan watak-watak dalam penceritaannya.
Kepelbagaian bahan pembuatan boneka jari, menjadikan boneka ini kelihatan unik. Pada masa
sekarang pelbagai jenis boneka jari boleh didapati dipasaran dengan rupa yang lebih menarik dan
hampir menyerupai watak-watak yang sebenar.
Boneka jari yang boleh didapati dipasaran : Sumber dari Google Image
Untuk mengajar murid menyediakan sendiri boneka jari, guru boleh menggunakan bahan-bahan
seperti kad manila, gunting, gam atau stapler, serta warna untu melukis watak pada boneka.
Penggunaan bahan-bahan ini lebih sesuai kerana mudah didapati, mudah dibentuk serta tidak
melibatkan penggunaan benda tajam seperti jarum.
Penggunaan boneka jari dalam pengajaran amat menyeronokkan kerana pelbagai watak boleh
dimainkan secara serentak.
7
HBAE 2203 781117135748001
2.2 Boneka Tangan
Boneka tangan atau hand puppets lebih mudah untuk disediakan dan amat sesuai untuk kegunaan
kanak-kanak. Keseluruhan pergelangan tangan perlu dimasukkan kedalam sarung tangan yang
mempunyai watak tertentu.
Boneka Tangan. Sumber Google Image
Bagi menyediakan boneka tangan pelbagai bahan boleh digunakan. Antara bahan yang sesuai
untuk menghasilkan boneka tangan ialah seperti sarung kaki(stoking), sarung tangan, beg kertas
atau sampul surat.
Penggunaan boneka tangan membolehkan kanak-kanak lebih bebas membuat pergerakan watak.
Walaubagaimanapun watak yang dilakonkan hanya terhad kepada satu atau dua watak sahaja
untuk setiap individu yang bermain.
8
HBAE 2203 781117135748001
2.3 Boneka Pinggan Kertas
Bahan utama boneka pinggan kertas ialah pinggan kertas. Pinggan kertas biasanya digunakan di
majlis hari jadi atau majlis makan yang ringkas. Pinggan kertas juga mudah didapati dikedai
runcit atau pasaraya dengan harga yang murah. Penggunaan pinggan kertas adalah amat sesuai
untuk murid-murid sekolah rendah.
Contoh Boneka Pinggan Kertas : Sumber Google Image
2.4 Boneka Beg Kertas
Boneka beg kertas mempunyai persamaan dengan boneka tangan. Ia juga digerakkan dengan
memasukkan pergelangan tangan kedalam boneka. Walaubagaimanapun pergerakan boneka beg
kertas adalah lebih terbatas kerana kertas akan mudah koyak sekiranya pergerakan yang
dilakukan agak kasar.
Boneka beg kertas mudah untuk dihasilkan. Murid-murid hanya perlu melukis watak pada
permukaan beg atau menampal aksesori yang diingini bersesuaian dengan watak dikehendaki.
9
HBAE 2203 781117135748001
2.5 Boneka Lidi
Boneka lidi mempunyai persamaan dengan boneka wayang kulit. Boneka ini juga boleh dikenali
sebagai boneka tongkat. Boneka lidi dihasilkan dari bahan yang agak keras atau tebal. Rupa
bentuk boneka dilukis pada kertas tebal, diwarnakan seterusnya dipotong mengikut bentuk yang
dikehendaki. Lidi akan dilekatkan pada badan boneka termasuklah anggota badan yang tertentu.
Bagi menggerakkan boneka lidi, boneka akan dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi lain akan
digoyang atau digerakkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.
2.6 Boneka Sudu
Boneka sudu mudah untuk dihasilkan. Penghasilan boneka ini sesuai didedahkan kepada murid-
murid. Boneka sudu boleh dihasilkan dari sudu plastik, sudip kayu atau senduk. Bahan-bahan
juga mudah untuk didapati di rumah. Kreativiti murid-murid untuk menghasilkan boneka sudu
lebih mudah dicungkil.
10
HBAE 2203 781117135748001
2.7 Boneka Wayang Kulit
Wayang kulit dikenali sebagai satu bentuk teater tradisional. Ia dimainkan dengan prinsip cahaya
dan bayang. Penggerak boneka wayang kulit atau lebih dikenali sebagai dalang yang memainkan
pelbagai watak berdasarkan jalan cerita. Persembahan wayang kulit biasanya diiringi oleh satu
kumpulan muzik paluan atau muzik gamelan serta tiupan alat serunai dan alat bertali seperti
rebab.
Boneka wayang kulit direka secara tradisional dari belulang seperti kulit kerbau, kulit kambing
atau kulit lembu. Namun pada masa kini, untuk mendapatkan belulang adalah amat sukar. Oleh
yang demikian bahan-bahan moden terpaksa digunakan untuk menggantikan belulang. Antara
bahan yang boleh digunakan ialah kepingan plastik yang tebal, kertas bod juga filem pancaran-X
yang terpakai.
Watak-watak yang dilakonkankan pada wayang kulit digambarkan melalui penghasilan boneka.
Kebiasaannya watak seorang hero digambarkan dengan sifat muka yang kacak serta mempunyai
hidung yang mancung. Manakala watak penjahat, digambarkan dengan mata yang besar ataupun
perut yang buncit serta warna-warna yang agak garang.
Wayang kulit dimainkan oleh dalang di sebalik layar yang dibuat dari kain putih sementara
dibelakangnyadisuluhkan lampu minyak atau lampu letrik. Penonton akan berada disebelah
berlawanan layar dan melihat bayangan wayang yang terhasil pada layar. Untuk memahami
cerita wayang, penonton perlu mengetahui watak-watak yang di bayangkan pada layar.
11
HBAE 2203 781117135748001
Sumber : Image Google
2.8 Boneka Bertali
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan yang keras seperti papier-mache plaster-of-Paris
atau kayu. Terdapat tali-tali halus yang disambungkan kepada bahagian-bahagian badan boneka.
Tali-tali ini akan ditarik-tarik untuk menggerakkan anggota-anggota badan boneka tersebut untuk
bergerak.
Sumber : Image Google
Boneka bertali jarang dipertontonkan dikhalayak ramai di Negara kita. Oleh yang demikian,
penghasilan boneka ini dalam pengajaran dikelas mungkin agak sukar memandangkan murid-
murid kurang mempunyai pengetahuan tentang boneka bertali. Namun pendedahan boneka
bertali kepada murid-murid sekolah rendah adalah suatu yang amat baik.
12
HBAE 2203 781117135748001
3.0 KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BONEKA
Kegiatan membentuk dan membuat binaan perlu diberikan perhatian terhadap persepsi murid
dari segi aspek seni iaitu bentuk, ruang, struktur, imbangan mahupun kestabilan. Guru perlu
merancang pengajaran agar proses pembelajaran menghasilkan boneka dapat dilaksanakan serta
mencapai objektif.
3.1 PROSES MENGHASILKAN BONEKA
Proses menghasilkan boneka adalah seperti berikut :
3.1.1 Lakaran Idea
Lakaran idea merupakan proses awal untuk menghasilkan boneka. Bagi perlaksanaan pengajaran
untuk sekolah rendah, adalah lebih sesuai jika lakaran idea dibimbing atau diberikan contoh-
contoh yang sesuai oleh guru. Dengan adanya lakaran atau contoh yang disediakan, ini dapat
membantu murid mengembangkan idea untuk menghasilkan boneka mengikut tema dan watak
yang sesuai.
3.1.2 Pemilihan Alat dan Bahan
Bahan-bahan untuk menghasilkan boneka, adalah berbeza mengikut jenis-jenis boneka yang
hendak dihasilkan. Guru perlu menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan
boneka. Panduan oleh guru amat penting bagi memastikan murid dapat menyediakan lebih awal
bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan boneka.
13
HBAE 2203 781117135748001
3.1.3 Menentukan teknik berdasarkan bahan yang digunakan.
Setiap boneka yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza bergantung kepada jenis-jenis
boneka. Guru perlu membimbing murid-murid untuk melaksanakan teknik-teknik pembuatan
boneka mengikut urutan yang betul. Dengan bimbingan murid dapat menghasilkan boneka yang
menepati objektif pembelajaran.
Seterusnya merupakan proses pengajaran dalam bilik darjah bagi bidang membentuk dan
membuat binaan. Jenis-jenis boneka yang dipilih untuk dihasilkan ialah boneka tangan, boneka
jari dan boneka kertas. Melalui dari bimbingan dan panduan, murid-murid tahun 2 kuning telah
berjaya menghasilkan boneka yang sesuai akan tajuk serta watak-watak ditetapkan.
3.2 Boneka Tangan
Boneka tangan boleh dihasilkan dengan mudah oleh murid-murid dengan panduan guru mata
pelajaran Seni.
Alat dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan boneka tangan :
Sarung kaki atau Stokin
Gam
Benang
Gunting
Warna
Proses menghasilkan boneka tangan :
a. Membuat lakaran watak dan melukis bahagian-bahagian bentuk pada kertas lukisan.
14
HBAE 2203 781117135748001
b. Mewarna bahagian-bahagian yang telah ditetapkan seperti mata, hidung, telinga dan
mulut pada kertas lukisan.
c. Menggunting bentuk bahagian-bahagian yang diingini.
d. Melekatkan bentuk-bentuk deria pada sarung kaki dengan menggunakan gam.
e. Mempamerkan hasil kerja.
15
HBAE 2203 781117135748001
3.3 Boneka Jari
Menghasilkan boneka jari adalah suatu yang mudah dan menarik murid untuk menghasilkannya.
Boneka jari boleh dihasilkan mengikut kreativiti sendiri atau bantuan guru. Perkara yang paling
penting ialah dalam menghasilkan boneka jari ialah, boneka tersebut boleh digerakkan oleh jari.
Alat dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan boneka jari :
Kertas A4
Gam atau stapler
Gunting
Warna / marker pen
Proses menghasilkan boneka jari:
a. Membuat ukuran jari dan memindahkan ukuran keatas kertas.
16
HBAE 2203 781117135748001
b. Menggunting kertas mengikut ukuran yang dikehendaki.
c. Melilit jari menggunakan kertas yang telah digunting. Kertas tersebut dig am atau stapler
untuk menjadikan bentuk kertas sebagai sarung jari.
d. Melukis watak-watak yang dikehendaki pada kertas lukisan. Watak tersebut digunting
dan ditampal pada sarung jari yang telah disiapkan.
17
HBAE 2203 781117135748001
e. Mempamerkan hasil kerja. Sarung jari juga boleh dilukiskan, watak-watak yang
dikehendaki.
3.4 Boneka Lidi
Alat dan bahan-bahan untuk menghasilkan boneka lidi:
Lidi / bilah pencucuk satey
Kertas
Gam tau selotape
Warna / marker pen / pensil
Gunting
18
HBAE 2203 781117135748001
Proses menghasilkan boneka lidi.
a. Membuat lakaran pada kertas manila atau kertas lukisan.
b. Mewarna dan membuat penegasan bentuk.
c. Menggunting bentuk yang dikehendaki.
d. Melekatkan boneka pada lidi panjang dengan menggunakan selotape atau gam.
19
HBAE 2203 781117135748001
e. Mempamerkan hasil kerja boneka.
Hasil dari perlaksanaan pengajaran membentuk dan membuat binaan boneka, guru mendapati
bahawa murid perlu mengenalpasti jenis boneka yang hendak dibuat terlebih dahulu. Ini
bertujuan agar murid dapat menyediakan bahan-bahan yang bersesuaian untuk menghasilkan
boneka. Disepanjang perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran, penerapan nilai-nilai murni
seperti bekerjasama, menjaga alam sekitar dengan melakukan kitar semula serta sentiasa berhati-
hati dalam melakukan aktiviti terutama yang melibatkan peralatan yang tajam.
Secara keseluruhan, perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif dengan
kesuaian watak serta cara penghasilan boneka.
20
HBAE 2203 781117135748001
4.0 KESIMPULAN
Pembelajaran menggunakan media dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menarik
mampu meransang minda murid untuk menguasai isi pelajaran dengan lebih berkesan. Kreativiti
seorang guru dalam mempelbagaikan bahan bantu mengajar amat penting. Penggunaan media
boneka sebagai bahan bantu mengajar dilihat dapat mengoptimakan fungsi keseluruhan panca
indra murid sehingga meningkatkan perhatian murid untuk belajar dengan cara bertutur,
mendengar, melihat, meraba, dan menggunakan pikirannya secara logis dan realistis seterusnya
membantu keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
21
HBAE 2203 781117135748001
Boneka merupakan suatu alat yang berkait rapat dengan kehidupan kanak-kanak. Situasi ini
dapat melahirkan rasa seronok dalam diri murid. Keseronokan mengikuti pembelajaran dapat
meningkatkan perhatian seterusnya mampu meredakan tekanan dalam diri murid-murid. Dalam
suasana yang menarik murid lebih mudah menguasai bahasa dan perbendaharaan kata dengan
lebih berkesan.
Membentuk dan membuat boneka mampu untuk memupuk daya kreativiti murid untuk
menghasilkan suatu ciptaan atau karya seni. Ini dapat membantu murid membina keyakinan diri.
Oleh itu untuk memastikan pembelajaran membentuk dan membuat boneka memberikan kesan
yang maksima, guru harus pandai memainkan peranan yang penting bagi menyusun atur
pengajaran dan pembelajaran yang mampu mengembangkan kreativiti murid. Pemupukan
semangat kerjasama dan berkongsi pengalaman dapat membantu murid mengembangkan idea.
Tanggungjawab seorang guru dalam membantu meransang serta mengembangkan daya kreativiti
kanak-kanak merupakan satu amanah yang perlu di laksanakan. Bak kata pepatah Melayu ;
‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya ’
RUJUKAN
Hajah Noresah Binti Baharom et al (2010), Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Zairi Husain (2011), HBAE2203 Membentuk dan Membuat Binaan, Selangor Darul Ehsan :Meteor Doc. Sdn. Bhd.
http://bonekaimoets.blogspot.com/2012/11/kegunaan-boneka-pengajaran-dan.html
22
HBAE 2203 781117135748001
http://matanoku-asal.blogspot.com/2006/09/asal-usul-boneka.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Boneka
http://sharldepiepiapie.blogspot.com/2012/10/pengenalan-boneka.html
http://www.kkmm.gov.my/pdf/buku/wayang_kulit.pdf
http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah).
23
top related