tugasan gaya hidup sihat.docx
Post on 17-Jan-2016
212 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
ISI KANDUNGAN
Soalan Tugasan 3
1.0 Pengenalan 4
1.1 Definisi Kesejahteraan 4
2.0 Roda Kesejahteraan Ballard (2012) 5
3.0 Kesan Ketidakseimbangan Dimensi-dimensi Roda Kesejahteraan 10
4.0 Amalan Gaya Hidup Berdasarkan Roda Kesejahteraan 15
5.0 Penambahan Dua Dimensi dalam Roda Kesejahteraan 18
6.0 Penutup 22
Bibliografi 23
[1]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
SOALAN TUGASAN
Wellness Wheel(Roda Kesejahteraan) yang diperkenalkan dalam artikel oleh Ballard
(2012) memberi satu gambaran visual tentang konsep kesejahteraan yang menunjukkan
keperluan gaya hidup yang seimbang. Untuk mencapai dan mengekalkan harmoni serta
keseimbangan dalam hidup, kita harus memberi perhatian kepada setiap enam dimensi
kesejahteraan. Pengabaian atau penekanan yang terlampau pada mana-mana dimensi
kesejahteraan akan menyebabkan roda kesejahteraan yang tidak seimbang.
Berdasarkan Roda Kesejahteraan Ballard (2012) yang mengandungi ENAM dimensi
di bawah, anda dikehendaki:
memberi definisi yang anda faham tentang kesejahteraan dengan merujuk definisi dari
sumber elektronik dan bercetak;
menghuraikan enam dimensi tersebut beserta dengan ilustrasi yang relevan;
kenal pastikan akibat sekiranya dimensi-dimensi tersebut tidak seimbang
menjelaskan bagaimana anda mengamalkan gaya hidup anda berdasarkan Roda
Kesejahteraan di bawah agar kesejahteraan anda seimbang; dan
reka cipta Roda Kesejahteraan anda sendiri dengan menambahkan DUA lagi dimensi
pada Roda Kesejahteraan yang asal, beserta dengan justifikasi anda.
Sumber: http://finishingitfitness.blogspot.com/2012/01/v-behaviorurldefaultvmlo.html
[Jumlah: 40 markah]
_______________________________________________________________________
[2]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
1.0 PENGENALAN
Penulisan tugasan ini adalah berkaitan dengan dimensi-dimensi dalam kesejahteraan
hidup. Beberapa perkara lain juga akan dianalisis dan dihuraikan serta dibincangkan.
Perkara-perkara tersebut termasuklah definisi kesejahteraan, huraian tentang dimensi-
dimensi kesejahteraan hidup dan membincangkan tentang akibat sekiranya dimensi-dimensi
kesejahteraan tersebut tidak seimbang. Tugasan ini juga akan menjelaskan bagaimana
mengamalkan gaya hidup yang seimbang berdasarkan Roda Kesejahteraan Ballard (2012) di
samping menambahkan dua dimensi kesejahteraan lagi yang perlu diamalkan untuk
mendapatkan kesejahteraan hidup yang holistik.
1.1 Definisi Kesejahteraan
Kesejahteraan berasal dari kata dasar sejahtera. Kamus Pelajar Edisi Kedua (2010)
mentakrifkan sejahtera sebagai bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain;
aman sentosa dan makmur; selamat. Kesejahteraan pula membawa maksud hal atau
keadaan sejahtera; keamanan, keselamatan, ketenteraman. Menurut Alkire (2002), dimensi
kesejahteraan manusia telah dikenal pasti dan terdapat pelbagai dimensi contohnya
berilmu, persahabatan, penzahiran diri, perhubungan, integriti, kesihatan, jaminan ekonomi,
kebebasan, kasih sayang, harta dan masa berehat. Stuart, Biddle, Kenneth & Stephen
(2000) pula menjelaskan bahawa kesejahteraan merangkumi tujuh dimensi iaitu
kesejahteraan psikologi, sosial, intelektual, fizikal, spiritual, pekerjaan dan persekitaran.
Sementara itu, Gasper (2002) telah membincangkan maksud kesejahteraan sebagai satu
konsep atau abstrak yang digunakan untuk dirujuk kepada apa sahaja yang digunakan untuk
menilai situasi dan keadaan kehidupan seseorang. Dalam pandangan Islam, Badawi (1986)
telah mendefinisikan kesejahteraan sebagai keadaan di mana keperluan dasar bagi individu
atau kelompok dapat dipenuhi baik berupa keperluan makanan, pendidikan, kesihatan, dan
jaminan daripada bencana kehidupan.
Rumusnya, kesejahteraan bolehlah didefinisikan sebagai komponen positif kesihatan
yang optimum dan seimbang dicerminkan melalui kualiti hidup yang baik dari segi
kesihatan, fizikal, pemakanan, mental, emosi, kasih sayang, rohani, sosial, sumber ekonomi,
[3]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
keselamatan, dan persekitaran untuk hidup dan bekerja dengan berkesan di samping untuk
membuat sumbangan penting kepada masyarakat.
2.0 RODA KESEJAHTERAAN BALLARD (2012)
Roda Kesejahteraan (Wellness Wheel) Ballard (2012) telah memberikan satu
gambaran visual tentang konsep kesejahteraan yang menunjukkan keperluan gaya hidup yang
seimbang. Ballard (2012) telah menggariskan enam dimensi kesejahteraan dalam artikelnya
iaitu kesejahteraan intelek, kesejahteraan fizikal, kesejahteraan emosi, kesejahteraan rohani,
kesejahteraan sosial, dan kesejahteraan persekitaran.
Intelek
Fizikal
EmosiRohani
Sosial
Perseki-taran
Roda Kesejahteraan Ballard (2012)
Setiap individu perlu mempunyai tahap kesihatan yang mencukupi dalam keenam-
enam dimensi tersebut untuk mencapai kesejahteraan hidup. Ini disebabkan setiap dimensi
kesejahteraan sangat berkait rapat antara satu sama lain. Kekurangan dalam satu aspek
kesihatan boleh menjejas kesihatan lain. Sebagai contoh, kesihatan emosi yang kurang baik
boleh menjejas kesihatan fizikal dan sebaliknya.
[4]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
Perkaitan Antara Dimensi-Dimensi dalam Roda Kesejahteraan
2.1 Kesejahteraan Intelek
Kesejahteraan intelek biasanya dikaitkan dengan individu yang mempunyai
pendidikan tinggi. Namun, kesejahteraan intelek tidak semestinya terletak kepada individu
yang berpendidikan tinggi. Ada individu yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke
peringkat tinggi tetapi mempunyai kecerdasan intelek yang mengagumkan. Ini disebabkan
setiap individu mempunyai kecerdasan intelek yang pelbagai. Oleh itu, untuk mendapatkan
kesejahteraan intelek, individu perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Kajian
menunjukkan bahawa, individu yang banyak menggunakan daya fikir untuk menyelesaikan
masalah akan mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit mudah lupa atau
Alzheimer.
Kesejahteraan intelek merangkumi kemampuan individu untuk menaakul,
memproses dan bertindak balas terhadap maklumat, kemampuan untuk mengenal pasti
[5]
Intelek
Fizikal
Emosi
Rohani
Sosial
Persekitaran
KESEJAHTERAAN
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
nilai dan kepercayaan serta kemampuan membuat keputusan. Kesejahteraan hidup yang
menyeluruh tidak akan menjadi lengkap jika kesejahteraan intelek terabai.
2.2 Kesejahteraan Fizikal
Mempunyai tubuh badan yang besar dan tegap tidak bermakna individu itu sihat.
Kesejahteraan fizikal berkait rapat dengan pengambilan nutrisi makanan yang betul dan
berkhasiat, bersenam secara tetap, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kesejahteraan
fizikal melibatkan komponen daya tahan kardiovaskular, otot dan komposisi badan.
Kesejahteraan fizikal juga merupakan keupayaan seseorang untuk berfungsi dengan
berkesan dalam memenuhi permintaan kerja harian dan menggunakan masa lapang dengan
berkesan. Justeru, individu yang sejahtera fizikalnya secara amnya dicirikan sebagai individu
yang cergas.
Kesejahteraan fizikal tidak hanya membawa maksud seseorang individu bebas
daripada penyakit, tetapi juga mempunyai kecergasan fizikal. Kecergasan fizikal membawa
maksud kebolehan badan berfungsi atau bekerja dengan cekap, dan masih mempunyai
tenaga lebihan untuk melakukan aktiviti kesenggangan dan bertindak semasa kecemasan.
Melakukan aktiviti fizikal dengan kerap dapat bantu individu membina kecergasan fizikal.
Semua jenis aktiviti fizikal seperti berjalan dan membuat kerja rumah, atau melakukan
senaman mengikut jadual latihan yang dirancang adalah penting untuk hidup sihat. Selain
itu, menjauhi bahan dan tabiat yang berisiko negatif seperti penyalahgunaan dadah, merokok
dan alkohol dapat menjamin kesejahteraan fizikal individu.
2.3 Kesejahteraan Emosi
Kesejahteraan emosi merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan
kehidupan yang merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap
penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan. Emosi yang sejahtera
melibatkan keupayaan individu untuk mengawal emosinya, berupaya menangani dan
menghadapi pelbagai tekanan hidup seharian dengan tenang dan bersahaja. Individu yang
mempunyai kesejahteraan emosi umumnya dicirikan sebagai individu yang gembira dan
ceria seolah-olah hidupnya tiada masalah.
[6]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
Salah satu cara untuk mengatasi tekanan emosi adalah dengan cara duduk
bersendirian tanpa gangguan untuk menilai perasaan dan mendengar pemikiran sendiri.
Cara ini akan mengurangkan beban tekanan yang ditanggung di samping dapat
menyegarkan semula minda. Selain itu, individu perlu memberi ruang untuk diri sendiri
melakukan perkara-perkara yang diminati, berehat dan berkongsi masalah dengan orang
lain.
2.4 Kesejahteraan Rohani
Kesejahteraan rohani didefinisikan sebagai dimensi yang merangkumi pencarian
makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan komuniti.
Kesejahteraan rohani juga sering dikaitkan dengan kepercayaan dalam kuasa yang lebih
besar daripada individu yang dapat membantu seseorang menyumbang kepada kualiti hidup
yang lebih baik. Individu yang mencapai tahap kesejahteraan rohani ini mempunyai
kesedaran dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang positif. Kepercayaan
terhadap tuhan dan mengamalkan suruhan agama, memberi kemaafan, belas kasihan, dan
berkasih sayang menentukan kesejahteraan rohani. Seseorang yang sejahtera rohaninya
biasanya dicirikan sebagai sentiasa berpuas hati dengan diri sendiri. Mengasingkan diri
dengan bersembahyang, berdoa dan bermeditasi dapat membantu kesihatan rohani
individu.
2.5 Kesejahteraan Sosial
Kesejahteraan sosial dalam konteks sesebuah negara merupakan impian setiap
individu dan kerajaan kerana tanpanya negara tidak akan mencapai kestabilan dan keutuhan
dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Cabaran yang lebih besar sekiranya sesebuah
negara itu dihuni oleh pelbagai etnik yang semestinya menganut pelbagai agama dan
memiliki seribu satu adat dan budaya yang ingin diamalkan dan diwarisi.
Kesejahteraan sosial secara kebiasaannya merujuk kepada keupayaan individu untuk
memenuhi hubungan interpersonal yang merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan
orang lain, komuniti, dan persekitaran bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna dan
meningkatkan kualiti hidup dengan semua orang yang terlibat dalam interaksi termasuklah
[7]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
diri sendiri. Di samping itu juga, individu yang mencapai tahap kesejahteraan sosial
berupaya untuk mengadaptasi situasi-situasi sosial yang dialaminya dalam kehidupan
seharian.
Individu yang sejahtera sosialnya umumnya dicirikan sebagai suka melibatkan diri
dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan dan kemasyarakatan. Kesejahteraan sosial yang
optimum akan menjadikan individu sebagai seorang anggota masyarakat yang dapat
memainkan pelbagai peranan dengan baik. Aktiviti bergotong-royong dapat merapatkan
hubungan dengan orang lain di samping dapat meningkatkan kesejahteraan sosial individu.
2.6 Kesejahteraan Persekitaran
Menurut WHO, persekitaran yang sejahtera adalah satu tempat di mana anggotanya
hidup untuk mencapai satu visi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat yang dipersetujui
bersama. Persekitaran sejahtera juga bermaksud satu keadaan persekitaran yang yang bersih,
selamat dan indah yang merangkumi rumah, sekolah, premis makanan, tempat kerja, taman
dan lain-lain.
Kesejahteraan persekitaran merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan
perhubungan dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti. Kesejahteraan
persekitaran setiap individu adalah tidak sama kerana ada individu yang sukakan
persekitaran yang sibuk seperti di bandar, ada juga yang lebih selesa berada di tempat yang
sunyi seperti kawasan pedalaman atau di tepi laut. Walau apapun persekitaran yang dipilih,
faktor kebersihan, keceriaan dan keselesaan tetap menjadi agenda utama.
Individu yang mencapai tahap kesejahteraan persekitaran mempunyai apresiasi yang
baik terhadap persekitaran luaran. Individu berupaya untuk memainkan peranan yang baik
dan berkesan demi melindungi serta mempertingkatkan keadaan persekitarannya.
[8]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
3.0 KESAN KETIDAKSEIMBANGAN DIMENSI KESEJAHTERAAN
Kesejahteraan merupakan proses keseluruhan mengekalkan kesihatan yang baik.
Kesihatan dan kesejahteraan pula merupakan konsep usaha yang aktif mendapatkan
kesihatan keseluruhan yang mencakupi dimensi fizikal, mental, emosi, rohani, sosial dan
persekitaran. Kehidupan yang tidak aktif merupakan salah satu faktor utama untuk ancaman
penyakit kronik selepas tabiat merokok. Jika suatu masa dahulu, penyakit berjangkit
merupakan ancaman kepada kematian, tetapi kini penyakit-penyakit kronik yang berkaitan
dengan tingkah laku negatif dan gaya hidup tidak sihat telah menjadi ancaman yang lebih
besar. Akibat ketidakseimbangan dimensi kesejahteraan iaitu tingkah laku negatif dan gaya
hidup yang tidak sihat ini banyak meninggalkan kesan buruk terhadap individu.
3.1 Kesan Fizikal
Peningkatan dalam kecergasan fizikal boleh dicapai melalui aktiviti fizikal yang kerap.
Melalui aktiviti fizikal yang kerap, seseorang dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit
seperti sakit jantung, strok, penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Aktiviti fizikal
juga boleh bantu seseorang mengawal berat badan, menguatkan tulang dan otot, serta
mengurangkan tekanan mental dan stres. Aktiviti fizikal yang jarang dilakukan akan
menjadikan individu mengalami tekanan fizikal dan masalah kesihatan. Morris dan Maisto
(2005) menyatakan bahawa tekanan fizikal boleh dilihat dalam kontaks ketidakpuasan dan
kesakitan.
[9]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
Kesan Pengabaian Dimensi Fizikal
3.2 Kesan Sosial
Gaya hidup masyarakat hari ini lebih terdedah kepada aktiviti sosial sedangkan nilai-
nilai murni semakin diabaikan. Sistem kekeluargaan turut berubah dari keuarga besar
menjadi keluarga nuklear, budaya penyayang semakin merosot akibat proses pemodenan
dan warga tua sebagai tunjang keluarga dibiarkan hidup bersendirian.
Senario semasa menunjukkan gejala keruntuhan akhlak kian meruncing. Ini
menunjukkan kepincangan sistem sosial yang sedia ada dalam menangani arus peningkatan
teknologi masa kini. Akibat kepincangan sistem sosial, keruntuhan akhlak menjadi
masalah sosial yang kronik dalam kehidupan masyarakat hari ini. Antara beberapa bentuk
gejala keruntuhan akhlak yang berlaku masa kini adalah seperti keganasan dan penderaan
dalam rumah tangga terutamanya terhadap isteri dan anak-anak, jenayah berat dan jenayah
juvana, rasuah, dan keganasan seksual.
[10]
Risiko penyakitjantung
tekanan darah tinggidiabeteskanser
osteoporosis
Risiko berat badanobesiti
pengumpulan lemak
Risiko penurunan sistem tubuhdaya tahan otot
sistem kardiovaskularsistem paru-paru
Risiko kematian mengejut
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
Gejala Sosial Masa Kini
3.3 Kesan Emosi
Individu yang menghadapi masalah emosi biasanya akan mudah marah, cepat terasa
hati, cepat mengalah, terlalu membesarkan perkara yang remeh, bercakap tanpa
memikirkan perasaan orang lain, bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibat
tindakannya di samping mempunyai matlamat hidup yang kurang jelas.
Menurut Mirowsky dan Ross (1995), terdapat tiga jenis tekanan emosi iaitu
depressi, kebimbangan, dan marah. Depressi boleh dijelaskan sebagai perasaan sedih, rasa
tidak dihargai, kesunyian, dan rasa terabai. Kebimbangan dikenal pasti sebagai perasaan
tegang, tidak tenang, bimbang, tidak selesa, dan perasaan terganggu. Kemarahan pula
merupakan kesan depressi dan kebimbangan. Perubahan emosi akan meninggalkan kesan
kepada individu seperti menahan marah, memendam perasaan, tekanan perasaan yang
melampau, ketegangan emosi dan tidak mahu bertolak ansur. Selain itu, perubahan emosi
juga mampu meninggalkan kesan negatif seperti kekesalan melampau, mudah menyesal,
suka merungut, dan tidak boleh memikirkan jalan penyelesaian dengan bijak.
[11]
bunuh, rogol, ragut, rompak, pecah amanah
J e n a y a h B e r a t
gengsterisme, vandalisme, ragut, rogol, rompak, peras ugut, curi, kecelaruan gender
J e n a y a h J u v a n a
kanak-kanak, isteri, ahli keluarga, pembantu rumah
P e n d e r a a n
gangguan seksual, sumbang mahram, kanak-kanak, teman wanitadi rumah, di tempat kerja, di kawasan sunyi
K e g a n a s a n S e k s u a l
perceraian, pengabaian nafkah
R u m a h T a n g g a
memberi rasuah, menerima rasuah, tuntutan palsu, salah guna jawatan
R a s u a h
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
3.4 Kesan Rohani
Kesihatan rohani merujuk kepada tahap keimanan individu yang tinggi. Kesejahteraan
emosi pula dapat dinikmati apabila kita merasakan keselesaan dan ketenangan tentang diri
dan persekitaran kita. Emosi yang tidak sihat boleh mengakibatkan tekanan yang kuat,
kebimbangan yang tinggi, atau kecelaruan berperasaan.
Kesan Pengabaian Dimensi Rohani
3.5 Kesan Intelek
Intelek yang sempurna mestilah yang sihat dan sempurna akal, roh, mental dan
emosinya. Kematangan akal dan mental semata-mata tidak dapat membawa kepada
kesejahteraan seseorang sekira roh atau badannya tidak sihat atau emosinya tidak seimbang,
dan begitulah juga sebaliknya. Golongan intelek amat perlu dalam membangunkan sesebuah
negara. Oleh itu, masyarakat yang tidak mempunyai golongan intelektual yang dapat
berfungsi dengan baik akan hilang tingkat kesedaran, tumpuan serta wawasan tertentu
terhadap sesuatu masalah. Maka dengan itu, masyarakat tersebut akan terus berada pada
tahap kemundurannya yang sedia ada, berhadapan dengan masalah yang tidak dapat
diselesaikan dan tidak akan mampu membangun dengan baik dan sempurna.
[12]
Gagal melaksanakan ibadah yang khusus
secara konsisten.
Berasa tidak selesa untuk melaksanakan
sesuatu kebaikan.
Kehidupan yang tidak tenang dan
sentiasa bercelaru.
Sering menghadapi masalah dan
tekanan dalam hidup.
Berasa tidak yakin dengan kemampuan
diri sendiri.
Gagal mewujudkan perhubungan yang baik dengan orang
lain.
Gagal mengurus waktu dengan baik.
Tiada tujuan dan matlamat hidup.
Sering berasa tidak puas dengan apa
yang dimiliki.
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
3.6 Kesan Persekitaran
Kesihatan sebenarnya adalah berkait dengan faktor persekitaran. Manakala
kesejahteraan persekitaran pula dikaitkan dengan kesedaran tentang kestabilan dan
pemusnahan dunia atau alam sekitar kesan daripada kegiatan manusia. Persekitaran yang
tidak sihat akan mempengaruhi kesejahteraan sosial masyarakat. Persekitaran fizikal yang
tidak dijaga akan menambahkan kehadiran radikal bebas yang boleh mengancam kesihatan
dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai penyakit kronik. Kehadiran radikal bebas juga
sering menjadi kebimbangan kerana dikhuatiri boleh mempercepatkan proses penuaan dan
meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.
Kesejahteraan persekitaran bukan sahaja tertakluk kepada keadaan fizikal sekeliling,
malahan budaya hidup juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
kesihatan. Budaya merokok di kalangan masyarakat, penyalahgunaan dadah dan pergaulan
bebas merupakan unsur persekitaran yang mempengaruhi kesejahteraan persekitaran.
4.0 AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN RODA KESEJAHTERAAN
Gabungan kesejahteraan fizikal, mental, emosi, rohani, sosial dan persekitaran akan
menentukan kualiti hidup seseorang itu termasuklah prestasi kerjanya dan juga tempoh
hayatnya. Oleh itu, kesihatan merupakan aset yang amat bernilai dalam kehidupan individu
yang perlu dijaga dan diberi perhatian yang sebaik-baiknya.
Untuk mendapatkan kesejahteraan fizikal, pemakanan secara seimbang dan aktiviti
fizikal perlu dititikberatkan dalam gaya hidup hari ini. Mengikut pakar perubatan, kita perlu
mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan mengelakkan diri daripada mengambil
makanan yang berkolesterol dan kandungan lemak yang tinggi. Kita juga perlu
mengurangkan pengambilan gula dengan memilih makanan dan minuman kurang manis.
Selain pemakanan, bersukan adalah sebahagian amalan gaya hidup sihat. Islam
menggalakkan umatnya mengamalkan aktiviti yang bersesuaian bertepatan saranan Saidina
Umar RA yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani. Katanya: “Ajarlah anak kamu
[13]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
berenang, memanah dan menunggang kuda”. Seruan ini membuktikan Islam mementingkan
beriadah untuk mendapatkan badan yang sihat dan cergas.
Mengamalkan suruhan agama seperti mengerjakan solat, berpuasa dan bersedekah
mampu memberi ketenangan dan mensejahterakan rohani kita. Pakar-pakar perubatan juga
mengakui bahawa ibadah puasa memberikan kesan yang amat positif kepada kesihatan
manusia. Ternyata keistimewaan amalan beribadah membuktikan bahawa Islam telah
menyediakan pakej penjagaan kesihatan fizikal dan rohani yang diperlukan oleh manusia.
Individu yang mempunyai kesejahteraan emosi dan rohani yang stabil berupaya
untuk mengawal nafsu, emosi dan tingkah lakunya, boleh membina perhubungan yang mesra
dengan orang lain, sentiasa berperasaan positif dalam setiap perkara yang dilaluinya dan
mudah pulih dari kesedihan yang dialaminya. Emosi akan sejahtera apabila kita bebas dari
tekanan yang kuat, kebimbangan yang tinggi atau kecelaruan perasaan.
Untuk meningkatkan kesejahteraan rohani dan emosi, kita perlu memberi perhatian
kepada keperluan rohani seperti melaksanakan ibadah-ibadah dengan sempurna dan yakin,
memberi fokus kepada keperluan emosi seperti memberi dan menerima kasih sayang,
memberi dan menerima penghargaan diri dan seumpamanya. Selain itu, kita perlu
mendisiplinkan diri dari aspek kebersihan, kekemasan dan ketepatan untuk meningkatkan
kekuatan emosi dan rohani.
Seterusnya, kesejahteraan intelek dapat diperoleh jika individu
menggunakan inteleknya untuk bekerja, belajar, berfikir, membayangkan, mengagak,
menyoal dan menjawab soalan tentang berbagai-bagai idea. Golongan intelektual sering
dikaitkan dengan mereka yang berkelulusan universiti. Namun, belajar di universiti bukanlah
jaminan untuk memperoleh kesejahteraan intelek. Seorang intelektual yang sejahtera
inteleknya akan sentiasa berfikir, mengembangkan dan menyumbangkan ideanya untuk
kesejahteraan masyarakat selain mempergunakan ilmu dan fikirannya untuk mengkaji,
menganalisis, merumuskan segala perkara dalam kehidupan manusia, masyarakat dan negara.
Menurut Faizal Yusuf (2004), seorang intelektual juga adalah seorang yang kenal akan
kebenaran dan berani pula memperjuangkan kebenaran itu, meski bagaimanapun tekanan dan
ancaman yang dihadapinya, terutama sekali kebenaran, kemajuan, dan kebebasan untuk
rakyat.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa berpendidikan tinggi dapat menjamin
kepada keselesaan dan kesejahteraan hidup. Menurut Tribus (1992), individu yang
mempunyai taraf pendidikan yang tinggi melaporkan tahap kesihatan dan kualiti hidup yang
baik. Hal ini kerana, tahap pendidikan yang tinggi membantu ke arah status pekerjaan dan
[14]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
pendapatan yang baik, memberi sumbangan dan kesan positif kepada sosio-ekonomi
keluarga. Mirowsky dan Ross (1992) mendapati bahawa individu yang memiliki tahap
pendidikan yang baik mempunyai kadar kawalan diri yang tinggi dalam beberapa situasi
seperti pengurusan kerja, kepimpinan kerja, pemperolehan wang, pengurusan rumahtangga,
dan beban kerja rumah, berbanding dengan individu yang kurang berpendidikan.
Dalam usaha membangunkan kesejahteraan sosial, mewujudkan hubungan yang
harmoni dalam masyarakat dan mengekalkan persekitaran bersih juga merupakan gaya hidup
sihat yang amat dituntut dalam Islam. Bagi mencapai keharmonian sosial, kita perlu
menunaikan beberapa kewajipan sebagai anggota masyarakat. Menurut Schalock (1996),
kualiti hidup manusia boleh dibahagikan kepada lapan prinsip utama iaitu kesejahteraan
emosi, hubungan interpersonal, kesejahteraan perkakasan, perkembangan personal,
kesejahteraan fizikal, pembuatan keputusan, hubungan sosial, dan hak. Lawton (1994) pula
menjelaskan bahawa kualiti hidup yang baik membolehkan individu mengekalkan kefungsian
sosial harian mereka seperti berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga, memasak, bekerja
dan bersukan. Dalam Islam, akhlak yang mulia sangat penting untuk kesejahteraan sosial,
keamanan dan kestabilan negara. Setiap anggota masyarakat perlu bersatu padu dan
bekerjasama dalam membentuk kesejahteraan sosial termasuklah mengamalkan sikap berbaik
sangka, toleransi, harmoni, kasih sayang dan adil.
[15]
Mematuhi sistem nilai dan
norma
Menyesuaikan diri
Mematuhi peraturan
Saling menghargai
Memahami perbezaan
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
Kewajiban Anggota Masyarakat
Seterusnya, pengekalan alam sekitar yang sihat dan selamat boleh ditakrifkan sebagai
usaha memelihara kesejahteraan persekitaran yang harmoni untuk kehidupan manusia.
Bagi memastikan kesejahteraan persekitaran, semua pihak bertanggungjawab untuk
mengekalkan kawasan hutan yang menjadi sumber utama oksigen, kualiti udara bersih yang
bebas daripada pencemaran bahan kimia dan mempunyai tahap kelembapan yang tinggi, serta
sumber air bersih yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi dan baik. Selain itu,
galakan perlu diberikan untuk teknologi semasa yang mesra alam, penggunaan bahan bakar
alternatif seperti bahan bakar tanpa plumbum, penggunaan teknologi biokimia, menghasilkan
biodiesel dan biogas untuk kegunaan industri, program kitar semula, dan pelupusan sampah
secara sistematik.
5.0 PENAMBAHAN DUA DIMENSI DALAM RODA KESEJAHTERAAN
Sebagaimana yang telah dibincangkan, Ballard (2012) telah menggariskan enam
dimensi dalam Roda Kesejahteraan Ballard (2012) iaitu kesejahteraan intelek, fizikal, emosi,
rohani, sosial dan persekitaran dalam usaha mendapatkan kesejahteraan yang holistik.
Kesejahteraan holistik adalah istilah yang digunakan secara meluas untuk ukuran
kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan, dan kehormatan individu dalam masyarakat. T
Selain daripada enam dimensi yang digariskan oleh Ballard (2012), terdapat banyak
dimensi lain yang mengukur tentang kesejahteraan bergantung kepada keperluan dan
kepuasan individu. Ada individu yang memilih dimensi kemewahan dan tidak kurang juga
memilih dimensi ekonomi untuk menggambarkan kesejahteraan hidup mereka. Namun,
bagi saya, selain daripada enam dimensi kesejahteraan Ballard (2012), saya menambah dua
lagi dimensi iaitu kerjaya dan kewangan bagi melengkapkan Roda Kesejahteraan saya.
[16]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
Intelek
Fizikal
Emosi
RohaniSosial
Persekitaran
Kerjaya
Kewangan
8 Dimensi Roda Kesejahteraan
5.1 Demensi Kerjaya
Kerjaya merupakan suatu dimensi penting dalam kesejahteraan hidup yang holistik.
Kita akan berasa puas apabila memiliki kerjaya yang tetap dan terjamin. Malah, kerjaya
dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap ekonomi, dan pendapatan. Menurut
Muhd. Mansur dan Siti Nordinar (1989), pekerjaan dikatakan mempengaruhi konsep
kendiri, perasaan, nilai, kesejahteraan, dan identiti keperibadian seseorang.
Individu perlu mencari nafkah melalui kerjayanya sama ada menggunakan tulang
empat kerat ataupun kebijaksanaan intelek untuk menyara diri sendiri dan tanggungannya.
Kerja yang dilakukan itu perlu bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai sesuatu
matlamat yang jelas dan menyeronokkan. Kesungguhan, keikhlasan dan bertanggungjawab
semasa bekerja akan menjadikan tugas ini sebagai ibadat dan mendapat ganjaran pahala
daripada Allah S.W.T. Ganjaran dalam bentuk gaji atau upah ke atas kerja yang telah
[17]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
dilaksanakan sering mendapat perhatian. Pada umumnya pembayaran gaji atau upah adalah
setimpal dengan tugas dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan.
Kerjaya yang terjamin dengan pendapatan yang memuaskan merupakan faktor
penting untuk memastikan individu tidak kerap bertukar bidang kerjaya dan seterusnya dapat
mempertingkatkan kepakaran yang dimiliki. Kepuasan terhadap kerjaya dan keselesaan di
tempat kerja merupakan elemen penting dalam menentukan keseronokan bekerja.
Menjadikan kerjaya sebagai sesuatu yang menyeronokkan memerlukan dorongan dari
dalaman dan luaran. Kerja yang dianggap sebagai beban yang perlu ditanggung boleh
bertukar menjadi sesuatu yang menyeronokkan sekiranya faktor dorongan ini diberi perhatian
yang sewajarnya.
Kerjaya yang diceburi juga bergantung kepada taraf pendidikan, jenis latihan, dan
tahap kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah. Suradi (1996) berpendapat bahawa
pengetahuan yang cetek tentang kerjaya yang dipilih akan menyebabkan seseorang itu tidak
gembira dengan kerjaya mereka lalu melakukan pekerjaan tersebut dalam keadaan
terpaksa. Faktor personaliti juga mempunyai pengaruh kepada pemilihan kerjaya. Individu
tertarik kepada sesuatu kerjaya kerana personalitinya bersesuaian dengan bidang tersebut.
Dalam Islam bekerja adalah suatu tuntutan, keperluan dan ibadat yang dituntut oleh
Allah S.W.T. Kerjaya tergolong sebagai ibadah umum yang perlu dilakukan dengan
kesungguhan, amanah dan bertanggungjawab untuk kepentingan diri, keluarga dan
masyarakat. Kesejahteraan kerjaya boleh dicapai sekiranya kita mematuhi disiplin, nilai dan
etika kerja serta memiliki sikap positif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
5.2 Dimensi Kewangan
Menurut Wikipedia ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Wang ), wang atau duit
merujuk kepada sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi
undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang
juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang. Wang tidak
mempunyai nilai tetap tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif
mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem
barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan
persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter
berlaku. Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan perdagangan yang
meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan secara
menyeluruh.
[18]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa zaman sekarang ialah zaman wang kerana
segala-galanya memerlukan wang. Setiap kali melangkah keluar dari rumah, sama ada ke
tempat kerja atau pun sekadar berjalan-jalan, memandu atau menaiki kenderaan awam, wang
sangat diperlukan kerana semuanya mempunyai kos. Oleh itu, kewangan sangat penting
untuk kesejahteraan hidup yang holistik. Ini kerana, apabila kita punya banyak wang atau
harta, kita punya banyak kesempatan untuk berbuat kebaikan seperti menderma atau
bersedekah, hidup lebih tenang bersama keluarga, tidak terkejar-kejar dengan masa, boleh
bercuti bersama keluarga, boleh membayar atau menyelesaikan hutang, membeli barang yang
selama ini kita mahukan, dan sebagainya.
Pepatah ‘duit tidak penting’ adalah kenyataan yang hipokrit kerana semua orang
sangat memerlukan duit baik semasa senang mahupun semasa susah. Nabi Muhammad
s.a.w. sendiri ada bersabda bahawa ‘kefakiran membawa kekufuran’. Ini bermakna, ketiadaan
wang atau harta sebenarnya mengundang kesusahan dan masalah yang banyak. Pepatah
tersebut seharusnya ditukar kepada ‘wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya
memerlukan wang’.
Tidak dinafikan bahawa wang sebenarnya kunci kebahagiaan. Dalam institusi
keluarga, sumber kewangan yang kukuh adalah salah satu faktor keluarga bahagia. Dengan
wang yang mencukupi kita boleh membawa keluarga kita melancong, melengkapkan
keperluan asas keluarga, meningkatkan taraf pendidikan anak-anak, dan sebagainya.
Sekiranya tiada wang semua orang akan memandang rendah kepada kita sehinggakan
ada kawan dan saudara-mara yang menjauhkan diri daripada kita. Disebabkan ketiadaan
wang juga ada pasangan yang bercerai-berai dan anak yang melupakan ibu bapa. Oleh hal
yang demikian, ketiadaan wang atau harta adalah punca kepada segala masalah. Apabila
ketiadaan wang, sebenarnya mengundang lebih banyak kejahatan. Peningkatan jenayah yang
berlaku sejak akhir-akhir ini disebabkan mereka ingin mendapatkan duit dengan cara mudah
dan cepat. Maka, terjadilah kes merompak bank, melakukan kecurian di kedai emas,
memeras ugut, memecah masuk rumah atau menculik bagi mendapatkan wang tebusan.
Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah mahukan wang kerana mereka tiada sumber
kewangan atau kewangan mereka tidak mencukupi untuk mendapatkan apa-apa yang mereka
hajatkan. Oleh itu, melakukan jenayah adalah satu kerja yang mudah untuk mendapatkan
wang dengan cepat tanpa mengambil kira halal dan haram.
Kesimpuannya, dimensi kesejahteraan kewangan dapat melengkapkan Roda
Kesejahteraan setiap individu. Dengan wang, kita hanya perlu membayar untuk mendapatkan
[19]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
barangan ataupun perkhidmatan. Pengurusan kewangan yang bijak dan penggunaan wang ke
arah yang diredhai Allah akan menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
6.0 PENUTUP
Kesejahteraan yang holistik boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan sempurna dari
segi fizikal, mental dan sosial yang menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup. Kualiti
hidup pula merangkumi bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi meliputi aspek-aspek
lain seperti sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar. Ini dapat dibuktikan
melalui rasa kepuasan yang dicerminkan melalui kemampuan berfungsi secara optimum,
kerja yang bermakna, dan sumbangan kepada masyarakat.
Sebagai kesimpulan, untuk mencapai kesejahteraan dalam kehidupan, individu
mestilah memenuhi keperluan dalam setiap dimensi Roda Kesejahteraan secara seimbang.
Pengabaian salah satu atau beberapa dimensi tersebut boleh memincangkan kesejahteraan
hidup individu tersebut, keluarga, masyarakat, dan negara.
( 3318 patah perkataan )
BIBLIOGRAFI:
1. Alkire, S. (2002). Dimensions of Human Development. World Development. 30(2): 181–
205.
2. Faizal Yusup. (2004). Bicara tentang Mahathir. Shah Alam: Pekan Ilmu Publications
Sdn. Bhd.
[20]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
3. Gasper, D. (2002). Is Sen’s Capability Approach an Adequate Basis for Considering
Human Development?. Review of Political Economy, 14(4): 435–61.
4. Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Othman Mohamed. (2000). Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
6.. Stuart J.H., Biddle, Kenneth R. F., & Stephen H. B. (2000). Physical activity and
psychological well-being: the case for exercise in the promotion of mental health and
psychological well-being. London: Routledge, Taylor & Francis Group.
7. Badawi, A. Zaki. (1986). Mu’jam Mushtalahat al-‘Ulum al-Ijtima’iyyah. Dipetik dari
Nur Rosihin Ana. Konsep Al-Qur’an tentang Kesejahteraan Sosial. Diperolehi
Februari 28, 2014 dari http://naghata.blogspot.com/2009/02/kesejahteraan-sosial-
dalam-islam.html
8. Brianne Ballard. (2012, Januari). Wellness Wheel. Diperolehi Februari 22, 2014, dari
http://finishingitfitness.blogspot.com/2012/01/v-behaviorurldefaultvmlo.html
9. Khairul Azhar Bin Idris. (2012). Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Fizikal.
Diperolehi Februari 26, 2014, dari http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-
malaysia/8230-kesihatan-mental-dan-kesejahteraan-fizikal
10. Murshid Eunos. (2013, Julai). Emosi terganggu. Diperolehi Mac 1, 2014, dari
http://mobile.hmetro.com.my/articles/Emositerganggu/Article/
11. Shamsiah Mohamad, Asmak Ab Rahman & Sharifah Hayati Syed Ismail. (2010).
Kesejahteraan Ummah Dan Agihan Semula Kekayaan Menurut Perspektif Islam.
Diperolehi Mac 1, 2014, dari http://eprints.um.edu.my/3128/1/A29.pdf
12. Siti Norlina Muhamad, Mohd Nasir bin Ripin & Mohd Dani Muhamad. (2010).
Pemupukan Akhlak Muslim Menurut Pandangan Ibnu Miskawayh. Diperolehi
Februari 26, 2014, dari http://repo.uum.edu.my/1855/1/31.pdf
13. Wikipedia. (2013, Mac). Wang. Diperolehi Mac 1, 2014, dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wang
[21]
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat 651021016212
[22]
top related