universiti putra malaysia kredibiliti akhbar …psasir.upm.edu.my/9887/1/fbmk_1999_13_a.pdf ·...
Post on 07-Feb-2018
232 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KREDIBILITI AKHBAR TEMPATAN: SATU ANALISIS MENGENAI ISU POLITIK SEMASA
WAN MAHARUDDIN HJ. WAN SULAIMAN
FBMK 1999 13
KREDIBILITI AKHBAR TEMPATAN: Satu Analisis Mengenai Isu Politik Semasa
Oleh:
WAN MAHARUDDIN HJ. WAN SULAIMAN
Projek ini merupakan salah satu keperluan khusus untuk mendapatkan Master Sains (Komunikasi Korporat) dari Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Februari, 1999
i
Penghargaan
Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi AUah yang telah mengurniakan nikmat dan kesejahteraan kepada
hamba-hambaNya. Di atas keizinan AUah, dapatlah saya mendekati kertas projek ini
bagi memenuhi syarat kursus. Mudah-mudahan segala apa yang saya perolehi
diberkatiNya.
Namun, segala keupayaan ini tidak mungkin terlaksana tanpa tunjuk ajar dan didikan
dari mereka yang telah mendapat taujik dan HidayahNya. Mereka adalah penyalur Ilmu
kepada saya. Buat Prof. Madya Dr. Md. SaUeh Hj. Hassan, Timbalan Dekan Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi, Dr. Ezhar Tamam, Ketua Jabatan Komunikasi, Prof.
Madya Dr. Musa Hasan, Dr. Saodah Wok, Prof. Dr. Syed Aidid, En. Zamri, En. Azizal
Abd. Aziz, pensyarah-pensyarah Jabatan Komunikasi dan tidak ketinggalan buat semua
kakitangan bukan akademik khususnya Kak Bib, saya amat terhutang budi di atas
curahan Ilmu dan kerjasama yang tidak mungkin dapat saya membalasnya. Insya-Allah
tidak akan saya sia-siakan kurniaan Allah ini.
Bagi rakan-rakan seperjuangan; Muazamir, Latiff, Subk;, Sazali, Borhan, Anita,
German, Saerah dan lain-Iainnya TERIMA KASIH untuk semua yang membantu.
Semoga Ilmu yang dikurnia AUah ini dapat dimanafaatkan dengan sewajarnya.
WAN MAHARUDDIN HJ. SULAIMAN Kelana Jaya, Selangor. Feb. 1999
ii
KANDUNGAN
Bab 1
Pengenalan
Latar Belakang
Pernyataan Masalah Signifikan Kajian
Objektif Kajian
Skop Kajian
Bab2
Penulisan Semula Kajian
Teori Berkaitan
Operasionalisasi Konsep
Bab3
1- Kredibiliti Akhbar 2- Isu Politik Semasa
Metodologi
Lokasi Kajian
Populasi kajian
Pemilihan Sampel
Sais Sampel
Instrumen Kajian
1- Demografi/Latar belakang
2- Tabiat Membaca Akhbar
3- Faktor Mempengaruhi Isu
4- Pengadilan Berita 5- Media Altematif
Penganalisaan Data
Bab 4
1
1
5
7
8
9
11
17
19
19 19
23
23
24
25
25
25
28
Hasil Kajian 29
Maklumat Demografi/Latar belakang Responden 29
Faktor Mempengaruhi Isu 33 Ciri-ciri Penerbitan Akhbar 35 Faktor Pengadilan 38 Media Alternatif 46
Bab 5 RUlnusan dan Cadangan
Rujukan
Lampiran
48
53
ii
iii
SENARAI JADUAL
Jadual 1 Gender, Bangsa, Umur dan Status Perkahwinan
Jadual 2 Taraf Pendidikan dan Sektor Pekerjaan
Jadual 3 Perbandingan Kekerapan Membaca Akhbar
Jadual 4 Faktor Mempengaruhi Kekerapan
Jadual 5 Pilihan Bahasa Pengantar Akhbar
Jadual 6 Sumber Perolehan Akhbar
Jadual7 Jumlah Terbitan Akhbar yang Dibaca
Jadual 8 Akhbar Pilihan
Jadual 9 Faktor Kredibiliti dan Kualiti Akhbar
Jadual10 Penerusan Pembacaan Akhbar
Jadual 11 Tanggapan Responden Ke atas Organisasi
Jadual 12 Persepsi Responden Ke atas Affidavit
Jadual 13 Tindak-balas Ke atas Akhbar
Jadual 14 Media Alternatif
31
32
34
35
36
37
37
39
40
41
42
45
46
46
iii
iv
Abstrak
Isu Kredibiliti terhadap akhbar dan wartawan menjadi topik perbincangan di mana
mana juga. Kajian dan apa juga penyelidikan melihat kredibiliti sebagai suatu
masalah. Tetapi, tidak ada pendekatan yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah
kredibiliti. Fenomena ini tetap menjadi masalah yang berlanjutan. Kertas projek ini
mengutarakan suatu pandangan umum terhadap persepsi masyarakat mengenai isu
keredibiliti akhbar khususnya sejak 2 September 1998. Akibat dari isu penyingkiran
Dato' Seri Anwar Ibrahim, berbagai tekanan dan tuduhan dilemparkan ke atas
media khususnya akhbar-akhbar utama negara. Apakah ini menunjukkan suatu
krisis kerdibiliti? Sekiranya benar, sejauh mana ianya terjadi dan apa pula faktor
faktor yang menyebabkannya. Akbar dilihat sebagai sumber yang penting
khususnya dalam mencari informasi penting mengenai isu-isu semasa atau sesuatu
yang rumit difahami. Bagaimanapun, penemuan kajian ini melihat kredibiliti akhbar
tempatan semakin menurun. Dua pendangan boleh dilihat; Pertama, masyarakat
masih memerlukan atau menghargai akhbar. Kedua, masyarakat melihat akhbar
sebagai media dengan masalah kepercayaannya. Lebih-lebih lagi apabila akhbar
akhbar utama tempatan dikaitakan dengan kongkongan parti pemerintah serta
mengikut telunjuk orang-orang tertentu. Seramai 42 peratus daripada respoden
mengatakan mereka membaca akhbar kerana faktor politik dan ekonomi semasa.
Daripada jumlah itu, sebanyak 70.9 peratus menganggap kandungan akhbar-akhbar
utama tempatan 'adil dan menyeluruh'. Bagaimanapun seramai 40 peratus
responden mengatakan Utusan adalah akhbar yang paling berat sebelah. Sebanyak
2 1 peratus daripada mereka sudah tidak membaca Utusan lagi. Akhbar Harakah
pula dianggap sebagai yang paling adil dan saksama (23.7%). Mengenai media
alternatif, 82.4 peratus mengatakan mereka cenderung kepada radio dan televisyen
tempatan khususnya berita NTV7 manakala 63.4 peratus merumuskan bahawa
mereka lebih mempercayai 'internet'.
vi
v
Abstract
The Credibility of Journalist and Newspaper is a frequent topic of conversation in
many places. The soul searching has sometimes been described as on going ritual of
self-flagellation. But despite concerted efforts of some in the industry, journalism
credibility remains a topic of concern. This project paper provides an overview of
public opinion surveys of what people perceive about credibility crisis towards
local newspaper after 2 September 1998. The sacking ofDato' Seri Anwar Ibrahim
incident, created discrepancy among the citizen towards the credibility of
newspaper. Does a credibility challenge even exist? If so, to what extent? What
might be some of the factors at play? By many measures things look relatively good
for newspapers, especially when it comes to whom people look to for local news
and 'hard-to-understand' issues. The research suggests that overall the press'
credibility is at steadily declining. A survey data might suggest there are two
competing trends simultaneously at work. First, generally people cherish
newspapers - perhaps one sign of this is the high expectations people hold for
newspapers. The second trend is about specific measures of newspapers and their
credibility. Here people are mixed at best, indeed often critical of newspapers in
such areas as balance and accuracy and organizations' attitudes and commitment
towards the ruling government. The finding shows that 42 percents of the
respondents read newspapers in pursue of current's political and economics crisis.
Overall 70.9 percents characterized the coverage of few local newspapers as
balanced and complete, despite the existence of credibility phenomenon. 40
percents of that number regard Utusan as the most 'biased' newspaper whereby
21percents dictate as 'they don't read the newspaper anymore'. Harakah however,
voted to be the most 'balanced and fair' tabloid at 23.7 percents. Towards the
alternatives media, 82.4 percents say they listen to radio and television especially
NTV7 news. Internet voted to be the second most popular alternative media at 63.4
percents in search of more information that regards to current political crisis.
v
DAB!
PENGENALAN
Latar Belakang Kajian
Mark Twain pernah mengatakan, "I am not the editor of a newspaper. And 1 shall
always try to do right and be good, so that God will not make me one."
Media memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Malah
media boleh menjadikan kebatilan suatu kebenaran dan sebaliknya. Media terbukti
berupaya mengubah persepsi masyarakat terutamanya dalam masyarakat yang tidak
mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi (Defluer, 1971).
Secara teorinya, media seharusnya bersikap adil kepada semua pihak. Tetapi media
yang bersifat komersil terpaksa mengorbankan etika kewartawanannya demi 'wang'
dan 'gaji' lantas, tidak memungkinkan idealisme itu menjadi suatu kenyataan.
Apabila media dikawal oleh mana-mana pihak maka ia tidak dapat tidak perIu
mempertahankan mereka yang menyediakan 'periuk nasinya'.
Keadaan ini tidak saja melanda media tempatan bahkan juga media antarabangsa
seperti CNN, AFP, Reuters dan sebagainya yang beroperasi bagi memenuhi agenda
1
pihak-pihak tertentu walaupun cuba berselindung di sebalik slogan kebebasan media
dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi apa yang jelas, media hanyalah
menjadi alat bagi pihak yang menguasainya untuk dipergunakan bagi
mempertahankan kedudukannya atau menjatuhkan orang lain.
Dalam sesebuah negara yang tidak mempunyai kebebasan media, keseluruhan
medianya hanya menjadi saluran pihak-pihak tertentu untuk menyalurkan maklumat
yang telah ditapis kepada rakyatnya. Meskipun dalam negara kita masih wujud
media-media kecil yang diberikan sedikit kebebasan untuk menyalurkan idea-idea
bertentangan dengan media utama tetapi, ianya hanya diberi ruang yang sedikit
untuk bergerak. Justeru, media khususnya akhbar telah menghadapi suatu krlsis
kepercayaan atau kredibiliti.
Kredibiliti media massa khususnya akhbar bukanlah satu fenomena bam. Kajian
media yang lalu banyak memperkatakan tentang kredibiliti akhbar. Ini termasuk
kajian yang memperkatakan peranan penyunting berita dan wartawan. Setiap negara
di dunia dikatakan mempunyai masalah mengenai kebebasan, kepercayaan dan
integriti akhbamya. Malah negara demokrasi seperti Amerika tidak terlepas dari
mempersoalkan kaitan akhbar dengan suatu pihak tertentu. Masyarakat mereka juga
mempersoalkan tentang kredibiliti akhbar.
Beberapa kajian media yang pemah dilakukan di Amerika, telah mengenengahkan
berbagai sungutan orang ramai mengenai akhbar. Antaranya ungkapan-ungkapan
2
seperti; 'Kami tidak percaya pada akhbar,' 'Orang-orang surat khabar terlalu
angkuh, ,
'Akhbar tidak menghormati privacy seseorang,' 'Akhbar tidak menulis
perkara-perkara penting bagi orang seperti kami' dan sebagainya. Malah kajian
kredibiliti akhbar menunjukkan dua pertiga daripada publik percaya surat khabar
cenderung untuk memihak kepada sesuatu pihak apabila berkaitan dalam hal-hal
sosial dan isu politik (Miyamoto's Public Relations Resource, 1996).
Organisasi akhbar sentiasa mempunyai alasan dengan mengatakan paparan berita
adalah adil dan tidak berat sebelah. Mereka mempunyai kewajipan malah
dilingkungi oleh tanggung-jawab etika kewartawanan bagi menjamin kredibilitinya.
Di Malaysia, sejak tahun 1805 lagi industri surat khabar berkembang dengan baik
dan meluas dalam berbagai bahasa (Mansur, 1983). Pada mulanya akhbar digunakan
bagi memperkukuhkan tapak penjajahan. Ia kemudian berfungsi untuk menyalur
perkembangan sastera Melayu serta menimbulkan kesedaran dan memperdebatkan
hal berkaitan dengan sosio-politik-ekonomi rakyat bagi menyemarakkan semangat
kemerdekaan (Mansur, 1983). Hari ini, akhbar mempunyai berbagai peranan dalam
masyarakat.
Bagaimanapun, hampir semua pertubuhan-pertubuhan akhbar di Malaysia dimiliki
oleh syarikat-syarikat yang dikuasi oleh parti-parti komponen pemerintah. UMNO
mempunyai kepentingan dalam Kumpulan The New Straits Times Berhad dan
Kumpulan Utusan. MeA juga mempunyai kepentingan dalam akhbar The Star,
3
manakala tabloid Harakah yang diterbitkan dua kali seminggu dimiliki oleh parti
PAS. Justeru, pengedaran akhbar Harakah tidak sebegitu bebas kerana kerajaan
mengenakan syarat-syarat tertentu dan (sepatutnya) ia hanya berhak dijual kepada
ahli-ahli PAS sahaja Tidak hairanlah bagi menjamin kepentingan pemerintah,
kestabilan dan kekuasaan parti, akhbar memainkan peranan penting dan mempunyai
agenda-agendanya tersendiri.
Perlembagaan Malaysia, Perkara (10) di bawah bahagian Dua Hak Asasi, memberi
kebebasan bercakap dan kebebasan media. Tetapi 'kebebasan'ini ditokok oleh
berbagai akta lain yang dianggap bertentangan dengannya seperti; Ordinan Fitnah
atau Defamation Ordinance, (1957). Akta Mesin Cetak (1948) (pindaan 1974), Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan (1948) (pindaan 1971), Akta
Kemasukkan Bahan-bahan Bercetak (1958), Akta Rahsia Rasmi (1972) dan
sebagainya. Akta-akta ini diperkuatkuasakan. Ada wartawan malah individu dari
kalangan masyarakat umum menjadi mangsa Akta Rahsia Rasmi (OSA), ISA dan
sebagainya. Malah kebelakangan ini begitu mudah sekali rakyat dikenakan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Penglibatan dan pembahagian kuasa (empowerment) politik dalam organisasi akhbar
(media) telah menimbulkan banyak implikasi. Masyarakat sebagai pembaca
mempunyai berbagai persepsi di atas penglibatan ini. Ini terutamanya apabila akhbar
melaporkan isu-isu yang melibatkan krlsis politik semasa. Ada berita-berita tertentu
yang tidak menyebelahi politik pemerintah terpaksa diketepikan atau disunting
4
menjadi sebaliknya untuk siaran. (Berdasarkan pengalaman semasa di Bahagian
Berita, TV3) . Fenomena ini dianggap sebagai tidak adil dan berat sebelah yang
menjurus kepada isu kredibiliti.
Pernyataan Masalah
Isu kejujuran dan keadilan akhbar tempatan sekarang hangat diperkatakan. Ini
berikutan tercetusnya krisis politik yang disebabkan oleh tersingkirnya Timbalan
Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak 2 September 1998. Berbagai reaksi
dan tindakan masyarakat wujud bila menyentuh isu ini.
Rustam A. Sani menulis, "I have never accused the Malaysian Government of
exercising stark media censorship. But through a complex network of
corporate control of media companies by political parties and through
manipulative selection of editorial executives, the media has been subjected not
so much to direct control but more to self and subtle censorship. During times
of normal political calm, the control and manipulation of the media for the
most part is hardly discernible!". (Harakah, 1999)
Rustam juga menyatakan, secara perbandingan berita yang dilaporkan oleh media
barat mengenai isu politik tanahair melalui internet dan TV satelit, berita-berita oleh
media tempatan diistilahkan sebagai "distinctly unreliable". Ini boleh dianggap
5
sesuatu yang memalukan - langsung tidak boleh dipercayai. Seterusnya beliau
meyakinkan dengan memetik sebagai berkata, " .•• and very rapidly lost it's
credibility with the public. In fact, in the context of the ensuing 'reformasi
movement' the local media was declared an enemy".
Ini temyata dengan tindakan memboikot akhbar-akhbar Kumpulan Utusan
khususnya Utusan Malaysia oleh sesetengah pihak. Bukan sekadar itu malah,
kenderaan milik organisasi akhbar tersebut juga menjadi mangsa serangan penunjuk
perasaan. Begitu juga TV3 memperolehi ancaman peluru hidup dari 'audiennya'.
Alasanya ialah akhbar tersebut 'melampaui batas' dan terlalu 'berat sebelah' dalam
menyalurkan berita-berita yang berkaitan Dato' Sri Anwar Ibrahim.
Merosotnya jumlah pengedaran akhbar-akhbar harian tempatan di antara 10 bingga
15 peratus (NST Nov.98), yang melibatkan akhbar-akhbar utama seperti Berita
Harian dan Utusan Malaysia terutamanya pada hari Isnin dan Jumaat (apabila
Harakah dijual) boleh dijadikan kajian. Apakah ini disebabkan faktor kredibiliti
atau kerana tempias akibat kemelesetan ekonomi boleh diambil kira?
Namun satu persoalan menarik boleh diketengahkan apabila tabloid 'Harakah' yang
sebelum ini jumlah pengedaranya 75,000 naskah telah melonjak naik sehingga
melebihi 300.000 naskah dalam hanya beberapa bulan sejak 2 September 1998.
(Harakah, 1998). Angka pengedaran tersebut setanding dengan jumlah pengedaran
6
Utusan Malaysia yang sebelum ini diketahui sebagi akhbar Melayu yang paling
popular. Apakah altematif ini menjadi suatu petunjuk yang boleh dianggap
berhubung dengan fenomena kredibilitinya? Inilah yang menjadi pendekatan kajian
media ini.
Signifikan Kajian
Kajian ini begitu penting untuk mempastikan atau membuat perbandingan hasH
kajian yang terdahulu adalah betul dengan menggunakan pembolehubah yang sarna.
Sekiranya kajian ini mencadangkan atau memberi rumusan yang sarna dengan
pengkaji terdahulu iaitu 'American Society of Newspaper Editors' (ASNE, 1998)
maka ia akan memberi garnbaran bahawa persepsi publik adalah sarna walaupun
berada di dalarn apa juga persekitaran dan latarbelakang. Ini akan membantu
mengenal pasti (sort out) isu kredibiliti itu. Umparnanya, di tahap manakah ianya
berlaku? Apa pu1a faktor-faktor penyebabnya? Penemuan kajian ini juga diharap
dapat mencadangkan sekilas mengenai Tinjauan Pendapat Umum (Public Opinion
Surveys) sebagai tarnbahan kepada Kajian Kualitatif ASNE sejak tahun 1985.
7
Objektif Kajian
Objektij umum
Mengenal pasti sejauh mana persepsi dan respon publik sebagai pembaca terhadap
akhbar-akhbar tempatan dalam penyaluran maklumat berita mengenai krisis politik
yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Objektij khusus
1. Menilai persepsi pembaca (responden) terhadap surat khabar dan organisasi
penerbitnya.
2. Mengenal pasti tahap persepsi responden terhadap sesebuah penerbitan
akhbar apabila membuat laporan yang melibatkan isu politik sedemikian.
3. Mengenal pasti sejauh mana tahap kepercayaan responden ke atas maklumat
berita yang dianggap sebagai laporan 'tidak beretika' (melampaui tatasusila
masyarakat-memalukan) dan berat sebelah.
4. Mengenal pasti apakah media altematif kepada responden apabila
tercetusnya krisis sedemikian.
5. Identifikasi perbandingan di atas nilai 'kepercayaan' publik terhadap media
tersebut dengan latar belakang responden.
8
Skop Kajian
Purata jualan akhbar-akhbar utama di Malaysia mencecah angka 3,528,353 naskah
sehari (November 1998). Ternyata amat besar jumlah pembacanya untuk dijadikan
populasi kajian. Bagi tujuan akademik ini, mengambil kira faktor masa dan
kewangan, skop atau limitasi kajian hanya ditumpukan kepada pembaca (responden)
darl dua kawasan kajian yang dipilih di Lembah Kelang sahaja. Jumlah populasi di
kawasan ini dianggarkan berjumlah 150,000 orang. Justeru, terlalu besar untuk
mendapatkan satu kajian terperinci dan menyeluruh.
Manakala akhbar yang dipilih melibatkan akhbar-akhbar harlan utama sahaja. Ini
meliputi Akhbar dari Kumpulan NST; (Berita HarlanlMinggu, New Straits /Sunday
Times, Harlan Metro dan The Malay/Sunday Mail). Akhbar Kumpulan Dtusan;
(Dtusan MalaysialMingguan dan Dtusan Zaman). The Star, The Sun, Harakah, Shin
Min Daily News, Nanyang Siang Pao, Sin Chew Jit Poh dan Tamil Nesan.
Terbitan akhbar-akhbar tersebut dianggap sebagai akhbar popular yang dibaca setiap
harl dan mewakili semua kaum di Malaysia; Melayu, Cina, India dan lain-lain
bangsa. Akhbar-akhbar tabloid lain tidak dimasukkan kerana tidak dapat mewakili
faktor-faktor bacaan harlan yang mengutarakan isu-isu politik dan ekonomi justeru
mewakili semua kaum. Bagaimanapun pernyataan yang menyentuh media alternatif
akan diperolehi melalui media lain yang lebih dipercayai atau boleh dipercayai.
9
Tempoh kajian ialah akhbar-akhbar yang mengutarakan isu politik bennula dari 2
September 1998 hingga 2 Februari, 1999 (tarikh akhir mengumpul semula kertas
soal selidik).
10
BAB2
PENULISAN SEMULA KAJIAN
Belum ada kajian yang serupa dilakukan di Malaysia khususnya bagi melihat
perkaitan kredibiliti akhbar dengan fenomena politik yang melanda. Bagaimanapun
kajian yang dilakukan oleh Syed Arabi Idid (1990), yang melihat peranan media
massa dalam pilihanraya Malaysia merumuskan bahawa tahap kepercayaan
masyarakat terhadap akhbar adalah tinggi (76.7%). Hanya 12.9 peratus
respondennya menjawab tidak percaya (Idid,1994). Di Amerika, kajian yang
menyeluruh mengenai krisis kredibiliti media terutamanya akhbar dilakukan hampir
setiap tahun. Bab ini memperkatakan penemuan yang diperolehi oleh American
Society of Newspaper Editors yang dija1ankan sejak 1985 hingga 1997. Penemuan
kajian boleh dijadikan pedoman untuk: kertas projek ini.
Kajian oleh American Society of Newspaper Editors (ASNE) ini, cuba mencari
suatu pendekatan da1am memperkatakan cabaran kredibitliti media. Kajian cuba
melihat faktor-faktor yang bo1eh melibatkan kredibiliti dari kacamata dan nilai
kekuatan kewartawanan - dalam erti kata lain, ia tidak berat sebelah, adil dan
sempurna (yang tepat dan asli), ketentuan sumber berita yang diperolehi
(accessibility), kepimpinan dan faktor-faktor tabiat (behavioral) seperti amalan
perniagaan serta sikap dan tabiat kewartawanan.
1 1
Namun, kajian tersebut tidak mencadangkan hubungan pembaca dengan jumlah
pengedaran akhbar. Yang menjadi fokus ialah intipati isu kredibiliti. Justeru, dalam
jangka masa yang panjang, meningkatnya tahap kredibiliti akan menyebabkan
meningkatnya jumlah pembaca dan pengedarannya.
Bahagian pertama kajian mencadangkan gambaran umum perkara-perkara yang
membantu kredibiliti. Manakala bahagian berikutnya menghurai data-data
penyelidikan yang dibuat melalui nilai-nilai dan amalan yang khusus,
mencadangkan apa yang diperolehi mengenai persepsi publik.
Metodologi yang digunakan dalam kajian tersebut ialah persampelan secara rawak,
bancian atau temuramah melalui telefon dan penyelidikan kualitatif. Persoalan yang
ditimbulkan dalam kajian ini bukan sekadar mengatakan sesuatu berita itu penting,
tetapi melihat adakah isu kredibiliti itu wujud dan sejauh mana jika ia wujud? Apa
yang hams dilakukan oleh publik dan bagaimana pula publik hams bertindak dalam
situasi yang berbeza.
Memperkatakan isu keadilan dan tidak berat sebelah, kajian media sejak 1985
merumuskan isu 'keadilan' akhbar adalah di tahap yang negatif (menurun).
Beberapa soalan yang menyentuh keadilan akhbar yang dibaca, kajian mendapati 84
peratus daripada rakyat Amerika mengatakan akhbar memberi liputan yang agak
baik. Kajian berikutnya 1993, menunjukkan penurunan dimana, 68 peratus daripada
rakyat Amerika mengatakan akhbar adil dan tidak memihak ke mana-mana (Fair and
12
impartial to all sides). Bagaimanapun kajian terbaru 1996, menunjukkan perbezaan
jelas diantara pembaea dan akhbar yang dibaea: pembaea (publik) dan organisasi
akhbar mempunyai pandangan yang berbeza tentang keadilan. 72 peratus daripada
rakyat Amerika menganggap keadilan amat penting. Hanya 47 peratus mengatakan
suratkhabar sebagai adil (fair) (NAA and ASNEIClark 1996.)
Penemuan juga mengatakan publik amat mengambil berat ke atas akhbar apabila
membuat liputan sebelah pihak (one-side of a story). Penemuan dalam kajilidik
tahun 1985, mengenai isu yang berkaitan dengan politik dan sosial, mendapati 53
peratus daripada responden mengatakan akhbar ada keeenderungan untuk memihak
ke satu pihak. Apabila dikemukakan soalan yang sama dalam kajilidik tahun 1997,
jumlah yang mengatakan akhbar sememangnya berat sebelah melonjak menjadi 67
peratus. Dalam kajian terbaru ini juga, 57 peratus responden menganggap gejala
'eondong ke satu pihak' (Bias) menjadi masalah utama akhbar. Cuma 34 peratus
menganggap ianya masalah keeil (Freedom ForumlNewseum, 1997).
Responden juga mempunyai tanggapan bahawa akhbar lebih eondong kepada berita
berita negatif. Kajian 1985 menunjukkan 63 peratus daripada responden mengakui
bahawa media berita meletakkan terlalu banyak tumpuan kepada perkara yang salah
tetapi tidak eukup menyiarkan berita yang betul dan benar. Hanya 2 1peratus tidak
setuju. Bagaimanapun kajian 1997 sekali lagi menunjukkan 91peratus rakyat
Amerlka meluahkan simpati bahawa "news is too negative" (Freedom
ForumlNewseum, 1997).
13
Mengenai unsur 'ketepatan' dan 'keaslian' berita, kajian menunjukkan responden
mempunyai harapan yang amat tinggi. Sebanyak 72 peratus mengatakan berita yang
'tepat' sebagai sesuatu yang amat penting (Extremely important) bagi akhbar.
Penemuan juga mendapati 56 peratus responden mengatakan akhbar mempunyai
kualiti itu , manakala 44 peratus menganggap akhbar tidak menepati ciri-ciri 'tepat'
(accuracy) (NAA and ASNEIClark, 1996.)
Apabila publik memperkatakan tentang berita yang 'tepat' (accuracy), mereka tidak
bermaksud sesebuah berita yang mereka setujui, tetapi mereka menganggap
keperluan untuk mendapatkan informasi yang 'benar' untuk dibuat penilaian atau
pilihan sendiri. Publik dikatakan lebih suka kepada berita-berita yang bersifat
'mencadangkan' (this is what we know) berbanding dengan berita yang dianggap
'memaksa' (this is the ultimate, single truth.). Publik lebih gemar kepada sifat
terbuka dan jelas supaya mereka boleh membuat penilaian dan keputusan sendiri
dari informasi yang diperolehi. Akhbar dikatakan lebih banyak meyampaikan berita
berita yang dianggap 'stereotype', menulis ungkapan atau kata-kata hikmat dan
sering mengemukakan soalan yang sudah diketahui jawapannya. Akhbar sepatutnya
mementingkan kebenaran dan ketulinan cerita, bukannya berlumba-Iumba untuk
menjadi akhbar yang pertama menyiarkan sesebuah berita tanpa memastikan
ketulinan sumber beritanya. Penemuan juga mencadangkan bahawa akhbar
seharusnya memberi Iebih banyak ruang kepada masyarakat untuk bersuara. Ini
dapat memberi kepelbagaian perspektif dalam penyaluran berita.
14
Penemuan juga merumuskan akhbar sebagai mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
Penemuan kajian menunjukkan, responden mahu akhbar mendedahkan berita dan
informasi yang tidak berupaya dicungkil oleh publik tetapi, publik berhak membuat
penilaian sendiri. Responden lebih cenderung memilih kepada berita-berita yang
mereka boleh mengambil bahagian berbanding dengan sesuatu berita yang hanya
memberi tahu 'sesuatu yang telah berlaku'. Akhbar juga perlu berperanan sebagai
'pengawal' (Play the role of watchdog). Publik mahu mengetahui berbagai tindakan
dan pitihan apabila berkaitan dengan kemasyarakatan, dan liputan yang
menggambarkan bagaimana sesaorang pemimpin membuat keputusan.
Akhbar dikatakan tidak dapat lari dari amalan perniagaan (business pactices).
Namun, publik tidak mahu akhbar dan wartawan mengenepikan nilai-nilai asas
kewartawanan di atas faktor bagi 'melariskan penjualan akhbar.' Akhbar, khususnya
wartawan harus mengambil jalan tengah agar tidak menyebelahi mana-mana pihak
atau organisasi tertentu di atas faktor perniagaan.
Sebagai rumusannya, temyata isu atau cabaran kredibiliti merupakan sesuatu yang
amat penting dan mengatasi segala-galanya dalam penerbitan sesebuah akhbar.
Kajian mencadangkan empat mesej kepada akhbar yang dapat menghubungkan
cabaran kredibiliti.
Pertama, Akhbar sepatutnya menulis untuk masyarakat. Menulis yang penting
kepada masyarakat, bukanya menulis di atas dasar apa yang mereka (akhbar) tikir
15
penting. Jangan biarkan masyarakat beranggapan wartawan hanya menulis untuk
diri mereka sendiri.
Kedua, Akhbar perlu memberi konteks yang lebih mendalam. Memberi maksud
yang lebih terperinci kerana masyarakat mahu mempelajari apa yang sebenarnya
teIjadi, bukan sekadar untuk memenuhi ruang akhbar dengan berita-berita seperti
'Artis membeli kereta bam' atau 'Perdana Menteri pergi memancing".
Ketiga, memberi perspektif - masyarakat mahu akhbar menyalurkan informasi yang
secukupnya dari berbagai perspektif Ini bagi membantu masyarakat membuat
keputusan sendiri. Mereka tidak mahu akhbar yang seolah-olah menyuruh atau
memberi tahu bagaimana membuat keputusan.
Dan yang keempat, publik mahu akhbar mengakui atau bertanggungjawab di atas
kesalahan yang dilakukan. Akhbar tidak perlu menutup atau rasa bersalah apabila
wartawan membuat kesalahan. Mereka hams mengakui dan mencari jalan
memperbetulkan kesalahan dengan mengemukakan berita yang sebenarnya (asal)
(ASNE,1995) .
16
Teori berkaitan
Gouldner (1976) cuba meyakinkan bahawa perhubungan antara media dengan
publik adalah terlalu rapat dan saling. berinteraksi. Mengikut model :J(onsistensi
kesan sesuatu komunikasi sering bergantung kepada sejauh mana komunikasi itu
mengancarn keselarasan, kepercayaan dan sikap yang cuba dipelihara oleh
seseorang.
Asal usul pendekatan ini bermula daripada psikologi kognitif aliran Kurt Lewin
(1958). Manakala Heider (1946) merupakan orang yang pertama menulis tentang
idea 'ketegangan ke arah keseimbangan kognitif atau 'konsistensi dalarnan'. Teori
Festinger (1957) tentang 'disonan kognitif juga memperkatakan tentang model A
B-X ciptaan Newcomb. Ia menjelaskan tentang 'ketegangan ke arah simetri' dalarn
perhubungan kognitif. Beliau menyatakan bahawa sekiranya dua orang, A dan B,
mempunyai perasaan positif terhadap satu sarna lain dan juga terhadap suatu objek,
idea, atau seseorang-X- maka perhubungan itu dianggap simetrik (Festinger,1957.)
Sekiranya A dan B tidak menyukai antara satu sarna lain, manakala salah seorang
daripada mereka menyukai objek X dan seorang yang lain tidak menyukainya, maka
perhubungannya itu juga dikatakan simetrik. Tetapi sekiranya A dan B menyukai
antara satu sarna lain tetapi tidak sependapat tentang X, atau sekiranya mereka tidak
menyukai antara satu sarna lain tetapi bersependapat tentang X maka perhubungan
itu tidak simetrik, dan akan terdapat satu ketegangan antara mereka dalarn usaha
17
mencapai keseimbangan iaitu dengan mengubah sikap mereka terhadap satu sarna
lain atau terhadap X.
Ini merupakan asas kepada semua teori konsistensi. F estinger membentuk teori
'disonan kognitif' bagi menerangkan pelbagai fenomena seperti mengapa seseorang
itu mencari maklumat sokongan yang lebih walau pun setelah mereka membuat
keputusan daripada berbagai-bagai altematif yang ada. Sebagai contoh, mengapa
penyokong-penyokong Dato' Sri Anwar Ibrahim mencari maklumat atau pendapat
yang baik tentangnya dan mengelakkan diri daripada membaca berita tentang Dr.
Mahatir yang tidak disukai mereka.
Menurut Festinger ini kerana mereka berusaha untuk mengurangkan disonan yang
mereka rasakan antara keputusan yang telah mereka arnbil dengan keputusan yang
mungkin mereka buat (Festinger, 1968). Disonan bertindak sebagai dorongan untuk
menggerakkan perilaku sedemikian disarnping mengurangkannya juga.
Osgood juga membentuk satu teori yang dipanggil teori 'kesesuaian' yang
menunjukkan bahawa manusia cuba untuk menyeimbangkan sikap mereka terhadap
komunikator mesej (akhbar) dengan sikap mereka terhadap mesej itu sendiri
(Osgood, & Friends, 1957). Sebagai contoh, sekiranya kita mengkagumi Anwar
Ibrahim dan mendengar ucapan beliau yang menyokong sesuatu kedudukan politik
yang kita tidak persetujui, maka kita tidak selesa dengan keadaan tersebut dan
selalunya kita mencuba untuk menjadikan kedua-dua sikap tersebut berkeadaan
18
top related