asertif

Upload: roshaimmi-mohamad

Post on 01-Mar-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asertif atau ketegasan

TRANSCRIPT

  • ICE BREAKING

  • TUGAS ANDA Mengenali seberapa ramai orang yang boleh dan

    mengingati butir-butir tersebut

    a. Nama panggilan

    b. Tempoh perkhidmatan

    c. Tempat tinggal

    d. Status- jika bujang- bilangan adik-beradik, jika berkahwin- bilangan anak

  • MENGENALI ASSERTIVE

  • HAJI HAIROL KAMAL BIN HJ. AB. RAHMAN KKM.

  • Jawab soalan ini dengan spontan. Adakah anda sukar untuk menyatakan tidak,

    walaupun dalam keadaan memerlukan anda untuk menyatakannya?

    Adakah anda rasa tertindas pada setiap masa?

    Adakah anda mempunyai masalah untuk mengawal rasa marah anda?

  • Jika jawapan anda adalah ya

    Anda perlu mengikuti kursus kemahiran assertive ini

  • Jika jawapan anda tidak Anda perlu juga berada dalam kursus

    kemahiran assertive ini kerana apalah pilihan yang anda ada.

  • Anda dan Assertif

  • Dengan jujur cuba anda nyatakan apakah yang anda akan lakukan apabila berada dalam situasi atau keadaan seperti berikut:-

    Anda sedang berbaris dalam barisan yang agak panjang untuk mengeluar wang dari ATM, tiba-tiba seorang wanita masuk memotong barisan di hadapan anda.

    Seorang pesakit menelefon anda sewaktu anda sedang merawat pesakit lain yang berpenyakit kritikal. Beliau menangis dan ingin mengadu kepada anda masalahnya.

  • Dengan jujur cuba anda nyatakan apakah yang anda akan lakukan apabila berada dalam situasi atau keadaan seperti berikut:-

    Setelah keluar dari kedai membeli barang anda dapati duit baki yang diberi kurang dua puluh ringgit daripada jumlah yang sepatutnya anda perolehi.

    Anda dalam satu mesyuarat bersama ketua jabatan anda. Seorang rakan sekerja yang duduk disebelah anda bertanyakan banyak soalan yang tidak menyelesakan. Setelah anda dilihat tidak menjawab soalannya, beliau menanyakan lebih banyak soalan lagi.

  • Dengan jujur cuba anda nyatakan apakah yang anda akan lakukan apabila berada dalam situasi atau keadaan seperti berikut:-

    Seorang kawan datang untuk bertanyakan khabar tetapi duduk terlalu lama sehingga mengganggu kerja anda.

    Anda mendapat rakan baru yang tinggal di sebelah rumah anda. Sejak berkenalan dengannya anda rasa dia baik dan memahami anda. Pada suatu hari dia mengajak anda ponteng sekolah.

  • Dengan jujur cuba anda nyatakan apakah yang anda akan lakukan apabila berada dalam situasi atau keadaan seperti berikut:- Anda diminta oleh ketua jabatan anda untuk

    menghadiri satu program sehari yang dikendalikan oleh seorang kaunselor yang tidak dikenali dari Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada hari tersebut anda telah merancang untuk bercuti bersama keluarga anda. Yang lebih penting lagi anda tidak berminat menghadiri kursus tersebut.

  • 3 tindakbalas yg boleh berlaku

    Aggresif

    Pasif

    Assertive

  • AGRESIF

    1.Melahirkan kehendak, idea dan perasaan dengan cara memperkenalkan hak orang lain.

    Tujuan untuk menguasai dan menghina orang lain.

    2. Merasa diri sentiasa betul, tetapi kadang-kadang rasa kesal dan malu selepas itu.

  • AGRESIF 3. Mendapat apa yang dikehendaki.

    4. Orang lain merasa diri mereka terhina.

    5. Melepaskan marah pada orang lain dan merasa tinggi diri.

    6.Orang lain merasa marah dan menaruh dendam kepada orang yang agresif.

  • PASIF 1. Tidak melahirkan kehendak, idea dan perasaan

    atau melahirkan dengan cara yang mengecilkan diri sendiri.

    Tujuan untuk memuaskan atau mengembirakan orang lain.

    2. Tidak ada keyakinan diri, bimbang tidak disukai orang, merasa kecewa dan marah.

    3. Selalu mengelakkan diri dari situasi yang tidak menyenangkan, konflik dan ketegangan.

  • PASIF 4.Tidak mendapat apa yang dikehendaki.

    5.Orang lain akan merasa bersalah atau merasa tinggi diri dengan orang yang tidak asertif.

    6.Perasaan orang lain terhadap orang yang tidak asertif ialah tidak sabar, kasihan dan meluat.

  • Definisi Assertif Ketegasan diri (asertif)

    tidak bermakna perseteruan atau antagonism

    Tingkahlaku asertif adalah

    pernyataan diri cara yang konsisten dengan perasaan diri

    Individu yang asertif

    mengambil pendekatan aktif dan bukannya pasif. Menyatakan secara langsung perasaan dan pemikirannya. Menyatakan siapa dirinya.

    Ketegasan atau asertif bermakna:

    - mengambil tanggungjawab ke atas diri sendiri dan mengambil kuasa atau kawalan ke atas diri sendiri

    - memutuskan apa yang dimahukan daripada sesuatu situasi

    - mendengar dan memahami perasaan; kehendak dan kedudukan orang lain

    - mencari penyelesaian yang dipersetujui bersama

  • Definisi Assertif Bertingkahlaku asertif bermakna:

    mengenalpasti matlamat dan berusaha mencapai matlamat tanpa merosakkan orang lain

    melindungi hak kita dan menghormati hak orang lain berasa puas dengan diri kita dan mempunyai tahap keyakinan diri

    yang sesuai membuat pilihan sendiri dan bertanggungjawab ke atas pilihan itu meminta secara langsung supaya keperluannya dipenuhi dan

    menerima risiko bahawa ia mungkin ditolak menyatakan diri dengan cara yang sesuai dari segi sosial dan emosi Lagi satu elemen tingkahlaku asertif ialah bersikap berterus

    terang, jujur dan berkomunikasi secara langsung.

  • KESUKARAN DAN KEPERITAN TIDAK BERTINGKAHLAKU ASERTIF

    Mengalami kebimbangan, kecemasan, ketegangan, tekanan dan keperitan fizikal disebabkan oleh ketiadaan ketegasan diri

    Membiarkan orang lain menguasai diri Tidak dapat menolak permintaan orang lain Mengelak perbalahan kerana merasa tidak selamat dan terganggu

    apabila bersemuka dengan orang lain Di tempat kerja mereka akan merasa gentar apabila penyelia ingin

    berjumpa mereka Mereka berterusan melakukan apa yang kawan-kawan atau orang

    lain mahu mereka lakukan

  • KESUKARAN DAN KEPERITAN TIDAK BERTINGKAHLAKU ASERTIF

    Mereka jarang-jarang menyuarakan pandangan atau perasaannya

    Merasa serba salah apabila dipuji

    Bekerja lebih kuat daripada orang lain tetapi tidak mendapat ganjaran yang sewajarnya kerana enggan meminta

    Tidak dapat menjadi tegas

    Mengelak dari berpandangan langsung daripada orang lain

    Keliru mengenai tingkahlaku yang sesuai

  • Cara Membentuk Sikap Assertif Adalah penting untuk memutuskan dahulu pendapat anda

    sebelum anda berkata sesuatu Fahamkan kehendak pihak lain daripada anda Berikan alasan yang ringkas untuk berkata tidak. Jika anda rasa selesa gunakan perkataan tidak sahaja. Pastikan gaya anda mengambarkan maksud anda Gunakan perkataan Saya tidak mahu atau Saya memilih

    untuk tidak ..

  • Cara Membentuk Sikap Assertif Jika pihak itu tidak memahami anda, mungkin

    anda perlu menjelaskan kepadanya mengenai kefahaman anda

    Jauhi perasaan bersalah

    Jika anda tidak dapat menolongnya sepenuhnya tetapi dapat memenuhi separuh permintaannya, katakan.

    Selepas berkata ya anda juga berhak mengatakan tidak

  • Jika anda tidak berlaku assertif, anda akan mengalami .. Depression- berasa marah kerana gagal mengawal

    hidup sendiri

    Resentment- rasa tertekan akibat dimanipulasi

    Kecewa- kerana membiarkan diri dipergunakan

    Menjadi ganas/panas baran

  • Jika anda tidak berlaku assertif, anda akan. 1) Mengalami kebimbangan, kecemasan, ketegangan,

    tekanan dan keperitan fizikal disebabkan oleh ketiadaan ketegasan diri

    2) Membiarkan orang lain menguasai diri

    3) Tidak dapat menolak permintaan orang lain

    4) Mengelak perbalahan kerana merasa tidak selamat dan terganggu apabila bersemuka dengan orang lain

  • Jika anda tidak berlaku assertif, anda akan. 5) Di tempat kerja mereka akan merasa gentar apabila penyelia ingin berjumpa mereka

    6) Mereka berterusan melakukan apa yang kawan-kawan atau

    orang lain mahu mereka lakukan

    7)Mereka jarang-jarang menyuarakan pandangan atau perasaannya

    8) Merasa serba salah apabila dipuji

  • Jika anda tidak berlaku assertif, anda akan. 9) Bekerja lebih kuat daripada orang lain tetapi tidak mendapat ganjaran yang sewajarnya kerana enggan

    meminta

    10) Tidak dapat menjadi tegas

    11) Mengelak dari berpandangan langsung daripada orang

    lain

    12) Keliru mengenai tingkahlaku yang sesuai

  • KENAPA SESETENGAH ORANG ASERTIF DAN SESETENGAH ORANG TIDAK

    Kanak-kanak dan orang dewasa yang bertingkahlaku agresif biasanya kerana telah memerhatikan ibu bapa mereka atau orang-orang signifiken yang lain bertindak agresif apabila berada dalam situasi tertekan. Perasaan takut dan kepercayaan juga mungkin menghalang pernyataan diri dan tingkahlaku asertif.

  • KENAPA SESETENGAH ORANG ASERTIF DAN SESETENGAH ORANG TIDAK

    Ketakutan terlazim (conditioned fear): ketakutan yang dipelajari atau ketakutan yang terlazim boleh menghalang perkembangan tingkahlaku asertif. Jika seorang kanak-kanak didenda kerana salahlaku seperti meninggikan suara atau kerana membangkang, kanak-kanak itu akan belajar supaya berdiam diri dan tidak mengganggu.

  • KENAPA SESETENGAH ORANG ASERTIF DAN SESETENGAH ORANG TIDAK

    Kesan peniruan (Modeling): Albert Bandura melalui penyelidikkannya telah menunjukkan pengaruh kuat models ke atas kanak-kanak. Kanak-kanak yang memerhati tingkahlaku aggresif sama ada dalam kehidupan sebenr atau dalam filem atau karton berkecenderungan untuk bertingkahlaku aggresif terutamanya dalam situasi yang ada persamaan.

  • KENAPA SESETENGAH ORANG ASERTIF DAN SESETENGAH ORANG TIDAK

    Mengikut teori behaviorisme assertiveness adalah dipelajari.

    Peranan orang yang signifiken dalam kehidupan kita. Ketegasan diri berkembang beransur hasil dari jenis interaksi individu dengan ibu bapa dan orang-orang signifiken yang lain. Jika kanak-kanak didenda setiap kali dia meninggikan suara, atau melakukan sesuatu yang mengganggu keselesaan ibu bapa dia akan mengasingkan diri dan tidak berani mencuba, atau menjadi pemarah dan agresif.

  • Sebab utama tingkahlaku tidak asertif terbentuk 1) Takut menyingung hati orang lain,

    takut ditolak dan takut membuat kesilapan. Orang yang tidak asertif terlampau sensitif dengan perasaan orang lain. Mereka takut perbuatan menolak atau tidak setuju akan menyebabkan orang lain merasakan bahawa mereka tidak disukai.

  • Sebab utama tingkahlaku tidak asertif terbentuk 2) Mempunyai kepercayaan bahawa mereka

    ini tidak berharga dan tidak ada apa-apa hak. Individu seperti itu percaya jika dia menegaskan haknya bermakna mementingkan diri dan pandangan orang lain adalah lebih penting atau lebih sahih.

  • Sebab utama tingkahlaku tidak asertif terbentuk 3) Kurang kemahiran. Sesetengah orang tidak

    belajar bagaimana cara untuk tidak bertingkahlaku asertif dan tidak digalakkan atau dilarang dari bertingkahlaku asertif semasa kanak-kanak.

  • Saya boleh dihubungi di

    No. tel: 03 88834269

    Email:[email protected]