modul asertif

12
Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif Pengenalan Sifat ketegasan diri atau tingkah laku asertif bukanlah merupakan suatu sifat semulajadi yang sedia terdapat pada diri seseorang individu. Sebaliknya, sifat ini merupakan suatu keupayaan dan kemahiran yang boleh dipelajari serta dibina melalui latihan asertif. Perkataan asertif ialah asal dari perkataan Inggeris iaitu “assertive” yang bermaksud melahirkan pendapat dengan tegas. Menurut Bandura (1977), sifat ketegasan diri membolehkan seseorang berpuas hati dengan tingkah lakunya dan masyarakat akan menghormatinya. Manakala mengikut Martin dan Pear (1978) tingkah laku asertif merupakan sesuatu perlakuan bagi individu melahirkan perasaan serta keperluannya kepada orang lain dengan lebih jelas. Menurut Allan (1989) dan Zuker (1989), tingkah laku asertif memungkinkan seseorang individu melakukan sesuatu perlakuan mengikut cara yang paling disukai. Ia juga mengemukakan sesuatu secara sendiri tanpa sebarang kerisauan dan melahirkan perasaan kejujuran dengan selesa. Selain daripada itu, Martin dan Pear (1978), Devito (1980) dan Huczynski (1983) mengatakan tingkah laku asertif sebagai suatu pengharapan tinggi seseorang dalam perundingan dengan orang lain dan mengharapkan tindak balas yang sewajarnya tanpa menyakiti perasaan.Tingkah laku asertif juga boleh membantu 1

Upload: mazrie

Post on 12-Jun-2015

3.474 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Asertif

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

Pengenalan

Sifat ketegasan diri atau tingkah laku asertif bukanlah merupakan suatu sifat semulajadi

yang sedia terdapat pada diri seseorang individu. Sebaliknya, sifat ini merupakan suatu

keupayaan dan kemahiran yang boleh dipelajari serta dibina melalui latihan asertif.

Perkataan asertif ialah asal dari perkataan Inggeris iaitu “assertive” yang bermaksud

melahirkan pendapat dengan tegas. Menurut Bandura (1977), sifat ketegasan diri

membolehkan seseorang berpuas hati dengan tingkah lakunya dan masyarakat akan

menghormatinya. Manakala mengikut Martin dan Pear (1978) tingkah laku asertif

merupakan sesuatu perlakuan bagi individu melahirkan perasaan serta keperluannya

kepada orang lain dengan lebih jelas.

Menurut Allan (1989) dan Zuker (1989), tingkah laku asertif memungkinkan seseorang

individu melakukan sesuatu perlakuan mengikut cara yang paling disukai. Ia juga

mengemukakan sesuatu secara sendiri tanpa sebarang kerisauan dan melahirkan perasaan

kejujuran dengan selesa. Selain daripada itu, Martin dan Pear (1978), Devito (1980) dan

Huczynski (1983) mengatakan tingkah laku asertif sebagai suatu pengharapan tinggi

seseorang dalam perundingan dengan orang lain dan mengharapkan tindak balas yang

sewajarnya tanpa menyakiti perasaan.Tingkah laku asertif juga boleh membantu

seseorang menghilangkan rasa malu, sedih dan selain itu juga tingkah laku asertif

melibatkan kemampuan seseorang menyatakan perasaannya kepada orang lain sama ada

berbentuk positif atau negatif dengan cara yang sesuai di samping menghormati hak-hak

orang lain.

Secara umumnya tingkah laku asertif dimaksudkan sebagai kebolehan seseorang

menggunakan hak-hak sebenar terhadap dirinya dengan sebaik mungkin dan tanpa

mengganggu hak-hak orang lain malah menghormatinya. Mengikut Norton dan Warnick

(1976), Galassi dan Galassi (1977), terdapat empat ciri-ciri tingkah laku tingkah laku

asertif yang perlu dihormati dalam komunikasi iaitu bersikap terbuka, tidak cemas, tidak

menimbulkan perbalahan dan tidak menakutkan.

1

Page 2: Modul Asertif

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

Nama Aktiviti

A. Aktiviti 1 : Pohon Mengenal Diri

1. Masa : 15 minit

2. Alat : 1) Kertas kosong A4 (Lampiran 1)

2) Pensil

3. Objektif :

i. Saling mengenali sifat sebenar perilaku ahli kelompok

ii. Menggalakkan ahli kelompok untuk menyatakan perasaan mereka sendiri secara

terbuka dengan menggunakan hak-hak sebenar yang ada pada setiap individu.

iii. Ahli dapat menerima sifat negatif yang ada padanya dan pada keseluruhan ahli

bagi membuat penyesuaian.

iv. Mewujudkan perasaan dan suasana selesa di kalangan ahli.

4. Langkah-langkah :

i. Fasilatator akan mengedarkan kertas A4 kosong untuk semua ahli.

ii. Ahli diberi masa tiga minit untuk melukis pokok bagi menggambarkan tentang

diri mereka iaitu dua sifat negatif dan dua sifat positif.

Ahli dikehendaki menunjukkan gambar pohon tersebut sambil membaca semula

membaca apa yang ditulis.

5. Perbincangan :

i. Apa yang anda rasa apabila menyatakan sifat negatif anda?

ii. Apa yang ahli lain rasa apabila mendengar pengakuan dari ahli tersebut?

iii. Jika ada perasaan yang tidak selesa, bagaimana untuk anda mengatasinya?

6. Falsafah :

i. Meluahkan perasaan sendiri tanpa menyinggung perasaan orang lain.

ii. Menyatakan pandangan tanpa menghina dan menjatuhkan orang lain walaupun

pendapatnya bertentang.

2

Page 3: Modul Asertif

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

B. Aktiviti 2 : The Last Generation

1. Masa : 20 minit

2. Alat : 1) Pen

2) Belon

3) Kertas Undian Kumpulan (Lampiran 2)

3. Objektif :

i. Melihat kepintaran di kalangan ahli kelompok dan bagaimana mereka

menghadapi situasi yang mencemaskan.

ii. Menggalakkan ahli meluahkan perasaan dan pendapat masing-masing tanpa

menyinggung perasaan orang lain..

Dapat menggunakan perkataan yang sesuai bagi mengemukakan permohonan yang

mudah seperti cara yang digunakan untuk meminta rakan mereka bersetuju untuk

dihantar ke planet lain.

4. Langkah-langkah :

i. Ahli dipecahkan kepada 2 kumpulan mengikut undian iaitu Kumpulan 1 & 2.

ii. Ahli diberi masa tiga minit untuk memilih dua orang dari satu kumpulan untuk

menyelamatkan generasi terakhir di bumi. Mereka ini akan dipindahkan ke satu

planet lain.

Apabila ahli telah mengenalpasti individu yang terpilih mereka dikehendaki mengikat

tangan ahli tersebut dengan belon menandakan mereka telah bersetuju untuk dihantar ke

planet tersebut.

5. Perbincangan :

i. Apa yang anda rasa apabila dipilih untuk dipindahkan ke planet lain?

ii. Jika anda rasa tidak gembira atau kurang bersetuju dengan cadangan rakan anda,

bagaimana cara untuk anda meluahkan perasaan tersebut tanpa menyinggung

perasaan kawan yang lain.

3

Page 4: Modul Asertif

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

Kenapa anda memilih rakan anda? Kenapa anda sendiri tidak menawarkan diri untuk ke

sana?

iii. Apakah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah seperti ini.

6. Falsafah :

i. Hargai diri sendiri dengan bersikap yakin dan tegas dalam membuat keputusan

tanpa dipengaruhi oleh orang lain..

ii. Dapat menolak sesuatu permintaan secara diplomasi tanpa memberi alasan yang

negatif.

4

Page 5: Modul Asertif

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

C. Aktiviti 3 : Rushing To The Bus

1. Masa : 25 minit

2. Alat : Keratan Arahan (Lampiran 3)

3. Objektif :

i. Melihat sejauh mana ahli patuh kepada disiplin yang ditetapkan.

ii. Menyelami perasaan sebenar ahli apabila diperlakukan dengan sifat yang tidak

disukainya (agresif).

Ahli kelompok dapat membezakan di antara sifat asertif, pasif dan agresif.

4. Langkah-langkah :

i. Ahli diberi keratan arahan (seperti di lampiran).

ii. 3 orang ahli masing-masing akan diberi keratan (A) dan (D), 2 orang ahli

masing-masing akan diberi keratan (B) dan (C).

Ahli diberi masa selama tiga minit untuk membuat aksi seperti yang tercatat di dalam

kertas arahan.

5. Perbincangan :

i. Apa perasaan anda apabila diperlakukan sedemikian?

ii. Apa perasaan anda apabila melakonkan aksi agresif?

Apa yang anda pelajari daripada aksi tadi?

Apakah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah?

6. Falsafah :

i. Dapat membezakan antara sikap asertif dengan agresif dan pasif.

ii. Berempati dengan apa yang dirasai oleh ahli lain.

Mempraktikkan sikap asertif, percaya dan berkeyakinan terhadap diri sendiri.

5

Page 6: Modul Asertif

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

Penutup

Melalui latihan asertif seseorang individu akan melakukan tingkah laku asertif dan berasa

selesa dengan tingkah laku tersebut tanpa mengganggu hak-hak orang lain. Menurut

Wolpe (1969), sifat ketegasan diri sebagai kebolehan menunjukkan kemesraan, kasih

sayang dan lain-lain perasaan yang bukan bersifat kecemasan.

Melalui latihan asertif ini juga, ahli dilatih beberapa kemahiran seperti mendengar,

mengemukakan permohonan yang mudah, dapat menolak sesuatu permintaan secara

asertif, melahirkan perasaan marah, gembira atau sedih, mewujudkan kemahiran

berkompromi melalui perundingan dan melakukan sesuatu perubahan tingkah laku yang

proaktif. Dengan kata lain ahli dapat melahirkan perasaan dalam suasana yang terbuka

dan harmonis.

Justeru itu, pembinaan tingkah laku asertif adalah wajar diterapkan kepada ahli kelompok

yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi agar mereka dapat bertindak dengan asertif

dalam menghadapi pelbagai masalah dan isu.

Seseorang yang bertindak asertif :

Dapat menyatakan pandangannya tanpa menghina orang lain walaupun

pandangannya bertentangan dengan pandangan orang lain.

Menolak permintaan orang lain secara diplomasi tanpa memberi alasan yang negatif.

Menolak atau menjauhi diri daripada pengaruh negatif.

Tindakan asertif berlainan daripada tindakan agresif atau pasif:

Seseorang yang bertindak agresif bermaksud memaksa orang lain bersetuju

dengannya atau mengikut kehendaknya. Tindakan seperti ini mengancam orang lain.

Seseorang yang bertindak pasif atau pengikut tidak sanggup atau tidak mampu

memberi pendapat atau memperkatakan kehendaknya atau dapat meluahkan

perasaannya. Akibatnya dia hanya akan mengikut kehendak orang lain walaupun dia

sendiri ingin membuat keputusan lain.

6

Page 7: Modul Asertif

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

“Berkatalah Benar Biarpun Pahit”

7

Page 8: Modul Asertif

Dinamika Dan Kemahiran Kelompok Modul : Asertif

Bibliografi

1. Barbara F.Okun. 2002 Effective Helping, Interviewing and Councelling Techniques,

Canada

2. http://www.webcastmy.com.my/unimasresearchgateway

8