assg hbef1403
TRANSCRIPT
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
1.0 Pengenalan
Bilik Seni seharusnya menjadi salah satu lokasi penting yang perlu diberi perhatian
sewajarnya oleh pihak sekolah. Hal ini kerana persekitaran bilik seni yang sihat, ceria, selesa
dan kondusif memberi impak yang positif, dalam menentukan proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan apa juga program yang berkaitan
dengan seni visual dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, bilik seni harus sentiasa
diuruskan dengan sempurna supaya dapat mewujudkan suasana yang bersih, indah dan
menarik minat seluruh warga sekolah terutamanya murid-murid untuk melakukan aktiviti
seni. Bagi merealisasikan dan melicinkan lagi pengurusan Bilik Seni, satu organisasi perlu
dibentuk, yang terdiri daripada Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual, setiausaha dan guru-
guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Organisasi ini bertanggungjawab
memastikan bilik seni sentiasa diurus dengan baik di samping memastikan kemudahan yang
disediakan di dalam bilik seni dapat dimanafaatkan oleh guru-guru dan murid-murid.
Menurut Marjorie Schiller (1995), bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni
dan bagaimana kita memberikan makna kepada kehidupan kita. Jesteru, kaedah penyusunan
dan kebersihan bilik dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi
pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang meransang deria memberikan tenaga
kepada minda untuk belajar (Koster, 2001).1
Sekolah Kebangsaan Penaga terletak kira-kira 500 meter dari Pekan Penaga dan 5.5 kilometer
dari Titi Mukim iaitu simpang masuk ke Penaga melalui Jalan Penaga. Sekolah ini tidak
terletak di jalan utama iaitu Jalan Permatang Bendahari tetapi melalui jalan belakang iaitu
Jalan Penaga Bawah. Jalan Penaga Bawah agak sibuk pada waktu pagi kerana ramai orang
datang membeli barang-barang mentah dari Pasar Penaga. Pada hari Khamis dan hari Ahad,
jalan ini ditutup untuk lalu lintas kerana di sini, aktiviti berjual beli barang-barang keperluan
harian dan makanan sedang rancak diadakan. Pada hari ini, tempat ini dipanggil ’Pekan Hari’
dan ’Pekan Ahad’. Secara tidak langsung, ramai orang berpusu-pusu datang ke sini,
menjadikan pekan ini terlalu sibuk pada hari-hari tersebut. Pada kebiasaannya kita akan
melalui Jalan Permatang Bendahari untuk ke Sekolah Kebangsaan Penaga. Oleh itu, apabila
1 Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria (2009). HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. halaman 125
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 14031
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
sampai ke Klinik Penaga, anda harus berhati-hati kerana simpang masuk ke sekolah ini agak
kecil. Namun begitu, di tepi simpang ini ada dipamerkan papan tanda Sekolah Kebangsaan
Penaga. Pastikan anda tidak terlepas simpang ini kerana jika terlepas, anda terpaksa berpatah
balik.
Sekolah Kebangsaan Penaga mempunyai tiga bangunan. Satu bangunan empat tingkat iaitu
Blok Saidina Omar dan dua bangunan tiga tingkat iaitu Blok Saidina Abu Bakar dan Blok
Saidina Ali. Blok Saidina Abu Bakar merupakan blok utama kerana di blok inilah terdapat
pejabat, bilik guru, pusat sumber sekolah dan bilik gerakan. Manakala bilik seni yang
dicadangkan ini terletak di tingkat bawah, blok Saidina Omar yang ditandakan dengan anak
panah berwarna merah. Blok Saidina Omar merupakan bangunan baru dan keluasan setiap
bilik atau kelas lebih luas berbanding dengan kelas di Blok Saidina Ali dan di Blok Saidina
Abu Bakar. Sekolah ini juga ada makmal komputer, makmal Sains, bilik Muzik, prasekolah,
bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pemulihan dan surau.
1.1 Pelan Lokasi Sekolah
Rajah 1 menunjukkan Pelan lokasi Sekolah Kebangsaan Penaga. Pelan ini memaparkan
perjalanan dari Kepala Batas atau dari Butterworth ke sekolah ini. Berdasarkan pelan ini, anda
mempunyai banyak pilihan simpang masuk menuju ke Penaga sama ada melalui Jalan Padang
Benggali, Jalan Penaga, Jalan Permatang Kuala dan Jalan Permatang Rambai. Jika anda
terlepas Jalan Padang Benggali, anda tidak perlu bimbang kerana anda masih boleh melalui
Jalan Penaga, Jalan Permatang Kuala dan Jalan Permatang Rambai. Jalan Penaga merupakan
jalan utama ke Pekan Penaga. Jalan ini lebih dekat berbanding jalan-jalan yang lain. Jarak di
antara Titi Mukim dengan Sekolah Kebangsaan Penaga lebih kurang 5.5 kilometer. Selepas
Pekan Penaga terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Lahar Endin. Sungai ini menjadi laluan
utama para nelayan di kawasan Penaga ke laut untuk menangkap ikan. Dari Pekan Penaga,
anda perlu melalui Jalan Permatang Bendahari sehingga anda menemui simpang sebelah kiri
yang ada dipaparkan papan tanda Sekolah Kebangsaan Penaga. Sekolah ini terletak di Jalan
Penaga Bawah, agak tersorok dari jalan utama. Sekolah ini tidak kelihatan sehingga anda
melalui simpang masuk menuju ke sekolah ini. Pelawat yang hadir ke sekolah ini biasanya
menggunakan pintu utama untuk masuk ke kawasan sekolah.
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 14032
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
1.2 Pelan Bangunan Sekolah
Rajah 2 menunjukkan pelan bangunan Sekolah Kebangsaan Penaga. Sekolah ini mempunyai
tiga bangunan iaitu Blok Saidina Omar terletak di sebelah kiri tapak perhimpunan, Blok
Saidina Abu Bakar terletak di hadapan tapak perhimpunan dan Blok Saidina Ali terletak
bertentangan dengan Blok Saidina Abu Bakar. Bilik Seni yang dicadangkan terletak di tingkat
bawah Blok Saidina Omar iaitu yang ditandakan dengan anak panah berwarna merah. Bilik
atau kelas ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik, menjadi laluan utama murid-murid
dan guru-guru sekolah ini ke kelas di antara ketiga-tiga bangunan ini dan ke bilik guru.
Kedudukan yang sebegini membolehkan bilik seni ini menjadi tumpuan utama murid-murid,
guru-guru dan para pelawat. Oleh itu, bilik seni yang dicadangkan ini perlulah lengkap
dengan kemudahan asas, diurus dengan baik serta nampak ceria, indah, bersih dan mampu
menarik perhatian dan minat murid untuk menjalankan aktiviti seni di bilik ini. Bilik seni ini
juga berhampiran dengan tandas murid perempuan dan tandas murid lelaki. Jadi murid-murid
tidak perlu berjalan jauh untuk ke tandas. Bilik seni ini mempunyai keluasan 2400 kaki
persegi atau dua buah kelas biasa.
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 14033
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
Rajah 1: Pelan Lokasi Sekolah Kebangsaan Penaga, 13100 Penaga, Seberang Perai Utara.
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 14034
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
Rajah 2: Pelan Bangunan Sekolah Kebangsaan Penaga
2. 1 RUMUSAN HASIL KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN BILIK
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 14035
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
1.3 Pelan Lantai Bilik Seni Visual
Rajah 4 menunjukkan pelan lantai Bilik Seni Visual yang dicadangkan. Bilik seni ini
mempunyai banyak sudut pameran yang merangkumi empat bidang seni visual sekolah rendah
iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan
memperkenal kraf tradisional. Sudut pameran ini penting untuk memberi pendedahan kepada
murid-murid bahawa bidang seni visual tidak hanya melukis semata-mata tetapi juga
merangkumi aktiviti lain seperti yang dinyatakan untuk memberi pengalaman dan kemahiran
kepada murid-murid.
Di bahagian belakang bilik seni ini, dihiasi dengan landskap untuk menyediakan
permandangan yang indah dan ceria. Beberapa jenis pokok renek yang berbunga dan tidak
berbunga yang ditanam di dalam pasu disusun di tepi kolam buatan supaya kelihatan seperti
suasana semula jadi. Landskap ini juga dilengkapi dengan pancuran air yang memberikan
suasana seperti berada di tepi sungai. Di dalam kolam juga dimasukkan beberapa ekor ikan
untuk menarik minat murid-murid yang gemar melihat ikan berenang-renang di air. Suasana
yang sebegini memberi ketenangan dan motivasi kepada murid melahirkan idea untuk
menghasil dan menyiapkan karya seni mereka.
Rajah 3 : Lanskap kolam di bahagian belakang bilik seni.
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 14036
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
Rajah 4: Pelan Lantai Bilik Seni Visual yang dicadangkan
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 1403
DAPUR
7
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
Bilik ini juga disediakan dengan kemudahan ’kipas dan lampu’ yang cukup untuk memberi
keselesaan kepada murid-murid melakukan aktiviti pembelajaran di sini. Di samping itu juga,
tingkap yang banyak di dinding kiri dan kanan bilik ini cukup menerangi bilik ini dengan
cahaya semula jadi yang datang dari luar kelas.
Rajah 5 : Bilik Guru Seni
Bilik guru seni terletak di sebelah kiri bahagian hadapan. Bilik ini menjadi tempat pertemuan
guru-guru seni visual di sekolah ini untuk berbincang segala permasalahan seni yang timbul.
Di bilik guru ini juga disediakan kemudahan peti ubat/ peti bantu mula untuk meningkatkan
tahap keselamatan murid-murid semasa berada di sini. Seperti kata perpatah, ”Malang tidak
berbau”. Persediaan penting untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Dengan
adanya peti ini, pertolongan cemas dapat diberi kepada murid yang mengalami kecederaan
sebelum dihantar ke klinik yang berhampiran. Peti ubat ini diletakkan di bilik ini bagi
memudahkan guru mengemaskini ubat-ubatan dan mudah diambil semasa diperlukan.
Seterusnya mewujudkan sudut pameran bahan binaan murid yang disusun dengan kemas di
dalam almari cermin di tengah kelas. Bahan ini perlu disusun mengikut jenis, saiz dan
ketinggian sesuatu objek. Sudut ini penting untuk membolehkan murid-murid mengenal objek
dengan lebih dekat dan tepat dari segi rupa, bentuk, jenis dan warna. Bahan binaan seperti
kenderaan, model rumah, bangunan, perabot, permainan dan sebagainya dapat memberi
gambaran yang jelas kepada murid semasa berimaginasi tentang sesuatu persekitaran atau
objek yang hendak dilukis. Hal ini kerana bahan-bahan binaan ini menyerupai rupa, bentuk
dan warna benda maujud yang sebenar. Jadi masalah murid untuk menggambarkan rupa,
bentuk dan warna benda atau objek yang hendak dilukis tidak akan timbul.
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 14038
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
Ruang cetakan, ruang tembikar dan ruang tekstil juga diwujudkan untuk memberi pendedahan
kepada murid-murid untuk mempelajari bidang ini. Di ruang tembikar misalnya, murid dapat
mempelajari cara-cara membuat tembikar dengan menggunakan tanah liat. Selain itu, di ruang
tekstil, murid boleh mempelajari cara-cara membuat batik sama ada batik blok atau batik
canting dan membuat ’banner’ sempena sesuatu acara atau majlis yang diadakan di sekolah
seperti sukan tahunan, Hari Keluarga dan sebagainya.
2.0 Iklim Bilik Seni Visual
Iklim di bilik seni, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran merangkumi aspek fizikal,
sosial dan emosi yang sesuai dan kondusif perlu diwujudkan untuk meningkatkan tahap
kecemerlangan murid-murid.
2.1 Aspek Fizikal
Dari aspek fizikal, bilik seni ini sentiasa bersih kerana guru mata pelajaran seni yang
membawa murid-murid ke bilik ini dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan bilik
ini selepas menggunakannya. Susunan perabot seperti bangku dan meja murid-murid adalah
teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Susunan bangku dan meja murid diatur
secara berkumpulan iaitu satu kumpulan terdiri daripada lapan orang murid.
Rajah 6 : Susunan bangku dan meja mengikut kumpulan
Sudut-sudut pameran seni turut diwujudkan untuk mempamerkan contoh-contoh hasil kerja
murid dan diuruskan dengan baik dan kemaskini. Di bilik seni, pengurusan sudut seni adalah
tanggungjawab guru kanan mata pelajaran dan dibantu oleh guru mata pelajaran Pendidikan
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 14039
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
Seni Visual. Kemudahan dan kelengkapan yang terdapat di bilik seni turut diuruskan dengan
sempurna. Saiz bilik seni ini besar, lebih kurang 2400 kaki persegi atau dua buah kelas biasa
dan mempunyai ruangan yang cukup untuk bergerak dan dapat memberi keselesaan kepada
murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.
Pencahayaan memainkan peranan yang penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut
mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya.2 Bilik seni ini telah disediakan
enam set lampu kalimantang dan cukup untuk menerangi bilik ini walaupun cuaca di luar
suram. Tingkap-tingkap dan pintu di bilik seni ini juga mencukupi untuk membolehkan cahaya
masuk dan udara beredar bebas. Kemudahan kipas angin yang mencukupi juga disediakan
untuk mengurangkan kepanasan.
Rajah 7 : Kemudahan singki di sediakan di kiri dan kanan bilik seni.
Di dalam bilik seni ini ada disediakan kemudahan singki di bahagian kiri dan kanan bilik
untuk mencuci tangan dan peralatan seni yang digunakan.
Rajah 8 : Stor Seni
2 Ibid. Lihat Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim. Halaman 126SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 140310
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
Stor Seni juga disediakan untuk menyimpan alatan, dilengkapi dengan rak-rak simpanan dan
rak carta di mana bahan dan peralatan seni disusun dengan rapi. Bilik stor turut diurus dengan
baik bagi memastikan peralatan dan bahan seni mencukupi dan senang diambil apabila
diperlukan. Bilik stor ini terletak di ruang hadapan bilik seni bagi memudahkan guru
mengambil bahan dan peralatan yang hendak digunakan.
Rajah 9 : Papan Kenyataan Pengurusan
Di ruangan papan kenyataan pengurusan bilik ini pula, dihiasi dengan carta-carta pengurusan
seperti carta organisasi, panduan kebersihan dan peraturan dan jadual waktu penggunaan. Bilik
ini ada peraturan yang sering diwarwarkan kepada murid-murid sebagai panduan supaya lebih
berhati-hati ketika berada di sini. Di samping itu juga, terdapat banyak papan pameran di
bahagian hadapan dan belakang bilik ini. Di sinilah hasil kerja murid yang baik dan kurang
baik dipamerkan mengikut ruang yang telah ditetapkan. Pameran ini bertujuan untuk
menimbulkan minat murid untuk terus mempelajari seni, di samping memperbaiki kelemahan
dalam menghasilkan karya seni.
2.2 Aspek Sosial
Susunan bangku dan meja murid di bilik seni ini yang disusun secara berkumpulan mampu
menggalakkan interaksi sosial yang positif dalam kalangan murid di mana murid bebas
bergerak dan berhubung dengan rakan-rakan yang lain dan juga guru semasa pembelajaran.
Komunikasi sesama murid dan antara murid dengan guru yang wujud akan memudahkan
murid menguasai ilmu yang dipelajari di samping mendapatkan idea untuk menghasilkan
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 140311
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
sesuatu karya seni melalui perbincangan. Murid-murid lebih terdedah kepada kepelbagaian
budaya yang menjadikan mereka saling bekerjasama dan saling hormat-menghormati antara
satu sama lain. Interaksi sosial dapat mengeratkan hubungan sesama mereka sebagai
pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif murid.
Rajah 10 : Murid duduk dalam kumpulan menggalakkan interaksi sosial
2.3 Aspek Emosi
Susun atur perabot, peralatan dan hiasan dalaman yang kemas dan menarik di dalam bilik ini
dapat mewujudkan emosi yang seimbang kepada murid-murid. Suasana bilik seni yang selesa
dan kondusif serta dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik, binaan-binaan yang direka
menyerupai benda maujud serta landskap yang indah menjadikan murid berasa tenang dan
seronok bila berada di bilik ini. Tambahan pula, jika karya murid dipilih untuk dipamerkan di
ruangan tertentu, sudah tentu mereka akan berasa bangga dan gembira serta rasa dihargai.
Murid akan lebih terdorong untuk menghasilkan karya seni yang lebih kreatif.
Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru
yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas
dengan bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Guru
boleh mewujudkan suasana ‘rapport’ dan disenangi oleh murid dengan memenuhi kehendak
fisiologi iaitu memuaskan deria; memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir;
membentuk suasana yang meransang kreativiti dan menghasilkan suasana persekitaran yang
memberi keyakinan untuk berkarya.3
3 Imann Qhayra. (2012). Bilik Pendidikan Seni Visual. Dimuat turun dari laman sesawang: http://imann9969.blogspot.com/2012_02_01_archive.htmlSENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 140312
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
3.0 Bidang-bidang Dalam Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat
bidang iaitu melukis dan membuat gambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan
membuat binaan dan memperkenalkan kraf tradisional.
3.1 Melukis dan Membuat Gambar
Bidang menggambar menumpukan kepada perkembangan persepsi terhadap aspek melukis
serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang,
struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik
sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Di dalam pengajaran dan
pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan
pengalaman sedia ada murid untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam
aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk
menghasilkan gambar mengikut cara ekspresi mereka sendiri. Ini membantu perkembangan
murid dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi
murid.
Di dalam bilik seni visual ini wujud sudut-sudut pameran yang dihiasi dengan pelbagai teknik
lukisan murid melalui aktiviti melukis dan membuat gambar seperti lukisan, catan, kolaj,
montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek.
Rajah 11 : Pebagai jenis lukisan dipamerkan di ruang hadapan
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 140313
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
Lukisan-lukisan ini dipilih berdasarkan hasil yang terbaik dan kurang baik bagi memberi
dorongan dan menjadi panduan kepada murid menghasilkan lukisan menepati perspektif yang
diingini. Begitu juga peralatan dan bahan untuk semua teknik menggambar disediakan dan
mudah diambil dari stor seni yang berdekatan. Ruang cetakan diwujudkan dalam bilik seni ini
untuk memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti mencetak yang pelbagai teknik sama
ada pada kertas lukisan atau pada kanvas. Contoh mencetak gambar atau logo pada baju
kemeja T, membuat capan dengan menggunakan bahan semula jadi seperti kentang, bendi,
bawang, daun dan sebagainya. Hasil cetakan atau capan dipamerkan di papan pameran yang
disediakan.
3.2 Membuat Rekaan dan Corak
Bidang membuat rekaan dan corak memberi peluang kepada murid-murid memahami pelbagai
cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan corak yang
lain. Corak terjadi dengan pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan
berdasarkan motif dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada
alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan; bahan buatan manusia
seperti kerusi, meja, rumah dan gunting; geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat; dan
rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris. Jenis susunan corak pula terdiri
daripada susunan penuh, turun satu suku, turun separa, sisik ikan, selang seli, batu-bata,
tunggal, berpusat, berombak, berjalur, cerminan, orgee, sendeng dan sebagainya.
Di bahagian belakang bilik seni ini juga disediakan ruang untuk mempamerkan hasil kerja
rekaan dan corak yang pelbagai teknik seperti corak tidak terancang iaitu titisan, renjisan,
ikatan dan celupan, pualaman, tiupan, lipatan dan tarikan. Manakala corak terancang pula
ialah lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi. Di
ruangan tekstil, murid didedahkan membuat corak dengan menggunakan kanvas seperti ikatan
dan celupan, lipatan, tarikan dan resis dan dikeringkan di atas para penggantung tekstil. Semua
alatan yang diperlukan disediakan dan boleh diambil dari stor seni bersebelahan dengan ruang
tekstil.
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 140314
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
3.3 Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan ini menegaskan perkembangan persepsi murid
terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan
aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan
membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan ini juga mendedahkan murid dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Hal ini memberi peluang kepada
murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses
penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah
merangkumi arca timbul, arca assemblaj, arca mobail, arca stabail, model, diorama, boneka,
topeng dan origami. Tema yang sering dipelajari melalui bidang ini ialah alam semulajadi;
perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis; aliran dan tema sejagat; dan keperluan
dan pengalaman harian.
Rajah 12 : Pameran di ruangan 3D
Di ruang tengah bilik seni ini disediakan dua buah almari cermin untuk mempamerkan hasil
membentuk dan membuat binaan yang telah siap. Arca yang pelbagai jenis disusun dengan
rapi mengikut jenis di dalam almari ini menjadi tarikan kepada murid untuk melihatnya. Di
ruang tembikar, murid boleh mempelajari membentuk pelbagai jenis benda seperti pasu,
mangkuk, teko, cawan dan sebagainya dengan menggunakan tanah liat. Di ruangan tiga
demensi (3D) pula pelbagai jenis arca, model, boneka, diorama yang dihasilkan oleh murid
dipamerkan untuk memberi penghargaan kepada murid.
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 140315
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
3.4 Kraf Tradisional
‘Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni
yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat
yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.’4 Jenis-jenis kraf tradisional
ialah alat domestik iaitu alat yang digunakan untuk aktiviti seharian seperti senduk, kukur
kelapa dan sebagainya. Alat permainan lazimnya dimainkan selepas musim menuai seperti
wau. Manakala alat mempertahankan diri pula ialah keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam,
lembing dan sumpit. Perhiasan diri seperti manik, rantai, hiasan kepala dan tali pinggang.
Jenis-jenis kraf tradisional yang lain ialah batik, seni tekat, tembikar, anyaman, dan ukiran.
Rajah 13 : Pelbagai jenis kraf tradisional dipamerkan
Di sebelah kiri ruang belakang bilik ini disediakan tempat untuk mempamerkan pelbagai jenis
kraf tradisional. Di ruang tekstil pula, murid boleh mempelajari cara membuat batik di mana
dapur disediakan untuk meleburkan lilin bagi tujuan mencanting. Di ruang tembikar pula,
murid boleh mempelajari seni membuat pelbagai bentuk tembikar dengan adanya kemudahan
mesin membentuk tembikar.
4 Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail. (2011). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Ms. 66.SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 140316
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
4.0 RUMUSAN
Suasana yang kondusif di bilik seni amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seni. Kedudukan bilik ini dijarakkan daripada kebisingan suasana kantin, padang dan pejabat.
Situasi teraputik ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kejauhan daripada kebisingan tadi
dapat mewujudkan ’mood’ atau suasana pembelajaran yang memberangsangkan. Pengurusan
Bilik Seni termasuk menyediakan kelengkapan keperluan asas, langkah-langkah menjaga
kebersihan dan keselamatan, mewujudkan sudut-sudut pameran yang menarik dan terkini serta
penyediaan alat dan bahan yang mencukupi merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi
seseorang guru. Jadi sebagai seorang Ketua Panitia atau guru Pendidikan Seni Visual,
tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya untuk menghidupkan suasana
persekitaran bilik seni yang indah, menarik, bersih dan selamat di bilik seni.
Bilik seni yang ceria, indah dan bersih serta disediakan dengan kemudahan asas atau prasarana
yang lengkap, dapat mewujudkan suasana yang selesa dan menarik minat murid untuk
mempelajari Pendidikan Seni Visual. Ruang-ruang pameran yang berasaskan kepada empat
bidang seni visual sekolah rendah seperti menggambar, membuat rekaan dan corak,
membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional dapat memberi pendedahan kepada
murid bahawa seni bukan hanya melukis semata-mata tetapi lebih daripada itu. Hasil karya
yang dipamerkan memberi dorongan kepada murid untuk menghasilkan karya seni yang lebih
baik. Aktiviti seni yang dilaksanakan di dalam bilik seni juga mampu mengembangkan daya
kreatif serta menajamkan daya pengamatan dan diskriminasi murid serta meningkatkan
perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu, di samping penyerapan nilai-nilai
murni dan kemasyarakatan hendaklah diberi keutamaan dalam pelajaran Pendidikan Seni.5
(3150 patah perkataan)
RUJUKAN DARI BUKU :5 Md. Nasir Ibrahim. (2009). Pengurusan Kurikulum. Dicapai dari laman sesawang : http://pengurusan seni.blogspot.com/SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 140317
NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________
Art Students. (2009). Ciri-ciri Bilik Darjah yang Kondusif. Dicapai dari laman sesawang:
http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/ciri-ciri-iklim-bilik-darjah-yang.html
Dr. Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria. (2009).
HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc.
Sdn. Bhd.
Dr. Mansor Fadzil, Prof. Dr. Abd. Razak Habib, Prof. Dr. Ansar Ahmad. (2007). HBAE 1103
Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Imann Qhayra. (2012). Bilik Pendidikan Seni Visual. Dimuat turun dari laman sesawang:
http://imann9969.blogspot.com/2012_02_01_archive.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual,
KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual, KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mazlan. M. (1997). Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Md. Nasir Ibrahim. (2009). Pengurusan Kurikulum. Dicapai dari laman sesawang :
http://pengurusan seni.blogspot.com/
Mohd. Sawari. (2008). Empat Bidang Pendidikan seni Visual KBSR. Dimuat turun dari laman
sesawang: http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/4-bidang-psv-kbsr.html
Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail. (2011). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Selangor
Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF 140318