ayat pasif.ppt

10
AYAT PASIF

Upload: ariff-aziz

Post on 06-Nov-2015

66 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • AYAT PASIF

  • Golongan Ayat Pasif

    Terbahagi kepada 3

    Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.Ayat pasif dengan kata ganti diri pertama dan kedua.Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

  • Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.

    Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanyamengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-

    SubjekKata kerja pasifOleh + frasa namaKeterangan Ikan itudimakanoleh kucingsemalamBuah itudipetikoleh ayah sebentar tadiBatu itutersepakoleh Aliketika pulangTahi ayam ituterpijak oleh adiksemasa berjalan ke kedai

  • Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di , katasendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepaskata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat.Ayat-ayat di atas, boleh menjadi:

    Ikan itu sudah dimakan kucing semalam.Buah itu dipetik ayah sebentar tadi.Batu itu tersepak Ali ketika pulang

    Namun demikian sekiranya binaan oleh +FN itu terletak jauh daripadakata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Perhatikan contoh berikut:

    Ikan itu sudah dimakan semalam oleh kucing. (betul)Ikan itu sudah dimakan semalam kucing. (salah)

    Buah itu telah dipetik sebentar tadi oleh ayah. (betul)Buah itu telah dipetik sebentar tadi ayah. (salah)

  • Demikian juga untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter- , kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan misalnya:

    Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang.(betul)Batu itu tersepak Ali ketika pulang (salah)

    Tahi ayam terpijak oleh adik semasa berjalan ke kedai.(betul)Tahi ayam terpijak adik semasa berjalan ke kedai. (salah)

    Untuk ayat pasif di atas semua bahagian binaan oleh + FN boleh juga digugurkan. Keadaan ini berlaku apabila unsur subjeknya hendak diberikan tekanan. Contohnya:

    Ikan itu sudah dimakan semalam oleh kucing.Ikan itu sudah dimakan semalam.

    Buah itu telah dipetik sebentar tadi oleh ayah..Buah itu dipetik sebentar tadi.

    Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang.Batu itu tersepak ketika pulang.

  • Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke.an. Dalam ayat berberntuk begini bahagian oleh + FN biasanya tidak diiperlukan. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga. Kata gantinama diri orang pertama dan orang kedua mempunyai bentuk ayat pasif yang berlainan.

    Subjek Predikat Budak itu bermandikan peluh.Mereka keletihan sepanjang hari.Surat ibunyabelum berjawab.Orang ramaiketakutan

  • Ayat pasif dengan kata gantinama diri orang pertama dan keduaUntuk ayat pasif bentuk ini kata gantinama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata gantinama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di- . Kata gantinama diri orang pertama dan kedua yang hadir dihadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas. Kata ganti diri yang berbentuk kata penuh adalah seperti saya, aku, engkau, awak, anda, kami dan kita. Manakala bentuk kata ringkas ialah ku bagi aku, dan kau bagi engkau.Contohnya:

    SubjekFrasa kerja pasif dengan gantinama diri pertama/keduaKeterangan Kerja itusudah saya selesaikansemalamMakanan itubelum aku rasai lagiMakanan itu belumku rasai lagiHutang ituakan engkau jelaskansepenuhnyaHutang ituakan kau jelaskan sepenuhnya

  • Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti yang berikut:

    Saya telan gula-gula itu.

    Yang berasal daripada ayat pasif susunan biasa :

    Gula-gula itu saya telan.

    Kadangkala penutur bahasa Melayu terkeliru dengan menganggap

    Saya telan gula-gula itu. Sebagai ayat aktif iaitu sama seperti ayatSaya menelan gurla-gula itu.

    Kekeliruan ini dapat dielakkan dengan membezakan cara menyebutkan kedua-dua ayat itu kelalui intonasi

  • Ayat pasif dengan kata bantu pasif kenaAyat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena diahdapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan, digugurkan seperti contoh berikut:

    SubjekKenaKata kerja dasarOleh + frasa namaPencuri itukenatangkapoleh polisDia kena tipuoleh pemuda ituMereka kena hasut oleh anasir luar

  • Sekian, terima kasih