bab 4 masakan.doc
TRANSCRIPT
BAB 4: MASAKAN (KH TERAS TINGKATAN 2)
Pengenalan
Kemahiran mengurus makanan boleh membantu dalam merancang, menyedia, memasak, menghias dan menyaji makanan yang seimbang, berkhasiat dan menarik.
Hidangan Sepinggan Lengkap
Hidangan sepinggan lengkap ialah hidangan seimbang yang mempunyai kandungan nutrien yang lengkap. Hidangan sepinggan lengkap boleh disediakan sebagai sajian utama dan snek. Ia mudah disediakan, dimasak dan boleh disaji secara peranggu meja atau secara berpek.
Contoh hidangan sepinggan lengkap
Masakan Cara Timur
Nasi Goreng
Kuetiau Goreng
Masakan Cara Barat
Roti Kebab Burger
BurgerAlatan Dapur
Alatan untuk penyediaan memasak
1.Mangkuk adunan5.Landas cincang9.Garpu
2.Mangkuk cina6.Camca besar10.Tapis
3.Jag penyukat7.Camca sedang11.Pisau roti
4.Pisau8.Camca teh12.Pinggan
Alatan untuk memasak
1.Penunu5.Pengukus8.Senduk kayu
2.Periuk6.Senduk9.Peti tin
3.Kuali7.Sudip10.Loyang
4.Pan penggoreng
Alatan untuk menghidang dan menyediakan peranggu meja
1.Pinggan hidang 7.Teko kopi13.Pisau meja
2.Mangkuk hidang8.Jag susu14.Pisau mentega
3.Rak roti9.Mangkuk gula15.Camca teh
4.Bekas mentega10.Pinggan16.Cawan dan piring
5.Bekas jem11.Camca sedang17.Gelas
6. Teko teh12.Garpu sedang18.Mangkuk telur
Kelengkapan dapur
a.Jenis kain dapurJenis kain dapurKegunaanPenjagaan
Kain pengelap pinggan mangkuk
Biasanya dibuat daripada kain kapas atau kain linen yang menyerap air
Mengeringkan pinggan mangkuk dan kutleri yang bersih.
Mengeringkan sayur-sayuran selepas dicuci
Mengesat pinggan mangkuk sebelum digunakan untuk menghidang makanan
Menutup makanan yang belum dimasak Sidai selepas digunakan jika ia masih bersih.
Cuci setiap hari dalam air panas bersabun selepas digunakan.
Bilas hingga bersih dan jemur di bawah cahaya matahari.
Anginkan dan lipat dengan kemas sebelum disimpan.
Kain pencuci
Ia diperbuat daripada kain kapas lembut yang menyerap air seperti kain net atau kain tuala
Membasuh pinggan mangkuk dan perkakas dapur.
Mengelap meja, dapur dan bod pengetus.
Mengeringkan perkakas yang diperbuat daripada timah, aluminium dan kayu. Cuci dalam air panas bersabun sebaik sahaja selepas digunakan.
Bilas hingga bersih dan jemur di bawah cahaya matahari.
Rebuskan kain
pencuci seminggu sekali untuk memutihkannya dan membunuh kuman.
Jenis kain dapurKegunaanPenjagaan
Kain tuala tangan
Ia diperbuat dari pada kain kapas yang menyerap air seperti kain tuala atau kain linen Mengesat dan mengeringkan tangan yang basah dan bersih. Gantung atau sidai di tempat berangin selepas digunakan jika masih bersih
Cuci setiap kali selepas digunakan dalam air panas bersabun
Bilas bersih dan jemur di bawah cahaya matahari.
Rebus seminggu sekali untuk membunuh kuman.
Kain muslin
Ia diperbuat daripada kain kapas halus yang bertenun longgar.Biasanya berwarna putih.
Menutup makanan yang telah atau belum dimasak.
Menapis cecair seperti sirap, santan, jus buah-buahan dan agar-agar cair. Rendam dalam air panas sebaik sahaja selesai digunakan supaya kesan tanda mudah dibersihkan.
Cuci dalam air panas bersabun setiap kali selepas digunakan.
Bilas hingga bersih dan jemur di bawah cahaya matahari.
Rebus kain muslin bila perlu.
Kain lapik periuk dan sarung tangan ketuhar
Ia diperbuat daripada kain kapas tebal atau daripada beberapa lapis kain kapas yang dijahit .
Mengangkat atau mengalihkan alat yang panas dari atas dapur atau ketuhar.
Memegang atau membuka pintu ketuhar yang panas. Pastikan ia selalu kering dan gantungkan di tempat yang mudah dicapai.
Apabila kotor cuci dalam air sabun panas dan rebus bila perlu.
Bilas dan jemur di bawah cahaya matahari.
CONTOH RESEPI HIDANGAN CARA TIMUR
Nasi Goreng
Peraturan memasak1. Telur dadar digulung dan dihiris halus.2. Panaskan minyak, goreng bawang merah dan angkat.3. Goreng tauhu yang telah dipotong dadu.4. Goreng bawang putih hingga kuning, masukkan udang dan sayur campur dingin beku.
5. Masukkan nasi, kicap cair, kicap pekat, garam dan lada sulah. Kacau rata.
6. Angkat dan hias dengan bawang goreng, daun bawang dan telur dadar.
Kuetiau / Mee Goreng
Peraturan memasak
1. Tumis bahan tumbuk. Goreng hingga wangi. Masukkan batang sawi.
2. Masukkan udang, daging / ayam dan kerang. Goreng hingga masak.
3. Masukkan kuetiau / mee kuning, garam dan kacau rata.
4. Masukkan tauge, daun sawi, kucai dan gaul rata.
5. Masukkan telur dan kicap. Gaul lagi hingga rata.6. Hidangkan semasa panas dan hias dengan cili, daun bawang dan cili jeruk.
Minuman Berkhasiat
Minuman berkhasiat adalah minuman bersusu atau bercoklat. Susu segar atau susu tepung sangat baik untuk kesihatan terutama bagi bayi, kanak-kanak yang sedang membesar dan pesakit. Bancuhan susu tepung
Peraturan memasak1. Masukkan susu tepung ke dalam air.
2. Bancuh susu dan air dengan garpu atau pengenjut hingga susu larut.
3. Tuang ke dalam jag susu.
Minuman koko
Peraturan memasak1. Bancuh koko dengan 100 ml susu.
2. Didihkan susu yang selebihnya. Tuangkan ke dalam bancuhan koko dan kacau.
3. Masukkan bancuhan koko tersebut ke dalam periuk dan jerang semula.
4. Apabila mendidih, perlahankan api dan renihkan di antara 1 2 minit.
5. Tuang bancuhan koko ke dalam jag tembikar yang telah dipanaskan dan hidang bersama gula halus dalam bekas berasingan.
Vanila Milk Shake
Peraturan memasak1. Masukkan semua bahan ke dalam jag dan pukul hingga gula hancur dan susu berbuih.
2. Hidangkan sejuk dalam gelas yang sesuai.Minuman Yang Menyegarkan
Minuman yang menyegarkan adalah minuman yang dapat melegakan atau menyegarkan badan ketika berasa dahaga. Minuman ini hendaklah dihidang sejuk. Jus Belimbing
Peraturan menyedia
1. Cuci belimbing dan potong kecil.
2. Kisar belimbing bersama gula pasir dan air.
3. Tuang jus belimbing ke dalam gelas yang berisi ketulan ais.
4. Hias dengan buah ceri merah dan daun pudina.
Air Tembikai
Peraturan menyedia
1. Sediakan sirap dan sejukkan.
2. Kisar isi tembikai yang telah dibuang biji dengan 1 liter air sejuk .3. Perah air limau dan masukkan sirap ke dalam jus tembikai. Kacau rata.4. Hidang dan hias dengan kiub tembikai, daun pudina, ceri merah dan ketulan ais.
Air Karot Bersusu
Peraturan menyedia1. Basuh, kikis kulit lobak merah dan potong kecil.
2. Kisar lobak merah bersama 1 liter air, gula pasir dan ketulan ais.3. Masukkan susu dan jus lobak merah ke dalam jag. Kacau rata.4. Hidang dalam gelas dan hiaskan dengan daun pudina dan ceri merah.
Roti Kebab Burger
Peraturan memasak
1. Goreng atau bakar daging burger. Angkat dan potong dadu.
2. Sediakan inti. Panaskan kuali, masukkan majerin dan tumis bawang besar hingga layu.3.Masukkan sos cili dan 1 camb mayonis. Kacau rata dan biarkan sekejap.
4.Masukkan sayur campur, daging burger yang telah digoreng dan kacau hingga sebati sebelum diangkat.
5. Belah dua roti memanjang (jangan putus), sapu majerin dan bakar sekejap.
6.Masukkan inti ke dalam roti dan paipkan mayonis di atasnya.Burger
Peraturan memasak
1. Mayang bawang dan sayur kobis.
2. Goreng daging atau ayam burger dan toskan dengan kertas penyerap minyak.
3. Belah roti dan sapu majerin. Panaskan di antara 1 hingga 2 minit.4. Sapu mayonis pada permukaan roti yang telah dibelah. Letakkan sayur-sayuran dan daging burger. Paipkan sos cili di atas daging dan tangkupkan sebelah lagi roti di atasnya.
5. Bungkus burger dengan kertas pembungkus.
Lontong
Peraturan memasak
1. Panaskan minyak tumis bahan kisar dan serai.
2. Masukkan serbuk kunyit, santan , pucuk dan udang. Biarkan merenih.
3. Masukkan lobak merah dan tauhu . Biarkan mendidih.
4. Masukkan kobis, kacang panjang, soo hoon dan santan pekat. Renihkan sekejap dan angkat.
5. Potong nasi impit 2.5 cm persegi.
6. Hidang lontong bersama sambal bilis atau kuah kacang.
Nasi Kerabu
Peraturan memasak
1. Kupas dan hiris bawang merah.
2. Basuh kacang panjang dan hiris nipis.
3. Basuh timun, buang biji dan dimayang halus.
4. Perah limau nipis atau limau kasturi.
5. Masukkan nasi, kerisik, bawang, udang kering, cili tumbuk, kacang panjang, jus limau dan timun ke dalam mangkuk besar. Gaulkan hingga rata.
6. Sesuaikan rasa.
Cara menghidang
Hidang nasi kerabu dalam pinggan bujur. Hias dengan hirisan timun, telur dan cili. Nasi kerabu juga boleh disaji berasingan dengan semua ramuan dan sayur - sayuran.
Bubur Nasi
Peraturan memasak
1. Basuh dan rebus beras bersama halia.
2. Potong dadu lobak merah dan kacang panjang.
3. Basuh dan toskan ikan bilis.
4. Goreng ikan bilis hingga garing.
5. Masukkan lobak merah dan kacang panjang ke dalam bubur pekat. Kacau dan tambahkan air sekiranya bubur terlalu pekat. Masukkan serbuk lada sulah dan garam.
Cara Menghidang
Hidangkan bubur nasi ke dalam mangkuk cina.
Taburkan bawang goreng, ikan bilis, daun saderi
dan daun bawang .
Makaroni Bakar
Peraturan memasak1. Rebus makaroni dalam air mendidih yang bercampur dengan sedikit minyak. Toskan.
2. Panaskan ketuhar kepada 150 C.
3. Gris mangkuk pai atau kaserol.
4. Siatkan daging yang telah direbus.
5. Mayang daun bawang dan daun sup.
6. Panaskan sedikit majerin dan saute bawang besar.
7. Masukkan makaroni yang telah direbus ke dalam mangkuk adunan, campurkan majerin dan bawang yang telah di saute.8. Masukkan daging yang telah disiat, lebihan majerin, sayur campur, stok
daging, separuh daripada keju parut, daun sup, daun bawang dan telur. 9. Masukkan campuran makaroni ke dalam mangkuk pai atau kaserol dan taburkan lebihan keju. Bakar 30 - 40 minit atau hingga masak.
Jus Oren
Peraturan memasak1. Larutkan gula dalam air mendidih dan sejukkan.
2. Belah dua oren. Ketepikan dua hirisan untuk hiasan. Perah untuk dapatkan jus limau.3. Masukkan jus oren, sirap sejuk dan air ke dalam jag. 4. Sejukkan di dalam peti sejuk.5. Hias dan hidang jus oren dengan hirisan oren, ceri dan daun pudina.PENGIRAAN KOS
Makaroni Bakar dan Jus oren
Kos bahan
Bil.BahanKuantitiRM
Kos SeunitJumlah kos RM
1.Makaroni siku 60 gm 5.00/ kg0.30
2.Daging100 gm14.00/ kg1.40
3.Telur 2 biji 0.30 /kg0.60
4.Bawang besar 30 gm 1.20/ kg0.04
5.Majerin 30 gm 4.00/ kg0.12
6.Keju 50 gm 40.00/ kg2.00
7.Tomato kecil 1 biji 3.00 / kg0.30
8. Sayur campur 100 gm12.00 / kg1.20
9.Buah oren 2 biji 0.50/ biji1.00
10.Ceri merah 2 biji 0.15 / biji0.30
11.Gula pasir30 gm 1.50 / kg0.05
12.Daun pudina1 pucuk 0.50 / ikat0.02
Jumlah7.33
Kos upah1 orang x 1 jam x RM 2.00 = RM 2.00
Kos overhedBahan api (gas) RM 0.50
Air 0.15
Elektrik 0.10
Jumlah RM 0.75
Kos projek
Kos bahan + kos upah + kos overhed
RM 7.33 + RM 2.00 + RM 0.75
Jumlah = RM 10.08
c. Etika makan
Pengenalan
Semua perbuatan yang dilakukan mestilah dengan sopan- santun. Begitu juga kita harus beradab semasa makan, sama ada bersama keluarga atau di khalayak ramai.
Etika makan adalah adab dan sopan semasa makan.
Adab dan sopan semasa makan
Adab semasa di meja makan
1. Duduk dengan postur yang betul semasa di meja makan. 2. Rapatkan kaki.
3. Letakkan napkin di atas riba.
4. Tunggu sehingga semua orang berada di meja sebelum mula makan.
5. Bongkokkan badan sedikit semasa menyuap makanan.
6. Gunakan sudu-garpu atau pisau-garpu dengan betul dan senyap.
15.Kumpulkan sisa makanan di tepi pinggan atau piring layan.
16. Rapatkan kutleri setelah selesai makan.
17. Kacau kopi dengan senyap dan letakkan
camca di piring. 18. Beredar bersama dari meja setelah selesai makan. Minta izin sekiranya perlu
meninggalkan meja makan lebih awal.
Adab semasa makan bersimpuh atau bersila
Duduk bersimpuh atau bersila ketika makan sudah menjadi kebiasaan beberapa bangsa di negara kita. Wanita bersimpuh sementara lelaki bersila ketika makan.
Berikut adalah adab yang perlu diikuti semasa duduk bersimpuh atau bersila.
1. Duduk dalam keadaan yang selesa.
2. Basuh tangan sebelum makan.
3. Gaul nasi dan lauk dengan cermat menggunakan
hujung jari. Jangan mengetuk hujung jari ke pinggan.
b
a
c
Gubahan bunga
Kad menu
Alas meja
Bahan
200 gm nasi (gebu dan berderai)
4 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 camb udang kering (direndam dan ditumbuk)
150 gm udang segar
50 gm sayur campuran dingin beku
1 keping tauhu (di potong dadu)
2 camb minyak masak
1 camb kicap cair
1 camt kicap pekat
Garam dan lada sulah
Hiasan
1 biji telur (dadar)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
1 biji cili merah (dimayang)
Bahan
200 gm kuetiau / mee kuning (basuh dan toskan)
150 gm tauge (dibuang ekor)
2 camt kicap pekat (untuk perap udang)
75 gm udang hidup (buang kulit dan perap dengan kicap pekat)
50 gm daging / isi ayam (hiris nipis)
50 gm isi kerang
1 biji telur (pukul sedikit)
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah tumbuk halus
2 ulas bawang putih
1 pokok sawi
4 pokok kucai
Garam dan serbuk perasa
Hiasan
1 biji cili merah
2 helai daun bawang
2 camb cili jeruk
potong 2 cm panjang
dimayang
Bahan
2 camb penuh susu tepung
500 ml air masak yang telah disejukkan
Bahan
4 camt penuh koko
1 liter susu (100 ml untuk membancuh koko)
1 mangkuk gula halus
Bahan
300 ml susu UHT
1 camb gula pasir
camt esen vanilla
CONTOH RESEPI HIDANGAN CARA BARAT
Bahan
4 buku roti (hot dog)
2 keping daging burger (digoreng / dibakar)
100 gm sayur campur
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 camb sos cili
2 camb majerin
3 camb mayonis
Bahan
4 buku roti burger (belah dua)
4 keping daging atau ayam burger
50 gm kobis (mayang)
1 biji bawang besar (mayang bulat)
2 camb majerin
2 camb cili sos
2 camb mayonis
4 keping kertas pembungkus burger
CONTOH RESEPI
HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP MENGIKUT BUDAYA SETEMPAT
Bahan
1 paket nasi impit segera (direbus)
1 keping tauhu
1 keping tempe
1 keping pucuk
1 paket kecil soo hoon
1 batang serai (dititik)
2 helai daun kobis (dipotong)
batang lobak merah (dipotong dadu)
2 batang kacang panjang (dipotong 2 cm panjang)
4 ulas bawang merah (dikisar)
2 biji cili merah (dihiris)
400 ml santan
camt garam
camt serbuk kunyit
1 camb. udang kering (rendam dan tumbuk)
3 camb. minyak
dipotong dadu
rendam dan potong
Bahan
4 cawan nasi
2 camb kerisik (kelapa yang digoreng dan di tumbuk)
4 batang kacang panjang
2 biji cili merah (ditumbuk)
biji timun
1 biji limau nipis atau 4 biji limau kasturi
3 ulas bawang merah
1 camb udang kering (ditumbuk)
Serbuk lada sulah dan garam
Hiasan
biji timun
biji cili merah
1 biji telur rebus
Bahan
cawan beras
1 liter air
batang lobak merah
2 camb minyak masak
2 camb ikan bilis
cm halia
2 batang kacang panjang
camt serbuk lada sulah
camt garam
Hiasan
2 batang daun saderi
2 helai daun bawang
2 camb bawang goreng
dimayang
Perhatian
Ikan bilis boleh digantikan dengan udang hidup, ikan, telur atau daging. Kacang panjang boleh digantikan dengan kacang pis atau sayur-sayuran lain. Bubur ini boleh dimakan dengan telur masin, lobak asin, minyak bijan dan kicap.
Bahan
60 gm makaroni siku
100 gm daging rebus
250 ml stok daging
100 gm sayur campur
30 gm majerin
30 gm bawang besar
2 biji telur ayam
2 helai daun sup
2 helai daun bawang
50 gm keju parut
camt garam
camt serbuk lada sulah
Hiasan
2 hiris tomato
Bahan
500 ml air
2 biji oren
30 gm gula pasir
250 ml air mendidih
Hiasan
2 biji ceri
2 hirisan oren
2 batang straw
1 pucuk daun pudina
Hasil Pembelajaran
Menerangkan pengertian etika makan
Mengenal pasti adab dan sopan semasa makan
Mengamalkan etika makan yang sopan
Tahukah anda maksud etika makan?
Semasa makan bersopan santun
Halusnya budaya turun temurun.
EMBED MSPhotoEd.3
EMBED MSPhotoEd.3
Cara menggunakan sudu -garpu
dengan betul
Cara menggunakan pisau-garpu
dengan betul
7. Ambil sajian dengan cermat.
8. Suap makanan sedikit demi sedikit ke dalam mulut.
9.Kunyah makanan dengan perlahan dan senyap tanpa membuka mulut.
10. Minum dengan perlahan
tanpa berbunyi.
11. Berbual perkara yang baik
sahaja semasa makan.
EMBED MSPhotoEd.3
EMBED MSPhotoEd.3
12. Biarkan makanan sejuk dahulu sebelum dimakan dan jangan tiup makanan di hadapan orang.
13.Ambil makanan secukupnya sahaja supaya orang lain juga boleh merasainya.
.
14. Minta orang yang berhampiran menghulurkan makanan jika makanan itu jauh daripada kita
Jangan bercakap semasa mulut penuh.
Jangan sendawa di meja makan.
Jangan mencungkil gigi di hadapan orang.
Jangan meletakkan siku di atas meja.
Bahan
1 biji buah belimbing
30 gm gula pasir
250 ml air
4 ketul ais kiub
1 tangkai daun pudina
1 biji ceri merah
EMBED MSPhotoEd.3
Bahan
biji buah tembikai yang sederhana besar
100 gm gula pasir
250 ml air panas mendidih
1 biji limau nipis
1 liter air sejuk
Hiasan
1 tangkai daun pudina
100 gm isi tembikai (dipotong kiub)
2 biji ceri merah
Ketulan ais
EMBED MSPhotoEd.3
Bahan
30 gm lobak merah
1 liter air masak sejuk
100 gm gula pasir
100 ml susu segar
150 gm ketulan ais
Hiasan
1 tangkai daun pudina
4 biji ceri merah
4 batang straw
EMBED MSPhotoEd.3
_1121253338.bin
_1121253917.bin
_1121253789.bin
_1121251598.bin
_1121252964.bin
_1121251721.bin
_1121251412.bin