bab 5 5.3 landskap - ugisp.com awal rtdl lipis/bab 5_5.3 landskap.pdf · dan perabot jalan yang...
TRANSCRIPT
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
5 - 56
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI
5.3 LANDSKAP
Perancangan kawasan landskap merupakan
keperluan yang penting di dalam setiap
perancangan sesebuah kawasan bagi
mengimbangi keperluan pembangunan fizikal dan
pembangunan rohani. Perancangan landskap
adalah satu aktiviti yang memfokuskan kepada
integrasi yang memberi faedah dan manfaat di
antara keperluan manusia dan alam sekitar untuk
mewujudkan suasana yang seimbang di antara
kedua duanya. Pembangunan kawasan landskap
yang dicadangkan kelak akan dapat membantu
pihak berkuasa tempatan dalam merangka hala
tuju perancangan mereka.
Di antara objektif dan tujuan utama kajian kawasan
landskap dijalankan adalah:-
• Mengkaji serta menganalisis kawasan
landskap sedia ada dengan menyediakan
unjuran dan potensi pembangunan.
• Mengenalpasti jenis, ciri dan status
sumberjaya landskap sedia ada di kawasan
kajian berasaskan kajian penanda aras.
• Membuat kajian penilaian landskap
(landscape assesment) untuk mengenalpasti
potensi dan keperluan pembangunan
landskap di kawasan kajian.
• Menjalankan kajian gunatanah semasa bagi
mengenalpasti zon gunatanah dan zon
landskap yang mempunyai potensi serta
menjadi fokus pembangunan.
• Mengenalpasti ‘Landscape Character’
sumberjaya landskap di kawasan kajian.
• Membentuk satu konsep dan imej landskap
yang dapat membentuk identiti yang
tersendiri dan bersesuaian dengan fungsi
kawasan RTD Lipis.
• Memberi panduan kepada pihak berkuasa
tempatan dalam merangka program
pembangunan landskap yang komprehensif
dan terancang.
5.3.1 Analisis Kualiti Landskap Mengikut Gunatanah Utama
Kemudahan landskap dikategorikan kepada 2 elemen iaitu landskap lembut dan landskap kejur.
Landskap lembut adalah unsur-unsur yang bercirikan alam semulajadi mengikut hierarki dan karektor
tanaman seperti pokok teduhan, pokok palma, tumbuhan renek dan tumbuhan penutup bumi. Landskap
kejur pula merupakan unsur buatan manusia seperti tempat duduk, laluan pejalan kaki, wakaf/gazebo,
bollard, tong sampah dan lain-lain perabot landskap .
Bagi kajian sektor landskap analisis akan memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut seperti:
i. Landskap Pintu Masuk
ii. Landskap Pinggiran Jalan
iii. Landskap Perkampungan Tradisi
iv. Landskap kawasan Perniagaan dan Perkhidmatan
v. Landskap kawasan Industri
vi. Landskap kawasan institusi
5.3.1.1 Analisa Semasa Landskap Pintu Masuk
Landskap di pintu masuk di kawasan RTD Lipis ini masih ditahap yang minima. Elemen landskap di pintu
masuk hendaklah menyeluruh dengan mewujudkan ‘sense of welcoming’ dan nilai estetik di kawasan
pintu masuk serta dapat mewujudkan sebuah imej mercutanda ke kawasan kajian. Analisa landskap bagi
pintu masuk ke kawasan RTD Lipis adalah seperti berikut:
i. Sempadan Negeri yang melibatkan sempadan Negeri Perak dan Negeri Kelantan (Pintu Masuk
Merapoh).
ii. Sempadan Daerah yang melibatkan pintu masuk daerah yang melibatkan sempadan daerah dengan
Jerantut (Pintu Masuk Mela) dan Raub (Pintu Masuk Benta).
iii. Sempadan Bandar di mana kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti Bandar Baru Lipis (Jalan
Utama Kechau) dari arah Felda Kechau dan Simpang Tempoyang (dari arah Benta).
Foto 5.3.1 :Keadaan semasa sempadan Daerah Lipis yang tiada identiti pintu masuk.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
5 - 57
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI
Jadual 5.3.1: Analisis Landskap di Pintu Masuk Daerah
Sumber: Kajian RTD Lipis, 2010
Jadual 5.3.2: Analisis Landskap di Pintu Masuk Bandar
Sumber: Kajian RTD Lipis, 2010
5.3.1.2 Analisa Semasa Landskap Pinggiran Jalan
Pembangunan landskap di seluruh pinggiran jalan telah dijalankan pada masa kini namun ianya tidak
menyeluruh dan masih belum memenuhi tahap atau piawaian landskap yang berkualiti. Elemen landskap
di kawasan pinggiran jalan hendaklah menyeluruh di mana ianya tidak hanya tertumpu kepada landskap
lembut semata mata, malah ianya perlu diseimbangkan dengan penerapan elemen landskap kejur bagi
mewujudkan keseimbangan dan unity dalam persekitaran.
Berdasarkan kajian di kawasan RTD Lipis, kebanyakan jalan raya utama tidak dapat mewujudkan ‘sense of
welcoming‘ apabila tiba atau masuk ke kebanyakan pusat bandar dan kawasan petempatan. Ini kerana
kawasan ini tidak dapat menonjolkan imej landskapnya yang jelas melalui penanaman pokok utama di
sepanjang jalan masuk ke kawasannya. Walaupun bagi sesetengah kawasan terdapat beberapa pokok
utama yang ditanam tetapi tidak menyeluruh dan berkesinambungan kerana penanaman hanya dibuat
di sebahagian kecil jalan sahaja.
Landskap pinggiran jalan di kawasan RTD Lipis secara keseluruhan kurang menunjukkan hierarki jalan
kecuali pada sesetengah kawasan sahaja. Ini kerana, landskap di bahu jalan bagi sesetengah kawasan
tidak jelas dan hanya dapat dibezakan hierarkinya melalui lorong jalan. Tiada sebarang ciri-ciri landskap
tertentu di bahu jalan dan untuk kegunaan pejalan kaki.
Pintu
Masuk
Keadaan
Semasa dan
Analisis
Landskap
Isu dan
Masalah
Potensi dan
cadangan
Pintu
Masuk dari
sempadan
Daerah
Jerantut
• Papan tanda
berada
dalam
keadaan
usang
• Terdapat
papan tanda
JKR
• Kurang susun
atur
landskap
yang
menarik
• Perlu ada
identiti
landskap
bagi
memberi
kesan ’sense
of
welcoming’
• Membangun
kan
landskap
pintu masuk
agar
mampu
menonjolkan
lagi identiti
dan
kawasan
Daerah Lipis
Pintu
Masuk dari
sempadan
Daerah
Raub dan
Cameron
Highland
• Papan tanda
berada
dalam
keadaan
usang
• Terdapat
papan tanda
JKR
• Tiada papan
tanda dari
arah
Cameron
Highlands
• Kurang susun
atur
landskap
yang
menarik
• Perlu ada
identiti
landskap
bagi
memberi
kesan ’sense
of
welcoming’
• Membangun
kan
landskap
pintu masuk
agar
mampu
menonjolkan
lagi identiti
dan
kawasan
Daerah Lipis
Pintu Masuk Keadaan Semasa dan Analisis
Landskap
Isu dan Masalah Potensi dan cadangan
Bandar Baru Lipis
(Jalan Utama Kechau
dari arah Felda
Kechau)
• Tiada elemen pintu masuk
• Kurang susun atur
tambahan
landskap yang
menarik
• Membangunkan
landskap persekitaran
agar mampu
menonjolkan lagi
identiti dan kawasan
Bandar Lipis bermula
dari pintu masuk
utama ke bandar
Simpang Tempoyang
(Dari arah Kuala
Lumpur ke Kuala Lipis)
• Papan tanda pintu masuk yang tidak
jelas
• Kurang susun atur
tambahan
landskap yang
menarik
• Membangunkan
landskap persekitaran
agar mampu
menonjolkan lagi
identiti dan kawasan
bermula dari pintu
masuk utama ke
bandar
• Sistem pencahayaan
digunakan untuk
menonjolkan keunikan
pintu gerbang
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
5 - 58
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI
Namun begitu, karektor landskap di jalan-jalan
utama, terutamanya di Bandar Lipis dapat
dikenalpasti melalui hiasan lampu jalan, jenis pokok
dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL.
Walau bagaimanapun, menyediakan ruang
landskap di sepanjang jalan adalah perlu
terutamanya kawasan bandar seperti Bandar Kuala
Lipis, Benta dan Padang Tengku memandangkan
kurangnya penyediaan lingkaran hijau di pinggir
jalan.
Sementara itu keadaan semasa landskap pinggir
jalan negeri adalah berada pada penilaian antara
kurang memuaskan sehingga memuaskan. Ini
kerana sesetengah kawasan terutamanya ke arah
Kampung Kuala Medang, Kampung Budu, Kampung
Binjai yang jalan- jalannya dipenuhi oleh najis lembu
dengan haiwan ternakan tersebut sering berkeliaran
mengganggu laluan pengguna. Walau
bagaimanapun kebanyakan jalan-jalan kampung
berada dalam keadaan yang elok dan mempunyai
karektor pemandangan landskap sama ada
semulajadi mahupun kawasan pertanian. Walaupun
tiada tanaman pokok secara formal atau konsisten
di pinggiran jalan namun kepelbagaian ini
mewujudkan keunikan dan pemandangan landskap
budaya yang menarik. Terdapat kawasan di jalan
negeri ditanam dengan pohon-pohon hiasan secara
konsisten terutama di hadapan bangunan institusi.
Foto : 5.3.2 : Keadaan jalan utama di Pusat Bandar Lipis (Bandar Lama) yang panas terutamanya pada waktu
tengahari disebabkan oleh kurangnya pokok teduhan di pinggiran jalan
Foto : 5.3.3 : Usaha ke arah pengindahan Bandar Baru Lipis telah dijalankan namun keadaan pokok yang masih
baru ditanam dan tidak matang tidak memberikan kesan teduhan yang baik kepada pengguna jalan
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
5 - 59
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI
Jadual 5.3.3: Analisis Landskap Pinggiran Jalan
Sumber: Kajian RTD Lipis, 2010
Nama
Jalan
Analisis Keadaan Semasa Landskap
Spesies Pokok Sedia Ada
Isu Dan Masalah
Potensi Dan Cadangan
Nama
Tempatan Nama Botani
Jalan
Bandar
Lipis
� Kebanyakan pohon yang tumbuh
adalah ditanam oleh penduduk
berdekatan atau spesies tempatan
yang tumbuh liar
� Terdapat visual menarik menghadap
bukit dari arah Bandar Baru Lipis
Ketapang
Semambu
Kelapa
Palma
raja
Mangga
Akasia
Catappa spp
Melia indica
Cocos nucifera
Roystonia regia
Mangifera
indica
Acasia
mangium
� Tidak dapat membezakan
kawasan kerana tiada identiti
� Keadaan jalan yang sangat
panas terutama pada waktu
tengahari kerana tiada pokok
teduhan
� Jalan ini merupakan laluan masuk utama ke bandar Kuala Lipis
� Membangunkan landskap untuk menunjukkan identiti kawasan
Jalan
Benta
� Sepanjang bahu jalan,tidak
dilandskap dengan pokok teduhan
� Hanya di pusat bandar di sepanjang
bahu kiri dan kanan jalan ditanam
dengan palma
� Pokok tumbuh secara rawak dan
kebanyakan tidak matang
� Di tengah pembahagi jalan terdapat
landskap dengan Dataran Kuala Lipis
terletak di tepi jalan
Palma
raja
Hujan-
hujan
Angsana
Kelat
paya
Kelapa
pandan
Roystonia regia
Samanea
saman
Pterocarpus
indica
Eugenia spp
Cocos nucifera
“dwarf”
� Keadaan jalan yang sangat
panas terutama pada waktu
tengahari kerana tiada pokok
teduhan
� Landskap di tengah jalan
seringkali rosak kerana dipijak
oleh pelintas jalan
� Menanam lebih banyak pokok teduhan untuk keceriaan bandar
� Bandar mempunyai visual kualiti yang baik seperti vista amat sesuai
ditonjolkan melalui penataan landskap
Jalan
Padang
Tengku
� Di sesetengah kawasan ditanam
dengan spesies pokok yang sama di
bahu jalan
� Kebanyakan pokok yang tumbuh
meliar di bahu jalan adalah dari
spesies hutan
� Terdapat banyak kampung di
sepanjang jalan (landskap desa),
terdapat juga pokok yang ditanam di
sepanjang jalan
� Visual pengguna jalan yang agak
terbatas disebabkan sepanjang jalan
masih dikelilingi oleh kawasan hijau
dan belukar
Ketapang
Pisang
Kelapa
Mangga
Betik
Golden
Penda
Catappa spp
Musa sapiens
Cocos nucifera
Mangifera
indica
Carica papaya
Xanthostemon
chrysanthus
� Keadaan jalan agak suram
tanpa pencahayaan lampu
� Banyak najis-najis binatang
ternakan di jalan
� Tiada identiti landskap dan
juga kurang papan tanda
penunjuk arah
� Sepanjang bahu dan atas jalan dipelihara kebersihannya
� Kepelbagaian rupabentuk dan suasana desa sesuai sebagai “scenic
routes”
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
5 - 60
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI
5.3.1.3 Analisa Semasa Landskap Perkampungan
a. Perkampungan Tradisi
Penilaian keadaan landskap dan rekreasi semasa di
kawasan perkampungan tradisi di kawasan RTD Lipis
adalah sederhana sehingga memuaskan. Isu utama
ialah kurang penyelarasan tanaman landskap bagi
mewujudkan identiti landskap seperti landskap dan
pokok hiasan yang seragam di pinggir jalan
kampung, lorong dan bangunan awam seperti
dewan dan masjid. Ciri-ciri landskap persekitaran
turut dipengaruhi oleh sosio-budaya masyarakat
seperti landskap pertanian, tumbuhan nadir serta
edible landscape.
Pada dasarnya keadaan elemen landskap lembut
sedia ada di kawasan perkampungan tradisi tidak
mempunyai rancangan susun atur landskap yang
khusus. Penilaian ke atas kebanyakan
perkampungan tradisi mempunyai elemen landskap
lembut yang tidak terancang dan tidak mempunyai
sistem penyelenggaraan yang baik. Ini adalah
kerana elemen landskap lembut yang ada adalah
sama ada ditanam oleh penduduk untuk tujuan sara
diri ataupun yang tumbuh meliar di kawasan
berkenaan.
Analisa mendapati landskap halaman rumah
tradisional di kawasan RTD ini banyak ditanam
dengan pokok-pokok herba dan buah-buahan.
Terdapat gelanggang pelbagai guna atau padang
bagi kemudahan rekreasi sukan penduduk kampung
untuk bermain bola sepak, sepak raga, belajar silat
atau mengadakan aktiviti ceramah agama.
Namun begitu terdapat kampung yang berpotensi
untuk dibangunkan bagi tujuan penambahan
kawasan tarikan pelancongan di Lipis disebabkan
oleh kesan sejarah dan juga kecantikkan kampung
tersebut. Analisa ringkas bagi landskap di kawasan
kampung tradisi terpilih kawasan RTD Lipis adalah
seperti berikut:-
i. Kampung Kuala Medang
Kampung Kuala Medang terletak kira-kira 49 km dari Bandar Lipis dan 56 km dari Bandar Raub. Ia
dihubungi oleh jaringan jalan raya melalui kedua-dua bandar tersebut. Kampung ini juga turut
bersempadan dengan Felda Sungai Koyan dan Kampung Kuala Serau. Kuala Medang merupakan sebuah
kampung tradisional yang terletak di kawasan pedalaman, jauh dari pusat bandar di mana
perjalanannya akan melalui sungai, jeram-jeram dan kehijauan pokok bakau dan majoriti penduduk
kampung bekerja sebagai petani.
Homestay Kuala Medang menawarkan tempat penginapan yang unik untuk para pelancong yang
mengimpikan pengalaman yang berbeza. Penginapan yang disediakan di sini adalah sangat selesa,
murah dan lengkap dengan pakej menarik. Antara aktiviti yang ditawarkan seperti persembahan dan
aktiviti kebudayaan masyarakat melayu dan orang asli, permainan tradisional, masakan tradisional dan
kenduri. Selain aktiviti menganyam tikar, mengemping padi, membuat nira kelapa, permainan gasing,
mengerau dan memancing ikan, menoreh getah, tarian pelanduk dan tarian sewang iaitu tarian
tradisional Orang Asli. Selain itu juga aktiviti berakit dan berkayak di Jeram Changkah Pasir dan Air Terjun
Jeram Tema, demonstrasi membuat kraftangan, pengalaman hidup sebagai penoreh getah, penuai
kelapa sawit dan relai padi, melawat kampung tradisi, meneroka gua, mempelajari permainan tradisional
seperti gasing dan sebagainya. Homestay Kuala Medang menawarkan pakej yang menarik dan lengkap
untuk mempelajari budaya Melayu dan Orang Asli.
Keadaan landskap semasa kampung serta kemudahan landskap adalah memuaskan dan berpotensi
dibangunkan lagi bagi tujuan pengekalan dan menaiktaraf keindahan landskap budaya yang secara
tidak lansung dapat memberikan manfaat kepada sektor ekonomi dan pelancongan di kampung
tersebut. Landskap di kampung ini adalah landskap kampung yang lebih semulajadi selain pokok buah-
buahan yang menghijau dan juga elemen landskap kejur seperti jeti, papan tanda yang perlu dinaiktaraf,
wakaf dan sebagainya. Malahan faktor alam semulajadi inilah yang telah menyumbang kepada nama
Kuala Medang yang mana Pokok Medang telah tumbang merentasi sungai lalu menamakan Sungai
Medang. Pokok ini dijadikan titi oleh penduduk kampung dan akhirnya kampung ini dinamakan dengan
nama Kampung Kuala Medang.
Foto : 5.3.4 : Keadaan semasa sedia ada di Kampung Kuala Medang yang terkenal dengan perkampungan
Homestay
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
5 - 61
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI
ii. Kampung Budu
Kampung Budu terletak di kawasan BP 3 Mukim Budu
di Benta dan mempunyai keunikan landskap yang
tersendiri seperti rumah tradisional yang menarik
serta landskap yang diusahakan oleh penduduk
kampung sendiri. Kawasan perkampungan yang
menarik perlu dikekalkan sebagai aset warisan
budaya yang terdapat di Daerah Lipis serta
berpotensi sebagai kawasan pelancongan
homestay selain terkenal dengan aktiviti pembuatan
dodol dan gula kabung. Kampung ini juga
mempunyai tempat sejarah iaitu Kubu Mat Kliau
yang perlu dipelihara dan mempertingkatkan lagi
kemudahan landskap di kawasan sekitarnya.
Selain Kampung Kuala Medang dan Kampung Budu, terdapat juga beberapa perkampungan tradisi yang
mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Kampung tradisi seperti Kampung Binjai dan
Kampung Kechau / Kampung Melaka dijadikan sebagai agro-tourism kerana banyak gerai-gerai kecil
menjual hasil pertanian seperti jagung, keladi, keledek dan sebagainya. Kampung Pantos, Kampung Kuala
Koyan, Kampung Betau dan kampung Kuala Medang telah terlibat dengan Projek Inap Desa (Homestay)
dan secara tidak lansung telah mewujudkan sebuah konsep agro-tourism Daerah Lipis.
b. Perkampungan Orang Asli
Bagi penempatan orang asli di Pos Lanai dan Pos Titum, Kampung Harong dan Kampung Nyentil, landskap
penempatannya dikelilingi dengan landskap hutan semulajadi dan terdapat juga landskap sara diri seperti
pokok-pokok pisang yang di tanam di hadapan rumah-rumah mereka. Keadaan semasa landskap di jalan
utama ke penempatan orang asli iaitu di Pos Lanai lebih menampilkan karektor landskap semulajadi. Di kiri
kanan jalan dipenuhi dengan belukar dan hutan semulajadi. Walaupun pengekalan dan pemeliharaan
landskap semulajadi ini dilihat penting namun di dalam usaha untuk menjadikan kawasan penempatan
orang asli ini sebagai salah satu tarikan Pelancongan Warisan Budaya dan ianya perlu dilaksanakan
dengan sebuah perancangan landskap yang lebih teratur serta menarik.
5.3.1.4 Landskap kawasan Perniagaan dan Perkhidmatan
Kebanyakan urusan perniagaan atau komersial adalah dijalankan di kawasan pusat bandar. Oleh itu
landskap di kawasan perniagaan atau kawasan komersial ini adalah tertumpu di kawasan pusat bandar
dan pekan seperti Bandar Kuala Lipis, Pekan Benta, Kerambit, Merapoh dan Padang Tengku.
Secara keseluruhannya, penilaian landskap bagi kawasan-kawasan perniagaan adalah sederhana
hingga kurang memuaskan kerana aspek penanaman dan penyediaan landskap tidak dititikberatkan. Isu
dan masalah utama ialah landskap di kawasan komersial merupakan sebahagian dari landskap bandar
serta menjadi tempat persinggahan pengunjung luar. Kawasan hadapan kedai misalnya adalah terhad
untuk landskap lembut. Namun begitu, terdapat usaha pengindahan kawasan perniagaan di setiap
pusat bandar/pekan. Hiasan pokok renek, palma, kotak bunga dan lampu adalah contoh elemen
landskap yang disediakan dalam landskap kawasan perniagaan.
Foto : 5.3.5 : Keadaan semasa sedia
ada di Kampung Budu yang terkenal
dengan pembuatan dodol gula
kabung
Foto : 5.3.6 : Keadaan dan karektor landskap kawasan penempatan Orang Asli di Pos Lanai dan Pos Titum
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
5 - 62
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI
5.3.1.5 Landskap kawasan Industri
Perancangan landskap di kawasan industri adalah
penting bagi menyediakan dan mewujudkan satu
kawasan industri yang mesra alam dan tidak
memberi kesan kepada masyarakat setempat. Bagi
kawasan RTD Lipis, kebanyakan kawasan industri
adalah terletak di kawasan industri Tempoyang dan
industri Kechau Tui. Kawasan industri Tempoyang
melibatkan industri perkhidmatan seperti bengkel-
bengkel kereta dan perusahaan ringan telah
dirancang dan keadaan persekitaran landskapnya
adalah kurang memuaskan. Manakala kawasan
industri Kechau Tui yang berasaskan perusahaan
perkayuan mempunyai perancangan landskap
yang lebih baik.
Landskap utama di kawasan industri adalah meliputi
landskap pintu masuk ke kawasan industri, pinggiran
jalan dan zon penampan. Namun begitu, keadaan
semasa landskap kawasan industri di kawasan RTD
Lipis khususnya di kawasan Tempoyang dan Kechau
Tui dinilai sebagai kurang memuaskan pada
keadaan masa disebabkan tiada landskap yang
bersesuaian di samping zon penampan. Ini
ditambah oleh keadaan jalan yang tidak
memuaskan di kawasan tersebut menyebabkan
kawasan perindustrian tersebut agak terbuka tanpa kawasan hijau yang jelas.
Penaiktarafan landskap dari masa ke semasa adalah penting dalam mengekalkan fungsi, menambah
keindahan dan kekemasan di kawasan perindustrian tersebut. Selain itu, cadangan pengindahan
landskap di kawasan ini juga akan membantu mengurangkan pencemaran kawasan sekitar seperti
masalah pencemaran bunyi dan habuk kayu.
5.3.1.6 Landskap kawasan Institusi
Secara keseluruhannya, landskap di kawasan institusi di dalam kawasan RTD Lipis adalah pada tahap
yang memuaskan. Kebanyakan kawasan institusi terletak di pinggir jalan atau di kawasan bandar seperti
hospital, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah dan lain-lain lagi. Secara amnya, landskap di kawasan institusi
adalah bersih dan kemas disebabkan pengurusan dan penyelenggaraan yang baik bagi mewujudkan
persekitaran formal kawasan. Contoh institusi yang mempunyai landskap menarik di Pusat Bandar Lipis
ialah Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis dan Sekolah Menengah Clifford di Bandar Kuala Lipis. Terdapat
institusi yang berpotensi bagi pemuliharaan landskap atau dinaiktraf bagi meningkatkan imej kawasan
sedia ada terutamanya di dalam senibina bangunan bersejarah. Secara keseluruhannya kawasan
landskap di institusi terutama sekolah dan masjid lama di pinggir jalan adalah menarik dan sering manjadi
titik tumpu dan identiti kawasan. Kebanyakan bangunan- bangunan lama seperti pejabat pos, balai polis
dan sekolah telah dikekalkan fungsi bangunannya. Bangunan-bangunan lama ini mempunyai sejarahnya
yang tersendiri dan usaha ke arah pengindahan kawasan-kawasan di bangunan lama ini jelas dapat
dilihat.
Kebanyakan kawasan institusi telah menyediakan elemen landskap lembut tersendiri, namun kesannya
tidak begitu menonjol. Landskap kawasan institusi yang baik haruslah menunjukkan fungsi atau kegunaan
bangunan tersebut. Pemilihan pokok utama bagi kawasan institusi perlu sesuai bukan sahaja bagi tujuan
keindahan malah juga bagi tujuan keseimbangan skala bangunan dengan persekitarannya. Melalui kajian
Foto 5.3.7 : Pengindahan landskap di kawasan
komersial masih ditahap yang sederhana.
Foto 5.3.8 : Kebanyakan kawasan industri tidak terancang dari segi perancangan landskap
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
5 - 63
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI
yang dijalankan di kawasan kajian, pengamatan
dibuat keatas bangunan institusi seperti pejabat
kerajaan, sekolah, masjid dan hospital.
5.3.2 Kajian Habitat Daerah Lipis
Daerah Lipis kaya dengan kepelbagaian
(biodiversity) sumber habitat flora dan fauna seperti
hutan, bukit dan gunung juga badan air yang
menarik dan unik seperti Hutan Lipur Ulu Jerangsang
(Lata Serondong), Taman Rimba Kenong, Taman
Negara Merapoh, Rekreasi Sungai Yu, Taman Tasik
Burung Mandi, Gua Bama,Hutan Lipur Terenggun,
Tasik Empangan Jaleh dan lain-lain. Kajian habitat
bagi kawasan RTD Lipis ini adalah bertujuan mengkaji ekosistem kompleks alam semula jadi di daerah ini.
Kajian ringkas ini bertujuan mengenalpasti ekosistem semulajadi semasa, menilai potensi, isu dan masalah
yang berkaitan bagi pembangunan landskap dan rekreasi di kawasan semulajadi. Contohnya, keunikan
dan pemandangan yang merangkumi sungai dan jeram, gunung, tasik, air terjun serta gua adalah antara
lokasi berpotensi bagi tujuan rekreasi serta eko-pelancongan di kawasan kajian.
5.3.2.1 Kajian Flora dan Fauna di Daerah Lipis
Definisi flora merujuk kepada "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman",
khususnya bagi tumbuhan asli. Manakala fauna merujuk kepada binatang seperti mamalia, unggas,
serangga dan ikan.
Taman Rimba Kenong dan Hutan Simpan Bukit Taching merupakan satu kawasan rekreasi yang popular
dan menarik dengan kehadiran pelbagai spesis fauna dan flora dari kawasan hutan hijau tropika yang
berevolusi sejak 30 juta tahun dulu disamping kejernihan air sungai dan lagenda sejarahnya. Kawasan ini
telah dibangunkan seawal tahun 1990 dengan beberapa kemudahan asas dan telah mendapat
sambutan yang mengalakkan dari pelancong domestik dan antarabangsa.Ia juga merupakan kawasan
yang semakin popular terutama setelah penemuan Bunga Pakma (Refflesia) yang tercatat sebagai bunga
terbesar di Malaysia.
Selain daripada itu juga Taman Negara Merapoh terdapat santuari ikan Kelah di mana aktiviti melihat ikan
Kelah secara dekat di dalam habitatnya dan memberi makanan. Dengan menggunakan cahaya lampu
suluh untuk melihat hidupan liar yang aktif pada waktu malam menggunakan kenderaan pacuan empat
roda melalui jeep trak di taman ini. Selain itu terdapat 2 buah gua yang menarik untuk dijelajahi. Dari
Sungai Relau perjalanan ke Gua Gajah adalah sejauh 5.5km manakala Gua Peningat pula jauhnya 8.8km.
Terdapat lebih daripada 300 spesis burung yang telah dikenal pasti di Taman Negara Merapoh ini.
Foto 5.3.9 : Keadaan semasa landskap di
kawasan institusi yang kebanyakannya
tertumpu di kawasan Pusat Bandar Lipis
Foto : 5.3.10 : Keadaan semasa Taman Negara Merapoh yang terkenal dengan santuari ikan kelah dan
terdapat pelbagai spesis hutan di dalamnya.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
5 - 64
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI
Pengkelasan hutan di Daerah Lipis dapat
dikategorikan sebagai henis hutan :
i. Hutan Ericaceous Gunung
Hutan ini terletak di ketinggian lebih dari 1,500 meter
a.p.l yang mengandungi spesis pokok bersaiz kecil
dan rendah seperti lumut, periuk kera, paku-pakis
dan buluh seperti di kawasan yang berdekatan
dengan Taman Negara Merapoh yang
berketinggian 2,080 meter a.p.l yang yang terdapat
123 spesis flora lumut natif di antaranya Acroporium
brevipes, Campylopus serratus, Gammiella
pterogonioides dan lain-lain. Gunung Bedung
terletak di ketinggian 1469 meter a.p.l di Daerah
Lipis.
ii. Hutan Dipterokarp Atas
Hutan ini terletak di ketinggian 1,300 meter a.p.l di
mana Bukit Condong yang berketinggian 1,199
meter a.p.l terletak di dalam pengelasan hutan
dipterokarp atas yang mempunyai spesis pokok
hutan yang bernilai seperti balau (Shorea
sumatrana), meranti (Shorea spp.) jenjulung
(Agrotistachys gaudichaudii) dan lain-lain.
iii. Spesis Flora Endemik di kawasan RTD Lipis
Spesis endemik merupakan spesis tumbuhan yang
jarang di jumpai namun terdapat di Hutan Rizab di
RTD Lipis. Di Taman Negara Merapoh misalnya
terdapat spesis endemik iaitu Etlingera Terengganuensis (Zingiberaceae) atau kantan hutan yang tumbuh
mendominasi di kawasan tersebut. Selain itu, terdapat spesis bunga pakma terbesar di dunia iaitu Rafflesia
cantleyi (Rafflesia) yang wujud di Hutan Lipur Ulu Jerangsang (Lata Serondong) dan Hutan Simpan Bukit
Taching sementara Rhizanthes sp. dari spesis yang sama telah di jumpai di Hutan Lipur Terunggun dan Tasik
Empangan Jaleh. Tumbuhan endemik ini mempunyai nilai yang tinggi serta perlu dipelihara dari
kepupusan. Di samping unik dan istimewa tumbuhan ini boleh dimanfaatkan sebagai sumber penyelidikan
dan pendidikan serta berpotensi menjadi salah satu tarikan eko-pelancongan di Daerah Lipis.
Jadual 5.3.4: Senarai Nama-nama Pokok Hutan yang Mendominasi di Kawasan Hutan dan Sungai di Daerah Lipis
Nama Botani Nama Tempatan Nama Famili
Agrostistachys gaudichaudii Jenjulong Euphorbiaceae
Etlingera Terengganuensis Kantan hutan Euphorbiaceae
Macaranga hypoleuca Pokok mahang puteh Euphorbiaceae
Shorea macroptera Meranti Dipterocarpaceae
Vatica scortechinii Resak langgong Dipterocarpaceae
Xanthophyllum affine Gading jantan Polygalaceae
Barringtonia sp Putat Lecythidaceae
Sumber: Kajian RTD Lipis, 2010
Di kawasan RTD Lipis terdapat beberapa spesis rumpai parennial yang biasa dijumpai seperti spesis
Chromolaena odorata, Mimosa pudica, Urena lobata dan Sida ramiflora. Manakala tumbuhan akuatik
dan semi akuatik wujud di dalam kebanyakan sungai terutamanya spesis Cryptocoryne sp., Homalomena
sp., Alocasia sp., Pithospatha sp. dan Rhaphidophora sp.
Sebagai kesimpulan, jenis pokok dari kepelbagaian habitat semula jadi yang terdapat di Daerah Lipis
sangat penting sebagai asas perancangan landskap bagi mengekalkan identiti asal daerah yang kaya
dengan sumber alam semula jadi.
Rajah 5.3.1 :Pengelasan hutan serta habitat
Foto 5.3.11 : Antara Tumbuhan Endemik di kawasan RTD Lipis - Refflesia sp. , Etlingera Terengganuensis
(Zingiberaceae) Kantan Hutan dan Rhizanthes sp.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
5 - 65
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI
5.3.2.2 Spesis Fauna di Kawasan RTD Lipis
Fauna terestrial di kawasan Lipis dikenalpasti
berdasarkan keadaan topografi dan jenis habitat.
Secara amnya, Hutan Simpan di Daerah Lipis
mempunyai fauna terestrial yang merangkumi
mamalia kecil dan besar seperti kelawar, burung,
monyet dan lain-lain. Misalnya, berdasarkan kajian
yang telah dijalankan terdapat lebih 28 spesis
mamalia besar mewakili 14 famili di kawasan Hutan
Lipur dengan enam spesis ungulata, 11 spesis
karnivor (kucing dan musang), dua spesis badak,
lapan spesis monyet dan satu spesis gajah.
Pelbagai spesis ikan jenis air tawar juga banyak
terdapat di habitat seperti sungai dan tasik di
kawasan RTD Lipis. Spesis seperti Kelah, Toman,
Kelisa, Baung dan Lampam Sungai merupakan
antara contoh spesis ikan yang banyak terdapat di
Tasik Empang Jaleh dan sungai-sungai sedia ada.
Kawasan Tasik Empangan Jaleh dan Taman Rimba Kenong yang mempunyai keindahan alam yang
belum tercemar, mempunyai landskap semulajadi yang masih belum diterokai serta terkenal dengan
keindahan dan keunikan gua batu kapur menjadikannya salah satu destinasi tumpuan pelancong.
Antara gua batu kapur yang terdapat di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu
Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau, dan Gua Hijau. Di samping itu pengunjung dapat
menghayati suasana hutan dengan mendengar bunyi cengkerik, burung enggang dan spesis burung
burung serta unggas yang lain.
Spesis burung-burung ini berpotensi menarik minat golongan pelancong dengan keunikan di habitat
asalnya. Selain itu, terdapat haiwan mamalia besar seperti harimau dan tapir yang masih boleh ditemui di
kawasan hutan daerah ini. Ini disebabkan spesis tersebut gemar tinggal di kawasan yang agak lembab
dan sejuk disamping sumber makanan sedia ada. Bagi mamalia kecil terdapat 22 spesis fauna yang
mewakili 7 famili; antaranya spesis Demoptera (kubong), Pholidota (tenggiling), Scandentida (treeshaw)
dan 19 spesis Roden (tikus dan Tupai).
Spesis burung juga mempunyai kepelbagaian yang banyak iaitu sejumlah 285 spesis, mewakili 47 famili.
Komuniti burung di kawasan RTDL di dominasi oleh famili dikuti oleh Dicruridae, Muscicapidae,
Nectariniidae dan Pycnonotidae. Famili tersebut juga adalah famili yang biasa di jumpai di kawasan hutan
tidak terganggu .
Foto : 5.3.12 : Pelbagai spesis ikan yang terdapat di
daerah ini seperti ikan Kelah,ikan Lampam dan ikan
Kelisa
Foto : 5.3.13 : Contoh-contoh fauna yang terdapat di kawsan rizab hutan di Daerah Lipis
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
5 - 66
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI
Secara ringkasnya, kawasan RTDL masih menyimpan
pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar
di kawasan habitat semula jadinya seperti sungai,
tasik, bukit dan rizab hutan simpan yang juga
penting dari sudut sosial dan ekonomi, kebudayaan
serta alam sekitar.
Kesimpulannya, kawasan- kawasan semulajadi ini
merupakan warisan habitat semulajadi yang harus
dipelihara dan dipulihara secara agresif bagi
mengekalkan kesinambungan ekosistemnya. Ini bagi
memelihara habitat hidupan liar serta spesis-spesis
pokok yang sangat bernilai dan unik daripada
pupus, khususnya yang terdapat di kawasan RTD
Lipis ini. Pengusahasilan hasil hutan yang tidak
terkawal dan pengurusan alam semulajadi yang
kurang efektif akan memberi impak yang akan
mengancam landskap semulajadi sedia ada.
Warisan semulajadi di kawasan RTDL ini ternyata
merupakan antara khazanah terunggul bagi Negeri
Pahang.