bab 5 pengukuran ( mikrometer )
TRANSCRIPT
BAB EMPAT ( 4 )PENGUKURAN
Disediakan oleh :
Hasnul Munawar Bin Ghani
Politeknik Johor Bahru
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
MIKROMETER
DEFINISI MIKRO - KECIL (SKALA KECIL)
METER - UNIT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR ATAU MEREKOD BACAAN.
MIKROMETER - PERKAKASAN BERSKALA KECIL YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR ATAU MEREKODKAN BACAAN.
MIKROMETER
Mikrometer merupakan alat pengukur jitu, ia juga digunakan dalam bengkel mesin kerana dapat mengukur ukuran-ukuran dengan tepat
Mikrometer juga boleh didapati dalam unit metrik dan inci,biasanya ukuran yang kecil boleh dibaca dengan (mm)
BAHAGIAN-BAHAGIAN MIKROMETER
1. BINGKAI2. ANDAS 3. SPINDAL4. LARAS5. BIDAL6. PENGANJAK HALUS
BINGKAI- Bingkai berbentuk separuh
bulatan,mempunyai spindal di bahagian hujung sebelah kanan dan andas disebelah kiri
ANDAS- Andas dipasang tetap disebelah kiri bingkai.
Bagi sesetengah andas,tips tungsten karbidadikimpalloyangkan pada bahagian mukanya supaya tidak cepat haus
SPINDAL - Di bahagian hujung sebelah kanan terdapat
benang yang boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal
LARAS- Pada bahagian laras terdapat senggatan-
senggatan yang dibuat disebelah garisan selari. - Bahagian atas disenggatkan kepada 25
bahagian yang sama,tiap-tiap senggatan bersamaan 1mm
- Dibahagian bawah pula,senggatan dibuat membahagi duasenggatan bahagian atas
BIDAL- Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50
bahagian yang sama. Tiap-tiap 1 senggatan bersamaan 0.01mm
PENGANJAK HALUS- Terletak dibahagian hujung bidal- Kegunaannya ialah memastikan ketepatan
ukuran yang dibuat kerana ia boleh mengawal dan mengelakkan bidal diputar berlebihan
GAMBARAJAH
MEMBACA MIKROMETER METRIK
Bacaan senggatan terakhir pada laras atas yang dilalui oleh bidal didarabkan dengan 1 mm
Bacaan senggatan pada laras bawah yang terhampir dengan 1mm didarabkan dengan 0.05
Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar dengan garisan skala laras didarabkan dengan 0.01mm.
Campurkan ketiga-tiga bacaan di atas. Jumlah nilai tersebut merupakan bacaan bagi mikrometer itu.
Cara pengiraan
KELEBIHAN MIKROMETER
Kebolehan mendapatkan ukuran yang tepat bergantung pada kemahiran menggunakan alat ini. Kemahiran hanya boleh dicapai sekiranya kerap menggunakannya dan dapat mengawal tekanan mengukur dengan betul. Untuk mendapatkan tekanan mengukur dengan betul,elakkan memutar bidal berlebihan.
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN MIKROMETER
Dapat mengukur dengan lebih tepat Mudah digunakan Dapat mengambil ukuran yang terlalu
kecil dengan jitu Mudah dibawa kemana sahaja
MENGUKUR KETEPATAN MIKROMETER
Mikrometer perlu diuji ketepatannya sebelom digunakan
Pastikan kedudukan angka sifar pada bidal sejajar atau sekenaan dengan garisan datum
Sekiranya angka sifar ini tidak sejajar kedudukannya dengan datum,bermakna dapat selisih dalam bacaan yang disebut sebagai ralat sifar
Melaraskan ralat sifar
Ralat sifar ini menyulitkan kita untuk mengukur sesuatu benda kerja.
Akan menjadi bertambah rumit jika kita terpaksa menentukan jumlah dan ralat terlebih dahulu
Mengira dengan mencampurkan atau menolak jumlah ralat kepada bacaan.
Ralat sifar mestilah diperbetulkan sebelumia digunakan.
RALAT SIFAR BOLEH DILARASKAN DENGAN 2 CARA
Melaraskan skru spindal yang longgar.
- Buka bidal hinngga kepada had maksimum pada bahagian pangkal laras.
- Ketatkan nat pelaras dengan menggunakan sepana khasberbentuk C.
- Putar nat mengikut arah putaran jam sehingga skru mikrometer tidak lagi longgar
Melaraskan angka sifar pada bidal dan laras supaya sejajar dengan datum.
- Tutup bidal sehingga andas rapat kedudukannya.
- Gunakan sepana khas berbentuk C
- Putar laras sehingga angka sifar pada bidal dan laras sejajar dengan datum
Punca-punca ralat sifar
Mikrometer tidak digunakan dengan cara yang betul
Mikrometer tidak dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna
Permukaan (muka ukuran) andas dan spindal menjadi haus
Berlaku kerenggangan atau kelonggaran pada skru spindal
Perkara-perkara yang harus diperhatikan apabila menggunakan mikrometer
Pastikan muka ukuran bersih iaitu bebas daripada kotoran seperti habuk dan minyak
Perhatikan kedudukan sifar pada skala laras dan bidal supaya tidak terdapat sebarang ralat
gerakkan spindal perlahan-lahan apabila tersentuh dengan benda kerja
Jangan putar bidal berlebihan supaya dapat memberi tekanan mengukur atau merasa sentuhan dengan betul
PENJAGAAN MIKROMETER Oleh kerana mikrometer boleh
mengukur ukuran yang terlalu kecil dengan jitu,maka haruslah diberi penjagaan yang rapi
- jangan sesekali menjatuhkan mikrometer- Jangan mengukur benda kerja yang sedang berputar- Jangan mencampuradukkan mikrometer dengan alat-
alat lain ketika menyimpan- Gunakan bekas atau kotak penyimpan yang
dibekalkan untuk menyimpan mikrometer- Bersihkan mikrometer sebelum atau sesudah
digunakan
JENIS-JENIS MIKROMETER YANG LAIN
MIKROMETER DALAM MIKROMETER TOLOK DALAM
MIKROMETER DALAM
Tidak mempunyai bingkai atau spindal Mempunyai satu kepala pengukur Batang sibar pembuluhdigunakan untuk
mengelakkan berat yang berlebihan Cara mengambil bacaan daripada
mikrometer dan cara penggunaan adalah sama dengan mikrometer biasa
Kegunaan mikrometer dalam
Untuk mendapatkan ukuran-ukuran sebelah dalam seperti garis pusat lubang,lubang silinder atau jarak di antara dua permukaan selari pada lurah
Untuk mengambil ukuran atau mengeset angkup dan tolok
CARA MENGGUNAKAN MIKROMETER DALAM
Pastikan batang sibar yang dipilih pada kepala pengukur
Pastikan hujung batang sibar dan lurah pada kepala pengukur adalah bersih
Pegang mikrometer melintang garis pusat benda kerja,dengan satu hujungnya dipegang tetap di tepi silinder
Putar bidal sehingga hujung yang satu lagi menyentuh benda kerja
Jangan putarkan bidal dengan berlebihan supaya ada rasa sentuhan dan tekanan mengukur yang betul
MIKROMETER TOLOK DALAM
Digunakan untuk mengukur kedalaman lubang,bahu lurah,ceruk,lekuk dan alur kunci
Mikrometer tolok dalam terdiri daripada tapak tapak yang dipasangkan pada kepala pengukur
Senggatan yang terdapat pada bidal biasanya dalam bentuk terbalik
Menggunakan mikrometer tolok dalam
Bersihkan kedua-dua hujung batang pengukur
Pastikan batang betul-betul masuk kedalam kepala pengukur
Pegang tapak rapat pada permukaan lubang yang hendak diukur
Jangan memutar bidal berlebihan kerana ini boleh menyababkan terangkat
TAMAT