bab 9 psikologi sukan

7
Psikologi Sukan 9.0 Pengenalan Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘psikologi’ ditakrifkan sebagai kajian tentang proses mental dan pemikiran yang menghubungkan perlakuan manusia dan haiwan. Di samping itu, ‘sukan’ pula ditakrifkan sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan, iaitu untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan lain-lain yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Psikologi sukan merupakan satu bidang sains iaitu prinsip-prinsip psikologi diaplikasikan dalam bidang sukan. Cox (1998). Menurut Wann (1957) , psikologi sukan adalah satu bentuk kajian saintifik tentang reaksi serta perlakuan fizikal, afektif dan kognitif ke atas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut Weinberg dan Gould (1999) , psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Kesimpulan daripada pelbagai definisi psikologi sukan adalah satu bidang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkahlaku manusia dalam sukan. Psikologi sukan memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan individu dan masyarakat dalam memantapkan sukan Negara. 9.1 Kebangkitan (Arousal)

Upload: lswwei85

Post on 15-Feb-2016

284 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

psikologi sukan

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 9 Psikologi Sukan

Psikologi Sukan

9.0 Pengenalan

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),

‘psikologi’ ditakrifkan sebagai kajian tentang proses mental dan pemikiran yang

menghubungkan perlakuan manusia dan haiwan. Di samping itu, ‘sukan’ pula ditakrifkan

sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan, iaitu untuk pertandingan,

keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan lain-lain yang memerlukan

tenaga dan ketangkasan. Psikologi sukan merupakan satu bidang sains iaitu prinsip-

prinsip psikologi diaplikasikan dalam bidang sukan. Cox (1998). Menurut Wann (1957) ,

psikologi sukan adalah satu bentuk kajian saintifik tentang reaksi serta perlakuan fizikal,

afektif dan kognitif ke atas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak

langsung dengan aktiviti tersebut.

Menurut Weinberg dan Gould (1999) , psikologi sukan merupakan satu bidang

kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan

pergerakan. Kesimpulan daripada pelbagai definisi psikologi sukan adalah satu bidang

kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkahlaku manusia dalam sukan. Psikologi sukan

memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan individu dan

masyarakat dalam memantapkan sukan Negara.

9.1 Kebangkitan (Arousal)

Kebangkitan adalah intensiti tingkahlaku individu, iaitu satu kesinambungan

daripada tidur nyeyak kepada keterujaan yang extrim. Kebangkitan melibatkan respon

psikologi dan fisiologi dan tidak member makna jika tidak dilihat dari segi kognitif dan

somatik. Menurut Cox (1998) , kebangkitan ditakrif sebagai tahap kesediaan fisiologi

yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena sehingga kepada keseronokkan

yang terlampau.

Menurut Wann (1997) , kebangkitan adalah tahap kesediaan fisiologikal untuk

beraksi secara fizikal, intelektual atau perceptual yang tidak dipengaruhi oleh emosi.

Proses kebangkitan adalah berpunca dari tindakan sistem saraf autonomik. Sistem Saraf

Page 2: BAB 9 Psikologi Sukan

Jenis-Jenis Kebimbangan

StateKognitif

SomatikTret

Autonomik mengawal tindakan automatik dan fungsi luar kawal badan seperti degupan

jantung, pernafasan dan tekanan darah. Di samping itu, ia boleh dibahagikan kepada dua

sistem, iaitu sistem simpatetik dan sistem parasimpatetik. Sistem simpartetik ditakrif

sebagai pusat kebangkitan dengan menyediakan badan untuk tindakan ‘flight or fight’.

Teori ‘fight or flight’ daripada Walter Bradfor Cannon (1929) , mengatakan

bahawa haiwan bereaksi terhadap ancaman dengan memasang seluruh sistem saraf

simpatetik untuk menyiapkan haiwan itu untuk melawan atau mencabut lari. Manakala

sistem parasimpatetik berfungsi sebagai penenang atau menurunkan kebangkitan. Tahap

kebangkitan adalah berbeza di antara satu sama lain. Sekiranya aktiviti simpatetik

meningkat, maka kebangkitan individu juga akan meningkat melebihi tahap optima. Oleh

itu, parasimpatetik berfungsi untuk menurunkan tahap kebangkitan supaya kembali

kepada tahap asal (homeostasis). Tahap kebangkitan doleh diukur dengan menggunakan

EEG (Electroencephalogram) theta, alpha, beta, adrenalin, kadar nadi (EKG), muscle

tension (EMG) dan Galvanic skin response.

9.2 Kebimbangan (Anxiety)

Kebimbangan adalah keadaan emosi negatif yang mempunyai cirri-ciri kerisauan,

takut dan keraguan yang berhubungkait dengan kebangkitan tubuh badan. Kebimbangan

mempunyai komponen pemikiran, iaitu kebimbangan kognitif dan juga mempunyai

komponen somatik, iaitu tahap kebangkitan fizikal yang dijangka.

Page 3: BAB 9 Psikologi Sukan

Spielberger adalah orang yang pertama mengkategorikan kebimbangan kepada

suasana dan tret. Kebimbangan suasana ditakrifkan sebagai keadaan emosi yang berubah-

ubah dari semasa ke semasa dan berkadar turun naik terhadap ancaman yang diterima

secara sedar dan diikuti oleh keaktifan saraf autonomik. Menurut Martens pula,

kebimbangan membawa maksud sebagai perasaan sedar terhadap sesuatu yang

mencemaskan dan tegang yang mana sebahagian besarnya selari dengan persepsi

seseorang terhadap ancaman yang ada atau situasi yang akan datang.

Di samping itu, kebimbangan tret merupakan sebahagian daripada personaliti. Ia

menyerupai angkubah-angkubah personaliti di mana individu yang tinggi kebimbangan

tret cenderung untuk melihat keperluan situasi yang pelbagai sebagai mengancam.

Menurut Martens, et. al. (1990) , mendapati bahawa atlet yang mempunyai ciri

kebimbangan tret yang tinggi secara relatifnya kebimbangan suasananya juga adalah

tinggi.

Kebimbangan kognitif adalah komponen kebimbangan suasana di mana ia

merupakan kerisauan negatif mengenai prestasi serta perasaan lain yang tidak selesa.

Menurut Ziegler (1978) , kebimbangan kognitif adalah merangkumi takut kepada

kegagalan, kesukaran daya tumpuan, konsentrasi, membuat keputusan serta risau tentang

prestasi. Menurut Burton (1988) , mendapati bahawa semakin rendah tahap kebimbangan

kognitif seseorang semakin baik prestasi pencapaiannya. Maka, terdapat perhubungan

liner yang negative antara kebimbangan kognitif dengan prestasi pencapaian.

Kebimbangan seketika (State Anxiety) adalah tahap kebimbangan semasa yang

terhasil atau berlaku dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di

persekitarannya pada waktu itu seperti perasaan khuatir/ bimbang, takut, tekanan dan

kebangkitan fisiologikal.

Kebimbangan somatik merujuk kepada elemen-elemen fisiologi dan afektif

kebimbangan hasil daripada kebangkitan autonomik seperti denyutan jantung yang laju,

pernafasan yang pendek, tangan yang menggigil dan ketegangan pada otot perut.

Page 4: BAB 9 Psikologi Sukan

Jenis-Jenis Imageri

Imageri Dalaman Imageri Luaran

9.3 Imageri

Menurut Block (1981) menyatakan bahawa imageri sebagai satu proses yang

menggunakan visualisasi untuk membayangkan situasi. Menurut Wann (1997) , imageri

merupakan proses yang merangkumi visualisasi mental tentang dasar yang dilakukan

sebelum atau semasa melakukan tugasan tersebut.

Imageri Dalaman

Imageri dalaman berlaku apabila seseorang itu dapat merasa pergerakan seperti diri

sendiri yang melakukannya. (Neuromuscular). Contohnya, seseorang atlet dapat merasai

berat bola bowling di tangan dalam bayangan.

Imageri Luaran

Imageri luaran berlaku apabila seseorang hanya melihat pergerakan tersebut. Pergerakan

tersebut dapat dilihat dengan jelas tetapi tidak dapat merasai sensasi pergerakan tersebut.

Ini bermaksud seseorang individu tidak dapat merasai berat bola, perlakuan yang dibuat

berdasarkan pergerakan yang beliau lihat. Pada tahap ini seseorang itu sedang beroperasi

secara visual. Ini kerana seseorang itu dapat melihat setiap pergerakan dengan jelas,

Page 5: BAB 9 Psikologi Sukan

samada dalam TV, di stadium dan sebagainya. Namun demikian beliau tidak merasai

sensasi perlakuan yang beliau lihat.

Menurut Mahoney & Avener (1977) , kajian mendapati imageri dalaman

menghasilkan kesan yang lebih positif kerana ia banyak digunakan oleh para atlet elit jika

dibandingkan dengan atlet novis. Selain itu, imageri dalaman menghasilkan impuls

elektrik yang boleh disukat di bahagian otot badan yang terbabit dengan pergerakan yang

dibayangkan. Barr & Hall (1992). Menurut Epstein (1980) , menjelaskan bahawa kita

tidak boleh membuat satu kesimpulan bahawa imageri dalaman lebih baik dairpada

imageri luaran kerana kedua-duanya mempunyai keunikan yang tersendiri yang dapat

meningkatkan prestasi seseorang atlet.

Imageri luaran lebih berkesan untuk memperbaiki kesilapan dari segi teknik atau

pergerakan sesuatu kemahiran kerana dapat melihat dan mengesan di mana kesilapan

tersebut berlaku. Manakala, imageri dalaman lebih baik untuk berlatih sesuatu pergerakan

secara mental, kerana kesan kinestetik membantu kita menghayati pergerakan tersebut

denagn berkesan. Kesimpulannya, jenis imageri yang digunakan mesti sesuai dengan

matlamat individu. Hal ini disebabkan ia berhubungkait rapat dengan meningkatan

prestasi sukan.